Thursday, November 25, 2010

Doa Semasa Kecil

Dulu-dulu masa darjah satu hingga darjah 6, aku kena pergi sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Beruntunglah mama abah aku hantar aku ke sekolah agama khususnya, kalau tak takdelah aku handal tajwid macam sekarang. *cough*. Aku dulu sekolah agama sampin hijau, jauh lebih kool daripada budak sekolah agama sampin ungu kat Bangi sebab kami ada kantin sendiri, padang sendiri, serta ustazah moden yang memakai tudung Ekin. Eh dah ada ke tudung Ekin zaman tu? Anyway, ustazah aku Norlela binti Toha ajar bahasa Arab. Dari frasa yang mudah seperti wahidun isnani salasatun hinggalah ke doa-doa yang advanced dalam bahasa Arab.


Tapi aku memang longlai dalam subjek bahasa Arab, memang tergeliat lidah aku nak menghafal doa-doa tu. So aku pun tanya kat ustazah aku, "Ustazah, kalau saya baca doa dalam bahasa Melayu Tuhan terima tak?". Ustazah aku kata Tuhan Maha Mengetahui so tiada masalah nak baca dalam bahasa apa pun. Berdasarkan tahap pemikiran aku semasa sekolah rendah, aku pun mencipta la doa aku sendiri berdasarkan apa yang aku inginkan ketika itu. Aku kita sama-sama membaca doa aku ketika sekolah rendah.

Ok mula-mula memang doa aku mengikut piawaian la minta ampun dosa semua, hujung-hujung baru customized. Ini semua memang benar, langsung tiada modifikasi untuk tujuan komedi.

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,
Murahkanlah rezekiku dan rezeki keluargaku,
Panjangkanlah umurku dan keluargaku,
Jauhilah aku daripada api neraka dan gangguan syaitan,
Tererkanlah aku dalam semua bidang terutamanya masa main bola,
Berilah aku dapat nombor 1 dalam periksa mengalahkan Nadiah Suhaida,
Rapatkanlah hubunganku dengan Huda kelas Putih,

Hanya kepada-Mu dapatku memohon pertolongan.
Bantulah aku ya Allah.
Amin.


Haha serius begitulah doa dalam bahasa Melayu aku semasa sekolah rendah. Ok part yang aku bold itu memang perlukan penjelasan lanjut.

1) Tererkanlah aku dalam semua bidang terutamanya masa main bola


Aku berada dalam kelas Biru / Ikhlas semasa sekolah rendah. Setiap hari Sabtu, kitorang pasti ada match dengan kelas lain seperti kelas Kuning (Apai), kelas Merah (Adam, walaupun dia tak main bola sebab orang ingat dia Cina), dan Hitam (Shuhud). Star dalam kelas aku yang menjadi harapan untuk mengalahkan kelas lain adalah Mazli 'Malaysia Idol' Mustafa, Husaif, dan Fadzli 'mata pailang' Ridzuan. Aku takdelah handal macam diorang tu sebab aku include permohonan untuk menjadi lebih handal masa main bola agar dapat membenam kelas lain.

2) Berilah aku dapat nombor 1 dalam periksa mengalahkan Nadiah Suhaida


Dalam kelas aku, ada seorang budak perempuan yang bernama Nadia Suhaida. Aku panggil dia Maggi sebab rambut dia kerinting. Walaupun dia berambut Maggi, dia merupakan pelajar yang paling pandai dalam kelas aku. Sepanjang 6 tahun aku kelas dengan dia, aku memang tak pernah dapat nombor atas dia. Tiap-tiap tahun dia pasti akan dapat nombor satu. Maka apa yang dapat membantu aku ketika itu adalah bantuan daripada yang Maha Esa. Impian aku nak dapat nombor 1 tercapai juga, tapi itupun sebab Nadiah tu dapat anugerah ReadyMix (pelajar terbaik sekolah), so nombor satu dikosongkan dan aku dapatlah nombor satu kesian. Cis.

3) Rapatkanlah hubunganku dengan Huda kelas Putih


Ok part yang ini sentiasa bertukar-tukar berdasarkan budak perempuan yang aku temui. Aku baligh awal darjah lima dah bermimpi melakukan sesuatu yang menyeronokkan dengan Sharon Stone. Maka aku pun mudah mendevelope perasaan suka terhadap perempuan. Frasa 'crush' lebih tepat kot untuk menggambarkan perasaan itu. Masa sekolah rendah, interaksi bersama budak perempuan lain adalah minimal sebab mentaliti budak lelaki yang bencikan budak perempuan. Tetapi tidak bagi aku. Salah satu budak perempuan yang aku ada crush adalah Huda. Apa ntah nama penuh dia. Dia kelas Putih dengan Dazu. Dia wakil sekolah dalam bola baling dengan aku, tapi team perempuan kalah semi final lepas tu dia pun menangis teresak-esak. Aku berasa kagum dengan semangat cintakan sekolah dia tapi so aku pun cuba menenangkan dia cakap boleh cuba lagi tahun depan. Tapi bila jumpa dia di kawasan sekolah aku terus jadi gemuruh dan langsung tak bercakap dengan dia lagi. Lepas tu jumpa pulak gadis lain yang nampak comel haa tukarlah lagi nama gadis dalam doa aku.

So begitulah doa aku semasa sekolah rendah. Bila dah besar sikit baru tahu baca doa bahasa Arab itu pun kalau boleh taknak jadi Imam sebab takut terbaca doa sekolah rendah mahu kena gelak sepanjang tahun. Adakah anda pun ada doa yang personal juga? Ayuh kongsikan bersama untuk dikaji (ataupun dikeji, hihi).



24 comments:

nuttyNAD said...

hello jai

am ur new fan

siyes xleh blah ur doa tue

mine pon ader gak..awal2 cm semenggah skit

akhir customize

"YA ALLAH, KAU bagilah gaji haku RMXXXX tahun nie..

KAU bagilah haku senang dpt TAXI nak pergi kerja jap lg"

KAU bagilah mamat yang main2kan pompuan kat opis haku tue, dilanggar lori":P

O Ena O said...

Ya Allah YA Tuhanku...Engkau Permudahkanlah Urusan kerja ku hari ni ..
Ya Allah Ya Tuhanku..smoga Aku tidak mudah mengantuk di tempat keje ari nie..ameen..ya rabbal alameen..=)

YA Allah Ya Tuhanku...lindungilah aku dari sebarang ancaman & kecelakaan

Rahim Hashim said...

mase aku darjah 1:

"Ya Allah, berilah aku kelebihan untuk terbang seperti superman"

Mohamad Faizal said...

nuttynad: hai nuttynad. haha kejam gila minta orang dilanggar lori.

ena: minta kawan sekerja lempang pasti hilang mengantuk hihi

rahim: huii memang advance la doa kau ni

clarky said...

"ya Allah, semoga mamat yang curik netbook aku tak dapat kerja dan mamat yang curik henfon, purse dan gelang aku mati dilanggar lori."

eh jap. macam kejam.

"ya Allah, semoga mamat yang curik netbook aku dan mamat yang curik henfon, purse dan gelang aku ditangkap polis, plis..plis..."

aamiin...

clarky lagi said...

eh nape pakat2 doa orang jahat kena langgar lori ha? HAHA!

Anonymous said...

saya kalau nk doa dkt org yg keji curi brg saya mmg saya akn doakan:
YaAllah ya tuhanku bg lah mereka2 yg mencuri(nama barang) dilanggar lori/jatuh gaung.
bukan doa org yg teraniaya sng termakbul ke?

noname

efyna.pinkladies said...

erk.. sampai skg kot aku cam tu... huhu. tapi doa arab pon baca lah jugak. hihi

niena ; ) said...

ya Allah ,tolonglah jangan bagi teacher Jaya datang sekolah .
amin .

hehe. . .

Fareez Mansur said...

Ya Allah ya tuhanku,

panjangkan lah umur ku dan jangan kasi langsung Liverpool menang EPL.

ina said...

Ya Allah Ya tuhanku

berikanlah aku dean list setiap sem, 4 flat di sem ini.

Ya Allah, jadikanlah aku pemimpin yang adil dan wanita yang solehah.

Ya Allah, sekiranya (nama pakwe) adalah untukku, permudahkanlah jodoh kami nak kawen.

aminnnn

Anonymous said...

hehe... extreme punya doa.
kekadang aku pun penah gak minta doa yg unbelievable

white purple flower said...

nama dia huda hayati :P

saya yang di kelas jingga/budi

white purple flower said...

eh huda adam pun kelas putih kan?

Anonymous said...

lol. aishah pun dah berjaya jumpa blog kau jai. tapi jai, what the hell duhs, kelas putih gadis gadis die semua baligh awal berlagak cun. lelaki kelas tu pula ada astro sejak kecil. haha.

Adam

diariakuiman said...

terbaiklah doa.. sama macam aku ja doa ni time kecik hehe..

white purple flower said...

adam,mmg dah lama la jadi silent reader blog ni.tapi sblm ni takde bende nak komen :p

anis said...

aku tim skola agama dulu..
ade sorg cikgu yang garang giler..
tiap2x kali solat zuhur je, mesti doa...
Ya Allah ya tuhan ku..aku mohon agar cikgu esah x dtg hari ini..
ulang byk2x kali..tolong lah aku Ya Allah..
sampai sjud lme2x kat rakaat last..
then doa dlm hati..
tp bile tgk dye dtg..tros kecewa..
tapiii..aku still doa cmtu hari2x..sampai aku dah x skola agame..huhu
adelah gak certain hari y dye x dtg..sukeeeeee gilerr tim tu..

(ok gne nme sbnr skunk)

Anonymous said...

ya'allah ya tuhanku, kau panjangkan lah umur ijaicool ini semoga blog sewelnya sentiasa di update.. aminnnn..

jeckspeed

pikachu said...

haha betul ke ade kumpulan warna hitam atau dikau saje je memperkotak katikkan encik shuhud?

nasib baik jugak mak ayah aku masukkan aku skolah agama petang, kalo x sampai ke mati aku tak reti bace jawi.

Mohamad Faizal said...

clarky dan noname: memang dah ada template doa ni buat jahat je minta dilanggar lori

efyna: yeke kongsi sikit doa anda hihi

niena: nape teacher jaya suka lempang budak ke?

fareez: hoi hoi doa kau mungkin tak makbul dah sebab skarang ni Liverpool pakai Standard Chartered Islamic Banking bayar gaji, so berkat sikit dah tiada kasbeg

ina: bagaimana sem ni 4 flat tak?

anon: itu doa realiti kehidupan

white: aishah? kita berkawan kah masa sekolah rendah? hihi. huda hayati la kot huda adam kelas coklat. lagipun huda adam yang ada crush kat saya (fakta).

adam: tu ah bajet matang awal je gadis2 kelas putih hihi

diariakuiman: kau suka kat siapa masa kecik dulu

aishah lagi: hey hey banyak sahaja benda yang hendak dikomen hihi

anis: huii dia ustazah doa dia lebih advance mesti dia doa agar korang tak nakal setiap hari

jeckspeed: semoga doa kau akan dimakbulkan maklumlah kesibukan bekerja haha

pikachu: huii bagus kau dapat tangkap jenaka tersembunyi. shuhud sebenarnya kelas coklat

ina said...

tiap2 sem pon tak penah dapat 4 flat. tapi dean list juga. takpa lah, banyak dosa memang tuhan tak bagi. hhuhu

diariakuiman said...

ijal: aku suka kat gadis darjah 6 tapi aku malu meow-meow

Nurul Nazri said...

Salam faizal.. terjumpa post ni x sengaja.. Malunya ada org ingat lg part nanges kalah.. Haha.. Hope all is well over there.. Kirim salam dkt dazrul ok.
P/s: eh suka hati je kata budak putih berlagak cun..
-Nurulhuda Hayati

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...