Friday, November 19, 2010

Goodbye Microsoft

Minggu ini merupakan minggu yang sedih bagiku. Setelah lebih 2 tahun bekerja di akaun Maikrosof, aku akhirnya membuat keputusan untuk pergi meninggalkan syarikat ini. Sesungguhnya hati aku amat berat untuk meninggalkan Maikrosof kerana aku sebenarnya memang gembira dengan kerjaya aku. Yelah daripada seorang yang buta IT walaupun aku ini pelajar IT, aku kini memiliki pengalaman berharga dalam bidang IT terutamanya terhadap produk dan servis Maikrosof dan aku boleh mengelakkan diri daripada diperdayakan oleh jurujual di Low Yat.

Hari Selasa yang lalu merupakan last day aku, dan aku telah pun bersalam-salaman dengan saki-baki ahli asal Level 2 Microsoft Technical Support (MTS). Mengapa saki baki? Well hakikat yang sebenar adalah department MTS telah pun berpindah ke site baru di Manila. Biasalah, bila sudah berjaya, sudah pastilah mahu expand perniagaan sambil cut cost mana yang boleh. So mestilah hire warganegara Filipina takkan nak angkut orang sini kerja kat sana pulak kan.

Transition itu menyebabkan ramai ahli asal MTS berat hati berpindah ke department lain di dalam kompeni ataupun pergi mencari kerja di luar. Aku? Well since aku merupakan pekerja terbaik syarikat *cough* maka mereka mengekalkan posisi aku di dalam akaun Maikrosof, cuma tukar daripada support Australia dan New Zealand ke region Asia Tenggara. Ayuh teruskan membaca kisah suka suka tiada duka aku bersama Maikrosof.

Mentor aku Fauzi tanya kenapa aku tidak menghantar emel perpisahan kepada rakan-rakan sepejabat. Oh mentor di sini bukanlah bermakna dia handal menyanyi macam dalam rancangan realiti itu tetapi handal aspek teknikal. Well bukan aku taknak hantar emel tapi semua rakan baik kategori pejabat telah lama meninggalkan Maikrosof. So there's no one left to say goodbye? So aku sekadar berjumpa secara fizikal bersalaman dan berpelukan sambil menangis teresak-esak dengan saki baki rakan-rakan serta majikan.

Secara jujurnya, itulah sebab utama mengapa aku hendak meninggalkan Maikrosof, kerana jauh di sudut hati, aku kesunyian setelah rakan-rakan lama pergi. Just to name a few, aku rindukan saat-saat keluar makan tengahari, tuang kerja tengok wayang dan solat Jumaat bersama Syed Muaz, Faisal Habeeb, Irsyadudin Ismail, Nizam Liza, Andrew Chan, Jabez Jeyaraj, Adam Phong, Gabriel Thum dan lain-lain. Ok yang nama aneh-aneh tu takdela ikut aku solat Jumaat. Yelah kerja kool macamana sekalipun kalau hati tak riang tak membantu juga. I have nothing against the company or the management, and I keep saying again and again that I got the best job in this world. Wanna know why?

1) Aku boleh bekerja seperti kompeni itu uwan aku yang punya

Aku boleh masuk kerja pukul berapa yang aku mahu.
Aku boleh balik pukul berapa yang aku mahu.
Aku tidak perlu login/logout/punch card.
Aku boleh pegi breakfast, lunch, break pukul berapa yang aku mahu.
Aku boleh pegi breakfast, lunch, break seberapa lama yang aku mahu.
Aku boleh main xbox 360 bila-bila aku mahu.

OK mungkin nampak seperti ezajerit, tetapi aku (literally) memiliki kelebihan di atas kerana aku berinteraksi dengan pelanggan Maikrosof melalui emel. Lagipun sebagai pemegang Anugerah Pekerja Terbaik Maikrosof (bukti bergambar di bawah), my boss wont say anything if I keep contributing positive result to the team.


2) Xbox 360 room!

Kekoolan sesebuah pejabat itu bergantung kepada hiburan yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Jika anda bekerja di Sony, anda diberi main PS3. Jika anda bekerja dengan P1 Wimax, anda diberi main router. Jika anda bekerja dengan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, anda diberi baju menteri untuk digosok. Jika anda bekerja dengan Bank Negara, anda harus belanja kami di Restoran Sri Ayuthayya hujung minggu ini. Eh? Jika anda bekerja sebagai doktor gigi di HUKM, anda boleh main mata dengan pelajar pergigian. Jika anda masih belajar, anda boleh main sabun. Ok cukupla tu sudah jauh terpesong dari jalan yang benar.

So jika anda bekerja dengan Maikrosof, memang wajarlah ada satu bilik dedicated untuk bermain Xbox 360. Siap letak wallpaper Master Chief lagi. Sayang, jika aku stay mungkin mereka akan pasang Kinect pula? Tetapi sekali lagi aku nyatakan, apalah guna kenikmatan ini jika tidak dikongsi dengan orang lain?


3) Banyak dapat freebie

Seriously, sebagai orang Melayu yang tipikal, kita memang suka barang free bukan? Aku tak terkecuali. Sepanjang bekerja di akaun Maikrosof, aku telah mendapat 4 tshirt Windows, 1 mug Internet Explorer 8, gajet ninja Sasuke untuk letak tag tu, set wireless keyboard dan mouse berjenama Maikrosof, 1 external hard disk, dan yang paling ultimate, DVD Windows 7 Ultimate. Aku tak guna lagi pun sebab motherboard aku motherboard lama payah pula nak cari driver yang compatible nanti. Harga retail tiga ratus lebih tu. Walaupun ini versi MSDN bukan untuk dijual, namun aku rela berbincang jika ada sesiapa yang ingin membelinya. Hihi.


4) The People

This is the main reason why I love being in the MTS team. Kami memiliki bond yang istimewa dan saling mengenali antara satu sama lain. Bukan sekadar hubungan rakan sepejabat biasa tegur 'sup bro' ketika kencing berdiri di dalam tandas. Kami terdiri daripada pelbagai bangsa, latar belakang, mahupun saiz buah dada, namun semuanya harmoni bernaung di bawah satu bumbung. Kami selalu melakukan aktiviti bersama seperti menghias pejabat sempena krismas, keluar makan beramai-ramai tanpa perlu mengeluarkan wang, pergi menonton filem Batman mahupun kem bina semangat mandi separuh bogel bersama-sama.


Just a quick shout out to all of my bosses Tan Hooi Lay, Juliet Chan, Sri Sangara, Thomson Anthony, Syed Ahmad, Ramanan Raken, Joey Perez, Balan, Su Yong Gan dan Abang Fauzi, during these last two and a half years you all have provided me excellent support and through your words of wisdom and guidance I have been able to excel at the task handed to me. Also, thank you for your signature on the overtime form.

Kepada bekas ahli asal MTS tak kiralah di syarikat mana pun anda berada sekarang, I miss you guys dan jangan jadi racist tak datang open house hari raya aku.

Maka pada hari Isnin nanti, aku akan memulakan pekerjaan baru di bawah naungan Shell di Cyberjaya pula. Obviously aku takkan tinggalkan pekerjaan sekarang jika tak dapat tawaran yang lebih baik. Lagipun inilah masa yang paling baik untuk move on kerana aku boleh belajar benda baru di environment baru. So bila Calvin Loi Hui Meng (bekas ahli MTS juga) memberitahu aku yang di syarikatnya memerlukan orang, aku pun menyerahkanla resume aku sebelum ditemuduga. Lagipun, Cyberjaya dekat sikit dengan Bangi bukan? Sekarang ni hari-hari aku bangun awal pukul 5 untuk elakkan kesesakan lalu lintas ke Bandar Utama. Pergi Cyber juga tiada tol so boleh tambah tabung perkahwinan aku. Oh, terdapat ramai kawan-kawan Uniten yang bekerja di Cyber juga seperti Nazry, Abu Zar, Pa'an tidak ketinggalan bekas ahli MTS seperti Gabby, Jabez, Clifford, Nina Yusoff, CK, Maddy, Bazlur, Susan, Roza kita lunch dan solat Jumaat bersama ya nanti.

Akhir kata, aku ingin menggunakan saat ini untuk mengingati saat-saat gembira kita bersama. It's been an honor to work with a bunch of professionals like you guys and I wish you all the best in your future endeavors. To be more cliche, I would say that this is not a goodbye, perhaps just 'jumpa lagi bro!'.



p.s. ini semua tidak bermakna yang aku akan berhenti daripada menjadi fanboy Microsoft. Windows > Mac. xbox 360 > PS3. Kinect > Move. Windows Phone 7 > Android



25 comments:

Clarky Afif said...

aku 1st?? wah hevat keja baru hehe!

Mimie.Candy Cane said...

pertama . cool gile tmpt keje ko..kagum

kedua : korang memang mandi pakai glasses eh..

ketiga : all the best for ur brighter future!

Rahim Hashim said...

woi!!! keje shell!!! nak keje shell jgk..aku antar resume boleh?

z a t i said...

aaa.tanak keje KL jugak! :( aih idaman aku tu kerja tmpt2 mcm cyberjaya dkt dgn rumah. masuk pukul 830 boleh bgn 825. eh.lupe pulak. skrg pun buat mcm tu -_-

Mohamad Faizal said...

clarky: tataula hevat ke tak harap2 tiada perkauman

mimie: pertama - itu semua tinggal kenangan

kedua - aku rabun dowh tak pakai nanti pening

ketiga - thanks

rahim: aku setat keje pun belum bersabarlah. tapi stesen shell dekat rumah aku ada opening kot hihi

zati: nanti aku makan tengahari kat rumah kaulah zati

Anonymous said...

software tingkaps 7 ori unlimited pc leh jual tak?.. aku nak 1..

Anonymous said...

sopware tingkaps 7 ori unlimited pc leh tolak kat aku tak?.. aku nak 1 tapi jual murah la, kat kedai mahal ooo..

jeckspeed

..:: WiRdA ::.. said...

wow..keje shell..rekemen la aku pulak..huhuhu

O Ena O said...

sob sob...walopon nampak sempoi entri nie..tapi penuh mendalam emosi entri nya...selamat berjaya di tempat baru ijaicool!

Wan Perlis said...

keja bidang it mmg best dan mentel kena kuat

UKM DENSTA said...

untuk mengelakkan bersifat racist , ingin saye nyatekan disini , tak dapat nak cari mane satu ijaikool dalam gambar yg paling last sebab semua nampak same heehee

Mohamad Faizal said...

jeckspeed: haha sori jeck nak beli pasti aku akan jual mahal. lagipun aku nak pakaila nanti

wirda: bolehhhhh

ena: memang...rapuh emosiku

wan: betul

ukm densta: exsqueeze me tengok gaya dedah organ reproduksi sudah boleh tahu mana satu saya. ni guna akaun ukm densta mesti nur soleha ahmad ni

Anonymous said...

bra, asal nama aku takder dlm x-MTS??hehe, sbb aku reject offer Maikrosoft kan, so tak jadi rakan se-kerja kt situ.. tp ko kena acknowledge yg aku bg soklan bocor masa ko nak interbiu kt situ kan, kan?hehe..
anyway, welcome to O&G industry bra, kita dah sama..
~yusry tp bkn kru~

Noraishikin Mohd Salleh said...

Ijai: sedihnya aku baca entry ni, walaupun ko x sebut nama aku :p

moga ko trus berjaya Jai ;) open house jgn lupa jemput aku k..

neway, apsal yusry ni panggil ko bra dowh? nama manja ke?

Anonymous said...

adakah kita akan bekerja di bwh parent company yg sama nanti?whoaa...jgn tkejut jika first day dah ada org jerit nama ijai ataupun tegur di IM.

-budak cyber

The Sharkox said...

Bolehlah ko guna Mozila Firefox, Google Chrome dan Apple lepas ni ijai..hahahaha

*kuku patah said...

weet-weet kat cyber!
jom makan kat saba' jom!
welcome to cyber la ijai.hehe

-budak cyber gak!-

Mohamad Faizal said...

yusry: haha kompeni saje O&G tapi tiada kaitan dengan minyak pun pekerjaan kita

cikinto: kerana dia seorang peminat manshitter united yang abnormal dan hamsap hihi

budak cyber: whoa mungkin ya mungkin tidak kerana bahagian IT shell diuruskan oleh 3 syarikat. saya tidak berkerja dengan HP jeng jeng jeng

sharkox: kau harus menggunakan IE9 walaupun beta dan kau akan meninggalkan semua browser lain

kuku: saba' tu kat mana ok sila sediakan wang yang mencukupi esok

Anonymous said...

hp ka,tsystem ka,at&t ka...kita dlm jajahan yg sama.kalo nak g jumpa KRU saya blh bawak,saya dah geng dgn pak gad situ.

Kuku: saba' dh x sdap la.try mkn nasi arab kat d0main plak

-budak cyber

pikachu said...

haha jai. ko tukar kerja setiap dua tahun kan? best of luck kt tmpt keja baru kau.

Anonymous said...

sp ckp Saba tak best daa? still no 1 ok? jgn caye.. ns arab kt domain, takat leh thn je la..

btw,

welkam to Cyberjaya.. nothing nice abt it just byk tmpt mkn br je la..

--penduduk domain--

Anonymous said...

if u're not working HP and work under shell, u must be t-system jg account shell and will be place dekat shell nye bngnan most probably.. coz mostly all direct shell still damansara lom pindah cyber.. btw, shell nye bangunan baru cantik siot duk seblah at&t. aku suke bentuk bulat tgh2 tu.. syiok mcm piring tyerbang. lol.

-peduduk domain gak arr(bakal2)

King Faisal said...

Wahai sahabtku "Faizal" Akhirnya ko pun tinggal kan maikrosof, tak lama lagi, aku rasa datakom akn tinggal malaysia, Anyway wish you all the best in your future undertaking, Where u working now laaa? still doing email or phone support ? xD

Anonymous said...

oh em ji ijai is coming to cyberjaya!!

mungkin akan jerit IJAICOOL.BLOGSPOT.COM bile terserempak nanti. bersedialah!!

hihi.

ika gawus said...

Kerja Shell Cyber lagi ke? Best ke situ? cite sikit..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...