Sunday, November 21, 2010

Kongratulasi Sanah dan Fandy!


Pada hari Sabtu 20/11/2010, aku telah menghadiri majlis perkahwinan rakan Uniten aku iaitu Khairul Afandy dan Hasanah. Now, Khairul Afandy di sini bukanlah Fandi yang selalu memberi komen berunsur seksual kat blog ini. Lagipun Fandi tu dah kahwin dan bini dia sedang mengandung so buat masa ini dia masih belum berniat untuk berkahwin lain. Anyway kita kembalikan fokus kita kepada Fandy dan Sanah. Kisah percintaan mereka ini sebenarnya boleh mengisi slot cerekarama. Memang penuh dengan gelak tawa, air mata dan mungkin sedikit air mazi. Namun begitu berkat keutuhan cinta sejati mereka berjaya menepis segala dugaan dan akhirnya berjaya mendapatkan lesen persetubuhan penuh. Ayuh kita ikuti kisah perkahwinan Fandy dan Sanah.

Seperti biasa dalam segmen review perkahwinan ini, kita akan mengenali pasangan pengantin dengan mendedahkan maklumat-maklumat keji yang berbaur fitnah terhadap pasangan berkahwin. Kita mulakan dengan Khairul Afandy bin Abu Bakar. Semasa di Uniten, Fandy dikenali sebagai Fandy Bulu kerana struktur permukaan kulitnya yang dilitupi dengan bulu-bulu yang kerinting dan lebat. Dia siap ada syampu Vidal Sassoon khas lagi untuk melembutkan bulu-bulu di badannya. Fandy tidak boleh berada di suasana panas terik kerana bimbang bulunya akan terbakar lalu merebak ke seluruh badan. Ok ok fine aku ezajerit. Walaupun sering dilabel sebagai Bigfoot oleh rakan-rakannya yang lain, Fandy sebenarnya seorang yang baik hati. Dia tak pernah ponteng kelas dan selalu tumpangkan aku pergi ke kelas. Apartment dia dulu sering aku jadikan markas lepak tapi kat sana memang tak boleh ponteng solat sebab Fandy akan jadi imam. Masa mandi pun dia tutup aurat berat tau.

Ok tiba masanya untuk kita kenali Hasanah pula. Hasanah memiliki struktur tubuh yang kecil. Orang lain mungkin akan gunakan term 'comel'. Aku sering tersalah anggap yang dia ni merupakan pelajar lepasan UPSR. Saiz Fandy dan Hasanah memang berbeza; jika hendak dibuat analogi Fandy tu macam Big Show ahli gusti WWE dan Hasanah pula kecil seperti Zami Ismail. Haa? Apapun walaupun saiznya kecil, dia memiliki hati yang besar. Bukan fatty liver, tetapi sifatnya yang ramah dan berbudi bahasa itu memang disukai ramai. Dia juga memiliki sense of humor yang tinggi tak pernah melenting walaupun setiap kali aku jumpa dia aku mesti tanya result UPSR dia.

Melihat kepada kad perkahwinan, majlis diadakan di kampung Hasanah di Sungai Besar, kat Kuala Selangor tuh. Aku masukkan alamatnya dalam Google Maps tak keluar pula memang terus mencarut ringan aku. Terlanjut berbicara tentang Google Maps, ayuh kita dengar jenaka Google Maps yang popular; Buka Google Maps, tekan Get directions, taip China di kotak A dan Japan di kotak B dan tekan butang Get Directions. Baca nombor 42. Jika anda telah puas gelak, kita kembali ke cerita asal. Aku memang terlalu tertekan kerana tidak jumpa rumah Hasanah menyebabkan aku terus membeli GPS berjenama Garmin tanpa berfikir panjang. Aku beli model Nuvi kecil saja boleh masuk poket. Sekali lagi aku mencarut ringan apabila alamat Hasanah tidak ditemui. Tak bayar cukai pintu ke sehingga alamat tak jumpa? (jenaka).


Setelah memakai baju Melayu raya lengkap dengan sampin dan tanjak, aku dan da'killa pun belasah saja jalan kalau tak jumpa pun at least boleh bergambar di sawah padi. Huii jauh tu GPS kata perjalanan akan mengambil masa lebih 2 jam. Itu pun dekat-dekat nak tiga jam juga kalau campur waktu sesat. Nasib baik jumpa. Kami tiba around pukul 2 orang pun dah nak balik. Fandy nikah pagi itu, dan melihat pada riak wajahnya, proses persetubuhan masih belum berlaku. Gila kau mana ada masa dan peluang saudara mara ramai ringan-ringan dapatlah kot. Ok mari kita lihat gambar-gambar perkahwinan dengan caption yang ditokok tambah.


Aku tak tahulah. Setiap kali aku ambil gambar mereka, Hasanah mesti tidur di dalam gambar. Nak kata penat bersenggama dengan suami memang tidak benar sebab proses itu masih belum berlaku. Tak percaya tengok gambar close up di bawah huii memang mengantuk sangat kau ni Sanah. Tapi tengah tidur pun boleh tersenyum mimpi basah ke apa ni.


Ini merupakan rakan-rakan Uniten aku. Dari kiri, Pa'an Kuih Tart (Paan Tart), Abu Zakar dan Azrel Lavigne. Hensem kan diorang kalau korang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka boleh emel aku. Khidmat apa masih menjadi misteri. Jumpa korang di Cyber! Tapi korang balik awal tak rok ah.


Sebagai ucapan perkahwinan, aku ucapkan selamat pengantin baru dan selamat melakukan persetubuhan halal. Sekadar peringatan, memasuki pintu dubur adalah haram. Kalau saudara mara ramai dan kalian sudah tidak mampu bertahan, apa kata guna sahaja kawasan sawah yang luas terbentang tu? Kalau orang lalu, cepat-cepat keraskan badan dan berlakonlah jadi orang-orang untuk menghalau burung. Tapi tak semua 'burung' boleh halau. Ha ha ha lucunya jenaka dewasa aku.


On a more serious note, aku ucapkan selamat pengantin baru sekali lagi dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal untuk at least 50 tahun lagi. Fandy jangan pukul bini, Hasanah pula janganlah melawan cakap suami. Kongratulasi guys!


Untuk melihat lebih banyak gambar Hasanah tidur di majlis perkahwinannya, sila layari laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=250801&l=d8c41044df&id=628280825

p.s. jika mahu menambah saya sebagai rakan walaupun berat badan anda melebihi piawaian yang ditetapkan, sila nyatakan siapa anda bagi mengelakkan diri ini ditag dengan skim login Fesbuk dapat sratos ataupun terpaksa menyertai perniagaan gelang AC Mizal, terima kasih.



9 comments:

atiezul said...

nek jet ski tuuuu! hahaha

*kuku patah said...

ngek nek jetski rentas pacific ocean 782km
ko pon kawen cepat la jai!
kitorang nk p tengok ko sanding!!
haha

astute said...

dah lama tak drop comment kat sini..tahniah sanah&fandy.

p/s aku suka nasyid yg kau buat caption tu (di hari minggu pergi berkelahhhh di tepi pantai yang sangat indahhhh)

Mohamad Faizal said...

atiezul: nasib baik tak suruh berenang

kuku: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

astute: hah kau nyanyi macam lagu di tepi pantai yang indah aku duduk seorang diri suasanaa sepiiiii

finaz said...

ok mula2 bila i baca komen2 kat atas ni i xpaham apa kaitan majlis perkahwinan dengan jet ski? siap ingt pengantin yg naik jet ski sbb bentuk kerusi atas pelamin tu (what an imagination !!) hahaha..

bila dh try lawak google map tu baru paham.. hahahahahha.. ok serius lawak.. kalau xde jet ski camne? konfem tak sampai jepun

Anonymous said...

kau ni mmg pecinta baju melayu ke jai?.. bagus kalau camtu dan teruskan aku akan sokong dari belakang..

jeckspeed

Mohamad Faizal said...

finaz: kahwin naik jet ski...ok gak idea tu. kahwin naik jet ski kat bukit belacan

jeckspeed: aku pergi pasar tani pun pakai baju melayu. sokong dari belakang macam meragukan sahaja bunyinya

theanswer said...

ape model garmin kau tuh..bpe rm ek?

Mohamad Faizal said...

nuvi 1250. 6 ratus

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...