Monday, November 15, 2010

Mengapa Aku Tidak Suka Pergi ke Pasar Malam

Pasar malam di rumah aku dianjurkan pada setiap hari Rabu dan Jumaat. Dulu-dulu masa zaman persekolahan, aku memang suka pergi ke pasar malam dengan Apai mencari apam balik mahupun cakera padat XPDC. Jika artikel ini ditulis pada 10 tahun yang lalu, mungkin aku akan letak tajuk 'Mengapa Aku SUKA Pergi Pasar Malam'. Sekarang tidak lagi. Ayuh kita kaji mengapa pasar malam tidak lagi dijadikan sebagai destinasi berpeleseran selepas solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran. *cough.

1) Jejaka indon bajet sembah syaiton

Mereka hadir secara berkumpulan. Pasar malam di rumah aku dijadikan tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan ritual mereka. Mereka langsung tiada niat untuk membeli-belah di pasar malam, sebaliknya hadir dengan kod etika pemakaian kultus masing-masing. Antara ciri-ciri fizikal mereka yang ketara adalah berwajah seperti ahli kumpulan Radja, rambut panjang menggerbang menutupi muka tak kiralah yang rebonding ataupun kerinting. Dari segi pakaian, mereka akan memakai tshirt round neck berwarna hitam, dan terdapat imej-imej ngeri dengan font-font berdarah dari neraka. Mostly memakai baju kugiran-kugiran yang mungkin akan diseksa di alam barzakh kelak seperti Cradle of Filth dan Venom. Padahal diorang tak faham bahasa Inggeris pun. Ada juga gambar-gambar seram lain yang relevan seperti hantu badut IT, gambar hantu telur bungkus serta gambar orang kemalangan.

Apa yang menjengkelkan tentang mereka sebenarnya bukanlah kerana gaya fizikal mereka; tetapi tabiat buruk mereka yang suka berkumpul di tengah-tengah jalan. Bayangkanlah satu kumpulan ada lebih kurang 7-8 orang. Ada banyak kumpulan pulak tu dari mula hingga ke akhir pasar malam. Duduk berkumpul kalau buat benda yang berfaedah seperti berdikir barat boleh juga terima, ini sekadar berbual-bual dalam bahasa Jawa lepas tu ketawa berdekah-dekah dengan sekuat hati. Tak tahu mengapa mereka mesti lakukannya di tengah jalan. Aku nak sound tak berani takut diorang hantar Jenglot. Ini bukan rasis ini pemerhatian teliti.


2) Gadis kilang berlagak seksi

Berhampiran dengan kawasan pasar malam, ada satu asrama wanita yang menempatkan pekerja-pekerja kilang Sony. Bangi kan kawasan perindustrian terkemuka seperti yang korang belajar dalam subjek geografi dahulu. So setiap kali pasar malam sudah pastilah gadis-gadis kilang ini akan turun bergaya dengan outfit-outfit mereka yang vogue the vass. Pakaian wajib sendat dan nampak lurah dada dan punggung. Secara jujurnya, aku akui yang gadis-gadis kilang ini memiliki aset yang ranum meminta ditampar. Kalau jalan sebelah aku muka aku mesti pandang depan tapi biji mata aku mesti juling.

Tapi itulah masalahnya mereka ini mengamalkan konsep Yang Penting Tubuh dan bukan Yang Penting Rupa seperti aku. So kita pun tenunglah dia dari hujung kaki, naik ke atas berhenti sebentar di bukit-bukit Broga, sebelum meneruskan tenungan ke muka. HAH? Ambil kau tubuh Sharon Stone wajah Raksasa Gorgon. Wajah mereka putih melepak tapi bukan sebab kulit mereka pakai Fair and Lovely tapi pakai bedak sejuk tebal gila macam mendiang Mona Fandey. Orang pergi pasar malam nak membeli makanan hilanglah selera nanti. Aku agak diorang ni pakai baju tersembul dada sebab ingin mencari jodoh agaknya, ataupun nak cuba menarik perhatian jejaka indon di atas.

Tapi yang pakai seksi ni bukan sekadar gadis-gadis kilang. Makcik-makcik nak dekat lanjut usia pun ada. Pakai baju kelawar lepas tu boleh nampak ketiak. Kadang-kadang mereka tak sedar tapi kalau kita dah ternampak nak buat macamana? Dibuatnya kau ada pulak memori fotografik haa terngiang-ngianglah kau dengan imej itu.

3) Pengemis


Tempoh hari kita telah mengadakan perbincangan tentang jenis-jenis pengemis. Salah satu modus operandi mereka adalah mencari rezeki di pasar malam. Seperti mana yang kita ketahui, tidak semua pengemis itu pengemis yang genuine. Kebanyakan daripada mereka terlibat dengan sindiket mengemis kelolaan pailang dari Sungai Ramal Dalam. Bayangkanlah orang tu tiada kaki, tiada tangan dan tak sunat lagi, baring meniarap di atas jalan tar mengharapkan simpati. Aku tengok sumpah aku simpati dan berniat untuk melakukan sujud syukur balik rumah nanti sebab aku ada kaki dan tangan. Itu pun tangan selalu sangat membantu organ lain melakukan dosa. So aku pun secara automatik akan keluarkan wang seringgit dua keping letak kat tabung derma dia. Nak nak pulak peniaga kaset ceramah berhampiran pasang lagu Maher Zain. Makin sayu dan hiba aku.

Tapi berat mata memandang, berat lagi pengemis itu untuk dipikul. Kalau bukan datang dengan sindiket, bagaimana pula mereka boleh terbaring di situ bukan? Ada yang teknik mengemis dia baca ayat-ayat hafazan PAFA konon-konon nak tunjuk Islamik dan memberi hint yang orang Islam harus membantu saudara Islamnya yang lain. Tapi baca main toron je tanpa mahraj dan harakat yang betul. Aku yang handal tajwid ni terus PMS tak mahu datang pasar malam lagi.

4) Pembaziran


Setiap kali aku pergi ke pasar malam, pembaziran pasti akan berlaku. Mengapa? Well kat pasar malam kita tak boleh sekadar window shopping. Oh please take note window shopping dengan cuci mata lain ye. Mana boleh kau tengok popia basah tanya-tanya harga test rasa sikit lepas tu tak beli kan? Lagipun ada deria bau yang menbantu untuk kita membuat keputusan tidak rasional membeli makanan melebihi tahap kelaparan.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, aku kini tidak lagi menjejakkan kaki ke pasar malam di rumah aku. Aku pun tak ingat bila last aku datang beli rangka ayam kat pasar. 4-5 tahun yang lalu perhaps. Maybe perkara-perkara di atas hanya berlaku di pasar malam aku. Kalian pula bagaimana? Kool kah pasar malam anda?



19 comments:

Fana Flora said...

ijaicool. kau ni kelakar la. tergelak2 aku baca luahan prasaan kau ni.
erm, aku pun tak suka datang pasar malam sangat sebabnya nanti aku tomfius nak makan ape. banyak sangat makanan yang dijual. haha..

sebab2 lain adalah seperti yang tertulis di atas :D

Anonymous said...

Laki2 Indon tu dah la suka kumpul ramai2 lepas tu bau badan dia orang mak ai tak tahan!!!

Cis kenapa mendiang Mona Fandey dia bukan Islam ke?

-Lisa

Mimie.Candy Cane said...

kadang teringin jugak nak tanye mamat indon yang pakai shirt Canibal Corpse bahawasanya dorang pernah dengar ke tidak lagu dari kumpulan yang tertepek di bajunya tu?

aku pernah menghulur derma kat sorang pakcik buta..bila pusing2 pasar malam tu,tibe2 pakcik yang aku derma tu ada kt stall hanpon,tengah tunggu masuk lagu ke henpon 'sabun' dia..

rasa nak lempang muke sndiri masa tu..

niena ; ) said...

haha ,
aku baru je balik dari pasar malam .

pasar malam kat rumah aku okey je , lagipun tak mainlah awek2 kilang sebab pasar malam kat rumah aku ni budak2 u je yang ramai .

Mohamad Faizal said...

fana: jika konfius, beli saja popia basah!

lisa: haha aku main blasah je guna mendiang

mimie: lagu peterpan pun diorang tak tahu. btw henpon sabun tu apa

niena: yakah comelkah budak2 u itu (tanya bagi pihak kawan2)

Mimie.Candy Cane said...

hp sabun- hp nokia-yang -aku -tak-tau-model-apa-tapi-bentuk-dia-gemok2-mcm-sabun

faramira said...

bau asap aym percik yg melekat kat baju lepas balik pasar malam

Clarky Afif said...

wah jika ada gadis kilang sony seksi pasti ada designer engineer sony bernama fendi (bukan kawan kau).

hey it rhymes! :D

anyway gadis kilang tu untuk dijual juga ke? boleh aku beli buat jadi tukang kemas bilik aku. :p

Anonymous said...

bra, dulu pasar malam kt manjung 3 ari straight, sabtu-isnin..paling best? pg ramai2 dgn geng2 itm (bkn uitm), pastu rembat vcd, kah3..
balik hostel pasang sangkut2, esok pg blk pasar mlm tukar, konon cd rosak? hehe, amacam? cara x?
~yusry, tp bkn kru~

Mohamad Faizal said...

mimie: haha nokia 3310 mungkin?

faramira: itulah nanti kantol mama suruh pergi surau tapi kita melencong ke pasar

clarky: eh kawan aku fandi memang engineer pun cuma dia tak hensem jela

yusry: kau memang pairet sejati haha

nana said...

pasar mlm ampang semua kool je. ampang tak byk kilang.
pastu indon2 pegi pasar mlm lain kot.

cuma, pengemis tu mmg la ramai.
takpe lah, org ampang semua cukup makan, sekali sekali biar lah diorg berbakti dgn bersedekah.

O Ena O said...

aura pasar mlm skrang bukan same mcm dulu...skang nie penuh ngan PATI yg buat aku rs semak je deme kt pasar mlm tuh! isk isk...

Anonymous said...

aku p pasar malam dgn motor sbb lebih mudah(aku bkn minah rempit)..tp la ni pasar mlm jadi port orang mencuri motor n helmet pulak..weh kalau helmet kena curi sgt la sadis..yela, hang kena beli helmet baru, kalau tak mcm mana nk blk..nnt tak pasal-pasal kena saman..sungguh ciss!

~siti sutra~

Anonymous said...

saya dulu2 pergi pasar kat terengganu umah nenek saya.saya suka pergi sana sbb ade jual dadih yg sgt sedap dan bersih and kat sana mana ade indon pakai cam penyembah syaiton atau minah kilang pakai seksi2..semua pakai tudung labuh alim2 belaka.saya terharu.

noname

emm-ai-en said...

sebab ke pasar malam adalah satu;
ais blended.

Clarky Afif said...

lupe. pasar malam puncak alam ada 2 benda best:

1. ayam angkel bob
2. bakso 'alhamdulillahirobbialamiin'

The Sharkox said...

Huduh sial gambar SLANK tu...

macam haram....

Ijai...SELAMAT HARI RAYERRRR....SILALAH DATANG KE RUMAH, BAWAK DUIT SEKALI YERRRR..

Anonymous said...

aku gi pasar malam nak beli bakso je, pastu gesel2 punggung skit ngan minah2 indon.(bila jalan sesak) hahahaha

jeckspeed

Mohamad Faizal said...

nana: belanja aku apam balik pasar malam ampang please

ena: pasar malam pun ada aura kah

siti: pakai helmet terus semasa membeli belah di pasar malam baru tak hilang

noname: wahh baguslah begitu

emm-ai-en: tiada di pasar malam saya...or maybe sekarang dah ada entah lama tak pergi

clarky: haha bagus tu boleh melariskan jualan

sharkox: rumah kau kat mana jangan sekadar memberi janji manis mengajak aku datang

jeckspeed: keji. tapi kalau tak sengaja takpe haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...