Friday, November 26, 2010

Mengkaji Tabiat Jejaka Ketika Membeli-Belah


Seperti yang dijanjikan, setiap kali selepas segmen mendedahkan sikap sebenar gadis-gadis, kita harus bersikap adil dengan membuat entri tentang jejaka pula. Jika kita menatap tajuk di atas dengan teliti, tampak seperti ada yang tidak kena bukan? Lelaki dan membeli-belah bukanlah sesuatu yang natural. Anda tidak akan nampak seorang lelaki yang sejati yang layak dikategorikan sebagai shopaholic seperti gambar di atas. Kalau nak letak statistik, orang lelaki yang normal hanya akan keluar membeli-belah selama 45 minit sahaja dalam sebulan. Walaupun tempoh mereka membeli-belah tidak lama seperti wanita, kita masih boleh mengkaji tabiat stereotype mereka ketika bershopping. Ayuh teruskan membaca.

1) Orang lelaki tidak akan keluar bershopping dalam tempoh yang panjang

Orang lelaki hanya akan pergi membeli-belah dalam keadaan terpaksa. Sebagai contoh, kami hanya akan keluar membeli boxer baru apabila boxer kami telah bertukar warna menjadi kuning. Kalau nak ikutkan, boleh je biarkan adik kami menjalar tak pakai boxer tapi nanti dituduh sebagai pengganas seksual pula. So dalam keadaan terpaksa, kami pun keluar pergi ke Jusco (atapun sebarang kompleks membeli-belah berhampiran) untuk mendapatkan bekalan boxer baru. Pergi Jusco, masuk kedai, beli boxer, pulang. Tak perlu windows shopping, tak perlu fitting, tak perlu melencong ke tempat lain pergi buat manicure pedicure. 30 minit sudah cukup untuk memenuhi keperluan (bukan kehendak) kami.

Maka situasi berjalan-jalan selama tiga jam di kompleks membeli-belah tanpa membeli apa-apa memang tidak wujud dalam hidup kami. Ada pembaca, Wirda Rasid memberi pendapat:

"same je kalau laki2 pegi lowyat..berjam2 tak lenguh pun kaki..amik semua flyer kalo bleh"

Ok mungkin ada kebenaran dalam kenyataannya itu. Namun begitu, hakikat yang sebenar adalah, orang lelaki kalau nak pergi Low Yat cari mencari gajet teknologi maklumat, mereka sebenarnya PASTI telah membuat survey di Internet tentang spesifikasi dan harga sesuatu gajet itu. Kalau tak survey dulu pasti akan diperdayakan oleh jurujual. So tatkala kita sudah tiba di Low Yat, kita hanya perlu pergi ke kedai yang relevan dan membuat pembelian lalu pulang tanpa berfikir panjang. Again, 30 minit pun cukup. Yang menyebabkan pencarian barangan di Low Yat memakan masa berjam-jam adalah apabila barangan yang kita mahu tidak dapat dijumpai. Itu yang ambil semua flyers, tanya semua kedai sebab kita telahpun membuat keputusan tentang gajet yang hendak dibeli. Kami akan mencari sehingga jumpa, dan tidak akan pulang dengan tangan kosong. Berbeza dengan wanita yang main toron je pergi di shopping complex rambang mata melihat beg tangan Jurulatih beg tangan Teka lepas tu jadi indecisive semua benda mereka inginkan akhirnya tak beli apa-apa :)

2) Ego ketika membeli-belah

Lelaki memang terkenal dengan sifat ego mereka. Ego mereka akan menguasai diri dalam setiap aspek. Kalau terkentut sanggup bersumpah di atas nama keluarga yang dia tak kentut. Kalau badan bau rokok memang tak mungkin mengaku depan teman wanita. Mesti tuduh kawan dia yang merokok bau dia melekat kat badan kita. Masa membeli-belah pun, ego masih menebal di dalam diri. Bagaimanakah kita hendak mendefinisikan ego ketika membeli-belah? Mudah sahaja. Kalau masuk dalam kedai, buat muka eksyen, tengok-tengok baju kemeja kotak-kotak kat Top Man tapi tak mahu bertanya pendapat jurujual. Tanya availability saiz baju pun tak mahu. Kalau jurujual datang rapat, kita akan berasa tak selesa dan insecure lalu beredar dari kedai. Kalau jurujual suggest beli barang yang lebih murah tetapi sama kualiti, kita akan berasa berang menganggap yang jurujual tu ingat kita ni tak ada duit, terutamanya jika kita pergi membeli-belah di tempat eksklusif seperti di Pavilion.

3) Tidak cerewet memilih barang

Harus dinyatakan di sini yang point ini hanya applicable jika lelaki keluar bershopping seorang diri. Tanpa pengaruh daripada pasangan, orang lelaki tidak akan mempunyai masalah untuk memilih barangan yang mereka rasa kool tanpa memikirkan pro dan kontranya. Contohnya, orang perempuan kalau nak beli baju tidur, banyak faktor yang mereka perlu ambil kira. Adakah baju itu memberi pendedahan yang secukupnya terhadap aurat berat untuk menggoda suami? Adakah kita mampu untuk membeli baju itu? Adakah warna baju ini match dengan langsir kita? Persoalan-persoalan sebegini sering bermain di minda wanita ketika membeli-belah. Lelaki senang je tidur tak pakai baju. Ok tak acilah guna contoh macam tu. Kita guna kasut sebagai contoh. Orang lelaki pergi kedai kasut Aldo. Pandang kiri kanan, nampak satu yang berkenan, tunjuk kepada yang jurujual, beli tanpa banyak bicara. Tak perlu fikir harga sebab orang lelaki akan beli apa yang mereka mahu. Lagipun kasut itu akan dipakai untuk at least tiga tahun tanpa diperlu tukar, so mahal sikit pun tidak menjadi masalah.

Kalau gadis masuk dalam kedai Aldo? Orang lelaki sila selesakan diri di husband's chair kerana anda akan berada di situ dalam tempoh yang panjang :)

4) Membeli barang mengikut nasihat wanita, kemudian menyesal

Apabila keluar bershopping dengan isteri ataupun teman wanita, orang lelaki akan pura-pura bertanyakan pendapat kepada pasangan mereka tentang barangan yang hendak dibeli walaupun telah membuat keputusan di dalam hati demi menunjukkan sifat toleransi. Namun begitu, gadis-gadis sering 'memaksa' kita membeli sesuatu barangan itu mengikut naluri kewanitaan mereka tanpa memikirkan natijahnya kepada orang lelaki. Contohnya, ketika membeli baju kemeja, gadis-gadis akan 'mencadangkan' kita membeli baju berwarna merah jambu sebab mereka suka warna merah jambu. Lelaki yang sejati tidak akan pakai warna pink. Imej metroseksual bukanlah sesuatu yang ingin dipaparkan ketika keluar berboys talk di mapley Ameerali. Nanti kena keji dengan rakan-rakan dan pelayan restoran.

Tetapi kerana tidak mahu mengguris hati pasangan, kita ikuti juga kehendak mereka sambil menyedapkan hati cakap kita nampak kacak juga kalau pakai pink. Tapi bila balik test baju tu kat rumah, kita terus duduk di sudut gelap sambil mengalir air mata akibat rasa aib dan rasa teramat kesal membeli baju itu. Last-last tak pakai lepas tu gadis tanya "Eh kenapa you tak pakai baju yang I belikan tu? U benci kat I ke? Uhuk uhuk hantar I rumah mak bapak I sekarang jugak!".

Eh sepatutnya entri ini dibuat untuk mengeji tabiat lelaki ketika membeli-belah sebaliknya aku pergi justify pula mengapa mereka berperangai sedemikian, haha. Apapun, saya ucapkan selamat menyambut hujung minggu kepada para pembaca. Jika anda keluar pergi membeli-belah, jangan lupa perhatikan gaya gadis dan jejaka ketika membeli-belah untuk dikongsikan bersama.



25 comments:

finaz said...

hahaha.. real men wear pink lah okk !!

btw, gamba photoshopped sophie kinsella itu sangat menakutkan and in the same time kelakar !! hahahahaha

..:: WiRdA ::.. said...

hah..terus naik komen aku dlm entry..wow glemer i..hahaha

hah sedar pun entry bukan keji tabiat lelaki, tapi membela saja...haha bias nih.

tp btol la, x pernah laki aku kalo pegi lowyat jauh2, survey2, dan balik ngan tangan kosong. Mesti beli yg dia nk beli. hahaha.. ye la ye la.. mmg pempuan suka shopping lama2 pun..bestttt apa! haha

si comel said...

haish! aku slalu je tersrempak dgn lelaki yg pakai t-shirt pink...
siap jln mendada dgn bangganya nk tnjuk kebidangan diorag tuh..
ha..klau cmni kira cmne plak?

Mohamad Faizal said...

finaz: tidak, awie tak pakai pink pun hihi. eh tak pasal2 awie dilabel sebagai lelaki sejati

wirda: see, suami anda memang lelaki sejati

si comel: itu kira lelaki metroseksual, berbeza dengan lelaki sejati hihi

O Ena O said...

erk...bf aku begitu teliti aka cerewet..tak sangke aku ikot die shopping die sgt teliti soal harge ..baju die pon die akan teliti betoi2 n pueh ati baru beli..
haishh aku ingt ppuan jer cerewet..hahaha...lelaki berzodiak aries cerewet kah bile time shooping?

.mem besor. said...

soooooo true weeh. couldnt agree less.

Anonymous said...

1) betul sangat2..

2) eh,. eh,. betul laaa..

3) itu sememangnya betulll...

4) huh!.. memang betul punn..

mmmmmm... kau pernah jadi sales girl ke?..

clarky said...

aku suka lelaki pakai tee pink tapi perlu seswai dengan diri beliau.

hey, aku dan seorang kawan lelaki siap melencong buat brazillian. aku cume perlu sebut "eh, Strip lah!"
lalu beliau menarik tangan aku dan "Jom buat!" dan beliau bukan gay.

haha! haha!

Md.Ariff said...

ijai minat adam lambert. sluar dalam pn siap ada ganbar adam lambert hhehe

diariakuiman said...

ops.. aku rsa senua tu benar-benar belaka.. 10 markah

efyna.pinkladies said...

yang no 4 tu memang TEPAT. hahaha.

kurikkundi said...

mengalir air mata sebab nak menyesal ikut cakap gf, buat aku rasa nak gelak berguling.huhu.

Rahim Hashim said...

kalau spender kaler pink takpe

Anonymous said...

real men don't wear pink

adam

Diloz said...

yang last tu paling setuju!

haha

Anonymous said...

haha pressure btol kalau salesgirl/man follow2 ni.. beli kat bundle je sng.. bebas! haha



-megan musang

Mohamad Faizal said...

ena: tak tahulah aku berzodiak gemini. gambar 2 perempuan mungkin itu sebabnya aku hanya 50% sejati 50% metroseksual

mem besor: thanks

anon: duh? sogo's salesbok of the year?

clarky: ok aku naif brazillian tu apa?

md.ariff: eh dari mana pula datang tuduhan itu aku minat david archuleta ok

diariakuiman: 2 markah untuk anda juga

efyna: terima kasih

kurikkundi: mengalir air lain wajib mandi wajib

rahim: ini mendedahkan kaler spender kau ke apa

adam: kecuali pink di organ tertentu

diloz: ada pengalaman kah heh

megan: BEBAS peribadimu perhatikanlah BEBAS! (lagu kumpulan Kool)

Anonymous said...

hahaha basket ko taruk pic ensem tu jd mcm tu eh..and btw mmg lelaki sejati tiada unsur2 pink meskipon pada bhgn anggota badan faizal..kaler sawo matang menunjukkan ia lagi mantap..

-fandi-

The Sharkox said...

Semua benar belaka...

Mohamad Faizal said...

fandi: adalah kaler pink. kau tak sunat ke apa

sharkox: ramalanku benar belaka nyanyian kumpulan unbrella

Anonymous said...

eleh ijai tak tau brazilian! tipu!!
but macamana lelaki nak brazilian seriously? tahan ke?

real men don't wear pink! setuju!
i will not allow my hubs to wear pink. except something kinky in the bedroom probably hahaha

arjuna angkasa said...

hahahaha... cayalah ijai!! akhirnya ada gak org menyokong tabiat aku sebagai lelaki sejati nih dan mmg terbukti benar, aku puas memberi explanation tentang loyat kepada wirda rasid tapi dia kelihatan sgt sukar memahaminya. tapi kini tidak lagik.

kini aku leh merayau di loyat dgn hati tenang.

hahah!

Yg dtg malam hari said...

aku da terlalu byk giler nyesal.... suh je mak belikan huhu

Shahrul Izzuwan said...

Hai tuan punya blog n pengunjung blog ni.Sy invite u all,jom layan VIDEO2 sy b'main gitar kapok dan menyanyi di YouTube channel sy.. Siap ada yg cuma pakai boxer je tu n tak pakai baju.tayang body la konon.hehe.. Tp suara x la sedap mana pun.. Klik link YouTube sy ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

Anonymous said...

meanwhile tema baju keluarga aku tahun nie warna maroon, nk x nk terpaksalah pakai, diorang dah beli pun tanpa aku ketahui. Tapi yg jd masalahnya baju diorang termasuk bapak aku (bapak aku baju lama sbb elok dan warna maroon) semua nmpak warna maroon. Tp warna baju melayu aku ada problem sikit, kt mata orang perempuan mmglah nmpak maroon cair, tp kt mata aku betul2 nmpak macam warna pink (warna paling tak suka aku pakai), so berayalah dgn hati gulandah, nk buat camner, bersyukurlah ada orang belikan baju huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...