Tuesday, November 23, 2010

Mengkaji Tabiat Wanita Ketika Membeli-Belah


Menurut satu kajian yang dijalankan oleh majalah Anjung Seri baru-baru ini, kaum wanita menghabiskan lebih kurang 8 tahun di sepanjang hidup mereka untuk pergi membeli belah. 8 tahun, wahh lamanya. Tetapi ini bukanlah satu statistik yang mengejutkan. Kaum wanita dan shopping memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mana ada gadis yang tak suka shopping bukan? Kalau satu minggu tu tak dapat pergi kompleks membeli-belah, pasti kitar haid mereka jadi tidak menentu seterusnya menjadikan mereka bengis dan asyik nak marah pasangan mereka. Jadi usahlah kita mengganggu fitrah kejadian wanita yang ketagihan membeli-belah ini. Sebaliknya, kita sebagai orang lelaki yang understanding harus embrace tabiat mereka dan at least berpura-pura untuk menunjukkan minat ketika menemani mereka bershopping. Di sini saya ingin membentangkan hasil kajian terhadap tabiat wanita ketika membeli-belah agar kita dapat memahami mereka dengan lebih mendalam. Ayuh teruskan membaca.

1) Kaum wanita boleh berjalan selama 3 jam tanpa membeli apa-apa

Orang perempuan ni satu benda je yang mereka malas nak buat; bersenam. Tapi kita tengok ramai je orang perempuan yang fit naik bukit Broga pun tak pancit malu je kita orang lelaki. So apakah rahsia di atas 'kefittan' mereka ini? Mengikut satu eksperimen sains yang dijalankan, ketika membeli-belah, kaum wanita akan merembeskan hormon yang menjadikan mereka hyperactive dan meningkatkan kadar metabolisme. Shopping adalah senaman untuk kaum wanita. Perasaan penat mereka akan hilang apabila melihat iklan potongan seingga 70% di Parkson Grand. Selalunya mereka akan mengalami amnesia apabila melihat kasut Aldo yang murah walaupun sebenarnya mereka dah lalu dah kedai tu tadi. Itu yang pusing-pusing sampai 2-3 round di tempat yang sama. Baguslah boleh bakar kalori yang berlebihan.

Walaupun kad kredit sudah di block, itu tidak akan menghalang mereka untuk melakukan windows shopping. Tak dapat beli tengok pun jadi. Kira macam buat survey dulu lah terhadap apa yang bakal disambar pada hujung bulan nanti. Roarrr!

2) Impulse shopping

Kaum wanita sering cuba menipu diri sendiri dengan berkata di dalam hati "Ok hari ini aku yang pergi windows shopping je. Aku janji aku takkan beli apa-apa". Sesungguhnya keazaman itu akan berakhir dengan sekelip mata apabila melihat blouse terbaru yang dipakaikan di patung M & G. Apabila telah melihat sendiri sesuatu produk itu, ditambah pula dengan pujuk rayu salesman bapuk, ditambah lagi dengan promosi buy '1 free 1', maka kaum wanita akan hilang kawalan diri dan mula membeli-belah secara tidak rasional.

Untuk menyedapkan hati. gadis-gadis mungkin berkata begini, "Alah apa susah I duduk rumah je so takyah risau nak beli itu ini". Well kenyataan itu boleh disangkal kerana duduk rumah pun boleh berlaku impulse shopping. Kita korang sedang asyik membaca laman blog lelaki tampan macam blog ini, tiba-tiba korang ternampak pula iklan baju di latar belakang. Macam menarik sahaja tone warna dan design baju itu. Lepas tu terbayang pula anda jadi model baju itu. Hmm ok juga baju ini I nampak kurus u know. Tanpa berfikir panjang korang terus klik iklan tersebut dan sampailah ke laman web Zara. WAUU KALAU BELI ONLINE DAPAT DISKAUN 10%! Kaching insert credit card number insert CVC number ahah!

3) Cuba banyak baju di fitting room, snap dan mobile upload ke Facebook

Huiii bila syahwat sudah menguasai diri, habis semua baju disambarnya. Yang nampak separa dada, yang terbelah sehingga ke peha, yang ada zip di punggung semua kita nak cuba try test. Cuba je tak beli pun. Lepas tu dalam fitting room kan ada cermin gadis-gadis mana boleh bertahan kalau nampak cermin. SNAP! Kamera 2 megapixel di telefon bimbit sudah cukup untuk menampakkan imej seksi kita dengan jelas dan gambar itu segera dimuat naik ke Fesbuk untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan lain. Jangan lupa letak caption "Ummm I nampak gemuk la...."

4) Minta pendapat lelaki, tapi tak pernah nak ikut


Secara jujurnya, adakah kalian suka orang lelaki teman anda shopping? Anda memang menipu jika anda suka. Takkanlah nafsu shopping anda tidak terbantut setelah melihat wajah sugul kami membuntuti anda mencari kasut Nose? Anyway orang lelaki walaupun sebosan manapun aktiviti membeli-belah itu, mereka tetap akan menemani anda kerana mereka cintakan anda. Kalau nak bagi teman lelaki anda kembali segar, anda bawalah dia pergi membeli-belah baju dalam Triumph. Berbalik kepada persoalan asal, kaum lelaki hanya akan memberi jawapan yang generic ketika ditanya tentang baju manakah yang lebih cantik. Jawapan kami sudah pastilah 'Dua-dua pun ok'. Kalau terpaksa membuat pilihan sekalipun, anda memang tak akan ikut punya pendapat kami.

Ini kerana anda menganggap kaum lelaki ini langsung tiada fashion sense, melainkan lelaki itu adalah seorang arbok. Malahan, apa yang lebih memanaskan hati kami adalah anda akan memilih baju yang kami TIDAK pilih, kerana anda menganggap pilihan orang lelaki sentiasa salah. Tapi in the end anda akan beli dua-dua baju juga so tiada point la anda tanya pendapat kami at the first place.

5) Beli, tapi tak pernah pakai

Ok gadis-gadis, mari kita buat satu eksperimen. Pergi ke dapur. Isi air ke dalam cerek kemudian panaskan air itu sehingga mendidih. Ok yang tu aku saje je nak susahkan korang tiada kaitan pun sebenarnya. Yang sebetulnya, sila pergi ke almari anda. Buka almari anda dan sila kira berapa pasang baju yang anda beli tapi anda tak pernah pakai sekali pun. Pandang bawah sikit tengok berapa pasang kasut tumit tinggi yang anda tidak pernah sarung di kaki

Banyak bukan? Inilah akibatnya membeli-belah mengikut nafsu serakah. Ya, orang kata wanita ada 9 nafsu dan 7 daripadanya adalah nafsu shopping, tetapi itu tidak bermakna anda harus menyambar setiap kasut tumit tinggi 6 inci semata-mata hendak menjaga status fashionistas anda. Kadang-kadang mereka beli sebab nak brag dengan jiran-jiran ataupun saudara-mara semasa sesi mengumpat. Nak pakai bukannya muat pun nak nak pulak baru lepas kahwin makin di pam pam badan.

Eh gadis-gadis tidak boleh PMS membaca entri ini kerana apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka ezajerit sikit-sikit je. Alah kalau marah pun terapi dia senang je, pergilah membeli-belah! Hihi. Ok ok bagi menampakkan yang saya ini seorang yang adil, mungkin saya akan buat entri Mengkaji Tabiat Jejaka Ketika Membeli-Belah pula (tipu). Selamat membeli-belah!



24 comments:

Mimie.Candy Cane said...

aku jarang shopping.tapi skali shopping saudagar kurma pun leh insaf tengok aku berbelanja.

biasanye bila nak keluar shopping,aku pesan kawan aku " kalo ko nampak aku nak beli benda2 yang unnecessary,ko lempang aku k"

tapi biasanya aku berjaya jugak beli mende2 yang tak patot aku beli.

berani dorang nak lempang aku??

aku slalu tulis komen panjang2 kt blog ko.blog orang lain takde pun panjang mcm ni.

malyna said...

Agak betul lah semuanya. HAHA. sumpah best shopping.

Tak suka pegi shopping ngan lelaki. Menyemak je. Muka mmg sumpah tak ikhlas. HAHA kalau2 sorang2 nk tawaf 18 kali pun xde org nk kesah :P

malyna said...
This comment has been removed by the author.
malyna said...

Agak betul lah semuanya. HAHA. sumpah best shopping.

Tak suka pegi shopping ngan lelaki. Menyemak je. Muka mmg sumpah tak ikhlas. HAHA kalau2 sorang2 nk tawaf 18 kali pun xde org nk kesah :P

Pink Stilettos said...

kalau gi mall dgn Muaz, saya selalu berharap dia nak tercirit sbb dia selalu spend dekat sejam dlm toilet maka saya boleh membeli-belah sorang2 dgn senang hati ;p

anis said...

shopink mmg syokkk, mmg bleh krusss..
kdng2x sampai x sedar dh berpusing2x tgk baju dekat 3 jam, tp x bli pon..
tau2x blik rumah, mlm2x sakit kaki, tim nga shopink x prasan pon..
shopink ngn org llk, mmg x syok..
mke dye mmg x ikhls..tgk mke y x ihls, buat mood tok shopink tros hlng..(eh tp bgus gak, jimatt cmtu..huhu)

clarky said...

status aku sebagai BBW agak mencabar la. aku takleh shoping sakan sebab susah carik size. kalau aku g US rasanya memang sebulan baru puas shoping haha.

slalu aku akan spend banyak masa kat kedai buku.

dan aku ada sepasang stileto yg tak pakai. eeh apekah! aku sepatutnya stadi untuk exam sijil HACCP esok!

Nurul Huda Rahim said...

satu cara nak hilangkan nafsu shooping, pergi lah bershooping di bangi utama. sumpah tak bernafsu. apa pn takdak. yg ada cuma lagu maher zain. eh tp kalau time raya, aku shooping baju kurung lama juga kt situ. baju kt butik daun boleh tahan. haha.

MASS t-systems said...

yo welcome to the club

niena ; ) said...

eyh ,aku suka apa kalau lelaki ikut aku shopping sebab nanti dia orang boleh pegangkan barang2 .

hihi . . .

ciEk NiENa said...

saya setuju dengan point no 5.. HIHI.. banyak barang-barang yang saya beli adalah disebabkan ia cute, warna yang menawan hati dan bentuk yang chantek tanpa mengira keselesaan diri.. so, last skali, semua tu akan disimpan dalam almari untuk dijadikan harta pusaka dan rumah kepada enchik ti dan cik li :)
HAHAHA..

Mohamad Faizal said...

mimie: ternyatalah aku ini lebih istimewa.

malyna: tapi nanti minta orang lelaki bayar guna kad kredit mereka juga...

nurul iza: ataupun, anda boleh tinggalkan dia di rumah saya ketika anda pergi membeli-belah, haha

anis: baguslah kita disarankan untuk berjalan at least 10,000 langkah sehari. shopping 3 jam je dah 12,500 langkah

clarky: gudlak dalam peperiksaan sijil HACCP anda! apa tu macam sijil halal ke

huda: heyyy bangi utama mantap hocayyy kalau nak beli songkok last minit

MASS: yo yo calvin loi?

niena: bagus, itulah cara untuk mengeksploitasi dengan baik

ciek niena: rumah kepada enchik ti dan cik li?? tikus dan lipas kah

finaz said...

hahahha.. fortunately for me, i jenis xde kaki shopping sgt (esp in kl).. i will usually stick on my budget.. pergi shopping complex beli apa yg perlu sahaja dlm list

but when im on holiday, that is totally diff story altogether. i dont knowlah.. rasa mcm satu lg kepuasan kalau shopping kat overseas mcm spore or hk ke sbb baju2 kat sana lg cantik and up to date okkk.. mmg boleh pengsan jalan satu orchard road (lg pengsan sbb tgk exchange rate pastu convert in rm).. tp i think lg worth it sbb quality wise n design wise, sana lg ok. kat msia ni, kalau mega sale potongan 70% tu, mesti baju2 yg dh xde saiz, tinggal baki2 je.. or design yg membuatkan i terfikir "what were they thinking when they design this baju lah wei"

and from number 1-5 yg u senaraikan di atas.. i hanya buat no.1 jer.. 2-5 not applicable to me. hehe..

Anonymous said...

betul saya mmg boleh amnesia rasa dh msk kedai tuh tp nk msk lg skali just nk sedapkan hati mana tahu t'lepas pandang benda2 yg cantik.
saya suka je shopping dgn bf saya sbb dia ikut je dgn rela hati walaupun kdg2 penat tp dia layan je saya:).
penah bnyk kali b'jalan sampai 5 jam tp tk beli ape2 window shop je.kepuasan itu msh ade:)

noname

..:: WiRdA ::.. said...

same je kalau laki2 pegi lowyat..berjam2 tak lenguh pun kaki..amik semua flyer kalo bleh..aishh penin i pegi lowyat tauu~..pegi sg wang seblah dia takpe..hahaha

Rahim Hashim said...

perempuan akan beli barang yg dia tanak sbb murah..

lelaki akan beli barang yg dia nak tak kira la mahal ke murah..

Anonymous said...

bak kata rebecca bloomwood, 'when i shop, the world gets better.'

-jaja-

astute said...

aku cuma buat yg no 1 je..tapi dek kerana duduk di hujung dunia memang tak punya byk pilihan. setakat supermarket yg jual groceries je ade, rasa seperti dah putus nikmat berjalan selama 3 jam tanpa membeli apa2. tsk tsk

Mohamad Faizal said...

finaz: hihi not applicable? tipuuuuuuuuu

noname: 5 jam boleh bakar 1,200 kalori. bagus

wirda: ok point yang bernas juga nanti aku tulis pasal lelaki pula

rahim: yaaa tepat sekali kata-kata anda

jaja: wah ni siap hafal quote nampak sangat anda ni seorang shopaholic haha

astute: di hujung dunia di mana. pasti ada pasaraya giant at least

Anonymous said...

demmmm apesal mcm betul je semua? cis cis

acik oren said...

ijai,

rasa nya no 4 tu betul, sebab ape my bf tasteless.

how?

Mohamad Faizal said...

anda harus mememerhatikan situasi tersebut daripada mata teman lelaki anda, barulah anda mengerti mengapa dia bersikap sedemikian. mungkin dia tidak mahu menimbulkan konflik dengan membantah keputusan anda membeli baju kaler pelangi. eh

hannamaruku said...

lelaki yang nak teman girlfren dia shopping mmg susah nak dapat.

lelaki yang muka masam mata merah berbulu tengok girlfren shopping 8 thn tak habes habes, memang senang nak dapat.

haha.

Anonymous said...

ape ko cakap tu betul la...tapi thank god aku tak macam tu beb...and aku mmg takkan pi shopping ngan bf aku sbb aku takmo dia bosan...baik aku gi shopping sorang2 sebab yang nak beli nya aku, bukan orang lain...HAHAHA...kan senang hidup bf aku!! and bersyukur sangat aku tak dilahirkan utk menjadi seperti yang dibincangkan di atas itu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...