Thursday, November 4, 2010

Misteri Kutu Megatron


Aku sedang beristirehat di dalam bilik dalam keadaan separa horny apabila aku mendengar jeritan Mama dari bawah. "IJAIIII MEGATRON ADA KUTUUUU!!". What the what? Itu tidak mungkin! Megatron adalah kucing indoor bagaimana pula dia dijangkiti kutu? Berang dengan situasi itu aku pun turun menangkap Megatron. Apabila diperiksa, yaa aku dapat melihat bintik-bintik hitam yang disyaki tahi kutu. Setelah pemeriksaan lanjut dijalankan aku dapat melihat makhluk kecil berwarna hitam bergerak-gerak di sebalik bulu pubisnya. Sambil mencarut ringan aku pun memicit kutu itu sehingga berbunyi 'pop'. Kasihan Megatron. Patutlah aku lihat dia asyik tergaru-garu dan meminta aku tolong garukan. Ayuh kita kaji misteri kutu Megatron ini.

Seperti yang dinyatakan, Megatron adalah kucing indoor so kebarangkalian untuk dijangkiti kutu adalah tipis sekali. Aku periksa badan kawan dia si Hitam (masih tiada nama yang kool untuk diberi), tapi aku memang tak jumpa seekor pun. Ok mungkin sebab bulu dia kaler hitam so aku tak perasan. Nak kata berjangkit daripada aku pun tak benar juga kerana aku pembersih orangnya hari-hari aku mandi wajib untuk menyucikan tubuh. Bulu ketiak, clear. Bulu ari-ari, clear. Memang bukan dari akulah. Setelah kajian lanjut dijalankan, ini adalah teori konspirasi aku bagaimana Megatron dijangkiti kutu:

1) Dijangkiti daripada kucing luar

Eh kata Megatron kucing indoor tapi bagaimana pula boleh berinteraksi dengan kucing outdoor? Boleh. Bagi mengelakkan rupa aku terperap, kami telah memasang jaring di pintu grill di dapur dan di pintu utama agar boleh membiarkan angin sepoi-sepoi masuk ke dalam rumah dan di masa yang sama menghalang Megatron dan Shuhud daripada keluar daripada rumah. Antara hobi Megatron selain daripada menggigit jari manusia adalah duduk bertenggek di pintu grill sambil merenung masa depan dan awek-awek feline yang berkeliaran di luar. Kat rumah aku kan markas kucing so ramailah kucing tidak bertuan yang datang ke rumah aku meminta makanan. Salah satunya adalah kucing dalam gambar di bawah itu. Dia hari-hari datang mengemis makanan dan sebagai manusia yang berperikemanusiaan, aku pun berilah sedikit makanan berjenama Iams. So aku rasa Megatron dijangkiti dengan kutu daripada kucing luar.


2) Kutu dari karpet?

Masa aku pergi bawa kucing untuk proses vaccination baru-baru ini, kami turut mengadu tentang masalah itu kepada doktor haiwan. Doktor haiwan kata, mungkin kutu itu datang daripada karpet di rumah. Tak tahulah benar atau tidak teori itu sebab aku tiap-tiap minggu tolong mama aku vakum karpet. Ok sumpah tipu tak mungkin aku vakum karpet. Lagipun kalau datang dari karpet mengapa si Hitam tiada kutu? Walaupun bulu dia hitam sudah nak nampak dia memang sudah terbukti tiada kutu setelah aku letak bedak kat badan dia untuk jadikan warna bulu dia putih. Doktor haiwan tu pun aku ragui kredibiliti dia sebagai seorang doktor sebenarnya sebab dia tak boleh jawab teka teki tentang kucing yang aku beri "Bandar manakah yang merupakan rival bandar Kuching? Anjhing"

Masa dia ada kutu tempoh hari memang kasihan. Oleh kerana bimbang aku pula dijangkiti dengan kutu, aku tidak lagi main dengan Megatron. Main di sini bukanlah bermakna aku melakukan aksi seksual terhadap Megatron lagipun Megatron ni kucing jantan. Dia mengiau-ngiau menggeselkan badannya kepada aku meminta perhatian namun aku terpaksa bertegas dengannya.

Anyway, sebagai langkah pencegahan Mama aku telah meletakkan ubat gegat kepada badan Megatron. Alhamdulillah kutu-kutu semua telah dihantar ke Rahmatullah. Sekarang ni tinggal nak bagi Megatron mandi hadas besar je bagi memastikan Megatron bebas daripada telur-telur dan tahi kutu. Wait seminit, mungkin kutu itu datang daripada ahli Team Bangi yang ada banyak bulu macam Ise dan Fandi? Diorang haritu asyik seluk-seluk seluar menggaru ruangan yang tak pasti....hmmmm.



15 comments:

Nurul Huda Rahim said...

alah. ada kutu seketul dua biasa lah. tak maskulin la tade kutu. haha.

Anonymous said...

haha lawok~ ..
Ntah2 dtg dari u tak ijai
ngeee...

gadis Tm

Lina Chan said...

hahaah!
haih~ mcm2 die ni..

tira azhar said...

comell.. kucing bulu tebal.

finaz said...

comelnyaaaaaaaaaaaa kucing u !! membesar dengan sihat dan jayanyaa.. so cute !!

Mimie.Candy Cane said...

aku rasa kutu tu dari ko jugak la ijai..ko suh doktor tu check kt badan ko plak..hehehe

Mohamad Faizal said...

huda: eh otakketat nama kau nurul huda rahim sama macam nama kawan uniten aku. berbalik kepada persoalan asal, nampaknya aku harus bela kutulah agar nampak maskulin. cis

gadis tm: insyaallah bukan dari saya

lina: saya sayang megatron

tira: yaa bulu tebal, wang di dompet semakin nipis....

finaz: ohh biasa lihatlah tuannya bagaimana

mimie: serius aku dah selak dah sudut2 sukar memang bukan dari aku

ai na said...

comelnye megatron !!!

RoSeNoi♥A'n'L said...

Sebenarnya biasalah tu kalau kucing dijangkiti kutu, tak kira la dia mandi tiap hari ke dia indoor cat ke apa ke.. mesti akan kena gak sekurang2nya sekali seumur hidup, pernah baca pasal ni dekat satu website omputih tp tak ingat dah kat mana wu wu wu... ;D

Tapi takpe, leh je buang kutu dia tu..

btw,
comelnya kucing kamu :):) Gerammmnyaaaaa bulu dia lebat.

Mohamad Faizal said...

aina: seperti tuannya

rose: oh really? thanks

envime said...

rasa teruja nk komen setelah melihat kucing yg comel ni.

ada rantai pencegah kutu utk kucing2 sekalian dijual di petshop..tp x macho la megatron jantan nak kai rantai puler..

Anonymous said...

mungkin kat janggut ko ade kutu lalu berjangkit pada megatron..haha..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

envime: eh nama dah pailang megatron so tak maskulin lah pakai rantai

fandi: ataupun dari bulu perut kau yang lebat tu. cis kau membuatkan mega menderita!

Naz said...

Comel la megatron ni, aku pun nak sekor...

cik iMo said...

letak ubat gegat? macam mana tu? share please. thanks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...