Tuesday, November 9, 2010

October Movies!

Yaaa Tora datang lagi dengan ketam ronggeng! Gila. Berjumpa kita lagi dalam segmen kegemaran beberapa orang iaitu Menonton Filem Bersama Abang Jai. Kali ini Abang Jai akan membuat ulasan ringkas tentang 7 filem tak termasuk filem pornografi yang ditonton sepanjang bulan lalu tanpa memdedahkan spoiler (sumpah tipu). Filem yang paling gagah yang dirilis pada bulan lalu adalah filem Enthiran, namun begitu tiada siapa mahu teman aku tonton filem epik itu di panggung.... apapun ayuh kita ikuti ulasan khurafat filem-filem yang ditonton pada bulan Oktober.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Dinner for Schmucks
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Tim, seorang eksekutif yang bercita-cita untuk mendapat anjakan gaji yang lebih tinggi. Bagi mendapatkan jawatan yang diingininya, dia harus membawa seorang karekter aneh ke sebuah majlis makan malam untuk digelakkan secara konvoi. What the what? Memang Fakap la kata orang putih. Karekter aneh yang Tim jumpa adalah Barry yang dilakonkan oleh Steve Carell, seorang yang pakar dalam membawa karekter-karekter yang annoying, awkward dan lack of self awareness. Hobi Barry adalah mengumpul bangkai tikus untuk dijadikan patung barbie versi binatang. Pada mulanya Tim ingin menggunakan Barry tetapi dia masih ada sifat kemanusiaan di dalam diri.

Ok Steve Carell adalah salah satu daripada pelakon kegemaran aku. Expectation aku untuk filem ini amatlah tinggi dan aku memang eksaited gila nak tengok. Tetapi malangnya filem ini tidaklah selucu mana. Mungkin ada gelak sedas dua untuk scene yang melibatkan Barry but that's about it.

Ratings: $$
Spoiler: Sorry, not worth it



Magika
Ulasan ringkas: Diatas rekomendasi kalian dalam sesi ulasan filem yang lalu, aku pun pergilah menonton filem ini. Lagipun KRU yang buat takkan aku mahu miss. Mengisahkan tentang Diana yang tak sembahyang maghrib pergi mencari adiknya di dalam hutan. Di atas kuasa magik pengarah Edry, dia pun disedut ke dalam dunia Magika dan bertemu dengan pelbagai karekter dongeng Melayu seperti Badang, Pak Pandir, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Putera Bukit Broga, Bawang Putih, Halia dan lain-lain.

Edry walaupun seorang pengarah rookie berjaya menggabungkan sinematografi yang menarik, CGI yang believable dan sudah pastilah lagu-lagu yang catchy. Mawi takdelah kayu sangat dan Diana Danielle tengok dua tiga kali macam hot pulak. Walaupun didominasi dengan nama-nama besar seperti Ziana Zain dan M Nasir, kameo Sabri Yunus juga yang aku suka.

Biased ratings: $$$$$
Spoiler: Air yang tenang jangan disangka tiada naga

The Other Guys
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang dua orang detektif, Allen dan Terry yang sentiasa dibayangi oleh polis rokstar The Rock dan Shaft. Allen suka buat kerja pejabat tapi Terry suka berzina dengan tunang kawan sendiri. No wait...itu Terry lain. Satu hari, The Rock dan Shaft telah terkorban ketika menjalankan tugas. Inilah masanya untuk Allen dan Terry untuk step up. Siasatan kecil tentang permit bangunan membawa mereka kepada kes yang lebih besar.

Bagi aku, ini adalah filem komedi yang paling komedi sekali untuk tahun ini. Komedi paling komedi....tatabahasa yang salah tu. Bila anda gelak, anda akan gelak sehingga terkeluar air mazi. Scene kematian The Rock dengan Shaft memang aku tak boleh lupakan sepanjang filem dan menyebabkan aku tergelak secara rambang setiap kali teringatkan scene ini. Gandingan Will Farell dan Mark Wahlberg memang ada chemistry. Te neneneng teneneng tenenenteng (intro lagu The Chemistry Butterfingers)

Ratings: $$$$
Spoiler: Allen hilang teruna kepada Heather Locklear

RED
Ulasan ringkas: Frank merupakan seorang bekas Agent MLM CIA yang telah pencen. Hari-hari dia duduk call pegawai pencen dia Sarah sambil mengharapkan perbualan biasa di telefon menjadi perbualan seksual. Hidup Frank tiba-tiba menjadi gundah-gulana apabila diserang pembunuh upahan. Sebagai watak utama, Frank tidak mungkin mati dan tenang sahaja mengalahkan penyerangnya itu. Dia segera berjumpa Sarah untuk melindunginya. Untuk menyiasat mengapa dia diburu, Frank turut meminta bantuan daripada si tua paranoid yang kool Marvin (JOHN MALKOVICH!), mentornya yang ada kanser testis Joe serta nenek tua Victoria.

Ratings: $$$$
Spoiler: Maksud RED adalah Retired Extremely Dangerous

Takers
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan penjahat berhati mulia tak bunuh orang, sekadar merompak wang melalui heist yang gempak sahaja. Apabila Ghost, bekas ahli Takers dibebaskan dari penjara, dia terus kembali ke Takers dengan satu pelan untuk merompak $30 juta. Dia mengungkit kisah lama cakap dia kena tangkap tapi tak belot rakan-rakan dia, dan even awek dia telah dirampas oleh rakan sepasukan, so Takers obligated untuk membantu dia melakukan heist ini walaupun tak rela sangat.

Nampak seperti promising plot dia tapi usah terpedaya cerita ini bosan sebenarnya. Heist dia takdelah gempak sangat pun memang predictable dengan dialog-dialog yang klise.

Ratings: $$
Spoiler: Chris Brown mati. Padan muka kami masih benci kau sebab tinju Rihanna


You Again
Ulasan ringkas: http://en.wikipedia.org/wiki/You_Again

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Tiada idealah nak letak spoiler apa.

Unstoppable

Ulasan ringkas: Cerita ini secara officialnya tak keluar lagi aku tengok sneak preview pada weekend yang lalu. Ini cerita pasal keretapi. Dari mula sampai habis memang pasal keretapi memang tiada scene persetubuhan halal mahupun haram. Will (Chris Pine), seorang konduktor keretapi telah diberi tugasan bersama pemandu keretapi veteran Frank (Denzel Washington). Kisah ini bermula apabila adik Earl dalam cerita My Name is Earl tak letak gear neutral pada keretapinya menyebabkan keretapi yang berisi dengan bahan kimia merbahaya berjalan dengan sendiri. Hah cemas kau nak kejar balik keretapi tu. Kini terpulang pada Frank dan Will untuk menghentikan keretapi durjana itu.

Huii korang kena pergi tengok filem ini. Seriously memang intense gila. You will be seating on the edge of your seat, literally! Semuanya salah kau Randy.

Ratings: $$$$
Spoiler: Randy dipecat di atas kecuaiannya

Okay kita jumpa lagi di dalam ruangan yang sama pada bulan hadapan. Ataupun tidak. Depenla kalau ada wang untuk tengok wayang di panggung. I lap uols.



12 comments:

Syaza Suhaimi said...

enthiran memang best tak berkelip mata tengok takut termiss scene tarian hip hop rajni

Anonymous said...

haha Marvin dalam RED sgt kool lagi2 bile dia memakicarut kpd satelit berdekatan..uiyo tggi gila rating Magika..nk kne tgk ni..


-megan musang

niena ; ) said...

haha ...
unstoppable , macam nama skim cepat kaya je .

aku tak join okeyh .

Mohamad Faizal said...

syaza: huiii aku mahu tengok juga aksi robot macha

megan: haha rating peminat kru pastilah tinggi

niena: tengoklah cerita itu di pawagam serius best

Nurul Huda Rahim said...

you can eat my puding.

khairul_bariyyah said...

best kot dinner 4 schmucks 2.. nape rating sikit je? macam sama rating ngan RED je.. hehehe

Anonymous said...

betul2 dinner for schmucks bosan nak arwah. punyela harap nak gelak. mat saleh kat sebelah pun sampai tetido tengok.

-nfk-

Mohamad Faizal said...

huda: what / who is your pudding? (ini bukan gangguan seksual ok). anyway tabah je barry cakap camtu demi persahabatan....

khairul: kurang lucu lah. rasa forced untuk gelak

nfk: tulah kalau takde steve carell dengan zach galiapaentah pasti filem tu gagal terus

phish said...

I never thought I'd say this again. I'm getting the pig!

..:: WiRdA ::.. said...

magika, aku suka jugak part PGL ngan sabri yunus..hahaha lagu ning nyanyi pun best. :P

ler apsal tak citer pasal you again? aku aritu bercadang nk tgk.skali tgk kau letak $$ saja..apakah?

z a t i said...

megamind oktober ke november movie?
mesti tonton tu. gelak rasa nak guling smpai skrin.

Mohamad Faizal said...

phish: open the pig!

wirda: hihi cerita itu klise lah. konflik diselesaikan dengan sekadar memberi kata-kata semangat kehidupan realiti tidak begitu....

zati: megamind aku tak tonton lagi. belanja aku zati

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...