Tuesday, November 30, 2010

Parti Liar Harijadi Ikram

Siapa Ikram ni kool sangat ke dia untuk dibuat satu entri khas? Pastilah kool sebab dia merupakan salah seorang ahli Team Bangi. Semalam merupakan hari jadi Ikram. Ikram memiliki paras rupa yang kurang sikit daripada sederhana, tetapi dia berbadan gagah serta memiliki 8 pack (6 pack plus 2 nipple yang ketat), baik hati, serta hormat kepada orang tua. Ikram ada lesung pipit yang telah membuat ramai gadis dan arbok-arbok naik syahwat. Ikram kerja di Petronas, dan sering muncul dalam iklan Petronas arahan Yasmin Ahmad (watak pejalan kaki atau orang melintas jalan). Ikram menggemari wanita yang berwajah ala-ala cina, maka jika anda ini seorang gadis yang bermata sepet, hangat tetapi tak tinggal solat, anda memang menepati citarasa Ikram. Ayuh teruskan membaca.

Pada hari Ahad yang lalu, satu parti mengejut sempena hari jadi Ikram telah dianjurkan rumah kedua Ikram di Bangi Golf Resort. Jika anda merupakan pembaca veteran laman blog ini, anda pasti pernah membaca entri bagaimana rumah alternatif Ikram yang berjiran dengan Mawi ini dimasuki pencuri. Pihak penganjur parti liar ini iaitu adik Ikram yang bernama Ikmal telah meningkatkan kawalan keselamatan dengan membuat road block sebelum boleh memasuki kawasan Bangi Golf Resort itu.

Aku yang baru pulang daripada MERISIK tidak mahulah terlepas peluang parti liar sebegini setelah dijanjikan dengan makanan yang lazat serta kehadiran penari separuh bogel. Tema parti itu adalah warna merah dan hitam. Senanglah Ahmad Shuhud nak pergi parti liar tak pakai baju dah terus kena dengan tema ha ha ha (jenaka rasis). Pergi parti harijadi tak bolehlah dengan tangan kosong. Kami singgah sebentar di 7-11 untuk membeli slurpee dan kad harijadi yang sweet. Huii kek harijadi Ikram kool gila bentuk kereta mana nak cari acuan tu.


Dahla kita flash forward terus ke bahagian Ikram dikejutkan. SURPRISEEEEEEEEE!!!!! Lagu harijadi orang kafir menyusul sambil mata Ikram terjegil-jegil dan mulutnya berbuih akibat betul-betul terkejut. Akibat terlalu emosi Ikram siap mengalir air mazi kegembiraan lagi harap badan je tough tapi beremosi gadis.


Anas, Zack dan Aryan yang comel datang lambat sedikit. Kasihan Aryan takut melihat wajah orang Indonesia di bawah.


Nama pun parti liar pastilah ada unsur-unsur seksual yang diterapkan dalam aturcara majlis. Fandi bertindak di luar jangkaan dengan menawarkan Ikram untuk mengulum 'curut' gelapnya. See, kalau kita letak tanda koma atas di mana-mana perkataan, nescaya ayat yang suci akan digambarkan secara seksual. Padahal curut yang dimaksudkan adalah curut sebenar yang diimport dari Indonesia korang je yang otak hamsap pergi bayangkan yang bukan-bukan.


Dalam Team Bangi, semua orang sudah ada isteri ataupun teman wanita, kecuali Zulkifli Ibrahim (pic below). Even Shuhud pun dah ada teman wanita walaupun sekadar dalam imajinasinya sahaja. Kesempatan ini aku ingin gunakan untuk menawarkan khidmat kasih-sayang Zul kepada pembaca gadis. Zul ni hensem, kaya, terdesak, cuma perangai je tak matang sangat. Kalau berminat sila tinggalkan maklumat peribadi di ruangan komen ya.


Oh lupa nak mention. Ikram sekarang dah ada teman wanita. Berwajah cina of course so maaf ya gadis-gadis. Apapun masih belum terlambat untuk kita ucapkan Selamat Hari Jadi Ikram!


p.s. lebih banyak gambar di parti dedah aurat di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=252968&id=628280825&l=2486e4b61f



13 comments:

Nurul Huda Rahim said...

ikram ada share kt kolej ikram (nama baru KLIUC) ke? haha.

oh hye abg zul. sy single lg (tiba-tiba) haha.

Noraishikin Mohd Salleh said...

selamat hari jadi Ikram ;)

Am said...

ijai, thanks for coming & thanks sbb buat aku nampak cool.

tapi yg paling penting, kita kena bantu zul. aku x sanggup dia membazir berudu2 manja di lubang yg salah..if u know what i mean

Mohamad Faizal said...

huda: terima kasih huda kerana sudi memberi peluang kepada zul. diharapkan anda tidak meremukkan hatinya

cikinto: tapi kau kan dah kahwin....(tiba2)

am: haha dapat hadiah 'istimewa' daripada zul tak lepas semua orang balik. anyway selamat harijadi bro

The Sharkox said...

Ijai, tanya adik ikram tu, mana dia bedal kek kereta tu? aku ingat nak jugak la, bentuk keretapi..panjang sikit

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

hepi besday ikram!

p/s shuhud, jgn lupakan i okayyy

Fana Flora said...

selamat hari lahir buat kawan ijaicool, ikram..

ala...nape aryan menangis. mungkinkan sedih pakcik ijaicool nak kahwin?? hahahaha

Mohamad Faizal said...

sharkox: dia buat sendiri acuan kereta beli kat warta. cubelah cari acuan keretapi...(tipu).

human: eh ada kisah silam dengan shuhud ke dedahkanla sikit

fana: dia menangis kerana keletihan baru balik dari kuantan....dia hepi untuk pakcik dia hocayyy

Anonymous said...

hoi curut tu dari Cuba la bukan Indon..btw zul hsp curut sampai muntah hotdog hahaha..

-fandi-

shukrin farahdiba @ ceklala said...

selamat berhari tua ikram!hehe

ijai..sy single...pelis kenalkan dgn zul yek!hahahahah

Anonymous said...

happy birthday ikram! ijai, bila ikram nak kahwin? kesian zul...

-jaja-

Anonymous said...

"MERISIK" wow.. :)

Gadis TM cyber

Mohamad Faizal said...

fandi: alah kalau dari kau mestilah aku expect semua dari indonesia hihi

shukrin: tiada masalah. tapi kena bersaing dengan huda kat atas tu

jaja: ikram taknak kahwin lagi dia masih belum puas dengan dunia yang fana ini hihi

gadis TM: wow. eh kat pejabat TM cyber ada tempat makan best tak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...