Thursday, November 18, 2010

Riang Ria Aidiladha

Korang perasan tak, Hari Raya Haji tidak semeriah Hari Raya Puasa bukan? Ataupun aku je yang rasa begitu? Kalau masa raya puasa, kawasan kejiranan aku pasti kosong, hanya rumah aku sahaja yang terang benderang. Tapi masa raya haji jiran aku tak balik kampung pun, mungkin sebab mak bapak diorang di kampung pergi menunaikan haji. Lepas tu masa solat sunat Aidiladha tadi, ramai orang pakai tshirt dengan kain pelikat je. Aku sebagai penyokong tegar kempen pemakaian baju Melayu lengkap agak terkilan dengan situasi ini. Hari raya kenalah pakai baju Melayu lengkap.

Lagi satu, adakah konsep ziarah menziarahi dan menghantar kad raya elektronik relevan dengan Hari Raya Haji? Kali ini tiada satu SMS ataupun kad raya elektronik yang aku terima pun. Mungkin tak ramai orang yang buat, itu yang nampak macam Raya Haji ni tidak meriah. Of coursela kita tak perlu tunggu hari raya untuk menziarahi sanak saudara ataupun rakan taulan, maka sebab itulah aku menggayakan baju pengapit ketika Apai berkahwin lengkap dengan sampin dan tanjak untuk menghadiri rumah terbuka sempena Aidiladha. Sesungguhnya tidak manis kita pergi menonton wayang di hari raya pertama dengan baju raya, hihi. Ayuh teruskan membaca.

Hatiku berdebar-debar apabila da'killa mengajak aku datang baham-baham di rumah makciknya. Yelah sepanjang percintaan mana pernah jumpa dengan mereka. Aku darah gemuruh bukan sebab apa, takut mendapat impression yang buruk sahaja. Yelah, sekarang ni perut tengah boroi walaupun aku tak minum minuman keras. Muka pula banyak jerawat walaupun cahaya keimanan sedikit terpancar. Aku memotivasikan diri dengan berkata, 'HOI NAMA PUN IJAICOOL KAU KENALA KOOL'. Aku segera memberitahu ahli jawatankuasa surau Al Kauthar yang aku tak dapat nak tolong lapah daging kerana aku ada misi yang lebih penting.

Kelemahan aku adalah aku tidak reti untuk berbual-bual dengan orang dewasa. Kelebihan pada diri aku adalah aku memiliki organ reproduksi bersaiz olimpik. Berbalik kepada kelemahan, ya, aku memang bermasalah untuk mencari topik berbual yang sesuai dengan orang yang lebih dewasa sehinggakan boleh memberi impression yang aku ini sombong ataupun tidak ramah. However, aku memang beruntung kerana makcik dan pakcik da'killa ringan mulut dan orang pun ramai di sekeliling so fokus mereka tidak tertumpu kepada aku seorang. Ampun maaf dipinta kepada pembaca-pembaca gadis dan sesetengah jejaka yang menaruh perasaan terhadap aku jika hati anda remuk melihat gambar di bawah.


Aku dahla pakai macam orang nak pergi bernikah dengan baju Melayu berkilat dengan songkok Jins Samsudin. Hehe. Anyway makanan di sana memang lazat siap ada kuih tart barat buat sendiri yang macam selalu jual kat Delifrance tu. Sempat la juga aku seludup di dalam handbag lelaki aku.


Kat sana aku ada jumpa dengan kanak-kanak belum mumaiyiz yang ada bau-bau bacang dengan da'killa yang aku terpaksa akui kekoolan mereka. Mereka kool kerana pengetahuan bolasepak mereka yang hebat bagi seorang kanak-kanak. Kamon kanak-kanak yang normal tidak sekadar mengaku minat Liverpool dan kenal siapa itu Elmohamady ok.


Setelah puas bersemenda di rumah makcik da'killa, aku meneruskan destinasi Aidiladha ke rumah bekas rakan sekerja aku Noraishikin Mohd Salleh ataupun nama Parit Buntaqnya Cikinto. Alah baru sehari jadi bekas rakan sekerja. Cikinto menaburkan janji-janji manis cakap dia masak sendiri tanpa dibantu oleh suaminya Muhammad Salahuddin Idris (bukan Sally). Okla sebab kau tapaukan laksa untuk mama aku, aku pujilah masakan kau. Oh by the way gambar di bawah ni of course la lakonan semata-mata oleh Shadatul Shima (kiri) hihi.


Antara aktiviti yang dilakukan di rumah Cikin adalah menonton drama Melayu yang ada Elaine Daly masuk Islam kena kanser (spoiler: dia hidup suami dia pulak yang mati), drama Melayu yang tiru 50 First Dates (1000 Percintaan or something like that)....


....bergossip tentang skandal UncleSeekers, berkugiran, serta memberi nasihat tentang apa yang boleh dibaiki pada wajah suami Cikin.


Setelah Cikin membuat muka memberi hint suruh aku pulang, barulah aku sedar diri yang sudah beberapa jam aku buat macam rumah sendiri. Aku ucapkan ratusan terima kasih kepada kau dan Din kerana sudi menjemput menghabiskan makanan di rumah. Itupun aku rasa ada lebih so sebab korang cuti dan aku pun cuti hari ini, kejap lagi aku datang makan tengahari ok.


Sepatutnya ada lagi satu rumah yang aku harus pergi iaitu rumah Ahmad Shuhud ataupun nama Kelatenya Abe. Dia janji nak bagi aku makan daging (bukan daging gelap dia) tapi tak sampai pun SMS jemputan....apapun itulah sambutan hari raya haji aku semalam. Bagaimana dengan sambutan raya haji kalian? Balik kampung kah? Ataupun sekadar tengok Harry Potter? Hihi. Selamat hari raya uols!



19 comments:

ainakhani said...

beraya dekat hostel je.
tak balik kampung.
semua makan maggie je.. sedihnya T.T
neway comel la awek ko ijai (:

Anonymous said...

sorry faizal ak xdpt bersolat dgn kau spt solat hari raya aidilfitri lepas..ke kau xpergi pon??

-fandi-

z a t i said...

cantik la rumah cikinto tu tak sabar nk ade rumah!

Mohamad Faizal said...

aina: thanks. harap hati tak remuk

fandi: kamon aku pergi ok abe dan pakcik zakaria saksi. kau tak ajak aku maknanya kau yang tak pegi

zati: rumah dia dekat rumah kau dekat dengan giant tu pergila melawat

Anonymous said...

gf encik faizal cun lah..and tanye kan dia boleh,mana dia beli baju kurung dia tu...cantik saya suka betul.

noname

Noraishikin Mohd Salleh said...

thanks ijai sbb sudi dtg umah aku ;) walaupun aku sudah pun secara rasmi menjadi BEKAS rakan sekerja kau, aku harap persahabatan kita akak kekal utuh. cewahhhh!

thanks jugak ko sudi nyanyikan lagu utk aku. boley jugak aku buat modal tangkap leleh ketika perang dingin ngan aceben..hahahhaha!

Kepada Cik Zati, terima kasih ;) terharu sekejap.hehe...jmpt la dtg umah. Puncak jalil 9. hehe

thanks again JaiCoool :D

..:: WiRdA ::.. said...

oh aku beraya di perantauan..haha
salam aidiladha..;)

niena ; ) said...

raya aidiladha aku tahun ni agak meriah , aku siap dapat duit raya lagi . (ok, aku tipu)

Mimie.Candy Cane said...

siapa itu berani2 nak copy pilem peberet aku tu? aku rasa tajuk citer tu seribu kali cinta. tak pun seribu kali sayang or seribu kali satu something like that la..pnh tgk iklan kt tv..


eh,aku dah cakap ' selamat hari raya aidiladha ' ke belom eh?

Anonymous said...

ak pergila..membawa isteri tersayang kali ni tidak seperti raya aidilfitri ak ditinggalkan haha..abe beraya kat bangi??bukan raya haji org kelantan mcm die sllnya balik kampung ke..

-fandi-

pikachu said...

tahun ni aku dpt byk kambing korbannn. hiyahhhhhh!

Clarky Afif said...

aku terkoban netbook, purse, gelang emas dan henfon taon ni aaaaa....!
wuuuuu aku harap sapa yg curi patah pinggang biar lumpuh dan rosak organ reproduksi!

Mohamad Faizal said...

noname: tempah kat kak moon kot

cikinto: kalau aceben kau duduk dalam bilik air lama dengar bunyi2 kenikmatan haa tengok tengok video la tu. thanks for inviting!

wirda: dalammmm dingin subuhhhh hatiku terusikkkkk (apa motif tah nyanyi lagu raya)

niena: datangla rumah aku serius dapat duit raya (sumpah tipu)

mimie: 1000 kali cinta! itulah dia memang celaka. selamat hari raya!

fandi: racistlah kau. kampung dia kan kat chennai

pikachu: aku dah 4 tahun tak dapat...

clarky: bersabarlah saat indah kan menjelma jua...

The Sharkox said...

Ijai, .cikinto itu ialah kawan GF aku tu..orang parit buntaq..

GF aku tu bila tau cikinto tu kawan ko, dia terus kata.."Ahh...ko kawan ijaicool rupanya.."

Bolehlah aku mintak sign ko dari cikinto melalui gf aku lepas ni..


Wah..keciknya malaysia..

Noraishikin Mohd Salleh said...

ya benar en sharkox, saya org parit buntar...siapakah nama kekasih hati anda? pasti saya mengenalinya ;)

The Sharkox said...

@ Cikinto: Silalah cari di Unilever..haha

Sori ijai, kami menggunakan ruangan komen anda untuk beramah mesra..haha

Mohamad Faizal said...

eh tak apa baguslah kita saling sayang-menyayangi antara satu sama lain

The Sharkox said...

Ye betul..aku setuju..biarlah nak beramah mesra di komen blog orang, tak mengapa bukan? lagi pun apa yang penting?

Yang penting rupa...

makdara TERdiva said...

haha! comey jer gambar tu mcm nak nikah!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...