Saturday, November 6, 2010

Sehari Bersama Doktor Shuhud

Rakan-rakan kita seharusnya dieksploitasikan sebaik mungkin berdasarkan karier masing-masing. Contohnya dalam Team Bangi, jika ada hutang keliling pinggang, kami selalu meminta nasihat kewangan daripada Jamil kerana dia bekerja di Bank Negara. Kalau mahu tahu mengapa harga minyak naik, kami boleh tanya kepada Ikram sebab dia bekerja di Petronas. Jika ada kehendak seksual yang perlu dipenuhi, kami akan cari Fandi kerana dia bekerja sebagai bapa ayam. Ok ok yang last tu fitnah je walaupun wajah dia memang ada gaya pimp dari seberang.


Anyway, setelah didesak berkali-kali, aku akhirnya akur untuk pergi berjumpa doktor gigi bagi mendapatkan khidmat kikis gigi ataupun nama saintifiknya, scaling and root planing (conventional periodontal therapy). Huii entah bilakah kali terakhir aku jumpa doktor gigi aku pun dah lupa. 15 tahun yang lalu mungkin semasa aku masih bersekolah? Itu pun doktor gigi yang datang kat sekolah tu. So kau bayangkanlah 15 tahun punya najis mutawasitoh yang melekat di gigi. Nasib baik aku tak merokok tembakau mahupun merokok daging kalau tak pasti lebih teruk kotorannya.So kalau aku ingin mendapatkan khidmat pergigian, siapakah rakan Bangi yang harus dieksploitasikan? Sudah pastilah doktor gigi berpengalaman Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria Bin Stapa Bin Yajid Bin Puteh ataupun nama .3gp melayunya Abe. Ayuh teruskan membaca pengalaman aku dinoda doktor gigi.

Aku awal-awal lagi sudah menghantar mesej pesanan ringkas terhadap Abe untuk mendapatkan khidmatnya. Memang beruntung kau ada BFF doktor gigi kerana tidak perlu susah-susah membuat temujanji dengan doktor di klinik gigi swasta yang mahal. Lagipun aku tak percaya sangat dengan doktor gigi ni aku selalu baca dalam Kosmo dengar orang asyik kena cabul je dengan doktor gigi. Kalau Abe nak cabul aku sekalipun takdela susah sangat aku nak lawan dia. So pada hari Rabu yang lepas, aku telah mengambil cuti dan bergerak ke Hospital Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Abe. Tidak perlu beratur panjang, sekadar daftar nama ijaicool pun nurse tu dah histeria dah.

Di dalam klinik, Abe merupakan seorang yang dihormati. Setiap kali nurse-nurse memanggil Abe dengan gelaran 'Doktor', aku terus gelak terbahak-bahak di tempat kejadian. Dengan pakaian kemejanya yang tuck in, seluar slack sisi tajam dan rambut yang disisir rapi, Abe di tempat kerja memang berlainan dengan Abe yang bermulut lancang di Bangi. Aku dengan spesifik meminta Abe yang menjalankan prosedur scaling ini, dan bukan diserahkan untuk dijadikan bahan eksperimen oleh murid-murid pergigiannya walaupun ada juga pelajar pergigian yang comel. Bukan apa, Abe kenal perangai aku macamana dan pelajarnya mungkin tidak tahan dengan sikap diva aku ini. Lagipun ada beberapa peminat fanatik aku yang terdiri daripada pelajar Abe dan aku tidak mahu fokus mereka terganggu nanti melihat aku di kerusi (hehe). Abe menyuruh aku duduk di atas kerusi gigi.


Kita ikuti perbualan di bawah:

Aku: Doktor, adakah prosedur ini menyakitkan?

Doktor Shuhud: Ala Jai rasa ngilu sikit je. Takpe-takpe kau duduk atas kerusi ni dulu.

Aku: Uhh ok. Eh kenapa kau kena tanggalkan seluar pulak??

Doktor Shuhud: Eh ni prosedur biasa Jai. Takpe kau sandar je biar aku uruskan semua. Buka mulut...

(ketika itu seorang nurse masuk dan Abe cepat-cepat zip kembali seluarnya)

Nurse: OH EM JI INI IJAICOOL.BLOGSPOT.COM! ARGHHHHH ARGHHHHHHHHH!! (mulut berbuih akibat terlalu teruja)

Doktor Shuhud:
Sabar nurse sabar. Ok kita mulakan prosedur. 1, 2, 3 bla bla calculus, 12, 13, 14 bla bla missing, 23, 24 prophylaxis.

Entah apa mentera pergigian yang dia baca pun aku tak tahu. Dengan gaya seorang yang professional Abe menerangkan kepada aku prosedur yang akan dilakukannya. Dia kata gigi aku banyak calculus, iaitu hasil mineral yang terkumpul daripada air liur terhadap plak gigi. Oleh kerana dia telah terkumpul dengan banyak, berus gigi biasa tidak akan dapat menghilangkannya. Tu yang korang nampak kuning-kuning lekat kat gigi tu haa tartar la tu. Anyway dengan menggunakan mesin ultrasoniknya, dia pun mulakan proses mengikis gigi aku daripada kotoran.


Perasaan apabila gigi anda discaling secara jujurnya adalah horrible sekali. Ok jika hendak dibuat analogi, bayangkan anda meletakkan gigi anda di dinding, kemudian anda seret gigi anda atas dan bawah. Bayangkan pun sudah terasa ngilu bukan? Sakit tu sikit-sikit je apabila gusi kau pun ditoron sekali tapi perasaan ngilu tu yang aku tak tahan. Memang menggelupur aku di atas kerusi. Prosedur dihentikan dan Abe meyuruh aku berkumur-kumur. Gila ah mulut aku dipenuhi darah. Itu baru buat separuh gigi bawah. Aku sudah bercadang untuk melarikan diri tapi Abe memang pandai berkata-kata manis untuk menenangkan aku.

Ketika gigi bawah semua telah selesai discaling, nurse itu pergi mencuri tulang dan menyuruh aku pegang tiub penyedut air/darah tu sendiri. Are you crazy nurse? Nasib baik ada 'nurse' subtitute yang comel ganti kurang sikit tekanan dan perasaan ngilu aku. Haha di mana lagi tempat yang boleh menawarkan 'hands on' experience begini? Aku rasa kalau aku mintak nak buat scaling sendiri pun Abe akan kasi. Kalau kat klinik luar, diorang mana kasi kau berkumur-kumur banyak kali. Aku entah berapa belas kali berkumur sebab asyik tertelan darah sendiri. Dahla aku asyik meraung je setiap kali rasa ngilu. Prosedur ni kalau kat luar bayaran dia dalam lingkungan RM 50 - RM 100. Abe cakap harga dicas berdasarkan sikap pesakit. So kalau perangai mengada-ngada macam aku ni memang kena cas penuh la. Tapi sebab aku gunakan Abe, aku tidak perlu beratur panjang dan hanya perlu bayar RM 5 untuk proses pendaftaran kah kah kah.


Penderitaan aku tamat selepas 30 minit. Abe menunjukkan hasil seninya di monitor. Aku dapat rasakan gigi aku sudah jadi seperti gigi Ronaldo gemuk. Jarang dan ada ruang. Abe menenangkan aku yang itu adalah normal kerana selama ini tartar yang memenuhi gigi. Gusi akan kembali menutupi ruangan-ruangan kosong. Sepatutnya manusia yang normal harus menjalankan prosedur ini anually, dan bukan 15 tahun sekali. Ahh inilah kali terakhir aku akan pergi jumpa doktor gigi kerana aku tidak sanggup menghadapi perasaan yang horrible itu lagi. Oleh kerana keadaan aku yang agak lemah selepas scaling, aku terpaksa disorong dengan kerusi roda.


Anyway aku ingin mengucapkan ratusan terima kasih kepada kau Shuhud kerana sudi memproses gigi aku tanpa sebarang prejudis walaupun dengan keadaan gigi aku yang mengaibkan setelah mengumpul kesan degil selama 15 tahun. Tapi takdelah seteruk gigi Fandi tempoh hari bukan? Mana lagi aku boleh mendapat layanan istimewa sebegini? Tak perlu beratur, boleh buat macam klinik nenek sendiri, boleh scaling gigi sendiri di bawah pengawasan professional, bayar sekadar RM5, dan nak minta MC 3 hari Shuhud boleh kasi. Thanks Abe.

Sebagai tanda kejayaan aku mengharungi kengiluan dan kepedihan scaling gigi, aku pun terus menghadiahkan gigi baru tanpa plak aku dengan daging rusuk di Tony Roma's. Ahh rugi je buat scaling. Abe next week aku jumpa kau lagi.





33 comments:

Juha93 said...

bang, saya peminat abang yang baru hehehe. lawat2 la blog saya ye? sy buat blog pn sbb sy kagum ngn blog abang huhuhu.

faramira said...

knape x nmpk pon.!!!
menjerit dengan histeria

cracked bunny said...

argh.bestnye ade doktor gg peribadi ni.dah la single lagi.hee

Kap said...

aku pun suka comel comel.
bak satu.

Mohamad Faizal said...

juha93: semoga anda turut kagum dengan kehebatan saya bertajwid dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian

faramira: haha mungkin anda berada di luar kawasan liputan ketika itu

sha: single kah? hihi dia ada imaginary gf lah

kap: bersabarlah kap saat indah kan menjelma jua

Juha93 said...

itu dah tentu, sya jumpe blog abg pn sbb sy nk mndalami hukum tajwid. mse tu sy nk crik hukum mad, tp knp xder ?

Juha93 said...
This comment has been removed by the author.
Fana Flora said...

wah! kawan2 ijaicool mmg cool. :DDD

Mohamad Faizal said...

juha83: adaaaa. cuba google 'hukum mad ijaicool'

fana: ada yang masih single dan kacak jika anda berminat sila tinggalkan alamat emel

Juha93 said...

terima kasih

Clarky Afif said...

kau sure tu rusuk lembu? ke rusuk mangsa doktor gigi grotesk dari nuraka?

Nurul Huda Rahim said...

abe shuhud, gigi ai plak! awww. kah kah kah.

Anonymous said...

mmg comel nurse gantian tu. hilang tros rasa sakit. =P

~~luvlinda~~ said...

gilak r ko nih...hahha

phish said...

babi la ijai...lawak glaaaa...saket perot aku.gelak22..buleh plak abe ni layan2 ko p tangkap2 gmbr ni kan...

Mohamad Faizal said...

clarky: jika benar itu mangsa doktor gigi grotesk aku sekadar buat2 tak tahu saja kerana rasanya yang lazat...

huda: boleh, tapi kena melalui aku sebab aku agen dia. bayaran agen 15 persen ok

anon: eheh of kos. lihatlah nurse siapa

luvlinda: thanks

phish: kawan2 saya memang mengerti dengan keperibadian diri ini

Noraishikin Mohd Salleh said...

tunjuk la gmbr gigi kau :p

Anonymous said...

Jai abe soh x ko mnm air yg dgunakan utk membasuh gigi dan drh itu?die suruh ak telan siot je..hahaha abe mmg dhormati d sana tp bile ak dtg dulu ak slamber mengspank punggungnya d depan khalayak ramai tnda bgurau ttpi nurse2 d sana tkejut melihat keakraban kami lantas terfikir adkh abe ini gay..haha..

-fandi-

Idlan said...

Ah poyo lah Abe, hari tu cabut gigi aku tak pakai mask pun. Dah la suruh Nadia jadi nurse.

z a t i said...

weh apsal aku last week aku buat root canal (mcm ni ke eja dia?) RM500? esok ada lg satu appointment sambung rawatan last week.lepas tu dia ckp kalau buat crowning Rm800. mmg mcm ni ke harga dia? kenapa aku mudah tertipu.argh.tekanan.
sila jawab encik shuhud.
oh lg satu soalan. yg teeth bleaching tu kerja dentist jugak tak? biasa harga around berapa yek? tolong jawab shuhud aku tidak mahu ditindas lagi.


thanks in advance :)

finaz said...

ehem ehem.. scaling sbg persediaan utk kenduri kawin ke? hehehe.. anywayyy ni first time i tgk org pakai wheelchair lepas dpt rawatan gigi ok.. haha overrrr. selama i almost 5 yrs pakai braces dulu berulang jumpa dentist tak penah jumpa ok..

btw, i pun interested nak buat teeth whitening treatment tu.. how much does it normally cost ek? and berapa lama effect dia tahan? sgt suka tgk gigi dr halina (sheikh muzaffar's wife) yang kaler putih bersinar2 masa wedding day dia.. fuhh dari sebatu dah boleh nampak..

jana said...

Ijai,
pesakit yang nak jumpa Dr.Shuhud selepas ijai mesti kena tunggu lama ini dengan berlakon nak ambil gambar lagi.Kalau tengah sakit gigi lagilah:)

Anonymous said...

haha kalau in the future anak aku ade gigi tongkang pecah aku pasti bawak ke abe.

lol. dr halina. my cousin.

adam

e-liex said...

since dah bercakap pasal gigi, nak promo skit boleh? hehe

saya memerlukan pesakit yang nak biat gigi palsu penuh (takde gigi langsung) ada sesiapa yang kenal sesiapa yang perlukan tak...?

Mohamad Faizal said...

cikinto: hahah datang ofis aku tunjuk secara live

fandi: gila kau nak telan darah mencurah2

akak abe: adik beradik mahram so tak apa tak pakai mask

zati dan finaz: haha soalan2 pergigian anda akan dijawab di entri khas soal jawab bersama doktor shuhud nanti

kak jana: saya memang no satu di hati shuhud pesakit lain harus akur

adam: ataupun bergigi jerung. hi hi hi hi hi

e-liex: boleh dicari di rumah orang2 tua di sekitar lembah kelang. bantulah mereka yang memerlukan

..:: WiRdA ::.. said...

nurse kedua tu adakah d'killa??? haha

Anonymous said...

der, patutnya lepas tu lu pasang bling bling kat gigi! barulah pimp der!


-kusha-

O Ena O said...

helemekkkk!!! besss nyeee ade bff yg keje kt mcm2 kategori ni jai!
bes bes..hhhahaah...
nti mane tau leh dpt pakei braces dgn rege yg murah ke?

Anonymous said...

Ijai, aku buat scaling ni mase 1 bulan sebelom nikah hari tu. adakah ko juga akan nikah dlm tempoh terdekat? hehe :p

btw, 2nd nurse tu comel :p hehe

-Alia-

Anonymous said...

by the way para pembaca sekalian..ijai akan melangsungkan majlis merisik tidak lama lagi..hari tu tertunda kerana masalah teknikal..hehe xpe ke jai ak bocor rahsia?? ala nak memberitahu berita baik kan apa salahnya =P..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

wirda: haha mungkin..? (buat2 misteri)

kusha: takde stok bling bling la. ada labuci je m daud kilaula aku nanti

ena: pasti murah. aku akan eksploitasikannya muahaha

alia: heee heee heee

fandi: tiada komen (gaya artis melayu)

..:: WiRdA ::.. said...

wah... nk merisik ke.. ehem2 mau photog tak..ihik ihik..hahaha

nurfa said...

lps scalling je msti wat iklan gg dpn cermin. lme2 berkurun..meniliti hasilseni cik dentist.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...