Tuesday, November 2, 2010

Top Ten Favorite Movie Villains

Jika ada cahaya, pasti ada kegelapan. Jika ada tandas gadis, pasti ada tandas jejaka. Jika ada hero, pasti ada penjahatnya. Ya, hari ini kita akan bercerita tentang sepuluh penjahat kegemaran di dalam filem. Penjahat-penjahat ini memang dijamin akan mendapat seksaan berat di hari akhirat nanti kerana kejahatan mereka yang sangat jahat. Kejahatan mereka yang sangat jahat......entahapahapantah ayat. Anyway, carta penjahat ini ditulis berdasarkan keperibadian syaiton mereka yang memberi igauan ngeri kepada mangsa mereka di dalam filem. Ayuh kita kaji sepuluh penjahat kegemaran aku di dalam filem.

10) Colonel Hans Landa - Inglorious Basterds


Colonel Hans Landa merupakan seorang yang kejam tetapi bijaksana dan charming. Dia mempunyai kebolehan untuk memburu orang Yahudi sehingga diberi gelaran The Jew Hunter. Teknik interrogationnya yang tenang boleh membuat paras kolestrol menjadi tinggi sehingga menyebabkan orang yang disoal siasatnya hilang kewarasan. Malahan, dia sanggup membelot tentera Nazi di penghujung filem demi cita-cita dan kepentingan diri. Dia memang tiada perasaan simpati terhadap orang lain. Diane Kruger? Boleh cekik sampai mati. The Fuhrer? Siapa tu Hans tak peduli.

9) Badut It

Sumpah badut celaka ini memang sangat menakutkan tatkala aku menonton filem It semasa kecil. Memang tak tidur malam aku teringatkan badut ini mana tahu keluar kat bilik air masa aku tengah mandi. Kanak-kanak di luar sana kalau main basikal lepas tu ada dengar gelak syaiton di longkang yang berdekatan, jangan sekali-kali anda hampiri ok?

8) Lord Voldemort - Harry Potter



Mamat ni tiada hidung. Tak cukup badass ke?

7) Zarin - Lenjan

Satu-satunya penjahat Melayu yang layak memasuki carta ini. Zarin bekerja sebagai Analyst Therapist (AnalRapist) di sebuah syarikat IT. Dia menggunakan ketampanan dan kesasaannya untuk mengumpan mangsa wanita sebelum merogol dan menamatkan riwayat mereka. Dapatkan Zarin merogol Nina Juren? By the way mana Nina Juren pergi sekarang? Dah gemuk selepas kahwin kah?

6) Jigsaw - Saw


John telah disahkan menghidapi penyakit kanser punggung di stage 4 di mana punggungnya kini tinggal sebelah sahaja. Kecewa dengan kehidupannya dia cuba membunuh diri tetapi gagal. Dia tiba-tiba mendapat hidayah tapi bukan dari Tuhan di mana dia mengamalkan kepercayaan yang dia boleh membantu orang lain dengan mengadakan ujian yang lebih sukar daripada ujian Sains Aktuari Adam. Dengan gajet-gajet kontrasepsinya yang menyakitkan itu, dia berusaha untuk memberi kesedaran kepada manusia agar lebih menghargai kehidupan dan mengamalkan konsep taubat yang sempurna.

5) Agent Smith - The Matrix



Hello Mr Anderson. Huii dia ni memang samseng. Mula-mula dia jadi Agent MLM biasa je dalam dunia Matrix bertugas untuk menghapuskan orang-orang yang cuba mengganggu stabiliti mimpi basah yang direka oleh Machines. Sebagai seorang Agent, dia diberi keistimewaan untuk mengelak peluru dan melompat kijang. Setelah faham konsep programming C++ dia berjaya membebaskan diri dari kongkongan Machines dan bertindak secara solo untuk menghapuskan kemanusiaan dan kemesinan. Agent Smith sentiasa memakai sut dan mengenakan gel rambut Gatsby untuk sentiasa kelihatan segak.

4) The Joker - Batman

Musuh Batman yang paling memorable dan menyusahkan sudah pastilah The Joker. Dulu-dulu masa Jack Nicholson jadi Joker pun memang dah gempak dah. Lepas tu bila arwah Heath Ledger memainkan watak itu, dia telah mencipta watak penjahat yang paling diingati di dalam sejarah perfileman. Joker langsung tidak berminat dengan wang, dia hanya mahu melihat kemusnahan di hadapan mata yang dilakukannya. Saat-saat kematian pun dia boleh gelak terbahak-bahak lagi.

3) Darth Vader - Star Wars

Tet tet tet tettenet tettenet (Lagu Tema Darth Vader). What? Korang tak setuju?? I find your lack of faith disturbing.....FORCE CHOKE! Dia menyertai dark side pun kerana cinta terhadap isteri. Tapi sebenarnya yang mengawal Darth Vader ialah Emperor, namun begitu sebagaimana yang kita tahu Darth Vader merupakan satu-satunya watak jahat di dalam carta ini yang bertaubat di penghujung filem.

2) Hannibal Lecter - Silence of The Lambs


Bro dia makan orang bro. Dia makan orang. Dia makan nasik lauk orang bro.

1) Cyrus 'The Virus' Grissom - Con Air


Haha ini adalah karekter jahat yang paling aku gemari dalam salah satu filem aksi paling menarik sepanjang zaman. John Malkovich memang awesome nak arwah. Cyrus adalah seorang yang sangat pintar. Berbekalkan dengan 2 ijazah sarjana muda daripada Open University, dia sorang je boleh merancang bagaimana hendak merampas kapal terbang dan 'mengawal' penjahat-penjahat yang lain. Dia memiliki karisma yang tinggi, dan para penjahat lain menghormati reputasinya. Dialog-dialog yang dihamburkannya cukup untuk menunjukkan yang dia seorang yang celaka tetapi berilmu.

Itu adalah senarai penjahat-penjahat yang aku gemari di dalam filem. Antara penjahat lain yang hampir-hampir nak masuk dalam list adalah anggota 6 Jahanam, pembunuh gila Anton Chigurh yang mempengaruhi rambut Justin Bieber serta orang yang dengar nama pun dah tahu memang evil....Dr. Evil dalam Austin Powers haha. Anda pula bagaimana? Ayuh kongsikan penjahat-penjahat kegemaran anda.



26 comments:

makanbola said...

zarin lenjan hensem pekebendanya brooo?rosyam nor tu serabai siak
pada aku yg plg jahat dlm filem melayu tetap Castello...wakakakkaa
rosyam nor-si pelakon tua yg xsedar bahawa dirinya xlayak kalau berlakon jd jahat

SIMPLY-GOT-IT said...

1. Joker- Dark Knight
2. Hans Landa- IB
3. John Dilinger- Public Enemies

Tu yg paling best bg aku...just top 3..huhu

Anonymous said...

hello ijai, i want to play a game....

babi jigsaw bunuh adam dalam Saw 1. kejam gila.

favourite penjahat aku of all time is Biff dalam Back to the Future. macam palat gile mamat tu. haha.

arghhh bile la nak habis exam ni. penat aku blajar sambil bekerja.

adam

Martini Muaz said...

yeah badut It memang suka main saiko-saiko dengan mangsa.

dan lastly beliau apakah?? alien??

Mohamad Faizal said...

makanbola: haha zarin anytime boleh baham castello

simply: john dilinger...nice choice

adam: bersabarlah adam. semua exam tu hanyalah ujian jigsaw haha

martini: haha mungkin. boleh jadi labah2 raksasa lagi

Atiqah Ahmad said...

citer badut IT tu memang takle blah. sampai sekarang aku ingat cerita tu. dulu sampai fobia nak basuh tangan kat sinki. '-_-

Kap said...

Pilihan aku Harlen Maguire filem Road to Perdition.
aku pernah siap pasang cita cita jadi dia dulu.
tak matang punya budak.
huhuh.

niena ; ) said...

aku dari kecik memang tak suka sangat kat badut , especially badut McD !

time aku kecik2 aku pelik tengok budak yang sama umur ngan aku nangis2 sebab nak sangat jumpa badut idong merah uh .

Vee said...

mmg x boleh blah ngan badut It tu...smpai skrg teringat2 kot

finaz said...

wahhhh.. ada header baru nampak ? hehehe (sori komen lari dr topik)

i tergelak part kanser punggung and part agent smith the matrix tu... ehehe.. after all these yrs reading ur blog, mana u dpt idea nak buat entry yang lawak2 mcmni?

emm-ai-en said...

semua yang aku minat dah ada dalam list kau.Raymond Calitri (Gone in 60 seconds) pun ok gak.

fndrocka said...

Anton chigurh tu memorable gak utk aku..

Mohamad Faizal said...

atiqah, niena, vee: takut kepada badut dipanggil coulrophobia

kap: cerita tu aku tak tonton lagi adakah direkomendasi untuk dimuat turun

finaz: hahah anda merupakan pembaca veteran sejak blog ini baru ditubuhkan lagi. thanks!

emm-ai-en: hahah angelina jolie tak hot dalam cerita itu

fndrocka: huiii gaya pembunuhan dia memang samseng

phish said...

kalo dlm cte series x leh ke..hahahha..t bag dlm prison break...perangai barua cm hanjinggg..

Anonymous said...

orang jahat dalam hidup aku ni je :

nordin ahmad - 'dagang pak malau dagang bertempat'

zakaria yusof - 'mona lebih advance'

sarip dol - 'samseng kampung dusun'

farouk gagak hitam - 'aku farouk anak orang kaya'



diaorang ni khazanah malaya ni der!




-brad the kusha pitt-

Mohamad Faizal said...

phish: heppp tak boleh watak jahat dalam tv series akan dibuat satu entri lain nanti

kusha: mona lebih advance.....HAHAHAHAHAHA thanks buat aku gelak di pagi hari. dia memang muka penjahat kan berlakon jadi komunis lah lelaki gila talak lah haha harus dibuat research pasal dia ni....

The Sharkox said...

Jai...sama la..aku pun rasa cyrus the virus put the bunny back in the box tu mmg kool punya jahat. dah la macam stone cold masa kurus, lepas tu dialog yang paling aku ingat "Bapak saya tak pernah ajar saya apa2.."hahaha...oandai buat lawak jugak virus ni

jai, header terbaru ko sumpah melunturkan syahwat aku..haha

Ahmad Tongkeng said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

1. Li'l Dice (City of God)
2. Lots-O'-Huggin' Bear (Toy Story 3)
3. Gremlins (Gremlins)
4. Bull Tong (God of Cookery)
5. Chandramukhi (Chandramukhi)

bark_larky said...

Apasal takde watak jahat pompuan? Sumer watak jahat laki je... Sejahat-jahat laki, pompuan pun jahat gak tau.
eii, jahatnya saye.. sori pompuan sekalian, daku bukan bermaksud mengata kaum sejenis. heehee

Mohamad Faizal said...

sharkox: baguslah lunturkan syahwat kurang sedikit dosa zina tangan hihi

tongkeng: thanks

anon: gremlins!

bark: hmm tiada watak gadis jahat yang signifiken la dalam fileh yang ditonton...mungkin rachel mcadams daripada filem mean girls? hihi

z a t i said...

hahahahahhahaha. Mona lebih advance.
hahahahahahah.
ngok la kusha.hahahahhaahha
aku dh lama carik nama lelaki tu.
baru hari ni aku tau nama dia tu.
pawer ah kusha. sedara ka?
cepat ijai sila buat entry psl lelaki tu. sbb dia mmg tak pernah belakon baik siap dulu aku pernah baca ada makcik tiba2 jumpa dia di luar filem tiba2 tampar sebab marah.
ah, penat gelak.

Anonymous said...

zakaria yusoff...aku pernah cabut gigi die mase aku student dulu..serius tak tipu...
dalam filem muke samseng nak arwah,tapi kat luar lawak gile..time tu die baru balik mekah..siap sempat bertasbih lagi time aku nak bagi bius..haha


-shuhud-

Mohd Hazri said...

Woit Freddy Krueger tak seram ke?

Mohamad Faizal said...

zati: aku dah cuba buat kajian pasal dia tapi tiada maklumatla....gambar pun tak jumpa...

abe: haha kool gila kenapa tak ambil gambar

hazri: seram...dia masuk top 20 lah

d'Fedrin said...

paling jatuh cinta dgn watak Jigsaw.
Kejam. Mmg maen ngan nyawa org je.

Kalau tanye watak jahat feveret para ibu, slalunye jwpan dy Rika Sumanto cite Bwg Merah Bwg Putih tu.. Hahaha...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...