Tuesday, December 14, 2010

10 Filem Terbaik Tahun 2010

Tahun 2010 masih ada baki beberapa hari lagi. Mungkin ada yang berpendapat entri top ten sebegini harus disimpan sehingga saat-saat akhir bagi memberi peluang kepada filem-filem yang masih belum ditayangkan pada tahun ini. Tapi tak banyak filem menarik pun yang nak keluar selain daripada Tron Legacy, The Tourist dan Little Fockers. Sebagai pengunjung tegar pawagam Alamanda, aku ingin berkongsi sepuluh filem kegemaran di sepanjang tahun ini. Gadis-gadis usah PMS jika aku tidak meletakkan filem Twilight: Eclipse di dalam senarai ini. Filem Iron Man 2 pun aku tak letak kerana tidaklah mengghairahkan sangat pun, overrated maybe? Baiklah adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita kaji senarai filem-filem terbaik untuk tahun 2010 mengikut nafsu aku.

10) Scott Pilgrim vs The World


Ulasan ringkas: Ini merupakan satu-satunya filem yang aku nak sangat tonton tapi tak dapat tonton di pawagam sebab tak keluar di Malaysia. Kan? Maka aku pun muat turunlah filem ini. Mengisahkan tentang Scott Pilgrim yang telah ditinggalkan gadis kemudian bercinta dengan gadis bawah umur sebelum bertemu dengan cinta agungnya yang menukar warna rambut setiap minggu. Namun begitu, demi mendapatkan cinta dari gadis rambut warna warni itu, dia harus menewaskan 7 bekas teman lelaki jahatnya yang terdiri daripada pelbagai karekter menarik seperti Mamat Pelakon Aksi, Mamat Vegan dan Pasangan Kembar Asia. Dapatkaan Scott menewaskan mereka semua?

Filem ini sebenarnya sweet dan 'George Michael' memang orang yang paling sesuai untuk melakonkan watak Scott. Apa yang menarik tentang filem ini adalah gaya visualnya yang selaras dengan kehendak peminat grafik novel asal.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ya (jawapan kepada persoalan di atas)

9) Piranha 3D

Ulasan ringkas: Dalam setiap filem seram ataupun bunuh-bunuh, sesiapa yang muncul semasa permulaan filem memang sudah ditakdirkan untuk meninggal dunia. Begitu juga dengan orang tua yang sedang memancing di tasik. Dengan takdir pengarah, gempa bumi berlaku menyebabkan lantai tasik terbelah lalu membebaskan ikan-ikan jelmaan syaiton membaham orang tua tadi. Ketika itu, musim spring break telah tiba dan Tasik Victoria pula menjadi tumpuan remaja horny untuk berparti. Kalau polis suruh suruh jangan mandi dan jauhkan diri dari tasik, dengar sahajalah cakap mereka. Part serangan piranha ketika remaja sedang berparti adalah highlight di dalam filem ini. Tasik yang berwarna kuning akibat orang kencing dalam tasik menjadi merah setelah dibaham piranha. Sepatutnya kita berasa takut melihat payu dara dipagut ikan tetapi aksi ganasnya pasti akan membuat anda ketawa. Anda mungkin perlu memuat turun versi uncut kerana terlalu banyak scene payu dara yang dipotong menyebabkan filem menjadi pendek.

Ratings: $$$$$ for the violence!
Spoiler: Negro tu mati.

8) Unstoppable

Ulasan ringkas: Ini cerita pasal keretapi. Dari mula sampai habis memang pasal keretapi memang tiada scene persetubuhan halal mahupun haram. Will (Chris Pine), seorang konduktor keretapi telah diberi tugasan bersama pemandu keretapi veteran Frank (Denzel Washington). Kisah ini bermula apabila adik Earl dalam cerita My Name is Earl tak letak gear neutral pada keretapinya menyebabkan keretapi yang berisi dengan bahan kimia merbahaya berjalan dengan sendiri. Hah cemas kau nak kejar balik keretapi tu. Kini terpulang pada Frank dan Will untuk menghentikan keretapi durjana itu.

Huii korang kena pergi tengok filem ini. Seriously memang intense gila. You will be seating on the edge of your seat, literally! Semuanya salah kau Randy.

Ratings: $$$$
Spoiler: Randy dipecat di atas kecuaiannya

7) RED


Ulasan ringkas: Frank merupakan seorang bekas Agent MLM CIA yang telah pencen. Hari-hari dia duduk call pegawai pencen dia Sarah sambil mengharapkan perbualan biasa di telefon menjadi perbualan seksual. Hidup Frank tiba-tiba menjadi gundah-gulana apabila diserang pembunuh upahan. Sebagai watak utama, Frank tidak mungkin mati dan tenang sahaja mengalahkan penyerangnya itu. Dia segera berjumpa Sarah untuk melindunginya. Untuk menyiasat mengapa dia diburu, Frank turut meminta bantuan daripada si tua paranoid yang kool Marvin (JOHN MALKOVICH!), mentornya yang ada kanser testis Joe serta nenek tua Victoria.

Ratings: $$$$
Spoiler: Maksud RED adalah Retired Extremely Dangerous

6) Let Me In


Ulasan ringkas: Aku tak tahu cerita ini masih ada di panggung ataupun tidak, tetapi kalian harus pergi menonton filem ini kerana filem ini surprisingly good walaupun ini merupakan filem remake. Chloe Moretz yang berlakon sebagai Hit Girl di dalam Kick-Ass memang comel, dan kemistrinya dengan Owen memang nampak real walaupun cinta monyet mereka sebenarnya disturbing.

Ratings: $$$$
Spoiler: Kau kena let dia in kalau tidak nanti badan dia berdarah

5) Toy Story 3

Ulasan ringkas: Demmit siapa nangis tengok filem ni sila angkat tangan.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ok fine air mata aku berlinangan sedikit.

4) The Other Guys

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang dua orang detektif, Allen dan Terry yang sentiasa dibayangi oleh polis rokstar The Rock dan Shaft. Allen suka buat kerja pejabat tapi Terry suka berzina dengan tunang kawan sendiri. No wait...itu Terry lain. Satu hari, The Rock dan Shaft telah terkorban ketika menjalankan tugas. Inilah masanya untuk Allen dan Terry untuk step up. Siasatan kecil tentang permit bangunan membawa mereka kepada kes yang lebih besar.

Bagi aku, ini adalah filem komedi yang paling komedi sekali untuk tahun ini. Komedi paling komedi....tatabahasa yang salah tu. Bila anda gelak, anda akan gelak sehingga terkeluar air mazi. Scene kematian The Rock dengan Shaft memang aku tak boleh lupakan sepanjang filem dan menyebabkan aku tergelak secara rambang setiap kali teringatkan scene ini. Gandingan Will Farell dan Mark Wahlberg memang ada chemistry. Te neneneng teneneng tenenenteng (intro lagu The Chemistry Butterfingers)

Ratings: $$$$
Spoiler: Allen hilang teruna kepada Heather Locklear

3) Magika


Ulasan ringkas: Diatas rekomendasi kalian dalam sesi ulasan filem yang lalu, aku pun pergilah menonton filem ini. Lagipun KRU yang buat takkan aku mahu miss. Mengisahkan tentang Diana yang tak sembahyang maghrib pergi mencari adiknya di dalam hutan. Di atas kuasa magik pengarah Edry, dia pun disedut ke dalam dunia Magika dan bertemu dengan pelbagai karekter dongeng Melayu seperti Badang, Pak Pandir, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Putera Bukit Broga, Bawang Putih, Halia dan lain-lain.

Edry walaupun seorang pengarah rookie berjaya menggabungkan sinematografi yang menarik, CGI yang believable dan sudah pastilah lagu-lagu yang catchy. Mawi takdelah kayu sangat dan Diana Danielle tengok dua tiga kali macam hot pulak. Walaupun didominasi dengan nama-nama besar seperti Ziana Zain dan M Nasir, kameo Sabri Yunus juga yang aku suka.

Biased ratings: $$$$$
Spoiler: Air yang tenang jangan disangka tiada naga

2) The Social Network


Ulasan ringkas: Sebagai salah seorang daripada 500 juta kawan maya Mark Zuckerberg, ini merupakan filem yang paling relevan untuk ditonton pada tahun ini. Pihak umum mengatakan filem ini bosan, tetapi itu mungkin mereka ditakutkan dengan ayat-ayat teknologi maklumat yang digunakan dengan teliti terutamanya pada permulaan filem. But for me, that is something that I can actually relate in real life. Jika apa yang digambarkan di dalam filem itu 95% benar, maka kita akan rasa 'simpati' dengan Mark kerana dia tidak mementingkan wang pun sebenarnya, dan segalanya bermula apabila dia ditinggalkan gadis. Lepas tu hilang teman baik lagi. Past last-last tu masa dia refresh browser lepas send friend request terhadap bekas teman wanitanya memang menunjukkan dia seorang manusia biasa. Apa gunanya wang jika tiada kebahagiaan di dalam hidup. Chewahh.

Ratings: $$$$$
Spoiler: Pasangan kembar tu dapat tempat terakhir dalam acara rowing di Sukan Olimpik 2008.

1) Inception

Ulasan ringkas: Huii tak payahla nak ulas nanti korang sekali pening. Tapi bagi aku Inception merupakan filem terbaik untuk tahun 2010. Plotnya yang original tetapi kompleks membuatkan anda tak tidur malam memikirkan adakah apa yang anda lihat itu merupakan mimpi atau realiti sambil mendengar lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi nyanyian Damatsutra. Pelakon dia pun semua hebat-hebat belaka terutamanya Ellen Page yang comel hihi.

Ratings: $$$$$
Spoiler: kena tengok lagi 3 kali baru aku boleh bagi spoiler

Ahhhh penat gila aku taip walaupun 50% daripadanya aku guna ulasan daripada entri-entri lama. Hihi licik bukan. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.



25 comments:

*kuku patah said...

patut la bace macam da penah bace je.. tak penah jumpe pon ko kat alamanda.kitorang pon pengunjung tegar gak..nak tengok da' killaa comel tu

Anonymous said...

inception tue mmg best giler..a bit complicated but worth it if u can understand the whole story.terbaik!! umm, taruk r narnia skali..tue pn mantap beb!!! blh PMS tgk prince caspian yg giler cool tue n dorg nye journey dorg yg best..

Anonymous said...

the sosial network tu citer pasal fesbuk je ke?

..:: WiRdA ::.. said...

heh, baru semlm tgk citer sosial network yg adik sepupu aku umur 15thn ckp borink..mmg patut la dia borink sbb apa yg dia tau pasal istilah2 mark guna kan..tau guna FB je..hahaha ya mmg 'simpati', mark cuma insan biasa..:P

awal2 baca tajuk, dok aim MAGIKA no 1..tp ko letak no 3, ok lah tak brapa curang ngan KRU. :P

Inception, heh ini yg aku tak sempat tgk 20min last...dek gatai bawa anak tgk wayang punya pasal.:P tp mmg kena tgk 3 kali kot. baru btoi2 tak penin.

p/s : toy story 3 sedih kah? dan no 10 tu aku tingin nk suh laki aku donlod..:P

..:: WiRdA ::.. said...

chupppp....apsal harry potter tak masuk carta? ok citer bersambung kot..

profwacko said...

Scott Pilgrim best sangat...
Aku susah gak nak carik and download komik dia...

Best sangat

Mohamad Faizal said...

kuku: adaaa time weekend selalu datang tayangan awal tapi sebelum tu membunuh zombi dulu di arked

anon: narnia......hahah saya tidur di 30 minit terakhir. tu yang tak masuk list tu. apa jadi dengan eustace

anon: pasal bagaimana fesbuk terhasil dan 2 saman yang dihadapinya


wirda: heri poter rating $$$ 1/2 tak berjaya masuk carta hihi

profwacko: tu ah aku tunggu2 kuar kat wayang tapi degil tak mahu kuar kenalah muat turun

Anonymous said...

nape cerita yg pecah panggung tu xde dalam senarai??hehehe....ape ntah tajuknya...yg pengarahnya mcm pakai rambut palsu tu..

Anonymous said...

kau ade semua cerita di atas??ak nak copy nanti k hehe..

-fandi-

Anoneemus™ said...

Hah, samolah kito. Aku pun taruk Inception no1 dan Social Network no2.

Dan ya, aku rasa org yg tak suka social network tu tak suka filem banyak dialog sbb tak paham English.kut.

makanbola said...

alamak...citer jack black yg baru cam best je

clarky said...

hey, patut Hantu Kak Limah Balik Rumah pun masuk. hihi.

enuLwanie said...

how about expendable??

best gila kot dgn watak jet li yg comel berbanding 'raksasa' lain.

Wan Perlis said...

adnan sempit sai pa x masuk

nis said...

inception mmg d best..
bleh plak nk trkncing tim tgk cite 2,
rugiii ade scene y x tgk..
**stress ble ingt blik**

psenk said...

disebabkan aku suka sangat game, serious aku berani cakap, scott pilgrim adalah movie paling awesome untuk tahun ini. fighting scene yang super awesome and lagu yang best buat gua getar sepanjang cerita.

haha

Anonymous said...

jeckspeed

2 alam tak masuk carta ke?.. apa la kau ni jai, agungkan sgt filem2 omputih tu,.. tgk la cite 2 alam.. nak tau kutipan dah sampai 40 juta ke blum1.. kui kui kui..

Anonymous said...

jai cmane aku nak cari magika? tak mungkin aku akan dapat cari kat the pirate bay...

pilihan nombor satu kau memang terbaik. tapi aku tak suka sangat the social network. shikin suka la plak.

adam

Eliza said...

aku nangis tengok toy story 3..sedey-sedey.
And rapunzel kena masuk carta larrr.. (sorry-lah, den tengok wayang budak2 jer)

Mohamad Faizal said...

anon: itu mungkin masuk carta 10 filem gagal 2010.

fandi: scott jelah yang lain suma tengok wayang. lama tak kuar tengok wayang bersama kan. ayuh hujung minggu!

anomeemus: high 5!

makanbola: bila kuar? hujung bulan kan?

clarky: "oooo bukan zombie" (tengok dalam trailer)

enulwanie: expendables ok la...tapi time last2 tuh banyak sangat letupannya hihi

wan: pasai ceq tak tengok nooo

nis: part anda terkencing tu sebenarnya mimpi dalam mimpi sahaja

psenk: high 5!

jeckspeed: eh tengok tu magika no 3 aku agungkanlah filem melayu. aku nak tengok 2 alam tapi aku takut.....haha

adam: balik sini beli DVD. shikin 23 jam on fesbuk mesti dia suka

eliza: hai akak eliza sherwany ahmad! haha mungkin kena buat carta top 10 animasi

Anoneemus™ said...

Oh jap.lupa nak ckp.

Despicable Me masuk dlm list aku.

cracked bunny said...

nges tgk toy story 3 teresak2 smpi tertdo n besok lewat g kelas. ;p

emm-ai-en said...

hantu kak limah balik rumah tak termasuk plak?serius best.
aku rasa entri ni patut keluar lambat sikit;31 haribulan.
sosial network terbaek.
memang cabaran nak follow dialog zuckerberg.

kundi said...

-prince of persia( ko prasan x hero dia bermuka luca tony.haha)
-shrek terbaru tuh.
-the loser(bes skit dari the expendable aku rasa)

Amirul (aremierulez) said...

kecewa Kick-ass tak de dalam senarai ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...