Restoran Saba terletak di 4800 Suite, 0-2 Ground Floor Block A1, Jalan Perdana CDB Perdana. Nak tunjuk handal lah letak alamat padahal baru lepas Bing. Kalau naik kereta 5 minit boleh sampai dari ofis aku tapi kalau naik skate board lama sikitlah. Aku datang dalam pukul 8 malam dengan Hanis Zalikha. Nama Hanis dalam handphone aku adalah Hanis Penis, saja je nak beritahu. In fact nama semua orang aku akan tukar untuk menampakkan yang mereka ni gay, lesbian ataupun tentang peristiwa-peristiwa yang mengaibkan mereka. Contohnya nama Shuhud (Abe) dalam hp aku adalah Abe Jenap. Abe tu nama panggilan dia, Jenap tu nama guru besar sekolah menengah aku yang Abe ada skandal satu hala dengannya.
Eh ni nak cerita pasal Saba ke pasal nama dalam telefon bimbit? Berbalik kepada tajuk asal, aku lihat kawasan itu memang kawasan Timur Tengah. Restoran di sekeliling pun bertemakan restoran Arab, muka waiter pun macam orang Arab siap letak bonggol unta lagi di belakang nak bagi relevan. Sampai aku pun terus tercakap Arab Wahidun Isnani Salasatun Arbaatun Homsatun sampai Asyaratun. Oleh sebab aku ni newbie, aku suruh Hanis je yang memesan untuk aku. Sebagai pembuka selera, kami memesan Hummus sebab terpengaruh dengan cerita Zohan. Hummus ini adalah kacang botak (tipu) yang diblender dengan bawang putih, tahini dan jus lemon. Harga dia RM6 kot berserta dengan beberapa keping roti pita. Tapi dasar nafsu Iblyss kami pergi pesan roti Arab sekali takut tak cukup. Memang lazat hummus ni lebih sihat dan boleh digunakan sebagai alat bantuan seksual menggantikan madu dan coklat.

Orang kata yang best kat Saba ni adalah nasi Arab dan kebab dia. Aku memesan Hanith Chicken (quarter) sebab nama dia hampir sama dengan Hanis. Hanis pula pilih Hanith Lamb (half) sebab perut dia banyak belaan boleh habis semua. Maaflah tak letak gambar nasi kerana gambar tidak clear ambil pakai Nokia 3310 sahaja. So aku akan describe, korang gunakan imajinasi masing-masing ok? Nasi dia terdiri daripada nasi yang panjang tu, tapi bukan briyani. Rasa seperti ada mentega, disertakan dengan cili blender dengan rempah rahsia, dan ayamnya yang lembut diselaputi oleh gravy yang diimport khas daripada Dubai. Pandai-pandai je aku kan.

Tidak lengkap rasanya jika anda pergi ke Saba tanpa memesan minuman mencurigakan yang halal Barbican. Nak kata rasa macam arak sebenar tak pasti juga sebab aku memang tak pernah meneguk minuman keras. Rasa dia macam sparkling juice tu tapi takdelah manis sangat. Ada pelbagai perisa seperti Raspberry, Epal, Lemon dan Nangka. Harga dia RM4.

Kesimpulannya, jika anda pergi ke Saba, pastikan perut anda kosong kerana portion dia banyak nak arwah. Struggle gila aku mahu habiskan nasi aku walaupun aku order quarter. Buat para pembaca yang merupakan pengunjung veteran Saba, ada menu lain yang menarik tak kat sini? Mungkin next time aku akan cuba kebab dia. Orang kata servis dia lambat, tapi semalam ok je mungkin sebab bukan waktu kemuncak. Lagi satu, makan di Saba memang best kerana dapat mencuci mata dengan makwe-makwe foreigner dari Timur Tengah yang sengaja mendedahkan aurat berat mereka. Kita akhiri entri ini dengan gambar buat-buat mabuk Hanis Penis dan Paan Kuih Tart. Hanis (kiri) single, jika ada gadis-gadis ataupun arbok yang interested.

20 comments:
wuishh sedapnye..
memang terbaek dr ladang saba restaurant nih..sedap giler..keenakan nasik arab yg mengaksyikkan tp korg jgn datang ari jumaat..mmg tutup..aku pnah dtg ari jumaat..frust giler~!
-wana cantek-
wah siap minum beer halal.
cheers!
BING+IE9 beta=Microsoft
ko masih rindukan Microsoft kan?hehe
sedap sangat ke wei ?
noulha: agak sedap
wana: semayang jumaat kot
clarky: cheers mate! *hic *hic
sharkox: haha sekarang ni pun aku tengah pakai tshirt windows 7 nak buat macamana
aina: boleh tahanla. portion banyak
kirim salam kat hanis !! saya suka lelaki bermata sepet... heheheh
alamak jauhnyaaa sampai nak gi cyber nak makan makanan arab.. kat jalan ampang ada satu restoran gak jual arab food.. my colleagues suka makan mandy/mandee/mandi (tahlah tak sure spelling yg betul) chicken dia..
i tertarik dgn menu MANDI LAMB dan MANDI CHICHEN itu!!!
i x pernah makan kambing atau ayam yang mandi..seyess....i nak gak rs...sedap ke x...uuUuuu......ade bau sabun kott...wangggiiiiiii~
Lepas ni boleh kot buat enri kenapa harus menggunakan BING dan IE9 berbanding Google dan Chrome..haha
ada x menu mandi junub kat situ??
hadramawt kat jalan bukit bintang makanannya laziz jiddan!
hokaloh!.. kitorang baru jek mkn tadi. asal ang xhabaq nk p saba' .
rasanya jalan2 cari makan ade tunjuk restoran ni..penat telan air liur time tengok tu..
cis guna tektik keji kepopularan hanis zalika dengan letak nama dia dan google kasi cadangan blog kau.hehehe.ok tuduhan berasas :p .
kirim salam kat hanis !! saya suka lelaki bermata sepet... heheheh (tiru komen org lain)
finaz: salam nguratan anda akan disampaikan kelak. macam pernah pergi je kat jalan ampang tu...eh ke kat jalan tun razak yang dekat US embassy tuh
catherine: itulah sebabnya mereka memenangi anugerah premis terbersih untuk 3 tahun berturut-turut
sharkox: haha sukar tu hendak membuat perbandingan Bing dengan Google (jujur)
makanbola: ada, jika berlaku perkara2 yang mewajibkan mandi dengan pelayan
human: la la. wal hadramawt fil laziz jaijidan (cakap arab). tapi malam2 banyak arbok kat sana
kuku: malam ni makan kat arena
mimie: tak nampak pun plak jalan2 cari makan dia di sana
zati: manaa aku baru google page 178 baru jumpa blog ni
oh ye ke..baru balik mn kat d' arif.. ang keje mlm ek jai?
fariz maju jugk terbaek
santiago
LOL..ramainye org kirim salam (lebih dari 1 kan, so plural), anyway, w'salam *sambil tsenyum sipu2 malu*
kt area jalan ampang tu pun ok gak ijai..penah gi skali dua..lg best cuci mata sambil ber-hookah..hahahahahaaha
-Hanis-
ape2 pn ko jgn la mencuba chicken chop di situ..klu ko cuba jgk ko akan makan sambil menangis smbil rindukan maggi yg ko makan masa blajar dlu sbb chicken chop dye masin nak pitam~~
-casablancas-
kuku: tukar tukar
santiago: fariz maju bangikah?
hanis: hahah tinggalkan no fon skali hanis
casablancas: ada ciken cop kah? tak perasan pula tempoh hari. terima kasih
Post a Comment