Friday, December 10, 2010

Azam-Azam Tahun Baru Yang Boleh Dijadikan Tauladan

Kita baru sahaja menyambut tahun baru Islam beberapa hari yang lalu dan tahun baru orang putih bakal menjelang tidak lama lagi. Bagaimana dengan azam kalian untuk tahun lepas? Adakah azam anda untuk berhenti merokok tercapai? Jangan patah hati jika anda gagal untuk menyempurnakan azam anda kerana kita boleh buat tahun depan ye tak? Kalau tahun depan tak dapat kita cuba lagi tahun tahun depan. Kalau tahun tahun depan tak dapat kita cuba lagi tahun tahun tahun depan. Kalau tahun tahun tahun depan tak dapat, well you get my point. Saje je aku nak bagi perenggan ni panjang. Ayuh kita contohi azam-azam realistik yang kita mampu untuk lakukan pada tahun hadapan.

1) Saya berazam untuk bangun pagi solat subuh di hujung minggu dan bukan sekadar bangun subuh sebab ada kelas pagi ataupun hendak pergi kerja.

2) Saya berazam untuk mengurangkan waktu melayari laman web sosial Facebook ataupun laman blog berunsur lucah dan fitnah seperti ijaicool.blogspot.com ketika waktu pejabat.

3) Saya berazam untuk mendermakan kasut tumit tinggi 6 inci yang saya beli tapi tak pernah pakai dah naik bersawang dah dalam almari tu.

4) Saya berazam untuk mengurangkan saiz perut saya daripada 34 inci kepada 32 inci dengan mengambil minuman shake protein Herbalife yang berbau aneh.


5) Saya berazam untuk menonton lebih banyak siri masakan Chef Wan ataupun menyertai kelas masakan kerana saya tahu suami saya suka makan di rumah. Sekadar peringatan yang membuat waffle ataupun menghangatkan Pizza Pah bukanlah skil masakan sebenarnya.

6) Saya berazam untuk berhenti menonton rancangan realiti seperti Milfhunter dan Mike's Apartment dan sebaliknya menonton rancangan realiti yang memberi faedah seperti Makmum Muda dan Akademi Tajwid Bersama Ustaz Faizal al Kacaki

7) Saya berazam untuk menulis blog dengan idea dan identiti sendiri bukannya memplagiat seluruh artikel ataupun mencuri idea/jenaka yang dipaparkan di blog orang lain yang kalau tuan punya entri baca dia tahu diambil dari mana walaupun ada effort untuk ubah sikit-sikit konon-konon taknak bagi orang detect. Kalau saya nak buat juga saya akan memberi kredit yang sewajarnya. Jeng jeng jengggggg.

8) Saya berazam untuk kahwin pada tahun 2012.

Diharapkan anda dapat menjadikan azam-azam di atas sebagai tauladan mahupun panduan dalam menjalani hidup di tahun baru. Kalau ada azam yang lebih baik dan menarik silalah kongsi bersama.



17 comments:

Juha93 said...

no.8 walaupun aku belum ada awek hahahaha.

ザ-sylver-shooter said...

no.8---> lebih spesifik, 12/12/12



marila sama-sama kita usahakan.Allahuakhbar!!

safwan said...

saya berazam azam azam tahun lepas jangan tinggal azam.

SaKuRa said...

azam....erm, da bosan wat azam...ekekeke

Mohamad Faizal said...

juha93: no 7 pun kena hayati betul-betul jugak juha :)

sylver: aminnnn tapi aku nak awal tahun 2012

safwan: haha pasti berulang2 azam itu

sakura: maka jadikanlah azam anda tahun ini untuk tidak berazam

Wahida Nasution Thakhrim said...

no.8 tu memang pernah jadi azam.. tapi kna tunda.. calon dah tak ada.. hu3

Mohamad Faizal said...

wahida: bersabarlah saat indah kan menjelma jua.

anon: itu bukanlah entri yang dimaksudkan walaupun kebarangkalian untuk mempunyai doa yang hampir serupa adalah tipis.

Atiqah Ahmad said...

okeh. azam no 8 sama.

hahhaha. :P

Nurul Huda Rahim said...

sy berazam utk berkahwin lebih awal drpd abg ijaicool kahwin. kah kah kah.

Catherine- said...

lelaki silalah berazam utk x menyakitkan hati pompuan yg tersayang! ;p

clarky said...

saya berazam untuk mendapat seorang bofren sebelum bulan keenam hijrah. by bulan kelapan bertunang dan maal hijrah yang akan datang menikah.

aaw!

niena ; ) said...

seram kot bila tengok gambar yang kau edit uh .

haha :P

Juha93 said...

alaaa haha

Noraishikin Mohd Salleh said...

harus aku nk tumpang azam no 3..hahahhahah....aku juga x sabar nak tgu azam no 8 tu tercapai..weewiiiit!

kancil said...

ijai, nape tak kahwin pada 21/12/2012 je? kekeke..

Anonymous said...

jeckspeed

mengarut je azam2 ni,.. nak buat, buat.. taknak sudah.. azam kononn.. tapi dok macam tu jugakk..

Mohamad Faizal said...

atiqah: semoga azam anda tercapai juga

huda: ok jangan lupa ajak ya orang bangi

catherine: gadis2 pun kenalah berazam untuk kurangkan membebel hihi

clarky: aminnnnnnnnn

niena: seram2 pun kau right click save as juga kan

juha: usah gelak ini serius kau harus baca entri ini mahupun ini

cikinto: eh kau kan dah kahwin mengapa mahu azam no 8 lagi

kancil: haa? ada misteri ke di sebalik tarikh 21/12/2012 tu?

jeckspeed: maka anda buatlah azam untuk tidak mahu berazam, pasti tercapai azam itu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...