Tuesday, December 21, 2010

Bakal Pengganti Josh dan Zac Farro dalam Paramore?

Haiiii uolsssss. Sally kembali lagiiiiii. Ewah ewah amboiiii baru je hari tu interframe hari ni kau nak menyundal lagi memang gila glemer noks. Selalu kita layan gosip artis Melayu je harini we olls akan layan gosip artis barat pulak. Asyik tengok telinga capang Nabil bosan jugak kan? Awww laserrrr gitu cili mulut baru kau tau. Bagi mereka yang tak tahu, 2 hari yang lalu Paramore secara rasminya telah mengumumkan pengunduran (bukan teknik pengunduran buku sains tingkatan tiga ya, awww) 2 tunjang utama Paramore iaitu pasangan gitaris dan drummer adik-beradik Josh dan Zac Farro. Kalau kau tanya Sally, ada aku kesah??? Lagipun haku ingat Paramore tu sorang je ahli dia Hayley yang lain tu cuma menempel di dinding rahim je. Hik hik hik.

Tapi, Sally ada scoop eksklusif untuk para peminat Paramore tentang spekulasi siapakah yang bakal menggantikan Josh dan Zac ni. Nak ganti diorang ni bukan boleh sebarangan dek non oiiii. Kena penuhi kriteria dan standard kugiran yang gah macam Paramore juga. Yang paling penting, mereka yang nak ganti ini mesti ada karisma, paras rupa dan sudah pastilah memiliki pertalian darah bagi meneruskan kesinambungan adik-beradik di dalam Paramore. Berdasarkan syarat-syarat tersebut, ayuh kita lihat bakal-bakal pengganti Josh Farro dan Zac Farro dalam Paramore.

Isaac dan Zac (Hanson)


Mengikut sumber rapat Sally iaitu HUZZ dari Majalah Hai, adik-beradik Hanson merupakan frontrunners bagi menggantikan Josh dan Zac di dalam Paramore. Uols yang dah tua ni pasti kenal Hanson yang ada sebuah 'One Hit Wonder' iaitu 'Mmmmbop' yang menjadi siulan remaja satu masa dahulu. Kalau uols sangka Hanson sebenarnya sudah berkubur, ternyatalah uols silap. Hanson sebenarnya masih aktif, aktif di bidang muzik dan aktif di ranjang tiap-tiap tahun bagi bini bunting. Hik hik hik. In fact, mereka ada keluarkan album baru tahun ini dan sedang membuat jelajah untuk mempromosikan album 'Shout It Out'.

Pada mulanya, mereka ingin mengambil Taylor Hanson instead of Isaac bagi menggantikan Josh. Tapi pihak pengurusan Paramore berkata mereka tidak mahukan seorang lagi perempuan dalam ahli Paramore. HIK HIK HIK. So diorang ambil Isaac. Pemilihan Zac Hanson pula memang sesuatu yang 'no brainer' kerana dia memiliki nama yang sama dengan drummer asal serta memiliki misai nipis yang similar so peminat fanatik yang menyembah Paramore tidak akan perasan dengan perubahan ini.

Caroline dan Jim (The Corrs)


Walaupun Paramore tidak mahu seorang perempuan lagi dalam band itu, pasangan Caroline dan Jim Corr masih mempunyai outside chance untuk dipilih menyertai Paramore. Caroline merupakan seorang drummer yang low profile dan tidak gemarkan publisiti, maka dia tidak akan menggugat status Hayley. Josh Farro kalau kita tengok dia main live dia memang duduk diam tak reti hendak menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah, maka role itu memang sesuai untuk dipenuhi oleh Jim kerana dia juga merupakan seorang gitaris yang tenang dan ingatkan tuhan.

Namun begitu, sumber Sally mengatakan mereka tidak cukup karisma untuk menyertai kugiran seperti Paramore. Tapi mereka kan orang Irish mengikut pendapat stereotype yang dipaparkan di dalam filem, orang Irish ni boleh menjadi garang setelah minum minuman keras siang dan malam. Tengok sajalah Roy Keane. Hik hik hik.

Scott dan Bob (The Moffats)


Scott dan Bob merupakan saingan terdekat Isaac dan Zac bagi menggantikan Josh dan Zac dalam Paramore. The Moffats merupakan kugiran yang berbakat dan hebat dari Kanada yang bisa membuatkan budak-budak sekolah terkinja-kinja. Serious uols, budak-budak Moffats semuanya hensemmmmmmmm tergoda mak. Tapi kita boleh pilih dua je so Scott sebagai gitaris dan Bob sebagai pemain dram. Tapi Clint Moffat tetaplah menjadi pojaan hati mak. Dengan highlight warna kuning di hujung rambut pendeknya tu ahhhhhh. I'll be there for youuuu when you need somebody....awwww.

Dave Moffat pula awal-awal sudah direject kerana orientasi seksualnya. Ini bukanlah satu diskriminasi ataupun sifat homophobic daripada pihak pengurusan Paramore, tetapi abang sulung mereka sendiri iaitu Scott yang tak mahu kerana dia bimbang ramai kanak-kanak sekolah yang terpengaruh dengannya.

So antara ketiga-tiga calon di atas, siapakah yang uols rasa paling layak menggantikan Josh dan Zac? Kalau uols rasa ada lagi adik beradik lain yang deserve untuk diberi peluang, silalah kongsi dan nyatakan sebabnya. Ok Sally nak pergi buat Brazilian jumpa lagi dalam ruangan gosip yang akan datang!



9 comments:

Shafawi Hamzah said...

Owh tension mak bile Josh dan Zac kuar dari Paramore. Auww..haha..sape la yg bole ganti dorg lg..huhu

Nurul Huda Rahim said...

aku rasa adik beradik moin pun boleh juga. ni masa terbaik utk mereka buat comeback.

achiq said...

Wah Sally,.. kalah Richard live from LA dlm slot pagi-pagi kat Hit.fm...
Uol lagi class...berita terkini.. terus update... zup.. berdecut...
I likeeeee..........

Mohamad Faizal said...

(sally jawab)

shafawi: alaa haku pun boleh main gitar you know

huda: haa haa moin. duuu wab uu babeyyy duuu wab u babeyyy

achiq: richard? sapa tuh buat2 tak kenal jeee

wannurfazrini said...

damn! damn! kenapa boyfriend aku pergi? waa sedih noksss!

clarky said...

ala..pilih la aku.
aku pandai main kastanet. gred 8 tau.

Anonymous said...

lucky laki pun mmmboolleehh.. hahaha



-megan musang

finaz said...

wow sally.. u buat brazilian ke? tak sakit ke nyahhhh... ngilu mak dengar. hehehe

Mohamad Faizal said...

(sally jawab)

wannurfazrini: heyyy heyyy memang lelaki sekarang sumanya sundal huh

clarky: kena adik beradik hoccayyy

megan: tak bolehhhh nanti abah dia pun nak interframee

finaz: secara jujurnya main tulis je brazillian tapi tak tahu pun apa kebendanya tuh hik hik hik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...