Thursday, December 16, 2010

Idea Hantaran?

Kan aku dah kata blog ini bakal menjadi blog persediaan perkahwinan. Maka hari ini aku ingin berbicara dan berkongsi pendapat dengan pasangan yang akan berkahwin mahupun yang sudah berkahwin tentang idea hantaran perkahwinan. Secara spesifiknya, kita akan berbincang tentang apa yang orang lelaki selalu beri kat wanita sebagai hadiah hantaran. Mengikut adat dan trend semasa, barang-barang yang berjiwa feminin sering menghiasi dulang-dulang hantaran, tak kiralah daripada beg tangan berjenama seperti Jurulatih, set mekap Bobbi Brown dan kalau nak nampak Islamik sikit letaklah telekung Yuna.

Sebagaimana yang kita tahu, barang-barang yang disebutkan tadi sememangnya agak mahal; although kami orang lelaki tidak kisah pun nak beri sebab kami cintakan anda dengan sepenuh hati dan perasaan. Sebagai alternatif, saya ingin mencadangkan satu barang hantaran alternatif yang unik, yang pasti akan membuatkan jiran tetangga kekaguman, di samping dapat meringankan beban pihak lelaki. Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan hantaran alternatif ini.

Set Hantaran Binatang Peliharaan


(klik untuk gambar yang lebih jelas dan nyata)

Kelebihan:

1) Ini bukanlah downgrade daripada benda yang mahal seperti beg tangan Jurulatih tadi. Tahukah anda harga pasaran kucing parsi adalah lebih tinggi daripada harga beg tangan Jurulatih? (entry level, bukan model yang high end). Bezanya, kami tak perlu keluarkan extra wang sebab kucing itu memang sudah siap sedia dimiliki, hihi.

2) Kehidupan anda akan sentiasa gembira dan ceria tanpa tekanan. Tahukah anda binatang peliharaan terutamanya kucing boleh membuat hidup anda lebih sihat tanpa penyakit? Kat pejabat kena marah dengan bos, balik jalan jem lepastu muka anda banyak jerawat pulak tu. Lepas tu balik rumah nampak kucing comel seperti di atas nercaya hilanglah segala kekusutan di hati. Kalau dia pecahkan set pinggan Royal Albert kau pun memang kau tak sanggup nak marah dia.

3) Pasti menjadi tumpuan ramai. Yelah zaman teknologi maklumat ni semua benda orang nak blog, orang tweet, aplod ke fesbuk maka dengan hantaran yang unik ini anda pasti akan lebih popular daripada raja sehari yang tipikal. Kalau bernasib baik anda mungkin akan dipaparkan dalam majalah Pengantin (ruangan Hantaran).

Kekurangan:

1) Very high maintenance. Makan nak jenama Science Diet yang mahal nak arwah je. Kalau bekas berak kotor sikit je langsung merajuk mogok berak. Lepas tu badan kau ada kutu dah kena tahap bawak pegi vet suruh mandi bunga ni.

2) Susah nak duduk diam atas dulang hantaran.

3) Nanti dia pecahkan 2 cawan Turin, satu pinggan Royal Albert, satu itik hiasan.......sigh.

Bagaimana gadis-gadis, setuju tak dengan proposal hantaran sebegini? Kalau tak suka kucing, boleh ganti dengan binatang peliharaan lain seperti tupai terbang, ular mahupun ikan emas. Alah hantaran mahal atau tidak bukanlah persoalan utama kan? Yang penting adalah kebahagiaan rumah tangga kan? Hihi.

p.s. tiada kekejaman binatang yang dilakukan pada gambar di atas. Megatron memang tengah lepak chill atas dulang tu aku tambah bunga dan riben sahaja.

p.s.2. siapa pergi catshow kat SACC tempoh hari? mama aku kata ada orang tanya di mana Megatron. Megatron tak join sebab badan ada kutu haha.

p.s.3. saya nak hantaran set Kinect Bundle :)




15 comments:

The Sharkox said...

Betul gak ijai...kalau nak rasa binatang peliharaan yang agak mewah sikit, cick tokek tu...

mahal tu..

p/s:Tudung Hana Tajima pun ijai..yuna pun pakai macam dia..

The Sharkox said...

*cicak tokek

finaz said...

i nakkkk kucingg sebagai hantaran.. tapi tula nnti dia tak reti duduk diam atas dulang camne.. tiba2 melompat pastu landing baikkk punya atas riba tok kadi.. hihi so cutee..

tp i rasa i kena cari the groom first baru pikir pasal hantaran.. hahahahah

eiffel said...

erk?!!!jap ea!!!!

aku nk imagine cmne korang nk angkt brg hantaran ni g masjid...

jap ea...*imagine...

aku rasa smua yg suka kucin, smue mengerumi kucin tuh..bukan pngatin..owh, cianyeer pngantin di abaikan..

klo bebudak kecik takot kn kucin plak, pasti menanges dan bertempek...owh, riuhnyer!!

Mohamad Faizal said...

sharkox: aku tak tahu cicak tokek tu menatang apa so aku pun Bing ah. gila mahal mencecah puluhan ribu tak kahwin ah kalau gadis betul2 mintak cicak tu

finaz: eh kat blog ni mungkin ada pembaca yang sudi hihi

eiffel: haha mudah sahaja, kalau nak bawak gi masjid kita ganti dulu dengan kolar kucing ke nametag kucing ke

niena ; ) said...

kau bagi jelah sepasang baju kurung ngan tudungnya sekali tapi janganlah yang murah .

eyh ,ada ke orang buat camtu ?

..:: WiRdA ::.. said...

haha ok gak tu.haha ko kan byk kucin, boh la 7 dulang kucing pelbagai kaum. hahaha

aritu aku dgr Era pasal hantaran pelik, ada org siap bg kelongsong peluru kat laki dia sbb laki tu minat menembak kot..T_T

Ms J said...

Megatron mmg bergaya duk atas dulang tu.. ^_^

Untuk hantaran tu, buh la dummy saiz kecik peti ais ke, lcd 40" ke, microwave ke... benda2 tu pon nnti kena beli gak kan utk kegunaan berdua..kan?

Clarky Afif said...

nyata megatron lebih kacak.

safwan said...

kalo aku kawen, aku nak hantaran set buku harry potter hard cover dari 1-7.

tak mahal... lapan rat saje... hik hik.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

kalau kau meminang denise richard, dia bela hanjeng dengan ba-alif-ba-ya..? nak buat hantaran mcm mana kalau muncung ba-alif-ba-ya tu aje dah sedepa..hihihi

deeb said...

macam emosi je si megatron tu.... (hish! xabis2 ijai ni buli aku, kate megatron.....)

Mohamad Faizal said...

niena: baju kurung? baju mandi la baru kool hik hik

wirda: kelongsong peluru? KELONGSONG PELURU??

ms j: yaa betul tapi saya lebih prefer xbox 360 baru sebab tv dan microwave dah ada

clarky: seperti tuannya

safwan: okla tu satu dulang satu buku tujuh dulang dah setel

human: tak mahu denise richards. jennifer garner atau ellen page sahaja

deeb: mana kan tengah senyum tu

..:: WiRdA ::.. said...

tah la aku pun tak paham..kelongsong peluru tu yg mana sebenarnye? hahahaha

Shiela Rahim said...

nk hantaran kucing...klu kucing tu mcm megatron..............geramnyeeeee
sedulang megatron plissss

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...