Monday, December 20, 2010

Konsert Analoque @ Istana Budaya

Semalam telah berlangsungnya konsert epik gabungan Monoloque dan Ana Raffali di Lambang Sari, Istana Budaya. Secara jujurnya, aku tidak sedar dengan kewujudan konsert Analoque ini sehinggalah diberitahu oleh Da'Killa semalam. Bila tengok tarikh dan masa, OH EM JI macamana mahu pergi aku sudah beli tiket wayang Tron Legacy pada pukul 2 konsert bermula pada pukul 3. So aku tengok Tron pun tak keruan rasa macam nak toron sesuatu secara halal. Lepas tu aku tiba-tiba teringat; kawan aku Zati Hazira berkawan dengan Ana Raffali so aku pun hubungilah dia untuk mengesksploitasikan persahabatan mereka bagi mendapatkan tiket percuma untuk sesi kedua konsert itu pada pukul 8.45 malam.

Sedikit pengenalan terhadap Monoloque dan Ana. Monoloque pada asalnya adalah hasil ciptaan seorang lelaki hensem yang juga merupakan pengasas kepada kugiran lagenda Butterfingers. Ketika Butterfingers sedang berhibernasi, Loque mula bereksperimentasi dengan elemen new wave dan elektronika menggunakan gajet-gajet anehnya. Kini Monoloque bergerak sebagai satu unit bersama ahli-ahli Butters yang lain minus Emmett yang kacak itu. Ana Raffali pula merupakan kawan Zati, so sila hubungi Zati untuk maklumat lanjut. Tapi korang pasti pernah dengar lagu yang sedang hit berunsur 'nasheed pop kontemporari' (haha) yang memberi nasihat agar kita tidak ringan-ringan bersama teman wanita selagi belum bernikah. Sudah, ayuh kita ikuti ulasan konsert Analoque di Istana Budaya semalam.

Aku, Da'Killa dan Zati tiba awal walaupun konsert hanya akan bermula pada pukul 8.45 malam tapi kami tak tinggal solat Maghrib. *cough. Harga tiket adalah RM 59. Nampak macam mahal tapi itu sebenarnya memang standard Istana Budaya yang menawarkan pengalaman akustik hebat berdasarkan pengalaman menonton Konsert Butterfingers Live @ Istana Budaya tempohari, so you will get what you pay for. Masuk je dewan Lambang Sari, akak Istana Budaya yang berprotokol membawa aku ke tempat duduk. OH EM JI tempat duduk kami betul-betul di sebelah pentas. Anytime je aku boleh ganti Loque kalau dia pening tak boleh nak menyanyi. Apa yang membuat aku risau adalah ketika session Ana Raffali nanti kalau dia panggil penonton untuk nyanyi bersama di atas pentas mesti dia panggil orang yang paling dekat dan nampak cute kan. Secara jujurnya aku pergi ke konsert ini semata-mata nak tengok Monoloque, no disrespect to Ana. So aku memang tak familiarlah dengan lagu-lagu beliau melainkan lagu-lagu popularnya di radio. Aib besar aku nanti.

Persembahan dimulakan oleh Monoloque. Di sebalik asap tiruan, kelibat pahlawan-pahlawan Melayu Moden kelihatan mengambil tempat di atas pentas. Loque datang dengan tanjak kenduri kahwin dia tempoh hari (kot) sambil memegang kamera video merakam aksi di dalam dewan. Aku yang gila populariti memang pantang nampak kamera terus aku menyanyi secara spontan mengharapkan apabila Loque balik rumah tengok balik video tu akan berasa impressed lalu memanggil aku untuk menjadi back up vokal kugirannya. Sumpah memang dekat gila dia duduk depan aku kalau aku ni peminat yang super obses yang gay pasti aku akan lunjurkan tangan dan slap punggungnya sedas dua. Persembahan dimulakan dengan lagu Mati Hidup Kembali daripada album Kembali. Intro pianonya membuatkan darah aku berderau. Aku singalong sekuat hati dengan penuh perasaan mengharapkan Loque pandang belakang memberi thumbs up kepada aku.


Aku rasa adalah dalam 12-13 buah lagu yang diorang main. Aku tak berjaya curi setlist untuk membuat ulasan yang lengkap, tapi ada banyak lagu yang memorable yang terngiang-ngiang di dalam minda sehinggakan terlafaz bait-bait lagu Monoloque ketika anda sepatutnya membaca doa Qunut masa solat Subuh. Intro piano dan gitar untuk lagu 'Cinta' memang menusuk kalbu. Macam lagu background ketika pergi merisik Puteri Gunung Ledang. Kalau nak lebih relevan, vibe intro dia macam lagu background kalau kau pergi makan dekat Ole-Ole Bali. Kita dapat dengar variasi vokal Loque dalam lagu ini sekejap falsetto sekejap tenor lepastu growl macam Cromok. Ok ok yang last tu aku tipu.


Some of the songs were rearranged to suit the unplugged settings, but still maintain the original 'electronica' element while adding the trademark traditional sounds. You could feel the keroncong groove from Gagak Hitam's guitar, killer bassline from Kadak, solid but steady drumming from Loco, and of course awesome vocal from Loque (biased ni haha). Persembahan diiringi oleh kumpulan okestra Utusan Seri Paduka Baginda (betul ke ni nama sebenar? haha) serta percussion yang aneh seperti kulit kerang yang digabungkan.

Cover P.Ramlee 'Tiada Kata Secantik Bahasa' memang padu sekali. Buka stesen radio Xfm hari-hari dapat airplay pasti korang akan kagum. Bagi aku, highlight dalam persembahan semalam adalah ketika lagu 'Jika Aku Seorang Robot'. Transition elekronika kepada akustik memang mengena sekali. Masa outro semua orang naik syeh mengeluarkan bunyi-bunyi aneh dari instrumen masing-masing macam nak roboh dewan. Super awesome. Antara lagu-lagu lain yang didendangkan adalah 'Badang Kotaraya' dan 'Tigris Dan Euphrates'.

Loque menjemput Ana untuk berduet dalam lagu Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim, 'Doa Buat Kekasih'. Nampaklah kemistri di antara mereka walaupun ada part kena tengok lirik. Persembahan Monoloque disudahi dengan lagu hit masakini Kekanda Adinda yang selalunya dinyanyikan bersama Atilia.


Konsert berehat selama 15 minit sebelum Ana Raffali dan kugirannya The Marhaens mengambil tempat di pentas. Walaupun aku datang ke konsert ini semata-mata untuk menonton Monoloque, adalah kurang sopan jika aku cabut tak tengok persembahan Ana. Maka aku akan turut membuat ulasan yang adil dan saksama. The truth is, Ana Raffali adalah seorang gadis yang berbakat.


Sori aku tak ingat Ana mulakan dengan lagu apa, tapi lagu kedua dia aku tahu, single 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur'. Lagu-lagu Ana memang easy listening dan catchy, suara dia pun memang unik. Ana turut menyanyikan lagu-lagu cover kegemarannya secara medley seperti Kalis Pilu (Elyana) dan betapaa kucintaaa padamuuuuuuuuuu. Tapi lagu 'Tolong Ingatkan Aku' memang berhantu. Ana menjemput Loque untuk berduet dengannya dalam lagu yang semua kanak-kanak tahu 'Kalau Berpacaran'.

Kesimpulannya, aku rasa persembahan malam tadi memang mantap. Kita berbaloilah bayar RM 59 untuk 2 artis dan almost 30 lagu. The ambiance, the lighting, the sound, the venue, semuanya perfect. Kalau ada persembahan sebegini di masa hadapan, aku pasti akan pergi. Sokonglah industri muzik tempatan! Chewahh. Oh teater di bawah pun jangan lupa pergi tengok juga.


p.s. gambar 1 dan 4 kredit kepada Zati Hazira. Zati dan Da'Killa dengan tenang mengambil gambar di dalam dewan walaupun ada risiko untuk dilaser oleh pekerja Istana budaya.

p.s.2 lebih banyak gambar boleh didapati di laman fesbuk. jangan lupa memberitahu siapa anda jika mahu menambah saya sebagai rakan. tak mahulah nanti kena tag dengan gelang magnet ac mizal :)



14 comments:

z a t i said...

yay sempat update bagus zati menggunakan lebihan time lunch sebaik mungkin http://zatihazira.blogspot.com/2010/12/another-unplanned-weekend.html

kau ni suka tipu aku kan kawan dengan penjual tiket IB, ana mana ada tiket.

..:: WiRdA ::.. said...

siti di alam fantasi tu konsert dato siti ke? ke siti wirda? ngeeeee~~

Mohamad Faizal said...

zati: tipu kata tak boleh 'publish post' di ofis.

kecik hati ana kau tak hafal lagu dia. hihi

wirda: tak. itu liyana jasmay yang nak jadi macam alice in wonderland je...

O Ena O said...

ijai try tgk cite kaklimah pulak (support org kg ku mamat khalid)
sakit perot gelak tgk cite tu..hahaha

ainakhani said...

betul ke kawan ko kawan ana??
hahahaha :D

The Sharkox said...

Damn ijai..bak no tepon zati, aku nak sign ana rafalli sebelum dia masuk AJL...puhliss...

theanswer said...

oi ijai pehal dgr ade ahli paramore dh keluar kumpulan..ni mesti sbb kau pgi tgk analoque. majuk diorang.

clarky said...

ah demit time konsert best la aku bizi.

loque. hm..monoloque. analogque. laloque. teloque. ehhh!

seryes rindu abang emmett roslan.

Mohamad Faizal said...

ena: kak limah sebenarnya bukan hantu (spoiler walaupun aku tak tengok lagi)

aina: betulllllllllllllllll

sharkox: 012 657 4877

theanswer: ahah kau memang beruntung. sila tunggu entri terbaru untuk mengetahui gosip selanjutnya tentang paramore

clarky: i pun rindu abang emmett yang kacak. awww

O Ena O said...

kak limah mmg mcm hantu jai sbb die org gila...tp mmg bes gile aku tgk cite nieh..penuh dgn sindiran,pengajaran dll lg..hantu mmg ade...tp ayu(Avaa Vanja) mmg hantu betol.
yg paling penting..cite ni mmg bes gila! lg bes dr ngangkung aku rase..hahaha..

Monsta Dee said...

I was there too :) LOQUE MEMANG PADU!

z a t i said...

hahah. ngok ijai tu number tipon piza pah.

The Sharkox said...

HAHAHA...gila ah no tepon piza dia bagi..

Mohamad Faizal said...

ena: hahah ini kira macam sambungan zombie kampung pisang kan? tengok trailer watak cam sama. tapi zombie kampung pisang aku tengok kat wayang......dan aku tidak suka kerana makcik di belakang tak henti2 ketawa walaupun jenaka biasa sahaja

monsta: hey saya nampak anda! (tipu). tapi memang padu!

zati dan sharkox: tak baik korang fitnah pizza pah aku suka tau pizza dia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...