Wednesday, December 15, 2010

Masalah-Masalah Remeh Yang Menyusahkan Dalam Kehidupan Seharian

Sebagai manusia biasa, kita tidak bisa lari daripada masalah. Di mana-mana pun kita akan dirundung masalah. Kalau bercinta ada masalah dengan bau badan teman lelaki tapi tak boleh nak tegur takut terguris hati. Kalau kat sekolah ada masalah matematik tambahan, dah meningkat dewasa pula kita mungkin ada masalah kencing tak lawas. Pendek kata, mahu ataupun tidak, masalah boleh datang menimpa pada bila-bila masa, tak kiralah masalah yang besar ataupun masalah yang remeh. Di sini aku ingin berkongsi masalah-masalah tipikal yang remeh yang mungkin dialami oleh anda juga. Ayuh teruskan membaca.

1) Masalah berus gigi menjadi hitam

Aku pasti perkara ini terjadi kepada anda juga. Bagi menambahkan elemen hiburan dalam entri ini, ayuh kita nyanyi dulu sebuah lagu kanak-kanak yang relevan;

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SUSU AYAH DAN IBU,


Ok aku dah lupa lirik seterusnya. Jika anda meninggalkan berus gigi anda di dalam tandas, batang berus gigi anda pasti berubah warna menjadi hitam. Bilik air kan kawasan yang lembab, maka hasil daripada proses fotosintesis dan fatamorgana yang berlaku menyebabkan bakteria E-Coli berkumpul di kawasan batang. Maka terhasillah berus gigi berkulat yang menjijikkan. Ok sumpah penjelasan saintifik ni salah saje nak tunjuk aku ni terer biologi dapat B masa kat matrikulasi. Satu-satunya penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menukar kepada berus gigi baru. Tiada masa aku hendak merebus berus gigi itu di dalam air mendidih kemudian meletakkan thinner untuk mengikis kulat-kulat. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati.

Next time, mungkin kena letak berus gigi dalam container khas. Tapi Melayu mudah lupa (dalam hal ini, bangsa lain pun lupa juga). Cakap je nak letak dalam bekas lain tapi last-last kau tinggalkan dalam bilik air juga. Masalah ini memang remeh tetapi jika berlaku memang menjijikkan. Bayangkan kau bangun pagi-pagi tengah mamai lepas tu kau terletak ubat gigi kat batang instead of berus lepas tu kau berus gigi kau menggunakan batang yang hitam tu?? Ewww. Ewww sekali lagi sebab kau orang fikir benda kotor lain sebab dengar perkataan batang.

2) Masalah kehabisan boxer

Aku adalah lelaki boxer dan bukan lelaki spender. Pada pendapat aku, penggunaan boxer adalah lebih sihat kerana tidak menyekat pergerakan anak gajah dan mendapat pengudaraan yang cukup jika dibiarkan menjalar. Lagipun mana ada spender normal yang mampu menampung saiz Olimpik aku ini. So hari-hari aku akan pakai boxer. Masalah akan timbul apabila aku telah kehabisan boxer akibat tidak membasuh baju walaupun telah berkali-kali dibebel oleh mama. Alternatif yang paling mudah adalah dengan menterbalikkan boxer itu, tapi bau dia nanti boleh membuatkan orang menyangka ada kebocoran gas beracun. Mana boleh pergi kerja tak pakai boxer aku bukannya kerja sebagai porn star bukak seluar jeans boleh terus beraksi. Nak tak nak terpaksalah aku pakai spender macam abang Freddie di bawah. Cuma minus six pack je.


Cara untuk menyelesaikan masalah ini mudah sahaja. RAJIN-RAJINLAH BASUH BAJU! Ataupun, beli boxer banyak-banyak macam aku maka anda tidak akan lagi dirundung masalah kehabisan boxer. Huii pelbagai jenama aku beli seperti boxer asas jenama Pagoda, boxer bergaya jenama M & G, mahupun boxer elit (Designer's Boxer) daripada Louis Vuitton.

3) Masalah bertembung di tempat awam

Ini pun merupakan masalah remeh yang kita semua hadapi terutamanya ketika berada di tempat awam seperti kompleks membeli-belah ataupun pasar malam. Kau sedang berjalan segak menuju ke kedai kasut Nose. Individu yang berlainan pula sedang dari arah yang bertentangan ke arah kita. Lepas tu masing-masing bertembung. Lepas tu untuk mengelak daripada berlanggar kita pun mengalah la dengan bergerak ke arah kanan, tapi dia pun bergerak ke arah kanan juga (kiri dia). Fine. Kita mengalah lagi dengan bergerak ke arah kiri, tapi dia pun bergerak ke arah kiri juga (kanan dia). OK. Aku mengalah. Aku duduk diam berhenti nak bagi dia lalu, tapi dia pun berhenti juga. What the what?? Perkara ini berlaku SETIAP MASA.

Paling tak tahan adalah apabila kita dapat melihat watak antagonis membuat muka annoying seolah-olah kita sengaja mempermainkan dia taknak bagi dia lalu. Hey aku pun boleh membuat dakwaan yang sama hoccayyy. Cara nak selesaikan dia mudah sahaja. Masing-masing perlu ada mindset, 'kenderaan berat ikut kiri' ataupun 'utamakan kenderaan dari arah kanan'. So jika anda berbadan gempal nak pergi audition The Biggest Loser, anda terus gerak ke kiri. Jika anda kurus, anda rileks sahaja tak perlu buat apa-apa tapi kalau nak tunjuk semangat perjuangan harmoni, anda pun geraklah ke kiri anda juga. Hmm macam serba tak kena je penyelesaian aku ini........pasti akan berlaku juga masalah bertembung ini di masa hadapan.

Bagaimana? Adakah masalah-masalah remeh di atas kerap berlaku kepada anda? Jika anda ada penyelesaian yang lebih baik, silalah kongsi bersama. Jumpa lagi dalam segmen mencari dan menyelesaikan masalah di masa hadapan.



9 comments:

Mimie.Candy Cane said...

masalah lapar nak mam*os tapi lebih rela mengadap monitor insted of angkat punggung kejap keluar beli makanan..salah satu puncanya aku stay kat kerusi ni sebab ternampak update dari blog ijaicool..

masalah mmg remeh kan..tapi kalo dibiarkan sampai aku kebulur dan kurus, nnti aku boleh pakai kebaya..tu memang worst bagi aku..

jadi,aku dah bace and dah komen,boleh la angkat punggung sekarang pegi makan...bye

wonderfuLife♥ ♥ said...

salam,
pernah gak pasal bertembung dengan orang,tapi dekat tempat sunyi.sangat seram owh sebb org tue asyk ikut je kita pergi dah la india..last2 aku jerit je la kuat2..hahaha..tapi nie bukan perkara biase2 kot tapi bahaya..huhu

niena ; ) said...

masalah remeh yang aku hadapi ialah aku selalu TERpijak kasut orang .

ada sekali tu ,aku pakai kasut tinggi pastu aku TERpijak kaki sorang mamat ni nasib baik mamat tu tak marah .

mungkin dia tak marah aku sebab aku ni perempuan kot . hihi ...

clarky said...

masalah berkulat? pakai Mr Muscle for molds and mildews. sumpah kalau terkena pakaian yang berwarna jadi putih suci.

saya said...

masalahnya time duit kita dalam bank dah jejak bawah rm50 mesti ATM tak ada duit 10-10. time kita keluarkan ratus-ratus aik... ada pulak duit 10-10...

eiffel said...

chop!

masalah kehabisan boxer?

msti ko punya boxer bole dikira sblh jari jerk kan?!!!!

aku rasa klo pompuan...mgkin mghdpi mslh kehabisan bra..sbbnyer..klo da cuci pkai msn basuh..msti jdi rosak!

dn pnyelesaiannyer...kne cuci pkai tgn!argh..giler xbesh!!

Mohamad Faizal said...

mimie: thanks mimie lain kali aku cuba update time subuh agar orang akan bangun subuh baca blog dan tak tinggal solat subuh. hihi

wonderfulife: lari. jangan pandang belakang

niena: orang tak marah jika kita ni kurus tapi kalau berat 98kg pasti merana

clarky: wahhh kulat di kuih baulu pasti boleh dibersihkan sekali

saya: ada benarnya kata2 anda itu

eiffel: gadis pun masalah lebih kurang jika panties terkena serangan mengejut darah haid. hehe

makanbola said...

td aku terpikir otw g keje nk ngadu masalah aku ni
aku terpikir kat org yg salu ckp jarak dan masa die g keje dari umah dekaatttt je...walaupun rumahnya terletak di rawang,bukit beruntung,malahan bukit mahkota cheras juga...opis pula di kl sentral...logik ke pegi kl sentral dari rawang stgh jam je?blh plak ckp die gerak 7.30 pagi..opis hour start 8.15am...aku yg duk pandan ni pun gerak kul 7.20...tu pun sampai kul 8 gak..korang pun mesti ada kan org2 yg jenis ske nk gtau yg jarak umah die nk g keje dkt je,even umah kat kajang tp opis kat pusat bandar kl!!ada x cara2 nk kenakan org camni,bengang pulak aku...ape masalah kalo ckp umah die jauh dari opis...sialan betul punye melayu camni

Mohamad Faizal said...

makanbola: tak pernah pula aku mengalami masalah begitu. tapi aku boleh cakap rumah aku dekat dengan tempat keje sebab bangi dengan cyber memang dekat dan tiada kesesakan lalulintas heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...