Monday, December 27, 2010

Mengapa Aku Suka Pakai Baju Melayu

Dewasa kini, amalan pemakaian baju Melayu sudah semakin dipinggirkan. Baju Melayu hanya dipakai ketika hari raya pertama, waktu nak bernikah dan kadang-kadang ketika solat Jumaat. Itupun kalau korang pergi solat Jumaat. Baju Melayu merupakan baju kebangsaan, menjadi simbol kepada keharmonian di negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Maka di sini aku ingin menyeru kawan-kawan semua tak kiralah bangsa apa, agar kita mengamalkan pemakaian baju Melayu tanpa mengira upacara. Masuk kelab malam pun pakaila baju Melayu. Tak salah. Yang salah ialah meneguk arak memakai baju Melayu. Hee hee.

"Alah Faizal kau cakap je lebih kau tu macam selalu sangat pulak pakai baju Melayu?" bisik salah seorang pembaca di dalam hati. Oh Em Ji come onn setiap kali ada event ataupun majlis perkahwinan, aku pasti akan pakai baju Melayu hoccayy. Jika tak percaya sila lihat gambar kompilasi aku berbaju Melayu di kenduri kahwin dalam entri ini. Ayuh kita lihat kelebihan-kelebihan memakai baju Melayu.

1) Anda lain daripada yang lain

Jika ada majlis makan malam, orang semua sibuk nak sewa kot la tuxedo la cheong sam la tetapi aku tetap yakin dengan penampilan segakku berbaju Melayu. Sudah pastinya tidak sia-sia kerana aku pasti menggondol anugerah Best Dressed pada majlis itu. Yelah semua orang bergaya James Bond lepas tu aku sorang nampak macam Hang Jebat mestilah orang akan lebih tertarik dengan Hang Jebat bukan?


Sama juga kalau pergi ke kenduri kahwin. Mentaliti kolot kita selalu kata "Eii taknaklah pakai baju Melayu, nanti orang kata aku poyo". Poyo atau tidak bukanlah ditentukan oleh orang lain. Last-last pakai kemeja pergi kerja sama macam semua orang. Pakai baju Melayu semasa kenduri adalah awesome. At least itu apa yang aku rasa bila pakai baju Melayu, itu yang korang selalu nampak cahaya kesegakan yang terpancar daripada wajah aku tu. Cuba lihat gadis-gadis yang pergi kenduri kahwin, semuanya dressing vogue the vass mengalahkan isteri Perdana Menteri. Bila lagi nak bergaya kalau tak di kenduri kahwin? Yelah nanti nak jumpa rakan-rakan ataupun rival-rival lama malulah kalau pakai baju kurung lusuh tiada belahan sehingga ke peha. Orang perempuan memang self conciuos tentang imej diri, bimbang dikeji akibat tidak cukup bergaya. So dalam hal ini, kita harus mencontohi kaum wanita dengan bergaya bagai nak rak di kenduri kahwin.


2) Boleh membuat gadis-gadis horny

Ok ok fine 'horny' mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk digunakan di sini. Tetapi ini merupakan fakta, disokong dengan beberapa penjelasan saintifik. Setiap kali gadis-gadis terpandang lelaki segak berbaju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok, sejenis hormon yang menggalakkan aktiviti seksual akan dirembeskan menyebabkan gadis-gadis berasa gundah gulana dan berpeluh sejuk serta nafas turun naik. No wonderlah setiap kali aku pergi mengisi nasi di pinggan ramai gadis-gadis hangat dan makcik-makcik milf yang merenung tajam ke arah aku sambil mengetap bibir.

Bukan orang lelaki sahaja yang suka mencuci mata, orang perempuan pun apa kurangnya. Kalau dah duduk berkumpul dengan kaum sendiri tu pasti mereka akan membuat muncung sambil membunyikan 'cet cet cet' bila nampak jejaka hangat berbaju Melayu macam Mat Rempit selalu buat setiap kali ada gadis hangat lalu. Jokes aside, gadis-gadis sila setuju dengan kenyataan ini; Setiap kali anda melihat jejaka berbaju Melayu lengkap macam gambar di bawah ini, anda pasti akan berasa lebih teruja bukan? HOTNESS!


3) Berkemungkinan dilayan seperti pengantin

Aku perasan (memang perasan gila) kadang-kadang kalau pakai baju Melayu di kenduri kahwin, aku macam lebih bergaya daripada pengantin. Kawan aku Apai cakap, tips memilih pengapit adalah memilih orang yang kurang kacak daripada kita agar kita akan nampak lebih kacak di hari persandingan nanti. Dia sangka memilih aku sebagai pengapit dapat membuat dia rasa lebih kacak, tetapi ternyatalah dia tak tahu menilai erti kekacakan yang sebenar. Kalau ya pun nak guna teori dia tu kenapa tak pilih kawan aku yang ternyata tiada paras rupa seperti Shuhud ataupun Fandi? So sebagai pengapit dulu aku datanglah awal dengan baju Melayu baru beli kat Warta kain berkilat-kilat dengan samping M. Daud Kilau. Sampai je aku kat dewan kahwin, diorang terus main kompang sambil mengipas-ngipas aku. Lepas tu pakcik makcik mana tah pergi bagi angpow kahwin kat aku. Itu semua kerana mereka sangka aku ni pengantin. Letih betul aku kena jelaskan kan diorang yang aku bukan pengantin.

Selalu jugaklah jadi macam ni kat majlis-majlis kahwin lain. Yelah sebab aku sorang je pakai baju Melayu yang lain pakai kemeja pastilah aku mendapat tumpuan lebih. Cameraman suka ambil gambar aku, videographer pun suruh aku beri ucapan perkahwinan, dan aku siap boleh pergi makan best kat meja pengantin lagi semuanya kerana aku berbaju Melayu. Tak percaya sila lihat bukti bergambar di bawah.


Bagaimana? Adakah anda kini sudah teruja untuk menyertai Kempen Memakai Baju Melayu? Kasihan baju Melayu anda sekadar tergantung di dalam almari. Haa tengok tu tengok tu dah ada dah beberapa pembaca gadis yang mula tak keruan setelah melihat gambar-gambar jejaka berbaju Melayu di atas.



20 comments:

amar said...

hahaahh
tapi tak baik mencuri tumpuan pengantin. dorang raja sehari tuh

Anonymous said...

huuuu jeles... aku ada brapa pasang je baju melayu.. ko ade brapa pasang semua sekali jai? cm byk jee...



-megan musang

Wahida Nasution Thakhrim said...

suka tengok lelaki berbaju melayu lengkap.. nampak sangat segak..

Mohamad Faizal said...

amar: sumpah tak berniat nak curi kalau orang jenis yang pakej lengkap macam aku ni nak buat macamana...

megan: haha aku ada satu kaler kuning, satu PINK, satu ungu pekat, satu ungu cair, satu hijau muda, satu biru muda dan satu. semua baju je muat seluar kena pakai bengkung dulu

wahida: ahah! thanks

Anonymous said...

kalo pakai takut tumpuan pd pengantin terarah pd aku...kehkehkeh~


santiago

Anonymous said...

Salams,

Baju X penting.Hati kalbu n naiwatu mesti baik.

wawa

Mohamad Faizal said...

santiago: itu yang susah tu memiliki paras rupa sebegini heheh

wawa: baju serius penting (walaupun rupa lagi penting) nawaitu saya sudah tertera seperti di atas heheh

Catherine- said...

hahahaha ayat last x boleh pakai!

Anoneemus™ said...

Oh, abang paling kiri dlm gambar kedua itu mmg suka pakai baju bunga2 di kenduri kahwin kan?


Haha.dun worry, sy kenal beliau.

O Ena O said...

caya lah ijai!! ko mmg cooll!! sgt hensem dowhhh ko pakai baju melayu..jati diri tuuuuu...melambangkan karisma lelaki melayu...ceewahh..btw aku suke nengok lelaki melayu pakai kain pelekat dgn baju melayu..huhuhu..jarang aku nengok skang nie lelaki melayu pakai kain pelekat...even mlm2 pon x pakei kain pelekat dah...

uculer said...

jejaka memakai baju melayu lengkap di dalam kedai buku dan memakai capal mmg hot (aku jumpa dua kali oke)

Mimie.Candy Cane said...

sumpah horny bace entry ni..hahahaa komedi tak ? komedi tak?

deeb said...

MEMANG! lelaki sgt kacak if berbaju melayu & bersampin...teruja aku tgk!tapi ijai? kacak kah? ekekekekekeke

Anonymous said...

a ar saya pun suka tgk lelaki pakai baju melayu lengkap then kalau lipat lengan lagi lah saya teruja dan excited.haha.lepas tuh tolong dgn kerja2 rumah mcm angkat pasu ke.pergh lagi kacak!

anonimes

DingDong said...

haha tepat skali entry ko kali ni ijai.. dlm seminggu hari yg plg ditunggu2 oleh aku ialah hari jumaat.. kerna time tu lah br leh tgk jejaka2 memakai bj melayu 1 sut.. mmg sukar nk tgk skng jejaka memakai bj melayu.. even btol la kata ko kenduri kawen pun skng da xde org pki bj melayu.. pdhal drng xtau.. dgn pki bj melayu tu.. lagi nmpk ketampanan n kemachoan drng ni.. maka tahniah.. kerna anda spesis jejaka yg ske memakai bj melayu.. tabik spring!

Mohamad Faizal said...

catherine: adakah anda salah seorang daripadanya? hahah

anoneemus: hahah ada rahsia gelap pasal dia untuk didedahkan kah? dedahkanla please.

ena: kain pelekat? aku tak pakai takut dilucutkan kawan2 haa haa

uculer: entah2 itu aku.....saya beli capal di Midvalley (tiba2 beritahu)

mimie: tak. serius. serius ni. (komedi dalam komedi)

deeb: pastilah kalau tak takkan anda right click save as gambar berbaju melayu saya di atas

anonimes: aih dah pakai baju melayu takkan kena kemas rumah pulak haha

dingdong: huiii hari jumaat aku memang pakai baju. thanks sebab cakap aku tampan dan macho

..:: WiRdA ::.. said...

masa kenduri jamil, kau pose mcm tu, aku dh ckp "eh poyo la budak tu" ohh rupanya beliau adalah budak cool..hahahha

Mohamad Faizal said...

hahah tak kenal maka tak tahu adakah orang yang diambil gambar itu awesome

crazy_labelle said...

ak suke tgk lelaki yg pakai baju melayu gi semayang jm... nak lagi sexy pakai kain pelikat... haha...

i'm shin... i'm inesen said...

poyo giler.. tahun ni baju melayu raya baper pasang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...