Tuesday, December 7, 2010

Mengapa Aku Tidak Boleh Sertai The Amazing Race

Dalam banyak-banyak rancangan realiti di televisyen, aku paling suka menonton The Amazing Race and Milfhunter. Aku rasa The Amazing Race memang satu rancangan realiti yang betul-betul realiti (as it is) dan tidak perlu ditokok tambah mahupun digarap skripnya untuk menarik perhatian penonton seperti Keeping Up With The Kardashians. Haha ok ok fine aku tengok juga punggung solid Kim kadang-kadang. Anyway, aku suka tengok The Amazing Race sebab diorang dapat pergi ke tampat-tempat yang menarik di luar negara di samping drama di antara pasangan yang bertanding.


Apabila The Amazing Race Asia ditayangkan, aku terus teruja untuk menyertainya. Kalau nak berjaya dalam audition, kita kena cari pasangan yang bukan normal agar peluang kita untuk menarik perhatian produser. Itulah sebabnya aku pilih Adam untuk menjadi pasangan aku sebab muka dia macam Cina. Selalu kita tengok Amazing Race orang putih dia ada pasangan Ayah dan Anak, at least satu pasangan Blonde Hangat, satu pasangan Negro, satu pasangan gay dan satu pasangan Nerd Asia. Jadi dengan Adam sebagai pasangan aku, peluang kami lebih cerah untuk dipilih sebab kami dapat memenuhi kuota Nerd Asia. Tapi kalau kami berjaya masuk pun, aku rasa kami akan pulang awal. Ayuh kita kaji mengapa aku tidak boleh masuk The Amazing Race.

1) Aku takut ketinggian

Aku memang seorang yang gayat. Limit aku hanya sekadar bangunan setinggi 3 tingkat. Kalau lebih aku memang tidak boleh memandang ke bawah nanti peluh dingin pasti membasahi dahi. Daripada GSC Midvalley tengok bawah pun aku dah booleh dapat parkinson. Kalau orang lain duduk bertenggek atas palang pun aku boleh seram sejuk rasa macam aku pulak yang nak jatuh. Naik kapal lanun dekat Sunway Lagoon yang pusing 360 darjah tu buat aku muntah-muntah di tempat kejadian. So kalau takut ketinggian bagaimana mahu berjaya dalam The Amazing Race? Banyak betul Road Block dia yang melibatkan ketinggian seperti bungee jumping ataupun turun dari menara menggunakan tali. Aku jamin kalau kena challenge macam ni mesti aku ambil penalti beberapa jam instead of melengkapkan cabaran.

2) Malu/ego untuk bertanya

Orang selalu berkata, malu bertanya sesat jalan. Itulah yang akan berlaku kepada aku nanti di mana aku akan berlegar-legar mencari kotak klu tetapi malu dan ego untuk minta direction. Kalau aku pergi membeli-belah, aku pasti akan survey dulu benda yang aku nak beli sebab aku memang takkan bertanya kepada jurujual. Kalau jurujual datang bertanya bagaimana dia boleh bantu, aku hanya akan membuat muka dan beredar walaupun aku berminat untuk tahu adakah boxer yang aku nak beli itu mampu menampung organ reproduksi aku. Dulu masa kat Universiti pun bila pensyarah suruh tanya soalan, anda tidak akan melihat aku mengangkat tangan sebab mentaliti lemah orang Melayu yang takut ditertawakan jika bertanya soalan bodoh. Remember, there's no stupid question, just stupid people.Lagipun aksi kita semuanya dirakam dalam The Amazing Race. Sebagai seorang anak jantan, mana boleh tunjuk kita ni lemah di hadapan penonton. Kalau tak tahu, buat-buat saja tahu. Ego beb ego mana boleh tanya.

3) Tak boleh baca map/klu dalam kenderaan bergerak

Satu aspek yang kritikal yang dapat membantu kita untuk memenangi The Amazing Race adalah untuk membaca klu dan peta dengan baik, tak kiralah dalam apa jua situasi, termasuklah ketika sedang memandu. Selalunya sorang akan memandu, sorang lagi duduk belakang baca map. Aku pula memiliki penyakit mudah pening. Nak tuduh aku mengada-ngada pun boleh. Naik komuter boleh pening, naik bas ekspress pun aku pening, itu belum lagi nak Feri Lada nak pergi Pulau Langkawi. Pening di sini bukan sekadar kepala pusing, malah boleh terkeluar cecair dari perut ke mulut. Pendek kata, selain naik kereta, aku pasti diserang pening berlebihan ketika menaiki kenderaan yang berlaku banyak pergerakan tidak seimbang.

Kalau aku setakat baca sebaris ayat di SMS ketika memandu pun boleh boleh nak muntah-muntah, inikan pula hendak membaca peta. Mau sewel untuk jangka masa panjang aku dibuatnya.

4) Mudah kasihan dengan pasukan lain


Jika kita mahu menyertai The Amazing Race, kita mesti bersikap fierce, kejam, dan tiada belas kasihan. Trust no one. Te nee nee nee ne neeee tenenenet tet tet tet (lagu tema X-Files). Jangan sekali-kali kita memberi muka kepada pasukan lawan kerana mereka pun akan melakukan perkara yang sama kepada kita. Mungkin kita akan lihat pakatan ataupun 'alliance' sementara ditubuhkan, tapi in the end mereka tetap akan jadi lawan kita untuk memenangi wang satu juta itu (ataupun 100 ribu bagi The Amazing Race Asia).

Namun begitu, jauh di sudut hati, sebagai seorang manusia yang telah diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak dari sekolah rendah, aku rasa aku tidak akan sampai hati untuk menggunakan papan 'YIELD!' untuk menangguhkan pesaing. Aku rasa aku tidak akan sanggup untuk melihat muka kasihan peserta lain ketika Allan Wu memberitahu mereka telah terkeluar daripada saingan. Tanpa perasaan bengis ini, kau tidak akan berjaya di dalam The Amazing Race.

5) Gagal di peringkat audition

Walaupun aku telah menyatakan faktor-faktor mengapa aku mungkin gagal di dalam The Amazing Race, tapi aku rasa aku mungkin tak lepas peringkat audition pun. Apa yang dicari oleh pihak produser bukanlah sekadar wajah eye candy mahupun dada yang ketak, tetapi personaliti yang menarik. Sure, aku memiliki paras rupa yang disenangi gadis-gadis, tetapi aku tak boleh kata perkara yang sama terhadap Adam (haha). First impression memang penting. Tak kisahlah kalau kau hire TV3 buat storyboard ala-ala iklan krismas hari raya untuk audition kau pun, kalau lakonan kita kaku pun tak guna jugak. Korang pernah tak tengok audition tape para peserta? Gaya lakonan mereka memang awesome sebenarnya bolehlah kalau nak jadi pelakon utama slot Spektra di TV1.

Ahh sorilah Adam kita join rancangan realiti lain yang lebih realistiklah dengan kebolehan kita seperti Sehati Berdansa ataupun Makmum Muda. Zati Hazira dulu pun dah hampir-hampir nak masuk rancangan realiti Nescafe Kick Start. Hihi.



18 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

hahaha......ko masuk amusing race la mcm tu..haha

finaz said...

hahahahaha ijaiii.. i pun suka tgk amazing race esp the asian edition.. mmg follow since season 1 until season 4 ..

sgt emo ok season 4 ni msian team sume dh kluar.. stress betul esp time ethan n khairi spend masa lamaaaa sgt kat cemetry tu.. what the ^#@$$^ !!

so now im rooting for natasha and husein, michelle and claire and lasty the richards.. team filipino every season mmg poyo so i dont think they deserve to win.. pfftt (yes im emo like that when it comes to reality tv show.. hehe)

Mimie.Candy Cane said...

aku lebih suka kalau ko boleh masuk survivor..dah boleh imagine ko dengan seluar kecik dah gaya tarzan tengah snorkling memburu ikan utk lunch..aummmm..sekseiiiii!!!

djambu puadovich said...

aku takut masuk amazing race, nanti kena paksa makan babi la apa la. ahaha

n a d e a said...

HAHA. yg last sekali tu memang paling tepat sekali kot?

well im a fan of TARA. frust sikit season 4 ni takde wakil dari malaysia. huhu

Anonymous said...

kau paling sesuai masuk raja lawak je jai,.. aku kompom kau akan juara..

jeckspeed

efyna.pinkladies said...

lagu tema x-files yang tak boleh aku hayati la jai. =.="

Mohamad Faizal said...

atikah: haha that's very amusing

finaz: ini bukan rasis, tetapi peserta dari filipina dipilih kerana paras rupa mereka sahaja, terutamanya gadis2 hangat

mimie: i am a survivorr i not gonna givee upp keep on surviving (menyanyi)

djambu: takpe kau yakin je dan jangan was2

nadea: apalagi bersiap sedialah untuk ujibakat musim hadapan

jeckspeed: aku rasa peluang aku lebih cerah masuk akademi al quran sebab aku terer tajwid

efyna: nak tak boleh hayati pulak? ok kita try lagi. tenenenet tenenet tet tet tet. (te neee ne neee ne neeeeet - bunyi siulan) tenenenet tenenet tet tet tet. (te neee ne neee ne neeeeet - bunyi siulan)

ainakhani said...

aku cadangkan masuk wipeout !

Anonymous said...

haha jai, kita kena berani. aku takut gak ketinggian, tapi aku lagi seram kena makan makanan 'exotic'. nak makan udang pun tak boleh, apatah lagi tahi gajah (man vs wild).

haha kureng. aku tak cukup personality duhs. lakonan kaku. aku rase reality show yang aku mampu masuk cuma the apprentice. itupun pasti kena lahap first episode.

adam

Clarky Afif said...

amazing race haa..
memang peserta pelbagai bangsa la sebab at the end nak tunjuk bangsa (race) apa yg amazing bila menang.

Mimie.Candy Cane said...

ok,skang aku dah bayangkan ko merangkak2 tepi pantai gaya destiny child.deng!!

z a t i said...

cis mana kau tahu kisah titik hitam dalam hidup aku tu.aku ingt aku dah cukup rahsiakan.ye aku penggagal. kira kalau AF aku dh terkeluar di konsert prelude. tp ok la walau pun sekejap aku kenal n kwn few people smpai skrg.

..:: WiRdA ::.. said...

apsal majoriti lelaki gayat? sila buat entry baru.hahahaha

Mohamad Faizal said...

aina: haha aku tak cukup fit nak masuk wipeout. lagipun yang challenge naik benda pusing laju2 tu pasti aku pengsan

adam: tulah kau tak boleh makan seafood kan haha

clarky: haha good one

mimie: jangan bayangkan aku pakai bikini please

zati: zati aku dengar kau sebenarnya dah nak masuk dah, tapi diorang mengamalkan kronisme. betul ke sila jelaskan sikit jika perlu buat entri panjang buatlah aku nak baca. semoga kedai 'chocoheart' kan dibuka satu hari nanti

wirda: hah? majoriti ke? susah nak elaboratela tajuk tu sebab general sangat bagi tajuk lain please haha

safwan said...

Bantai masuk jer jai.... masuk as blogger tegar buddies.

z a t i said...

tekanannya kenapa kau tahu banyak. tapi part kronisme tu aku rasa kau salah dgr kot. mcm amazing race jugak la they r looking for variasi+drama+maybe some experience kira bukan from zero.after all it's a tv show, perlu menarik bukanlah rncangan yg berniat nak realisasikan impian semua manusia secara random.cuma setelah dikaji yg terkeluar ialah org2 yg tak pernah involve langsung dengan apa plan nak buat.contoh yg nak jd film director tu mmg dh pernah direct few short films.yg nak jd swimming instructor tu MEMANG dah jadi pun cuma tkde kolam renang sendiri je.and yg nak bukak indoor paintball tu MEMANG ahli kuat persatuan paintball mesia ke apa something like that.yang aku pulak tgh jalan kt mana tah tiba2 org kasi borang promosi rncangan tu isi time tu jugak tah dari mana idea dtg terus tulis kira dh masuk ke peringkat seterusnya baru aku fikir dengan mendalam.kira dah lepas byk stage jugak.yg fail dekat interview bila diorg tanya "so you make chocolate?" dengan inesen dan jujur aku jawab "no, i eat them" sunyi seminit bilik tu bunyik cengkerik. ya.time tu jugak aku tahu aku telah gagal di peringkat prelude.

sekian.

Mohamad Faizal said...

safwan: baiklahhhhh musim hadapannnnnn

zati: jangan biarkan perkara itu membantutkan impianmu zati....err ada lagi tak video audition? nak tengok hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...