Friday, December 24, 2010

Mengkaji Gaya Blogging Gadis-Gadis

Hai apa khabar semua? Dewasa kini, blogging telah menjadi satu gaya hidup dalam rutin harian gadis-gadis. Sebagai seorang stalker blog-blog gadis di alam maya, saya telah berjaya mengenali pattern ataupun gaya blogging yang sering diaplikasikan oleh gadis-gadis. Gadis-gadis mempunyai kuasa telepati dan mindset yang sama, maka tidak hairanlah kita boleh lihat stail dan identiti yang hampir serupa melalui gaya penulisan mereka. Hari ini saya ingin mendedahkan gaya blogging gadis-gadis di alam maya. Ayuh teruskan membaca.

1) Menampal sekeping gambar objek yang diingini sambil disertakan caption 'I WANT!'

Kaum wanita dan membeli-belah memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mana ada gadis yang tak suka shopping bukan? Kalau satu minggu tu tak dapat pergi kompleks membeli-belah, pasti kitar haid mereka jadi tidak menentu seterusnya menjadikan emosi mereka tidak menentu anytime je boleh bertukar menjadi Incredible Hulk versi gadis. Sebelum bershopping, gadis-gadis akan membuat persediaan dengan membuat satu wish list terlebih dahulu. Wish list ini terdiri daripada objek yang mereka telah target sekian lama, dan dikuatkan lagi dengan caption berbaur serius seperti 'I WANT', 'MAHU', ataupun 'NEXT TIME'.


2) Mengemaskini blog gaya Diana Rikasari

Gadis-gadis memang suka camwhoring tak kiralah di dalam tandas mahupun di I-City untuk dipaparkan di dalam blog. Namun begitu, trend terkini yang menjadi ikutan gadis-gadis zaman sekarang adalah menempel gambar sendiri dengan gaya Diana Rikasari. What the whattt korang tak kenal siapa Diana Rikasari?? OH EM JI aku pun kenal hoccayyy. 70% daripada blogger gadis yang ada sifat fashionistas di dalam diri pasti akan menjadikan Diana Rikasari sebagai ikon fesyen mereka. Kalau tak percaya klik sahaja pautan blog gadis di sebelah kiri blog aku ini pasti anda akan nampak link Diana Rikasari di blog mereka. Hihi.

Bagi mereka yang tak kenal Diana Rikasari dan malas untuk membuat kajian siapakah Diana Rikasari itu, aku akan membuat contoh bagaimana untuk mengemaskini blog gaya Diana Rikasari. Anda hanya perlu memilih outfit yang ingin dipaparkan kepada pembaca, kemudian mengambil gambar sambil membuat pis di mata dan bercekak pinggang. Di bahagian caption, anda harus menyatakan jenama pakaian tersebut di dalam italics. Sila rujuk contoh di bawah:


Communist cap, Family Guy t-shirt, Liverpool FC sweater, seluar pendek bundle, Trimph boxer, Thai Temple Al-Ikhsan

Please note that I have nothing against Diana Rikasari, nor her followers. In fact, aku baca blog dia juga kadang-kadang untuk mendapatkan idea fesyen terbaru yang hip dan chic.

3) Membuat update emosional bertaraf Twitter

Sesekali ketika diserang PMS ataupun mengalami rasa tidak puas hati terhadap kehidupan secara general, gadis-gadis akan membuat entri pendek bertaraf Twitter bagi menunjukkan tahap kesihatan emosi mereka. Status-status pendek ini selalunya bersifat 'cryptic', ditulis dalam caps lock bagi menampakkan kegarangan, dan hanya boleh difahami oleh diri sendiri. Contoh update-update emosional pendek adalah:

"AKU TAK HAIRANLAH KAU ADA BEG TANGAN JURULATIH"

"AKU REDHA. TUHAN PASTI AKAN MEMBALAS KEKEJIAN KAU DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT!"

"YOU BITCH!"

Baca pembaca pasti akan tertanya-tanya siapakah orang yang dimaksudkan sambil memberi komen-komen yang menunjukkan mereka ambil berat. Sekadar memberi pendapat, gadis-gadis seharusnya memberi penjelasan lebih lanjut dan tidak membuat kami perasan yang status sebegitu ditujukan kepada kami yang membacanya. Bila dah tahu siapa, barulah boleh mengumpat bersama-sama.

4) Menunjukkan kemahiran memasak

Ini adalah gaya blogging yang paling digemari sekali oleh kami para jejaka. Ini kerana kami memang mudah terpikat dengan gadis yang pandai memasak. Kami mahu makan di rumah tak mahu asyik makan di luar sahaja. Ok ok aku mengakulah kebanyakan gadis-gadis zaman sekarang ni memang tak pandai memasak buat Mee Hailam pun jadi Mee Kicap. Tapi bagi mereka yang ada skil memasak ini, mereka pasti akan berkongsi resipi masakan di blog. Blogger-blogger veteran yelah tunjuk resei masakan Melayu. Namun begitu, bagi ibu-ibu moden masakini, perkara yang sedang 'up' sekarang adalah cupcakes, macaroons, serta kek Red Velvet. Mula-mula blog pasal kek Red Velvet yang dibeli kat kedai lepas tu rasa teruja untuk buat sendiri. Maka menggunakan skil memasak yang ada, kita pun gigih memukul telur dan meletakkan pati Red Velvet (main belasah je ni) sebelum menghangatkannya di dalam oven. Kek itu naik atau tidak bukanlah persoalannya. Yang penting adalah berkongsi pengalaman di dalam komuniti. Eh kejap cooking dan baking perkara yang sama ke? Hihi.

5) Menjawab tag materialistik


Blogger lelaki jarang menjawab tag kerana merasakan mereka terlalu macho untuk membuat tag. Jawab tag pun kalau tiada idea nak update blog je. Lain pula kisahnya dengan blogger gadis. Menjawab tag merupakan nadi kepada blog mereka. Dalam banyak-banyak tag, saya perhatikan gadis-gadis sering memjawab tag berunsurkan shopping, fesyen, mahupun gajet feminin. Maka selalulah kita lihat tag "Apa Yang Ada Dalam Beg Tangan Saya", "Apa Yang Ada Dalam Almari Baju Saya" mahupun "Senarai Kasut Tumit Tinggi 6 Inci Saya.

Haha ok ok fineeee tak semua gadis menggunakan gaya blogging di atas. Apa yang ditulis hanyalah pemerhatian stereotype yang diexaggerate gadis-gadis usahlah terasa hati. Tapi kenyataannya memang begitu bukan? Tak percaya sila kaji blog masing-masing, hee hee hee. Ok selamat menyambut Hari Natal! Cis aku kerja.



31 comments:

MATAHARI said...

haha. tidak lupa dengan pelbagai gambar "fotogenik" berjela-jela.

Mimie.Candy Cane said...

owhhh..kenapa aku takde ciri2 di atas? adakah ini bermakna aku tak cukup gadis untuk berblog :P

selamat bercuti sapa yang bercuti di hari natal.dan selamat bekerja kepada yang bekerja..yer!!saya pun bekerja!

ainakhani said...

tau x pe.

skang ni sume nak bgamba ala-ala model pastu describe jenama dr atas kepala hingga hujung kaki. haih.
ta paham -.-

finaz said...

okkk i seriously tak tahu siapakah diana rikasari nii.. i suka gak baca blogs tp never encountered with this name pun.. (nampak sgt i ni bukan fashionista).. sampai i google ok..

(after a glance thru her blog) oklah.. she's cute.. tp i don't favor her style lah.. berselirat sgt.. mak oii kasut dia mmg boleh dijadikan senjata apabila keadaaan terdesak..

i lagi suka style vivy @ proudduck or skema itu hot.. both of them are HAWT !!!

Catherine- said...

ko x masuk belog aku lagi kan??!`

hah! masok cepat! ;p~

1 2 4 dan 5 aku x buat.

so far belog aku hanya untuk no 3 sahaja. harap maklung! wekkkkkkkkkkkkkkkk~

Anonymous said...

macam kenal je t-shirt tu?
hehehehe

-kak mona-

aminah said...

1 to 5 - none. terasa hati pulak distereotypekan *eh ter-emo kah saya? jadi no. 3 la nih?*

deela_cakap_merepek said...

haha..
xkan buat gambar tunjuk jenama baju...
sebab ta mampu na gune baju branded
-.-"

..:: WiRdA ::.. said...

hoho tepat!
cuma yg part diana tu saja aku baru tau dan terus add kat blog list.kahkahkah, tp style tu aku rasa mcm org dok buat kat Lookbook.nu hihi

eh tetiba terasa plak tang part redvelvet..ahahahha

The Sharkox said...

Ijai, tolong listkan nama blog yang awek2 yang ko selalu stalk. Tapi jangan zakap Hanis Zalikha!!

n a d e a said...

tak kenal pulak diana rikasari ni.. ketinggalan ke?
rasanya no 3 je yg kena dgn blog saya. HAHA
ok nak google diana rikasari lah ;))

syida_spears85 said...

nak share kat fb leh? lucuuuu hehe

nano said...

Langsung takde ciri2 gadis yg disenaraikan . Damn . adakah aku bukan gadis ? Perlu muhasabah diri nih . hak hak

Entry aku sume untuk mak mertua wooo

z a t i said...

terasa ai.

Mohamad Faizal said...

matahari: kalau aku ni fotogenik aku pasti tempelkan gambar aku banyak2 juga haha

mimie: mungkin perlu femininkan lagi gaya gadis anda dengan lebih banyak bergambar hee hee. kau kerja ari sabtu kah hari natal kan jatuh hari sabtu

ainakhani: ehh takpelah kongsi. orang nak tahu di mana kita beli

finaz: itulah sebabnya dia chic dan unik! hahah

catherine: haha nanti buatlah kompilasi entri no 3 jadi satu entri emosional panjang pastu bagi aku baca hee hee

kak mona: huii tanda harga pun tak cabut lagi

aminah: takpeee kalau emosi boleh salahkan PMS hee hee

deela: brand tak penting, yang penting adalah kita bergaya ranggi seperti gambar di atas (mengaku bergaya)

wirda: seriyessss saya tak merujuk kepada sesiapa tentang redvelvet pemerhatian umum sahaja hee hee hee

sharkox: eh kalau listkan dah tak jadi stalker lah nanti haa haa

nadea: ni dah tahu apalagi jangan lupa mengambil gambar outfit untuk dipaparkan di blog

syida: bolehhhhh tapi harap2 tiada gadis melenting haa haa

nano: bagaimana tuh entri mak mertua

zati: jangan terasa you i kenal diana sebab youlah. thanks

makanbola said...

aku rasa ciri2 yg ko senaraikan kali agak kurang tepat...tahla,mayb aku masih xdpt cari jawapan kenapa 'inibelogsaya' dpt top ten google...serius belog die xbest,kahkahkah
aku xtau la blog ko dh ada blm senarai posting2 haramjadah kat FB...aku rasa itu lagi menarik

xshahidx said...

ini epic!

hestyrezyuda said...

hahah saya.. dalam golongan 3&4 .. soul broo..soul.. ^_^ =P

Mimi Jazman said...

doesnt sound like me..

cik aletheea : said...

hahhaha.. i like...
diana rikasari..aku pun baru kenal 2-3 hari lepas, selepas adik aku yang berblogging gaye DK kata.. "akak, meh tgk blog nie..chumel bdk nie..gile fesyen+taksub diri sendir ..wakakakaka"

Nurul Huda Rahim said...

semua ciri pun aku ada. patut aku femes (kah kah kah).

Anonymous said...

aku kenal ijaikool dulu dari diana rikasari...

oh and pmerhatian aku.. blog pompuan lbih rajin letak gmba byak2.. hahaha.. laki malas nk upload kot.. byk taip n rants je..


-megan musang

cik arnab said...

pandai tul ijai kaji ek,

Clarky Afif said...

red velvet order kat mak hanis zalikha saja hihi.
TAK! cooking dan baking adalah perkara berbeza (emo student food)

Mohamad Faizal said...

makanbola: posting2 haramjadah? beri contoh sikit

xshahidx: thanks

heztyrezyuda: hey soul sister

mimi: hehe of course not

cik aletheea: taksub diri sendiri....haha

huda: awww nak sainnnnnnn

megan: bukan malas, malu muka banyak jerawat

cik arnab: pandai keji haha

clarky: haha thanks for clarifying

fairuzhani said...

wahahaha. asal sume betulllll.

fndrocka said...

Ha ha ha.pastu mention pasal boifren tanpa pnah lupa.

Mohamad Faizal said...

fairuz: welll.....haha

fndrocka: haha setiap saat dan masa, tak kira tawa atau duka

makanbola said...

contohnya mcm;
-'bosannnnnnnnn'....(tiap ari ada la 40x ddie bosan,xde life kot org camni)
-posting2 yg menunjukan die gadoh ngan laki die,yg ni bangang,cite umahtangga pun nk cite
-hanya letak '....' saja,dgn harapan ada org komen...bullshit giler

budak nakal said...

Cool entry!

Anonymous said...

Comment puis-je changer le fond de mon Blogger / Blogspot ce que je veux?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...