Friday, December 3, 2010

Mengkaji Tabiat Wanita Ketika PMS


Ahhh PMS. PMS merupakan abbreviasi kepada Premenstrual syndrome. Setiap gadis yang sejati pasti pernah mengalaminya. Bagi aku PMS itu sebenarnya hanyalah satu mekanisme yang direka oleh wanita untuk mengambil kesempatan terhadap para jejaka. Ok fine walaupun ada penjelasan saintifik di sebalik fenomena PMS, jangan tipulah yang korang tidak pernah menggunakan alasan PMS untuk mengaburi mata bos untuk MC ataupun tiada mood untuk bersenggama bersama suami. Mengikut kajian yang dijalankan oleh majalah Anjung Seri bahagian sakit puan, terdapat corak perilaku yang berulang-ulang yang gadis-gadis selalu lakukan semasa PMS. Ayuh kita kaji tabiat wanita ketika PMS.

1) Bebelan tanpa henti

Ini merupakan tabiat yang paling ketara yang dilakukan oleh gadis-gadis ketika PMS. Gadis-gadis mempelajari skil membebel secara pasif dan tabiat ini dilihat semakin menjadi-jadi ketika PMS. Secara purata, gadis-gadis akan membebel lebih kurang 20 minit setiap hari. Ketika didatangi haid, tempoh bebelan menjadi semakin panjang (boleh mencecah sehingga 45 minit) dan nada yang digunakan juga semakin lantang. Bebelan ini boleh berlaku terhadap apa-apa perkara tak kiralah kesalahan yang kecil seperti terlupa flush jambah selepas proses penyahtinjaan sehinggalah kesalahan yang besar seperti terlupa tarikh ulangtahun percintaan.

Kadang-kadang kalau kita tak buat apa-apa sekadar duduk diam tengok TV sorang-sorang tak kacau sesiapa pun boleh kena bebel juga. Kita harus perhatikan body languange mereka; jika anda nampak gadis-gadis sedang mengetap bibir lepas tu jalan ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan sambil bercekak pinggang, itu tandanya dia sedang mencari modal untuk memarahi anda. Adalah baiknya jika anda bangun dari hadapan televisyen dan at least berpura-pura untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti menggosok baju sendiri dan keluar membeli makan malam.

2) Terlalu mudah mengalir air mata

Salah satu simptom PMS adalah mood swing. Emosi wanita semasa PMS akan berubah-ubah mengikut rangsangan sekeliling. Jangan terkejut apabila anda melihat mereka sedang marah-marah tiba-tiba anda terlihat air mata mengalir deras pula. Kemudian mereka menekup muka dan berlari ke sudut-sudut gelap mahupun mengemaskan baju meminta dihantar pulang ke kampung. Fakta ini dikatakan mempunyai penjelasan saintifik yang sama dengan fakta bebelan di atas. Cuma instead of keluar air liur akibat bebelan tanpa henti depa keluar air mata.

Kadang-kadang mereka boleh mengalirkan air mata di atas sebab yang langsung tidak munasabah seperti keengganan kita untuk membeli Cristiano Ronaldo dalam permainan Fantasy Football Liga Inggeris untuk pasukan kita. Walaupun kita sudah menjelaskan berkali-kali yang Ronaldo tidak lagi bermain di Liga Inggeris, gadis-gadis yang PMS memang tidak peduli dan terus menghentak-hentak kaki. Padahal selama ini mereka tidak ambil peduli pun dengan permainan anak jantan yang mereka kata 'buang masa' dan 'nonsense' ini. Maka sebagai seorang lelaki yang sedaya-upaya memahami, kita haruslah sentiasa berwaspada dalam setiap aspek agar tidak mengguris perasaan mereka yang fragile. Cuba elakkan daripada tersalah cakap, iyakan sahaja cakap mereka, dan yang paling utama jangan sekali-kali menjeling terhadap gadis hangat yang lalu di sebelah kita.

3) Pengambilan dadah berlebihan

Dalam salah satu segmen soal jawab yang aku lemparkan kepada gadis-gadis, aku meminta gadis-gadis untuk define senggugut. Salah seorang pembaca Cik Mimie.Candy.Cane berkata "macam neraka" dan Cik Otak Ketat pula cuba menjelaskan dengan lebih detail lagi seperti "perut mcm kena lenyek dgn kereta kebal. lepastu ada askar yg dengki pergi pijak-pijak plak perut kau lepas dah kena lenyek".


Oleh kerana kesakitan yang amat sangat ini, kaum wanita sering menggunakan bantuan dadah untuk mengurangkan penderitaan mereka. Mereka selalunya ada bekalan pil ponstan warna kuning tu di dalam beg tangan untuk menahan rasa sakit. Sepatutnya kita ambil dalam dos yang dibenarkan sahaja iaitu satu biji, tapi di bawah pengaruh sedar, gadis-gadis akan bertindak liar dengan memakan tiga biji ponstan sekaligus kerana mereka berpendapat yang itu akan dapat mengurangkan kesakitan mereka. Ini sebenarnya tidak benar malahan tindakan mereka itu juga dianggap merbahaya. Kalau kena ujian air kencing secara rambang anda pasti akan digugurkan dalam menyertai pertandingan bowling tahunan di Alamanda akibat gagal ujian dadah. Kalau sakit sangat dah tak boleh tahan, pergi je klinik, cakap kat doktor yang anda nak cucukan di punggung. Bukan secara seksual macam dalam fantasi doktor dan pesakit tu, tetapi diinjek dengan bahan kimia penahan pilu.

4) Membeli-belah tanpa batasan

Kalau lepas dah cucuk punggung masih terasa sakit di pangkal rahim bagaimana? Ada satu lagi perkara yang boleh membuat gadis-gadis high tanpa bantuan dadah. Apa dia? Ok murid-murid sila jawab ramai-ramai, shopppingggggg. Penjelasan lanjut tentang tabiat shopping wanita boleh dibaca di entri ini.

Anyway dulu masa kecik-kecik pernah tak kakak korang ke makcik korang ke suruh korang belikan pad di kedai? Masa tu aku sekolah rendah. Adeke Mak Long aku suruh pergi Pasar Mini Kiat Siong untuk belikan Kotex untuk dia? Oleh sebab masa tu minda aku masih tak cukup matang untuk menerima perkara sebegini, apatah lagi untuk menjelaskan apa yang mahu dibeli kepada apek Kiat Siong tu, aku siap bawak plastik Kotex tu sebagai rujukan bagi memastikan aku membeli produk yang betul.

5) Makan berlebihan


Apabila wanita mengalami perasaan yang negatif, mereka perlu mengunyah sesuatu untuk membuat diri rasa lebih baik. Ini selalu digambarkan di dalam filem-filem barat di mana di saat-saat kepiluan dan emosi tidak stabil di mana mereka akan membuka peti ais di tengah malam sambil mengeluarkan aiskrim yang berkalori tinggi. Makan terus daripada bekas dia pulak tu. Deep down inside, mereka rasa sangat bersalah, sangat menyesal kerana pengambilan mengambil kalori yang berlebihan. Baru minggu lepas berazam nak kuruskan badan lepas tengok The Biggest Loser Asia time PMS je terus langgar pantang semua. Bengkung Premium Beautiful taknak pakai, minuman protein aneh Herbalife pulak main makan serbuk dia je macam makan serbuk Milo, pendek kata segala disiplin yang kita amalkan untuk mengurangkan berat badan semuanya akan terbang ke langit.

Adakah gadis-gadis akan terPMS membaca entri ini? Hihi bertenang gadis-gadis. Apa yang ditulis hanyalah pemerhatian stereotype berdasarkan apa yang ditonton di media cetak dan elektronik. Mungkin ada di antara kalian yang tidak dipengaruhi oleh PMS pun during that time of the month. Akan tetapi, tak kiralah sejelas manapun penjelasan yang diberikan oleh kaum wanita tentang PMS, kaum lelaki tidak akan dapat memahami misteri PMS itu kerana kami tidak akan mengalaminya sendiri. Samalah seperti korang tak faham fantasy football, hihi. Apapun, mengaku tak yang anda lakukan perkara di atas setiap bulan? Eheh.



35 comments:

ainakhani said...

yang part makan berlebihan tu aku setuju ! tapi ade jugak membe2 aku bile diorang period, dieorg x makan.
pelik. ijai, ko camne? ape tabiat ko tyme PMS ? jawab jawab. jujur ! xD

Wahida Nasution Thakhrim said...

dah nak dekat masa tu mula la mencari makanan manis.. habis aje masa tu, pengambilan makanan manis pun berhenti..

eiffel said...

der...

1.isteri xlayan laki time PMS sbb HARAM!!! -.-" agama beb!!!

dn klo agama larang msti ada sbb kn..

2. smua yg lu listing-kan..seriuos shit memg betol...tapi pemahaman lu serious SALAH!!!

3. bebelan?sbnrnya emosi pompuan time tuh memg xmenentu..

cuba lu dalam keadaan menahan sakit yg teramat..pastuh ada plak bnda yg menyakitkan ati..

pasti lu akan maki kan?!

jgn tipu jwb x!!

4. yup..gwa stuju bila lu kata kuarkan airmata tanpa sbb..
time tuh memg pompuan akn lbh cpt mara, lbh mudah terasa...dan semuanya melibatkan emosi..

5.ambil ubat tuh klo dorg dah terbaring, lgsg xley jln..baru ley amik.

6. shoping?yup.sbnrnya xkira dlm apa situasi pown..kebykn mgaggap shopin itu satu treatment

7.perasaan lapar atau nk mngunyah tuh biasa jd time memula PMS je

8. lu xtau..pompuan time tuh akan mgalami sakit belakang..itu mgkin sbb jadual yg xmenentu..

9.pompuan akn jadi lbh penat..dn mudah penat..wpown xbuat apa2..mgkin disebabkan pgaliran darah yg banyak!!*padan muka lu..nk tau sangat kan!!!

Shiba Hisham said...

ttg pil ponstan tu, klu blh mtk tlg sebarkan kat pbaca pmpuan (sbb ramai org bca blog ni kan, n mabe dorg ske ikut ckp u)..

actually, klu kta blajar pasal cognitive, pil penahan sakit tu dia bukannya menghilangkan rasa sakit tp mbius otak kta supaya tak berasa sakit. so, bla dimakan bterusan, jadi xelok utk otak :)

just sharing

Mohamad Faizal said...

aina: aku kalau PMS aku bersenam.

wahida: yakah? bagus input anda ini

eiffel: wahh bagus penjelasan teliti. haha anda tak PMS kan?

btw bersenggama ketika didatangi haid memanglah haram, jika dibaca ayat aku betul2 aku mendakwa yang gadis2 menggunakan PMS sebagai alasan untuk menolak ajakan persetubuhan walaupun sedang sihat batin, hihi

shiba: dengar tu gadis-gadis. diharap dapat mendengar nasihat shiba. thanks for sharing!

Mimie.Candy Cane said...

entry yang memang kena dengan situasi aku sekarang. definisi PMS tu sebenarnya ialah Perasaan Macam Siyal...terima kasih..

ape pun nasihat aku kepada wanita2 di luar sana yang mood berubah2 ketika period,bertukarlah tuala wanita kepada Librese. wohoo!!

*girang tak pasal2*

Mimie.Candy Cane said...
This comment has been removed by the author.
Mimie.Candy Cane said...

err..aku tau apa fantasy football..pnh main ms world cup ri tu tapi ke laut semua..hahahaha...komedi tak?

Nurul Huda Rahim said...

misteri PMS boleh diibaratkan mcm misteri skrtel menjaringkan goal ke 2 time match dgn tottenham haritu. misteri kan? misteri kan? kah kah kah.

AkuPenulis said...

that's not true!
we just eat bcos we r hungry..
at least, for me la..
xde la sbb negative moods ke ape..

Mohamad Faizal said...

mimie: lagu tema librese:

"Oh datang bulannnn....." (ikut rentak lagu dan sebenarnya)

huda: hey hey kisah yang lalu usah diungkit lagi

akupenulis: tapi saya murung saya membaham juga.....hee hee hee

Nur Afiqah Mohamad Ariff said...

haha comel.kau patut tulis entri "tabiat lelaki menangani wanita ketika wanita PMS" -__- haha.

Anonymous said...

reminds me that u once said:
"Yuna di celah kangkang"

everytime i saw librese pad, i will surely mumble that.
babi.yuna tak bersalah..

niena ; ) said...

aku setuju yang no.5 tu .
aku suka makan coklat banyak2 time PMS .

Anonymous said...

rasanye PMS ni utk bile time seblom period la.. so takde nak telan pain killer atau nak elak senggama..

sebab tu nama die PRE-menstrual sydnrome.. PRE kan seblom.. testing one two threee..

sekian.. hujah dr org hampir pms :P


--org hampir pms--

Mohamad Faizal said...

afiqah: haha nice. mungkin saya akan tulis

anon: haha dia memang tidak bersalah tetapi berdarah

niena: aku suka makan coklat sepanjang masa tak kira PMS ataupun tidak

PMS: benar hujah itu tetapi pengalaman setiap wanita adalah berbeza tidak kiralah pre mahupun post (nada yakin)

aku hensem said...

utk miss eiffel yang bukan men marah kat atas tu,
im assuming u r in ur pms mode.
tak perlu wat2 gaya der2 gua lu sam saheizy konon2 anda kool.
anda tak kool lansung dan tak de funny bone lnsg.
boo

pikachu said...

1) Bebelan tanpa henti

kesalahan yang kecil seperti terlupa flush jambah selepas

*flush jamban

kan?

hahaha

typo kau menggeletek hatiku.
eh,typo ke?

..:: WiRdA ::.. said...

haha ok la tu, kalo pempuan berperangai pelik atas alasan mutlak PMS. Tapi kalo laki cuba berperangai pelik mcm tu, atas alasan apa pulak ye? hhahaha

buDAK keCIK said...

haa.ni yg ak nk emo nih~!
sampai hati ko ckp kaum ak sje nk reka cipta pms ni.
mne ade...sobs.

tp mmg betul.kalu dtg mood swing ak, tetiba ak jd sensitif bagai.pas2 mula la banjir.ak pn x phm nape ak mudah gler nk nangis tyme tu~!

hakikatnya,ak liat sket bab2 air mata bagai ni

Anonymous said...

Eiffel,

Org lain pms jgk, tp xde la emo mcm ko
Semak doh baca komen ko, mcm org xskola
Der..der..gua...lu

~AkuApai~

finaz said...

ntahnya.. kenapa dgn si eiffel ni.. cari publisiti murahan ke dgn bagi komen2 camni.. awak tu orang perempuan.. bahasa yg awak gunakan tu melambangkan personaliti awak.. faham? aku nyampah betul perempuan yg nak berlagak mcm best guna bahasa gua lu ni.. tahaper2 tah.. desperately nak tunjuk awak tu kool ke in front of everyone else ?

LadyRye said...

wahhhhh macam best entry ni..

point eiffel tu betul apa..tapi cuba baca point dia, dia nak guna bahasa apa pun lantak dia la..

semua yang kat atas tu jadi kat aku..yang aku tau PMS neh tak sama kat setiap orang sebab dia melibatkan hormon..dan tiap2 bulan pun simptom dia ada yang sama, ada yang tak sama..means bulan ni migrain, tetiba bulan depan tak migrain tapi jadi menyampah kat laki sendiri pulak!

mana ada kami guna alasan tu untuk mengada-ngada punnnn... benda tu takbleh control laaa...

sebab tu la dalam Islam, orang ppuan tak bleh jadi ketua sebab emosi yang berubah-ubah boleh menjejaskan pentadbiran..it is well said in Islam jadi maknanya dah terbukti la kan emosi, hormon, PMS ni adalah benar dan benar belaka..

LadyRye said...

owh ya, btw ketika mengomen ini saya tidak PMS sebab saya tengah pregnant 3 bulan which is first trimester and my hormones are just crazier than PMS!!!

NAJ HEBAT said...

Salam.

1. derr.. jgn emosi. Tu gua pesan kat diri sendiri.

2. Gua cuba untuk baca dengan penuh beriman entry ni. sebab gua juge perempuan.

3. Gua juga lalui PMS. dan gua tahu apa itu sakit.

4. Ingat lah. Allah letak darjat wanita tinggi sebab halus nya wanita itu, dan kesakitan wanita itu lebih dari lelaki. Contoh mudah, melahirkan.

5. Perempuan mmg sansitif. Tgk background pon dah tau, dari rusuk. dekat dengan hati. Hati tu kan lembut. Jadi jangan duk pelik wal heran kalau tibe2 nangis.

6. Gua tulis panjang sangat kah?

7. Gua harap takde 'anon' yg nak maki gua. Niat baik. Terima baik. Okeh.


p/s: gua lu. Kau aku. saya awak. Itu hanya kata nama. Suka hati. dan terpulang. Bahasa melambangkan bangsa. Tapi gua kurang ajar kah kat sini?

gua tak melucah, right?

ok. komen panjang untuk entry panjang.

but, overall, mmg betul. and informative. Thanks.

linn said...

b4 dis, bkn dh ade n3 psl PMS kew??
hee. anyway,mostly btulll laa kot...
y plg i like... shopping + mkn..
walaupun gila nk diet, tp time tgh PMS... diet ilang suda... ade obat kaler kuning eh? xto pn.. tau kaler pink je.. tp bese i telan KK free je.. tp x overdose k... =p

linn said...

b4 dis, bkn dh ade n3 psl PMS kew??
hee. anyway,mostly btulll laa kot...
y plg i like... shopping + mkn..
walaupun gila nk diet, tp time tgh PMS... diet ilang suda... ade obat kaler kuning eh? xto pn.. tau kaler pink je.. tp bese i telan KK free je.. tp x overdose k... =p

Anonymous said...

hi ijai!
during pms/the time of the month, i ate less pulak! maybe due to the senggugut. but ice cream mmg byk menolong.

and nape tak nak beli cristiano ronaldoooooooooooooooooooooooooooooooooo???? eee.

hahaha.

Anonymous said...

i was like, LOL-ing at eiffel/NAJ?'s comment.

nape awak cakap der, lu, gua mcm tu.

em. ijai pun cakap elok2.

mcm pelik gila je cakap rempit mcm tu utk orang perempuan.

redspana said...

aku penah pms tahap nak arwah..nk rebah kat ampaian pas balik skola..aku memg kalo period nazak gile..so..itu adalah saat2 yang amt aku x suke tp dah tuhan tentukan yg setiap bulan aku kne lalui so aku kena la terima kan..bersyukur la ijai ko x yah lalui sume neh..da jgn gaduh2 marah kt miss eiffel tuh..ske ati die la nk ckp gua lu der ke pe..xde mslh lgsg..x skt perot korang pon..relax2 sudah..kalo pms x yah bace comment org..ok!!

zatiey rahim said...

i setuju ngn point eiffel..just her 'point' ok..nak buat cane kn dh benda tu yg pmpn rasa..bg pmpn just kena control la, xyah nak emo xtentu psl..tapi kadang2 ssh nk control kn benda2 cmtu, so it need understanding from other people sometimes..rasa nk marah bkn kita yg nak, women are just out of estrogen during PMS..that's why they tend to emo..

Dora ♥ Nobi said...

kikiki.. sume betul nh. HAHAHA.

najwa's said...

ngee~ LOL.
sengal punya entry. but, i loike~ =p

Anonymous said...

bayangkan mcm korang sakit gigi dan ada org buat kecoh bagi korang bengang...mcm tu la tahap rasa nak pelempang org kalau time PMS...HAHAHA

membebel tu, tak PMS pun bebel gak

cepat nangis? yer betoi...bak kat aku di atas, tgh sakit tp ada org buat kenyataan bangang, sure rasa nak marah kan? tapi tak boleh, sbb nnt orang tak paham kenapa kena marah dan kata emo je maka nangis je lah

ada setengah amik dadah tu, kalau jenis yg tak tahan sgt aa...tp tak semua

thank god aku tak suka bershopping...hahaha...lagi suka dok rumah

makan berlebihan? tengok orang jugak...ada yg suka makan, ada yang tak suka..

lain orang lain cara...tak boleh sama kan semua orang :D

J

Shenia Shelolilo said...

first2 baca entry ni, memang ketawa sorg la, sebab tgah pms. ehe. semua mmg betul la, apatah lagi nk marah2 org paling sekali yg tersayang. pantang salah cikit, terus kena la tu. melucukan juga, tak dpat kawal emosi kn? cuma, pil2 tu, saya mmg tak biasa ambil, takut nk ambil.. momy pn x suruh. btw, gud job! i like this entry!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...