Wednesday, December 1, 2010

November Movies!

Wahhh pantasnya sudah masuk bulan Disember. Gadis-gadis sudah ganti puasa ke belum? Apa salahnya ganti awal. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Berbalik kepada tajuk asal, pada bulan lepas, aku hanya sempat menonton tiga buah filem di pawagam kerana terdapat komitmen lain di hujung minggu seperti Kem Gempur Tajwid, proses ujibakat Makmum Muda musim terbaru serta MERISIK, hihi. Ayuh kita ikuti ulasan filem yang bebas daripada spoiler ini (tipu).

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Skyline
Ulasan ringkas: Jarrod telah berhijrah dari kampung halaman menuju ke kota metropolitan setelah dijemput oleh kawannya, lelaki hitam dalam Scrubs tu. Setelah penat berparti liar, mereka dikejutkan sinaran berwarna biru yang boleh menyebabkan kanser kulit serta hilang kawalan diri. Rupa-rupanya makhluk asing telah datang untuk menawan bumi. Sana-sini kita boleh melihat manusia disedut ke dalam kapal angkasa. Anggota tentera Amerika cuba menyerang balas dengan menghantar bom nuklear tapi kapal angkasa makhluk asing tu rileks je cantum balik macam main Lego. Jarrod berpendapat yang mereka mesti keluar daripada apartment itu bagi menyelamatkan diri. Langkah yang silap Jarrod.


Ok tengok poster, tengok trailer memang nampak macam gempak cerita ni. Tapi hakikatnya, cerita ini boring nak arwah. Hero dia berlakon macam Rashid Sidek, ditambah pula dengan skrip yang predictable. Tengok trailer pun dah menjelaskan apa yang bakal berlaku, so scene melarikan diri dalam keadaan cemas, mengapak alien serta bertengkar dengan mamat yang berlakon cerita Dexter itu hanyalah sekadar untuk memanjangkan filem sebelum anda mengungkapkan what the whatttt? Tapi efek dia boleh tahanlah.

Ratings: $$
Spoiler: Nissan Skyline bukanlah fokus utama filem ini

Let Me In
Ulasan ringkas: Owen Hargreaves dan Michael Owen merupakan pemain bolasepak Manchester United yang hanya tahu makan gaji buta akibat kecederaan berterusan yang dialami. Saja je nak kaitkan sebab watak utama dalam cerita ini adalah budak lelaki berumur 12 tahun yang bernama Owen. Owen sering dibuli di sekolah tapi dia tak berani melawan kembali. Pada satu hari, dia telah mendapat jiran baru iaitu seorang budak perempuan yang comel bernama Abby Abadi bersama 'abahnya'. Abby ni memang jenis yang kera sumbang tak campur dengan jiran malam-malam baru nak keluar rumah memang bohsia lah. Abby dah cakap awal-awal lagi yang dia tak boleh berkawan dengan Owen tapi biasalah cinta monyet memang seronok. Rupa-rupanya Abby ni seekor pontianak dan 'abah' Abby tolong bunuh orang bagi mendapatkan bekalan darah untuknya. Situasi menjadi kompleks apabila proses pembunuhan gagal menyebabkan 'abahnya' itu kemalangan dan ditahan di hospital.

Aku tak tahu cerita ini masih ada di panggung ataupun tidak, tetapi kalian harus pergi menonton filem ini kerana filem ini surprisingly good walaupun ini merupakan filem remake. Chloe Moretz yang berlakon sebagai Hit Girl di dalam Kick-Ass memang comel, dan kemistrinya dengan Owen memang nampak real walaupun cinta monyet mereka sebenarnya disturbing.

Ratings: $$$$
Spoiler: Kau kena let dia in kalau tidak nanti badan dia berdarah



Harry Potter and The Deathly Hallows

Ulasan ringkas: Filem bermula sebagai Menteri Sihir Rufus Scrimgeour alamat media sihir, yang menyatakan bahawa Kementerian tetap kuat dengan peningkatan Lord Voldemort berkuasa. Severus Snape bertemu dengan Voldemort dan para Pelahap Maut untuk memberitahu mereka berlepas Harry daripada Privet Drive. Voldemort mengambil tongkat Lucius Malfoy darinya, sebagai saham sendiri inti yang sama seperti Harry dan kerananya tidak boleh digunakan untuk membunuh Harry.

Kumpulan Phoenix tiba di Privet Drive bercadang untuk berpindah Harry untuk keselamatan menggunakan Ramuan Polijus untuk membuat enam umpan. Selama penerbangan mereka mereka menyergap, mengakibatkan kematian Hedwig dan Mad-Eye Moody. meminjam tongkat Voldemort gagal membunuh Harry. Malam itu, Harry mempunyai mimpi di mana dia melihat Ollivander yang tersiksa oleh Voldemort, yang mendakwa bahawa kayu-pembuat telah berbohong kepadanya kerana telah mengatakan bahawa tongkat yang berbeza akan berjaya membunuh Harry.

Sementara itu, pengikut Voldemort menyusup dan mengambil alih Kementerian Sihir, mengubahnya menjadi sebuah birokrasi fasis, di mana penyihir darah murni yang brutal dianiaya oleh mahkamah gaya Inkuisisi dan angkatan polis baru, pegawai yang memakai gelang tangan dan kasut pejuang.

Pelahap Maut.....HAHAHAHA. Kantol pula aku guna Google Translate terjemahkan dari laman wikipedia Harry Potter. Haha apapun aku rasa inilah filem Harry Potter yang paling intense, paling dark dan agak lucu juga berbanding filem Harry Potter yang awal. Itu pun sebab aku tak ingat cerita yang awal-awal macamana sebab banyak sangat haa haa.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Filem ini ada part 2 sebab nak mengaut keuntungan lebih dan membuat orang macam aku ni bukak Internet nak tau ending dia macamana.

Sekian sahaja ulasan filem untuk tahun ini. Jumpa lagi kita di segmen yang sama di tahun hadapan.



8 comments:

ainakhani said...

boleh tahan la ko guna google translate ! aku da perasan awal2 lagi. (:

Anonymous said...

gerro injured saman FA..
carra injured saman sape?
saman Linda Pizzuti boleh?hehe
~yusry tp bkn kru~

Clarky Afif said...

Skyline:baik aku curi nissan skyline bofren aku dan ambik risiko terperangkap dlm kete tu kerna security sistem activated.

Let Me In:lupe bawak kunci?

Harry Potter: hahaha! senak perut aku! oh, mungkin sebab period pain.

emm-ai-en said...

ye;
satu) Garisan Langit memang meleret ceritenye.letih tunggu ending.

dua) Let Me In memang best.walaupun review dari internet mengatakan filem asalnya Let The Right One In lagi bagus.

tiga) terkejut jugak aku tengok review harry potter panjang semacam.makin dibaca;makin pelik.google translate punya penangan.hahahaha.terbaik jai!

Mohamad Faizal said...

aina:....menggunakan Ramuan Polijus untuk membuat enam umpan haha

yusry: ala abang gerrard dah pulih next week kembali lah. hargreaves insurans tak kave sebab orang ingat dia nak buat scam claim insurans sepanjang masa heheh

clarky: period pain boleh gelak? aneh ini kena buat satu entri pasal period ni hihi

emm-ai-enn: skyline ada sekuel tak boleh bayangkan anak jarrod nak bawak bapak dia pergi sekolah ambil report card nanti

Anonymous said...

dua alam punye review takde keee?- anoni

..:: WiRdA ::.. said...

ape punya susah payah kau translate harry potter sampai aku yg dh tgk pun jadi tak paham..haha

sebbaik kau tak ckp spoiler part 2 sepsiap. hahaa

Mohamad Faizal said...

anoni: takde geng la nak tengok 2 alam hihi

wirda: spoiler untuk part 2 adalahhhhhhhhhhhhhhh.........dia keluar next year

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...