Sunday, December 5, 2010

Pengalaman Memotong Organ Reproduksi

Adik-beradik mama aku semua duduk kat Bangi. Itu pun aku hanya akan melawat rumah mereka semasa hari raya ataupun bila aku lapar nak makan nasi sahaja. Minggu lepas ada buat satu kenduri doa selamat kat rumah Mak Long aku. Maka aku memang tak tahulah mengapa kenduri itu dijalankan. Lagipun aku of courselah masa baca-baca tak tunjuk muka, dah time makan baru aku tiba. Setelah menyiasat dengan lebih lanjut, kenduri doa selamat itu dianjurkan sebab sepupu aku Mahdi darjah 5 nak bersunat.

So sehari selepas kenduri itu, dia pun pergilah bersunat. Tapi aku dengar berita yang dia tak jadi sunat pulak. Dah pergi dah klinik, cucuk bius kat testis dia dua kali. Tapi masa nak mengerat organ reproduksi, dia mengadu masih sakit lagi, seolah-olah bius tidak berkesan. Aneh. Aku mengesyaki yang sepupu aku itu mengalami kecuakan yang amat tu yang dia cakap kat doktor yang dia nak kekalkan bentuk organ reproduksi dia tu. Apa ni Mahdi aku taknaklah kasi kau main Xbox aku lagi sebab kau masih belum jadi lelaki sejati. Tengok macam Abang Ijai rileks je ketika bersunat. Eh rileks ke? Ayuh kita imbas kembali pengalaman bersunat aku. Oh sekadar pemberitahuan, entri ini lebih seksual daripada biasa.


Aku sunat masa darjah lima. Masa sekolah rendah aku sebenarnya agak sissy juga takut banyak benda. Time-time nak sunat je mesti aku bagi pelbagai alasan. Tapi takkan nak masuk sekolah menengah kot baru nak sunat. Nanti kulit dah liat gunting biasa dah tak boleh nak kerat kena pakai mesin rumput pula. Lagipun masa tu ada member sekolah rendah aku Asyraf Che' Rus (Acap) yang turut menyatakan keinginannya untuk bersunat. Maka mama abah aku pun merisik lah keluarga Acap bagi menyatakan hajat untuk menyunting anak mereka untuk bersunat bersama-sama. Setelah berbalas pantun dan bertukar-tukar dulang hantaran, kami pun bersetuju untuk menyatukan organ reproduksi kami di klinik yang sama.

Huiii aku kan anak tunggal memang menjadi kesayangan saudara-mara aku. Masa kenduri doa selamat, semua saudara-mara aku datang dari jauh untuk memberikan sokongan. Datang bawa duit pula tu memang kayalah. Tidak kurang juga saudara-mara yang sunat dikerat cuba-cuba menakutkan aku dengan berkata yang dia potong pakai kapakla pakai blender la dan macam-macam lagilah. Minda budak kecil aku pastilah berasa gentar. Malam nak sunat tu aku memang tak boleh tidur. Nak lari rumah pun aku tak tahu nak pergi mana. Keesokan harinya, atuk aku suruh aku pergi berendam di dalam sungai nak kasi lembut. Eh ini bukan sunat kampung lagipun mana aku nak cari sungai kat Bangi ni so kitorang pun pergilah Sunway Lagoon. Eh?

So dalam pukul 9 pagi aku pun pergilah klinik kat seksyen 6 Bangi. Masa aku sampai di klinik, Acap sudah pun berada di dalam bilik pembedahan. Tapi aku tak dengar pun bunyi jeritan mungkin dah pulang ke Rahmatullah agaknya. Macam-macam bad thoughts yang aku fikir. Aku dahla takut tengok darah. AHAH! Aku dapat satu idea. Aku beli satu komik Doraemon agar aku dapat baca semasa proses persunatan nanti tak perlulah tengok darah. Pintu dibuka. Aku lihat Acap keluar jalan kengkang pakai kain pelikat. Muka dia pucat. Aku tanya dia ok ke dia sekadar menggangguk kepada. Tiba-tiba aku mendapat keyakinan dan perasaan takut aku langsung hilang. Aku terbayangkan saat-saat aku dah sunat nanti pasti ramai gadis-gadis yang mahu mendampingi sebab aku sudah matang.

Masuk ke bilik pembedahan, aku pun duduk di atas katil. Nurse perempuan tu suruh aku buka seluar. Aku sumpah malu gila mahu buka sendiri so aku suruh dia bukakan seluar aku dengan nada menggoda sambil menggigit jari di bibir. Ok ok serius mana boleh bagi nurse perempuan duduk sekali dalam bilik tu ini dah kira gangguan seksual. Dahla aku tengok nurse tu macam mengetap bibir, lepas tu nafas dia turun naik sambil gulp gulp telan air liur akibat keghairahan. Mungkin dia berasa kagum dengan saiz Komanwel (belum lagi saiz Olimpik masa tu) organ aku. Ok aku memang matang awal so doktor pun kenalah trim dulu apa yang patut agar tidak mengganggu proses pembedahan.

Ahh saat yang genting telah tiba. Tusukan bius yang pertama menerjah ke sktrotum aku. Ya Allah sakit dia hanya Tuhan yang tahu. Kalau nak relate dengan perempuan, rasa dia macam sakit nak beranak (exaggeration). DASSSS! Tusukan yang kedua menyerang di testis sebelah kiri. Sekali lagi aku menjerit di dalam hati akibat kesakitan yang amat sangat. Hey aku tak menangis ok. Baru aku nak menenangkan diri ZASSSSS terkena cucukan yang ketiga. Tiga kali beb, Korang dulu sunat kena cucuk berapa kali? Tapi tak hairanlah cucuk tiga kali sebab organ aku besar kan bersyukur sahajalah dengan nikmat yang Tuhan beri. Lepas tu doktor biar organ aku idle lebih kurang lima minit sebelum dia main-main gunting pulak organ aku. Dia tanya sakit tak? Aku cakap still sakit. So biar lagi idle selama 5 minit. Lepas tu dia cucuk lagi dengan gunting, kali ni tak rasa apa-apa. Maka doktor pun memakai topeng, memakai medical apron, dan cakap dengan gaya Grey's Anatomy...scalpel!

Masa tu aku memang tak pandang langsung bagaimana proses persunatan itu. Aku sibuk membaca buku Doraemon yang dibeli. Doktor siap tanya lagi adakah aku betul-betul baca buku itu. Secara jujurnya, TIDAK! Gajet Pintu Suka Hati Doraemon ternyata tidak menarik perhatian aku. Hati aku ketika itu memang rungsing sebab aku dapat rasa percikan darah kat peha aku. Doktor salah potong ke habislah cita-cita aku untuk jadi model spender Calvin Loi. Eh Calvin Klein. Doktor boleh siap menyanyi-nyanyi lagi sambil membuat kerja. Nurse perempuan tadi pulak makin tak keruan mula sentuh-sentuh diri sendiri. Aku rasa adalah dalam 45 minit aku terbaring atas katil sehingga tamat proses persunatan tu.

Ok siap! Masa tu kepala aku dah berpusing-pusing dah. Aku tak tengok langsung rupa adik aku ketika itu. Pasti ngeri. Setelah disarung dengan kain pelikat, aku pun jalanlah terhoyong-hayang keluar bilik. Keluar je bilik aku terus muntah dekat klinik tu. Masa tu memang tak peduli lagi perasaan malu disoksek soksek oleh orang lain di klinik. Oh mungkin itu tindakbalas daripada bius tadi....(cover). Sori ya nurse kau terpaksa bersihkan muntah aku. Aku duduk kat rumah Mak Long aku semasa sunat. Nenek saudara aku (kakak nenek aku, Wan Som) yang menyayangi aku lebih daripada cucunya sendiri menjaga aku bagaikan menatang minyak yang penuh. Dia hari-hari letakkan minyak gamat agar luka di organ reproduksi aku cepat pulih dan tidak bentan. Anyway bentan tu apa aku pun tak tahu aku dengar je orang cakap. Lepas seminggu, doktor suruh datang balik nak cuci luka, tapi sebab aku selalu letak minyak gamat, so adik aku pulih lebih awal daripada biasa dan tak perlu nak cuci. Yayyyyy.

Lepas seminggu aku dah boleh kembali main bola. Itulah pengalaman persunatan aku. Bersunat adalah perkara yang paling menyakitkan yang akan berlaku dalam hidup lelaki, tak macam perempuan yang kena hadapi proses beranak lagi. So kita haruslah bersyukur kerana dianugerahkan dengan anak gajah ini. Tapi zaman sekarang ni dah canggih. Sunat pakai laser la, disuruh tidur semasa sunat la so tak rasa sakit pun. Aku tak dapat bayangkan orang yang sunat kampung tanpa bius letak atas batang pisang sebelum dikerat tok mudim. Oh eh ji sakitnyaaaa! Bagaimanakah dengan pengalaman persunatan anda pula? Ayuh kongsikan bersama. Eh gadis-gadis kalau bersunat potong apa?



21 comments:

niena ; ) said...

haha . .
aku tak tahu pasal sunat
tapi aku tengok masa dulu abang aku sunat orang layan dia macam raja .

mesti best kan .
ghaha . . .

ainakhani said...

aku dengar perempuan sunat tyme lahir. betul ke ? ke satu mitos ?
abg aku dulu sunat, aku dpat peluang curi tengok anak gajah dia bila mak aku sapu minyak gamat. hahah xD

chenta said...

ye2..perempuan sunat masa lahir..itu bukan mitos tp betul ^_^

efyna.pinkladies said...

tapi ape yang nak di sunatkan? =.="

liela said...

wey,, nak compare kan sunat dgn sakit beranak? jauh beza tauu

Mimie.Candy Cane said...

sedikit ngilu bace entry ni..tp tang muntah tu memang jelas menunjukkan yg ko sememangnya seorang hero..hanya hero2 sahaja yg muntah selepas sunat.h.e.r.o hero!!

pompuan sunat masa baby..tak adil sungguh..nak jugak merasa mandi sungai..dapat duit..pakai kain gantung..

Anoneemus™ said...

Perempuan sunat potong hujung klitoris.

Google sendiri.

Anonymous said...

jeckspeed

pic anak gajah tu kau punye ke jai?.. alaaaa comel nyeee... dak killa mesti suka bermain main dengannya kan?.. hehehe

Mohamad Faizal said...

niena: memang macam raja semua ikut cakap beta

aina: hey abnormal lah tengok abang punya anak gajah hihi

chenta: PMS juga masuk kategori mitos (haha)

efyna: kulit berlebihan?

liela: takpe pakai epidural tak sakit

mimie: sumpah tak best pakai kain gantung lebih2 jika mahu berak

anoneemus: klitoris tu apa? saya tahu, google sendiri. hihi

jeckspeed: eh bukan gambar aku. aku punya kan saiz olimpik

Anonymous said...

komanwel dah.. olimpik dah.. world cup lah pulak.. mcm lg kena je hahah



-megan musang

clarky said...

eer...

Mohamad Faizal said...

megan: world cup besar sangat doo piala asia boleh kot

clarky: errr

eiffel said...

hm..klo xsilap aku mak aku ckp..bentan tuh besar sblh..

la..xsgka plak sakit rupanya sunat tuh..sbb setahu aku cuma buang kulit skit jerk yg kt hujung tuh..

ko ckp cm ada pgalamn bersalin jerk kan!!hahaahahaa

sakit nk bersalin lg teruk kot..sbb hmpir mggadai nyawa..

laki ni nmpk jerk kuat kn..tp rupanya... -.-"

tuh sbb Dia bg pompuan yg bersalin..wpown pompuan tuh lemah tpi smgt dia kuat..

offtopik jap..
pada anon kat entry lepas..nk kutuk2 bia dpn2..

klo ko tuh laki..
cuba ko tgk balek kt bwh..btol ker ko ni laki???

klo ko pompuan
msti time tuh ko ngah PMS kan?xperk aku paham

camtaek!!!

The Sharkox said...

Gajah ko comey jai..kaler putih..i loike..haha

achiq said...

akak skrg tgh nursing anak akak dlm pantang (bersunat).. manjanya ya Allah.. dah 3 hari lagaknya mcm baru jer bersunat..
agak2 Ijai dulu pun mesti mcm ni jugak kan? manja jer lebih...lelaki, lelaki...

Anonymous said...

Aku bersunat masa aku darjah 6.

Kena 3 das cucuk. tapi dr jentik2 adik aku, aku still rasa lagi. so dia bagi 4. tapi aku tak rasa dia cucuk nugget tempura aku doh. macam dia cucuk frankfurter aku!

3 minggu baru baik sebab 3rd day aku seludup kfc adik aku. muahaha


-Encik A-

Mohamad Faizal said...

eiffel: besar sebelah....haa haa. lelaki memang tidak akan mampu menahan rasa nak beranak so tabiklah kepada gadis2

sharkox: walaupun itu bukan anak gajah aku, tetapi memuji kecomelan anak gajah jejaka lain bukanlah perangai yang normal

achiq: oh biasa saya ni memang drama king

encik a: wahhh 4 cucuk mesti bersaiz sukan asia ni

redspana said...

sumpah entry 18sx..hahhahaha..aku penah tgk arwah nenek sedara aku bidan kampong..die sunatkan baby pompuan..x la baby sgt..dlm umo 5-6 bulan ke bwh la kot..nk tau lebih ty r aku..hahhahahaha

Duhon said...

hm..klo xsilap aku mak aku ckp..bentan tuh besar sblh.. la..xsgka plak sakit rupanya sunat tuh..sbb setahu aku cuma buang kulit skit jerk yg kt hujung tuh.. ko ckp cm ada pgalamn bersalin jerk kan!!hahaahahaa sakit nk bersalin lg teruk kot..sbb hmpir mggadai nyawa.. laki ni nmpk jerk kuat kn..tp rupanya... -.-" tuh sbb Dia bg pompuan yg bersalin..wpown pompuan tuh lemah tpi smgt dia kuat.. offtopik jap.. pada anon kat entry lepas..nk kutuk2 bia dpn2.. klo ko tuh laki.. cuba ko tgk balek kt bwh..btol ker ko ni laki??? klo ko pompuan msti time tuh ko ngah PMS kan?xperk aku paham camtaek!!!

dita mut said...

Perempuan sebaiknya sunat saat remaja.
cuba lihat https://renares.wordpress.com/2009/01/06/sunat-perempuan/

Anonymous said...

sunat dah tua2 pun x pe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...