Tuesday, December 28, 2010

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 6

Hai gadis-gadis. Tahun 2010 sudah hampir melabuhkan tirainya, jadi memang sesuailah kita akhiri tahun ini dengan segmen soal jawab. Saya mewakili jantan-jantan ingin tahu jawapan kepada soalan-soalan panas yang ada unsur feminin yang sudah lama bermain di benak kami. Itu tidak bermakna yang kami ni bengap tidak tahu jawapan kepada soalan-soalan asas tentang gadis, kami hanya mahu melihat bagaimana anda menjawab soalan-soalan tersebut. Soalan-soalan ini berbentuk subjektif, dan jawapannya mungkin berbeza antara satu sama lain. Maka kurang bijaklah jika anda memberi jawapan "alah carilah kat Google". Eh kalau kau cari kat Google soalan-soalan seperti "Apa bezanya Kotex dan Laurier" kau akan sampai di blog ini juga, siap dengan pelbagai jawapan lagi daripada gadis-gadis.

Lagipun soalan-soalan yang ditanyakan ini boleh membantu kami jejaka naif memahami naluri gadis dengan lebih mendalam, sekaligus menjadikan kami lebih sweet, lebih romantik, dan tidak akan lupa tarikh ulangtahun percintaan. Jadi marilah kita menjawab soalan dengan penuh kejujuran dan kasih sayang.

1) Ujian lelaki idaman. Maher Zain dan Anuar Zain melamar anda. Siapakah yang akan anda pilih? Nyatakan sebabnya (kena pilih!).


2) Apa benda yang orang lelaki buat yang menjadi 'turn off' kepada anda? Sila nyatakan satu.

3) Perlu atau tidak perlu memberitahu pasangan anda tentang bekas teman lelaki anda? Huraikan.

4) Adakah korang berasa malu pergi membeli-belah pakaian dalam? Nak test lagi eiiii. Eh boleh test ke??

5) Jika korang sudah berkahwin, bagaimanakah kalian akan menjawab soalan yang ditanyakan oleh anak "Ibu, where do babies come from?"

6) Define 'keputihan'.

7) Kenapa korang masih baca blog ijaicool walaupun dia kerapkali menstereotypekan gadis-gadis? Hehehe.

8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan perkhidmatan enjin carian, sila terangkan bagaimana hendak masak Sotong Goreng Kunyit.

Jika anda manusia yang mengalami pendarahan setiap bulan atau dalam kata lainnya anda gadis sejati, anda diharuskan menjawab soalan-soalan di atas. Kami pasti akan berubah demi kalian. Percayalah kasih ku lama tersulam, di ruang paling dalam, terlalu jauh tak terselam. Tiba-tiba je aku nyanyi lagu Siti.

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 1
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 2
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 4
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 5



32 comments:

Anonymous said...

1. Maher Zain. Sebab dia lagi kacak dari Anuar Zain.
2. Tak paham soklan.[saya budak innocent]
3. Tak perlu. Nanti kantoi la kejahatan kite kat pasangan2 sebelum ini.
4. Malu gile!! Selalu aku g beli ngan kakak or mak aku, then suh diorg pegang sampai la masuk plastik kat kaunter. Pas masukplastik baru aku pegang. Try jgn ckp la. Main sambar je. Balik baru pk 'arghh!!pesal besar sangat ni'
5."tanye soklan ni balik bile ko da tingkatan 3, mak boleh tolong ko pny sains PMR dapat A". Eh. mase tu ade lagi ke PMR
6. White
7. Sebab nk tau ape lg yg nk di-stereotype-kan-nye-lagi kami ni
8. amek sotong letak kunyit rendam dalam minyak panas
9. eh. da abes rupenye soklan

ainakhani said...

1) maher zain sebab dari lagu-lagu dia sume menjurus kebaikan je. hope nak lah laki yang mcm tu. tapi tak tau la life dia sbna mcm mane kan? sume ppuan nak laki yg dpt bimbing die. hihi

2) Still sayang and takleh lupa ex gf dia padahal dia dah ade awek baru ni. haih. cari pasal la tu.

3) Tidak perlu kerana aku pon tak nak tahu kisah ex gf dia. Past is past.

4) Yup. Aku malu kalau pergi sorang-sorang. Bahahaha ;D

5) Nanti anak mama da besar, anak mama akan faham. Pastu cepat-cepat aku ubah topic. Haha ;D

6) Keputihan is benda yang keluar dari kemaluan ppuan time2 die nak datang bulan.. haha shy shy :(

7) Aku suka baca sebab entry ijaicool semua best2. penuh dengan kajian. suka suka! kalau tak baca bole jadi gila. hahahah ;D

8) First, basuh la sotong buang segala dakwat dan mata dia. then letak kunyit dan garam, gaul la samapai sebati. hik. then ko goreng la dalam minyak panas. nak rangup ley ltak tepung. sedapnya!


HAHA aku mmg gadis sejati sbb aku dah jawab soklan ko. ;D

Nurul Huda Rahim said...

1) dua-dua aku tolak dgn selamba nya. kah kah kah.

2) bercerita mengenai kelebihan diri-sendiri yg tak pasti entah betul entah idak. bragging lebih! bla bla bla. nak nmpk hebat sentiasa. sbrnya habuk pun takdak. hak ptuih.

3) perlu. kalau nak cepat clash dgn bf baru. kui kui kui.

4) boleh test la oi. haha. arr tak malu sgt. tp malu gk kalau ada laki duk ngusha. tak payah ngusha kot. dasar pervert. eh tetbe emo.

5) "nakkk. g tdo. dah malam dah ni"

6) ah senang sgt. malas nak jwb.

7) sbb aku tak berapa nak gadis sgt. so aku jarang tergolong dlm gadis-gadis yg disetereotypekan oleh ijaocool. hehe.

8) ala. sambil kentut pun boleh masak. tumbuk kunyit, cili kecik, dan garam. gaulkn dgn sotong. masuk dlm kuali, masuk serai, tunggu sampai kering. dah siap. peh dah boleh kawen neh. ngeh ngeh ngeh.

ain gojes said...

kenape bagi soalan yang senang sangat ni....

cik tipikal said...

1- aku tahu mereka tak eknal aku. tapi kalau betul pun terjadi. aku pilih anuar zain. sebab mak aku minat dia. sebagai seorang anak, menjadi kewajipan untuk aku gembirakan mak aku.

2- berbulu dada. eiiyy ! kalau hensem, tapi ada bulu dada, awala-awal aku rejek.. geli arh !

3-tak payah. aku boleh siasat sendiri.. buat apa nak ulang sejarah lama, nampak sangat masih ingat dekat ex dia.

4- pakaian dalam mana boleh test sebab nak jaga hygiene. tapi biasanya, aku segan lagi-lagi kalau ada yang kaum sejantina aku yang pegi beli underwear bawak pakwe. nak nak muka pakwe yang macam perogol bersiri.. pandang semacam je.

5- orang melayu selalu cakap kias-kias. cakap baby keluar dari mulut sebab aku lah budak paling lembap dulu. percaya sampai form 3 baby lahir dari mulut. bila aku ada anak, aku akan terangkan kejadian sebenar dengan bahasa yang paling simple. apa nak malu sangat. dah memang kebenaran, baby lahir lalu bawah.

6- keputihan? white !!

7- gaya penulisan yang bersahaja. walaupun selalu menstreotypekan gadis-gadis. dah memang kebenaran, kena lah terima. bolerh ubah diri. sebab pandangan mata lelaki jarang menipu.

8- sotong yang dibeli dipasar dibersihkan sampai putih berseri. potong ikut kreativiti. setelah dipotong, gaul dengan kunyit dan sedikit garam. potong bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. tumis bahan-bahan yang dipotong sampai naik bau. masukkan sotong dan tunggu sehingga masak. potongkan bawang besar secara membulat sebagai hiasan.

Mohamad Faizal said...

anon:

no 2, ini bukan soalan berbaur seksual lah hehe.

no 8, hebat skil memasak anda hehe

aina: no 1, betul kita tak tahu maher zain terer tajwid ke tak kan haa haa

huda:

no 1, tapi anda selalu berbicara pasal maher zain saya sangka anda peminat fanatiknya....

no 5, ibu keji mana aci macam tu hehe

ain: jika senang jawab sebentar lagi yaaa

cik tipikal:

no 2, bulu dada bukan satu perkara yang seksi tentang lelaki kah?

no 5, bayi lahir dari mulut?????

cik aletheea : said...

1. annuar zain. mata die sepet. saye suke.

2.tanya 'awak dah mam?' instead of awak dah makan. hello, ingat saye nie budak skolah tadika ke...geli+ menyampah.

3.x yah ar. nanti tetibe sebuk lak mau tanye pasal exgf die lak. nanti tercemburu plak, nanti tergado plak,nanti..
nanti..nanti.. baik x yah!

4.beli je ar. ape masalah?. lelaki pun gie beli, slambe je.

5.blum kawen. nanti dah kawen , ader baby, baru pkir..;p

6.white=putih.berseri.suci (^_^')

7.suke baca sebab hasil blog adalah dr idea lelaki yang rajin buat kajin pasal pompuan. tepuk* tepuk* tepuk*

8. 1.kuali 2.minyak 3. sotong.4. garam,bwg,kunyit.5.masukkan aje sume dalam kuali... ta...da...... sotong goreng kunyit. ekekeke

j.u.l.i.e said...

1. Maher Zain.Reason: ada karisma & daya penarik yg lbh menarik dr anuar zain.
2. suka compare kita dgn awek2 dia dlu,or dgn pompuan2 lain.
3. tak perlu.utk apa?nak bagi dia jeles ke?lupakan aje niat tu.kalo dia bukak citer psl bekas awek dia pulak mau kita plak yg nangis,hahaha.
4.pegi dgn boifren segan la.tak perlu test,kan dh berbelas tahun pakai bra&underware, dh tau saiz apa,utk apa nk test.
5.come from your father and me syg..in future u will now the detail about it. jujur je la dgn anak,cuma x perlu nk cerita bgmana prosesnya.hihi
6.keputihan adalah penyakit org pompuan,satu cecair likat come out from vagina (faraj).utk maklumat lanjut, tnya mama awak...hehe
7.because your blog can cheer me up,funny.enjoy.
8.sotong gaul dgn kunyit,letak garam sikit aje sbb sotong mmg dh masin,goreng aje.

..:: WiRdA ::.. said...

1) ala tapi ai dah berlaki camne..hahaha tp time bujang2 dulu, mesti jawab anuar zain..kahkahkah sbb dulu, takde maher zain lg..dan laki ai nyanyi lagu anuar zain dolu2 time nk pikat, so terus tolak tepi anuar zain..hahahah skrg dia suka nyanyi lagu maher pulak.. :P

2)terrrrsebut pasal ex...jeng jeng jeng terus emoshit. hahaha

3) MESTILAH TAK! semua tu tak perlu amik tau. untuk apa sebut2 lg kan kan? baik kau pegi kawin je ngan ex kau kan kan kan??? (EMO TAK AKU?)

4)le nk malu apa.. lagi malu kalau tak beli.. kang org kata kau tak pakai plak..hahahhahahaha

5) "baby datang dari pewuuuuttttt" (sambil tunjuk perut mulat)

6) keputihan adalah..... tgk jawapan org lain. hahaha

7) sbb logik

8) amik sotong yg dah comel lote di cuci, boh garam boh kunyit, goreng!

Mimie.Candy Cane said...

saya jawab ye halim..

1.none of them..faizal tahir buleh?

2.pemikiran kurang cerdik

3.tak perlu kecuali dia bertanya.

4.tak malu.kalo nk ikutkan malu mmg tak bertukar la pakaian dalam ye

5. "jangan banyak tanye,makan nasik tu!!"

6.alahh..mende dak kecik pun tau laa..err..jap aku gi tanye dak kecik tu.

7.itulah soalan yang masih lagi belum terjawab sampai sekarang..

8.potong sotong yang sudah meninggal dan bersih,gaul garam dan kunyit.masuk dalam kuali yg ada minyak panas,campak bawang dan cili..perasa secukup rasa..

sekiaaann

Anonymous said...

1.maher zain sbb dia kacak and macam baik je and kalau kawin dgn dia dpt dia punya citizenship.best tuh!!anuar zain bkn kacak pon!
2.puji perempuan lain dpn kita!rasa nak cubit je!!
3.tade bekas teman lelaki and kalau ade pon takkan nak bagi tahu.keep is as my own bittersweet memory sudah.
4.malu lah selalu mak kena teman,mak yg pegangkan dn bwk beg plastik kalau beg tuh lutsinar.boleh lah test!lain brand lain size.
5.nanti bila dh kawin sama2 buat ayat dgn hubby camne nk terang kat ank with sentences they can understand.
6.whiteness?liquid yg kluar frm perempuan punya bwh tuh lah.kalau stress ke nk period ke liquid tuh kluar.
7.for fun!!!saya nk rekemen kat bf blog nih so that dia lebih memahami isi perempuan tp dia tk suka baca blog.macam mana nih!!!
8.cuci sotong bersih2,salut sotong dgn kunyit dan rempah ratus,pastuh goreng.siap!

anonimes

finaz said...

1) tidak syak lagi, anuar zain !! sebab dia ohh so sweet !!

2) sexist, garang, tak kelakar, berbicara tentang politics scene di Msia on a very first date (come on !! byk lagi topik lain yg interesting ok !). ohh these all are not referring to one person

3) nope !

4)tak. helo mestilah kena test ok.. an ill-fitting bra can actually affect the size and shape of your boobs. 80% of women selalunya akan pakai bra saiz salah

5)belum kahwin lagi. so soalan ni tak applicable.. hehe

6)a normal discharge every girl will experienc between her menstrual cycle

7) sbb a) kelakar b) boleh buat panduan nk tgk wayang cerita apa c) boleh tau gosip2 semasa.. kellasss u Sally !!! d) suka tgk kucing comel u and e)tak semua yang u listkan pasal gadis adalah betul.. every girl is different

8)haha tak tau.. order jelah kat kedai..

Tyra said...

1) maher zain. sebab anuar zain adalah kertu dan mempunyai nafsu songsang.

2) nafas yang berbau.

3) perlu kot. sebab kalau ex kita tu ade aura pembunuh macam dalam Freddy Kruger, at least kalau kita hilang, dia dah tau siapa punya kerja. hehe.

4) tak. lagi seronok sebab itu adalah aktiviti membeli belah. tak boleh test. sales person tu ukur nanti dan padankan yang sesuai dengan saiz. (teruje tak kerja ni? *angkat-angkat kening*)

5) nak tau kenalah pergi sekolah... nanti cikgu beritau *rasuah kat anak suh gi skolah*

6) cecair likat yang keluar dari vagina.

7) eh tak kerap... takdir je ni terbaca. *siul siul*

8) sotong, cuci, potong. kuali taruk minyak sikit, letak campuran bawang merah & ptuih, halia. goreng. taruk kunyit, garam. taruk sotong. taruk sayur kalau nak. nak pedas letak cili padi.

The Sharkox said...

Damn aku takleh jawab semua soalan ni..susah betoi nak jawab

monyet said...

1) aku rela membujang

2) isap dadah depan haku!

3) tayahlaaa tapi kalau nak clash, aku citer jugak, confirm kena tinggal haha

4) gila malu! pasal tu mama yang buat semua

5) tanya bapak kau!

6) aku tatawu ah

7) pasal aku histeria ah kat dia! *ha ha ha*

8) try tanya mama aku tengok

phish said...

1.anuar zain sbb die ensem walaupon die gay...ade mak kesahh~~
2.lelaki berbulu lebat...oh em gee..turn off siyal..nak bezakan ngan bigfoot pon x dpt..
3.x pyh...
4.pe nak malu..tetek ku tetek mu jua...
5. dtg dr cipap mak ni haa~~cool kan aku kalo jd mak..hahahaha
6.biar putih mata jangan putih tulang
7.sbb ijai mmg cool~~
8.amek sotong cmpk dlm kuali,pas2 cmpk kunyit dlm kuali..angkat masok dlm pinggan..mesti ak leh masok masterchef lepas ni

phish said...
This comment has been removed by the author.
Mia said...

Tak pernah komen lagi, tapi terpanggil untuk komen untuk entry ini hehe.

1. Rasanya Maher Zain. Handsome macamana pun akhirnya untuk dijadikan suami mesti yang boleh membimbing. Macam lelaki nak kahwin mesti pilih perempuan baik kan?

2. Turn off bila terlalu membangga diri. Humble lagi bagus. Dan merendahkan perempuan pun ye jugak sebab tanpa perempuan, dia pun takkan lahir pun LOL.

3. Bergantung. Kalau dia open then ceritalah. Benda dah lepas pun kan. Kalau dia rasa tergugat, diam je!

4. Tak malu pun. Bangga lagi ada. HAHA! Takdalah, beli dekat Malaysia memang kena segan silu sikit. Beli dekat US tempat I belajar selamba je masuk Victoria's Secret tue. Lagi macam berebut-rebut. Test tak perlu kot, size macam tue memang kena tahu lah sendiri.

5. "Babies selalu orang perempuan je boleh lahirkan bila dia dah dewasa & dia akan keluar dari bawah tue haaaaa tapi jangan ejek kawan dekat sekolah!".

6. Keputihan suatu benda yang normal je actually. Dia akan keluar punya macam cecair likat di waktu yang random. Ianya jadi penyakit kalau berwarna & berbau je.

7. Sebab manusia memang hidup dengan stereotype? HAHA! Sebab ijaicool appreciate perempuan sebenarnya so, HO! untuk itu!

8. Bersihkan sotong, potong ikut suka hati cmana nak potong. Letak garam, kunyit. Panaskan minyak, letak bawang besar selalunya, letak sotong, cili. Siap :)

Okay habis dah exam. Dapat A tak? :P

clarky said...

1. anuar zain sebab beliau bujang. eh tapi maher zain pun nak juga sebab dia banyak wang. hahah
2. ayat lucah dan attitude kalah beruk. tak payah hurai pun takpe.
3. takyah. watpe nak tahu pasal ex ai kalau ai pun takmo tau pasal ex yuh. kan.
4. malu? kat bofren ke? mak dia pun pakai kot. har3!
5. pi tanya papa. hihi!
6. ouh. normal kalau ia putih. tak normal kalau ia tukar kaler. kena jumpa doc. nak doc hensem plis.
7. sebab beliau kac...err...fani.
8. beli sotong pada musim sotong di terengganu. bersih dan potong. tumbuk kunyit hidup, bawang putih halia dan garam. gaul sotong. panaskan minyak dalam kuali lalu goreng. jangan lama sangat nanti liat macam isi janda tua. ehh!

hah. gadis sejati tak aku? hihi

makanbola said...

aku nk tambah soklan boleh.....'adakah anda berpuas hati dgn saiz 'aset' yg anda miliki'?

Mohamad Faizal said...

cik aletheea: no 2, awak dah mam?? ok menyampah juga

julie: no 4, eh jangan bawak boipren kami semua lelaki hamsap haa haa

wirda: no 3, haha memang emosi akak wirda

mimie:

no 1, baik faizal rosly daripada faizal tahir

no 5, ibu garang

anonimes: no 1, eh anuar zain kacakla...

finaz: no 8, bagus ni kejujuran dalam perhubungan mengaku tak tahu hee hee

tyra: no 1, betul ke dia ada nafsu songsang?? tak buat video im gay and im okay pun?

sharkox: gadis sejati sahaja boleh bang

monyet: no 1, manaaa kan kacak tuh dua dua

phish: no 5, ish ish ish nanti semakin banyak istilah yang perlu dijelaskan nanti hahah

mia: hai aida. macam PMR la dapat 8 A sebab 8 soalan

clarky: no 5, eh mana boleh suma deflect kat papa

makanbola: ataupun soalan yang lebih relevan adalah adakah mereka berpuas hati dengan aset kita? heheh

wana_aizwa said...
This comment has been removed by the author.
wana_aizwa said...

1) sy mesti pilih anuar zain sbb die mengingatkan sy pd sum1 yg sy suka dulu..boleh?hehe

2) Laki yg ada bau mulut yg busuk.seyes xske beb..

3)tak perlu jujur nak bgtau kisah silam.kang kalo die stat cte die punye kte lak yg emo..ye x?

4)Kdg2 malu gak tp ade aku kisah??haha..ble try la ijai..kang tak muat bazir duit jer..

5)baby semua dtg dr perut ibu syg..takkan nak cakap dari rahim pulak..sah2 budak tu tak faham..

6)Keputihan kua dr faraj pmpuan ats faktor semulajadi atau jangkitan bakteria..

7)sbb memang ske bace..nape tak boleh bace ker ijai oii??

8)jap nak google..hahahaha (mls nk taip sebenornye.. ;p

Anonymous said...

Come On! Maher Zain is overrated!!! -_-*

Just because he does Spiritual R&B Pop Music makes him a good husband..

LOL..

-Hanis

Anonymous said...

Come On! Maher Zain is overrated!!! -_-*

Just because he does Spiritual R&B Pop Music makes him a good husband..

LOL..

-Hanis

Mohamad Faizal said...

wana: no 1, lupakanlah kisah yang lalu, hee hee

hanis: OMG HANIS ZALIKHA KOMEN KAT BLOG AKU!! ala hanis kena buat pilihan antara maher dan anuar kalau i pun i pilih maher

Hanis Hasri said...

1st time comment. hahaha =D

1. dua2 kurang minat.. tp maher zain lah kot.

2. lelaki banyak cakap tapi isi takdak.

3. some things are better left unrevealed. so xyah lah. baru misteri sket. keh3

4. kalau malu xpakai la jawabnya. cuma xselesa je kalau open air sangat. no privacy lorh..

5. "baby datang dari perut mama. ha, mcm mana baby boleh keluar? mama saje yang tahu. hehehe.."

6. sesuatu yang berwarna putih lah kot? @_@

7.ohh sebab esok exam. saje nak buang masa. heheh

8. tangkap sekor sotong, pastu suruh dia goreng kunyit, pastu baru masak sotong tersebut. eh?

sekian jawapan sy. semoga esok keluar soalan macam nih. hahahaha..

peazlemon said...

1. anuar zain sbb tak kan aku nak maher zain yg dah jadik suami olang ma?
2. over acting man
3. perlu. biar dia rasa terancam sikit yg 1 hari nanti kalau dia buat perangai, mungkin dia jugak akan jadik mcm bekas aku tu
4. malu gila mcm beruk sawan. apa cerita nak beli sndiri yaww
5. i will tell my kids that babies come when i sleep with their papa.
6. cecair from vagina haha
7. dia mr direct. i loikee
8. serbuk kunyit tempekkan dgn sotong, then fry it!

Anonymous said...

ramainye gadis2 mereject jejaka mulut berbau..

so,sape2 yg mempunyai masalah demikian,jgn segan silu menghubungi saya utk rawatan pergigian..agar penampilan anda lebih berkeyakinan dgn nafas yg segar..hehe


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

hanis: anda exam kah? good luck!

paezlemon: no 1, maher zain sudah menjadi suami orang??? haa haa aku tak tahu

abe: jangan, nanti mulut korang berdarah dan ada kemungkinan kena gangguan seksual (haha)

Jazica Albek said...

cambest je jwb soklan2 kt cni. hehe.

1) Maher Zain. Ilmu agama dia lebih baik (hopefully). Tapi kalau kau tak tulis "kena pilih" tu, mmg dua2 aku taknak.

2) Kepoh.

3) Kalau dia nak tau aku bagitau la.

4) Tak. Tu keperluan so tak payah malu. Mana bleh test woi! haha

5) "from my stomach la mucuk2... dulu perut mama buncit taw. sebab ada mucuk dalam tu. hihi"

6) bendalir yang keluar dari faraj wanita disebabkan masalah kesihatan atau perubahan hormon.

7) baru jumpa blog ni. baru baca 2-3 entry, dan masih ok. wahaha

8)suka masak campak2 like a pro. tak main ah tulis2 (ini bukan coverline).

kira said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...