Sunday, December 12, 2010

Tempat Makan Menarik di Cyberjaya?

Minggu depan genaplah sebulan aku bekerja di tempat baru di Cyberjaya ini. Sekarang ni aku dah start kerja syif, masuk petang balik malam. Ok juga balik takdelah perlu hadapi kesesakan lalulintas. Anyway, selama tiga minggu aku bekerja di Cyberjaya ini, aku masih buta jalan dan tak tahu lokasi-lokasi yang menarik di sini. Sepanjang pemerhatian aku selama tiga minggu ini, aku dapati Cyberjaya merupakan bandar yang aman permai, tiada hiruk-pikuk kotaraya, jalan raya semuanya lengang. Nak ringan-ringan dalam kereta waktu siang (bagi yang sudah berkahwin) memang orang takkan perasan. Cuma kalau parking tepi jalan kereta anda PASTI akan 'hilang' dan boleh ditebus semula di Majlis Perbandaran Sepang dengan harga RM 300.

Namun begitu, masih banyak kawasan membaham yang masih belum aku jelajah; mungkin kerana aku tak tahu di mana lokasi tempat makanan menarik. Maka setiap hari aku akan rotate senarai tempat makan yang sama. Ayuh kita ikuti ulasan tempat-tempat membaham yang aku telah lawati setakat ini.


Arena

Ulasan ringkas: Arena merupakan food court yang terletak di belakang pejabat aku. Jalan kaki 5 minit dah sampai kalau naik roller blade mungkin dalam 2 minit boleh sampai. Nama pun arena kalau nak bagi makanan hadam cepat korang boleh bermain futsal ataupun bola keranjang di gelanggang yang boleh disewa dengan harga yang berpatutan. Nak parking pun senang sebab ada banyak kotak parking. Kat sini pun ada ikan bakar juga.

Puji: ada jual ayam penyet.

Keji: Di waktu kemuncak memang susah nak cari seat. Lepas kedai nombor dua dari kiri tu dia ada jual Char Kuey Tiow, tapi bila aku minta kuey tiow goreng basah di tak faham. Apa susah tambah air sikit jela kat char kuey tiow tu itu pun tak reti.

Terminal

Ulasan ringkas: Ini merupakan tempat makanan pertama yang aku kunjungi di Cyber. Hari pertama kan, jalan pun tak tahu. Member aku cakap terus je dari ofis sampai nampak banyak bas kerana ini merupakan terminal bas. Kalau nak balik kampung ke Parit Buntar pun senang habis kerja je terus boleh terus balik kampung. Dalam kawasan terminal itu sendiri ada banyak tempat makan; ada food court, ada Restoran Hassan dan juga galeri makanan D'Ariff. Aku hanya pernah cuba food court dia sahaja sebab orang kata ikan bakar dia best.


Puji: Pelbagai jenis makanan Melayu, murah pulak tu. Paling popular adalah ikan bakar. Ok jenaka ikan sambilan, kalau ikan betina kita panggil ikan duyung, kalau ikan jantan? Ikan Bakar kah kah kah lucunya aku.

Keji: Lebih dahsyat sikit daripada Arena, orang ramai nak arwah semasa waktu kemuncak iaitu pada pukul 12.30 sehingga 1.30 tengahari. Kau pasti tak dapat tempat duduk dan terpaksa duduk di atas bas ataupun bentang tikar di atas lantai.

Khush

Ulasan ringkas: Khush merupakan restoran vegetarian. Pelbagai jenis makanan bukan daging yang disediakan secara buffet seperti ala Tadka, Dhall Tadka, Aloo Paneer sambil dihidangkan dengan filem-filem vegetarian seperti Papadom dan Appalam. Jika berminat, alamat restoran Khush adalah GD Ground Floor. Block 2330. Century Square. Cyberjaya (Tel: 012-213 9317).


Puji: Restoran indoor, ada air cond. Kat sebelah restoran tu ada pub, so kalau korang jenis yang tak amalkan keperibadian muslim yang sempurna bolehlah pesan minuman keras sekali.

Keji: Kata restoran vegetarian tapi ada jual ayam dan daging. tipu oi abis terbatal diet vegetarian aku terorder ayam sebab tak faham apa yang ditulis di menu.

Rim's Bistro


Ulasan ringkas: Rim's Bistro merupakan mapley yang paling popular sekali di kawasan Cyberjaya, terutamanya terhadap pekerja Shell. Masa aku baru mula-mula masuk dulu, teman sekerja baru aku cakap "Eh kau jangan makan kat situ, makanan dia ada ulat". Rupa-rupanya ada seorang pekerja Shell yang pernah menyebarkan emel yang membuat dakwaan ada maggots di ayamnya. Tiada bukti bergambar so aku pun curious lalu pergi order satu mee goreng ayam. Mungkin tokey Rim's tu sendiri dapat emel forward tu maka dia telah meningkatkan kualiti kebersihan makanan yang dijual.

Puji: Kat sini ada Nasi Lemak Goreng. Ya, NASI LEMAK GORENG. Dah lemak boleh digoreng lagi memang pasti menaikkan kadar kolestrol anda.

Keji: Reputasi buruk disebabkan ulat....aku tak pernah nampak restoran ini penuh.

Padi House

Ulasan ringkas: Setakat ini, Padi House merupakan tempat makanan yang paling 'ekslusif' yang pernah aku pergi di Cyber ini. Menunya terdiri daripada makanan barat dan makanan Cina, dan harganya pun mahal banyak daripada restoran yang disebutkan di atas. Di sekelilingnya terdapat restoran lain juga seperti Old Town, tempat mencucuk duit CIMB dan Maybank serta tempat mencuci kereta. Tadi aku saja-saja datang makan petang di sini dia punya Baked Cheese Spaghetti Bolognese (RM 11.90 kot) sedap juga dan tak kedekut cheese.


Puji: Bagus untuk mencuci mata kerana terdapat banyak makwe foreigner yang nampak lurah dada dan punggung.

Keji: TAK CUKUP TEMPAT PARKING PADA WEEKDAYS! Mahal sedikit, and you wont necessarily get what you pay for. Contohnya, Nasi Honey Chicken Apantah portionnya sedikit sahaja, tidak mengenyangkan.

Begitulah antara tempat-tempat makan yang aku pernah cuba di Cyberjaya. Oh ada lagi satu tapi aku dah mengantuk malas nak ulas. Kedai Mak Teh ke Mak Lang tah. Ofismet aku kata kena berhati-hati sebab dia pernah jumpa bulu tapi tak sure bulu apa dalam makanan. Kerinting la juga. Hihi tapi aku makan haritu ok je. So adakah anda merupakan penduduk natif Cyberjaya ataupun pekerja veteran di sana? Jika ada tempat-tempat makan menarik yang lain, silalah kongsi bersama aku nak lawat.



33 comments:

Nurul Aqila said...

woah..

Anonymous said...

cube try dapur kami
dia area2 makteh jugak
tapi dalam ag
sedap jugak
sirap bandung dia the best!
:)

Tyra said...

restoran Saba' cyberjaya jual nasi arab paling sedap. aku fail bab bitau jalan kt mane.. err google map je lah. hihi.

z a t i said...

yg dkt petronas tu byk tmpt mkn gak kan? dn kawasan makanan arab saba tu area2 tu byk gak iranian food la apa2 la yg middle east punya food dn byk gila org middle east smpai kau rasa bukan di negara sendiri.aku pengunjung 'agak tetap' tasik cyberjaya ptg2 balik keja.best a nak joging psl tak ramai org dn sunset yg cntik depan tasik. tp kalau pergi awal skit ada mat salih yg kacak suka joging pakai sunglasses tak pakai baju yg aku rs joging hari2 kot.tak pasti sgt napa dia tak pakai baju nasib baik bentuk badan yg hebat eh lari tajuk pulak. bye

Anonymous said...

Aku berani bersumpah Lamb Kabsah dekat restoran Saba' is the best u hv ever tried. Chicken akdah pun sedap. Tlg la pegi mkn. Serious, everytime the food went into my mouth aku akan mengiling2kan kepala sambil menyebut...'mashaallah..perfect!'

Muaz said...

Everytime aku gi cyberjaya mesti akan cuba beli nasi bungkus 1/2 chicken grilled kat sa'ba. Price ok gak la dan banyak pulak tu..

uculer said...

Padi mmg naislah.baca entri ni teringat zaman mmu dan Ye!ikan bakar terminal bas mmg nais

Anonymous said...

Ijai, gi mkn kat Techno Cafe. SME building (dkt dgn Shell building).
boleh tahan jgak food dia.

btw, bile ijai nak belanja mkn ni? hehe
-syawalliah-

theanswer said...

ko keje kt cj kau bleh lupe mention sabaa nasik arab tuh. isk3...mmg carik gaduh btul.

Mohamad Faizal said...

aqila: woah

anon: dapur anda? kalau dapur anda belanja lah hihi. ok ok tak lucu sangat. nanti saya try

tyra: kena bagitahu koordinat GPS terus sebab aku jauh lebih buta jalan berbanding anda

zati: kau jangan jogging buka baju jugak zati

anon: Inshaallah Inshaallah aku akan cuba menu yang anda suggest (nada maher zain)

muaz: everytime pergi cyberjaya......bukan nak hubungi aku ke apa bawak aku pegi makan kat sana...cis cis

uculer: nais tapi kena beratur panjang!

syawal: saya orang baru andalah belanja. techno kafe arini lepas maghrib ok?

theanswer: lupa apanya memang tak pernah pergi pun bagaimana nak mention aku kan noob lagi

Anonymous said...

tpt keje encik faizal dkt tk dgn CUCMS?kalau dekat makan lah kat cafe situ..hehe..

anonimes

Anonymous said...

eh.. bila ko start bermastautin kat cyber?

-syarina-

Anonymous said...

owh lupe nak cakap.. kedai Mak Teh la.. bukan Mak Lang.. alang sam kenal la.. muahaha

lagi skali,
-syarina-

Anonymous said...

lps maghrib lewat lah ijai..
(sy kene balik masak) :p

Lunch lah ;)
pls Buzz me . hehe

-syawalliah-

Juha93 said...

bro ijai, check inbox kt facebook ko. Ikhlas dri aq tu.

clarky said...

bertuah bukan kau sendiri yang jumpa bulu tu.
aku penah jumpa bulu dalam sandwich cheese aku, syak hosmet aku yg letak bulu pubis utk mandrem aku.aku tau la aku comel *sikat rambut pakai jari* dengki plak.

Anonymous said...

OMG IJAI IS IN CYBER (sorry tak get over lagi idea boleh terserempak dgn ijai dan jerit "IJAICOOL.BLOGSPOT.COM!!" dituruti pengsan)

sy org natip cyber oh yeah. terminal is surely tempat2 murah yg kite akan usually tuju, but domain area tgh naik jugak with boleh tahan prices. but seriously, ade ke tempat makan yg betul2 murah kat cyber ni? :D

kalo ade extra duit/baru kua gaji/nak melantak makan sedap sbb pms, q-thai has pretty nice thai delicacies, indian kitchen kat sebelah die pon quite alright, sbb portion mcm byk?

anyways, happy becoming cyber native. :)

*kuku patah said...

bace kat atas tu..ha kan ramai org cakap saba' best..kalo ko tak mkn saba' lagi baik takyah dok cyber ..hehe.. kat q-thai dekat area hassan tu bes, area petronas tu pon byk kedai mkn bes..dekat cyberia smarthome pon ade ..indon,mamak, arab..tapi vote for SABA'!slurp........sedap

s.kunalan said...

mcm tak berjaya je azam taon baru ko kurangkan diameter perut jai kalau camni.haha

Mohamad Faizal said...

anonimes: maaf saya tak tahu di mana CUCMS....masih buta jalan dan kawasan

syarina: tula kau raya hari tu taknak datang rumah aku

syawal: ala tak boleh lunch saya masuk kerja petang

clarky: ewwwwwww (ewww terhadap bulu, bukan ewww terhadap dakwaan kau comel)

anon: terimakasih di atas rekomendasi

kuku: yela yela nanti satu hari saya akan ke saba juga. bersaba lah saat indah kan menjelma jua

s.kunalan: eh tu bukan azam akulah

Noraishikin Mohd Salleh said...

boleh trus balik Parit Buntar yer..hahahhahaha...siyut!

neway, cyber mmg best tahap gaban. seperti yg kau gambarkan. sbbkan aku duk dlm campus, slalu mkn kt dlm je la.

klu nak best pun mmg akan pegi terminal. mknn best & murah. hassan dgn padi tu mmg rawks..

kdi lain2 tu aku tak sempat nak rasa. neway, keja cemna? ok?

cik arnab said...

hihi..suka baca yg part teka teki ikan tu..hik2

Mohamad Faizal said...

cikinto: kerja ok tapi tiada orang P1 Wimax untuk aku tuding jari.........hihi

cik arnab: jika ada teka-teki menarik silalah kongsi bersama

Anonymous said...

Ijai..

ko skarang masuk keje pkul brape? Jom Lunch..

btw, hari jumaat nanti nak join aku gi semayang jumaat tak? hehe :p

-Hanis-

..:: WiRdA ::.. said...

tak sempat komen tadi, tgk ko dh upload entry baru. heh, time solat jumaat dulu2 pekerja2 cyber habis tadak idea pi makan kat fudkot bawah hostel MMU. hahaha ko pi la try. ok la tu skrg dh banyak.. bayangkan dulu cuma ada streetmall (kedai2 mahai) & terminal saja. gila bosan..T_T

Mohamad Faizal said...

hanis: ahhhh baru sekarang nak ingat kat aku. tapi aku masuk kerja petang balik malam nak dinner bolehla. bestla kau aku takde bolehla kau ponteng semayang jumaat hahah

wirda: fudkot hostel mmu mesti ada ramai mahasiswi hangat ye tak? heheh next week kita lawat

Anonymous said...

tak baek tuduh bukan2 ijai..kalau tak last week aku tinggalkan tak bwk ko gi jumaat :p takpun..pas jumaat lepak pekena ais kacang sampai pkul 3..haha

aku tak penah miss semayang jumaat, anda bagaimana? masuk keje shif nk kluar gi semayang pun berkira...haha

takpe..aku next week keje shift..masuk petang balik malam :)

-Hanis

Anonymous said...

Oh btw..SABA is too OVERRATED, food is okay, service sloww..nanti aku bwk ko ijai..tak se-best tahun2 lalu..(nak kata aku senior kt Cyber)..haha

-Hanis

p/s: aku introduce PADI kt ko kan ijai..ko yg order honey chicken rice yg ko kate tak kenyang tu..aku ingat lg..haha

Anonymous said...

ijai, nk nasik arab try al barakah kt neo cyber area the domain tu..mmg sedap lagi dari saba'.saba' tu slow la pastu crowded plak tu

Anonymous said...

ijai, try makan ayam penyet kt mmu
sedap giler
kedai tu kt area cafe staff

PaaNz said...

trimas utk info pasal makan dekat area cyberjaya.
aku baru balik dari mkn dekat perhentian bas tu,ikan bakar die mmg mantop.

Sandokhan said...

ha? Parit Buntar? sekampung la kita..kehkehkeh!

carolyn said...

Semi D @ Cyberjaya
* Free Hold 2 & 3 storey
* Gated & Guarded
* Clubhouse facilities
* Complete soon
* fr RM 1.8 million
Call Carolyn 012 - 9393 486

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...