Sunday, January 31, 2010

Parti Akikah Aryan Zuhayr

Kami rakan-rakan Bangi telah sacara rasmi telah menjadi pakcik apabila salah seorang BFF kami Anas telah berjaya membuatkan isterinya Zaahirah @ Zack melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Aryan Zuhayr. Unik bukan nama dia? Maksud Aryan Zuhayr ialah kuat dan gagah. Ke gagah dan tampan? Eh tak, itu maksud bagi nama 'Faizal'. Walaupun telah sebulan Aryan dikeluarkan dari Zack melalui teknik belahan perut, kami semua masih belum pernah berjumpa dengan anak Anas. Ya, Aryan lahir menggunakan teknik Caesarian sama seperti aku, so aku tidak akan berasa hairan jika Aryan menjadi kool seperti aku bila dia besar nanti. Mama aku selalu tunjuk parut di perut dia kerana aku tidak boleh keluar secara normal kerana aku memang suka mencari perhatian sejak kecil.Tetapi aku memang respek kat Anas kerana dia boleh memotong tali pusat anaknya walaupun Anas memang diketahui takut darah dan takut hantu kopek. Dengar khabar Anas terus jatuh pengsan sejurus sahaja memotong tali pusat anaknya.

Anyway, semalam bersamaan dengan hari Sabtu 30/1/2010, kami rakan-rakan Bangi telah dijemput untuk menghadiri parti akikah Aryan. Aku dan Fandi sengaja datang lambat kerana ingin mengelak daripada membaca apa yang perlu dibaca di majlis akikah. Anas kata majlis bermula lepas Asar, so kami bermain Fifa 2010 dahulu bagi melengah-lengahkan masa. Rakan-rakan lain tiada di Bangi ketika itu, so kami berdua pergi dahulu. Jamil dan Evi disyaki bersetubuh di pantai Port Dickson, Apai dan Mizah disyaki ringan-ringan di Midvalley, Ikram dan Zul bermain sesama sendiri serta Shuhud pula memecahkan kelapa dan menindik testis kerana dia disyaki menyambut Thaipusam.

Kami tiba di rumah Anas pada pukul 5.45 petang, wayyyyy beyond waktu Asar. Namun strategi kami ternyata tidak berkesan kerana sewaktu kami tiba, mereka semua sedang berselawat. Ahh sudahhh. Ok fine, kami pun duduk menyorok di belakang crowd surau di luar rumah, namun begitu kehadiran kami disedari oleh abah Anas yang menyuruh kami masuk ke dalam. Tiada pilihan. Aku tidak diberi skrip tapi aku masih boleh miming dengan lancar hasil daripada didikan fardhu ain sejak kecil. Fandi pula ternyata masih hidup dalam keadaan Jahiliyyah kerana miming di mulutnya langsung tidak sama dengan apa yang sedang dibaca. Ish ish ish. Penderitaan Fandi berakhir apabila kami dihidangkan dengan kambing yang penuh dengan kolestrol.

Lihat sahaja gambar di bawah. Aku memang irresistible terhadap semua orang terutamanya gadis-gadis dan bayi. OK FINE. Itu gambar Aryan beberapa saat sebelum dia meraung kerana hairan melihat orang yang lebih hensem daripada ayahnya. Sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar comel Aryan.



Samseng sungguh wajah Aryan melihat ayahnya. Aku syaki dia sedang meneran sebagai tanda protes terhadap sifat ayahnya yang tidak mahu bangun malam untuk menukar lampin.


Ternyata aku ini merupakan pakcik kegemaran Aryan kerana dia suka menggenggam apa sahaja yang aku beri termasuklah jari aku masih lagi melekat dengan kuah kari kambing.


Korang tengoklah mereka ini. Suruh datang berselawat malas. Lepas tu tau main telefon bimbit je. Pastu masing-masing install applikasi 'Yak' di Iphone lepas tu pergi chat sesama jantan. Memang tiada kehidupan.


Kami dijangka akan menjadi pakcik sekali lagi pada bulan 4 nanti. Kami semua mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana rasanya Apai dan Mizah baru sahaja berkahwin pada beberapa entri yang lalu tetapi perut sudah membesar bagaikan sang juara....tapi bila kira-kira balik cukup bulan sebenarnya. Mungkin Apai ni bernafsu hamster. Anyway korang sudah berjanji hendak memberi nama bayi itu sebagai Faizal kan?


Bergambar kenangan sebelum pulang. Okay korang semua kenal kan semua kawan-kawan aku dalam gambar di bawah. Tetapi yang korang mungkin tidak kenal adalah yang pakai baju belang-belang tu. Nama dia Zulkifli Ibrahim. Dia terdesak mencari pasangan hidup, dan kalau boleh dia mahu perempuan. Arbok last resort. Zul memang kaya dan kacak, jadi jika anda rasakan anda hangat, sila tinggalkan nama dan alamat emel untuk dihubungi.


Welcome Aryan Zuhayr. We all lap you!

visit my fesbuk for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=155108&id=628280825&l=d04a453cfa

Thursday, January 28, 2010

Hari Ini Hari Jadi Mama

Hari ini, 28/1 merupakan hari jadi mama. Mama minta Blackberry Bold baru. Tapi aku miskin mungkin aku bagi Blueberry instead. Takpun kek blueberi pun jadila kan mama kan? Tapi anak yang soleh mestilah membuat sesuatu untuk harijadi mama dia.



Kalau anda di memang buta IT tak dengar apa-apa, klik ikon speaker di bottom right hand corner desktop anda lepas tu move slider dia sehingga maksimum. Lepas tu klik la Play. Kalau koneksi anda lembab, tekan Pause biar dia buffer sampai habis baru kembali main, olrite? Sila klik Read More untuk sama-sama menyanyikan 'Lagu Untuk Mama'.

hari ini hari jadi mama,
ijai tak tahu nak bagi apa,
So I just grab on my guitar,
and I sing you this whateva,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...

mama selalu bising ijai balik lambat,
mama takut ijai lepak dengan budak-budak jahat,
tapi ijai sebenarnya pergi makan,
dah gemuk sikit nanti lebih tampan,

oh mama yes it's true,
ijai mana pernah menipu...

mama bising kalau ijai tak tutup lampu,
mama marah kalau ijai tak basuh baju,
ijai tahu ijai malas nak cuci pinggan,
tapi ijai takde niat nak melawan,

oh mama happy birthday,
i wish you happiness all the way...

i guess i better stop singing now,
dah masuk waktu ijai nak pergi surau,
happy birthday oh my mother,
i'll you this song again next year,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...

Selamat hari jadi yang ke xx mama. Mana ada tua tak percaya tengok gambar di bawah kita nampak macam adik beradik.


Ayuh rakan-rakan beri ucapan hari jadi untuk mama aku jika korang hendak makan mee kari buatan mama di open haus aku tahun ini.

original song by adam sandler from the movie 50 first dates. Lyrics by ijaicool. To download the song as ringtone, click this link before it expires: http://www.webfilehost.com/?mode=viewupload&id=2753996

Wednesday, January 27, 2010

Why My Office is Kooler Than Yours #2

Kekoolan sesebuah pejabat itu bergantung kepada hiburan yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Jika anda bekerja di Sony, anda diberi main PS3. Jika anda bekerja dengan P1 Wimax, anda diberi main router. Jika anda bekerja dengan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, anda diberi baju menteri untuk digosok. Jika anda bekerja dengan Bank Negara, anda hanya boleh main kutu dengan rakan sekerja. Jika anda bekerja sebagai doktor gigi di HUKM, anda boleh main mata dengan pelajar pergigian. Jika anda masih belajar, anda boleh main sabun. Ok cukupla tu sudah jauh terpesong dari jalan yang benar.

Tempoh hari aku sudah meriakkan diri dengan menayangkan kekoolan pejabat aku di entri ini. Hari ini aku nak takbur sekali lagi kerana apa yang aku akan tayangkan ini hanya ada di Maikrosof; memang tidak ada di pejabat-pejabat seperti CSC, Dell, HP, Milliman mahupun L2P. Haha saja je aku nak mencetuskan provokasi sebab ramai rakan sekerja mahu pergi meninggalkan syarikat untuk berpindah ke kompeni-kompeni yang dinyatakan tadi. Tak mengapa, adakah anda sudah bersedia untuk kagum sehingga kemuncak syahwat? Kalian pasti ingin berpindah ke pejabat aku setelah melihat bilik hiburan di Maikrosof yang baru siap diubahsuai. Ayuh klik Read More untuk menjejakkan kaki ke dalam bilik separa maksiat di bawah.



OHH EMMM JIIII!!!!! KAU LIHATLAH WALLPAPERNYA ITU. Rekaan dalamannya yang unik bakal dipaparkan dalam majalah Anjung Seri bulan hadapan. Serius kool doo. Aku ingat nak tampal ala-ala macam ni kat ruang tamu rumah aku. Mesti mama aku hepi nanti.


Bilik hiburan separa maksiat ini dilengkapi dengan sebuah tv lcd 37", sebuah xbox 360 berserta 4 wireless kontroller serta cakera-cakera permainan video yang original seperti Fifa 09, Halo 2, dan Soulcalibur 4. Sungguh tak up to date koleksi permainannya.


Dengan kerusi kulitnya, penyaman udaranya fuhh memang menjadi lubuk untuk kami mencuri tulang. Tadi aku cek bilik ini tidak dilengkapi kamera pengawasan, itulah sebabnya aku kata bilik ini boleh dijadikan bilik separa maksiat untuk ringan-ringan dengan rakan sekerja. Maksud ringan-ringan di sini adalah membawa makanan ringan yang dilarang masuk ke bilik ini. Apasal korang ghairah sangat ni.


Sejak pemergian Faisal Habeeb dan Adam 'Kapal Terbang' Phong ke CSC, Muaz ke L2P serta Calvin Loi ke Idwal Systems, aku memang sudah tiada cabaran. It's not like diorang boleh mencabar aku jika mereka masih ada. Duhh. Akulah raja permainan video di sini. Kalau nak buat top 3 siapa yang handal bermain, no satu mestilah aku yang paling handal. No 2 dan no 3 pun masih aku jugak. No 6 barulah dapat kat Nizam ke Roza ke. Sampai begitu sekali kehandalan aku. Semalam aku membelasah Mathavan 'Arsenal' Ayappan bermain Fifa, tenang sahaja. Bolehlah buat rakan latih tubi aku sebagai persediaan mencabar pemain Fifa yang agak handal; Dazu Letih. DAZU BALIK NANTI JANGAN LUPA BELI PINGGAN MAMA AKU.


Rukun Halo: Kesetiaan Kepada Master Chief. Mana lagi best? Splitscreen Halo ke Modern Warfare 2? Aku rasa Modern Warfare 2 lebih seronok sebab boleh tusuk Abe dari belakang.


Okla gambar manusia yang berkulit lebih hitam daripada aku di bawah ni sekadar pelengkap carta je untuk menunjukkan blog ini bukanlah blog yang mengamalkan sikap perkauman.


Bagaimana? Kool bukan pejabat aku? Pejabat korang main apa? Teng teng gajah? Haa haa. Dahla penatlah nak bongkak lagi. Tuhan tarik nikmat duniawi nanti baru kau tahu (usrah penutup).

Monday, January 25, 2010

Geng-Geng Popular di UNITEN

Tempoh hari kita sudah mengenali geng-geng yang popular di sekolah dan matrikulasi aku, kali ini kita akan mengenali geng-geng yang popular di Universiti aku pula, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Ahh rindunya aku kat UNITEN. Di UNITEN aku memang popular kerana memenangi anugerah Tokoh Maal Hijrah untuk dua semester berturut-turut. Memang tak hairanlah sebab aku ni handal tajwid. Anyway, aku yakin geng-geng yang akan aku kupas ini terdapat di universiti anda juga. Ayuh kita klik Read More untuk mengimbas kembali zaman remaja kita di UNITEN.

Geng Anime

Geng anime terdiri daripada jejaka-jejaka separa sotong yang meminati apa sahaja benda keluaran jepun. Tak kiralah dari segi gaya rambut Jepun, pornografi 3 bintang Jepun, makanan Jepun dan sudah pasti, anime dan cerita bersiri Jepun. Nak kenal mereka ini senang sahaja, Lihat rambutnya, pasti penuh dengan Gatsby untuk memastikan gaya rambut cacak ala-ala Cloud Strife. Gadis idaman mereka pula mesti mempunyai ciri-ciri comel dan gedik seperti gadis-gadis daripada Morning Musume. Apabila berkumpul, mereka selalunya akan menggunakan frasa-frasa Jepun seperti Sonyhait, Kawasaki-kun, dan Honda-san ketika berbicara. Semasa aku duduk di apartmen Cendekiawan di Uniten dahulu, mereka ini boleh tahan popular di network Cendekiawan kerana membekalkan stok Hentai dan Maria Ozawa sebagai modal untuk melempiaskan syahwat. Geng ini juga boleh dikenali sebagai geng MMORPG di atas kehebatan mereka bermain World of Warcraft selama 2 hari tanpa rehat.

Geng Ganja

Huii nasib baik aku ini bukan jenis yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Dahulu di apartment Cendekiawan aku berkawan je dengan semua orang. Ada sorang mamat ni memang baik orangnya. Solat dia jaga jugaklah, at least 3 kali sehari. Tetapi satu hari ketika aku sedang melawat dari bilik ke bilik untuk mencari megi, aku terlihatlah aktiviti mereka sedang menghisap ganja. Curious. Aku pun duduk la tengok depa tengah high tersengih seorang diri menghisap rokok gulung. Masa tu kalau aku tanggal seluar tunjuk balls aku pun diorang mesti tak sedar punya.

Geng MPP

Hah geng ini semua universiti ada. Dan aku yakin semua geng Majlis Perwakilan Pelajar mesti perangai sama sahaja berlagak penting dan gemar menjilat rekahan punggung pensyarah. Ok fine, aku sebenarnya join MPP jugak menjadi ahli tidur sekretariat Sukan dan Kebudayaan (ke ajk Surau? aku pun tak ingat) untuk mendapatkan sijil. Tapi apa yang membuat MPP di Uniten lebih 'istimewa' daripada universiti korang? Yaaa jika anda tidak tahu, Saiful Bukhari Azlan merupakan pelajar Uniten yang pernah bertanding dalam MPP. Walaupun sekadar mendapat undi hantu, dia entah bagaimana berjaya mempengaruhi ahli lain untuk menjadikannya naib presiden MPP. Rasuah punggung ke hee hee kelakarnya fitnah aku. Ok apa yang kalian tahu adalah apa yang kalian baca di akhbar. Di sini aku ingin mendedahkan satu fakta tentang Saiful Izwan Ibrahim eh Saiful Bukhari yang tidak pernah keluar di surat khabar Kosmo. Dulu Saiful ada minat seorang rakan aku nama dia Aqilah Hasan (memang nama sebenar). Masa itu Aqilah sedang bercinta dengan rakan aku yang bernama Farique. Saiful ni memang kurang sopan dia pergi mengurat jugak Aqilah tu dengan membuka butang baju kemejanya untuk mendedahkan dada separa ketaknya. Farique yang bengang dengan tindakannya itu terus memanggil pelajar Uniten yang paling Gangster iaitu Gaput dan Gaput telah meninju pipi Saiful sehingga knock out mamat di di kawasan parking dewan UNITEN. Okla aku tiada di tempat kejadian sebab aku rajin ke kelas kalau tipu kawan aku yang cerita tu maka tipula aku.

Geng PPI

PPI stands for Persatuan Pengajian Islam. Yeah nama sahaja PPI, tapi sesetengah daripada mereka memang merupakan bitch sejati. Di luar sahaja nampak baik tapi digoda sikit dengan cinta terus dedahkan segalanya. Menurut sumber terdekat yang dirahsiakan namanya, let's call her Ai, dia pernah menyertai PPI kerana ingin mendapat faedah daripada usrah. Namun begitu dia berasa hampa kerana senior-senior usrah hanya tahu cakap pasal kahwin sahaja. What the what woman. Dah tu gadis PPI junior-junior pulak akan dicop oleh Abang Senior memang gatai nak mampuih bercinta lepas kahwin konon. Anyway ada sorang kawan aku ni namanya Ahmad Fadhullah bin Zainal @ Dol dia walaupun tak nampak langsung cahaya keimanannya, dia nak jugak join PPI sebab gadis yang diminatinya merupakan ahli PPI. Tapi yang sedihnya Dol gagal untuk memikat cinta pertamanya walaupun badannya tough tetapi apakan daya, dia ingat-ingat lupa rukun iman.

Geng Tiada Harapan

Geng Tiada Harapan ialah golongan pelajar yang menghabiskan wang mak bapak. Tahu tak yuran pengajian di UNITEN tu mahal nak arwah? Satu semester je dah dekat RM5,000. Lepastu satu semester ambil satu subjek je dengan 3 jam kredit. Still pointer bawah dua. Apa nak jadi kau ni. Tiap-tiap malam hanya tahu ke kelab malam menghabiskan wang Yayasan Uniten yang diberi. Lepas tu ripit subjek entah berapa kali, final year projek pun macam projek kemahiran hidup tingkatan 3.

Geng Pelajar Luar Negara

Aku selalu jumpa foreigner memang suka berlagak aktif dan berlagak hebat di kelas. Ada sahaja soalan yang hendak ditanyanya walaupun jawapannya terang-terangan berada di dalam nota kuliah. Dengan eksen middle easternnya itu membuatkan aku rasa nak hantar santau je. Lepas tu tangan mesti berbulu lebat walaupun berpayu dara. Ada pulak sorang minah Iran ni tiap-tiap semester mesti dapat sekelas dengan aku. Sure aku tak nafikan yang dia menaruh hati kat aku tapi aku tension gila dengar suara dia. Tapi yang bestnya aku boleh mencarut sesuka hati dalam bahasa Melayu kat dia. Aku cakap 'HOI DIAMLAH KAU SI BULU KETIAK KERINTING' dia pergi bagi aku thumbs up pulak lepas tu buat muka bangga seolah-olah aku baru lepas memberi pujian kepada dia. Ok ok ezajerit.

Geng-geng tipikal seperti geng wali, geng bookworm bitch, geng arbok serta geng pencinta agung sudah pastilah ada, tapi itu semua lebih kurang sama je dengan penjelasan aku dalam entri lepas. Anda pula bagaimana? Ada geng-geng yang menarik untuk dikongsi bersama?

By the way, katakan HO! jika anda pelajar UNITEN.

Sunday, January 24, 2010

Teknik Menepis Nguratan Jejaka

Tempoh hari kita sudah mempelajari teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menarik perhatian jejaka. Kali ini kita akan mengkaji pula tips-tips yang boleh diaplikasikan untuk menepis nguratan mereka. Sure, anda boleh sekadar menjerit 'TAK MAHU!' dan bersikap kasar dengan pemangsa, tetapi itu hanya akan membuat kami lebih bersemangat untuk meneruskan usaha. Biasalah orang lelaki ini kan besar egonya. Jadi bagaimanakah caranya untuk kita menolak mereka tanpa mencabar ego mereka? Mudah sahaja jika anda mengaplikasikan teknik-teknik yang ternyata berkesan ini. Anda cuma perlu ada keyakinan yang tinggi serta sifat tidak malu kerana teknik-teknik yang akan didedahkan ini ternyata ekstrim dan di luar batasan. Sila klik Read More untuk mula menepis.

1) Jika anda dingurat oleh jejaka yang bajet romantis dengan memberi anda sejambak bunga mawar, anda terima sahaja bunya itu sambil berkata 'Ohhhh terima kasihhh. Saya suka sangat dengan bunga mawar!'. Kemudian anda boleh start memetik kelopak bunga sambil mengunyahnya. 'Umm I love the taste, you want some?'. Kalau nak lebih ekstrim makan sekali batang berduri sehingga berdarah bibir. Jejaka itu tidak akan mengganggu anda lagi keesokan harinya.

2) Sewaktu jejaka itu mengajak anda keluar bertemujanji, anda set expectation kepada dia yang nenek anda telah menurunkan saka ataupun hantu raya yang dibelanya kepada anda. Jika jejaka itu tidak cuak ketika itu dan masih mahu ajak anda dating, fine. Ketika sedang makan anda secara tiba-tiba jegilkan mata kat jejaka itu. Kemudian mulut terkumat-kamit mengeluarkan zikir-zikir aneh (berhati-hati agar tak terpesong akidah) dengan suara garau sambil minum botol sos. Lepas tu buat-buat kembali normal sambil tanya 'Eh kenapa you tak makan tak lapar ke?'. Ulang rutin yang sama sehingga dia lari dari tempat kejadian.

3) Jika jejaka itu hari-hari cuba flirting dengan anda di meja anda, usah jerit meminta pertolongan akibat gangguan seksual kerana itu akan dia membuat dia lebih daring dengan anda. Sebaliknya, anda boleh berhenti menggunakan Veet anda dan tidak mengenakan mekap tebal selama seminggu. Tatkala jejaka itu kembali untuk bermesra dengan anda, dia pasti akan bertanya "Eh bang, mana budak perempuan yang duduk sini dulu? Dah pindah ke?" Ketika itu muka anda sudah ditumbuhi misai nipis.

4) Jika anda dingurat di stesen bas dengan teknik nguratan yang lame seperti 'Awak, boleh tahu jam pukul berapa?', mudah sahaja untuk menepis nguratan seperti ini. Anda hanya perlu buat-buat bisu sambil menggunakan bahasa isyarat. Pasti dia pun akan 'membisu' juga. Namun begitu, berhati-hati agar anda tidak terbuat simbol-simbol yang boleh mencetuskan provokasi seperti yang dilontarkan oleh Gary Neville kepada Carlos Tevez.

5) Just say that you are a lesbian.

6) Jika rakan sekerja yang meminati anda hari-hari mengajak anda lunch dan anda sudah letih menolaknya, usah risau. Terima sahaja ajakannya, dan beritahu dia yang anda akan membelanjanya makan di restoran kegemaran anda. Bawa dia ke restoran Cina yang berhampiran. Order 2 pinggan nasi goreng babi kurang pedas. Jika dia benar-benar mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna, dia akan pergi meninggalkan anda di saat itu juga.

7) Jika jejaka itu meminta nombor telefon anda, jangan beri. Sebaliknya, anda mintalah no telefon dia dan cakap nak call dia next week. Next week mesti dia sudah lupa. Jika dia insist inginkan nombor telefon anda juga, anda beri sahaja no telefon ibu anda menjawab dia nanti malam karang tatkala cuba-cuba membuat suara abang macho.

8) Jika anda sudah terperangkap dan terpaksa bertemu janji dengan jejaka itu, it's okay, enjoy the meal dan peras ugut wang dia habis habisan. Selepas makan, sila cakap "Saya ada satu benda nak beritahu. Saya ada AIDS...". Jika jejaka itu masih lagi sanggup bertemu janji dengan anda selepas itu, maybe he's the one for you.

Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu para pembaca untuk menepis nguratan pakcik-pakcik yang ingin menjadikan anda sebagai isteri kedua ataupun sekadar mencari teman untuk ke kelab malam. Assalamualaikum.

Thursday, January 21, 2010

Hakikat Sebenar Tentang Jejaka

Jejaka adalah makhluk yang simple. Beri sahaja kami Xbox 360 dan tv lcd 42", anda boleh tinggalkan kami selama seminggu tanpa dipelihara atau dibaja. Gadis pula adalah makhluk yang paling kompleks. Huii nak kena beli kasut, nak mekap lepas tu datang period lagi. Huii aku tak dapat bayangkan jika aku menjadi perempuan kena menghadapi kecederaan faraj setiap bulan. Bagaimana korang boleh handle waktu period pun aku tak tahu. Aku dahla takut darah nampak darah keluar sikit je sudah boleh menyebabkan timbulnya masalah ejakulasi pramatang. Anyway, oleh kerana kami jejaka ini merupakan makhluk yang simple, tidak bermakna tindak-tanduk kami perlu diinterpretasi dengan simple juga. Ayuh klik Read More untuk mengenali sikap kaum lelaki yang tersurat dan yang tersirat.

1) Jika jejaka anda menemani anda bershopping, usah PMS jika mereka hanya duduk menunggu di 'husband's chair'. Okay maybe it's true, for men, shopping is boring. Hakikat yang sebenar ialah kami tidak mahu melunturkan semangat shopping anda. So demi menjaga hati kalian gadis-gadis, kami lebih rela mendiamkan diri daripada memberi pendapat apabila korang bertanya "Cantik tak baju ropol-ropol kat ketiak I ni?" Jawapan kami semua sama sahaja "Ok kot" or "Mahal sangatla"

2) Jika jejaka anda tidak membawa anda keluar minum di maplay bersama kawan-kawan anda, usah PMS menyangkakan yang kami lebih mementingkan kawan-kawan. Hakikat yang sebenar ialah kami lebih mementingkan anda. Kami tidak mahu anda duduk termenung kebosanan sehingga tumbuh misai ketika kami berbincang tentang markah fantasy football minggu ini. Kami juga tidak mahu anda trauma dengan lawak-lawak seksual yang kami lontarkan tanpa belas kasihan.

3) Jika jejaka anda tidak menelefon anda, usah PMS menyangkakan yang kami tidak rindukan anda. Hakikat yang sebenar; telefon kami kena bar sebab terlalu banyak call anda semalam. Nak pergi public phone, semua menjadi mangsa vandalisme. Lagipun malam-malam kami takut digigit pontianak yang bertenggek di pondok telefon.

4) Jika jejaka anda tidak mahu membelikan anda baju di Forever 21 walaupun anda sudah menghentak-hentak kaki, usah PMS menyangkakan yang kami kolot tidak mahu beri anda pakai baju nampak lurah. Hakikat yang sebenar ialah kami tidak mahu buah dada anda menjadi modal buat jejaka-jejaka dayus. Lagipun umur dah lebih 21 tahun mana boleh shopping kat situ dah.

5) Jika jejaka anda tidak mahu membelikan anda beg tangan Jurulatih ataupun Teka, usah PMS menyangkakan yang kami ini kedekut. Hakikat yang sebenar ialah kami ingin menyimpan wang untuk membayar wang hantaran anda yang mahal.

6) Jika jejaka anda sekadar senyum ketika anda bertanya "Cantik tak mekap I?", usah PMS menyangkakan kami tidak tahu memberi pendapat. Hakikat yang sebenar ialah kami tidak mahu mengguris hati anda dengan memberitahu yang solekan anda terlalu tebal seperti bomoh hujan.

7) Jika jejaka anda memandang gadis yang anda rasakan hangat lalu di hadapan anda, usah PMS menyangkakan yang kami ini gatal. Hakikat yang sebenarnya ialah gadis hangat tadi tu bulu hidung dia terkeluar sikit, tu yang kami tenung kehairanan tu.

8) Jika anda mengkantolkan jejaka anda menonton pornografi ringan, usah PMS menyangkakan yang dia tengah horny. Hakikat yang sebenarnya ialah...okla yang ni memang betul la tengah horny.

Kesimpulannya, sayangilah jejaka anda dengan sepenuh hati dan perasaan walaupun kadang-kadang kami ni act like a big jerk. Assalamualaikum.

p/s: selamat hari jadi yang ke-34 zati hazira

Wednesday, January 20, 2010

Things That You Can Say To Your Cat but Not Your Girlfriend

Aku ada memelihara banyak kucing di rumah. Adalah dalam 25 ekor. Aku sering berkomunikasi secara langsung dengan kucing aku demi merapatkan ukkhuwwah sesama ummah. Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh pelajar tahun akhir jurusan Sains Penternakan daripada Universiti Putra Malaysia, berbual-bual dengan binatang peliharaan dapat menjadikan haiwan ternakan kita berasa lebih secured sekaligus dapat mengeluarkan susu dengan lebih banyak. Tapi takdelah aku pergi perah pula susu kucing aku untuk dijual di pasar tani. Ini fakta benar ok tak percaya pergi semak laman web UPM sekarang. Aku takdelah tau nak merepek je sepanjang masa.

Anyway, teknik komunikasi ini mungkin berkesan untuk kita gunakan terhadap kucing kita, namun malapetaka bakal menimpa jika kita terguna ayat-ayat ini untuk berkomunikasi dengan gadis masing-masing. Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui ayat-ayat yang boleh dilontarkan kepada kucing kita tetapi tidak boleh sama sekali diungkapkan kepada gadis.

1) "Come here pussy!" (obviously cannot)

2) "Eiii panjangnya misai dia.."

3) "Wahhhh, dah gemuk la awak ni,"

4) "Boleh diam tak? Bising 24 jam."

5) "Apa banyak sangat kutu kat badan ni??"

6) "Makan. Tidur. Makan. Tidur. Itu jelah kerja dia"

7) "Boleh tak jangan kencing merata-rata??"

8) "Eii takde kerja lain tau nak mengawan je,"

Apa lagi? Haa haa aku sendiri tergelak seorang diri dengan jenaka baghal yang aku sendiri lakukan akibat tiada idea untuk menulis artikel yang lebih bermanfaat.

Monday, January 18, 2010

Mengapa Aku Hangin Dengan Pekerja Indon di Pejabat

Hari ini ialah hari Isnin. Hari Isnin ialah hari datang haid bagi lelaki. Apabila kami didatangi haid, hormon testistoron akan dirembeskan maka kami akan menjadi hangin. Situasi menjadi semakin hangin apabila terdapat makhluk-makhluk durjana yang berperangai langsuir di sekeliling. No no, bukan langsuir tetapi Sundel Bolong ataupun Kuntilanak. Langsuir tu hantu Melayu. Segmen hangin aku hari ini ditujukan khas buat pekerja Indonesia di pejabat aku yang tugasnya ialah membersihkan pejabat. Ohh pekerja Indon yang bekerja dengan Maikrosof jangan terasa pula. Aku tak hangin dengan korang sebab korang bawak aku pergi semayang Jumaat naik kereta korang serta mengajar aku mencarut dalam bahasa Indon. Ayuh klik Read More untuk mengetahui mengapa aku hangin dengan pekerja Indon yang membersihkan pejabat.

Dahulu, pekerja-pekerja Indon di pejabat lama semuanya bertarafkan makcik lemak berlipat. Sejak berpindah ke pejabat baru di Bandar Utama ini, pekerja Indon yang ditugaskan membersihkan pejabat telah dinaik taraf juga. Walaupun kini kami disajikan dengan pekerja-pekerja yang lebih muda, lemak mereka masih lagi kelihatan berlipat di sebalik uniform mereka. At least dua lapisan lemak. Anyway, memang menjadi tugas mereka untuk menyapu sampah, membuang sampah serta membuat bakso. Haha ok yang last tu aku buat lawak racist.

Ok dalam semua pekerja Indon tu, aku hanya hangin kat seorang sahaja. Ikutkan hati aku herdik je dia tapi aku takut dia hantar Jenglot malam-malam hisap darah melalui buah dada aku. Kenapa kau hangin sangat dengan dia Faizal?

1) Faktor satu, dia gemar menyanyi. Takdelah buruk sangat suara dia pun tetapi gaya nyanyian dia memang membuat kolestrol aku kembali naik. Dia suka buat gaya falsetto sambil menyanyi lagu kebangsaan dia. Aku dahla penyokong muzik Melayu tempatan dengar pulak dia menyanyi lagu Andra and the Backbone ataupun Projek Pop memang dapat darah tinggi ah.

2) Faktor kedua, dia tidak mengerti perasaan aku yang tidak ingin diganggu ketika membuat kerja. Ok situasinya begini; aku sedang asyik menaip emel untuk pengguna Windows. Memang serius muka aku ketika bekerja. Lepas tu dia datang pergi lap monitor aku, lap keyboard aku and siap lap peluh aku di dahi. Mana aku tak mencarut ringan. Hari-hari dia buat begini ok. Tak kiralah meja aku dah berkilat mana pun, aku rasa dia memang perlu buat semua tu sebab masuk dalam KPI dia untuk menentukan adakah dia akan mendapat increment dalam performance review dia nanti.

3) Faktor ketiga, dia selalu call kampung dia dalam tandas lelaki. Sambil-sambil dia membersihkan tandas, mulalah oroeneng wes mangan we ngombe (bahasa Jawa). Aku nak mengemut memotong najis mutawasitah pun tak bernafsu. Lepas tu aku syaki dia selalu ringan-ringan dengan boifren/suami dia dalam toilet tu sebab aku masuk dia depa berdua selalu ada. Aku masuk je muka diorang tak keruan, baju kusut masai, ada satu kali tu dia cemas sangat siap terpakai bra di luar. Haha okla yang last tu aku tambah.

3) Faktor utama yang membuat aku hangin dengan dia, sebelum dia mengelap meja aku, dia akan cakap kat aku "PERMISI YA PERMISI". Ok fine. Lap lah meja aku sepuas hati. Lepas tu dia pergi pulak dekat meja rakan sekerja aku di sebelah. "EXCUSE ME, PLEASE".

WHAT THE WHAT? Kenapa kau cakap Indon kat aku tapi cakap orang putih dekat member aku??? Apa muka aku ini macam muka penyanyi Radja ke?? Betul ke woit? Korang pun rasa begitu ke? Bagitaulah aku betul ke muka aku ni ada iras-iras Nicolas Saputra ataupun Rhoma Irama?? AHHH HANGIN.

p/s: selamat hari jadi evi. saya tidak hangin dengan anda walaupun anda mengaibkan saya di bowling tempohari

Thursday, January 14, 2010

Selamat Datang Maxi, Selamat Jalan Rafa??

Apa itu Maxi? Macam nama tampon wanita sahaja. Hoi! Usah kau permainkan nama saudara baru kami. Dengan hanya sekali lafaz dan tandatangan, abang Maxi Rodriguez kini telah sah menjadi milik Liverpool FC. Ayuh kita kenali Abang Maxi dengan lebih lanjut. Sebelum menjadi pemain bolasepak professional, Maxi merupakan seorang pelajar yang cemerlang daripada Kolej Matrikulasi Maxisegar. Dia menjalankan latihan industrinya sebagai penyambut tetamu di Menara Maxis cawangan Argentina. Setelah Torres meninggalkan Atletico Madrid, Abang Maxi telah merampas armband kapten. Kini Maxi akan kembali bersama Torres membuat larian pecut 60 meter di sayap kanan mahupun kiri, membuat skill 5 ringgit terhadap Gary Neville, sebelum membuat hantaran lintang yang disudahi dengan salam oleh Abang Gerrard. Wow. Tak sabarnya aku hendak melihat aksinya. Gambar di bawah menunjukkan statistik lengkap tentang Abang Maxi.


Namun begitu, perbincangan utama entri ini bukanlah berkisarkan tentang Maxi sahaja. Ada perkara yang lebih besar lagi untuk dibawa ke usrah lepas Isyak nanti. Sila klik Read More untuk memulakan perbincangan.

Di sebalik kegembiraan dengan kehadiran Maxi, kekalahan di tangan Reading dalam ulangan pusingan ke-3 Piala FA pagi tadi ternyata merudumkan moral penyokong Liverpool. Perasaan terkeluar daripada Piala FA di tempat sendiri adalah umpama dirogol Pak Ngah sendiri. Pedih punggung doo. Aku faham perasaan kanak-kanak the Kop yang memboo pemain Liverpool selepas tamat wisel penamat. Musim lepas kita sudah high beam Manshitter United dari belakang dan musim ini telah tertanam kepercayaan untuk kita kembali menuju puncak. Musim ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita kembali memegang gelaran pasukan Inggeris paling unggul untuk kali yang ke-19. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Musim ini memang sengsara. Siapa tak pedih melihat Manshitter United, Chelshit dan Assenal di atas. Terkeluar Champions League, League Cup, kini FA Cup pula. Lepas tu ada pulak langau seperti Totenham, Villa dan Man City yang cuba-cuba untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Persoalannya, apakah punca segala kekalutan dan kesengsaraan ini? Statistik daripada kolum sukan Harakah menunjukkan 3 faktor utama mengapa krisis ini melanda Liverpool:

1) Tiada wang. Kemasukan 'bloody Yanks' diharapkan dapat memberi saingan kepada kelab lain dari segi kewangan. Sehingga kini, mereka hanya membawa kepada kemungkaran. Sikit-sikit nak bergaduh lepas tu merajuk lepastu semasa membuat imbangan duga akaun tak balance. Dahla anak Tom Hicks pergi mencarut di dalam emel. Di saat-saat pasukan lain gagah membeli pemain umpama membeli sayur di pasar tani, kita hanya mampu sign Maxi secara free transfer. Duit jual Alonso beli Aquilani, tapi bilangan dia menyentuh plak 'This is Anfield' dan menyarung jersey serta membuat defence splitting pass boleh dibilang dengan jari kaki. Ok nanti mungkin tambah duit sikit lepas dapat duit riba daripada Standard Chartered. Lepas tu nak jual naming rights untuk 'New Anfield' diharapkan tidak dijual kepada kompeni entahapahapa nanti tak takutla pihak lawan jika mereka datang ke 'Stadium Celcom' ataupun 'Chicken Rice Shop Arena'.

2) Tiada pengganti. Semua orang pun tahu, dua tonggak utama Liverpool adalah Torres dan Abang Gerrard. Orang kata, tanpa mereka, Liverpool tidak boleh menang. Well semalam mereka ada (walaupun injured) tetapi mengapa masih diaibkan kelab Championship setaraf Newcastle? (tiba-tiba kutuk Apai). Bukan sekadar malam tadi, dari awal musim lagi sebenarnya. Mungkin kerana tiada depth, tiada orang untuk step up, tiada commanding figure untuk turn things around. Okla Abang Kuyt boleh berlari tanpa henti selama 90 minit, Abang Carra masih lagi 'England' material, and Reina is still the best keeper the Premiership. Other than that? Tidak bolehnya asyik hendak mengdeploy dua holding midfielder dan lone striker. Tidak nampak cita-cita untuk membelasah pihak lawan.

3) Pengurus??? Ok ini aku tidak setuju sama sekali. Aku memberikan sokongan penuh membabi buta kepada Ayahanda Rafa. Tetapi in the end, apa yang dimahukan adalah result di padang. Mark Hughes memiliki rekod yang lebih baik berbanding Rafa namun ditendang juga oleh orang Arab yang kaya. Sure, kecoh sekejap selepas dipecat, tetapi setelah mengecapi 4 kemenangan bergaya berturut-turut di bawah pimpinan Mancini, adakah orang ingat lagi tentang Mark Hughes? Jadi mengapa mereka masih tak pecat lagi Ayahanda Rafa? Rujuk kembali no 1, tiada wang. Mereka baru sahaja mengikat Rafa untuk kontrak 5 tahun, mau diserang angin ahmar nak bayar pampasan jika Rafa dipecat. Katalah lembaga pengarah ada balls untuk membuang Rafa, bukan sebarang manusia boleh mengisi tempatnya. Harus ada karisma seperti si Portuguese yang bongkak itu, mahupun master tactician seperti si Guus. Paling koman pun jurulatih yang baru membawa balik pingat emas daripada sukan SEA.

Memang berbaur kekecewaan entri aku kali ini. Perkara yang paling menyedihkan yang mungkin berlaku adalah jika Manchester United memenangi kejuaraan liga yang ke-19 sekaligus menjadi kelab terbaik Inggeris mengatasi Liverpool. Hui Nauzubillahiminzolik. Tak kisahlah. Ayuh kanak-kanak Liverpool kita bersatu padu menentang ancaman kaum musyrikin. Ingatlah kata pepatah lama Merseyside:

When you walk through a storm hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark...


HO untuk Liverpool!

p/s: Manager Toon Army bijak aa mengunakan wildcard di kala padang dilitupi salji. Romper Stopper macam biasa ah lalai di pertengahan musim. Jerung Melapah banyak point minggu ini? Haa haa. Namun begitu perebutan untuk bergelar juara Liga Super masih jauh kawan-kawan. Anfield Heroes sebagai juara bertahan memberi jaminan takhta liga akan dirampas selepas 3 gameweek. Hiah!!

Tuesday, January 12, 2010

Jawapan Kepada Persoalan Gadis-Gadis: Episod 3

Assalamualaikum gadis-gadis. Saat-saat yang ditunggu telah tiba. Segala persoalan tentang kaum lelaki yang ditanyakan yang kebanyakannya berbentuk emosional akan dijawab. Anda tidak perlu bersusah payah melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah untuk memahami makhluk simple seperti lelaki, tanya sajalah kepada kami. Sebelum soalan-soalan anda dijawab, apa kata kita berkenalan dahulu dengan ahli panel.


Dari kiri:

1) Aku. 78% lelaki sejati.

2) Ahmad Shuhud. Mengaku single di dalam Facebook

3) Khairul Afandi. Bakal berkahwin tidak lama lagi. Syukur, tak perlu lagi mencari tempat untuk ringan-ringan.

4) Adam Johari. Berjauhan dengan isteri, genggaman tangan jadi pengganti.

5) Amir Rashidi. Bakal bergelar bapa setelah setiap hari menggauli isteri.

Sudah bersedia? Ayuh klik Read More untuk mengetahui jawapan kepada persoalan gadis-gadis. Sesiapa yang tidak meletakkan nama hari itu akan aku beri nama mengikut harga pasaran. Oh entri ini sangat panjang ok.

Masalah 1

dulu aku pernah nak tanya ni, tapi apehal tah internet buat hal sampai ke sudah tak boleh publish.

kalau lelaki sms/call tanya tadi buat apa dan prempuan jawab baru mandi, adakah itu akan trigger imej tak sopan kepada kaum anda?

sibi chako, Illinois


Faizal menjawab:

Tidak sama sekali. Melainkan gadis itu membuat ayat susulan seperti “opps terlucut pula tuala I ni. Uhhh sejuk….mmmm ahhh…” yang ternyata niatnya ingin menggoda kami.

Masalah 2

ermm.salam..nak tanya..

1- kenapa ye ada lelaki yang suka mendiamkan diri kalau ada masalah?

2- dan bila dia ada masalah, dia akan diamkan diri and ignore gf dia sampai sebulan dua. taknak share apa2 n gf tu pon tak tahu apa dah berlaku. lepastu si gf tu ingatkan dah clash dgn bf dia tu, tapi alih2 je dia kata 'kite tak clash pon'..kenapa ye?

3- bukan ke mendiamkan diri for a month tu dah kira dia bagi hint kat kita that 'we are so over'?

4- for a month bf tu diamkan diri, si gf ni cuba anta macam2 kat bf dia tu. send chocolate, cards, untuk minta maaf if its her fault yg menyebabkan dia mendiamkan diri. it didn't work. lagi si bf tu senyap macam dah mati ada la. apehal ek jadi gitu?

5- and, shud i walk away from him and start a new life or should i stay? its either miscommunication or... what?

fsakinah~


Fandi menjawab:


1- Takde lelaki yang boleh kawal masalahnya sendiri cuma mereka terlampau degil untuk mengakuinya..

2- Kadang2 tekanan dari luar yg berlebihan menyebabkan dia berperangai sebegitu...sebelum anda mendeclarekan diri menjadi gf ssorang, sila mengenali bf anda secara lebih mendalam bagi mengelakkan kekeliruan tentang perangai dan habitatnya..

3- dat depends..kalau gf dia rase da over, maka over la..lelaki begini adalah di bawah tahap pra-matang yg masih menagih cinta monyet..tiada lelaki yg tidak serius jika bercinta dan berniat untuk mendirikan rumah tangga..haha siyes abes!!

4- Sama ada kurang duit, kurang pembelajaran tentang komunikasi atau pon dia kurang matang...lelaki macam ni elok djauhi untuk dibuat kekasih...dia belum mncapai tahap dewasa yang memikirkan tentang generasinya pada masa akan datang..huhu

5- First you should know yourself..are you able to stand by yourself if he is not yours anymore?? Nothing in this world can't be replaced..
even love if u can't find it, u still can create it..Why is it that we love the ones who ignore us n ignore the ones who love us? Have u thought bout this b4??

Masalah 3


jika lelaki bencarut/ mengeluarkan kata2 kesat seperti : Bangsat kau!!.

ayat ini keluar dari mulut dia selepas awek/tunang/bini nya terkepitkan sedikit bahagain tangan nya pada jam lelaki itu (waktu memakai kannya JAM tangan).

soalan1 : Adakah lelaki ini selamat untuk dijadikan pasangan hidup?

soalan2: Adakah lelaki mmg suka menjadi baran kerane kesilapan kecil?

Kitti, Karabi Thailand

Amir menjawab:

Soalan 1: Selamat atau tidak Selamat untuk dijadikan pasangan hidup mungkin menjadi persoalan ke dua dalam kes di atas. Persoalan yg lebih utama adakah anda sanggup untuk diperlakukan sebegitu rupa….Jawapan anda akan terus dapat merungkai persoalan di atas….simple…klu anda sorg yg soft heart…mgkin anda akan mudah ambil hati dengan pasangan tersebut….Jika anda jenis yg terjah je jenis xkisah pasangan nak carut apa….go ahead…org kata cinta tu buta…kalau dah syok…pedulik hape ye tak….tapi di sini ada sedikit nasihat….untuk dijadikan pasangan hidup…kene pandang next 20 years…klu baru bercintan cintun dah berbangsat..bangsat…..dah kawin kelak secara janjang aritmetiknya kaki akan hinggap di muka laa…..mmg betul manusia boleh berubah….tapi klu karakter beliau dah mmg sejak azali begitu…mgkin perlukan masa dan ikhtiar yg bersungguh2 utk berubah….tepuk dada Tanya selera…eceh….

Soalan 2: Bergantung pada karakter lelaki tersebut…..soalan ini amat general…..mungkin ada lelaki yg baran…ada lelaki yg kadang2 baran kadang2 cool..ada yang manjang cool je….tapi kene ditegaskan di sini bahawa setiap lelaki mmg ada ego mereka yg tersendiri….mungkin ada lelaki yang bersifat lembut ala bapok tapi ego melangit mcm bagus…..kesimpulannya lelaki n ego tidak dapat dipisahkan….

Masalah 4

Kenapa budak lelaki tergila-gilakan taylor swift? Budak kat ofis aku hari2 cakap pasal dia naik menyampah aku

stalker tegar


Shuhud menjawab:

biaselah lelaki sekarang tergila2kan si comel taylor swift..comel,suara mantop(nyanyi live kantoi sket la),lagu meletup2..lumrah alam benda yg cantik dan comel menjadi kegilaan ramai jejaka..same la seperti gadis2 tergila2kan robert pattinson..ianya subjektif and depends on perception masing2..anda sepatutnye pelik sekiranya ramai jejaka tergila2kan rosnah mat aris atau julie dahlan..setakat taylor swift tu normal la..hehe..

Masalah 5


1.sejauh mana lelaki pentingkan rupa bila memilih pasangan?
2.korang suka yg comel ke cun ke ayu ke jelita ke ape?ke subjektif soalan ini?
3.cun ke wanita bila mengandung nih di mata lelaki?

anon kampung baru


Amir menjawab:

1.Jauh beb….secara jujurnya…rupa merupakan faktor pertama yang di pandang lelaki normal….ke dua adalah tubuh badan….serius ini adalah fakta….walaupon begitu lelaki tidaklah begitu kejam….mereka pandai mengukur baju di badan sendiri….biasanya lelaki tidak akan demand better daripada apa yang mereka deserve…..

2.Memang subjektif kertas dua sejarah spm la soalan nih…..Aku akan jawab sebagai diri aku yee….Klu aku aku prefer yang ayu n cantik mcm wife akuh [terpaksa tambah nanti beliau salah sangka]….comel tuh mcm bdk2 laa….jelita tuh mcm cantik makcik..makcik plk….ini adalah pendapat peribadi ya…tidak mewakili spesis lelaki secara totalnya….

3. Secara jujurnya kecantikan wanita itu akan di uji semaksimumya ketika beliau mengandung…..wanita mengandung terbahagi kepada 2 golongan….golongan yang pertama ialah golongan wanita mengandung yang semakin bersemangat untuk melawa n menjadikan kandungan beliau sebagai salah satu aksesori kecantikan beliau….golongan yang kedua ialah golongan wanita mengandung yg morale down pinggang dah xmcm Amber Chia lalu langsung mengabaikan kecantikan beliau…..bergantung pada wanita itu sendiri golongan mana yg ingin disertai….Lelaki simple…klu cantik suka laa….

Masalah 6


salam..
aku ade knal sorang mamat ni through YM chat..mule2 ktorg chat biase2 je tp alih2 skg dia ckp suke kat aku la..blabla..

soalannye:
1) korang rase bule caye ke kate2 mamat ni, sdgkn aku xpenah jumpe dia pn.and dia xde effort pn nk jmpe aku..huhu..

2) camne nk tau kalu lelaki tu btol2 suke kt pompuan?

aku spt hidop dlm kepura-puraan,
anon5034


Amir menjawab:

1) Jangan buang masa dengan org mcm nih….klu betul2 die suka anda…die mmg dah kenal anda siapa n akan menjadi stalker anda….jika beliau benar2 sukakan anda..beliau akan mencuba yang terbaik untuk upgrade relation ni daripada virtual kepada reality….Klu tiada sebarang usaha di buat….ada dua kemungkinan di sini…pertama beliau tidak serius n hanya bermain kata…ke dua beliau kenal anda tapi takut nak jumpa sebab beliau tiada keyakinan diri….senang cite lembab laa….

2) Tips nak tau lelaki tuh btol2 suke kat perempuan….pertama lelaki tersebut ske flirt2 ngan anda…ke dua lelaki tersebut xkisah nak share bende yang memalukan atau merendah2kan diri beliau dengan anda…..ke tiga lelaki tersebut spend gile2 beli barang mahal utk anda [bagi yg mampu laa…sebab lelaki klu dah ske pompuan…die anggap ini sebagai perlaburan jangka masa panjang]…ke empat….lelaki tersebut menganggap anda sebagai kawan baik beliau sebagai contohnya beliau tidak pernah kehilangan idea ketika berbual bersama anda [ini menunjukkan beliau betul2 selesa bersama anda n mempercayai anda sepenuhnya]

Masalah 7

kalau lelaki tu kuat mengusik perempuan tu, meaning that dia suka kat perempuan tu ke?

Syafinaz, Bank Negara


Shuhud mejawab:


owh ini merupakan soalan lazim yg sering menjengah telinga aku utk diberikan pendapat..

ade 2 kemungkinan..

a) yup..mengusik n menyakat gadis boleh dikategorikan antara taktik atau senjata mujarab utk memikat hati si gadis..lebih2 lagi kalau sense of humour lelaki tersebut tahap gaban..girls like humour rite??so by using this tactic,selalunya si gadis akan gelak or senyum or marah2 manja..ekspresi wajah yg comel menambahkan keyakinan si jejaka untuk meneruskan usikan..lagi dilayan,lagi la kuat dikacau..dengan ini,hubungan mesra dapat dijalin dgn lebih erat lagi..but kadang2 kalau si gadis tu menyampah gile kat jejaka tersebut,silap aribulan kasut melayang kat kepala la kalau usik lebih2..haha..

b) on the negative side,pompuan or gadis tu bodo nok mapuh..kalut tak tentu pasal,menggelabah je memanjang..berpakaian aneh ke pejabat serta mempunyai tabii diluar jangkaan dan norma masyarakat..yg ni sah2 la kene kacau tiap2 hari..haha..
so hopefully awak dalam kategori a..huhu..

Masalah 8


ape pndgn lelaki terhdp pmpuan yg pakai braces? sgt x cantik utk di tekel kah? atau bagaimanakah?

Gadis Bergigi Metal, Puchong


Faizal menjawab:


Siapa kata tak cantik? Lihat sahaja gadis yang paling cantik di Asia Tenggara di bawah:



Masalah 9

Perkataan 'sayang' ni ade makne ke klau korg sebut? do u guys really mean it, or it's just a way to get out of an argument, or maybe to cover up ur dirty deeds?

fuh! dh lame aku pendam nak tanye soalan nih. hopefully ade la jawapan nye..

Gadis Kurang Percaya Lelaki, Damansara


Adam menjawab:

Pastilah perkataan sayang ada makna. Member aku yang bukan melayu pun panggil gf die sayang. Camane kite nak membuatkan hubungan terlarang kita lebih manja kalau tak menggunakan perkataan perkataan 'affectionate' seperti sayang? Tak kisah lah kalau perkataan tu digunakan untuk kluar daripada argument ataupun untuk meredakan kemarahan wanita yang datang stiap skali sebulan. Perkataan manja seperti sayang adalah 'tension reliever' yang bagus dan harus dipraktikkan. sama ada bf ataupun gf really means it... does it matter? Guys say what they have to say to make YOU happy. Terima sajalah.

sayang adalah antara contoh contoh ayat ayat 'affectionate' untuk gf ataupun bf yang tak poyo. kalau panggil gf kau 'dinda' ataupun 'comel' confirm orang lain akan muntah darah ataupun cirit birit.

Antara ayat ayat 'affectionate' yang aku promote adalah : 1) sayang 2) baby 3) bee dan 4) jelita (paling disukai oleh faizal)

Masalah 10


kalau dah break then sambung balek for the 2nd time, korang x serius kan for the 2nd time tu?

Gadis terluka dan melukakan, Dublin


Fandi menjawab:

Depends pada terputusnya perhubungan yg pertama..kalau korang buat hal memang kitorang tak serius la 2nd time tu..nak kenekan korang balik je..tapi kalau kitorang wat hal maknenya kitorang dah nyesal n nak memperbetulkan kesilapan kepada x-gf nya..kalau x nyesal lagi kitorang xkan cari orang yang sama cari laen la beb haha...

Masalah 11

Assalamualaikum para panel yang arif lagi bajet hebat,

a) Apakah yang boleh dilakukan untuk mengambil hati seorang lelaki yang bergelar daddy? Eg; anaknya yang pulang dari perantauan memberi souvenir untuk daddynya tetapi daddy itu buat derk sahaja. Adakah beliau tidak kisah ataupun sangat gembira?

b)Seorang lelaki mempunyai wajah yang sangat kacak dan bekerjaya hebat tetapi mempunyai sifat yang amat merendah diri atau pemalu dan juga amat segan dengan gadis. Beliau ini tidak pernah bercinta (tetapi bukan gay). Soalannya, bagaimanakah untuk mendekati lelaki seperti ini?

c) Bagaimanakah anda sebagai lelaki yang gentleman memujuk gadis anda yang sedang bersedih?

d) Adakah perasaan apabila gadis anda jatuh sakit?

e) Yang manakah pilihan anda? Kecantikan/seksi atau hati budi/kepintaran a.k.a Paris Hilton atau Betty Suarez?

f)Apakah hadiah ideal bagi seorang lelaki selain gadjet atau apa-apa yang berkenaan dengan bola sepak?

Sekian,
Siti Anonimus yang nun jauh di perantauan,
Paris


Adam menjawab:

a) aku tak faham the term daddy dalam soalan ni. adakah daddy bermaksud bapak ayam? sebagai seorang muslim yang sederhana kealimannya aku tidak boleh terjebak dengan perkara perkara mungkar macam ni.

but anyways, cmane kau nak puaskan hati seorang ayah yang sudah kaya raya dan mampu untuk beli apa apa sahaja dengan sekadar souvenir? unless souvenir tu awesome seperti "baju yang mantap" ataupun benda yang diminati yang tak terdapat dalam negeri. eg: baju man U. kalau stakat magnet tu usahlah. daddy tu kalau sayang anak pastilah akan berlakon pura pura gembira... terima jelah kepura puraan daddy tersebut. at least die sayang kat kau sanggup pura pura happy.

b)Pakai baju yang seksi yang mendedahkan lurah dendam. Confirm lelaki tu suka. Haha. Sebenarnya, lelaki camni kau kene brani untuk menjadi lebih extroverted. Bagi die hint hint yang tak terlampau jelas yang kau suke kat die. Harap harap die akan grow some balls untuk brani ngorat. DO NOT make the first move cakap kau suka kat die. Confirm kene reject.

c) Ice cream. Coklat. Bunga. Persetubuhan halal.

d) Rasa sedih. Belikan bubur ayam mcD dan panadol.

e)Kecantikan. Aku tak kisah pompuan tu pandai ke tak.

f)Tak wujud.

Masalah 12


bila si gadis menulis berpuluh-puluh perkataan, si lelaki balas 2-3 perkataan je. itu pun secara endah tak endah. Si gadis rasa tak dipedulikan.bila si lelaki cerita itu ini pada si gadis, si gadis jawab satu perkataan je, seperti: "okey" atau "oh!"

si lelaki tanya si gadis: "awak sakit ke?"

aduyai.(oh, ni bukan persoalan. huhuhu)

nana


Fandi menjawab:

rumusan kepada pernyataan di atas: kadang2 lelaki dan wanita kedua2nya pada masa tertentu akn berada pada tahap lampi atau lembab a.k.a bingai hahaha..jd tak usahla perkara remeh nk dperbesar2kan..

Masalah 13


sila beri justifikasi selain daripada memberi jawapan 'cinta itu buta':

1)jika perempuan itu berjerawat(kadar normal),adakah lelaki akan berasa geli utk melihat dan mendekati perempuan tersebut?

2)adakah lelaki akan terganggu jika body perempuan tu perfect shapenya tetapi berparut/berselulit?

3)bagaimanakah expectation seorang bf kepada gfnye ketika membawa gf membawa berjumpa dengan rakan2 sekolahnya dulu?adakah kene menten ayu,or buat2 kool mcm konon friendly? perlukah look the best so that sume kawan2 lamenye tergamam betapa bertuahnya si bf mendapat gf secantik itu.

terima kasih.

Gadis insecure, Klang


Faizal menjawab:

1) Ya. Gadis yang sejati tidak sepatutnya ada jerawat mahupun misai.

2) Tidak, kerana kami selalunya tidak berpeluang untuk melihat perut anda sebelum bertunang eh berkahwin. So tiada masalah di situ. Selepas kahwin pula kami sudah tidak peduli kerana kami cintakan anda dengan sepenuh hati. Akan tetapi kami pasti terganggu dan trauma jika melihat gadis yang kami tidak cinta memiliki lemak berlipat di perut. Yang ada parut di buah dada akibat pembedahan pun kami tak suka. Buat apa nak besarkan dada jika anda bukan porn star.

3) Menjawab apabila ditanya, ketawa bila perlu, tidak perlu friendly sangat sebab rakan-rakan kami mungkin tidak selesa dengan kehadiran anda buat kali pertama. Tetapi pastikan anda tidak bermekap tebal ataupun menampakkan lurah di dada dan perut.

Masalah 14

benarkah kaum lelaki yg mengambil gmbar sdiri gay dan terpesong nafsunya dari lumrah sebenar. Ini kerana setelah saya mmbuat kajian mendalam kedalam seluar-seluar dalam, asal ade org laki upload gmba amek gmba sdiri je korg tuduh gay.. kalo pompan cute suke plak korg ye~ adekah korang jeles dgn kehenseman lelaki terbabit atau kerana die xdak cameraman persendirian??xbek tau fitnah2..gurau pon agak2 laa.. sume manusia ade prasaan..

abe watanabe,tepian bangi


Shuhud menjawab:

aduyai..ijai apsal kau suruh aku jawab soalan si abe watanabe ni..huhu..demi tugas yang diamanahkan..aku jawab jugak la..
wahai kak tipah kain sendat(nama anda terpakse ditukar utk mengelakkan kekeliruan), dari sumber manakah yg mengatakan lelaki kalau amik gambar sendiri gay??ijai banyak je amik gambar sendiri,tapi lelaki sejati..mungkin pose2 aneh ala2 cikai mak lampir ketika gambar diambiil yg menyebabkan orang label mereka sebegitu..cube amik gambar sendiri tgh pegang Quran ke,tgh bertasbih ke..pasti persepsi masyarakat mengatakan:owh,sungguh warak lelaki itu..kalau kutuk kang besedialah nak kene panah petir..

Masalah 15

bagaimanakah perempuan yang kureng cantik nampak cntik dimata lelaki n perempuan lawa, mnjadi sgt buruk dimata lelaki?

fatihah, kuala terengganu.


Shuhud menjawab:


bende ni adalah subjektif..lain padang lain belalang..lain orang lain la minat dan persepsi dia..mungkin jugak lelaki itu bermata kero..tu sebab gadis cantik dikatakan hodoh.yg hodoh dipuja2..haha..taklah gurau je..
tapi bende ni subjektif and susah nak judge..aku ngan ijai pun selalu bercanggah pendapat tentang kecantikan rupa paras wanita..tapi kalau macy gray tu kitorang sepakat la..haha..btw,semua makhluk ciptaan Allah cantik2 kan??

Masalah 16

1. kau rase idea movie 'hes just not that into you' bley pkai x?
2. 'rebound relationship' ni cara for guys untuk move on kah?

thx. Rebound Girl, Subang


Adam menjawab:

1.Boleh. Guys slalunye takkan dapat dipujuk untuk meminati gadis gadis. Once tak suka memang dah tak suka ah. Tapi hati pompuan lain skit rasenye, boleh dibawak bincang, boleh diubah. Mula mula tak suka... lame lame suka.

2.Only time heals a broken heart - or another girl. :D

Masalah 17

ellewww~~

Saya nak tanya pada para lelaki..harap dpt jwpan dri anda =)

knapa lelaki ni susah sangat nak buat confess yg dia tu suka kat kita??? Plus I ni bukan jenis perigi mencari timba.. and I'll keep waiting until he make the confession.. well brapa lama kita nak tunggu?? walaupn kita tau yg dia tu suka kat kita pasal dia bagitau at my friend yg dia tu minat kat saya.. tp tak brani nak ckp, dia ni jenis pemalu sikit lah and both of us are very very very shyness.. apatah lgi saya..ehehe I sebagai kaum pompuan tak nak make the 1st move..
come on lah guys be gentle lah sikit dun make us tertunggu2 tau..
or should I ask him? *tak nakkk..mcm perigi lah pulak*

-TicTokTicTok,planet mars-


Jawapan kepada soalan ini telah dijawab dalam entri lepas. Thanks.

Masalah 18

ijai, kalau girls sembang ngn kawan2 or maybe komen dkt fb tp ckp gua lu ke,itu dikira kasar ke?tp bhasa bertulis shj.kot percakapan takda la camtu.apa pndgn lelaki yg baca komen kt wall fb tu?

p/s : alamak.i termissed nk tnye soalan utk jejaka aritu.hehehe.thanks jai ho! :p

~ kwn anon suwit ~


Shuhud menjawab:

First thing come to our mind is,wah brutal gile minah ni..main gua lu gau lu je cakap..bunyinye mmglah agak kasar sket..tapi bg kitorang cakap la mcm mane sekalipun janji mesej tu sampai..maybe kite dah biase guna gua lu bile cakap ngan org tu..so agak awkward la kan bile tetibe nak tukar jadi saya awak sebab nak cover line dan cover keayuan di fb..haha..pastu org lain yg tak faham pikir bende lain la..senang2, communicate thru inbox je..so keperibadian anda terpelihara..
tapi lebih manis dan indah jika kita menggunakan kata ganti diri pertama yg lebih sesuai seperti saya,awak,ana,anta,aku..
nak tanye balik, apsal awak(kata ganti diri yg sesuai digunakan di sini wahai pembaca sekalian) gune perkataan gua lu??haha..

Sekian sahaja sesi soal jawab untuk kali ini. Diharapkan agar gadis-gadis mendapat manfaat serta menghargai kaum lelaki seperti menghargai designer bag selepas ini. Jangan tahu asyik nak PMS sahaja. Jika gadis-gadis ada rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan ataupun memerlukan lebih penjelasan bagaimana skrotum berfungsi, sila letakkan di ruangan komen. Kami sedia mengignorenya menjawabnya jika kami rajin dalam masa beberapa bulan lagi. Assalamualaikum.

Monday, January 11, 2010

Hanging Out With The Newlyweds

Aku sedang bersiap-siap hendak ke surau ketika sekeping mesej hadir ke telefon bimbit aku.

"Rakan2. Mari makan malam esok aku belanja. Sila pilih tempat mahal2 hehe - Jamil"

Musykil. Selalunya orang hanya akan membelanja kita jika mereka ingin memperdayakan kita untuk menjadi downline MLM mereka. Tapi Jamil memang pemalas orangnya tak mungkin dia join MLM. Mungkinkah dia ada berita gempar yang hendak disampaikan?? Aku pun membalas pesanan mesej ringkas Jamil;

"OMG JAMIL ADAKAH KAU AKAN MENJADI BAPA?? PANTASNYA!!"


Ok tak. Aku tidak rasa Evi akan mengandung dalam masa yang terdekat kerana aku syaki Jamil banyak membuat eksperimentasi berdasarkan apa yang ditontonnya selama ini seperti teknik pengunduran di saat akhir mahupun advanced rear entry. Aku buat-buat tahu je sebenarnya padahal aku ni naif dan inosen orangnya. Anyway, sebagai lelaki simpanan Zeti, Jamil telah mendapat bonus 5 bulan (mungkin lebih) daripada Bank Negara dan Jamil ingin berkongsi kekayaannya itu dengan rakan-rakan baiknya. Dia memberi cadangan untuk membaham di Nandos. What the what? Nandos tak cukup mahal bitch.

Lokasi yang dipilih ialah Alamanda. Selepas wedding Bc tempoh hari, Ikram siap jalan kaki ke Alamanda untuk membuat survey restoran apakah yang boleh digunakan untuk mengapak Jamil. Dulu-dulu restoran yang paling mahal di Alamanda ialah Sri Ayuthayya (betul ke eja) tapi restoran itu telah bertukar menjadi Al-Ikhsan. Maka restoran yang mahal selepas itu ialah Bayou. Ayuh kita klik Read More untuk membaham di bawah Angin Bayou Membawa Diriku.

Newlyweds. Kau bajet kau ni Nick Lachey la Jamil. Bagaimana kita nak tahu pasangan itu newlyweds ataupun baru sangat berkahwin? Mudah sahaja. Sila kaji gambar di bawah.


Pasangan yang baru berkahwin akan bermesra tak kira masa dan tempat. Lihat sajalah tangan Jamil menjalar. "Takpe, dah halal," jawab Jamil tenang sambil menjeling manja kepada Evi.

"Ya, memang halal, tapi boleh tak kau jangan ghairah sangat sampai menjalar kat aku!" marah aku sambil menepis tangan Jamil sebelum sempat dia menyeluk ke dalam boxer aku. Biasalah tu. Orang baru kahwin kan. Ini adalah kali pertama Jamil dan Evi keluar bersama kami sebagai pasangan suami isteri. Kami rakan-rakan Bangi memang sinonim dengan lawak tak senonoh serta lawak perkauman. Evi anda harus menerima perangai kami seadanya.

Olrite mari kita membaham dahulu. Line up pada malam itu ialah aku, Fandi, Ikram dan Ise. Abe tidak turut serta kerana dia pergi ke Mersing untuk berubat kampung dan Apai pula mendengar cakap isteri tidak boleh keluar malam. Jamil menjanjikan full course meal maka kami mulakan dengan appetizer iaitu Macho Nacho dan Bayou Platter.


Jilatlah skrin masing-masing untuk merasai kelazatan Macho Nacho ini (RM 24). Ala benda free mestilah best kan. Bayou Platter (RM 24) pula terdiri daripada gabungan pelbagai haiwan yang telah disembelih lalu digoreng rapi.


Jamil memesan Smoked BBQ Chicken Whole Leg (RM 18). Yang hitam itu bukan sos BBQ, tetapi darah beku ayam yang menambah aroma hidangan. Aku memesan Beef Lasagna sahaja kerana aku masih kenyang.


Ise pula memesan Char-Grilled Honey Glazed Whole Leg (RM 18), iaitu kaki ayam yang disalut honey stars dan hunny madu. Mewah betul kami malam itu. Pencuci mulut dan muka pun kami pesan. Kami makan memang tak ingat langsung orang-orang yang kurang bernasib baik. Lihatlah bil keseluruhan di bawah.


Jamil dengan tenang mengeluarkan wang serta siap beri tips lagi kepada pelayang yang mukanya macam Beego rancangan Puteri itu. Malah Jamil kata dia nak belanja kami sekali lagi sebab nak bagi semua orang ada. Wau kau memang pemurah Jamil. Sure ke kau dapat bonus ni ke kau gelapkan wang Bank Negara.


Tidak cukup dengan itu, Jamil turut membelanja kami bermain bowling. Taktaula dia belanja ke tak ataupun aku yang elakkan diri daripada membayar. Tergamam diorang tengok teknik 'Summersault Berpusing' aku untuk mendapatkan spare. Mudah sahaja aku mengalahkan mereka terutamana Fandi. Tapi di perlawanan kedua aku diaibkan Evi Vidyana cis cis cis.

Akhir kata, kami rakan-rakan Bangi ingin mengucapkan selamat menyertai rakan-rakan Bangi secara rasmi buat Evi Vidyana. Jika ada gangguan seksual yang dirasakan melampaui batas, think again, kerna gurauan kami tiada batasannya. Itulah sebabnya kami saling mencintai antara satu sama lain.

Thank you Jamil & Evi!

Sunday, January 10, 2010

Kongratulasi Alia dan Alie!

Sebagai seorang yang efisyen, aku sudah menyediakan rancangan kehidupan sosial yang lengkap untuk hari Sabtu. Di waktu pagi, aku akan bersarapan nasi lemak Auntie Maria. Kemudian aku akan bertemu janji dengan da' Killa di Midvalley sambil menonton filem Old Dogs serta menghadiri festival coklat antarabangsa di Exhibition Center. Tiba-tiba encik Ikram menelefon aku. Kita ikuti perbualan di bawah:

Ikram: Hello Faizal.

Aku:
Bukan hello, tetapi berilah salam. Waalaikumsalam.

Ikram: Oh Assalamualaikum. Haa Jai ada gadis tak yang kau nak rekemenkan kat aku? Aku dan bersedia nak kahwin dah. Dewan dah tempah, tarikh dah set, baju melayu dah gosok cuma calon je tiada lagi.

Aku: Sori Am. Ala haritukan aku dah beri no telefon Zati Hazira. Tak call dia ke?

Ikram:
Ohh lupa. Takpelah kejap lagi boleh jumpa dia kat kenduri BC (Alia). Kita nak pergi pukul berapa ni?

Aku:
What the what?? Kau mabuk vodka ke Ikram?? Kenduri dia esok ah.

Ikram: Harini lah munyit. Cuba kau cek sekarang.

Jika Ikram tidak mendail nombor aku tempoh hari, aku pasti akan terlepas kenduri Alia akibat kelalaian aku. Maka aku pun terus menangguhkan rancangan aku dan menyarung baju melayu aku. Wau tengok di cermin sumpah aku rasa aku ni boleh tahan segak orangnya.

Amirah Alia binti Abdul Jalil ataupun nama orang putihnya BC merupakan rakan aku sejak sekolah menengah lagi. Aku tak kawan dia di sekolah rendah sebab dia kelas Putih (ke Coklat?). Kelas Putih diorang bajet diorang kool blah la oi. Aku dan BC memang agak rapat. BC dan Liza selalu membawa aku berjalan-jalan ke kompleks membeli belah untuk menghiburkan aku ketika hati aku diremukkan oleh gadis lain. BC selalu membawa aku bersarapan di Al Fariz Maju serta tidak pernah miss open haus rumah aku kecuali tahun lepas. Cis. Oh ya, walaupun aku rapat dengan BC, sampai sekarang aku masih tidak tahu apakah maksud BC. Adakah maksudnya Biskut Coklat? Ataupun Boss Cun? Ada khabar angin mengatakan maksudnya ialah Bajet Comel (haa haa).

BC memperkenalkan aku kepada Alie dan aku terus membenci teman lelakinya itu kerana dia merupakan peminat Manshitter United. Namun setelah mengenali budi pekerti dan tatasusilanya dengan lebih mendalam, aku kini kurang membencinya. BC dan Alie telah bernikah pada hari Jumaat (8/1/2010) dan majlis persandingannya diadakan di dewan Jamil Presint 8 Putrajaya pada hari Sabtu (9/1/2010).


Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar di atas. Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui apa yang silap dengan gambar di atas. Nak tengok gambar aku kacak berbaju Melayu pasti ada.


Olrite ini barulah gaya sebenar Faizal. Berani kau suruh aku bergambar secara 'normal' BC. Aku bukan orang normal ok aku kanak-kanak istimewa. Dahla aku siap tempah baju nak bagi sama kaler dengan theme korang. Cis.


Aku saja je letak gambar ni untuk menjatuhkan imej Ikram agar para peminat Ikram yang melawat blog aku patah hati melihat aksi manja ini.


Gilak ah Huda perut sudah lebih besar daripada perut Fandi. Air ketuban bila-bila sahaja boleh mengalir duduklah berehat di rumah. Dahla tuduh saya dah kahwin dan ingat saya tidak menjemput dia.


Zati kau ni kat kenduri orang pun kau boleh bantai tidur siap keluar air liur basi lagi. Hormatlah sikit majlis.


Sorilah Alie aku tak berniat nak mengovershadaow kau sebagai pengantin, tetapi aku rasa daripada gambar di atas susah nak tahu siapa pengantin sebenarnya.

Di majlis kahwin, aku pasti akan bertanya kepada pengantin lelaki, "Sudah ke belum?" Alie menjawab, "Belum. Aku malu dooo sedara ramai malam tadi hik hik". BC hanya menjeling manja, mengharapkan sesuatu yang istimewa akan berlaku di kala senja. Oklah BC, aku dan rakan-rakan mengucapkan selamat berbahagia bersama untuk at least 35 tahun. Ayuh semua, ucapkan Kongratulasi BC!

Jika mahu melihat gambar-gambar kacak saya berbaju Melayu di kenduri BC, sila layari laman fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=150239&id=628280825&l=56c38accc3

p/s: buat peminat fanatik ijaicool yang menegur saya di majlis tersebut, terima kasih kerana membaca blog khurafat ini serta menampal poster saya di dinding. Akak dah ada anak suami tak cemburu ke nanti.

Thursday, January 7, 2010

Juara Windows 7 Sedunia

Bagi menyambut kelahiran Windows 7, Maikrosof telah menganjurkan beberapa pertandingan untuk menambahkan tahap 'awareness' terhadap produk terhebat Maikrosof ini. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah Dikir Barat Home Premium serta Pop Kuiz Ultimate. Kami semua dipaksa menyertai pop kuiz mingguan tentang Windows 7 bagi memantapkan pengetahuan kami agar tidak terkena parkinson ketika Windows 7 launching nanti.

Pada mulanya aku buat endah tak endah sahaja kerana aku sentiasa pura-pura sibuk, mana ada masa nak buat kuiz yang remeh temeh ini.Tetapi sebagai pemegang Anugerah Bintang Popular Maikrosof, aku haruslah menjaga reputasi dan nama baik aku. Maka dengan hati yang berat aku pun menghantarla jawapan kepada kuiz Windows 7 setiap minggu dengan sambil lewa tetapi konsisten. Pihak penganjur menaburkan janji manis dengan mengatakan sesiapa yang mengumpul markah tertinggi akan memenangi hadiah percutian ke Klang selama 2 hari 1 malam serta boleh memilih apa-apa produk daripada Maikrosof.

Ketika itu, rival-rival aku seperti Muhammad Faisal Habeeb dan Adam Phong Wei Hong masih bekerja dengan Maikrosof. Mereka fikir mereka hebat dalam menyelesaikan masalah Windows mahupun bermain Fifa. Mereka juga fikir yang mereka akan memenangi kuiz tersebut. Akan tetapi mereka silap. Apabila keputusan kuiz diumumkan, cubalah teka siapa yang menang?


Duhh? Sila klik Read More sebagai tanda kalian kagum terhadap aku.

Memang tidak syak lagi akulah Juara Windows 7 Sedunia. Sebenarnya ada beberapa pemenang, tapi aku kira macam juara keseluruhanlah sebab aku sorang sahaja yang ada majlis penyampaian hadiah. Orang lain diorang poskan je hadiah ke kampung masing-masing.


Sebenarnya aku memang tak sangka yang aku pemenangnya kerana kuiz dia bukanlah susah sangat pun. Aku selalunya tunggu rekan-rakan sekerja yang lain habis buat kuiz lalu aku plagiat sahaja jawapan mereka sambil buat-buat tersilap satu dua agar tidak mendapat markah penuh bagi mengelakkan kesangsian daripada pegawai pemeriksa. Mungkin sebab aku menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menyiapkan semua kuiz maka aku dipilih sebagai juara keseluruhan.


Aku memilih Microsoft Wireless Media Desktop 1000 sebagai hadiah kerana itu merupakan barangan yang paling mahal dalam senarai iklan. Set ini terdiri daripada papan kekunci dan tetikur tanpa wayar yang sleek dan bergaya. Gila smooth ketika menaip memang tiada bunyi dan jari jemari mendapat rangsangan refleksologi hasil daripada bentuknya yang ergonomik. Harga set desktop ini di pasaran adalah sama seperti harga tiga belas kali menonton wayang.


Terus aku sedekahkan keyboard dan mouse lama aku kepada anak yatim sebagai tanda kesyukuran. Eh aku kan anak yatim so aku sedekah kat diri sendirila keyboard dan mouse lama aku tu. Anyway lihatlah setup di atas. Macam ada sesuatu yang tak kena sahaja. Apa dia haa? Adakah sebab anda boleh melihat habuk yang tidak dibersihkan dalam gambar di atas? Ataupun kehadiran cakera padat Taylor Swift Fearless Platinum Edition? No no no dua-dua pun bukan.


Yeahh baby ini barulah setup yang betul. Sungguh bahagia dapat melayari laman pornografi kegemaran seperti di dalam gambar di atas secara wayarles. Ok ucapan kemenangan:
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi saya serta peminat-peminat fanatik saya yang tidak jemu-jemu mendoakan saya setiap kali selepas solat. Buat saingan-saingan saya diharapkan tidak patah hati kerana anda sudah mencuba yang terbaik. Anda seharusnya bangga tewas di tangan Sang Juara. Haa haa takburnya takburnya. Ayuh sila ucapkan kongratulasi sebagai galakan

Di sini aku ingin membuat tawaran; jika ada sesiapa yang hendak membeli set Wireless Media Desktop 1000 aku ini, harga permulaan ialah RM 150. Aku ambil untung RM20 je. Aku akan tandatangan sekali kat kotak dia memang jadi collector's item lah. Assalamualaikum.

p/s: Anda menggunakan Windows 7? Sila gunakan tips gagah ini:
1) Buat satu folder baru
2) Namakan folder itu ijaicool.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C} dan tekan Enter.
3) Kagum bukan?


Wednesday, January 6, 2010

Sesi Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki: Episod ke-4

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bertemu kita lagi dalam segmen yang dapat menambah ilmu di dada. Hari-hari anda disuap dengan entri berbaur fitnah dan kecelakaan daripada penulis blog ini, ada baiknya jika kita dapat mempelajari hukum-hakam dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa bimbingan daripada sumber yang betul, anda mungkin akan terpengaruh dengan ajaran sesat ataupun terpedaya dengan Mirzam untuk menjadi downline dalam perniagaan MLM Omega Trendnya. Ayuh kita klik Read More untuk mengupas persoalan yang ditanya oleh para pembaca.

disclaimer: ruangan soal jawab ini dikelolakan oleh Ustaz Faizal al Kacaki dan tiada kaitan dengan Sally ataupun Ijai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Pejabat Pos sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama Bomba (sampin hijau). Antara kejayaan beliau adalah mendapat pangkat Jaijidan atau dalam sukatan masa kininya 3.67 dalam Sijil Penilaian Rendah Agama. Sebarang kejahilan tentang ilmu fekah dan tajwid boleh ditanya terus dalam ruangan komen.

Soalan 1:

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada membela 20 ekor kucing di rumah. Namun begitu saya tidak yakin yang makanan kucing saya itu boleh kucing saya makan kerana tiada tanda 'Halal' daripada JAKIM. Yang ada hanyalah carutan daripada bahasa Thailand. Diharap ustaz dapat menjawab kekeliruan ini.

ijaicool, Bangi


Jawapan: Hukum halal dan haram tidak jatuh kepada binatang. Anda boleh beri kucing anda makan dan minum apa sahaja. Nak bagi Kasbeg pun boleh tetapi untuk menunjukkan keperibadian muslim yang unggul, adalah baiknya jika anda memberi kucing anda makanan berjenama Science Diet dan air mutlak.

Soalan 2:

Yo ustaz,

Apakah hukumnya menhadiri majlis harijadi ataupun perkahwinan rakan walaupun tidak diberi kad jemputan?

Zulkifli Ibrahim, Hartamas


Jawapan: Yo wassup nigga. Hukumnya harus. Anda memang tak malu datang tanpa dijemput. Tidak berdosa kita menghadiri majlis itu jika kita tidak memburu makcik-makcik milf. Akan tetapi jika kita hendak membaham haruslah kita meminta izin terlebih dahulu agar perut kita tidak buncit akibat mengambil makanan tanpa izin.

Soalan 3:

Saya ada ramai kawan bermata sepet dan berkulit hitam. Mereka baru sahaja lepas membaham bak kut teh di Jalan Raja Chulan. Semasa berbual-bual dengan mereka, air liur mereka tersembur ke muka saya. Adakah saya perlu samak muka saya?

Abdul Kahar, Penjara Kajang


Jawapan: Anda memang racists. Bagaimana kehidupan di penjara? Seronok tak disula rakan sebilik? Berbalik kepada persoalan anda, air liur bukanlah najis mutawasitah walaupun air liur itu air liur basi. Namun begitu, jika berlaku proses penzinaan tanpa izin di dalam penjara, maka anda diwajibkan mandi.

Soalan 4:

Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum mencukur bulu kaki bagi perempuan? Ada satu blog separa pornografi ni kata boleh pulak cukuq bulu kaki.

Enul, Kota Bharu


Jawapan: Cis macam bagus je blog tu. Tapi menurut kata umum memang baguih dok ada tuan punya blog tu. Ghajin pi sughau noo. Tiada larangan syarak terhadap mencukur bulu kaki serta bulu ari-ari bagi wanita. Jika tidak ditrim, dikhuatiri akan menjadi seperti mawas betina siapa mahu setubuhi nanti. Saya cadangkan anda gunakan Veet kerana Gillette adalah sebaiknya untuk lelaki. Apa yang jelas ialah hukum mencukuq alis mata yang dilarang seperti yang dinyatakan di dalam hadis sahih.

Soalan 5:

Hai ustaz. Apakah hukum berbogel ketika mandi kerana saya gemar melakukannya.

Ahmad Shuhud, HUKM


Jawapan: Hukumnya adalah makruh. Makruh mandi tanpa pakaian kerana dikhuatiri kita akan terangsang melihat aset sendiri lalu terceploit-ceploit kemudian menyesal dan tidak mahu buat lagi tapi esok lusa lupa buat jugak lagi. Tapi makruh-makruh pun saya buat juga dan saya yakin semua pembaca pun mandi bogel. Betul kan? Adalah menyusahkan jika kita mandi di dalam baju melayu dan capal ataupun mandi sambil memakai tudung Siti Nurhaliza.

Soalan 6:

Assalamualaikum ustaz, sebagai seorang pelajar berasrama, warden aku dia tak bagi bawak barangan elektrik. Tapi aku rebel aku peduli hapa. Aku bawak jugak rice cooker mak aku. Persoalannya, apakah hukumnya aku membaham nasi yang dimasak daripada rice cooker yang dilarang itu?

Ahmad Kusha, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang


Jawapan: Waalaikumsalam. Saya faham situasi anda. Biasalah jiwa muda rok n roll. Namun begitu nasi yang ditanak daripada rice cooker larangan itu masih halal dimakan, kecuali anda makan nasi itu berlaukkan babi ataupun kambing yang tidak disembelih. Tapi warden anda bukan saja-saja nak buat larangan itu ini, kerana dia hendak menerapkan disiplin yang kukuh di dalam diri.

Soalan 7:

Ustaz saya tiada benda nak tanya tapi saya nak kompelin ni. Yang soalan no 5 tu bukan saya yang tanya sebenarnya ustaz. Ada orang guna nama saya bastard betul la. Diharap ustaz dapat menjelaskan kekeliruan ini kepada para pembaca agar reputasi saya sebagai seorang doktor gigi tidak terjejas.

THE REAL AHMAD SHUHUD, HUKM,


Jawapan: Malas la aku nak layan korang ni.

Soalan 8:

Assalamualaikum ustaz. Saya telah bersumpah yang tidak akan ceploit-ceploit lagi. Tetapi setelah terlihat aksi badan berminyak Maria Ozawa mengurut Peter North, nafas saya turun naik dan saya tidak dapat menahan tangan kiri saya lalu telah terlanggar sumpah. Bagaimana nak buat ni ustaz saya dah menyesal beberapa kali ni.

Khairul Afandi, Jalan 6 Bangi


Jawapan: Waalaikumsalam. Saya perhatikan yang awak ni merupakan tukang tanya yang tetap dalam segmen ini. Masalah anda pula seakan-akan sama sahaja dengan soalan yang lepas? Mungkin anda perlukan terapi seksual untuk mengatasi masalah ketagihan anda. Berbalik kepada soalan, anda harus membayar kifarah iaitu membebaskan seorang hamba atau memberi 10 orang fakir miskin makan ataupun berpuasa 3 hari berturut-turut.

Sekian sahaja segmen soal jawab kali ini. Jangan lupa bersolat Isya' sebelum tidur. Jika ada sebarang kejahilan sila tanyakan di ruangan komen dan saya akan menjawabnya dalam ruangan soal jawab yang akan datang. Syukran ya ustazah.

Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 3
Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 2
Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 1

Perkara-perkara Yang Membuatkan Aku Hangin #2

Entri emosi! Aku sebagai seorang manusia biasa memang tak bisa lari daripada mainan emosi seperti ketika gadis mengalami period dan kehabisan tuala wanita. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh membuat aku hangin lalu mengeluarkan kata-kata tak berapa kesat seperti "Cikai mak lampir!!!", "gelenyahhh" ataupun "What the whatt??". Berikut adalah perkara2 yang boleh membuatkan aku hangin untuk panduan korang agar kita boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Sila klik Read More untuk mula beremosi.

1) Tidak boleh memesan makanan yang tertera di dalam menu kerana makanan itu tiada di dalam menu. Tidak boleh diterima. Ini selalu berlaku di Nando's apabila aku memesan hidangan ketulan tongkeng ayam yang dia cucuk dengan mata kail besar with 2 side dishes tu. Apa tah nama hidangan tu. Lepas tu nak menjerit-jerit BOM DIA! kau nak berperang ke apa. Cakap Melayulah agar tak salah faham.

2) Bermimpi basah, tapi tak ingat langsung apa yang berlaku. Kenikmatan tak dapat, sedar-sedar je kena mandi wajib. What the what man.

3) Aku bangun awal pagi, seawal pukul 5 untuk pergi kerja. Lepas tu pergi dalam kesejukan pergi mandi,syampoo, sabun dan gosok badan di tempat yang tidak mengghairaikan, lepas tu kita mengelap badan sehingga kering. Saat-saat kita berkemban nak keluar bilik air baru aku teringat, DEMMIT AKU LUPA MANDI WAJIB. Ahh kembali meratakan air ke seluruh badan dalam kesejukan.

4) Orang yang mengupdate blog for the sake of nak update tulis satu baris. Kalau sekali sekala tak mengapa tetapi jika beberapa kali in a row?? Contohnya "Rindu kat boifren :(" . That's it? Have you ever heard of Twitter??

5) Pengutip derma untuk membina masjid di CIMB Bank seksyen 8. Aku rasa dah 4 tahun dah kau kat situ takkan tak siap2 lagi masjid kau bitch. Memang sindiket ah long kau ni. Aku sedekah senyuman kau boleh buat muka pulak. Kata nak jihad Fisabilillah.

6) Penambahan bilangan orang Indon di sekitar Petronas di rumah aku semakin menghanginkan dan kadang-kadang membimbangkan. Bila ada pasar malam je mesti kau ingat kau sedang berada di Pasar Malam Surabaya. Dahla wajah mereka semua bertaraf kumpulan Radja kalau ala-ala Nicolas Saputra berani jugak aku nak beli popia basah. Rambut nak panjang lepas tu pakai tshirt hitam ada gambar kugiran sembah syaitan padahal diorang faham bahasa Inggeris yes no it isn't je. Yang perempuan pulak semua nak pakai seluar ketat buah dada tersembul sebelah bajet-bajet dapat memikat orang Melayu seperti Naufal.

7) Kanak-kanak yang baru mencapai akil baligh dan baru belajar nak pakai bra umur belum 18 tahun lepas tu pergi beli tiket wayang cerita 18 tahun walaupun sudah diwarning oleh akak kaunter yang cerita itu hanya untuk 18 tahun ke atas. Lepas tu masa nak masuk panggung kena tahan di hadapan menyebabkan orang dewasa seperti kami terpaksa menunggu dan mendengar korang merayu-rayu nak menonton filem Zombieland. Pergi tengok Alvin and the Chipmunks la woit.

Ahhh emosinyaa emosinyaaaaaa!!! Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...