Sunday, February 28, 2010

Top Ten Most Handsome Footballers

Siapa tonton Chelsea menentang Man City semalam? Bagi mereka yang mengikuti perkembangan gosip bola sepak antarabangsa pasti tahu tentang skandal John Terry menoron bekas gadis Wayne Bridge. Bridge yang ternyata hangin dengan berita itu telah memadam nama Terry daripada telefon bimbitnya dan membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari skuad England walaupun Piala Dunia hanya tinggal berapa bulan sahaja lagi kerana dia memang meyampah melihat muka Terry.

Semalam Terry dan Bridge bertemu pertama kali sejak skandal itu tersebar. Pengulas sukan tidak dapat mengelakkan diri untuk membincangkan tentang perkara itu dan tertanya-tanya adakah Wayne Bridge dapat bersikap professional dan tidak meninju Terry di padang. Ketika Terry menghulurkan tangan semasa pre match handshake, Wayne Bridge seperti dijangka telah mengaibkan Terry dengan mengignore salamannya. Kamon siapa tak hangin, dulu mereka berkawan dan minum arak bersama-sama di bar. Friends don't sleep with their friends' missus. Mungkin Bridge sepatutnya flashkan reversed V sign di muka Terry dan menanggalkan seluar pendeknya di hadapan kaca televisyen.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa Terry? Jika aku Veronica, ramai lagi pemain bolasepak yang boleh aku tiduri yang ternyata lebih kacak. Mungkin kerana pangkat dan darjat. Siapa tak mahu melihat lurah punggung kapten England ketika itu bukan? Jika aku seorang homoseksual, poster separuh bogel pemain bola sepak yang manakah yang akan aku tampal di dinding bilik air? Sila klik Read More untuk mengetahui sepuluh pemain bola sepak yang paling kacak di mata aku sepanjang zaman. Gadis-gadis juga berpeluang untuk mencuci mata melihat gambar pemain kacak selain Beckham dan Ronaldo.

10) Luca Toni (Roma / Italy)



9) Iker Casillas (Real Madrid / Spain)



Komen gay: Ohh Iker you can 'catch' me anytime!

8) Roque Santa Cruz (Manchester City / Paraguay)


Komen gay: OMG the hottest latino on the list.

7) Robin van Persie (Arsenal / Holland)


Komen gay: Tiada gambar dedah tubuh sebab van Persie Islam tutup aurat. Tapi pernah curang jugak kat bini. Solat Jumaat pun tak pernah nampak batang hidung di masjid Highbury.

6) Freddie Ljungberg (Seattle Sounders FC / Sweden)


Komen gay: OMG this ex Arsenal hunk is supa hot. I'd apply some oil on that body anytime anywhere.

5) David Bentley (Tottenham / England)




Komen gay: I want to drive you Bentley.

4) Kaka (Read Madrid / Brazil)



Komen gay: You made me go Kaka instead of Gaga.

3) Fernando Torres (Liverpool / Spain)



Komen gay: Now we know why they call him 'el nino'. Awww.

2) Jamie Redknapp (ex Liverpool / England)



1) Steve McManaman (ex Liverpool / England)



Komen professional: Steve McManaman adalah pemain yang paling aku gemari dalam sejarah bola sepak. Di zaman kemuncaknya bersama Liverpool, Macca adalah winger yang paling ditakuti kerana dia boleh memperanjingkan anda tanpa disedari. Aku pasti bersorak setiap kali bola menyentuh kakinya. Salah seorang daripada ahli 'Spice Boys' bersama Redknapp, Collymore, Fowler, James dan McAteer.

Gila gay entri ini. Bagaimana? Adakah pemain-pemain kacak pilihan saya ini pilihan anda juga? Atau anda ada pemain kacak lain yang ingin dikongsi bersama?

Friday, February 26, 2010

Kata Hati Jejaka

Ini adalah kesinambungan daripada entri di bawah. Jejaka adalah makhluk yang simple. Amat mudah untuk korang gadis-gadis memahami kami. Selalunya, apa yang terkeluar di mulut itulah maksud sebenarnya di dalam hati. Gadis-gadis pula sering berfikir jauh-jauh, menganggap yang bukan-bukan walaupun kami sekadar berkata 'Ohh'. Tak mengapa, di sini saya akan mendedahkan maksud sebenar ayat-ayat tipikal yang sering dikeluarkan oleh jejaka dalam pelbagai situasi. Sila klik Read More untuk memahami kata hati jejaka.

Contoh 1

Kata mulut: Saya letihla...
Kata hati: Saya letihla...

Contoh 2

Kata mulut: Ya
Kata hati: Ya

Contoh 3

Kata mulut: Tak
Kata hati: Tak

Contoh 4

Kata mulut: (hanya tersenyum ketika memandang anda)
Kata hati: Sememangnya ku sedar dan tahu, tiada wanita di dunia setandingmu

Contoh 5

Kata mulut: Saya ini unik, awak tak akan jumpa jejaka seperti saya lagi di dunia ini...
Kata hati: Saya tak sunat lagi.

Contoh 6:

Kata mulut: Saya rasa awak lagi sesuai pakai beg yang itu. Nampak voguedevass babe.
Kata hati: Beg tu ada diskaun.

(bagi mengelakkan salah faham, contoh-contoh berikut lebih sesuai diaplikasikan bagi mereka yang sudah berkahwin)

Contoh 7

Kata mulut: Cantiknya awak malam ni...
Kata hati: Ayuh bersetubuh

Contoh 8


Kata mulut: Saya cintakan awak sayang...
Kata hati: Ayuh bersetubuh

Contoh 9

Kata mulut: Saya suka awak pakai baju ni...
Kata hati: Nice cleavage.

Contoh 10

Kata mulut: Saya pergi rumah ijai nak ambil cerita Lost kejap sayang
Kata hati: Saya nak main Call of Duty sampai pukul 2 pagi

Contoh 11

Kata mulut: What's wrong babe?
Kata hati: Again?? Bukan baru last week ke period?

Contoh 12

Kata mulut: I keluar kejap.
Kata hati: Demi mengukuhkan imanku, aku kan bersolat Maghrib berjemaah di surau, dan kemudian membeli barangan dapur untuk isteri tercinta. Apa saja untukmu, tak ku hiraukan waktu. Katakan saja, kan ku laksana, permaisuri kau bertakhta di jiwa.

Fahami jejaka anda. Cintai mereka dengan sepenuh jiwa.

Thursday, February 25, 2010

Kata Hati Gadis

Gadis adalah makhluk yang kompleks. Amat susah untuk kami para jejaka hendak memahami anda. Mulut cakap lain, tetapi hati cakap lain. Lepas tu membebel cakap kami tidak memahami anda. Memanglah, kami ni naif, kami sentiasa mendengar cakap gadis kami. Di sini saya akan memberi contoh ayat-ayat stereotype yang selalu diungkapkan oleh gadis-gadis yang jelas berbeza maksud sebenarnya. Sila klik Read More untuk memahami kata hati gadis.

Contoh 1

Kata mulut: Bagi saya 5 minit saya nak mekap sekejap.

Kata hati: Pergilah main game ke tengok bola ke jangan kacau aku nak lentikkan bulu mata ni.

Contoh 2

Kata mulut: Eh abang, lawa kan baju ropol-ropol ni.

Kata hati: Abang, belikan I baju ropol-ropol ni kalau tak malam ini tiada persetubuhan.

Contoh 3

Kata mulut: Awak rasa saya gemuk ke?

Kata hati: Pujilah tubuh aku yang solid ni baru lepas makan herbalife.

Contoh 4

Kata mulut: Sayang, kita kena lebih pandai berkomunikasi dan bertolak ansur...

Kata hati: Kau dengar jelah cakap aku.

Contoh 5

Kata mulut: Awak sayang kat saya tak?

Kata hati: Ok kalau sayang belikanlah aku beg tangan Jurulatih ni.

Contoh 6

Kata mulut: Awak sayang kat saya banyak mana?

Kata hati: Ok saya sebenarnya terlanggar pasu bunga tadi bumper dah calar...

Contoh 7

Kata mulut: Haha you're so adorable! Nak cubit-cubit je pipi tu.

Kata hati: I only consider you as a friend.

Contoh 8

Kata mulut: Takpe, saya tak marah.

Kata hati: MESTILAH AKU MARAH MONYET!

Contoh 9

Kata mulut: Tak kisahla makan kat KFC pun boleh.

Kata hati: Kedekut punya boifren.

Contoh 10

Kata mulut: Taknak.

Kata hati: NAKKKKK!!!!

Contoh 11

Kata mulut: Nak.

Kata hati: NAKKKKK!!!!

Contoh 12

Kata mulut: Alah awak ni memang pemalas. Bukannya nak tolong saya basuh baju ke, ambil anak dekat tadika ke. Tau nak makan, tengok tv, bersetubuh lepas tu tidur. Kita kan suami isteri kenalah saling bertoleransi. Ini tak asyik saya je yang nak mengalah. Kalau saya membebel awak marah tapi kalau saya diam awak ambil kesempatan pulak. Ish tak fahamla saya dengan sikap awak ni. Hantar saya balik kampung sekarang jugak!!!

Kata hati: PMS

Haha jangan marah gadis-gadis. Ini adalah pandangan secara stereotype. Anda mungkin tidak bersikap begini kan? Tetapi untuk membuat kami para jejaka lebih faham dengan anda, mungkin anda boleh kongsi maksud sebenar ayat-ayat yang korang keluarkan? Untuk bersikap adil, saya mungkin akan membuat entri Kata Hati Jejaka pula nanti. Hee hee.

Tuesday, February 23, 2010

Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan Di Zaman Persekolahan

Mana korang lebih suka; zaman bekerja atau zaman bersekolah? Orang selalu mengeluh rindukan zaman-zaman persekolahan, terutamanya semasa sekolah rendah; tetapi korang hanya rindukan part yang best sahaja. Bagaimana dengan kenangan-kenangan pahit yang dialami di sekolah rendah? Jika diberi peluang, mahukah anda menjalani kehidupan sekolah rendah sekali lagi? Aku tak mahu. Sila klik Read More untuk mengalami pengalaman buruk di sekolah rendah aku.

1) Kena kapur kasut

Ini benda yang paling membosankan. Setiap minggu kena buat kalau tak mama aku ataupun guru aku bising. Basuh kasut tiada masalah sebab aku selalu je sumbat dalam mesin basuh di rumah. Tetapi mengapur kasut??? What's the point nanti kotor balik lepas main galah panjang. Aku dulu nak senang bancuh je kapur dalam gayung lepas tu rendamkan kasut. Pantas dan efektif. Tapi kesannya, kasut akan menjadi keras, termasuklah tali kasut. Ya dulu-dulu aku pakai kasut Pallas Jazz bertali sebab kasut lekat-lekat yang ada lampu refleksi tu hanya untuk budak-budak kaya.

2) Kena buat ujian PAFA

Kalau hendak lulus UPSR, kena ambil ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Aku agak bernasib baik kerana mama aku hantar aku pergi sekolah agama. Kalau tidak mesti aku jadi Jahilliyah macam kawan-kawan aku yang tak hafal niat berpuasa. Tapi sehandal-handal aku pun, satu benda yang aku gagal adalah menbaca doa qunut. Masa tu nasib baik baca ramai-ramai aku boleh je miming. Itupun aku pandai pilih group yang mostly tahu baca. Qodoit afait sampai sekarang lagi tunggang langgang. Ala zaman moden ni tok mudim dah tak suruh baca doa qunut lagi kan masa akad nikah nanti?

3) Kena lempang dengan cikgu Kelab Komputer

Aku dulu budak baik dowh kat sekolah rendah. Tapi peristiwa kena lempang dengan guru masih aku simpan lagi dendam kesumat di dalam hati. Aku dulu join kelab komputer. Lepas tu tah apa tah cikgu tu cakap kat depan, aku sibuk main game Double Dragon. Lepas tu dia panggil aku dan lempang aku di khalayak ramai. Malu gila aku ketika tu. Nak menangis tapi tak keluar air mata keluar bunyi je. Kalau aku ingat muka dan nama dia mesti aku cari kat Fesbuk sambil menghina berat badan dia.

4) Kena menghadiri perhimpunan

Sebelum perhimpunan mesti ada bunyi loceng kan? Haa kat sekolah aku loceng dia bunyi dua kali. Ok aku tidak tahu Guru Besar mana yang mencipta undang-undang bodoh ini; apabila loceng yang pertama berbunyi, semua orang mesti berhenti bergerak. Terpaku la kau seketika macam patung Audrey di pasaraya. Selepas loceng kedua berbunyi barulah boleh bergerak. Tak kiralah kau sedang berjalan ke, makan ke memang tak dibenarkan bergerak langsung. Kalau tengah berak mesti susah nak maintain pengeluaran tahi tanpa memotongnya dengan punggung sebelum loceng berbunyi.

5) Kena join pengakap


Di sekolah rendah, semua budak lelaki kena sertai pengakap. Macho tu join pengakap sebelah lengan kanan ada wisel sebelah kiri ada tali serbaguna. Menyertai pengakap memberi anda imej mental yang menunjukkan anda ini boleh berdikari, pandai memimpin, dan berkebolehan menyanyi. Yelah setiap kali perjumpaan mesti nak menyanyi lagu Kodok Ngorek Kodok Ngorek Pinggir Pinggir Kali takpun Kami Ahli Pengakap Muda Buat Sehabis Baik. Lepas tu belajar simpulan 'kanan tindih kiri. kiri tindih kanan'. Ada jugalah ujian-ujian yang depa suruh ambil macam ujian naik basikal sambil lepas tangan ataupun ujian meniup rekorder lepas tu boleh dapat lencana pencapaian. Padahal semua lencana tu semua boleh beli sendiri dekat Ali Store (kedai tekstil popular di Kajang). Hakikat sebenarnya aku hanya menyertai pengakap kerana pengaruh rakan sebaya, di mana hati aku sebenarnya tertarik dengan Bulan Sabit Merah.

6) Kena periksa gigi

Dulu masa aku darjah satu, aku ada dua batang gigi susu yang dah reput. Dia sudah bergoyang-goyang boleh tolak dengan lidah. Menggeletar mulut aku ketika doktor gigi memeriksa mulut. Dahla aku tak tahu istilah gosok gigi semasa kecil. Mesti bau dia macam celah lemak Kevin Yue Biggest Loser Asia. Lepas tu dia selamba je tak bagi amaran ambil perengkoh paip dia tu menarik gigi aku. Terus aku fobia tak pernah langsung seumur hidup aku pergi periksa gigi di klinik gigi sehingga sekarang.

7) Kena ambil periksa

Kat kelas aku ada seorang budak perempuan bernama Nadiah Suhaida. Aku panggil dia Meggi sebab rambut dia kerinting. Walaupun dia berambut kerinting, dia merupakan pelajar yang paling pandai di kelas aku. Tiap-tiap tahun dapat nombor satu sehingga mama aku pun kenal dia. Gila tekanan sebelum periksa mama aku mesti paksa aku belajar sambil beri nasihat "Ijai kenalah rajin buat latihan kalau tak macamana nak mengatasi Nadiah Suhaida". Lepas tu nak suruh aku belajar ketika periksa arwah aku pasang kunci mangga kat bilik komputer. Gila nak lari rumah aku ketika musim peperiksaan.

8) Tandas bertaraf iblyss


Budak-budak sekolah rendah memang tak reti nak pam tandas. Pegila tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar seperti tahi lepat pulut, tahi pengebom berani mati mahupun tahi berlingkar. Cara yang terbaik untuk mengelak daripada berjumpa tahi-tahi ini adalah dengan pergi berak di tandas guru. Tapi berhati-hati agar tidak terserempak dengan guru besar yang sedang ringan-ringan dengan guru pelatih.

Maka itu adalah sebab-sebab mengapa aku tidak mahu mengalami zaman sekolah rendah sekali lagi. Anda bagaimana?

Monday, February 22, 2010

Kenangan Cinta Lama

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri di bawah. Semasa aku sedang mengemas surat cinta lama untuk diblender dan disedekahkan kepada anak yatim sebelah rumah Jamil, tiba-tiba mata aku tertumpu kepada sekeping kad harijadi yang comel. Hati aku tiba-tiba berbunyi dag dig dug macam lagu nyanyian Haiza. Kenangan lama mula bermain di minda. Saat-saat indah kita bersama, bagaikan mimpi indah tidak terkata. Chewah ayat nak puitis macam testis. Lihatlah kad di bawah, comel bukan? Aku ni memang istimewa dan irresistible, tu yang dapat kad comel tu.


Aku macam mencari nahas je membuat entri sebegini. Ayuh klik Read More untuk mengimbas kenangan cinta lama aku.


Bertenang, itu sebenarnya adalah kad harijadi yang dihadiahkan oleh BFF aku beberapa tahun yang lalu. Walaupun korang ni sweet membuat 'surprise' parti untuk aku, mungkin korang boleh memilih kad yang nampak less gay. Seprais la sangat, masa ambil aku kantol ada kek tulis nama aku dalam kereta haa haa.


Gambar kami kanak-kanak Bangi semasa remaja. Adam dan Apai masih belum berkahwin, Ikram dan Zul masih lagi bercouple. Ini baru brotherly love yang sejati, kalau setakat wish besday kat Fesbuk tu apalah sangat. Anjurkan parti liar la baru kool.

Namun begitu apa yang lebih sweet adalah surat cinta yang aku terima semasa zaman sekolah menengah. Masa itu tingkatan 4, almost semua BFF aku pindah masuk MRSM, aku sorang je yang stay Bangi walaupun aku pelajar cemerlang PMR sebab aku anak mama (well at least until Shuhud balik Bangi daripada MRSM Taiping sebab kena raba dengan senior). Di satu petang yang hening, ketika aku sedang mencarut-carut akibat modem dial up aku tak mahu connect, tiba-tiba encik posmen datang menhulurkan sepucuk surat yang berbau wangi kepada aku. Huii jangan main-main siap letak bedak sejuk lagi kat surat tu memang istimewa ah.


Memang terembes air mazi aku ketika itu akibat kegembiraan setelah mendapat surat daripada Langkawi. Adam, Anas, Jamil, Ikram dan Zul melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. Hubungan bromance kami memang ternyata utuh dan kental walaupun kami berjauhan.


Betapa buruknya tulisan mereka ketika itu. Sila klik gambar untuk tumbesaran.


Duit 50 sen yang korang kepilkan untuk membeli air Pakcik Peluh pun masih ada. Pakcik Peluh? Well that's a name that deserve a dedicated entry. I'll write about him later.

To all my BFF (you know who you are), you guys will sit in the VVIP section on my wedding. I'd sleep with you all without hesitation. I'd fight for you, I'd lie for you, walk the wire for you, yes I'd die for you. Aiseh kantol pulak kopipes lagu Bryan Adams untuk beberapa ayat terakhir.

I lap uols. Uols lap me tak?

Sunday, February 21, 2010

What's In The Wardrobe?

Alah asyik-asyik melihat entry gadis-gadis menunjukkan apa yang terdapat di dalam almari mereka. Beg tangan la, baju dedahkan aurat la, alat solek la sekali sekala nak jugak tengok apa yang ada dalam almari seorang jejaka sejati bukan? Jangan ingat jejaka ini hanya tahu simpan cakera padat ataupun majalah tidak senonoh di dalam almari. Exsqueeze me, ini zaman teknologi maklumat semua benda tidak senonoh itu disimpan secara digital di dalam PC kami ok.


Sudah bersedia untuk masuk ke dalam almari aku? Please click Read More to see what's in the closet.

1) Baju murah tetapi kool

Duhh? Kegunaan utama almari adalah untuk menyimpan pakaian ataupun dijadikan tempat menyorok ketika diserbu JAIS semasa berkhalwat. Aku ada banyak tshirt yang kool yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. US dollar mungkin boleh sebab suruh Adam beli kat US. Entri tshirt kool boleh dibaca di sini. Selain tshirt kool, aku juga ada banyak baju Melayu kerana aku ni orang Melayu yang sejati. Kami jejaka tiada baju ropol-ropol yang mahal macam gadis. Paling mahal pun seluar Levi's itu pun beli 2 tahun sekali masa nak dekat raya sebab berjaya puasa penuh. Btw, tshirt gay berwarna merah dalam gambar di bawah adalah untuk dijual belilah woi RM50 je aku jual limited edition tu tak boleh dapat di mana-mana pasar tani (edited: aku masih membenci manshitter, rujuk entri Bungkusan Dari Neraka untuk penjelasan lanjut mengapa aku ada tshirt mughallazoh tersebut)



2) Koleksi komik dan majalah

Di sini aku ingin tekankan yang aku tidak memiliki sekeping komik lucah ataupun majalah bogel walaupun aku sering menggunakan perkataan persetubuhan di dalam entri-entri aku. Dahulu aku membuat koleksi komik-komik Jepun yang tipikal seperti Mutiara Naga (jilid 1-43), Misteri Naga (1-37), Eiji, Getbackers, Penyiasat Remaja (curi Shuhud punya je selalu) dan lain-lain.


Oleh kerana terlalu banyak, almari aku ada dua compartment untuk mengisi komik dan majalah sahaja. Lihatlah boleh betapa semaknya ruangan komik aku. Aku juga turut mengumpul majalah Ujang dulu-dulu (zaman Ujang masih di dalam Ujang), Apo, Gempak, Utopia dan Rottw. Tapi semua aku sudah tak beli sebab semakin aku tua, semakin malas untuk membaca. Aku turut mengumpul komik Cina seperti Alam Perwira, Dewata Raya, dan Juara Wira. Aku paling suka Juara Wira, di mana watak Sang Helang yang begitu kool mengaplikasikan teknik Ruangan Wujian yang diajar oleh tok gurunya Tuan Wujian.

Dulu-dulu harga dia RM 1.80 je. Pastu naik sikit-sikit harga. Sekarang dengan cerita recyclenya, Jejak Wira dah generasi ke berapa entah dan grafik yang tidak asli pastu mahal pulak tu. Mama aku suruh jual kat 'paper lama' tapi aku membantah kerana aku yakin komik-komik ini akan menjadi collector's item lagi 10 tahun dan aku akan menjadi ribuan setelah menjualnya di Ebay nanti hua hua hee.



3) Surat cinta dahulu kala

Aku langsung lupa dengan kehadiran kad-kad jiwang dan surat cinta memualkan pemberian gadis lama yang disimpan di bawah almari aku. Jika tidak kerana aku hendak membuat entri terjah almari ini, pasti aku tidak perasan dan terbiar reput di dalam almari. Harus diblender sebelum da' Killa baca. Hee hee.



4) Koleksi kaset

Gambar di bawah merupakan antara koleksi kaset aku dulu-dulu. Aku rasa ada banyak lagi tapi hilang entah ke mana. Mungkin Acap Ciki pinjam pastu tak pulangkan. Citarasa muzik aku dulu-dulu memang berjiwa rok n rol. Smells like teen spirit la konon-konon. Ketika itu impian aku bila besar nak jadi macam Kurt Cobain, tak pun Dave Grohl. Skarang dah besar mungkin aku sudah tidak berjiwa rok seperti dulu, perut pun sudah boroi. Antara kedai kaset yang menjadi tempat aku menghabiskan wang ialah kedai kaset di Metro Kajang dan Pertama Complex. Rupa-rupanya aku kopi pes ayat sebelum ini daripada entri ini.



5) Alat solek

Kami jejaka tidak perlu maskara, gincu bibir, gincu lutut, eyeshadow, eyeliner, panty liner, pencukur bulu kaki, pewarna bulu ketiak, blusher, bedak sejuk or apa-apa sajalah alat bantuan kecantikan yang lain. Kami jejaka hanya perlukan ubat ketiak. Jenama ubat ketiak kegemaran aku ialah Avon. No, bukan sebab katalog dia ada model-model ghairah, tetapi sebab aromanya yang


Sekian sahaja entri ilmiah tentang jejaka aku untuk kali ini. Now tell me, what's in your wardrobe?

Saturday, February 20, 2010

Cara-Cara Membentuk Boyband Popular

Apa itu Boyband? Boyband adalah sekumpulan lelaki separa dayus yang membawa muzik pop ataupun R&B. Sekumpulan lelaki garang yang membentuk kugiran seperti Cromok tidak boleh dikategorikan sebagai boyband. Boyband selalunya berkebolehan untuk menyanyi sambil menari mengikut koreografi yang ditetapkan. Jika anda berada di dalam sebuah boyband, peluang anda untuk meniduri gadis ataupun arbok adalah lebih tinggi berbanding mereka yang menyertai band pancaragam ataupun band nasyid. Jadi bagaimanakah kita hendak mencipta sebuah boyband yang berjaya? Ayuh kita klik Read More untuk merekrut karekter-karakter yang boleh membentuk sebuah boyband popular.

1) Suara tak penting, yang penting rupa

Ini adalah perkara yang paling penting dalam membentuk sebuah boyband, Setiap ahli boyband mesti memiliki paras rupa kerana gadis-gadis tidak akan histeria jika melihat wajah seperti Fandi berada di dalam boyband. Ok mungkin histeria ketakutan. Suara memang tak penting, kerana kita boleh sekadar miming sebagaimana yang kita selalu lakukan dalam bacaan doa Qunut. Lagipun yang betul-betul boleh menyanyi dalam boyband selalunya dua orang sahaja. Contohnya dalam kumpulan Nsync, hanya Justin dan JC sahaja selalu mendapat vokal solo, ada kau dengar si Lance tu membuat falsetto? Lance tu hanya pelengkap kumpulan diterima dalam Nsync kerana berwajah babyfaced sahaja.

2) Mesti ada seorang karekter gay

Terdapat banyak komuniti gay senyap di dunia ini. Mereka memang nampak keras, tetapi lubang punggung longgar. Jadi bagi menjadikan sesebuah boyband berjaya secara menyeluruh, mereka mesti ada seorang karekter homoseksual sebagai simbol seks kepada komuniti gay tadi. Dengan adanya karekter gay di sesebuah boyband, barulah ada orang lelaki yang menghadiri konsert dan membeli album mereka kerana lelaki yang normal dan straight tidak akan mendengar/menonton nyanyian boyband. Contoh karekter gay di dalam boyband yang popular adalah arwah Stephen Gately (pic below) daripada Boyzone, Lance Bass daripada Nsync serta Dave daripada The Moffats.



3) Mesti ada seorang karekter bekas banduan

Bagaimana kita hendak mengenali karekter bekas banduan ataupun penyangak di dalam sebuah boyband? Ahli boyband selalunya mengamalkan imej clean cut, tetapi pasti ada seorang ahli kumpulan yang berwajah garang, badan bertatu serta memiliki subang di telinga, mata mahupun testis. Contoh karekter banduan yang popular adalah AJ dari BSB, Shane Lynch (pic below) dari Boyzone ataupun Abs dari kumpulan 5ive. Karekter ini penting bagi menampakkan imej garang bagi menunjukkan penjahat juga boleh melayan muzik sebegini.



4) Mesti ada seorang karekter yang berlagak penting.

Karekter yang berlagak penting ini selalunya merupakan ahli yang paling standout dalam sesebuah boyband. Masa interview mesti diorang je yang hendak bercakap. Ciri-ciri mereka yang berlagak penting ini adalah mereka sering mendapat vokal solo, bersuara sengau, paling tampan dalam kumpulan, serta paling diminati oleh gadis-gadis. Contoh mereka yang berlagak penting adalah Nick dari BSB, Justin Nsync, Taylor daripada Hanson, Scott Moffats, Joe Jonas, serta Hairi daripada kumpulan Kool (boyband Melayu).

Jika kita mengikuti panduan-panduan di atas, saya yakin album sulung kita akan mencapai peringkat titanium. Alright so siapa nak join boyband Y.P.R aku? Sekarang ini line up dia aku sebagai karekter yang memiliki suara dan rupa, Fandi sebagai karekter banduan, Adam sebagai karekter Asian (chinese) yang pandai breakdance, dan Shuhud sebagai watak kulit hitam bagi mengetuai vokal harmoni.

Friday, February 19, 2010

Berita 'Kematian' Shuhud

Bertenang. Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa bin Yajid Puteh masih bernyawa dan sedang menampal gigi manusia dan haiwan peliharaan di HUKM. Apa perasaan anda ketika membaca tajuk di atas? Pasti menggeletar tubuh badan dan kemudian pengsan sebelum bangun kembali dan mencarut-carut ringan. Itulah yang aku rasa ketika mendengar tentang berita 'kematian' Shuhud ataupun nama arboknya Abe, cuma efeknya lebih hebat lagi bagi aku di mana aku telah terduduk mencakar-cakar dinding di sudut-sudut gelap sambil mengalir air hidung. Abe ialah salah seorang rakan daripada akhirat aku. Mustahil aku boleh bertenang mendengar berita pemergiannya. Sila klik Read More untuk mengetahui kisah sebenar.

Kisah ini berlaku selepas matrikulasi dan ketika hendak masuk universiti. Ketika itu, hati aku sedang remuk kerana dikecewakan oleh salah seorang gadis arab sejak zaman sekolah. Memang tak terurus aku ketika itu. Mandi wajib pun tidak, makan tak lalu, badan kurus kerempeng, bulu mata menjadi panjang dan pelbagai lagi simptom putus cinta. Satu malam, ketika aku sedang memohon petunjuk Ilahi agar aku dapat move on, telefon Nokia 3310 aku berbunyi. Bunyi dia bukan main-main keluar nada dering lagu cinta aku ketika itu iaitu La Isla Bonita dendangan Madonna. Eh mengapa ex gadis aku menghubungi aku? Ingin rujuk kembali ke? bisik aku di dalam hati mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Kita ikuti perbualan yang diubahsuai ini:

ex gadis: Hello...

aku: IJAI MINTA MAAF. IJAI TAK AKAN LUPA MEMBALAS MISKOL LAGI... (gila lame menggunakan kata ganti diri yang ketiga)

ex gadis: Eh apa ni. Ijai dengar berita tak?

aku: Berita apa? Berita Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan kahwin lari ke?

ex gadis: Eh apa ni. Berita ni belum berlaku lagi masa zaman kita. Ijai tau tak....Abe...Abe...ABE SUDAH MENINGGAL DUNIA!

aku: WHAT THE WHATTT??? (eh masa ni aku belum tahu frasa what the what lagi). Awak jangan main-main. Siapa cakap ni?

ex gadis: budak kelas. Dia accident....

PAP terus aku menghempas gagang telefon. Tapi aku pakai HP so aku tekan butang merah tu lah. Berderau darah aku ketika itu. Boleh nampak tangan aku terketar-ketar. Gila tak boleh terima. Aku tahu ketika itu Abe sedang balik kampung di Kelantan. Aku terus call henset Abe. Masuk voicemail. Semakin seram sejuk aku. Aku call pula rumah Abe sebab mama dia tak ikut balik kampung. Tiada jawapan. Makin cemas aku. Situasi ketika itu memang gila. Aku mula terkenang kembali saat-saat indah aku dan Abe. Kami berkawan sejak sekolah rendah. Ketika orang tak nampak, Abe sering menyisirkan rambut aku, menolak rambut aku ke belakang telinga sambil tersenyum. It's not gay, it's bromance. Brotherly love.

Sedang aku sibuk terkenang kisah lama, tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi. Naufal, kawan sekolah aku yang turut rapat dengan Abe.

Naufal: ARGHHHHHH IJAIIIII. KAU DAPAT BERITA TAK IJAI??? ABE DAH MATI JAIII ARGHHHHH MATIIIIIIIIII!!!! (jeritan yang over)

aku: sabar Naufal. Tuhan lebih menyayanginya. Tapi mana kau dengar berita ni.

Naufal: Budak kelas Arab bagitahu. Aku tak sempat minta maaf kat dia Jai lagipun haritu dia hutang aku RM50 aku seganla nak tuntut kat mak dia.

aku: Eh Naufal kau tengok WWF semalam tak? Undertaker mempertahankan kejuaraannya menentang Stone Cold Steve Austin dalam In Your House: Cold Day In Hell (aku cuba mengalihkan perhatian Naufal sebab dia fanatik wrestling)

Naufal: Tu ah babi Stone Cold kalah kena Tombstone Piledriver dengan Undertaker.

aku: Naufal kita tak tahu berita sebenar. Kau cuba call mak dia ok, aku cuba call Abe.

Naufal: ARGHHHHHHH (kembali histeria).

Shit. Tampak seperti benar berita itu. Sudah tersebar luas ni. Tetapi aku tidak akan percaya selagi tidak mendapat pengesahan. Kalau eksiden mesti keluar kat Buletin Utama ataupun ruangan Obituary Harakah. Tiada pun. Aku masih cuba call rumah Abe tapi masih tak berjaya. Tiba-tiba telefon rumah aku berbunyi. Air mata gembira mengalir setelah mendengar suara serak-serak sumbang yang familiar.

Shuhud: Wei Jai aku ni.

Aku: KAU KAT MANA NI ABE? Alam Barzakh ada public phone ke? Orang kata kau dah mati Abe.

Shuhud: Haha rileks Jai aku kat kampung. Siapa cakap ni? Naufal call aku tadi menangis-nangis macam bapuk. Badan je besar macam Conan The Barbarian. Tu yang aku call kau terus ni. Haha tula jai dari dulu aku dah cakap dia tu gemuk kau taknak dengar cakap cinta itu buta la kan kau dah kecewa sekarang haa haa (Abe hates my ex).

Aku pun tak tahu bagaimana boleh terkeluarnya fitnah mengatakan Abe mengalami kemalangan. Seriously, it not effing funny. You don't talk like that about someone's best friend. Memang marah gila aku masa tu dengan penyebar berita. So I called my ex for the one last time.

ex gadis: Hello ijai....

Aku:
Tell this to your friend. BA YA TA CHA HA!

Pap. Hempas telefon. Aku terus move on tanpa sebarang masalah. Dan aku semakin benci dengan gadis kelas Arab. Kata-kata kau memang benar Abe. I should have listened to you about the weight.

Wednesday, February 17, 2010

Tanda-Tanda Orang Tiada Idea Untuk Mengupdate Blog

Bila kita sedang on form, fuiii segala jenis topik kita nak tulis. Topik rumahtangga, politik, sukan, penzinaan memang semua benda kita nak cover. Idea mencurah-curah bagaikan peluh suam di celah lipatan lemak Aaron Biggest Loser Asia. Eh Aaron ni hos dalam VCD rokdewel dulu kan gua sokong lu beb. Anyway bila sudah tiada idea hendak mengemaskini kita pasti akan melakukan salah satu daripada tabiat yang dodgy tanpa disedari. Sekali-sekala tak mengapa aku pun buat juga haa haa. Tetapi jika kita mengaplikasikannya setiap hari nanti orang tahula kita ni sebenarnya tidak kool dan membosankan. Sila klik Read More untuk mengetahui ciri-ciri orang yang tiada idea untuk mengemaskini blog.

1) Memulakan entri dengan ayat "Huii takde idea lah nak update" disusuli dengan karangan yang membosankan sebab dia nak jugak update seperti 'Saya pergi ke kedai untuk membeli Dynamo' (lepas tu upload gambar Dynamo yang dibeli). Lepas tu nak selit juga elemen kelucuan dia cakapla dia terjatuh longkang ke jerawat dia pecah ke.

2) Menulis lirik lagu popular masa kini sambil mengepilkan klip videonya dari Youtube.

3) Menjawab tag walaupun tiada siapa yang mengetag dirinya. Lepas tu dah buat tag kenala tag orang kan? Tapi dia simply letak "Siapa-siapa nak buat tag ini silakan, saya tak paksa' Right. Because nobody's going to do it anyway.

4) Copy and paste emel yang diforward seperti Senarai Orang Terkaya di Malaysia ataupun Cara-cara Hendak Beristinjak.

5) Letak sekeping gambar besar, tak kisahla gambar apa pun. Beg tangan buaya ke, kasut tumit tinggi 6 inci ke tak pun gambar printer.Lepas tu on caps lock, 'I WANT!!'.

6) Membuat update bertaraf Twitter di blog seperti 'Ha ha ha I suka stalk ijaicool because he's awesome!'. "Okla tu update sebaris pun, asalkan para pembaca aku puas yang aku update", bisik mereka di dalam hati untuk membuat diri rasa lebih baik.

7) Tak update blog.

Nampak sangat aku ni sebenarnya tiada idea untuk update lepas tu tiba-tiba mendapat idea untuk update tentang orang yang tiada idea untuk update. Ahh pening.

Tuesday, February 16, 2010

OOOOOO EMMMMMM JIIIIIIIIIIIIII ! (part 2)

OMG

Benda apakah yang lebih menawan daripada kasut fringe?

Lebih bergaya daripada designer bags?

Lebih nikmat daripada kemuncak syahwat?

Lebih lazat daripada Grilled Butter Chicken di Chicken Rice Shop?

Lebih ghairah daripada Mike's Apartment?

Lebih asyik daripada mengumpat dan mengadu domba?

Lebih kool daripada iphone?

Wait a minute, kooler than iphone? Is there such a thing? No it's not ipad. Ipad is what female robots use during period.

Sila klik Read More untuk mengetahui jawapannya.

Windows Phone 7 Series



Sidang akhbar: http://www.microsoft.com/presspass/presskits/windowsphone/videogallery.aspx

Features: http://gizmodo.com/5471805/windows-phone-7-series-everything-is-different-now?skyline=true&s=i

Let's see, so far I got Windows t shirt, bag, wireless desktop set, IE8 mug and cap, and Windows 7 Ultimate as presents; and guess what Microsoft is going to give us this year? OH YEAH BABYY. Hee hee hee I am so glad that I am on Team Windows. Ok fine aku just buat spekulasi je maybe diorang sekadar kasi baucer membeli belah di Jusco. Alah kalau depa tak bagi pun, mungkin boleh dapat sebagai hadiah hantaran, betul tak babe? Hee hee.

Nampak sangat aku fanboy maikrosof. Alah nak buat macamana diorang yang beri aku makan setiap bulan. Nak jual ah Nokie 3310 aku ni. Dah lama sangat aku pakai telefon ni tulisan dia pun dah tukar jadi jawi.

So, are you Team Microsoft or Team Apple? Adam kau takyah jawab kau sudah belot.

Monday, February 15, 2010

Ramalan Horoskop Cina Bersama Dr Chai Ka Cak

Salam sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca yang budiman. Bagaimana dengan sambutan tahun baru Cina anda? Hari ini ada puasa sunat raya cina tak? Yelah hari ini kan hari Isnin. Sempena sambutan hari raya Cina ini, saya telah menjemput seorang pakar Astrologi dan Astro Beyond dari Universiti Tenaga Nasional iaitu Mejar Bersara Dr Chai Ka Cak untuk memberi ramalan tentang kehidupan kita pada tahun 2010 ini berdasarkan Zodiak kalendar Cina. Dr Chai (pronounced as Jai) mendapat sijil tamat latihannya dalam jurusan Nujum dan Ilmu Falak sejak tahun 2007. Beliau amat popular dengan novel-novel remaja keluarannya seperti Rahsia Tahi Lalat dan Operasi Katak. Kini beliau bekerja sebagai konsultan di kedai Feng Shui di Midvalley. Ala yang dekat food court atas, tepi eskalator tu. Tanpa membuang masa, ayuh kita klik Read More untuk mengetahui ramalan-ramalan baik mahupun buruk yang mungkin ataupun tak mungkin berlaku kepada kita untuk tahun 2010 ini.

Tahun Tikus (1900, 1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008)

Kerjaya: Satu demi satu rakan sekerja anda berpindah tempat kerja ataupun dipecat akibat gangguan seksual. Ramai juga yang diberhentikan di atas alasan kegawatan ekonomi ataupun anda banyak unscheduled absenteeism. Anda tidak perlu risau kerjaya anda selamat buat masa ini kerana anda seorang performer. Namun begitu jika Lina Jobstreet menghantar emel tentang peluang kerjaya baru, mungkin inilah masanya untuk anda mengupdate resume anda dan apply online.

Cinta: Cinta individu Tikus memang agung. Terutamanya kepada individu Lembu. Tahun ini anda harus mengumpul wang sebanyak mungkin agar dapat membeli cincin kahwin takkan semua mama nak tanggung kan.

Warna bertuah: Biru air laut

Tahun Lembu (1901, 1913, 1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009)


Kerjaya: Kerjaya anda stabil, namun begitu anda harus berhati-hati membelanjakan gaji anda dan menahan diri daripada menggunakan kad kredit anda untuk membeli benda-benda yang melalaikan seperti PS3 dan juga alat solek. Berhati-hati dengan rakan sekerja yang nampak mesra kerana dia sebenarnya suka kat anda walaupun dia tahu anda sudah ada teman.

Cinta: Anda akan sentiasa disayangi dan dimanjakan. Walaupun si dia tidak menghubungi anda di malam hari, itu tidak bermakna dia tidak rindu, sebenarnya dia sudah tidur awal.

Hari bertuah: Sabtu kerana boleh tengok wayang.

Tahun Harimau (1902, 1914, 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010)

Kerjaya: Satu bintang malang telah ditambah dalam kerjaya anda untuk tahun ini. Akibat daripada punch card anda yang selalu merah kerana datang lambat ke kerja, pesaing anda akan dinaikkan pangkat walaupun dia itu junior anda di MRSM dahulu. Bagi mereka yang masih belajar di Universiti, semester ini Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) anda akan menurun kerana sifat anda yang suka clubbing dan berusrah tapi tak study.

Cinta: Jika teman lelaki anda selalu menyorokkan telefon bimbitnya, memang sah dia ada perempuan lain. Tetapi itu tidak bermakna dia bermain kayu tiga dengan anda, sebaliknya dia menyimpan pornografi di dalam telefon bimbit. Bagi mereka yang sudah berkahwin, ini memang tahun yang bertuah buat individu harimau kerana mereka akan bunting setelah disetubuhi secara rakus bak Harimau Kellogs Frosties membesar bagaikan sang juara.

Warna bertuah: Warna celoreng kadet bomba.

Tahun Arnab (1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999)

Kerjaya: Tahun ini agak malang buat anda kerana tiada kenaikan gaji. Bagi mereka yang masih belajar, anda tidak boleh bergraduasi pada tahun ini kerana anda tidak habis membayar wang pengajian.

Cinta: Tahun ini memang tahun Cinta Hingga Ke Pintu Syurga buat individu Arnab. Itu pun kalau mereka tak tinggal sembahyangla baru boleh masuk syurga.

Hari bertuah: Hari Gawai

Tahun Naga (1904, 1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000)


Kerjaya: Tahun ini anda harus menunjukkan bakat yang terpendam kerana ada berpeluang untuk pergi jauh dalam kerjaya anda. Jika anda tiada bakat, gunakan seksualiti anda. Goda bos anda sehingga terdapat pergerakan di dalam seluar. Tahun ni sahaja boleh tahun depan dah tak boleh sebab anda mungkin putus haid.

Cinta: Tahun ini anda masih tiada teman wanita/lelaki. Bersabarlah saat indah kan menjelma jua.

Warna bertuah: warna pelangi

Tahun Ular (1905, 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001)

Kerjaya: Anda harus berhati-hati kerana tahun ini ada orang yang akan menusuk anda dari belakang. Saya tak boleh nak pastikan samada ditusuk secara seksual ataupun sekadar dibelot. Jika ada rakan sekerja anda yang tiba-tiba berbaik dengan anda, sila berwaspada kerana mereka hendak pinjam kereta anda nak pergi lunch.

Cinta: Tahun ini cinta individu ular akan naik ke satu tahap yang lebih tinggi. Tahniah! Tetapi berhati-hati agar tidak berlaku persetubuhan haram.

Hari bertuah: Hari ketika cuaca mendung.

Tahun Kuda (1906, 1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002)


Kerjaya: Jika kerjaya anda ada kaitan dengan kuda, tahun ini memang tahun bertuah anda. Jika anda ialah tahi judi professional, sila bertaruh dengan kuda yang berbulu blonde. Anda mungkin boleh menjadi jutawan. Jika anda bekerja sebagai penternak kuda, jaga ibu kuda dengan baik kerana dia akan melahirkan triplet.

Cinta: Cinta individu kuda selalunya bertukar kepada nafsu kuda. Jadi kawallah diri anda agar tidak menyesal di kemudian hari.

Warna bertuah: warna-warni kehidupan

Tahun Biri-biri (1907, 1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003)

Kerjaya: Jika anda bekerja sebagai seorang doktor, satu bintang tuah telah bersinar buat anda. Ini kerana Individu yang bukan biri-biri akan lebih banyak makan biri-biri sekaligus menaikkan tahap kolestrol mereka dan menjadikan mereka berisiko tinggi terhadap penyakit kardiovaskular. Maka lebih banyaklah patient anda.

Cinta: Walaupun kerjaya anda semakin maju, cinta anda semakin luput kerana teman wanita anda akan mula rasa terabai dan lama-kelamaan terus menjadi lesbian.

Hari bertuah: Hari sukan tahunan sekolah.

Tahun Monyet (1908, 1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004)

Kerjaya: Perangai seperti monyet memang tidak boleh membawa anda ke mana-mana. Tetapi jika anda memiliki paras rupa seakan mawas kerana tidak bercukur, tahun ini mungkin bertuah buat anda kerana A Razak Mohaideen sedang mencari pelakon tambahan dalam filem komedi situasinya iaitu Cinta Mawas.

Cinta: Cinta di sekolah tu sekadar cinta monyet. Usah kau hendak berjanji sehidup semati lepas SPM nanti clash jugak.

Warna bertuah: Merah jambu pink peppermint.blogspot.com

Tahun Ayam: (1909, 1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005)


Kerjaya: Tahun ini merupakan tahun 'comeback' buat penyanyi-penyanyi veteran terutamanya Jalil Hamid yang popular dengan lagu Ayam serta Rohana Jalil yang bersuara seperti ayam.

Cinta: Individu Ayam harus mengelakkan diri daripada bercinta dengan individu Ular kerana salah seorang akan terluka.

Hari bertuah: Hari Syura. Eh korang ingat tak penyanyi nama Syura dulu selalu menyanyi dengan Siti Nordiana kat mana dia lama tak nampak.

Tahun Anjing (1910, 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006)

Kerjaya: Tiada. Masih menganggur. Tetapi peluang anda untuk menjadi insan yang berguna mungkin bertambah sekiranya anda menyertai MLM menjual penapis air.

Cinta: Cinta individu Anjing ini memang setia pada yang satu. Dia tidak akan memandang perempuan hangat yang lalu di hadapannya melainkan perempuan itu memakai baju see through.

Warna bertuah: Tiada sebab individu anjing kebanyakannya buta warna.

Tahun Babi (1911, 1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007)


Kerjaya: Perniagaan Herbalife anda semakin mundur kerana orang sudah tidak yakin dengan produk anda setelah melihat berat badan anda yang semakin meningkat. Kesempatan itu boleh anda gunakan untuk membuat application untuk menyertai The Biggest Loser Asia musim kedua nanti.

Cinta: Malang juga percintaan buat individu babi. Oleh kerana prinsip 'Tubuh badan tak penting, yang penting rupa' semakin sudah dilupakan, berat badan anda menjadi punca surat cinta anda tidak berbalas walaupun sudah disertakan setem.

So anda tahun apa? Tahun ini gembira atau malang buat anda berdasarkan ramalan khurafat Dr Chai? Ayuh kita kongsi bersama tak kira tangisan atau tawa. Jika anda ada sebarang keraguan tentang Feng Shui dan masa depan ada, usah malu untuk bertanyakan kepada Dr Chai.

Life's what you make it. You do not need any silly horoscope telling you what to do - Hannah Montana.


Friday, February 12, 2010

Weird Fortune Cookies

Tadi kat pejabat mereka ada buat sambutan raya Cina. Aku yang separa racist ni pun turut sertalah kan. Lepas tu depa bagi semua orang fortune cookies. Ala biskut yang ada ramalan dekat dalam tu.


Macam lurah punggung sahaja bentuknya.


Tak kisahlah aku pun baham biskut tu dan ini ramalan yang aku dapat:



Apa itu? Tak faham aku. Aku tak puas hati dengan ramalan yang aku dapat so aku ambil lebih banyak ramalan. Orang Cina kata tak boleh ambil banyak-banyak nanti hilang 'ong'. Aku tak peduli. Aku terus merampas beberapa ketul biskut dan aku berasa terkujat dengan mesej-mesej yang aku terima...sila klik Read More untuk bersama-sama melalui pengalaman aneh ini.

Sila klik gambar untuk membesarkan mesej yang lebih nyata.


THAT IS SO NOT TRUE!!!


Ok I love Liverpool but we all know that's not gonna happen this season.


Alright, this one does make sense.....maybe one last fortune telling for the day?


WHAT THE WHATTTT???

Wednesday, February 10, 2010

Top Ten Wedding Songs

Memilih lagu yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda adalah penting, kerana hari itu akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Kecualilah kalau kau kahwin banyak kali, jenuh pulak nak mengingat lagunya. Lagu-lagu yang dipilih kebiasaannya terdiri daripada lagu-lagu jiwang yang corny dan cheezy, tak sesuailah kalau kita pilih lagu yang tekechi tekechi tekechi (sebut laju-laju, efek lagu clubbing). Sesetengah orang memilih lagu-lagu nasyid yang mengajak manusia untuk bercinta selepas kahwin sebagai lagu perkahwinan mereka. Biasalah paksaan keluarga sebab diorang yang tanggung duit kenduri kan? Tetapi jika aku berkahwin nanti, aku sendiri yang akan menjadi DJ memilih lagu. Sila klik Read More untuk mendengar sepuluh lagu cinta yang mungkin akan dimainkan pada perkahwinan aku tahun hadapan, I hope :)

10) Everything I Do (I Do It For You) by Bryan Adams - Bryan Adams memang hebat membuat lagu-lagu balada cinta.

Oh - you can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
I would fight for you - I'd lie for you
Walk the wire for you - ya I'd die for you
Ya know it's true
Everything I do - I do it for you


9) Baby I Love Your Way by Peter Frampton

Ooh Baby I love your way. Everyday,
Wanna tell you I love your way. Everyday
Wanna be with you night and day.


8) 2 Become 1 by Spice Girls - Lagu persediaan untuk bersetubuh di malam perkahwinan. Haa haa.

I need some love like I never needed love before
(wanna make love to ya baby)
I had a little love, now I'm back for more
(wanna make love to ya baby)
Set your spirit free, it's the only way to be


7) Apa Saja by KRU - One of Kru's masterpiece. Di Pintu Syurga pun best jugak tapi terlalu sedih untuk dimainkan di hari perkahwinan.

Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta di jiwa


6) Heaven by Bryan Adams - Bryan Adams lagi? Kan aku dah kata Bryan Adams memang gagah dalam membuat lagu-lagu sebegini. Jangan terpasang versi Dj Sammy sudah habis jadi parti liar nanti.

baby you're all that i want
when you're lying here in my arms
in finding it hard to believe
we're in heaven


5) Grow Old With You by Adam Sandler
- jika aku ini seorang gadis ataupun arbok aku pasti cair mendengar lagu yang super sweet ini.

i wanna make you smile whenever you sad
carry you around when your arthritis is bad
all i wanna do, is grow old with you

4) I Wanna Be With You by Mandy Moore

I wanna be with you
If only for a night
To be the one whose in your arms
Who holds you tight


3) I Dont Want to Miss A Thing by Aerosmith
- barbie mulut dia besar gila kalau dia gay mesti pasangan dia puas. hua hua hee.

I don't wanna miss one smile
I don't wanna miss one kiss
Well, I just wanna be with you
Right here with you, just like this


2) Iris by Goo Goo Dolls

And I´d give up forever to touch you
Cause I know that you feel me somehow
You´re the closest to heaven that I´ll ever be
And I don´t wanna go home right now


1) Song for Datillah - Or maybe I'll just grab on my guitar and sing you this song :)



Satu hari ku berjalan seorang diri,
Ingin masuk Idwal System dah lambat ni,
Tiba-tiba ku terpandang seorang gadis,
Di satu sudut hanya tersenyum manis,
Ku terhenti seketika tertanya-tanya,
Siapakah gadis itu siapakan namanya,
Ingin saja ku bertanya tapi tak terdaya,
Kerna En Solleh dah panggil ku punya nama,

Satu minggu berlalu hidupku mesti terus,
Diriku sungguh bosan badanku makin kurus,
Then I saw the girl whom I had a crush,
Dia duduk tingkat satu wah sudah bagus,
Adakah ini kebetulan atau suratan,
Terima kasih ku ucapkan pada-Mu tuhan,
Ku minta liyana tanya sudahkah ada teman,
Si Aishah tanya terus ku sungguh segan.

Ini kisah ku dan dia,
Yang slalu bermain di minda,
I hope it will be (oh) in your heart,
Even though we a far apart.

Hari-hari buat flash aku dah naik bosan,
Tengok pulak muka Dolah makinku tak tahan,
I wish i knew how to do a coding or two,
Bolehlah ku turun bawah untuk membantu,
Aku seorang yang xmalu suma orang pun tahu,
Tapi bila depan dia lidahku membisu,
Especially bila aku duduk tingkat satu,
Mulala Kak Radin dan Anas kenakanku

Yes i do confess i had a crush on her,
Sekali tengok macam Jennifer Garner,
But please dont get me wrong im not a stalker,
Yes i do admit i want her number,
So please give me a chance to prove myself worthy,
Because i know i can make you happy,
Just look directly into my eyes,
There you can see where my true feeling lies...

To download the song as ringtone, click this link before it expires: http://www.webfilehost.com/?mode=viewupload&id=6160894

How about you guys? Come on tunjukkan kejiwangan anda dan kongsilah top 10 lagu perkahwinan anda, tak kiralah jika anda sudah berkahwin ataupun ingin berkahwin lari di Thailand nanti.

Tuesday, February 9, 2010

Silly Sally's Guide to Become A Popular Blogger

Haiiiii uols. Hik hik rindunya mak nak menyundal kat sini. Hari ni takde gosip ok. Malas aku nak propa. So kalau takde gossip aku nak buat apa? Cerpen tak senonoh yang dibintangi oleh Fahrin Ahmad B? Ish ish ish memang gelenyah la uols. Ok sebagai editor ruangan gosip majalah Anjung Seri, Sally ada jumpa ramai blogger-blogger yang malatop mak aihh. So Sally pun pergi terjah la diorang mintak tips bagaimana hendak menjadi malatop macam depa jugak. Tapi diorang semua bagi jawapan standard, "emm semua ini berkat kesabaran dan kegigihan saya mengupdate setiap hati walaupun sebenarnya entri saya bosan". Sabaq kepala cunut hang. Jangan risau uols, hari ini Sally akan bagi tips yang dijamin dapat membuat blog anda malatop mak aihh. Ok Sally kena submit artikel ini sebagai assignment, so Sally kena guna bahasa normal, tak boleh guna bahasa arbok ok? Sila klik Read More untuk menuju ke puncak populariti.

Tips 1: Bergambar gedik dan ghairah

Jika anda dilahirkan cantik dan cukup sifat, anda memang bertuah. Walaupun anda tiada bakat menulis dan entri anda memang bosan nak arwah, anda boleh mempamerkan kecantikan anda untuk memperdayakan para pembaca. Gambar-gambar tipikal yang boleh anda tempekkan di blog adalah gambar aksi anda membuat pouting ataupun aksi mengambil gambar sendiri di hadapan cermin. Jangan lupa untuk sertakan caption-caption menyampah seperti "Eeeee buruknya wajah I :(" ataupun "Geramnya I dah gemuk naik 200 gram : (".

Tapi jika anda mahu betul-betul popular sehingga peringkat daerah, anda boleh mengambil gambar-gambar yang menunjukkan lurah dada ataupun lurah punggung anda yang sudah merekah sehinggakan para pembaca berasa hendak menyeluk tangan di dalam skrin komputer masing-masing. Yang ini tak kisahla jika wajah anda hodoh macam raksasa Cloverfield pun. Hodoh-hodoh pun kalau orang dah dedah kita boleh buat apa ye tak redha jela kan menurut runtutan nafsu dan syahwat.

Tips 2: Bersajak


Yang ini nampak susah, tetapi sebenarnya terlalu mudah untuk dilaksanakan. Anda mungkin selalu baca dan mengkagumi blog-blog puitis terkenal seperti Fin Jamil dan Zahrul Idzwan. Popular bukan mereka? Ramai gila orang yang mengaku berseni mengikuti laman blog mereka kerana merasakan hasil nukilan mereka itu abstrak dan tertomakninah seketika akibat kekaguman. Hakikatnya, bila baca sajak diorang, korang rasa bodoh sekali sebab tak faham isi tersirat yang cuba disampaikan. That's the point. Tujuan membuat sajak atau puisi adalah untuk membuat orang tidak faham. So just taip sahaja apa-apa yang terlintas di hati, tambah sikit ayat-ayat Melayu tradisional untuk mengaburi mata pembaca. Orang-orang yang mengaku dapat A dalam subjek pendidikan seni pasti akan mengkagumi keabstrakan anda pula sekaligus mejadikan anda popular. Biar aku beri contoh:

Kelenjar
Ditikam-tikam bak sembilu
Mengapakah semua ini berlaku
Bagai ditabrak senja nan lalu
Hilang dihembus mutiara kalbu
Dendam kesumat dewata raya
Alam perwira dan raja rimba
Sakaratul maut tiba taubat segera
Singgah ke kedai membeli gula


You see, mudah bukan? Aku hanya perlukan 2 minit untuk mencipta 'sajak' di atas. Ya, memang tidak masuk akal tetapi itulah sifat sajak yang utuh. Lagipun orang yang tuduh kata sajak kita entahapahapa, kita boleh tuduh mereka buta seni. Tengoklah nanti mencanak-canak kepopularitian aku.

Tips 3: Fitnah

Yang ini mudah dan ternyata berkesan walaupun boleh menyebabkan anda masuk penjara. Fitnah Yang dipertua Negeri ke mengaku diliwat ke takpun tuduh menteri tak bayar balik pinjaman PTPTN. Tak payah tunggu lama 2 jam kemudian polis datang rumah anda untuk menahan anda di bawah akta hasutan. Untung-untung alamat laman blog anda akan didedahkan di dalam Utusan Malaysia. Huii traffic mencanak-canak beb bertambahla duit Nuffnang korang lepastu boleh bayar ikat jamin.

Tips 4: Publisiti Murahan

Lekatkan alamat blog anda di cermin belakang kereta anda. Lepas itu pandulah kenderaan anda di Kuala Lumpur ataupun Bandar Utama. Satu kereta mungkin ada 2 atau 3 orang. Lepas tu orang bandar telefon bimbit semuanya berkebolehan 3G. Namun begitu iklan yang paling efektif adalah mengurat atau nasi kangkangkan sahaja blogger-blogger yang sudah sedia terkenal. Ketika hangat bercinta mesti pasal anda sahaja yang ditulisnya. Lepas tu bila dah agak popular, minta perpisahan di ruangan komen hui memang berkesan teknik ini. Lepas tu anda create sendiri sebuah group benci di Fesbuk seperti We Hate Ijaicool. Zaman sekarang ni anda tak cukup popular sebenarnya jika tak ada orang yang benci anda. Lepas tu biasalah orang kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini mesti terus join je group tu sambil mencemuh walaupun tidak tahu hala tuju perjuangan kumpulan Fesbuk itu.

Tips 5: Trolling

Ya, anda boleh tinggalkan link di shoutbox sambil membuat ayat-ayat konon-konon sopan seperti 'salam ziarah' ataupun 'nice blog' walaupun korang tak baca langsung entri aku. Tapi kau rasa aku akan klik link kau dan terus jatuh cinta dengan hasil penulisan kau ke? Kalau kau best tak perlu risau nanti orang yang datang carik kau. Jadi kalau tinggalkan link tak kool, bagaimana kita hendak mempromosi blog? Baca definisi trolling, kemudian anda pergi ke blog-blog mainstream seperti blog ini, kemudian tinggalkan komen dalam CAPS LOCK seperti ini "HOI KAU INGAT KAU KACAK SANGAT. OKLA KAU MEMANG KACAK SEMAYANG MAGHRIB TAK TINGGAL TAPI MUKA KAU ADA 2 BIJI JERAWAT SEKARANG TAK PAKAI KE PENCUCI MUKA YANG MAMA KAU BELI". Tapi kena ada testis lah, jangan beri komen sebagai anonymous, macam mana kau nak popular nanti. Bila kau sign in dan letak nama penuh, haaa semua orang boleh nampak dan benci kau lalu ramai-ramai melawat blog kau.

Ok uols, diharapkan dengan tips-tips di atas, kepopularitian anda akan mencapai kemuncaknya. Gelenyah la uols. Jumpa lagi di ruangan tips yang akan datang!

Monday, February 8, 2010

Lagu-lagu Popular di Sekolah Rendah

Ok entri ini adalah kesinambungan daripada entri di bawah. Dulu semasa kelas muzik, kita telah didedahkan dengan pelbagai alatan muzik seperti kastenet, tamborin, kompang elektrik serta yang paling popular, rekorder. Aku paling hangin apabila ada budak tak bawa rekorder lepas tu cikgu suruh aku kongsi rekorder dengan budak tu. Dahla gigi tak pernah gosok. Gosok gigi pun 2 kali setahun masa mencangkung tepi longkang dalam program pergigian sekolah. Huii masa aku mengulum rekorder mengambil nafas tersedut pulak air liur dia yang masih ada sisa karipap. What the what man.

Di sekolah aku, mereka hanya ajar satu lagu sahaja untuk dimainkan di rekorder iaitu Mary Had A Little Lamb. Huii aku main memang level expert. Kord dia aku ingat lagi B A G A B B B, A A A B B B, B A G A B B B, G A A B A G. Salah satu penilaian untuk menentukan aku dapat gred B atau C ialah membuat persembahan muzikal di hadapan kelas. Gila darah gemuruh aku semasa kecil. Masa aku pegang rekorder boleh nampak tangan aku terketar-ketar. Lepas tu tiup laju gila. Lagu tu 8 beat aku toron jadi 16 beat. Nasib baik tak pengsan di hadapan kelas. Lepas tu seorang demi seorang memainkan irama Mary Had a Little Lamb di hadapan. Sampailah giliran budak perempuan ni. Nama dia Mazrie Ernie. Dia anak tauke Sekolah Memandu Mazris di Bangi. Dia keluar dengan penuh keyakinan tak bawa rekorder pun. Lepas tu dia tanpa lafaz Bismillah membuka mulut mendendangkan "WHAT'S IN YOUR HEADDDDD IN YOUR HEADDDDDDD ZOMBIEE ZOMBIIEEE....". Lagu Zombie dendangan Cranberries memang menjadi siulan ketika itu. Saat dia mencapai memuncak syahwat membuat vokal solo semasa bahagian "ZOMBIEE ZOMBIE EAHH EAHHH EAHHH OWEYAAAA WOOO OOOO" aku dah sawan babi dah kat belakang kelas mulut siap berbuih-buih Axion.

Kau kutuk orang memang nombor satu Faizal. Dahla, pelajaran muzik highlightnya ialah lagu-lagu yang dinyanyikan. Di sini aku ingin mengimbas kembali lagu-lagu popular yang mungkin dinyanyikan di sekolah korang juga (walaupun aku hanya ingat 5 lagu sahaja). Sila klik Read More untuk mula menyanyi.

1) Ais kacang - Aku rasa lagu ini semua sekolah ada dan semua orang hafal.

Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna...

Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua


2) Seberang Perai- Lagu ni depa ajaq masa darjah lima kot.

Seberang Perai, bandar yang indah
Menuju Pulau Pinang
Merentas Selat yang indah permai
Jambatan Pulau Pinang
Kini kau menjadi lambang Malaysia
Hasrat kemegahan tercipta
Kini kau menjadi titian yang muhibah
Negara Malaysia tercinta...


3) Aku Burung di dalam Sangkar - Aku tak pasti itu ke tajuk dia yang sebenar, tetapi lagu ini memang sedih.

Aku burung, di dalam sangkar
Hidup terkurung, hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Bersama kawan, tinggi di awan


4) Masak Kari - haha yang ini lagilah aku tak ingat apa tajuk dia. Lirik dia pun aku ingat separuh sahaja. Part chorus 'MASAK KARI AYAM DAN IKAN' memang aku menjerit sekuat hati kerana arrangement dia memang gothic melankolik macam lagu tema Undertaker nak masuk gelanggang gusti.

Tiap bandar dan desa ada makanannya
Hidangan istimewa beranika rupa
Masak kari ayam dan ikan
Serta sambal belacan
Laksa asam, popia kuih
Tose dan masak lodeh


5) Hidup Berjiran
- thanks Shuhud sebab ingatkan. Lagu ini masa hari sukan je mesti dimainkan oleh pancaragam sekolah.

Hidup berjiran jadi amalan kita
Sikap yang baik mestilah ditunjukkan
Tolong menolong mestilah ditunaikan
Pada setiap masa erat perpaduan


Tetapi lagu yang paling gagah, paling catchy serta paling infectious adalah lagu Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.Siap ada gitar solo dua minit dalam versi alternatif dia.

Di sini tempatku belajar,
Menuntut segala ilmu,
Menulis, membaca, dan juga mengira,
Panduan bimbingan guru.

Marilah semua kita memajukan sekolah yang dicintai,
Bidang pelajaran juga permainan,
Bersama kita jayakan.

Rukun negara dipandukan,
Curahkan taat setia,
Semoga menjadi satu kebanggaan
SRKBBB tercinta!


Ok itu sahaja lagu-lagu yang aku ingat semasa di sekolah rendah. Sekolah korang ada tak mendendangkan lagu-lagu di atas? Or maybe ada banyak lagi? Mungkin aku terlupa. Lagu-lagu KBSR darjah satu macam Anak Itik Tok Wii ataupun Tik Tok Tikitikitok Kesha tak kira ah. Lagu Di Tepian Pantai pun aku tak pernah dengar Zati. Kau sekolah mana dulu sekolah jahat ke haa haa. HO untuk SRKBBB! Budak sekolah rendah lain nyanyi lagu sekolah korang la kalau berani.

Sunday, February 7, 2010

Mata Pelajaran Muzik di Sekolah Rendah

Sudah menjadi lumrah yang bilik orang lelaki bujang itu bersepah dan tunggang langgang. Tetapi, tahap kesepahan itu ada batasnya. Apabila aku ternampak seekor tupai di dalam bilik aku sedang lepak chill menonton televisyen di sebelah aku, maka aku tahu sudah tiba masanya untuk aku mula mengemaskan bilik. Barbie kau tupai berani bersarang di bilik aku. Aku pun bertungkus lumuslah menyapu bilik dan memvakum bilik. Sedang aku sibuk mengemas, tiba-tiba aku terjumpa buku Pelaporan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) di zaman sekolah rendah. Aku pun mengimbaslah kembali kenangan lama. Wah pandai rupa-rupanya aku semasa kecil tapi kenapa dah dewasa aku tidak menjadi doktor pakar sakit tuan?

Walaupun aku perasan pandai, aku sebenarnya bangang dalam satu matapelajaran iaitu pelajaran muzik. Bukti kebangangan aku boleh dilihat dalam kad laporan aku di bawah. Sila klik Read More untuk mengupas tentang persoalan ini.



Di sekolah rendah korang dulu ada belajar muzik tak? Kalau korang sekolah terrorist ataupun sekadar masuk sekolah memandu mungkin tiada dalam sukatan pelajaran. Anyway mengapa mereka menerapkan mata pelajaran muzik di sekolah? Bagaimana pelajaran muzik dapat mempengaruhi gaya hidup dari segi emosional dan spiritual serta nilai-nilai murni di dalam diri? Itu adalah contoh-contoh soalan yang aku tanya kepada guru muzik aku iaitu Pn Hasnah. Dia hanya menjawab dengan membaling pemadam papan hitam ke dahi aku.

Di Malaysia, agak sukar hendak berjaya dengan bermain muzik. Mentaliti kita sudah ditetapkan sejak kecil, dah besar nanti kita mesti jadi doktor/jurutera/akauntan. Jadi apa peranannya mata pelajaran muzik di sekolah rendah? Mengapa muzik tidak dijadikan mata pelajaran teras? Ya, aku memang bangang muzik di sekolah rendah tetapi ironinya, aku amat menggemari muzik dan sering berangan-angan menjadi rokstar dewasa kini. Kalau aku didedahkan dengan kurikulum yang tepat dan berkesan, aku pasti dan jadi macam Helen Yap ataupun Izo XPDC. Tahpape tah contoh aku. Yelah, kalau diingat kembali apa yang diajar di sekolah rendah, masuk bilik muzik lukis klef treble namblas kali, ketuk kastenet sikit-sikit, menyanyi lagu-lagu kerakyatan lepas itu ulang sehingga akhir tahun. Betul, kita perlu ada passion dan minat jika ingin berjaya dalam bidang muzik, tetapi minat boleh dipupuk sejak kecil, dengan syarat kita diberi pendedahan yang efektif.

Bidang muzik, tidak semestinya kena menjadi penyanyi ataupun berkugiran. Even if we lack the talent like Billy Talent, we kan make it up with efforts. Kita boleh jadi jurutera bunyi, guru vokal, tak pun menjadi paparazzi. Again, in real life, we cannot just suddenly decide that we want to be a successful musician now, we need to have a basic platform. So what better way to make that happen? Early development in school. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Lentur lebih-lebih menjadi aww pula. Jadi, cadangan untuk mengurangkan tempoh waktu pengajaran muzik di sekolah rendah seharusnya dibatalkan terus, baik kau tak payah ajar langsung kalau setakat lukis klef treble hari-hari.

Sebenarnya, aku sudah lari daripada tujuan asal menulis entri ini. Tiba-tiba terserius pula. Tujuan asal aku menulis entri ini adalah untuk mengimbas lagu-lagu popular yang dinyanyikan di sekolah rendah dahulu. Tak mengapalah, kita buat entri itu esok. Assalamualaikum.

Friday, February 5, 2010

Album Pilihan di Dalam Kereta

Hari-hari mendengar lawak tidak lucu penyampai radio pasti membuatkan kita menjadi hangin. Bagi mengelakkan daripada menjadi hangin, kita perlu memasang album-album kegemaran yang dapat menenangkan jiwa dan perasaan. Aku memang gemarkan muzik. Semua genre muzik aku layan kecuali muzik kulit hitam ataupun kulit coklat yang dekat-dekat nak hitam macam Chris Brown ataupun Jay Sean. Sila klik Read More untuk mendengar album-album pilihan di dalam kenderaan aku.



1) Taylor Swift - Fearless: Platinum Edition

Jangan cemburu aku ada Platinum Edition. Pergilah cari di kedai muzik yang berhampiran mesti tak jumpa punya. Aku beli masa keluar haritu pun kena beratur sampai ke luar kedai. Nak carik cetak rompak di pasar tani berdekatan pun pasti gagal. Tapi harga dia pun platinum la jugak RM namploh ringgit. Apa yang istimewa tentang Platinum Edition ini? Dia ada extra 6 lagu baru ok. Siap bagi DVD klik video, behind the scenes serta temuramah Taylor Swift bersama Melodi tempoh hari.

2) The Times - Modern Minimalis Glamour


Lagu 'Khayal-khayalan' adalah lagu The Times yang paling gagah. Seringkali menjadi siulan aku apabila ternampak tanda 'Bahaya!' di mana-mana. Lagu-lagu The Times semuanya catchy dan radio friendly. Tapi mengapa Irfan sudah tidak memukul drum lagi? Apa yang berlaku tangan dia cedera main futsal ke? Takpe Zul yang menggantinya tidak kurang hebat walaupun mukanya macam kongsi gelap Young and Dangerous.

3) Nirvana - Live in Reading


OH EM JI. ADA SESIAPA YANG JUMPA DVD DIA TAK? Zaman-zaman muda masa aku masih kurus dan belum ada janggut aku memang mengaku grunge. Baju nak kotak-kotak. Rambut nak lebih daripada kening. Pastu mandi 2 hari sekali. Satu hari tu Apai datang rumah aku. Kami kunci pintu, tanggalkan baju (tapi tak berlaku aktiviti liwat ok), pasang kaset Nevermind kuat-kuat, lepas tu bajet-bajet buat konsert. Sumpah buruk gila perangai Apai masa tu ketuk-ketul botol bajet ketuk drum. Kalau dirakam perbuatan dia ketika itu mesti ingat dia dirasuk Mona Fandey. Ok cerita tiada kaitan dengan album. Ada 21 lagu lagenda dalam album live yang dirakam pada tahun 1992 ini. Dimulakan dengan Breed, Drain You, dan Aneurysm memang serak tekak aku melalak setiap pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

4) Miley Cyrus - Breakout

How do you know whether or not you're 'terjebak'? Well, spending 43 bucks buying something that you could just download from the internet would be a good indication. Sitting in front of the tv singing along to her tunes pretending you were in her concert would be considered terjebak as well. So who's this enchanting lady and how did she manage to melt my heart with by singing about the 7 things that i like?

Licik tak aku kopi pes ayat daripada entri lama. Apa pemalas sangat ni Faizal.

5) Green Day - 21st Century Breakdown


Aku beli album ni dapat tshirt kool ok jangan cemburu. Tapi dah koyak kat ketiak belum jahit lagi tu yang dah lama tak pakai di arena mainstream. Malunya nanti peminat fanatik ternampak bulu ketiak halus tapi berlingkar aku.



6) Butterfingers - Kembali ke Rahmatullah


Ok yang Rahmatullah tu aku tambah bagi menyelitkan unsur komedi. Alah aku pernah buat entri pasal album ini dulu.

Sila rujuk entri ini, dan entri ini pun boleh jugak. Peminat tegar la katakan.

7) OAG - Satelit Ink

Cakera padat ini aku beli di kedai muzik di Bangi Utama. Aku rasa kedai itu masih bertahan sampai sekarang sebab mama aku selalu membeli cd cerita Korea di sana. Bagi aku inilah album terbaik OAG sehingga kini (tapi Melody Mocker tetap album paling 'fun'). Dengar album ini boleh dapat pahala sebab ada lagu nasyid alternatif Nowwhy2 saumaghadin an ada'i eh ternaik syeh pulak. Single Akustatik pula berjaya menguasai carta Era serta layak ke final Juara Lagu.

8) Estrella - Estrella


Zahrul taknak kasi aku pinjam, so aku pun belilah cakera padat dia di Speedy Video Alamanda. Jangan terkujat kalau korang search lagu Stay Estrella kat Youtube keluar muka berjerawat aku. Lagu 'My Morning' memang berhantu kalau dengar mesti terasa nak sembahyang Maghrib. Ok siapa lagi comel, Lyana Estrella ke Liyana Jasmay?

9) Foo Fighters - Greatest Hits


Foo Fighters ialah kugiran yang aku paling gemari di alam semesta ini. Semua lagu mereka memang infectious, dengan lick guitar yang unik tetapi mengghairahkan, running baseline nate yang menggiurkan, serta ketukan drum padu Taylor Lautner eh Hawkins ahh the Foos ini memang hebat membuat aku mendapat boner. Sekarang mereka sedang bertapa, so eloklah aku beli album kompilasi yang mengandungi lagu-lagu hit seperti Best of You, The Pretender, Big Me, Monkey Wrench, dan sudah pasti Everlong. Tapi Walking After You depa tak bubuh.

Kereta korang ada album apa? Jangan naik kereta Shuhud tertekan gila dowh dahla takde radio hari-hari kena dengar Colby Kelat.

Thursday, February 4, 2010

Fakta Tentang Jejaka Yang Gadis-Gadis Tidak Tahu

Hari ini saya akan mendedahkan fakta-fakta benar tentang kaum lelaki yang gadis-gadis tidak tahu. Entri ini bertujuan untuk membuat gadis-gadis sedar yang kami para jejaka memang penuh dengan flaw agar anda tidak perlu menetapkan expectation yang tinggi untuk mendapat teman lelaki yang sempurna seperti Taylor Hanson. Namun begitu, flaw-flaw inilah yang membuat kami normal, membuat kami bersemangat untuk membaiki diri agar dapat membimbing saudari ke jalan yang benar dan lurus. Tiba-tiba pula aku selitkan usrah di situ. Sila klik Read More untuk mengenali sifat jejaka yang anda tidak tahu.

1) Anda berniat untuk membelikan kami perfume/teddy bear/coklat untuk hadiah kekasih nanti? Think again. Sure, di wajah kami akan senyum. Tetapi hakikatnya itu sekadar untuk mengambil hati anda sahaja. Di dalam hati kami akan hampa. Seriyes hampa kerana kami lebih gemarkan hadiah yang lebih praktikal seperti printer. Alah printer Canon murah je.

2) Jika jejaka anda memberi anda blouse ataupun kasut tumit tinggi sebagai hadiah harijadi, itu bukan pilihan pertama mereka sebenarnya. Pada mulanya mereka ingin membelikan anda PSP sebab mereka tahu anda akan membuat muka ketika menerima PSP itu kemudiannya akan memberi anda pinjam kembali. Yes dapat PSP!

3) Jika anda ada akses kepada komputer jejaka, tak kiralah abang anda ke pak su anda ke, cuba aktifkan 'Show hidden files and folders' di Folder Options. Terdapat 80% kebarangkalian yang anda akan terjumpa dengan koleksi tidak senonoh peribadi yang terdiri daripada pelbagai bangsa, warna kulit mahupun saiz buah dada.

4) Jejaka lebih suka makan di rumah berbanding di luar.

5) Semasa sesi boys talk, jejaka tidak akan membincangkan tentang perkara-perkara yang jiwang seperti yang berlaku dalam sesi girls talk. Sebaliknya, kami berbincang tentang siapakah yang layak menggantikan John Terry sebagai kapten England setelah John Terry menyundal dengan teman wanita Wayne Brigde.

6) Jejaka tidak suka pakai seluar dalam, kami lebih selesa memakai boxer agar mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. So jangan belikan seluar dalam David Beckham untuk hari jadi kami nanti.

7) Kami selalunya tidak akan ingat apa yang berlaku dalam mimpi basah kami. Bukannya kami tidak mahu beritahu anda dengan siapa kami berjimak. Besides, bukannya kami boleh kawal apa yang hendak dilakukan di dalam mimpi. So janganlah cemburu buta.

8) Kami tidak suka mendengar gadis-gadis membebel. Wait, ini anda sudah tahu bukan? Well kalau dah tahu kenapa membebel jugak kalau suami terlupa belikan bubur ayam McD ketika pulang dari kerja?

9) Jejaka pun baca blog The Pink Stilettos. Ok fine, maybe aku je kot yang baca.

10) Semua jejaka normal pernah ceploit-ceploit dalam hidup mereka, tak kiralah dia itu AJK Surau ke, mahupun pelajar cemerlang yang mendapat Dean's List setiap semester. Tanya sahaja adik lelaki anda, diorang tu nampak je muka inosen. Of course mereka tidak akan mengaku, lepas tu mereka akan tersipu-sipu sambil mengubah tajuk perbualan.

Jadi, terimalah jejaka anda seadanya. It's not gross, it's reality. Sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang tidak menafikan perkara-perkara di atas. HO! untuk jejaka.

Wednesday, February 3, 2010

Sekali Kau Sesat, Kau Akan Sesat Selamanya

Hari ini ijaicool tak update. Sila tutup komputer anda, sila teruskan kehidupan anda, cari balik Quran yang sudah berhabuk itu, cium balik tangan ibumu yang telah lama kau abaikan, setubuhi isterimu yang telah lama kempunan.

Hari ini ijaicool akan kembali sesat setelah sembilan bulan menanti.

Gambar ihsan ABC

Siri televisyen paling agung sepanjang zaman. Apa sangatlah Gossip Girl korang tu.

OH EM JI CEPATLAH SIAP MUAT TURUN! Haha Jamil tak menyempat-nyempat call aku suruh aku download. Tak pernah dia seghairah ini selalunya mintak pornografi je walaupun dia tahu aku tak tengok. Oh you are still reading this? Datang esok lusa ya. OHH ABANG SAWYER!!!!

p/s: siapa dah tengok jangan bagi spoiler aku tampar karang biru.

Tuesday, February 2, 2010

Perkara-Perkara Tidak Matang Yang Dilakukan di Sekolah Rendah

Ahh sekolah rendah. Sekolah rendah zaman kita mana sama dengan sekolah rendah zaman sekarang. Budak-budak sekarang semuanya manja dan mengada-ngada. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi. Baru nak mumayiz sudah ada telefon bimbit berkamera. Itu yang keluar .3gp tak senonoh budak sekolah tu. Ok tak bebelan pengenalan aku? Tiada kena mengena pun dengan apa yang aku nak sampaikan. Ayuh kita klik Read More untuk mengimbas kembali perkara-perkara tidak matang yang dilakukan di sekolah rendah.

1) Main tikam

Sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 8 tahun, apa perasaan anda apabila anda membeli sekeping kad dengan harga 20 sen, kemudian anda menggores kad itu dan seterusnya anda berjaya memenangi sebuah kotak pensel? WAU SERONOKNYA BAGAI DUNIA INI SAYA YANG PUNYA!!! Itulah perasaan seorang kaki judi yang mungkin akan beralih kepada kaki botol sebelum menjadi kaki pukul bini. Tanpa didikan agama yang sempurna aku pasti akan hanyut dewasa kini. Sumpah dulu aku tak tahu yang kad tikam yang aku beli di Pasar Mini Kiat Siong di seksyen 1 Bandar Baru Bangi itu merupakan sejenis perjudian. Aku bawak balik la hadiah-hadiah kemenangan aku seperti pemadam besar, daun terup, kotak pensel serta gasing untuk membuat mama aku bangga, tetapi akhirnya ditempelak pula. Mama aku suruh aku buang, tetapi aku yang tidak mengerti akan situasi ketika itu terus memberontak. Barbie kau Kiat Siong, semua ini salah kau untuk merosakkan minda pelajar-pelajar muslim inosen seperti aku.

2) Mengejek nama bapa

Ok perangai ini bila diingat kembali, memang ternyata tidak matang dan gampang. Aku masih ingat lagi, semasa di sekolah rendah, manusia yang memulakan tabiat mengejek nama bapak ialah kawan aku yang bernama Khalid bin Mohd Noor. Sekarang dah lost contact. Memang tidak boleh diterima akal perangai seperti ini. Ok aku beri contoh; katalah nama bapa budak itu Mustafah (sori Anas, contoh je), semasa menyanyi nasyid 'Rabiulawal menjelang lagi', masa part 'Nabiulhadi rasul mustofa'tu semua orang menjerit sekuat hati MUSTAFAHHH. Perangai tak senonoh ini kekal sehingga ke sekolah menengah. Masa tingkatan satu, kan ada buat folio Salasilah keluarga. Silap besarlah kalau dapat kat kami. Habis kami hafal dan persendakan. Kesian Kucai. Tapi masa mereka mengejek aku, mereka jarang menggunakan nama arwah abah aku, diorang skip terus ejek nama atuk aku sebab nama atuk aku lucu. Nama atuk aku Jonoh. So bayangkanla apabila mereka mengejek aku Roti John, menyanyi lagu John Johnny Jonathan param pam pam pam pam, takpun membuat ayat-ayat seperti "Eiii aku dah Jenuh la" ataupun "Kau ni memang tak sejonoh eh senonoh". Ok yang terbaru sekali kena ejek Jonoh Brothers. Haa haa okla yang last tu aku tambah sendiri. Sori atuk.


3) Ponteng sekolah agama untuk menonton siri televisyen

Aku tidak tahu mengapa, sekolah agama semasa sekolah rendah memang diperlekehkan sahaja. Pergi sekolah agama sebab nak jumpa kawan-kawan dan main galah panjang ataupun teng-teng gajah. Pagi pergi sekolah kebangsaan, lepas tu petang pergi sekolah agama. Di waktu petangla ada cerita-cerita menarik di televisyen. Aku selalu tipu ustazah Norlela binti Toha kata ada latihan sukan, kena balik awal. Ustazah bagi sahaja tanpa banyak bicara. Lepas tu aku balik rumah tengok cerita paling hebat ketika itu, Hati Waja lakonan Rusdi Ramli, Raja Azura dan Faizal Hussien. Aku ingat lagi Tendangan Tanpa Bayang yang dilancarkan oleh Syahdan ke arah Sompek. Lagu tema dia dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim 'Romantika Satu Darsa Warsa'. Cerita-cerita lain yang aku suka yang bukan kartun yang popular ketika itu ialah gadis bermain bola tampar (summersault berpusing), Cybercop (Cybercop Merah naik syeh je buat Putaran Angin Kuasa Halilintar dia bosan aku), dan juga Akantare.

4) Membenci gadis

Aku memang tak suka gila dengan gadis semasa sekolah rendah. Jika rambut mereka kerinting, aku akan panggil mereka meggi. Jika mereka pakai tudung lusuh, aku akan panggil mereka miskin. Jika mereka lebih pandai daripada aku? Haa aku dan Anas memang BFF sejak sekolah rendah. Ada sorang gadis ni nama dia Farah Waheeda. Dia ni memang pandai asyik dia je nak dapat no 1 no 2. Aku pun marah la kan. So aku dan Anas buatlah satu 'demand' di atas kertas.

kalau kau taknak kitorang ejek kau dengan Khalid, kau mesti pilih salah satu daripada di bawah:

1) Bayar 20 sen setiap hari
2) Dapat no last dalam periksa


Farah pilih no 1. Merah jugakla mata dia. Lepastu surat itu telah dibuang ke dalam tong sampah. Tiba-tiba ada pulak gadis lain masuk nama dia Nurhafizan binti Nasir pergi hasut Farah untuk report dengan Penyelia Petang, Pn Hamisatun Iban. Langsung aku kena panggil dan dipiat telinga atas kesalahan mengugut. Anas tak kena panggil pulak cis. Balik je ke kelas Farah merayu-rayu meminta maaf namun aku tak bercakap dengan dia selama setahun. Sampai sekarang aku masih menyimpan dendam terhadap gadis-gadis. Cis.

5) Memandang jijik kepada orang yang sudah baligh

Semasa aku darjah 4 Biru, ada seorang sotong masuk ke kelas aku. Nama dia Saiful. Sumpah aku benci kat dia sampai sekarang walaupun aku dah lupa muka dia macamana. Dia ingat dia ni kool sebab dia baligh awal, masa darjah 4. Siap beritahu kat budak-budak lain yang dia dah baligh. Aku yang tak faham konsep baligh ketika itu memang memandang jijik kepada dia sebab suara dia garau yang misai nipis sudah tumbuh. Aku ingat dia berubah jadi arbok sebab dia baru baligh. Ohh ini rumors yang aku dengar, semasa di sekolah rendah, ada budak perempuan kelas Dazu yang terperiod kecoh satu sekolah. Masing-masing tidak faham apa yang berlaku ketika itu dan budak itu terus dipulaukan. Tapi itu semua kisah lama. Sekarang aku nak bangga aku sebenarnya baligh awal jugak hujung darjah lima dah mimpi Sharon Stone haa haa.

6) Menipu Mama untuk membeli enjin Hyper Dash

Aku selalu minta mama aku duit untuk membayar yuran van sekolah la, yuran PIBG la, bayaran Hari Kantin la macam-macamla. Memang aku bayar, tapi tidak semua. Baki duit itu aku gunakan sebagai pelaburan untuk Tamiya Magnum Saber aku untuk dibawa berlumba di trek sebelah Pasar Mini Kiat Siong. Huii dulu-dulu ketika zaman Tamiya, aku rasa aku punya Tamiya la yang paling banyak aksesori. Roller depan, bumper belakang, tayar span, bateri cas, serta yang paling utama, enjin Hyper Dash. Mahal jugakla enjin itu buat pelajar seperti aku. Alah padahal boleh je suruh mama aku belikan terus sebab aku kan anak emas mama aku.

7) Mudah terpengaruh dengan fads

Aku rasa banyak gila permainan bermusim yang aku sertai semasa sekolah rendah. Orang main gasing aku pun main gasing. Orang menang guli hasil pertarungan, aku beli guli banyak-banyak terus. Zaman roller blade pulak, aku pinjam anak tauke Sekolah Memandu Mazris tu punya sebab selain kelas memandu, kelas roller blade pun dia ada buat jugak. Tamiya? (rujuk di atas), Micro Genius?(cetak rompak Nintendo). Iman aku rapuh semua aku terpengaruh. Benda paling kool yang aku ada tapi orang lain tidak ada ketika itu adalah permainan Captain Power yang boleh tembak kat TV. Dia popular di Amerika. Sumpah kool gila. Mana tah mama aku simpan pita video dan kapal terbang dia. Kalau nak main tipu senang je kau pause kan video tu lepas tu tembak sampai menang. POWER ON!

Begitulah sedikit sebanyak perkara-perkara tidak sesuai untuk kita lakukan setelah dewasa ini. Kalian bagaimana? Tidak matang seperti aku juga?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...