Wednesday, March 31, 2010

The Making of: Parti Liar Da' Killa

Macam filem pulak nak ada the making. Tapi kehidupan ini kan umpama sebuah filem; ada yang suka, ada yang duka, dan ada juga yang mati eksiden. Entah apa-apa entah analogi yang aku gunakan. Entri ini ditulis untuk memberi tribute kepada individu-individu yang secara terpaksa melibatkan diri untuk membantu aku menjayakan parti liar ini.

Di Barat, kejayaan sesebuah parti itu bergantung kepada kewujudan 3 elemen iaitu, minuman keras, muzik kulit hitam dan disudahi dengan penzinaan. Tetapi kita orang Timur, haruslah mengamalkan adat istiadat Melayu dalam berparti kan. Menggunakan model parti barat sebagai contoh, aku memfokuskan parti ini kepada 3 perkara iaitu makanan yang halal, muzik yang santai serta dekor bersama Eric. Ayuh klik Read More untuk mula mendekor.

Parti ini dibuat secara last minit. Semua benda buat malam Jumaat dan Sabtu. Perkara yang aku paling risau sekali adalah tentang makanan. Yelah orang datang takkan nak bagi makan Science Diet kot (makanan kucing). So aku berbincangla dengan teman-teman Bangi. Berikut adalah perbincangan kami dalam aplikasi Yak (free chat application for iphone, jauh lagi kool daripada BB messenger :P)

Aku: Yo kawan2 jangan lupa parti liar datillah hari sabtu ni. korang semua kena datang awal susun meja n basuh pinggan. Btw dia suka spaghetti nak order di mana ya di bangi?

Apai: Hapela buatla sindri. Komfem beliau terharu. Rasa belakang kira la..tapi kawan2 punye plz beli jangan masak sindri ya

Fandi: Spaghetti xtau tapi mak abe leh buat bihun tomyam yang sangat enak..kalau2 nak tukar menu tanyala abe

Anas: Tak releven kalau nak beli spaghetti. Masak je la. Pejam mata pun dah siap. Pastu borrow la abenya bbq pit, buat tepi rumah

Fandi: Aku pandai wat spaghetti. pengalaman masa belajar dulu memasak di rumah sewa...

Aku: Jangan bergurau khairul mahu beri manusia makan ni

Anas:
Aku yakin dengan fendi. beli tomato puree gred tinggi, pasti sedap terus. aku kena jaga anak, susah nak masak...

Jamil:
ijai jangan masak sendiri wei. aku tengok kau buat sandwich kat blog kau pun dah tau tidak akan rasa enak haha

Apai: jangan biarkan kami jadi bahan ujikaji,,,

Anas:
haha ijai dulu buat sandwich kemahiran hidup dengan cikgu kaipin ada bekas jari kat roti...

Perbincangan seterusnya sudah lari daripada landasan moral, so aku berhenti di sini. Begitulah antara perbincangan kami yang langsung tidak dimodifikasi. Kesudahannya mama aku mengorder mihun soto daripada kawannya. Sedap tak? Jika sedap kita boleh pesan untuk parti khatan Zul nanti. Anyway Fandi aku appreciate niat suci kau untuk tolong masak spaghetti tetapi aku tidak boleh mengambil risiko para tetamu mati pucuk setelah makan hasil masakan kau nanti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jamil dan Evi yang membelikan cupcakes yang telah di pimp dengan menulis nama gadis hari jadi. Jamil sebenarnya telah mengecewakan aku dengan menyatakan ketidakhadirannya, namun demi menebus dosanya dia telah datang di malam sebelum parti setelah meniduri dan menidurkan isterinya di rumah. Jamil membantu aku mengecat rumah dan menampal dekorasi untuk parti liar keesokan harinya.


Aku dan Jamil dengan gigih menjahit banner itu dengan tangan berbekalkan ilmu kemahiran hidup tingkatan 2 dahulu. Ok obviously tipu sebenarnya aku jahit dengan mesin jahit. Ok sebenarnya aku tipu dalam tipu. Aku beli banner itu di kedai parti di One Utama. Pada asalnya aku hendak membeli lilin huruf Happy Birthday sahaja namun setelah terpengaruh dengan kata-kata carutan Cina tu aku pun beli la. Lepas tu boleh pulak dia tanya "Aaaa lu beli untuk lu punya daughter ka?" What the what?? Wajah aku ni macam bapak orang ke??


Inilah lilin happy birthday yang aku beli. Lihat harganya itu apahal mahal sangat boleh makan terus ke lilin tu. Barbie Cina tu memang pakai sihir.


Ok sekarang anda lihat pula harga lilin yang Ezu belikan. WHAT THE WHATTTT??? RM2 SAHAJA?? Ok fine maybe yang ni tak boleh makan tapi gila apa jual lilin RM22. RM22 boleh dapat satu sesi ringan-ringan dengan Fatine di Lorong Haji Taib.

Elemen yang ketiga, hiburan. Apalah parti tanpa pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan? Tapi aku ni dulu sekolah agama sampin hijau JAIS, so aku cubala elakkan aktiviti-aktiviti yang perlu membuka baju, maka terus tak jadi nak suruh Shuhud strip. Memang ebony ah. Kemudian bercadang nak buat dikir barat, tapi tak cukup orang. Last-last aku membuat keputusan untuk mengoutsource hiburan kepada artis indiapendent Bangi iaitu Luqman Yahaya. Kami berlatih tiap-tiap malam sebenarnya masa praktis fuhh memang kalah persembahan live M. Nasir tapi bila hari persembahan sebenar darah gemuruh pulak itu yang banyak terkucil. Saya akan memaparkan videonya dalam entri yang akan datang.

Saya mewakili da'killa ingin mengucapkan ratusan terima kasih buat individu-individu berikut:

- Team Bangi yang sentiasa memberi sokongan membabi buta kepada kami.
- Tengku Eleanor Ezura - thanks sebab bersusah payah itu dan ini. saya memang jantan hopeless. So jadi keluar dengan Zul tak Jumaat ni?
- Luqman Yahaya - hihi apa ni praktis bukan main gempak tapi baru crowd beberapa orang sudah kecut teluq kita.
- Ahmad Fadhullah yang disyaki masih tidak dapat melupakan spek mata besar.
- Aqilah Hasan yang baru beli PSP dan Xbox 360 Elite. Eleh (tak puas hati)
- Mohd Nazmin dan Tamir yang akan menjadi bapa. Jangan pukul anak ok Tamir.
- Eh Huda pun ada?
- Khairul Afandy dan Hasanah. Tak dapat aku nak bayangkan saat kali pertama korang bersama nanti. Hee hee.
- Aztri Delailah dan Farah Delailah. Suka hati arwah uwan aku je nak bagi nama adik kau nana.
- Syed Muaz dan Nurul Iza. Aku dah nak mengadu kat kau dah Muaz akibat salah faham dengan Iza hee hee.

Parti liar siapa lepas ini? Nak sewa banner aku tu boleh saja.

Monday, March 29, 2010

Parti Liar Da' Killa


Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah parti liar yang halal telah dianjurkan di rumah saya. Parti liar itu diadakan bersempena dengan hari jadi Da' Killa yang ke-2x. Entri ini menjanjikan gambar-gambar jejaka kacak dan gadis-gadis hangat untuk tatapan semua. Korang boleh right click pada gambar jejaka yang disukai selain aku, kemudian klik 'Save image as' dan simpan untuk dibomohkan. Parti ini dikatakan lebih happening daripada parti dadah Benjy kerana terdapat makanan halal yang lazat, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang terbatas serta persembahan silap mata akustik. Haa sudah bergelora bukan nafsu kalian? Ayuh klik Read More untuk menghadiri parti liar Da' Killa.


Makanan pada hari itu adalah Sate Mustapha Hadji Samuri, Meehun soto import, cupcakes Jamil & Evi, kek coklat berlumpur Resipi Rahsia, serta minuman keras yang tidak memabukkan. Yang badan tough tu bibik aku, Ahmad Fadhullah bin Zainal ataupun nama seberangnya Dol.


Menjelang pukul 2 kami semua sudah bersiap-siap untuk menyergah gadis harijadi. Kata 'seprais' parti mestila sergah sehingga putih biji mata kan.


Hasanah yang kelaparan tiba-tiba dirasuk Niyang Rapik lalu kekejangan satu badan macam dalam cerita The Exorcism of Emily Rose. Setelah disuruh mengucap dan disumbat beberapa ketul sate maka dia berjaya dipulihkan kembali.


Orang di bawah sedang sibuk memotong bawang boleh pulak mereka tonton pornografi yang dibawa dari rumah. Ikram siap tertidur dalam kekesalan lagi akibat menurut runtutan nafsu dan syahwat.


Hooray birthday girl sudah tiba. Tengok tu wajahnya berseri-seri mengeluarkan cahaya fair and lovely akibat terlalu gembira.


Saja je aku nak tayang gambar Ikram lebih sikit sebab dia bayar advertorial aku ni. Bila dah ada gadis baru nak segar dia ni.


Aqilah Hasan akhirnya berjaya datang setelah 3 tahun berturut-turut gagal menghadirkan diri ke parti liar saya. Mohd Nazmin pula kini sudah berbadan dua telah berjanji untuk memberi nama anak lelakinya Tengku Faizal Afendi.


Wajah Ayra beberapa saat sebelum meraung akibat takut melihat wajah Khairul Afandy dan Khairul Afandi yang seperti beruang kutub itu.


HO! untuk Team Bangi! Zul entah dari mana datang lepas masukkan sate dalam poket pun menghilang begitu sahaja. Kena reject dengan Ezu kot lepas flirting masa tengah ambil air (Zul datang sebab dijanjikan kehadiran gadis hangat).


Artis india jemputan kita Luqman Yahaya. Dia tak popular sangat kat Malaysia ni tapi kat Brunei well masih tak popular juga. Dia pernah mengeluarkan beberapa buah album tapi sekadar album gambar. Sebanyak 4 buah lagu yang disumbangkan oleh kami pada hari ini. Disumbangkan, get it? Get it? Ayuh kita ikuti sedutan persembahannya dalam video di bawah.




Upacara penyampaian hadiah dilakukan oleh orang kiri Perdana Menteri, Nurul Huda Abdul Rahim sambil disaksikan oleh Tengku Eleanor Ezura.


Majlis disudahi dengan persembahan dikir barat. Perayaan hari jadi disambut sebulan kira macam hari raya ah. So masih belum terlambat untuk kita mengewish da' killa selamat hari jadi dan minta dia belanja.

Apa? Kalian masih tidak berpuas hati? Mahu menonton video silap mata akustik yang lain? Bersabarlah saat indah kan menjelma jua. Apa kata korang layan dulu gambar-gambar tidak senonoh di laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=168845&id=628280825&l=b182d8a55f

ps3: sesetengah gambar dan video dirakam oleh Aztrie Delailah dan adiknya.

Sunday, March 28, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Jurujual

Anda pasti pernah mengalami situasi di mana anda telah diapproach oleh jurujual ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah. Bukan setakat di pusat membeli belah, kadang-kadang mereka turut menghantui kita ketika sedang membaham di restoran ataupun sedang enak menggauli isteri di rumah. Most of the time memang annoying bukan? Well kita tidak boleh cakap mereka babi kerana itu memang tugas mereka. Kita taknak beli, tetapi kita kesian tengok muka menagih simpati makcik yang jual kerepek ubi itu. Jadi di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengenali jenis-jenis jurujual dan cara-cara hendak mengatasi mereka. Ayuh klik Read More untuk mula membaca.


Dwight Schrute, jurujual paling hebat di kaca televisyen

Jurujual Stalker

Jurujual stalker ialah jurujual yang sering mengikut anda tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Jika anda sedang membelek-belek baju dedah payu dara di butik kegemaran anda, kemudian ada seorang jurujual asyik berdiri di sebelah anda tanpa sebarang ekspresi, mesti terbantut nafsu shopping anda bukan? Kadang-kadang kita nak Windows 7 shopping je pun. Mudah sahaja untuk buat mereka pergi. Contoh, jika anda hendak membeli spek mata hitam, anda jangan cuba try test di muka anda di hadapan cermin. Sebaliknya, anda sarungkan kat terus kat muka dia kemudian beri komen ok ke tak. Samala kalau nak beli tudung, lilitkan terus gaya tudung Yuna kat kepada jurujual Cina itu Jika anda hendak membeli bra, sarungkan sahaja saiz b cup anda ke dadanya. kemudian decidela nak beli atau tidak.

Jurujual Cerekarama

Jurujual cerekarama ialah jurujual yang akan mendengarkan anda kisah hidupnya yang sayu dan layak untuk memasuki slot Bersamamu TV3 bagi meraih simpati anda untuk menjual produk mereka. Ini selalunya dilakukan oleh makcik-makcik yang menjual buku keagamaan yang membawa anak kecil untuk menambah efek hiba. Takpe, anda pun bukakla cerita sedih anda pulak. Ceritala pasal kematian kucing anda ke, pasal anda tak sunat lagi ke or apa apala yang sedih mesti mereka boring dan beredar.

Jurujual Arbok

Jurujual arbok selalunya bekerja di booth-booth menjual minyak wangi ataupun alat solek. Pergi sahaja Sogo tingkat bawah tu mesti nampak tubuh mereka yang sasa dan berpayu serta wajah licin tanpa jerawat. Mereka ini bagus sebenarnya kerana tidak mengamalkan diskriminasi rupa dan berat badan. Semua orang mereka panggil untuk dimekapkan tapi kalau korang tak beli lepas mencuba memang nahasla korang kena laser. Gelenyah uols.

Jurujual Kurang Upaya

Anda sedang asyik membaham mee goreng mamak di Ameerali sambil menonton liga perdana Inggeris, lepas tu ada pula pakcik buta yang datang menjual tisu. Mereka ni sebenarnya sindiket cepat kaya yang mengeksloitasikan orang cacat, korang jangan terpedaya. Lagipun buat apa nak beli tisu kan ada sahaja tisu percuma di atas meja nak lagi best boleh je order roti tisu. Cara mengatasinya mudah sahaja, anda senyap-senyaplah pindah ke meja lain. Tak mengapa, dia buta tak nampak punya. Nak lagi kurang ajar anda suapkan sahaja mee goreng ke mulutnya.

Kat Sungei Wang pula ada jurujual pekak. Ketika anda sedang duduk membaham dia datang bawa 'teks' suruh anda baca dan teks itu berbunyi lebih kurang begini;

"Saya pekak tapi saya berbakat dalam bidang seni. Belilah hasil kerastangan saya ini RM10 sahaja. Walaupun kami pekak kami dapat mendengar kebaikan hati anda"

RM10 pork ji sung kau. Jual origami buat pakai kertas manila baik suruh sepupu aku Mahdi buat. Lagipun mereka bukan pekak betul pun. Nak test senang sahaja, cuba bagi isyarat tangan macam dalam berita TV1 tu tunjuk jari tengah ke tengok diorang faham atau tidak.

Jurujual Kongsi Gelap


Jangan main-main dengan mereka. Boleh cedera anda ataupun harta anda jika anda tersilap langkah berurusan dengan jurujual sebegini. Anda boleh berjumpa jurujual samseng sebegini di sekitar kawasan tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Nampak sahaja kereta anda masuk parking, mereka akan berlagak sebagai atendan tempat letak kereta melambai-lambai tangan mereka mencari spot kosong untuk anda. Anda bukak sahaja pintu kereta mereka tanpa disuruh akan menyepray kereta anda dengan produk penghapus kotoran mereka. Menurut mereka, semua kesan degil termasuk cecair mimpi basah dapat dihilangkan dengan hanya sekali semburan. Badan mereka tough macam Anas, pakai subang dan ada tatu gambar almari di bahu mereka. Mereka akan indimidate anda dengan nada yang keras dan kasar. Tanpa disedari kau pasti akan mengeluarkan RM 25 untuk membeli produk itu akibat cemas.

Kat Petaling Street, jangan sekali-kali anda sentuh ataupun sekali tengok jersey ciplak melebihi 5 saat jika anda tiada niat untuk membelinya, otherwise anda memang akan diburu dan dicarut dalam bahasa Kantonis.

Jurujual rumah ke rumah

Anda sedang berehat-rehat di rumah di hujung minggu, kemudian terdengar orang memberi salam hendak menjual sticker-sticker ayat suci ataupun poster keagamaan di luar rumah. Anda tidak perlu buat apa-apa, jawab sahaja salam mereka tapi tak perlu buka pintu. Mama aku selalu buat macam tu haa haa.

Jurujual Jualan Langsung / MLM

Jika rakan anda yang tidak rapat tiba-tiba bersikap mesra dan ghairah dengan anda, itu tandanya dia sudah menjadi jurujual jualan langsung ataupun pemasaran bertingkat-tingkat (MLM). Mereka ini golongan yang tidak pernah berputus asa, so mereka akan sentiasa memujuk rayu anda untuk menyertai mereka. Jadi jika mereka tiba-tiba bermain bola dengan anda dan mengajak anda minum di maplay yang berdekatan, bersediah kalian mendengar kata-kata pembuka semangat selama 20 minit sebelum mendedahkan teknik MLM mereka.

Apa lagi jenis jurujual yang ada? Tadi pergi Midvalley tiba-tiba rasa nak buat entri ini.

Friday, March 26, 2010

Tanda-tanda Anda Ketagihan Ijaicool

Tajuk blog menggambarkan personaliti seseorang penulis blog itu. Contohnya, jika tajuk blog anda ialah Zati Hazira, mungkin personalitinya ialah suka berjogging sambil mengambil gambar. Jika tajuk blog anda Pink Peppermint, mungkin anda seorang rakan yang sanggup bersusah payah demi anda tanpa meminta sebarang balasan. Berdasarkan tajuk blog ini, Yang Penting Rupa, personaliti yang boleh dikaitkan dengan tajuk ialah tahap keperasanan yang optimum. Jadi tidak hairanlah saya membuat entri narcissist ini.

Bagaimana anda tahu anda merupakan seorang yang fanatik terhadap sesuatu? Menggunakan diri sendiri sebagai contoh, saya akan menyatakan ciri-ciri peminat fanatik ijaicool. Ayuh klik Read More untuk mengetahui jika anda merupakan seorang penagih tegar blog ini.

1) Anda pernah membaca semua entri ijaicool. SEMUA. Tatkala anda secara tidak sengaja membaca satu entri anda terus mencapai kemuncak syahwat yang mencarut di dalam hati "WOW THIS GUY IS FULL OF SHIT!" Kemudian anda mula membaca entri sulung 'Please Don't Read' dan mula meracau-racau seorang diri. Dalam masa 3 hari anda berjaya membaca semua entri yang ditulis. Solat entah ke mana namun ilmu tajwid dan ilmu fekah anda semakin mantap setelah membaca entri-entri keagamaan yang ditulis.

2) Sebelum masuk kerja, korang akan melawat ijaicool dahulu. Well dah masuk kerja pun still melayari ijaicool. Waktu lunch pun korang tak join manusia lain sebab korang asyik menghafal entri-entri terbaru seperti korang menghafal ayat hafazan PAFA. Sampai System Administrator anda pun perasan aktiviti abnormal harian anda lalu menyekat laman Yang Penting Rupa seperti mereka menyekat laman web Fesbuk dan Youtube.

3) Laman pornografi tidak dapat memuaskan nasfu serakah anda lagi. Laman web ijaicool sudah cukup untuk memberi kepuasan zahir dan batin kerana sering memberi anda jenaka-jenaka tidak senonoh, gambar-gambar lelaki kacak serta kisah-kisah fitnah dan mengaibkan. Well bagusla buat apa pergi laman web pornografi nanti computer dijangkiti spyware. Jika dijangkiti spyware, sila install Microsoft Security Essentials.

4) Anda terbawa-bawa fahaman khurafat dan ayat-ayat yang sering digunakan dalam blog ini dalam kehidupan seharian, secara sedar ataupun tidak. Sebagai contoh, apabila adik anda sudah pandai menonton cakera padat Basic Instinct anda, anda akan menjerit "WHAT THE WHATT??" Namun ada juga perkara baik yang korang terpengaruh. Aku dapat lihat sesetengah pembaca kita mula pergi ke surau setelah membaca blog ini, Alhamdulillah.

5) Anda melawat laman blog ini hari-hari. So anda expect hari-hari ada entri baru. Jika tiada entri baru, anda akan terperiod dan emosi mula menjadi tidak stabil. Tak pasal-pasal adik anda kena carut akibat ijaicool tak update blog. Sehari tak update, peluh dingin mula membasahi dahi. Dua hari tak update, mata anda mula kemerah-merahan dan rambut anda mula berkelemumur. 3 hari tak update, anda mula mencakar-cakar badan anda sehingga berdarah. 4 hari tak update, korang buat laporan polis tentang kehilangan ijaicool.

6) Anda memang terlalu fanatik ijaicool, sehinggakan anda berasa starstruck apabila anda terserempak dengan Apai di Jaya Jusco ataupun ketika Dr Shuhud mengajar di kuliah pergigian anda.

7) Anda nak komen tapi anda tidak mahu/malu untuk dedahkan identiti anda. Tapi lepas membaca entri yang mengghairahkan, tangan anda terketar-ketar nak komen lalu anda mecipta identiti maya menggunakan pelbagai nickname ketika mengomen.

Katakan HO! jika anda peminat fanatik ijaicool dan memiliki salah satu daripada ciri-ciri di atas. Why do you guys read this abnormal blog? Come on, just for this entry, let me know, let me know you.


On a more serious note, thank you all for reading. I really do appreciate it.

Tuesday, March 23, 2010

Gaya Percintaan di Zaman Sekolah

Semasa zaman sekolah dahulu, korang ada bercinta tak? Percintaan di zaman sekolah, terutamanya sekolah menengah digelar cinta monyet. Yelah sebab bulu semua baru nak tumbuh dan hanya tahu hendak mengawan seperti monyet. Jika dibandingkan zaman percintaan kita semasa sekolah dengan sekarang, banyak sekali perbezaannya.


Aku tidak tahu di manakah relevannya gambar di atas dengan entri ini. Mungkin sebab dia pakai baju sekolah. Ayuh klik Read More untuk mengimbas kenangan cinta di zaman sekolah secara umumnya.

1) Zaman sekolah tiada telefon bimbit. So kena guna telefon rumah untuk bergayut. Tapi call rumah agak bahaya takut mak dia angkat. So dengan hati yang berdebar-debar kita pun mendail la no rumah dia. Kalau mak/abah/atuk/opah dia angkat, cepat-cepat letak telefon. Kalau deringan lebih daripada 3x tiada orang angkat, cepat-cepat letak telefon juga. Kadang-kadang nak cover boleh buat-buat salah nombor tapi selalunya gagal sebab terlalu cemas. Bergayut menggunakan telefon rumah ada risiko juga. Adik kita selalu curi dengar perbualan kasih sayang yang selalunya bertukar kepada perbualan seksual dengan mengangkat telefon di ruang tamu. Selalunya kita boleh dengar bunyi bergema kalau ada orang angkat telefon semasa kita sedang berbicara.

Kalau nak lebih privacy, kita boleh mencari public phone di malam hari. Gigih tu tukar syiling dengan rakan-rakan agar dapat mendail nombor kekasih. Tetapi selepas peristiwa Apai diganggu momok di pondok telefon rumahnya, tiada siapa lagi yang berani keluar malam. Terus demam Apai sehingga terpaksa berubat di Harun Din (ini kisah benar).

2) Di zaman sekolah, hati kita masih muda dan mentah. Senang gila cemburu buta. Nak ambil gambar dengan gadis lain pun tak boleh. Mula-mula awek kita tak tahu pun kita bergambar dengan gadis lain. Ala biasalah bergambar kenangan ketika tamat berkursus, tak bersentuhan kulit dan pipi pun. Lepas tu kawan dia report pulak. Langsung kena silent treatment selama satu minggu. Susah gila nak pujuk. Tapi dia bergambar dengan jejaka lain boleh pulak. Memang ba ya ta cha ha.

3) Zaman sekolah tiada wang. Mana ada duit nak beli hadiah mahal-mahal. So hadiah harijadi sekadar beri kad buatan tangan. Bajet-bajet romantik ah tu. Gigih gila gunting huruf-huruf di surat khabar dan majalah. Lepas tu gam kat kertas manila membentuk ayat-ayat memualkan jika orang kebanyakan baca seperti 'Ayob & Fatin Forever' ataupun 'ApaiLuvMizah' (sekadar contoh, tiada kaitan dengan Ayob dan Apai).

4) Nak berdating pun susah. Lesen tiada, apatah lagi hendak berkenderaan. So jika berpeluang dating tempat yang paling umum dan convenient ialah The Mines. Naiklah kau komuter tu pakai seluar sekolah kaki bawah 20" tempah kat Zero One. Lepas tu makan kat McD, cari peluang untuk ringan-ringan kemudian pulang. Kalau siapa yang advanced sikit tu adalah yang dating di Midvalley. Selalunya keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan sebab mak tak kasi keluar berdua-duaan dengan lelaki. Leceh gila nak seluk sana sini terseluk kawan dia pulak.

5) Percintaan di sekolah, kesudahannya either kau kahwin terus ataupun hati kau diremukkan dengan teruk. Yelah cinta pertama kan, segala-galanya manis. Kentut dia pun kita bau strawberi. Tapi bila saat perpisahan berlaku, kau seolah-olah tidak mahu hidup lagi. Kau anggap tiada gadis lain yang dapat mengisi kekosongan di hati. Tetapi buat adik-adik di luar sana yang terfikir hendak terjun dari menara Maybank akibat putus cinta, lupakanlah niat adik itu. Adik pasti akan bertemu gadis yang jauh lebih cantik dan lebih kurus daripada gadis sekolah anda.

Ada je BFF aku yang bercinta sejak zaman sekolah dan terus berkahwin kerana tiada pilihan yang lebih baik. Hee hee. Adam & Shikin, Apai & Mizah, Jamil & Evi, Anas & Zack.

Anda bagaimana pula? Ada cerita-cerita cinta zaman sekolah yang aib yang hendak dikongsi bersama?

Monday, March 22, 2010

Tahniah

Saya bukan seorang yang 'sore loser' jadi saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada peminat-peminat Manchester United yang akhirnya berjaya mengelakkan diri daripada dirogol Liverpool untuk kali keempat berturut-turut. Ucapan tahniah ini ditujukan kepada Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Adam Phong Wei Hoong, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Ezry Yusry Yu, Fakri, Zahrul Idzwan Zainal, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Balak Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Khairul Afandi Kasim, Nur Hisyam Suhaimi, Mohd Imran Suria, Mohd Naufal, Nurhamizah Rahim.

Jangan klik Read More.



Sapa suruh klik. Barbie Pork Ji-Sung mata sepet. Rooney gemuk ada autism. Ahh aku marah sebab semalam kilat sambaq menyambar langsung tak boleh nak connect Internet di rumah so aku taip entry ini dari pejabat. Ijaicool akan berkabung selama beberapa hari sempena kekalahan ini (sebab tiada Internet sebenarnya) so korang boleh gunakan peluang ini untuk berjinak-jinak untuk pergi ke surau, terutamanya buat peminat Manshitter United. Hati korang dah gelap dah tu. Assalamualaikum.

Saturday, March 20, 2010

Hari Ini Hari Jadi da' Killa!

Hari ini 20/3 merupakan hari jadi da' Killa. Jika kalian tertanya-tanya mengapa saya tidak menaip nama penuh gadis saya di laman blog ini, sebabnya adalah kerana dia ramai peminat. Jika stalker da' killa menaip nama penuhnya di laman web carian Google, sudah pasti laman blog ini akan keluar dulu jika saya menggunakan nama sebenarnya. Sebagai contoh, cuba Google 'Tengku Eleanor Ezura' ataupun 'Ahmad Shuhud Zakaria', mesti sampai kat laman blog keji ini dahulu. Saya seorang insan yang cemburu buta. Mana boleh biarkan jejaka lain membaca berita tentang da' killa ataupun melihat gambar-gambar jelitanya di blog ini.

Berbalik kepada tajuk asal, hari ini hari jadi da' Killa! Sempena hari jadinya, saya ingin mengimbas kenangan cinta dengan mendendangkan sebuah lagu yang dicipta untuk menguratnya beberapa tahun yang lalu.



Sila klik Read More untuk sama-sama menyanyikan 'Song For Datillah 2'. Eh tertulis nama penuh pulak.

Hello to Datillah, how are you?
Sing you a song that's what I wanna do,
So please don't be mad, it's just for fun,
So sit back relax enjoy and rock on

I met her at Idwal during my practical,
She was just standing there wearing her spectacle,
I asked myself 'Who is that lady?'
Oh my god she is so kawaii

Then I asked Liyana, 'Dia dah ada boyfriend ke?'
But then you said, 'Ye saya dah ade'
I have to admit I was kinda hampa,
But then I knew you gurau saja

Tu tu dudu dudu dudu tu dudu tu tu dudu tu

Oh Datillah she's friendly and cool,
Dekat KUSTEM ada swimming pool,
I want to go there, I wanna see you,
Let's have a date sambil naik penyu

She likes the color green and the band 'Switchfoot',
She said I like to make her 'sakit perut',
I really like that loghat Utagha,
So please Tillah, ajaq ceq noooo

Nurdatillah she lives in Perlis,
Housemate dia nama Ijan Nana dan Anis,
I dont know what to sing anymore,
I better stop before you tertido

So please give me a chance to prove myself worthy,
I know I can make you happy,
I do anything I'll you my all,
So please Datillah AFUNDI Faizal!


Ayuh kawan-kawan, ramai-ramai kita ucapkan, 'Selamat Hari Jadi Datillah!'. To download the song as ringtone, click this link before it expires:
http://www.webfilehost.com/?mode=viewupload&id=7023422

ps3: Parti liar da'killa next week??

Friday, March 19, 2010

What's In The Pokok?

Ingatkah kalian dengan pokok Tanduk Rusa mama yang aku hampir tamatkan riwayatnya ketika mama aku pergi haji tempoh hari? Well aku sehingga kini masih berusaha untuk mengembalikan seri kegemilangannya so aku pun menyembur la air mutlak dan kadang-kadang air mutannajis agar pokok itu dapat meneruskan kehidupannya. Tetapi semalam, aku tiba-tiba mendengar bunyi-bunyian aneh yang datang dari pokok itu. Mungkinkah pokok itu cuba berkomunikasi dengan aku? Aku semakin kaget. Terus aku baca ayat hafazan PAFA sebagai pendinding diri. Lalu aku menjerit "HOI POKOK, JIKA KAU BENAR-BENAR INGIN BERKOMUNIKASI, CAKAP MELAYU ATAU INGGERIS LA WOI!". Makcik June jiran sebelah rumah aku yang kebetulan berada di luar rumah, sudah menggeleng-gelengkan kepala melihat tabiat aku.

Tiada respon. Aku memberanikan diri mendekati pokok itu. Cuba teka apa benda yang ada dalam pokok itu sebelum korang klik Read More. Kalau korang teka betul, hadiahkan diri sendiri dengan sebuah MP3 player menggunakan wang sendiri.


Eww makhluk apakah itu??


Rupa-rupanya terdapat 2 ekor anak burung yang dibuang di dalam pokok ini. Mungkin burung itu terbaca surat khabar manusia yang terikut-ikut dengan tabiat kejam manusia yang suka membuang bayi akibat ketelanjuran mereka. Or maybe mak burung itu sedang menyorok di sudut-sudut menunggu masa untuk mematuk aku jika aku mengapa apakan anak dia.

Berdasarkan gred A sains aku dalam PMR, aku rasa ini mungkin burung Enggang setelah melihat anatomi paruh dan warna kulit mereka. Anak-anak burung tu mengeluarkan bunyi macam 'mak!! mak!! cipp cipp mak!!' setelah melihat aku. Gila apa ingat aku mak dia. Tetapi naluri keibuan aku tiba-tiba muncul aku setelah memandang kiri kanan memastikan tiada orang, aku cuba memberi susu badan kepada burung itu.


Aku segera membatalkan niat aku kerana idea aku itu memang tidak masuk akal sekali. Tapi kalau mak dia tak datang susukan anak dia, kembali ke rahmatullah la anak dia nanti. Mengikut penaakulan aku, ini adalah pilihan-pilihan yang boleh aku buat demi masa depan anak-anak burung ini:

1) Sebelum burung ini menjadi bangkai akibat diabaikan, mungkin aku harus tamatkan penderitaan mereka dengan menggoreng mereka untuk dibuat snek petang.

2) Beri mereka makanan kucing bagi meningkatkan peluang mereka untuk survive.

3) Bagi kat Kelly untuk diselesaikan.

Hmm. Help me decide please.

Thursday, March 18, 2010

Temubual Dengan Ijaicool

Siapa ijaicool? Betul ke dia seorang artis? Apasal tak pernah dengar nama dia? Apasal tak pernah nampak gosip dia didedahkan di ohartis.com? Apasal tak pernah nampak gambar separuh bogel di tepi kolam dia di dalam majalah Mangga? Ijaicool ataupun nama Islamnya Faizal Rosly mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia, namun begitu beliau amat popular di negara Brunei dan beberapa kawasan di Jawa. Wajah beliau sering dijadikan modal dalam fantasi terlarang gadis-gadis mahupun arbok. Lagu-lagunya pula sungguh memberi inspirasi sehingga dijadikan sebagai lagu rasmi beberapa buah sekolah memandu di sana. Anda cukup bertuah kerana hari ini anda akan ditontonkan dengan sebuah video temubual bersama ijaicool yang dirakam beberapa tahun yang lalu. Jika anda bijak, anda akan mencetak rompak video ini dan menjualnya di pasar tani yang berdekatan kerana video ini amat 'rare' dan sukar diperolehi. Ayuh kita klik Read More untuk sesi temubual bersama ijaicool.



Too bad ah kalau ofis korang atau bibik korang menghalang penggunaaan Youtube di pejabat atau di rumah. Tapi sebab ijaicool ni memang kool, anda boleh muat turun video ini di sini. Ayuh download sebelum link itu mencapai ejakulasi pramatang.

Jika ada sebarang persoalan tentang karier/kehidupan sosial yang hendak ditanyakan kepada ijaicool, silalah nyatakan di ruangan komen dan persoalan anda mungkin akan terjawab dalam sesi temubual akan datang.

ps3: kredit kepada group nana/tapa yang menjadikan aku sebagai aktor utama projek multimedia mereka. Tanpa aku, korang pasti dapat gred C dalam subjek Multimedia System Design.

Tuesday, March 16, 2010

Selebriti-Selebriti Yang Tinggal di Bangi

Bandar Baru Bangi merupakan bandar yang paling kool sekali di Asia Tenggara ini mengikut bancian yang dijalankan oleh akhbar Harakah baru-baru ini. Atas sebab itulah harga rumah dan tanah di Bangi semakin tinggi kerana orang ramai berpusu-pusu hendak tinggal di Bangi. Sana sini kita boleh nampak projek kondominium mewah didirikan, kompleks membeli belah bertaraf Pavilion sedang dibina serta bilangan kedai kopi yang bertambah pesat bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan SPM).

Para artis dan selebriti terkenal turut menjadikan Bangi sebagai tempat tinggal mereka kerana mereka mendapat privasi yang secukupnya di Bangi. Nak pergi Warta pakai boxer ke kaftan ke kain kapan pun orang tak kisah. Sila klik Read More untuk mengenali selebriti-selebriti yang popular ataupun sekadar berlagak popular yang tinggal di Bangi.

1) Rosyam Nor

Rosyam Nor ialah pelakon Melayu termantap kerana boleh membawakan apa saja watak seperti watak Mat Rempit 80an yang menaiki motor scrambler ataupun perogol bersiri. Rosyam Nor memiliki sebuah rumah di seksyen 3 tambahan (Bangi Perdana). Saksi sering mengatakan yang dia selalu menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki motor besar. Jika anda seorang paparazi, waktu yang paling sesuai untuk menyetalk Rosyam Nor adalah ketika dia mengisi minyak full tank di Petronas setiap petang Ahad selepas dia selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat berjumpa adik-adik Rosyam Nor iaitu Adibah Noor dan Malek Noor yang datang melawat untuk meminjam wang.

2) Mawi dan Ekin

Mawi dan Ekin menyewa di rumah lama Ikram di Bangi Golf Resort. Ekin dulu-dulu dia menganggur je tapi setelah dikecam oleh pihak media yang menuduhnya sekadar mengikis harta Mawi, dia kini bekerja sebagai patung display di kedai tudung Ariani kat sebelah Al-Ikhsan.

3) Harun Din


Harun Din duduk di Bangi sebelum aku lahir lagi. Rumah dia Darul Syifa di seksyen 1 hari-hari dikunjungi oleh orang yang kena santau ataupun suami yang terkena penangan nasi kangkang. Namun begitu peluang anda untuk bertemu Harun Din secara live di sana adalah tipis kerana dia sibuk mengendalikan kes-kes yang lebih besar seperti membantu Sam dan Dean menentang iblyss laknatullah ataupun menjadi penasihat kepada Olivia Dunham dalam menyelesaikan kes misterinya. Oh laporan yang mengatakan Din Beramboi dan Den Wahab merupakan saudara bau-bau bacang Harun Din adalah tidak benar sama sekali.

4) Cat Farish

Cat Farish tinggal di seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Setelah disingkir daripada Ruffedge akibat masalah berat badan, Cat telah membuat kedai kopi yang diberi nama 'KopiCat' di Bangi Perdana. Namun begitu kedai itu hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana Cat terlalu baik membelanja peminatnya minum sehingga muflis. Faktor saingan daripada Kopitiam Kawan juga turut menjadi punca bisnes kopinya gagal.


gambar ihsan allaboutmeandmejustme.blogspot.com

5) Ezzah Aziz Fawzy

Setelah diberhentikan daripada TV3 kerana lanjut usia, Ezzah Aziz Fawzy kini beralih ke bidang bisnes. Kopitiam Kawan celaka itu kedai dialah. Aku tiada masalah dengan Ezzah tapi kami kanak-kanak Bangi memang anti terhadap seorang pakcik bapuk yang berlagak tauke. Anda boleh baca entri ini jika ingin tahu mengapa kami benci kedai dia. Ezzah tinggal di seksyen 3, seberang rumah Ikram.


Gambar ihsan sajionline.com.my

Selain itu, terdapat juga selebriti-selebriti yang tidak dihiraukan sangat dan tidak selalu keluar surat khabar seperti Dira (Khaidirah budak kelas aku), Ainul Aisyah (punca rumahtangga Apai 'bergoyang' hee hee) serta Faizal Rosly. Walaupun mereka tidak dipedulikan sangat, tapi still banggalah sebab sama-sama orang Bangi.

Bagaimana? Best bukan Bangi? Terasa nak pindah Bangi bukan walaupun korang tahu aku banyak exaggerate sahaja dengan penulisan aku di atas? Well jika korang ada berjiran dengan artis, silalah kongsi bersama.

Monday, March 15, 2010

Kepulangan Dazu


Siapa Dazu? Dazu ataupun nama dalam surat beranaknya Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad adalah salah seorang daripada BFF aku yang tidak diterima keluarga dan diusir ke luar negara kerana dia disyaki terlibat dalam organisasi mutan X-Men (inside joke). Dazu dipaksa pulang ke Bangi setelah kakaknya Dazlin bertemu jodoh dengan seorang lelaki bernama Shahrizal. Oh ya, nama adik beradik Dazu semuanya bermula dengan D. Dazlin, Dinul, Dazrul, Dazwan, Dazwin dan kucingnya Del Piero. Bukan selalu dapat jumpa Dazu maka peluang untuk bersemenda dengannya tadi memang tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Sila klik Read More untuk mengetahui aktiviti kami kanak-kanak Bangi di hujung minggu.

Siapa tidak suka makan percuma bukan? Atas dasar itu, aku, Anas, Shuhud, Fandi dan Ikram bersepakat untuk menghadiri majlis persandingan kakak Dazu walaupun tidak mendapat kad jemputan. Apai tidak dapat turut serta kerana ada kelas anal (or something that rhymes with that), Jamil pulak nak tengok Melodi. So kami berlima sajalah yang pergi. Majlis diadakan di Dewan Gemilang, UKM. Dazu tidak pernah berjumpa apatah lagi hendak mandi bersama abang ipar barunya.


Setelah setahun tidak berjumpa Dazu, kami semua bersetuju yang Dazu kini hampir sama boroi dengan Fandi. Tahi lalat, arial Astro di telinga, dan gelak letihnya sahaja yang tidak berubah.


Setelah membungkus ayam goreng di dalam poket, kami semua pun berangkat pulang untuk menjalankan aktiviti kejantanan mingguan kami. Kami menghasut Dazu untuk meninggalkan majlis dan menyertai kami kerana dia memang tiada fungsi di majlis kahwin kakaknya itu selain menghabiskan cendol. Anas setiap minggu mengelirukan isterinya dengan memberi alasan hendak mengambil cerita Grey's Anatomy tapi sebenarnya dia main game bersama kami. Jamil pun dapat turut serta selepas merasuah isterinya dengan persetubuhan.


Apa yang lebih seronok bagi lelaki selain daripada persetubuhan bersama isteri? Bermain Call of Duty secara berjemaah di LCD 42" sudah pasti. Tiada apa yang dapat menandingi kenikmatan menusuk rakan baik anda dari belakang. Gila mencurigakan ayat.


Setelah selesai solat Asar berjemaah, kami semua keluar untuk sesi boys talk di Old Town Bangi. Shuhud baru sahaja selesai aktiviti locum di klinik berdekatan dan mendapat RM300 sebagai habuannya. Locum tu apa kulum ke? Takkan banyak sangat kau dapat mesti kau kau beri perkhidmatan tambahan. Namun segala syak wasangka kami terhadap Shuhud terus terhapus apabila dia bersetuju untuk membelanja kami makan. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesi boys talk semalam adalah persoalan adakah Adam akan menjadi bapa setelah berpindah ke UK serta adakah Old Town ini halal kerana ramai terrorist menghantar email forward cakap tak halal tapi kami ternyata tidak peduli sebab kami yakin dan tidak tinggal solat.


Aktiviti kami tidak berakhir di situ. Dazu, Shuhud dan Fandi kembali ke rumah aku untuk sesi maghrib berjemaah serta berfifa 2010. Ternyata gandingan aku dengan Fandi terlalu handal buat Dazu dan Shuhud yang teruk dibelasah di padang. Well sebenarnya hantar aku sorang pun boleh Fandi bukan perasan pun kontroller dia takde bateri aku main sorang je sebenarnya. Boleh pulak dia perasan yang dia handal padahal aku yang tengah kawal.

Kesimpulannya, semalam memang menggembirakan bukan kawan-kawan? Untuk lebih banyak gambar homoseksual kami, sila layari laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=165618&id=628280825&l=677ff6f57b

Thursday, March 11, 2010

Kekurangan Seorang Anak Tunggal

Ini merupakan kesinambungan entri Kelebihan Seorang Anak Tunggal. Jika anda merupakan stalker sejati saya, anda pasti tahu yang saya ini anak tunggal. Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah menjadi anak tunggal Faizal? Soalan itu sering ditanya setiap kali sesi temubual dijalankan bersama pihak akhbar. Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Sila klik Read More untuk mengetahui kekurangan-kekurangan yang harus ditempuhi sebagai seorang anak tunggal. Gila licik aku sekadar ubah intro entri di bawah.

1) Tidak boleh berkongsi kenikmatan

Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? TV LCD 42 inci besar-besar nak buat apa? Sepatutnya TV itu di splitscreen kepada 4 untuk bermain Call of Duty. Dan kau ingat kau punya set Guitar Hero tu boleh main sorang-sorang ke? Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Lost, makan Dominos Pizza ataupun mengintai jiran berkemban; semuanya lebih seronok jika dilakukan bersama adik-beradik bukan?

2) Tiada tempat mengadu


Jika kita dicabul oleh senior di MRSM Taiping, dengan siapa kita hendak mengadu? Report kat cikgu diorang tak percaya. Nak report kat mak abah, diorang sibuk bekerja. Kalau kita ada abang kan best, boleh abang kita tolong tinju orang yang mencabul kita. Kalau kita ada kakak, kita boleh minta kakak kita terangkan mengapa tiba-tiba berlaku pendarahan di dalam panties.

3) Tiada tempat melepaskan geram

Melepaskan geram bukan bermakna melempiaskan nafsu terhadap adik kita yang hangat. Eh pernah ke korang rasa akak atau adik korang ni hot sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar? Eww haruan makan adik. Well jika aku ada adik, pasti aku akan jadikan adik aku sebagai tempat untuk aku melepaskan tekanan. Kat sekolah kena marah dengan guru. Balik rumah terus panggil adik.

Aku: Hoi adik. Sini kau.

Adik aku: Ada apa abang ijai?

Aku: HIARGHHHHHH (buat aksi gerakan penyudah The Rock iaitu Rockbottom)

4) Mudah hanyut ke lembah kedurjanaan


Jika kita seorang diri, tiada siapa yang akan membimbing kita ke jalan yang benar dan lurus. Kita akan lebih mudah mengikut hasutan iblyss jika duduk seorang diri. Yelah duduk sorang-sorang nak buat apa kan mesti ghairah datang secara tiba-tiba. Jika aku ada adik mesti aku akan hantar adik aku pergi sekolah pondok agar dia dapat menjadi seorang Qari. Takpun bagi training vokal sebagai persediaan untuk jadi bilal di surau. Lagipun jika ada adik beradik kita boleh solat berjemaah or ponteng solat secara berjemaah.

5) Kena duduk rumah seorang diri

Kalau mama kau pergi umrah, mesti kena duduk rumah seorang diri. Aku ni testis je besar, tapi aku sebenarnya agak penakut orangnya. Bila duduk seorang diri mulala cerita-cerita hantu tiba-tiba bermain di dalam minda. Hantu badut It, Hantu Kopek, Hantu Edward Kolon eii seramla uols. Gila kau tengah duduk sorang-sorang lepas tu dengar bunyi pintu kena ketuk mau sujud sahwi terus aku. Itu belum hantu realiti seperti pencuri dan perogol lagi. Eii nauzubillahiminzolik.

6) Lonely

Bila aku kesunyian aku selalu nyanyi lagu Hattan. "Suuuuunyiii dan geeeelap. Terlantar dalam telanjang....". Masa aku kecil remaja dahulu aku mengaku yang aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang ada kakak dan adik perempuan. Seronok gila tengok diorang sama-sama nyanyi lagu Britney Spears. Seronok gila ada orang untuk bergaduh. Seronok gila ada adik beradik. Malasla aku nak tulis lagi nanti aku emo dan aku tiada adik untuk lepaskan keemoan aku.


So best ke korang ada adik beradik? Tak apa, aku masih ada adik beradik Bangi aku bukan?

Wednesday, March 10, 2010

Kelebihan Seorang Anak Tunggal

Jika anda merupakan stalker sejati saya, anda pasti tahu yang saya ini anak tunggal. Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah menjadi anak tunggal Faizal? Soalan itu sering ditanya setiap kali sesi temubual dijalankan bersama pihak akhbar. Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kelebihan yang pasti boleh membuat anda yang bukan anak tunggal cemburu buta. Sila klik Read More untuk mengetahui kelebihan-kelebihan yang boleh dieksploitasi sebagai seorang anak tunggal.

1) Boleh dapat apa sahaja

Orang kata anak tunggal boleh dapat apa sahaja yang dia mahu. Memang betul la tu. Semasa kecil, apa yang aku minta semua mama abah aku belikan. Nak Micro Genius dapat Micro Genius. Nak patung Michaelangelo dapat patung Michaelangelo berserta Pizza Thrower. Nak kasut ada lampu dapat kasut ada lampu. Memang anak emas ah aku. Jika ada situasi di mana mama aku tak mahu belikan apa yang aku minta, aku akan guna ayat "...but I'm your only son.." dan terus mama aku keluarkan kad kredit sambil membuat muka. Tapi kita tak boleh gunakan ayat itu selalu kerana satu hari nanti mungkin ibu bapa kita akan betul-betul hangin dan keluarkan surat beranak sebenar yang menunjukkan kita ni anak angkat.

2) Tidak perlu berkongsi

Haha kesian kat korang yang ada ramai adik beradik kena berkongsi segala benda. Pagi-pagi nak berak kena kongsi toilet gila kau tak tahan mau kena berak kat sinki. Lepas tu malam-malam nak bergayut dengan teman wanita tak boleh lama-lama sebab takut adik kita curi dengar semasa kita hendak ringan-ringan menggunakan telefon rumah. Kalau korang sesama adik beradik perempuan lagi tertekan sebab kena kongsi seluar dalam yang sama sebab mak korang belikan korang adik beradik satu set spender polka dot. Macamana nak bezakan ye tak melainkan yang dah ada polka dot merah besar buat kakak yang dah mencecah 9 tahun. Aku? Well aku tak perlu berebut nak tengok cerita telenovela Sepanyol di tv aku semuanya boleh dinikmati seorang diri, terutamanya ketika tengah horny.

3) Tidak akan kena dera

Pernah dengar tak lagu, 'Maaaalang yang menimpanyaaaa, kini menghantui kita. Apalah dosa hingga kau dideraaa'. Ya faktor kanak-kanak didera adalah kerana mereka ramai adik beradik. Mentaliti ibu bapa kita adalah tak mengapa jika kita dera seorang agar dapat memberi contoh kepada adik beradik lain agar tidak nakal, ada lagi 4 ye tidak.

4) Mendapat perhatian yang tidak terhingga

Sebagai anak tunggal, segala kasih sayang ibu bapa dan juga pakcik makcik serta atuk nenek akan dicurahkan kepada kita. Bukan aku nak riak ke apa, tapi cuba korang tanya Mak Long aku ataupun Mak Ngah aku; siapakah anak saudara yang paling mereka sayang? Jadi setiap tahun aku pasti akan mendapat duit raya lebih sebab tidak perlu diberi kepada adik beradik lain. Aku terer tajwid dan hafal jenis-jenis najis sebab mama aku hantar aku pergi sekolah agama sampin hijau. Jika aku ada adik yang lebih outstanding daripada aku, pasti aku tidak akan mendapat layanan istimewa bukan?

5) Tiada tekanan

Tiada perbandingan yang akan dibuat terhadap anda. Jika anda baghal dapat nombor yang tinggi dalam peperiksaan pun, anda masih menjadi anak yang paling pandai di dalam keluarga. Jika ingin berumahtangga, anda tidak perlu tunggu kakak anda yang disyaki lesbian untuk berkahwin terlebih dahulu.

6) Anak tunggal selalunya kacak

Ini bukan aku nak perasan ke apa, tapi teori ini dapat dibuktikan secara saintifik. Ok, Tuhan sudah takdirkan yang aku akan menjadi anak tunggal, tapi Tuhan itu maha adil. Sebab aku ni anak tunggal, segala gene kacak akan turun kat aku seorang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Itu sebabnya wajah aku memang outstanding berbanding orang kebanyakan. Ok kita ambil contoh Shuhud, dia ada 6 orang adik beradik. So, kehenseman dia hanya 1/6 daripada manusia biasa sebab dia terpaksa berkongsi wajah dengan adik beradik lain.

Katakan HO! jika anda juga anak tunggal! Apa? Tiada? Tak rok ah korang. Takpe jika aku rajin esok lusa aku taip pasal kekurangan menjadi anak tunggal pula.

Monday, March 8, 2010

Tanda-Tanda Anda Seorang Anak Mama

Apa itu anak mama? Anak mama adalah insan yang mengharapkan mamanya dalam semua aspek; ataupun dalam kata lainnya, sissy. Anak mami pula adalah filem arahan Prof Razak Mohaideen. Anna Kournikova pula adalah pemain tenis yang tak tahu main tenis tapi agak hangat. Ana Raffali pula apasal bergambar untuk blog Zati. Ok agak-agak dah panjang intro aku ni melebihi beberapa baris, so kita bolehla klik Read More untuk mengetahui adakah diri kita ini merupakan Anak Mama.

1) Anda panggil ibu anda dengan panggilan mama. Duh? Orang yang panggil ibu dia dengan panggilan mak selalunya lebih keras dan boleh berdikari. Orang yang menggemari ibu matang pula digelar milf hunter.

2) Mama anda yang menghantar kereta anda untuk diservis kerana anda seorang yang buta kereta dan mudah ditipu mekanik. Gila kalau mekanik tanya aku nak pakai minyak apa mau aku hanya tahu jawab 'Minyak yang berkualiti' sebab taknak nampak bodoh di hadapan mekanik.

3) Anda langsung tidak menghiraukan bebelan mama anda yang menyuruh anda mengemas bilik, membasuh pinggan serta menyiram pokok bunga kerana anda tahu; in the end, mama anda juga yang akan buat semua benda itu.

4) Anda sanggup tidak keluar makan malam kerana anda memang pemalas nak arwah. Namun begitu anda tahu anda tidak akan kelaparan kerana mama anda akan memesan Dominos Pizzaaaaa one three hundred tripppple eight tripppple three (menyanyi).

5) Ketika demam, anda pergi ke klinik ditemani oleh mama anda. Mungkin untuk mengambil kesempatan menggunakan khidmat panel majikan mama anda.

6) Anda tidak boleh berjauhan dengan mama anda. Satu contoh yang boleh diaplikasikan adalah; anda mendapat tawaran bersekolah di MRSM Taiping, tapi anda pulang bersekolah di Bangi. Lepas tu dapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Melaka, tapi pulang ke matriks Bangi. Kemudian dapat peluang belajar ke luar negeri, eh kat UKM pun jadilah, dekat je dengan rumah. Lepas tu sepatutnya posting gigi di Johor, dah pergi interview dahhh, last-last minit mendapat 'offer' untuk bekerja di HUKM. Kalau boleh nak apply kat Klinik Pergigian Lisa Alis. Lepas tu lepas kahwin nanti cadangnya nak buat rumah kat padang depan rumah mama dia je.

7) Cakap kat mama nak TV LCD Full HD 42 inci, dapat TV LCD Full HD 42 inci. Minta kat mama iphone, dapat iphone. Habaq kat mama nak PS3, ok yang ni tak dapat lagi.

8) Apabila bercakap dengan mama anda, suara anda tiba-tiba bertukar menjadi gedik ataupun bersuara Nobita. Orang yang dengar pun rasa menyampah dan terasa seperti hendak berbaring di landasan komuter.

9) Ada ringtone khas apabila mama dia telefon, serta jadikan gambar mama dia sebagai wallpaper lagi di telefon bimbit. Paling ekstrim, ada tatu gambar mama dia di lengan ataupun gambar polaroid yang ditampal jika tak cukup berani hendak bertatu.

10) Ada pihak yang menelefon anda, menawarkan anda khidmat insurans nyawa, ada yang menyuruh anda memperbaharui langganan majalah Anjung Seri. Namun jawapan anda kepada mereka sama sahaja, "Tanya mama saya".

Ok aku 60% anak mama berdasarkan contoh di atas dan aku tidak aib dengan status itu. Korang pun anak mama jugakah? Ala toksah nak berlagak gagah kita semua memang anak mama.

Sunday, March 7, 2010

Pengkhususan Bangsa di Kompleks Membeli Belah

Ini adalah pemerhatian stereotype aku di kompleks membeli belah di Lembah Klang. Tahukah anda, setiap kompleks membeli belah sebenarnya didominasi oleh satu kaum etnik ataupun golongan tertentu? Apabila kita melawat sesuatu kompleks membeli belah itu, kita akan rasakan seperti berada seperti di rumah sendiri ataupun seperti melawat negara lain. Sudah pasti apa yang ditulis ini hanyalah exaggeration aku, tetapi jika korang amati betul-betul situasi ini, korang akan berkata di dalam hati,"Wau! ijaicool memang betul walaupun dia hanya tahu merepek!". Sila klik Read More untuk mendalami struktur kajian pola petempatan berpusat di kompleks membeli belah di Lembah Klang.

1) Alamanda Putrajaya


imej ihsan: www.kul.com.my

Didominasi oleh: Orang Melayu

Jika ada 1000 orang yang melawat Alamanda pada hari itu, 990 daripadanya adalah orang Melayu. Lagi sepuluh orang mungkin bangsa Nepal yang bekerja di foodcourt. Faktor ini dibantu oleh lawatan penduduk Melayu dari kawasan berhampiran seperti Putrajaya dan Bangi. Jika anda pergi melawat Alamanda sekarang, anda akan lihat makcik-makcik yang semuanya memakai tudung Ariani dan orang lelaki yang berseluar pendek 3 suku dan memakai jersey bolasepak berjalan-jalan bersama keluarga mereka. Di hujung minggu, anda boleh lihat pelajar-pelajar Melayu dari sekolah asrama penuh berhampiran seperti Alam Syah yang cuba-cuba hendak menonton filem 18PL tapi kemudiannya ditempelak oleh penjaga tiket.

Panduan: Jika anda hendak terberak di Alamanda, sila gunakan tandas berhampiran GSC kerana tiada orang menggunakan tandas itu, dan dijamin tiada tahi terdampar seperti tandas di bahagian lain terutamanya di foodcourt dan depan bowling.

2) Jaya Jusco Cheras Selatan

Didominasi oleh: Orang Cina

Sukar sekali jika kita hendak melihat orang berbaju Melayu ataupun memakai sari di sini. Rata-rata orang yang melawat Jusco Cheras selatan ialah Leng Lui yang berseluar pendek singkat nampak peha yang tidak semestinya gebu.Antara faktor yang mendorong kehadiran orang Cina di sini ialah pusat karaoke Green Box yang menawarkan lagu-lagu popular dendangan Faye Wong dan Sammi Cheng. Ke Sammo Hung?

Panduan: Jusco Cheras Selatan adalah tempat alternatif untuk menonton wayang kerana tidak ramai orang yang tahu kewujudan lokasi ini. Tidak perlu beratur panjang untuk melihat filem-filem terbaru di pawagam, kecuali cerita Stephen Chow ataupun animasi yang ada alih bahasa Kantonis.

3) Metro Kajang


imej ihsan: kajang.biz

Didominasi oleh: Orang Indonesia

Mengikut pengamatan racist aku, ada 3 jenis orang Indonesia iaitu; Indonesia berwajah Nicolas Saputra, Indonesia berwajah Melayu, dan Indonesia berwajah Radja. Di Metro Kajang, anda akan berjumpa dengan Indonesia berwajah Radja. Ada yang lebih ekstrim berambut panjang dan memakai tshirt hitam band sembah syaitan walaupun tidak faham apa yang dinyanyikan oleh band itu Selalunya, mereka hanya bersadai di palang-palang sambil memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang.

Panduan: Jika anda hendak menempah baju Melayu/seluar sekolah kelas tinggi, sila tempah di Alisan Tailor. Memang popular dia ni Eman Manan selalu datang kat kedai dia nak tempah songkok. M Daud Kilau jahit labuci kat baju pun kat sini jugak.

4) The Mines

Didominasi oleh: Mat Rempit

Apabila melawat Mines Shopping center, adalah dinasihatkan agar anda membawa 2-3 orang kawan yang boleh berlawan ataupun pantas berlari untuk mendapatkan bantuan. Berdasarkan pengalaman kami daripada entri ini, membawa doktor gigi bersama memang sekadar membawa masalah. Anyway, jika anda seorang gadis dan anda di cet cet oleh Mat Rempit, anda dinasihatkan agar pura-pura tidak mendengar nguratan mereka dan meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang. Jangan sekali-kali mencabar ego mereka dengan menunjukkan jari hantu kerana kemungkinan anda untuk masuk akhbar Kosmo ataupun laman web 3gp Sabul adalah tinggi.

Panduan: Jika anda lalu di kawasan menjual HP, usah buat-buat tanya jika tidak berniat untuk membeli kerana kongsi gelap bertatu Cina akan memaksa anda membeli at least 3 buah telefon bimbit.

5) KLCC

Didominasi oleh: Orang Timur Tengah

Ini memang Izhar Halqi (jelas dan nyata tanpa dengung), sana sini mesti nampak orang Timur Tengah terutamanya daripada Iran dan Arab Saudi. Membuat jenaka terrorist seperti menjerit 'BOM!' apabila ternampak orang berpurdah adalah tidak sesuai kerana bilangan mereka memang ramai, tambahan Waheeda pun dah pakai purdah sekarang menurut akhbar Pancaindera hari ini.

Panduan: Pastikan akan mengetahui ayat-ayat asas dalam bahasa Inggeris seperti Yes, No dan It Isn't serta mengetahui lokasi Masjid KLCC agar tidak berasa aib ketika ditanya oleh pelancong asing di mana lokasi beribadat yang terdekat.

Satu-satunya kompleks membeli-belah yang seimbang nisbah kaumnya adalah Midvalley. Pavilion pula lebih banyak orang berkulit putih daripada orang berkulit sawo matang. Apapun, tidak kisahlah kaum atau golongan apapun yang menguasai kompleks membeli belah, kerana warna kulit tidak penting, yang penting rupa. Jadi bersama-samalah kita menanamkan konsep Yang Penting Rupa di dalam diri bagi mengukuhkan semangat perpaduan di Malaysia ini. Jika anda ada contoh racist yang lain, silalah kongsi bersama. Assalamualaikum.

Thursday, March 4, 2010

Happy Birthday Anas!

Esok, hari Jumaat merupakan birthday Anas Mohd Mustafah (5/3/2010). Siapa Anas? Anas ialah seorang daripada BFF aku walaupun kehidupan peribadinya jarang didedahkan di laman blog keji ini. Aku mengenali Anas sejak sekolah rendah lagi, maka Anas boleh dianggap sebagai BFF terawal aku kerana kami sama kelas sejak darjah satu sehingga tingkatan 3. Hari ini aku akan mendedahkan skandal homoseksual aku dengan Anas. Dalam gambar di bawah, Anas yang paling tegap dan no 2 paling kacak.


Sila klik Read More jika anda sudah bersedia untuk mengenali Anas dengan lebih lanjut.

Anas memang berbadan tegap sejak kecil. Mak dia kata Anas tak menangis masa lahir dan memiliki six pack sejak berumur 6 tahun. Aku dan Anas memang sama-sama nakal. Kami sering mengutuk Farah Waheeda sehingga dia menangis teresak-esak sehingga dipanggil oleh guru disiplin (tapi aku sorang je kena panggil kurang asam kau Anas). Dulu-dulu budak perempuan panggil Anas Superman sebab dia pakai spek dan hensem macam Dean Cain. Kami sering team up ketika bermain judi pemadam. Banyak jugalah koleksi pemadam yang kami menang hasil daripada perjudian kami bersama.

Tapi satu hari, cikgu menyuruh kami membuat karangan 'Kawan Baik Saya'. At that time, I knew for sure, Anas IS my best friend, forever and ever. Namun begitu, sebelum kehadiran Anas, aku ada seorang rakan sejak kecil yang bernama Asyraf Che Rus. Kami berjiran dan sentiasa bersama walaupun badai melanda. But in times, our relationship faded as we grew older. However, I knew that Asyraf would write about me on his essay, so I was 'forced' to pick Asyraf as my best friend in my essay as well. Dan tekalah Anas tulis pasal siapa dalam karangannya? So apabila sudah habis tulis Anas minta nak baca karangan aku, dan dia bagi aku baca karangan dia. Aku dapat lihat riak muka Anas sedikit berubah setelah membaca hasil penulisan aku. Aku rasa bersalah gila. I did say that I am sorry but I could not really explain why I did not choose him, tapi Anas kata tiada masalah. But deep down inside, I knew that I have hurt his feelings. So Anas, let me clarify this; you were my best friend at that time, you are my best friend now, and you will be my best for the rest of my life.

Flash forward, Anas kini telah berkahwin dengan Zack (nama perempuan dia Zaahirah) dan telah mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Aryan Zuhayr. Walaupun Anas telah berkeluarga, dia tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai best friend. Setiap minggu, Anas akan menggunakan predetermined sets of excuse untuk datang berfoya-foya di rumah aku. Contohnya "Sayang malam ni saya nak pergi rumah ijai kejap nak ambil Lost" or "Sayang awak nak tengok Grey's Anatomy kan? Saya pergi ambil kejap kat rumah Ijai". Kesudahannya ialah bermain Call of Duty sehingga pukul 2 pagi, sebelum dijerit oleh Zack melalui telefon bimbit.


Banyak aku puji Anas, kenala keji dia sikit untuk buat imbangan duga. Anas memiliki sindrom peluh berlebihan. Dia akan berpeluh tak kira masa, ada pernah sekali tu sampai jadi banjir kilat kat kawasan rumahnya. Bersetubuh bagaimana Anas? Tak ke lemas isteri kau? Haa haa.

So Anas, walaupun aku tahu kau tidak baca blog aku (Zack baca kadang-kadang), aku dan rakan-rakan lain mengucapkan selamat hari jadi, dan semoga Zack tak baca mesej rahsia kita untuk sesi berperang di hujung minggu.

Ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari jadi untuk Anas! Amboi-amboi dah pancung Abe berani nak mencabar aku pulak dalam Liga Super. Aku akan tusuk pisau dari belakang weekend ini. Eh minggu ni kau nak pulangkan gitar aku kan? (alasan untuk mengaburi mata Zack minggu ini)

Wednesday, March 3, 2010

Tanda-tanda Anda Sedang Mabuk Asmara

Bagaimana kita hendak tahu tanda-tanda kita sedang dilamun cinta? Selain daripada tanda-tanda yang obvious seperti hati berdebar-debar dan darah gemuruh apabila mata bertentang mata, ada banyak lagi tanda-tanda kecil yang kita tidak sedari. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengetahui adakah kita ini benar-benar sedang dilamun cinta ataupun sekadar terkena penangan nasi kangkang jiran. Majalah Cleo pun tak beri korang maklumat sebegini. Sila klik Read More untuk mengetahui adakah benar apa yang dirasai itu cinta.

1) Sekeras-keras anda, tak kiralah anda mengaku rok and roll sembah syaitan semua, tatkala anda dilamun cinta, anda secara automatik akan mula mendengar lagu-lagu tangkap leleh ciptaan Eddie Hamid ataupun Saari Amri. Ataupun sebarang lagu daripada band Melayu yang bermula dengan huruf S contohnya Spring, Scoin, Sting, Spoon, Slam dan Spin. Ringtone anda pulak guna lagu Elite 'Manisnya Senyumanmu'. Mataaaa bertentang mataaa adaaakah kau terasaaa cinta kian bermekar di haaati kitaa (atau lagu-lagu yang seumpama dengannya).

2) Anda tidak berminat lagi hendak menonton pornografi kerana anda sentiasa terbayangkan si dia 24 jam sehari. Yelah tak manisla jika anda membayangkan gadis/jejaka idaman anda berlakon pornografi.

3) Anda secara automatik akan menjadi stalker. Bukak Fesbuk orang yang anda suka untuk melihat status perhubungan. Tengok status kalau dia tulis 'I'm going to McD now!' anda pun pura-purala pergi makan kat McD dengan harapan boleh buat-buat terlanggar untuk mulakan perbualan. Lepastu siap print gambar untuk diletakkan di sebelah kad pengenalan anda. Gila stalker anda ni.

4) Hati berdebar sebenarnya terlalu umum. Jika anda benar-benar sedang angau, mungkin berlaku pergerakan di dalam seluar terus akibat terlalu banyak hormon cinta yang dikeluarkan. Najis mutawasitoh tu.

5) Anda mula menggunakan applikasi Love Calculator ataupun membuat teknik pangkah-pangkah nama pasangan untuk melihat peratusan cinta anda. Kalau keputusan tidak baik, anda akan memanipulasi data seperti letak nama bapa dulu ataupun gunakan nama samaran bagi mendapat keputusan cinta yang ulung.

6) Kenyataan 'makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah' sebenarnya tidak tepat bagi menggambarkan yang kita sedang dilamun cinta. Analogi yang lebih tepat dan relevan untuk digunakan apabila kita dengan dibuai perasaan adalah 'makan kenyang sehingga tertidur, tidur sehingga mimpi basah, dan mandi wajib mesti membasahkan diri ke seluruh badan'. What the what?? Ok point ini memang tidak masuk akal aku sekadar menaip tanpa berfikir panjang.

7) Anda cuba relate apa yang anda tonton di pawagam itu sebenarnya kisah hidup anda. Contohnya, anda secara tiba-tiba membayangkan yang anda ini Ben Affleck dalam cerita Pearl Harbor (lagu background There You'll Be) ataupun Mandy Moore dalam A Walk To Remember (minus part meninggal dunia).

8) SEMUA benda membayangkan anda tentang orang yang anda cintai. Contohnya bucu katil pun korang boleh anggap macam siku gadis anda, bulu karpet di lantai terasa seperti bulu dada jejaka anda. Paling tak boleh terima jika korang perasan muka boifren korang iras-iras Farid Kamil.

9) Anda secara tiba-tiba menjadi kreatif dan berseni dan handal membuat sajak cinta walaupun sekadar mendapat B3 dalam peperiksaan SPM. Contoh sajak cinta yang sweet tetapi menjijikkan bagi orang yang berhati keras:

Irfani,
Kulitmu gelap bak buntut kuali,
Nafasmu buatku lena diulit mimpi,
Tawamu riang umpama lagu,
Permaisuri kau bertakhta di kalbu,
Ingin ku seluk tanganku ke bajumu,
Dengan kasih sayang bukannya nafsu,
Akan ku nantimu di pintu syurga,
Jangan tinggal solat nanti masuk neraka.

Dari teman lelakimu,
Rashidi

Maka jika anda mengalami simptom-simptom di atas, sah anda sebenarnya sedang dilamun cinta, bukannya demam panas seperti yang doktor kata. Anyway, kalian bagaimana? Kongsilah perasaan cinta anda bersama.

Monday, March 1, 2010

Lawatan Sambil Berjudi di Genting


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan sepejabat telah pergi berjudi di Genting Highlands. Bagi mengelakkan saya dituduh racist, saya dengan berat hati menyertai rombongan perjudian ini. Mengapa berat hati? Kerana saya mudah pening, takut ketinggian dan berkolestrol tinggi. Saya tidak boleh naik kenderaan awam kerana saya akan muntah. Naik komuter pun dah mabuk inikan pula nak naik bas dan kereta kabel. Sudah pasti saya tidak akan mempamerkan gambar ketika saya mabuk. Mabuk cinta bolehla hik hik (jenaka gedik sambilan). Lagipun aku sudah lama tidak pergi Genting kali terakhir aku pergi pun semasa aku belum sunat. Sudah, sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar perjudian kami.

Kami bertolak dari One Utama pada pukul 8 pagi dan tiba di kaki Gunung Genting pada pukul 9 pagi. Tiket bas pergi balik berharga RM41, berserta tiket kereta kabel dan tiket Outdoor Park. Sepanjang perjalanan, aku sebenarnya sudah beberapa kali muntah tetapi aku telan kembali muntah aku bagi menjaga imej kental aku di hadapan rakan-rakan sepejabat. Lagipun aku tak sarapan lagi so dapatla aku mengalas perut sedikit.


Cabaran kedua aku ialah menaiki kereta kabel. Aku anggap ini sebagai persediaan aku mengatasi 'fear of height' aku untuk menyertai the Amazing Race Asia musim ke-4 nanti bersama Adam. I will never let you down Adam. Berbekalkan minyak cap kapak yang disapu di dahi dan nipple, aku begitu tabah menutup mata sepanjang perjalanan kerana takutkan ketinggian.


Oh yeah. Sampai juga aku ke puncak. Aku dah bercadang dah nak naik ride-ride yang ekstrim seperti Cockscrew dan Solero Shit, tetapi malangnya cuaca buruk tak boleh naik. (tipu, habaq jela takdak teluq). Tak mengapa, kita posing dulu. Hiarkhh!


Alah kalau aku nak main pun queue dia panjang nak arwah. Lagipun jadual kami padat tiada masa untuk beratur lama-lama. Ride yang aku berani naik dan pasti tidak muntah adalah Pirate's Train (barbie dia tak on suis so hantu semua tak keluar), Bumper Boat dan Roller coaster Naga.


"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!" jerit aku dalam nada arbok akibat ketakutan.


Korang pernah rasa sup ular tak? Rasa ular lebih kurang macam ayam je, cuma daging dia berlendir. Eii geli geleman mak uols.


Secara keseluruhannya, saya berasa gembira dapat bermanja dengan rakan sepejabat walaupun ada beberapa orang daripada mereka yang telah membelot Maikrosof dengan menyertai syarikat yang biasa-biasa je. Terima kasih Jabez Jeyaraj (blacker than me, haha), Fauzi Rentah (muka macam cina tu, cute tak?), Rozamzalina Karim (kaulah gadis idaman Bazlur), Dilip Velasamy, Susan Abraham, Komathi Balasubramaniam, Clifford Sanjeevi, Ramaesh Balasubramaniam, Ramu Moorthy, Nalini Tataunakeja. By the way sila ganti perkataan judi dengan cuti di dalam entri ini. Gila kau berjudi kan berdosa. Tapi aku mengakula yang aku tak semayang zohor, sama seperti kebanyakan umat Islam lain yang datang ke Genting ni.


Jika anda ingin menyetalk kami dengan lebih lanjut, sila layari laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=162252&id=628280825&l=0875ac1547

Sesetengah gambar ihsan Fauzi Rentah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...