Thursday, April 29, 2010

Sudahkah Anda Mendapatkan Tiket Ip Man 2?


Ya, tajuk di atas bukanlah typo. Aku memang bertanya Sudahkah Anda Mendapatkan Tiket 'Ip Man 2' instead of 'Iron Man 2'. Ini kerana anda pasti tidak akan dapat menonton Iron Man 2 di hujung minggu ini kerana tiket telahpun sold out. Kalau ada pun kena duduk di antara dua sujud kat depan skrin. Sebagai seorang yang berpandangan jauh (rabun jauh), kami telahpun awal-awal membeli seat paling kool untuk menonton Iron Man 2 di One Utama hari Ahad ini. Cemburu buta bukan? Tak kool la semua orang dah tengok anda baru nak terhegeh-hegeh mencari tiket. Tak kool la menonton filem terhangat 3 minggu selepas mula ditayangkan. Seriyes lepas tamat je tayangan aku akan terus post spoiler untuk menyakitkan hati kalian. Haa haa so korang tontonlah Ip Man 2 ye. Ip Man 2 pun best juga sebenarnya. Tujuan sebenar aku menulis entry ini adalah untuk mendedahkan satu perkara yang benar-benar mengejutkan tentang Ip Man. Sumpah memang korang takkan sangka punya. Sila klik Read More untuk mengetahui kisah seram di sebalik Ip Man.

Kisah yang mengejutkan ini berlaku di pejabat aku. Ayuh kita ikuti perbualan benar yang diubahsuai ini:

Faizal: Yo Gabby. Ngoh customer sik sap mai. (Yo Gabriel Thum, customer aku memang tak guna)

Gabriel: Hoi cakap melayulah aku sekolah kebangsaan tak sekolah cina.

Faizal: Ok ok mo man tai (ok ok tiada masalah). Jom pergi tengok wayang nak?

Gabriel: Cerita apa? Nak ponteng kerja kah talak guna punya olang.

Faizal: Kita tengok cerita kungfu IP MAN jom.

Gabriel:.......what did you say?

Faizal: Telinga kau di tersumbat bak kut teh ke. Aku cakap jom tengok cerita AI-PEE-MEN (IP MAN).

Gabriel: BOLO PUNYA OLANG. EEP-MAAN (Ip Man) la bolo. Bolo tahap sundel bolong lu ni Faizal. Apa lu ingat ini IP tu Internet Protocol ke? Haiyaaa soh chai.

Faizal:
Err ini bukan cerita orang kerja technical support ke? Tu yang aku sebut AI-PEE-MEN tu (cuba membuat jenaka bagi cover malu). Arghhhhhhh!!!!! (lari ke tandas sambil teresak-esak).

So guys, do not make a fool of yourself; it is pronounced as EEP-MAAN, not AI-PEE-MEN. Jangan malukan diri ok? At least not in front of the Chinese or masa nak beli tiket nanti. Ok sekarang sila mengaku siapa yang jahilliyah macam aku sebut AI-PEE-MEN instead of EEP-MAAN aku nak kira sikit. Jangan tipu cepat mengaku woi.



Sekali lagi aku nak jerit, EEP-MAAN!

Wednesday, April 28, 2010

Cara-Cara Hendak Menjadi Justin Bieber

Siapa suka Justin Bieber angkat tangan! Korang gadis-gadis mengaku minat Justin Bieber tak? Dewasa kini, Justin menjadi kegilaan para remaja dan mungkin juga sesetengah dewasa, tak kiralah gadis ataupun jejaka. Jika anda menjadi Justin Bieber, anda hanya perlu mengenyit mata kepada gadis-gadis ataupun jejaka sotong untuk membuat mereka menjadi histeria dan mereka secara sukarela akan mendedahkan aurat berat mereka kepada anda. Seronok bukan memiliki keupayaan untuk menundukkan gadis-gadis tanpa perlu menggunakan minyak dagu? Usah risau, hari ini saya akan mendedahkan tips-tips yang membolehkan anda menjadi Justin Bieber dan seterusnya berpeluang untuk menggoda gadis-gadis ataupun arbok ke bilik tidur. Baby, baby, baby ohhhh baby, baby, baby click Read Moreeee.

Tips 1: Rambut mesti hampir-hampir menutupi mata

Ini adalah ciri-ciri fizikal yang paling utama jika anda ingin menjadi Justin Bieber. Justin memiliki stail rambut lurus yang disikat rapi ke hadapan seperti Zac Efron ataupun Abu Bakar Ellah. Pastikan tak tutup mata terus macam Noh Hujan nanti gadis-gadis tak boleh nampak kita nak kenyit mata kat mereka. Berdasarkan contoh di bawah, tidak kiralah anda ini bangsa apa ataupun tidak berkulit cerah, asalkan anda memiliki gaya rambut sebegini gadis-gadis pasti akan hadir dengan hanya memetik jari.


Tips 2: Letakkan klip video anda di Youtube

Justin Bieber menjadi popular setelah mengepost video di Youtube. Sekarang dia dah boleh meneguk minuman keras bersama Usher dan berkucupan dengan gadis-gadis kulit hitam dengan bebas. Anda pun boleh juga. Mungkin telah tiba masanya untuk anda mengepost video yang anda selalu rakam menggunakan telefon bimbit korang ketika korang berseorangan di rumah tu. Lagi gedik lagi bagus. Mana tahu M.Nasir terjumpa klip video anda menyanyikan lagu Ne-Yo dalam aksen nusantara.

Jangan pula korang tersalah post video .3gp korang melakukan aksi seksual secara solo ataupun duo. Tapi bila fikir balik, kepopularitian kita sebenarnya akan meningkat mendadak setelah timbulnya sextape kita di pasaran gelap. Ambil sahaja Paris Hilton, Kim Kadarshian, Wan Nur Azlin ataupun Chua Soi Lek; kan mencanak-canak kepopularitian mereka selepas pita video tak senonoh mereka tersebar.

Tips 3: Bersuara sengau dan keanak-anakan

Jika anda mendengar lagu-lagu Justin Bieber, anda pasti sedar yang suaranya seakan-akan kanak-kanak yang belum mendapat mimpi basah. Walaupun Justin Bieber kini telah mencapat akil baligh, suaranya masih lagi keanak-anakan meminta pelempang. Jika anda secara semulajadi dianugerahkan dengan suara yang sengau, inilah masa anda untuk menjadi popular. Takpun kepit sahaja hidung anda dengan jari, dah dapat keluar suara dia dah. Tak dapat suara Justin Bieber, mungkin dapat suara Andrew Garcia.

Tips 4: Mesti tahu satu atau dua killer moves

Kalian pernah melihat Justin Bieber menari? Oh my god, terus mencapai kemuncak syahwat aku melihatnya. Kehebatannya membuat moonwalk ataupun menari mengikut irama memang tidak dapat disangkal lagi. Jika anda kaki bangku tak reti main bola dan memiliki skill tarian bertaraf Mawi, anda boleh lupakan niat anda untuk digilai ramai. Tapi tak tahu menari tak mengapa, kerana banyak kelas tarian yang boleh kita sertai terutamanya di Lembah Kelang ini. Daripada korang merempit baik korang masuk kelas tarian Adnan Abu Hassan.

Tips 5: Gaya pertuturan dan perwatakan seperti negro


Nak jadi Justin tak bolehlah memberi salam ataupun bermadah helah macam Ziana Zain. Kita kena lupa diri dan bangsa sedikit. Gaya percakapan mesti ala-ala Kanye West ataupun Joe Flizzow. Contohnya, 'Apa khabar saudara?' harus digantikan dengan 'Wassup man, how you doin?'. Lepas tu pakai hoodies ataupun baseball cap, kasut sneakers besar nak arwah macam Ronald McDonald pakai tu dan tidak lupa rantai mengikat anjing di leher.

Tips 6: Berwajah licin dan jambu

Jika anda memiliki misai dan janggut serta bulu hidung anda selalu sangat terkeluar, anda tidak boleh menjadi Justin Bieber. Jika anda memiliki jerawat batu di pipi, anda tidak boleh menjadi Justin Bieber. Jika wajah anda diparang seperti Frank Ribery, anda tidak boleh menjadi Justin Bieber. Ahhh adorablenya kau Justin! ARGHHHGAAGAAAAA.


Bagaimana? Anda rasa anda lebih layak meniduri gadis-gadis berbanding Justin Bieber? Jika anda mengikuti tips-tips di atas, saya yakin anda pasti akan diburu gadis-gadis bawah umur dalam masa yang singkat. Selamat maju jaya!

Tuesday, April 27, 2010

Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu

Lagu apa yang semua orang tahu? Yang paling ketara sekali sudah pastilah lagu Negaraku, di mana kita semua akan disuruh menyanyi ketika di perhimpunan Taska Abim lagi. Ok mari kita bertaruh, aku akan membuat senarai lagu-lagu yang popular yang apabila anda dengar sahaja tajuknya, anda pasti tahu melodinya siap boleh main kat rekorder lagi. Ok maybe sukar sikit nak main kat rekorder tapi sekali lagi aku hendak tekankan di sini, anda pasti tahu melodinya! Sila klik Read More kalau anda tak percaya.

1) Lagu Mat Kool

Mat Kool, Mat Kool kawanku.
Mari kita ikut, Mat Kool.
Main-main selalu.
Syoknya syoknya ada Mat Kool!


Kamon, tiap-tiap hari dia lalu depan korang korang. See see you guys are singing it already.

2) Lagu Tema X-Files

X-Files merupakan siri TV yang paling hebat sepanjang zaman (selepas Lost). Mendengar lagu temanya yang misteri sahaja sudah boleh membuat anda ketakutkan terus nak jumpa Harun Din untuk berubat. I bet you can whistle the theme song.


3) Lagu Mario (bukan yang negro tu)

Tak kiralah anda main Mario di konsol original Nintendo ataupun konsol cetak rompak Micro Genius, lagu background di level 1 Super Mario pasti sedang terngiang-ngiang di dalam minda anda sekarang. Kalau yang tak main game Mario pun pasti tahu juga sebab lagu ini sudah diinstall oleh cina dalam yang jual telefon bimbit klasik Nokia 3310.



4) Lagu Star Wars


Nerd. Geek.

5) Lagu Gardenia

Uuuuu Gardeeeeenia. So good you can even eat it, on its own
Uuuuu Gardeeeeenia. Sungguh enak dimakan begitu saja (versi Melayu)
Uuuuu Gardeeeeenia. Mou lan yong hamsaplo kap si (Chinese version)

6) Lagu Happy Birthday (non-Muslim version)

Duh?? The most popular song in this whole wide world??

7) Lagu Canon in C (atau D)

Alah dalam filem barat masa scene perkahwinan masa tengah jalan nak masuk gereja mesti main lagu ni. Takpun siapa lagi gila cerita Korea mesti familiar dengan lagu ini sebab dimainkan dalam My Sassy Girl. Ataupun jika anda kaki Youtube anda pasti tahu dengan salah satu klip video viral yang paling popular di bawah:




8) Bunyi jam komunikasi Power Rangers apabila ada orang call


Ala yang bunyi dia, tet tet tetet tettet.

9) Lagu The Chicken Rice Shop

Jika korang kaki wayang, iklan dia selalu diselitkan dengan iklan minuman keras Kasbeg. The chicken riiiiice shop, bukan sekadar nasi ayam! Annoying nak arwah lagu ini.

10) Lagu Jay Sean - Down

Sedangkan Mak Ngah aku pun boleh menyanyi lagu ini, inikan pula korang kanak-kanak zaman moden. Dahla setiap 12 minit keluar di semua stesen radio (kecuali Xfm dan IKIM). Baby are you down down down downnnn.

Adakah aku salah? Katakan HO! jika anda tahu melodi semua lagu di atas. Jika anda ada lagu-lagu yang anda rasa semua orang tahu, silalah kongsi bersama.

Sunday, April 25, 2010

Parti Liar di Wong Solo

Aku memang cintakan rakan-rakan Bangi aku. Jika diberi pilihan samada hendak memiliki six pack di perut ataupun terperangkap dengan one pack macam sekarang dengan membelanja rakan-rakan Bangi makan, I'll choose the latter without any hesitation. Biarlah perut aku boroi asalkan rakan-rakan aku tidak kelaparan. Atas dasar itulah aku membuat keputusan untuk mengeluarkan mani dari wallet sendiri untuk memuaskan nafsu buas rakan-rakan aku. Lagipun semalam (Sabtu 24/4/) merupakan hari jadi Khairul Afandi bin Kassim, so kami pun bercadang menganjurkan parti liar yang halal buatnya. Sebagaimana yang korang tahu, muka Fandi memang seperti orang Indonesia seratus peratus. Indonesia di sini bukanlah seperti Nicolas Saputra tetapi lebih kepada Rhoma Irama ataupun penyanyi Radja. Di atas sebab itulah aku membuat keputusan untuk membelanja rakan-rakan di restoran masakan Indonesia di Wong Solo Bangi. Lagipun aku taknak dituduh rasis terhadap orang Indonesia. Waduh waduh enggak bisa ular klik Read More dong.

Sebelum air liur anda bertakung melihat gambar makanan dan wajah aku, seperti biasa kita mulakan sesi mengaibkan besday boy dahulu. Khairul Afandi seperti yang korang tahu sering meninggalkan komen berbaur seksual di laman blog ini mahupun di laman Fesbuknya. Beliau pernah menjalani terapi ketagihan seksual macam yang Tiger Woods pergi tu, bezanya Fandi takdelah berzina dengan ramai gadis, tetapi sekadar zina mata dan tangan dengan menonton siri pornografi klasik lakonan Ron Jeremy dan Peter North. Ok ok aku exaggerate janganla sensitif sangat bitch. Tapi lihat gambar di bawah memang sah muka orang yang suka membuat sexual harassment bukan?


Aku tidak pernah pergi pun Wong Solo sebelum ini. Orang bukan Indon kata best, so aku pun nak cubala. Baru jugakla rasanya buka dekat area Old Town Bangi tu. Aku, Anas, Jamil, Evi dan Abe tiba dahulu. Menu dia berbahasa Indonesia dan Fandi belum datang lagi, tiada orang nak translatekan so kami sekadar memesan set makan malam untuk lima orang dahulu.


What the what is a pecel lele? Nama macam ayat kontrasepsi so kami pun ambillah set itu. Rupa-rupanya pecel lele ialah ikan keli. Takkan semua orang nak makan ikan kalau terlebih makan ikan nanti mendapat muncung macam Zul. Tertekan dengan hakikat itu kami pun memesan the 'famous' Ayam Kampung Penyet dan Ayam Bakar sebagai lauk pauk tambahan. Jamil memesan Jus Poligami sambil dijeling oleh Evi. Sumpah nama dia Jus Poligami aku tak tipu tapi rasa dia macam Mango Lassi di kedai nasi daun pisang India je.


Zul dan birthday boy Fandi datang lambat, so memang save la wang rupiah aku sebab diroang tak dapat order sebab dapur dah tutup. Zul yang telah lama tidak membuat kemunculan di blog ini akhirnya berjaya join kami kerana dia masih belum ada balls untuk mengajak Eleanor Ezura bertemu janji. Or maybe malam tu dia nak ajak Ezu tapi sebab aku paksa dia join kami, dia terpaksa menangguhkan impiannya itu. See aku still backup kau Zul.


Secara keseluruhannya walaupun orang kata tempat ini merupakan tempat 'eksklusif' untuk makanan dari seberang, harga dia tidaklah mahal sangat dan rasa dia pun boleh tahan. Tapi ayam penyet dia memang pedas sehingga termencarut dalam bahasa jawa aku ketika membahamnya. Waktu operasinya adalah dari pukul 11 pagi hingga 11 malam, so memang kitorang sahaja yang tinggal masa tu. Pelayan bar siap pura-pura mengelap meja dan peluh di dahi Anas lagi untuk memberi hint yang mereka nak tutup restoran tapi kami menganggap restoran itu seperti restoran India Muslim 24 jam. Selamba sahaja Fandi menghisap rokok walaupun restoran itu telah meletakkan dilarang merokok dan dilarang kencing berdiri. Setelah pengurus restoran Wak Jonoh mengeluarkan Jenglot untuk disantet, barulah kami cemas dan beredar.


Parti liar diteruskan di rumah aku dengan tarian separa bogel oleh Ahmad Shuduh. Memang fetish ebony la kami. Terima kasih buat para isteri (Zack dan Evi) yang memahami kehendak sang suami untuk mendapat nafkah batin bersama rakan-rakan jantan. Ya, masih belum terlambat untuk kita ucapkan selamat hari jadi yang ke-33 buat Khairul Afandi bin Kassim. Semoga impian kau untuk membuat pembedahan plastik bagi mengubah penampilan 'Seberang' akan tercapai. Amin.

Friday, April 23, 2010

Top Ten Celebrity Crushes

Anas menghantar mesej berbunyi begini "Ijai, aku atas kau dalam fantasi...". Wow. How should I respond to that statement? I must admit that Anas is good looking and has a firm nipple....but then I realized that he was talking about the Fantasy Football. Apapun intro aku tiada kaitan sangat dengan entri yang aku hendak buat. Kita sebagai manusia yang lemah pasti ada fantasi selebriti kita sendiri. Contohnya, kawan aku Shuhud, dia minat selebriti-selebriti berkulit hitam, mostly perempuanlah macam Macy Gray dan Erykah Badu. Selalunya selebriti-selebriti ini dijadikan modal untuk kita melakukan perkara yang berdosa dan boleh membuat kita menyesal temporarily kemudian buat lagi, if you know what I mean. Sudah, ayuh kita klik Read More untuk mengetahui 10 selebriti yang boleh memercik peluh jantanku.

10) Didi Benami

Masih segar daripada penyingkirannya dalam siri televisyen American Idol, Didi Benami berjaya memasuki carta fantasi aku untuk menduduki tangga yang ke-10. Bahaya tu Didi boleh tersingkir lagi. Tapi aku rasa Didi akan bertahan dalam carta fantasi aku untuk beberapa ketika kerana Didi memiliki suara yang unik, tonenya memang tidak boleh dijumpai di mana-mana. Teknik falsettonya boleh membuatkan berlaku pergerakan di dalam seluar. Wajah dia pun aku bagi 7/11 la. Aku undi kau haritu Didi masyaallah abis kena bar Maxis aku.



9) Miley Cyrus

Do not try to resist because it will only make it worse. Her voice, her personality, her face (although the face is not considered Sharon Stone muda2 materials, hmm) ahh so why not just embrace it like other millions of screaming teenagers? Ada sorang mamat tu kat Youtube (DaveDays) dia selalu buat parody pasal Miley, last-last dia dapat jumpa Miley betul-betul. Mungkin aku harus membuat parodi lagu 'Tujuh Benda Yang Aku Benci Pasal Kau' takpun mendaki gunung Tahan sambil mendendangkan lagu The Climb. Bila the Last Song nak keluar kat sini haa?

8) Taylor Swift


Come on aku ada album Fearless Platinum edition ok. Siap dapat sehelai rambut blonde dia yang dikepilkan bersama leaflet cd itu. Babi kau Joe Jonas mintak clash dengan Taylor guna telefon je. Bulu mata dahla tebal macam Sin Chan muka pulak memang mintak penyiku daripada aku.

7) Gadis-gadis from House

Aku tak tengok sangat House as in mendownload setiap minggu macam aku download Lost di pejabat. Tapi kalau keluar kat AXN aku tengok ah. Ada 3 orang yang aku harap dapat jumpa dalam mimpi basah aku dalam House. Alison, si dahi jendul Remy, dan sudah pasti MILF Cuddy.

6) Tina Fey

Hey don't judge me. Ini list aku tak kisahla korang nak kata aku pervert ke letak Tina Fey di dalam list kerana aku sukakan personaliti dia walaupun dia bertaraf ibu. She is super funny in real life. Come to think of it, I actually had a crush with her character Liz Lemon in 30 Rock. Dia selalu berlagak witty tapi kedengaran bodoh tanpa disedari, which made it funnier. Liz juga seorang geek yang selalu membuat reference terhadap popular culture. Ohh Liz Lemon!

5) Sharon Stone masa muda

Sori Sharon dulu dia duduk tangga kedua tapi kini dah turun tangga kelima. Umur dah 50 tahun tapi tak tahula dah menapaus ke belum macam Rosnah Mat Aris. Alah kalau dah putus haid pun masih bisa mencairkan hati jantan lemah sepertiku. Bitch siapa curik CD Basic Instinct aku? Mana boleh lupa scene di bawah.



4) Hit Girl from Kick Ass


OMG she is effing cute and awesome!



3) Ellen Page

Ellen could have been born to play the quick-witted, cool, naughty, funny, sweet, charming, guitar-playing chick in Juno. There is no other person that can portray Juno as remarkable, as brilliant as her. But then again, I love her in Whip It or even X-Men sebab muka dia memang meminta untuk dicubit-cubit. Aksen dia pun bila sebut huruf S pun macam gedik tapi aku gemar hee hee.

2) Zooey Deschanel


Zooey memiliki pakej lengkap di mana dia memiliki wajah yang super sweet, berkebolehan menyanyi dan bersifat wasadtiah walaupun bukan Islam. Suara dia unik macam penyanyi kabaret. Tak kiralah dia berlakon cerita apa pun mesti aku eksaited nak tengok walaupun cerita bangang M Night Semalam semalam yang dia berlakon dengan Mark Walbek tu.

1) Jennifer Garner

Jennifer berjaya mengekalkan kedudukannya dalam carta ini seperti dahulu kerana tiada siapa yang dapat mengatasi dia punya killer 'muncung', dazzling smiles, spankin hot body and a barrage of kung fu moves. Well on Alias at least.


Ok aku sudah bagi list aku kini tiba untuk kalian berkongsi selebriti fantasi anda pula. Ala babe janganla cemburu saya tak jeles pun awak cakap Justin Bieber tu comel. Oh baybeh baybeh baybeh oooooohhhhh

Thursday, April 22, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Kawan

Semua orang ada kawan. Tak kiralah anda ini berkulit hitam atau putih ataupun kulit berkudis, anda pasti ada kawan. Mengikut testis yang dikeluarkan oleh pelajar tahun akhir jurusan Sains Kemasyarakatan di Universiti Industri Selangor (UNISEL), 'kawan' itu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Kalau korang perasan aku taip 'testis' instead of 'tesis' dalam ayat sebelumnya untuk menambah elemen komedi dalam penulisan. Saja je bagitahu nak bagi panjang sikit intro aku sebelum korang klik Read More untuk mengenali jenis-jenis kawan.

Kawan Toilet

Kawan toilet ialah orang yang bertegur sapa dengan kita di dalam tandas. Selalunya mereka ini bekerja di tempat yang sama dengan anda. Di luar tandas, anda memang tidak bercakap langsung dengan mereka ini. Nama mereka pun anda tidak tahu. Muka je familiar sebab korang selalu bertemu di tandas. Mula-mula sekadar angkat kening The Rock, lepastu dah kerap sangat kencing bersebelahan mulalah mengeluarkan dialog-dialog kosong seperti berikut:

"Yo wassup bro?"

"Yo bro on break ke?"


"Nice balls bro"

Kawan toilet juga dikenali sebagai kawan lif ataupun kawan menunggu bas.

Kawan Ah Long

Kawan Ah Long ialah kawan anda yang paling samseng. Dada mereka selalunya kental dan muka mereka ada kesan parang macam Frank Ribery. Setiap kali ada pertelingkahan, anda mesti mention nama dia. Contohnya, di Uniten dulu, kalau nak pukul Saiful Bukhari sebab dia mengurat Lala, kitorang panggil Gaput. Nak selamatkan Iz dari dibelasah di Upten, kitorang panggil Gaput. Nak menjaga maruah Uniten ketika dicabar oleh Mat Rempit UPM, kitorang panggil Gaput juga untuk racing. Kira Gaput ni macam Farid Kamil la dalam filem I'm Not Single. Eh macam tak kena je contoh yang aku beri.

Kawan Pau

Tidak, kawan pau bukanlah seorang peniaga pau di pasar tani. Sebaliknya, mereka hanya berkawan dengan anda ketika mereka mahukan sesuatu. Tak kiralah ketika mereka memerlukan wang, pengangkutan ke kelas ataupun mahu meminjam tuala wanita. Golongan yang mengepau rokok adalah golongan yang paling dibenci sekali mengikut bebelan kawan-kawan aku yang merokok. Tidak kurang juga kawan yang mengepau telefon bimbit untuk menelefon awek di malam hari untuk melakukan persetubuhan di telefon.

Kawan Maya

Ada dua jenis Maya. Maya Karin yang hangat, ataupun Maya lagi sorang yang kecik dan bermuka macam buku lali tu. Alah yang dulu-dulu selalu berlakon drama Spektra tu. Tapi kawan Maya yang aku maksudkan ternyata tiada kaitan dengan kedua-dua Maya tadi. Kawan Maya ialah kawan atau 'friend' anda di laman web sosial seperti Facebook ataupun Myspace. Anda langsung tidak kenal mereka, tetapi anda main add sahaja mereka tanpa mengetahui orientasi seksual mereka. Selalunya anda akan add orang-orang yang mendedahkan payu dara ataupun yang berpotensi wajahnya. Teori itu menjelaskan kenapa Facebook Fandi tidak ramai kawan. Kawan Maya anda lebih ramai daripada kawan realiti anda, dan selalunya mereka terdiri daripada budak belasan tahun yang masih belum habis PMR tapi mengada-ngada nak main Facebook. Aku kalau orang add aku di Facebook tanpa memperkenalkan diri aku accept tanpa banyak bicara. Lepas tu aku stalk mereka, agak-agak berat badan melebihi 65kg selalunya aku delete kembali. Eh takde notification kan kalau kita delete orang?

Cabang daripada kawan Maya ialah Kawan DotA, Kawan Mafia Wars dan Kawan Bercucuk tanam korang tuh.

Kawan Peperiksaan


Aku yakin korang ada kawan sebegini semasa di kolej dahulu. Selalunya kawan peperiksaan ini adalah seorang yang nerd, meminati hentai, berspek mata tebal, dan memakai minyak rambut Gatsby untuk meniru gaya penyanyi Jepun atau Korea. Anda memang pura-pura tak kenal mereka ketika makan di kafeteria, tapi bila dekat-dekat nak periksa mulala anda menggelabah nak cari mereka minta mereka ajar nak buat function dalam Pengaturcaraan C.

Kawan Akhirat

Kawan akhirat ialah kawan-kawan yang anda akan letakkan di meja VIP semasa majlis perkahwinan anda nanti. Anda rela disetubuhi mereka tanpa menghiraukan rasa sakit di punggung. Jika kereta anda dipecahkan oleh samseng jalanan, anda semua akan stick together. Kawan akhirat ialah kawan-kawan yang akan menunggu anda di pintu syurga macam lagu Kru dan Elite tu.


Apa lagi jenis kawan yang lain tapi aku buat-buat macam malas nak taip tapi sebenarnya aku dah tiada idea. Jika kalian nak tambah silakan. Jika nak add aku dalam Facebook, pastikan memiliki wajah yang tak memberi igauan buruk dalam mimpi basah aku.

Wednesday, April 21, 2010

What's In The Pokok? Episod 2 (UPDATED!)

Ini adalah kesinambungan daripada entri What's In The Pokok. Ada seorang pengomen yang disyaki ahli keluarga Jamil telah meramalkan yang akan ada burung bermastautin dan membesarkan anak di sarang yang sama di masa hadapan. Ramalannya memang tepat, kerana terdapat dua biji telur di dalam seluar eh sarang itu. Struktur dan anatomi telur itu sama dengan telur yang lalu, maka aku mengesyaki burung itu daripada spesies yang sama ataupun burung yang hari itu memang sundal banyak melakukan penzinaan.


Tapi burung ni suka suki one in a million je nak beranak pinak di pokok mahal mama aku tanpa membayar sewa. So aku pun membuat keputusan untuk membuat jenaka terhadap burung itu. Sila klik Read More untuk sama-sama berjenaka membuat ibu burung itu tertekan.

Jenaka 1: HAHAHA lucunya aku. Demi aksi komedi, aku rela membazirkan M&Ms untuk membuat emak burung pening.



Jenaka 2: HAHAHA lucunya aku. Perdayakan burung itu suruh eram telur ayam dalam peti ais aku. Haa haa sampai hari Krismas pun tak menetas pasti kebas bontot dia nanti.



Jenaka 3: Pasti cuak mak burung itu hendak menetek anaknya nanti.


Hahaha lucunya aku. What the what? Mengapa korang hendak menjadi aktivis alam sekitar pula? Apa yang dilakukan semuanya demi kebaikan burung itu. Kat rumah aku banyak pemangsa. Jadi kaler yang berlainan berupaya mengelirukan tupai daripada menebuk lubang di teluq. Tupai juga pasti akan menarget teluq yang lebih besar seperti di jenaka 2. Lebih baik, tupai juga tidak akan berani mendekati sarang burung itu apabila melihat kelibat Dino Riders aku.

Disclaimer: Tiada makhluk tuhan yang dicederakan dalam aksi komedi ini.

UPDATE: Sebiji telur telah menetas petang tadi. See, aku memang menjaga anak burung itu dengan baik seperti aku menjaga burung sendiri. Nampak macam tak senonoh ayat aku tapi sebenarnya aku memang ada bela burung.



How Apple Lost The Next iPhone


Leaked iPhone 4??

Read the full story here:

1) How Apple Lost The Next iPhone

2) All the details about the device

3) And finally, how Apple asked for their phone back

So, do you think that Apple dude had too much drinks and accidentally left Apple's most important secret at the bar? Or was it actually a clever marketing ploy? Come on, free advertisement long before the product launch. Remember the TM viral marketing a couple of months ago? Sampai aku pun siap buat entri pasal lagu Bunkface tuh.

Anyway, sebagai fanboy Maikrosof:

Fak Apple

Tapi kau guna telefon epal Faizal? Penjelasan: semua budak Bangi pakai, aku kenala pakai sekali agar tidak dipinggirkan. Nanti Windows Phone 7 kluaq aku hadiahkanlah telefon epal kepada anak-anak yatim.

Monday, April 19, 2010

Benda-Benda Yang Terabai Dalam Hidup Aku

Fakta: Gadis-gadis sering membeli benda mengikut nafsu, tetapi akhirnya korang tak pakai pun benda yang korang beli tu. Tidak percaya? Ok sila buka almari anda sekarang. Sudah? Ok sekarang lihat di hadapan anda. Baju Forever 21 yang nampak lurah payu tu, mahal tau korang beli tapi tak pernah sarungkan pun. Kasut tumit tinggi Charles & Keith korang tu, Masyaallah sampai 8 pasang beli tapi tak berusik sampai dah ada sarang labah-labah dah. Poin aku di sini adalah untuk menunjukkan yang kita ni banyak membeli barang yang kita tak guna pun. Mula-mula je eksaited lepas tu dipinggirkan. Kaum lelaki pun sama juga sebenarnya, cuma tak seteruk gadis la, hee hee. Ok sila klik Read More kerana aku ingin menunjukkan benda-benda milik aku yang kini semakin terabai.

Benda 1: Set Guitar Hero


Aku beli benda alah ni masa dia mula-mula keluar. Memang tak menyempat-nyempat untuk aku riakkan kat korang. Beli awal-awal pastilah harga dia pun melampau macam harga sebiji burger di konsert Kelly Clarkson nanti. Mula-mula aku mengaku, memang aku lebih banyak mengetuk drum daripada menunaikan solat. Aku memang fit ah sebab hari-hari keluarkan peluh mengikut rentak Everlong. Lepastu tiap-tiap malam menyakitkan testis jiran dengan mengajak kawan-kawan datang bermain.


Namun begitu gambar di atas hanya tinggal kenangan. Mama tak kasi main malam-malam dah. Lagipun CD rosak kami tak boleh main lagu Taylor Swift bosan ah.

Benda 2: Gitar Elektrik


Gitar ini mama aku belikan sebagai hadiah aku dapat 8A 1D dalam Penilaian Menengah Rendah. D tu gred Bahasa Arab aku (tipu). Aku beli dekat kedai Yamaha di Metro Kajang. Orang semua beli Ibanez dengan Fender aku angkat Samick sahaja. Masa tu semua orang minat Kurt Cobain. Minat Kurt Cobain mestilah hisap rokok ataupun boleh bergaya dengan gitar kan. Walaupun aku tak merokok, aku masih mampu bermain lagu Come As You Are dengan Dazu.

Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Aku dah lupa bagaimana hendak pegang kord A minor. Gitar ini sudah lama tidak berbunyi. Mau dekat 2 tahun kot aku tak cucuk di speaker Logitech aku. Tali dah berkarat, badan pun berdaki. Siapa nak beli aku jual Rm x00 je.

Benda 3: Kibod


Mungkin aku ni dulu bercita-cita hendak menjadi pemuzik jalanan, itu yang semua benda berkaitan muzik aku main beli je. Dulu-dulu aku ada kibod murah jenama Arcopal beli dengan Zahrul dekat Kompleks PKNS. Murah je RM120 je harganya. Memang aku appreciate gila lagu yang mula-mula dipelajari sudah pastilah Canon in C dan juga New Born Muse. Itu jelah yang aku tahu. Namun pada satu hari bibik mingguan aku telah menjatuhkan keyboard murah aku lalu terpatah dua. Memang aku amuk nasib baik mama aku janji nak belikan keyboard baru. So sekali lagi aku ke kedai Yamaha di Metro Kajang untuk membeli keyboard di atas. Zaman-zaman kegemilangan aku dulu tenang sahaja aku bermain lagu Love Song Sarah Beralis. Camana tah eja nama dia. Tak caya tanya Adam. Tapi itu semua kisah lama. Dewasa kini nak main lagu Mary Had a Little Lamb pun aku tatau dah. Keyboard di atas kini sudah dimakan anai-anai akibat diabaikan aku...

Benda 4: Treadmill


Ini memang hangat-hangat tahi adam. Dulu semasa keputusan kolestrol keluar, aku terus insaf jadi vegetarian dan berpuasa separuh hari setiap hari Isnin dan Khamis. Siap paksa mama aku beli jentera di atas agar aku dapat mengempiskan perut. Dulu hari-hari aku berlari selamat 15 minit sehari. Kini nak buat 10 minit setiap 3 hari pun aku dah liat. Alah bukan apa balik kerja dah penat...btw aku tak boroi ini fatty liver ok.

Ok ini bukan benda tetapi makhluk: Kelly Klarkson


Dulu Kelly sering mendapat layanan berat sebelah daripada aku. Aku beri dia makan Nandos, beri dia kebebasan untuk berak di rumah jiran, serta memberinya katil aku sebagai tempatnya beradu. Tapi sebab aku pun selalu menjadi mangsa terpijak tahinya, maka keputusan yang berat terpaksa diambil untuk mengurungnya di dalam sangkar. Bila sudah duduk di dalam sangkar, maka tidak banyak masa yang kami habiskan bersama. Kelly kini semakin kurus bodoh punya makanan berjenama Machiko.

Maafkan aku Kelly. Aku berjanji tidak akan mengabaikan kau dan mulai lusa, aku akan membelai kau hari-hari. Aku tidak akan hantar kau ke SPCA Ampang.

Begitulah antara benda-benda yang tidak lagi mendapat perhatian penuh daripada aku. Kalian bagaimana pula? Perkara yang paling nyata yang korang abaikan ialah kitab Al-Quran dalam almari korang tu. Kamonla sekali sekala bacalah berhabuk dah tu. Assalamualaikum (usrah penutup).

Sunday, April 18, 2010

Kongratulasi Adliza dan Amir!

Siapa Adliza? Adliza adalah salah seorang rakan gadis yang rapat di zaman sekolah menengah. Pada hari Sabtu yang lalu, dia telah berjaya mengahwini jejaka idamannya tanpa perlu menggunakan minyak pengasih yang boleh didapati di pasar malam secara berleluasa. Hanya Jamil dan Evi sahaja yang turut serta kerana rakan-rakan Bangi yang lain semuanya berlagak sibuk.

Seperti biasa, sebelum kita melihat gambar-gambar makcik hangat di majlis perkahwinan dengan caption-caption yang berbaur seksual, aku akan membuat sesi flashback tentang perkara-perkara yang mungkin memberi aib kepada pengantin. Hee hee. Tingkatan 1 hingga 3, aku memang tak bercakap dengan Adliza (or all other girls for that matter) kerana sebelum form 3, kami semua takutkan wanita. Adliza cintakan Bangi seperti aku, itu sebab dia tidak berpindah ke sekolah berasrama penuh semasa form 4. Sejak itulah aku mula rapat dengan Adliza tanpa menaruh perasaan kepadanya. Liza dituduh sebagai insan yang meretakkan hubungan cinta monyet aku. Ketika berada di sebuah kem kanak-kanak bermasalah, aku telah bergambar berdua-duaan dengan Liza di khalayak ramai. Aksi aku itu telah direport oleh kawan-kawan kelas Arab ex-gadis aku yang kolot, menyebabkan aku diberi silent treatment selama seminggu oleh ex-gadis aku. Aku terpaksa berlapar ketika waktu rehat untuk membeli coklat yang diimport sebagai hadiah untuk memujuk ex-gadis aku. Tapi lepas tu kat matriks dia boleh pulak bergambar dengan jantan lain. ________! (sila isi kata kesat di sini).

Liza dan BC (Amirah Alia) sering membawa aku berjalan-jalan di kompleks membeli belah menaiki kereta Satria WEH kaler hijau katak pisangnya. Aku kira macam BFF gay diorangla memberi pendapat adakah terlalu seksi blouse ataupun skirt yang mereka hendak beli tu. Satu hari ketika pulang dari membeli belah, kami sedang membayar tol di plaza tol Sungai Besi. Tiba-tiba ada orang cuba potong queue dan memancung kereta Liza. Aku pun menghasut Liza untuk menjadi garang dan tidak membenarkan aksi itu berlaku. Liza memang terkenal dengan gelaran 'Wanita Kongsi Gelap' memang tak bagi peluang. BANG! Bunyi Liza melanggar kereta mamat itu. WHAT THE WHATT eh tak masa tu aku cakap APA NERAKA YANG KAU BUAT NI LIZA???? (what the hell are you doing Liza?). Lepas tu kami berhenti di tepi. Liza turun tengok lampu kereta dia pecah, tapi kereta mamat tu tidak ada apa-apa. Aku bersedia je nak memberi serangan mengejut dengan menanti di dalam kereta (penakut). Nasib baik setel di situ. Memang samseng ah kau Liza hee hee.

Aku tak kenal sangat Amir Khan untuk 'mengejinya' di sini, tetapi Amir Khan adalah seorang manusia yang kacak. Jika aku seorang homoseksual, aku tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan keterunaan aku kepadanya. Tapi yang bertuah di sini adalah Amir Khan, kerana Adliza adalah seorang yang baik hati, boleh memandu jarak jauh serta tinggi lampai walaupun aku syaki dia tak pandai masak. Hee hee. Sudahlah, ayuh kita klik Read More untuk melihat gambar-gambar di majlis kahwin Adliza dan Amir Khan.



Walaupun rakan Bangi lain tiada di dalam gambar, itu tidak bermakna mereka tidak sayangkan kau Liza. Ise pergi bercuti di Sipadan, Shuhud disyaki berkhalwat di Concorde, Fandi bekerja seperti security guard Nepal di hari Sabtu, Anas melawat atuk di kampung.

Aku pergi mana-mana wedding mesti asal boleh nak berlagak sebagai pengapit mengikut tema perkahwinan. Kain alas meja ada lebihan so Liza kasi kat aku untuk dibuat baju Melayu.

Amir bekerja sebagai jurutera minyak di padang pasir kan? Bagaimana dia hendak memenuhi keperluan Liza (shopping) dan keperluan diri sendiri nanti? Aku menasihati Amir Khan agar menggunakan tangan sendiri jika kesunyian di oasis. Gunakan tangan untuk mendail nombor Liza lah, eei korang ni tahu nak fikir yang bukan-bukan sahaja.

Kool gila dewan yang mereka gunakan untuk berkahwin. Siap ada gimnasium dan kolam renang. Cuaca memang panas so aku tidak melepaskan peluang untuk membuat aksi kuak lentang.

Buat Liza dan Amir Khan, aku ucapkan selamat pengantin baru dan lakukanlah hubungan suami isteri sepuas-puasnya sebelum Liza kembali bekerja di na na na na na Ganu kite dan Amir kembali ke Qatar (kan?). Ayuh rakan-rakan ucapkan Kongratulasi Adliza dan Amir!

Jika masih tak puas hendak stalk aku di wedding Liza, sila teruskan penstalkeran anda di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=173233&id=628280825&l=8cf552d535

Thursday, April 15, 2010

Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram

Aku seorang yang penakut. Aku tiada testis untuk menonton filem hantu ataupun bunuh-bunuh seorang diri. Kalau berani pun aku mungkin akan lowkan volume dia ataupun skip part bunuh-bunuh tengok masa scene persetubuhan sahaja. Tapi kalau menonton filem seram di pawagam bersama rakan-rakan, memang aku berani kerana aku tahu ada orang yang lebih sissy daripada aku seperti Zul mahupun Ise. Namun begitu, menonton filem seram tidak lagi menakutkan seperti dahulu kerana kita sudah boleh agak apa yang akan berlaku, ataupun tahu part bila kita harus bersedia untuk terkujat. Sila klik Read More untuk mengetahui perkara-perkara yang cliche dalam filem seram.

1) Jika anda seorang blonde yang hangat, anda akan mati dengan ngeri.

Perkara ini memang kita sudah biasa lihat dalam filem-filem slasher. Jika anda berambut blonde, tubuh hangat nampak lurah payu dara, berperangai gedik dan bergaya bitch, ditambah lagi anda ni bukan pelakon utama, maka bersedialah anda untuk ditikam bertalu-talu oleh pembunuh yang psiko. Selalunya ketika terserempak dengan pembunuh, mereka akan lari sekuat hati sambil mengucap kalimah-kalimah dari bible, tapi mereka pasti akan terlanggar tunggul lalu terjatuh. Riwayatnya ditamatkan dengan percikan darah. Antara bimbo yang dibunuh kejam dalam filem seram ialah Paris Hilton (House of Wax), Sarah Michelle Gellar (I Know What You Did Last Raya) dan Michelle (Melodi).


2) Kereta tak boleh start.

Pembunuh rileks je memburu kita dari belakang. Nak telefon meminta pertolongan masa tulah anda berada di luar kawasan. Flash light pulak tiba-tiba habis bateri. Kita lari pecut macam Azmi Ibrahim untuk menyelamatkan nyawa. Eh kat situ ada kereta, apa kata kita melarikan diri dengan kereta, mesti pembunuh tak boleh kejar kan? Okla naikla kereta. Tangan terketar-ketar masukkan kunci eh terjatuh pulak kat lantai. Ok dah bertenang sikit boleh start enjin. Ehekkk hekkk hekk. Diam. Ehekkk hekkk hekkk. WHAT THE WHAT KENAPA KAU TAKNAK START?? 20 MINIT YANG LALU KAU OK JE KERETA?? Zasss leher dikelar pembunuh.

3) Jika anda terdengar bunyi aneh, itu bukan bunyi angin.

Pasangan remaja sedang berdua-duaan di dalam rumah. Parents tiada pergi balik kampung. Apabila berdua nafsu mula menguasai diri. Lepas tu mulalah nak berzina. Si gadis macam hesitant tapi si jejaka macam syaitan. Ketika sedang rakus menggomoli pasangan, tiba-tiba terdengar bunyi di dapur. Si gadis kembali menyarung pakaian. "Eh bunyi apa tu abang?" "Alahh bunyi angin je tu. Marilah sayang...."balas si jejaka. WRONG! Ada hantu/pembunuh/raksasa di dalam rumah baik korang keluar sekarang! Terlambat. Zasss leher dikelar lagi.

4) Jika muzik latar tiba-tiba berhenti, hantu atau pembunuh akan muncul.

Ini memang cheap trick. Mula-mula pasang lagu Cradle of Filth nak build up elemen seram, lepas tu tiba-tiba diam. Kita pun punyalah tak tahu nak anticipate kemunculan watak jahat. WARGHHHHH tiba-tiba muncul depan muka dan kita pun akan menjerit seperti arbok tanpa disuruh. Works every time.

5) Polis tak berguna.

Anda dikejar pembunuh, kemudian terserempak dengan polis. Okla kat sana diorang panggil Syeriff. Baju coklat, pakai topi koboi dan mungkin dimainkan oleh pelakon wanita kulit hitam. Anda terangkanlah bagaimana pun, diorang tidak akan percaya cakap anda. Mak bapak kita pun sama. Kita cakap kita nampak hantu tapi diorang tuduh kita ambil dadah pulak.

6) Jangan Pandang Belakang.

One of many 'Jangan!' rules in horror movies. Kita tengah shave misai depan cermin. Lepas tu tunduk la kejap nak basuh muka. Apabila pandang cermin sekali lagi, arghhh ada lembaga di belakang kita! Argghhhh. Antara peraturan-peraturan 'Jangan' yang kita harus patuhi ialah jangan bermalam di motel terpencil (Vacancy), jangan berkelah di tasik terbiar (Friday the 13th), dan jangan cuba menyiasat entiti misteri (Paranormal Activity).

7) Watak jahat sukar hendak menemui ajal.

Tatkala kalian telah menikam perut watak jahat, dan watak jahat itu sudah terjelepuk ke tanah, jangan selebret minum arak dulu. Adalah baiknya anda pastikan pembunuh itu benar-benar terbunuh. Ambillah effort sikit penggal kepada dia ke, korek hidung dia ke takpun bakar sehingga menjadi Abe. Eh abu. Ni tak, pergi biarkan sahaja. Last-last, selepas kredit habis dimainkan, tiba-tiba mata dia terjegil. Tu yang ada sekuel I Know What You Did Last Summer ataupun Scream tu.


Apa lagi benda-benda yang cliche di dalam filem seram? Ohh klise filem hantu Melayu scene mula-mula mesti ada orang nak meninggal tapi tak boleh meninggal lepas tu panggil imam baca mentera untuk buang hantu raya kan? Oklah, kita jumpa di dalam ruangan cliche yang akan datang. Jangan asyik membaca blog sehingga tak solat maghrib ya kawan-kawan.

Tuesday, April 13, 2010

Gajah Paling Kecil Di Dunia

Sumpah comel gila. Klik Read More jika mahu lihat kecomelannya.


Oh come on. Don't judge me. Jangan tipu korang pun pasti tergelak sehingga terkeluar najis mutawasitoh.

ps2: Terima kasihlah Nina Yusoff yang menyalahgunakan emel pejabat untuk menghiburkan aku.

ps3: Siapa nak tengok gambar Gajah Paling Besar Di Dunia pula?

Monday, April 12, 2010

Hikayat Acik Peluh

Nama Acik Peluh memang legend di Bangi ini, terutamanya bagi kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Terma 'Acik Peluh' mula kami gunakan sejak Tingkatan 2, di mana nama itu digunakan sebagai kata ganti diri ketiga buat seorang peniaga air yang gigih di hadapan sekolah aku. Surprisingly, nama itu telah digunakan secara turun-temurun kerana adik Ikram yang paling kecil pun mengenalinya sebagai Acik Peluh. Siapa sebenarnya Acik Peluh ini? Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui asal usul Acik Peluh.

Dahulu kami sekolah menengah sesi pagi. Balik dari sekolah pastilah panas terik kan? Maka ramailah para peniaga yang menggunakan kesempatan itu untuk memancing kanak-kanak sekolah menghabiskan wang yang diberi oleh ibu, termasuklah seorang peniaga yang bernama Encik Zulhilman Ramly. Ok fine aku tak tahu nama sebenar Acik Peluh tapi berdasarkan susuk badannya, itulah nama yang paling sesuai buat dirinya. Encik Zulhilman menjual air di dalam van. Antara air yang dijualnya adalah air tembikai, air tembikai susu, serta air asam boi.

Dalam banyak-banyak peniaga di situ, Encik Zulhilman merupakan peniaga yang paling berjaya kerana majorit kanak-kanak sekolah membeli air dari vannya, termasuklah kami Team Bangi. Air tembikainya memang tiada tolok bandingnya. Sumpah aku tak tipu. Kelazatannya hampir-hampir sama dengan gaya penyudah di dalam mimpi basah kita. Air tembikai di Restoran Yus pun tidak dapat menandingi kelazatannya. Tetapi apakah rahsianya? Letak ganja kah? Guna bomoh kah? Ataupun menggunakan ramuan yang segar dari ladang? Tidak! Ramuan rahsianya ialah.......peluh di badannya. Ini kisah benar. Tatkala aku sedang menanti mama aku menjemput aku dari sekolah, aku, Apai dan Acap Ciki sering melepak berhampiran dengan van Encik Zulhilmi. Eh Zulhimi ke Zulhilman aku pun dah lupa. Maka di situ kami telah mengetahui resipi istimewanya.

Encik Zulhilman berbadan gempal dan kuat berpeluh. Lebih kuat berpeluh daripada Anas (haa haa). Maka dalam kesibukannya melayan pelanggan. kami dapat memerhatikan dengan jelas peluh yang mengalir dari dahi dan ketiaknya jatuh masuk ke dalam tong air tembikai tu. Bukan setitik dua. Bertitik-titik you know. We were like 'OMG that's so gross!' dan di saat itu, terus melekat namanya Acik Peluh. Kami cuba sebarkan berita itu kepada kanak-kanak lain dan memboikot produknya namun gagal kerana kami sendiri masih membeli airnya walaupun sudah tahu hakikat sebenar. Tetapi yang paling menjijikkan dan pada masa yang sama melazatkan, kami mengesyaki ketulah asam boi yang berada dalam air asam boinya itu sebenarnya ialah gumpalan dakinya yang terkumpul.

Acik Peluh ada seorang isteri. Isteri dia berbadan gempal juga macam Adibah Nor. Dia suka pakai baju ketat. Terlalu ketat sehingga terkoyak dan menampakkan lipatan lemak di perut. Kawan aku yang pervert macam Acap Ciki akan menghafal imej lipatan lemak itu di dalam minda sebagai modal sebelum menjerking off di longkang yang berhampiran. Seriyes doo macam baju yang bungkus nangka. Perwatakan itu menyebabkan isteri Acik Peluh digelar Acik Solid.

Aku rasa Acik Peluh dan Acik Solid masih berniaga di hadapan sekolah Jalan 3. Ikutkan hati tadi nak je aku pergi ambil gambar dia untuk membuktikan yang dia ini bukan watak sains fiksyen dalam blog fitnah ini. Tetapi untuk tidak menghampakan korang, muka Acik Peluh memang saling tak tumpah dengan gambar di bawah:


HO! untuk Acik Peluh dan Acik Solid!

Sunday, April 11, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Manusia di Stadium

Bagaimana nampak aku tak kat siaran langsung di kaca tv semalam? Dalam rakaman yang aku buat aku rasa ada dua kali muka aku keluar. Senang je nak perasan muka aku, sebab wajah aku tampak lebih bercahaya daripada orang lain hasil tak tinggal solat maghrib walaupun ke stadium. Seperti yang aku katakan semalam, tiada ulasan tentang perlawanan Kedah menentang Negeri Sembilan semalam jika Kedah tumpas, maka aku akan gantikan dengan kajian pola petempatan tentang karekter-karekter yang kita boleh jumpa di stadium. Tak kiralah korang menonton perlawanan bolasepak ke, perlawanan hoki ais ke mahupun menonton Akademi Fantasia secara live di stadium, watak-watak stereotype ini pasti boleh anda jumpa. Sila klik Read More untuk mula menelaah.

1) Mamat carut

Mamat carut ialah orang lelaki yang suka mencarut tak kira masa dan situasi ketika perlawanan sedang berlangsung. Contohnya, ketika Kedah menentang Nogori semalam, ada seorang mamat carut yang duduk di belakang aku. Sepanjang perlawanan aku terpaksa dengar jeritan carutan dia. Berikut merupakan contoh-contoh carutan yang kita boleh lemparkan sekuat hati walaupun carutan kita memang tidak mungkin akan didengari oleh individu-individu di padang apatah lagi hendak membawa sebarang perubahan kepada corak permanian. Haa haa aku taip permanian instead of permainan.

"Butuh la hang pengadil! Takdak teluq pi mampuih la anak haram!!"

"Pookey cibai laknat syaitan kau Aidil Zafuan Rita Rudaini pergi Thailand kahwin lari!"

Mereka adalah orang-orang yang emosi, mereka akan sentiasa mencarut tanpa mengira perasaan orang lain. So either anda pergi duduk di tempat lain ataupun join sekali dia mencarut.

2) Peminat fanatik dari kampung

Well selalunya orang yang pergi tengok bola di stadium ni merupakan peminat fanatik dari kampung. Seperti semalam, mestilah ramai orang Kedah dan orang Negeri Sembilan yang pure yang hadir dari kampung kan. Bukan macam aku, Jamil, Evi dan Ise yang merupakan orang Kedah celup. Ok Evi orang Penang mungkin ada sedikit kaitan tapi Ise penyokong Kelantan, apa cerita di situ? Hee hee anyway senang je kita nak tahu bagaimana perwatakan dan ciri-ciri peminat fanatik dari kampung.

Aspek yang utama ialah loghat mereka. da' Killa orang utagha so aku sedikit sebanyak handal cakap utagha. Kita boleh dengarla mereka membebel dan mungkin juga mencarut dalam bahasa utagha atau nogori. Sila lihat contoh di bawah:

"Eh cemuih la cheq depa main lagu tu. taik punai betui takdak peliaq pi balik Aloq Setaq la woi"

Translation: Bosan la saya mereka bermain begitu. Haram jadah tiada zakar (keberanian) pergi balik rumah la woi.

"Apo kono ekau ni jang. Ngabih an boreh yo. Den hobin kang nayo jo"

Translation: Apa yang tidak kena dengan anda ini? Menyusahkan sahaja saya belasah kang.

Aspek lain yang kita boleh lihat ialah benda yang mereka bawa dari kampung. Orang Kedah sering membawa padi ke stadium untuk mengingatkan para pemain yang mereka telah menghabiskan wang hasil jualan padi mereka semata-mata untuk memberi sokongan datang dari jauh. Orang Kelantan pula sering membawa budu untuk dibaling kepada penyokong pasukan rival mereka.


Mamat Kelantan dan mamat Kedah celup.

3) Pasangan ringan-ringan


Nak cari mereka senang sahaja. Anda hanya perlu memandang di sudut-sudut di mana orang tak ramai duduk, dan anda boleh melihat pasangan jejaka dan gadis yang duduk rapat-rapat bermain bola sendiri. Hahaha lucunya analogi yang aku gunakan. Mereka selalunya terdiri daripada pasangan yang baru bercinta di masih ringan-ringan di tempat awan merupakan sesuatu yang thrill buat mereka. Ohh gambar di bawah ini sekadar hiasan sahaja. Lagipun mereka sudah kahwin.


4) Mamat komentator

Mereka ini berinspirasi untuk menjadi Haji Hasbullah Awang mahupun Andy Gray and John Motson. Apa yang berlaku di padang, mereka akan ulas tanpa disuruh. Memang annoying mendengar kata-kata mereka kerana kadang-kadang fakta mereka salah just nak tunjuk terer dekat awek dia yang buta bola dan suara mereka just plain sengau.

5) Penjual yang keji


Peniaga di stadium semuanya cekik darah. Mereka tahu kita tidak boleh membawa makanan dari luar jadi mereka meletakkan harga komputer riba untuk makanan yang mereka jual. Burger boleh mencecah RM3 dan sebotol air mineral ialah RM 2. Burger dia dahla bentuk macam tahi rasa pun macam tahi juga tapi kita still makan sebab tiada pilihan. Lepastu tatkala pasukan kita tewas kita pun segera keluar dari stadium dan mereka akan menjual 2 biji burger dengan harga RM1 untuk menhabiskan stok tahi mereka. Penjual jersey di luar pun sama cuba menipu pelanggan dengan menjual jersey palsu dengan mahal.

6) Hooligans


Hooliganism bukan sahaja terkenal di Liga Inggeris, tetapi kita boleh melihatnya di local scene juga. Perangai mereka yang tipikal ialah membaling misil ke padang seperti botol air mineral, duit syiling, mercun dan juga panties kepada pemain kegemaran mereka. Dengan semangat kenegerian yang membuak-buak di dalam diri, tidak hairanlah kita selalu melihat penyokong bolasepak tempatan bergaduh macam dalam cerita Green Street Hooligans. Tapi takdela sampai bunuh-bunuh, sekadar gaduh mulut carut dalam dialek masing-masing je.

Sudahlah aku dah malas nak menaip. Barbie Helmi kau ambil penalti macam ambil goal kick. Kalau tak kita sudah membawa Piala FA untuk ditayangkan di Pekan Rabu. Cis. Cis. Sebagai tanda protes aku taknak bayar duit tiket ok Muaih?

Saturday, April 10, 2010

Nantikan Kemunculan Ijaicool di Kaca TV Anda Malam Ini!

Hui gila mencanak-canak dah kepopularitian ijaicool dewasa kini. Ada sahaja peminat fanatik yang miskol nombor rumah aku. Tidak ketinggalan juga yang memplagiat hasil penaipan aku. Eh itu kisah lama aku dah lupakan dah hee hee. Tetapi kemuncak kepopularitian seseorang itu akan terbukti apabila dia muncul di kaca televisyen. Maka malam ini aku akan menuju puncak gemilang cahaya. Sila klik Read More untuk mengetahui bila dan di saluran mana anda boleh saksikan ijaicool.

Ya, anda boleh saksikan kelibat ijaicool di TV 1 (atau TV 2) pada pukul 8.45 malam dalam siaran langsung perlawanan akhir Piala FA Kedah bertemu Negeri Sembilan. Aku pakai baju kaler hijau kuning carik sampai jumpa tau. "Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah!" jerit aku sebagai penyokong Kedah celup. Untuk laporan penuh sila lawati Y.P.R esok (jika Kedah menang).

Kesempatan ini juga saya gunakan untuk meminta maaf dari hujung rambut ke hujung perut kepada keluarga Amir Rashidi bin Aziz kerana kesilapan kami membelikan hamper bayi yang berisi barangan feminin seperti skirt dan panties ropol. Semua itu salah Khairul Afandi sebenarnya. Mula-mula kami dah konfem beli hamper bayi lelaki tapi Fandi terpengaruh dengan hamper yang lebih besar yang ada gambar arnab. Aku dah mengesyaki dah ada sesuatu yang tak kena tempoh hari tetapi Fandi dah hentak-hentak kaki di premis berkenaan aku taknakla buat kecoh pulak kan. Anyway, jika anda melihat hamper di bawah buat kali pertama, adakah korang rasa itu merupakan hamper untuk bayi gadis?


Apapun Apai, kami tidak menggalakkan anda menyarung skirt itu kepada anakmu kerana kami mahu dia membesar sebagai seorang jantan tulen. By the way, nama anak Apai & Mizah ialah Akif Haziq bin Amir Rashidi. Aku serius shit double click dah ingat Apai nak letak nama Faizal. Takpe anak kedua or ketiga nanti mungkin.


Gambar ihsan Facebook Apai & Mizah. Err itu bukan baju yang diambil dari hamper kan?

Friday, April 9, 2010

Lagu-Lagu Yang Mengajak Kepada Persetubuhan

Entri ini sebenarnya telah lama berada dalam draft tetapi aku tidak publish kerana merasakan terlalu bodoh kandungannya. Then again, apabila difikirkan kembali semua entri aku memang jahil tahap kafir Quraisy pun. Banyak lagu yang kita dengar di radio ataupun yang kita tonton di MTV memberi mesej seksual tanpa kita sedari. Jika suami anda tiba-tiba balik kerja bukak pintu rumah sudah buat muka horny, itu tandanya dia telah mendengar lagu-lagu perangsang di radio dalam perjalanan balik. Sila klik Read More untuk mengkaji tajuk-tajuk lagu yang boleh membawa kepada persetubuhan halal mahupun haram.

1) Pitbull - Hotel Room Service

Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room
You can bring your girlfriends and meet me at the hotel room
We at the HOtel MOtel HOliday inn!


Lihatlah liriknya. Mengajak kepada kecurangan dan persundalan. Tu yang banyak kita tengok berita kena tangkap basah kat hotel. Mula-mula sekadar dengar ceramah MLM. Tapi itu semua taktik diorang je tu. Sambil bagi ceramah penuh semangat menggunakan dialog yang dipetik daripada brochure, depa pasang lagu Hotel Room Service di background untuk memberi mesej subliminal mengajak kepada persetubuhan.

2) Spice Girls - 2 Become 1

Coz tonight, is the night, when 2 become 1....
I need some love like I never needed love before (wanna make love to your baby)
I had a little love now I'm back for more (wanna make love to your baby)


Lagu ini elok dipasang di hari perkahwinan anda selepas waktu maghrib. You know, masa orang tengah sibuk-sibuk kemaskan kerusi, cabut ropol-ropol semua yelah majlis dah habis kan. At least kita boleh set expectation agar orang sekeliling tidak mengganggu ataupun menjadi jakun tatkala two hendak menjadi one.

3) Boys Like Girls feat. Taylor Swift - Two Is Better Than One

But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one


Lagu ini macam lagu Spice Girls jugak, cuma ditujukan kepada generasi-generasi yang lebih muda. Alah memang logiklah kan, melakukannya berdua lebih baik daripada melakukannya seorang diri.

4) Semua lagu Lady Gaga.


5) Semua lagu Pussycat Dolls

6) Rihanna - Rude Boy

Come here, rude boy, boy; can you get it up?
Come here rude boy, boy; is your big enough?
Take it, take it baby, baby
Take it, take it; love me, love me


Lagu ini sesuai dinyanyikan di dalam keadaan mabuk selepas sesi tanikudekelam. Jika anda seorang jejaka, pastikan anda tidak menyanyikan lagu ini kepada jantan lain, terutamanya yang berkulit hitam.

7) Justin Timberlake - Sexy Back


Dirty babe
You see the shackles
Baby I’m your slave
I’ll let you whip me if I misbehave
It’s just that no one makes me feel this way


Menurut survey yang dilakukan oleh Majalah Cleo, 90% gadis mengimpikan untuk berada di dalam dakapan Justin. Timberlake bukan Bieber. Betul ke? Jadi tidak hairanlah jika gadis-gadis mula keluh kesah setelah mendengar lagu ini. Anda cuma perlu pastikan back anda tidak berbulu lebat.

8) Amelina - Rindu


Sungguh ku tak mampu menahan rindu AHHH AHHH
Pabila diriku jauh darimu AHHH AHHH

Bohonglah kalau tak ghairah dengar lagu dia. Tapi mana Amelina sekarang haa? Bukak bisnes MLM macam ND Lala ke?

Apa lagi lagu yang boleh membuatkan korang dibasahi peluh jantan? Apa yang aku bagi sekadar contoh umum sahaja. Tidak salah mendengarnya tetapi pandai-pandailah kenal erti dosa dan pahala. Assalamualaikum.

Wednesday, April 7, 2010

Tanda-Tanda Anda Tidak Khusyuk Semasa Solat

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Ma is muka? Ismi Ustaz Faizal al kacaki. La is la bonita wal allughatul arabiyah. Bagaimana para pembaca semua? Kagum tak melihat saya berbicara dalam bahasa Arab? Hari-hari dihidangkan dengan dengan entri persetubuhan, apa kata kita bermuhasabah diri pula. Hari ini, ustaz ingin berbicara tentang solat. Solat itu tiang agama. Solat yang tidak khusyuk umpama tiang yang diperbuat daripada kayu snuker. You know, masih boleh dibuat tiang cuma tak bagus je. Saya mengaku 70% of the time saya mesti solat tak khusyuk. 20% tu memang lalai langsung tak solat. 10% jela yang tinggal itu pun tak sure betul-betul khusyuk ke tak. Jadi di sini saya ingin berkongsi tentang tanda-tanda kita tidak khusyuk dalam solat. Sila klik Read More untuk mengetahui adakah anda betul-betul khusyuk ataupun pura-pura khusyuk. Oh dulu ada kumpulan apa tah yang anggota dia ada nama Syuk...

1) Ini adalah tanda yang paling asas. Orang kata kalau nak khusyuk kena pandang tempat sujud, Tapi bila anda pandang sejadah, anda mula terfikir di dalam hati "Mmm cantik jugak design sejadah ni". Kemudian terus fikiran melayang pikiaq pasal sejadah. Anda kira bilangan tiang dalam gambar masjid la, kaji ropol-ropol sejadah la serta bertanya kat diri sendiri di mana beli sejadah ini.

2) Seharusnya kita tidak membuat apa-apa 10 minit sebelum solat kerana minda di bawah sedar kita selalunya akan terbawa-bawa benda yang kita lakukan sebelum solat. Jika anda tengok Lost sebelum solat, maka anda pasti akan sesat di dalam solat sehinggakan anda terpaksa melakukan sujud sahwi sebeb anda solat terlebih rakaat. Kalau anda tengok slot Akasia Adamaya lakonan Lisa Surihani sebelum solat lagilah tak boleh khusyuk. Mungkin anda diwajibkan mandi lagi. So tenangkanlah fikiran sebelum solat.

3) Ketika solat, telefon anda berdering. Kelajuan solat anda tiba-tiba meningkat masuk gear lima langsung tak tomakninah. Bacaan solat pun main short form macam SMS je. Pantas gila barbie macam Watson Nyambek solat. Habis solat jangan harapla nak berdoa minta diampunkan dosa, panggilan duniawi lebih diutamakan.

4) Ketika solat, anda tiba-tiba rasa nak terkentut ataupun terkencing. Alah dah masuk rakaat seken last pulak tu memang tak dapat ah nak surrender. Time ni memang anda tidak akan khusyuk lagi kerana priority anda adalah untuk mengelakkan keluarnya angin daripada dubur. Muka berkerut-kerut mengemut lubang punggung. Peha anda pula gigih mengepit skrotum. Sekali lagi solat anda masuk gear lima agar tidak perlu mengambil air sembahyang sekali lagi.

5) Ketika solat, TV di bawah terpasang. Tiba-tiba keluar pulak klip video negro tak hitam. J jejejejeje JR.....JASON DERULOOO tiba-tiba nama Jason Derulo menggantikan bacaan duduk di antara dua sujud anda. Itu bukan sekadar tak khusyuk malah solat anda telah terbatal eloklah anda ulang kembali ibadah anda.

6) Jika anda solat berjemaah di surau, semasa mengaminkan bacaan Al-Fatihah, anda menyebut 'AMINNNNNN' sekuat hati kerana nama atuk kawan anda Amin.

7) Ketika solat, anda terlalu inginkan kekusyukan lalu anda mengulang-ulang perkataan 'khusyuk! khusyuk! kamon faizal khusyuk!' di dalam hati dengan harapan anda dapat mempengaruhi diri anda untuk menjadi khusyuk tanpa menyedari teknik anda itu sebenarnya menyebabkan anda overdose khusyuk.

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas seperti Faizal, mungkin kita harus lebihkan lawat blog-blog keagamaan daripada blog persundalan ijaicool. Semoga anda mendapat mesej yang disampaikan. Kita jumpa lagi dalam segmen 'Macam bagus je kau nak ceramah aku' di masa akan datang. Assalamualaikum.


Sekadar gambar hiasan. Lihatlah aku yang khusyuk berdoa semasa muda kurus je lagi. Ahmad Fadhullah masih gempal dan Khairul Afandy masih berbulu. Hee hee.

Tuesday, April 6, 2010

My First Advertorial

Hui tajuk entry je dah boleh buat sesetengah orang merembeskan cecair mutawasitoh. Bertenang, ini bukan link untuk ada muat turun siri pornografi Naughty America. Pernahkah anda berada dalam situasi di mana kehidupan anda berada dalam keadaan kemurungan? Segala apa yang anda buat serba tidak kena. Kegembiraan di hati tidak terpancar. Ayam goreng yang dimakan terasa tawar. Persetubuhan dengan isteri menjadi hambar. Gila hebat teknik rhyme aku. Usah bimbang, hari ini saya hendak memperkenalkan sebuah produk awesome mak lampir yang dijamin dapat mengembalikan seri di wajah anda yang berjerawat itu. Ok fine muka korang licin. Jangan risau, ini bukan iklan perniagaan MLM, ini juga bukan iklan cupcakes. Sila klik Read More untuk mengetahui apakah produk yang lebih mengasyikkan daripada dildo.


Memperkenalkan, Sos Cili Lingham's. Saya rasa saya telah beberapa kali mengiklankan sos cili ini pada entri-entri yang lepas. Pihak Lingham's telah menghubungi saya dan membuat proposal untuk memperkenalkan produk mereka ke mata dunia melalui blog fitnah ini. Mereka menawarkan saya dua botol edisi terhad sos cili Lingham's yang pernah digunakan oleh Tentera Jepun dahulu. Huii memang rare tu.

Kita ikuti sejarah sos cili Lingham's ini dahulu. Pengasas sos cili ini, A.R Lingham dan anak angkatnya Subadron Aziz hidup dalam kesusahan. Sejarah selebihnya aku dah lupa.

Jika anda tidak pernah rasa bagaimana keenakan sos cili Lingham's ini, kehidupan anda sebenarnya tidak lengkap lagi. Merasa sos cili Lingham's patut berada dalam senarai '10 Benda Yang Saya Ingin Lakukan Sebelum Usia Meningkat 30 tahun'. Sos ini agak manis, lebih cair daripada sos pesaing, serta memiliki tahap kepedasan yang berubah-ubah. Sekali anda rasa, anda pasti akan ingat sampai bila-bila kerana tiada sos cili lain yang dapat memplagiat rasanya kerana orang kenal akan rasanya yang unik itu.

Masih tidak terpengaruh? Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda harus menukar sos cili anda kepada sos cili Lingham's:

1) Boleh ditambah dalam segala jenis hidangan

Betul. Sos cili Lingham's memang universal. Ramai orang yang tidak tahu, jika hendak membuat kek, sos cili Lingham's boleh digunakan sebagai alternatif kepada mentega. Jika hendak membancuh air, sos cili Lingham's boleh menggantikan sirap. Letaklah di ayam goreng ke, kentang goreng ke apapalah pasti nafsu makan anda akan bertambah. In fact kalau korang letak sos cili Lingham's di kasut pun pasti kasut itu tampak lebih berselera untuk dipakai.

2) Boleh digunakan sebagai alat bantuan seksual

Selepas isteri kalian melahirkan anak, pasti aktiviti seksual menjadi hambar bukan? Orang katala aku mana tahu aku masih teruna. Apabila sudah hambar mulalah korang melibatkan makanan dalam aktiviti di ranjang. Ada yang tuang coklat, madu mahupun tepung di badan pasangan sebelum meratah mangsa. Nah, gantikan benda-benda tadi dengan sos cili Lingham's. OMG pasti lidah korang terjelir-jelir kepedasan dalam kenikmatan hakiki. Tapi tips ini untuk suami isteri yang sah sahaja ok. Pasangan yang belum berkahwin usahlah bereksperimentasi zina tu dosa besar tau.

3) Alternatif buat kaki botol



Buat apa minum arak. Minum arak pun dosa besar. Bila dah mabuk mesti buat satu lagi dosa besar iaitu penzinaan. Lepas berzina buat satu satu lagi dosa besar iaitu membunuh bayi. Maka untuk menempah tiket ke syurga, gantilah arak dengan sos cili Lingham's. Walaupun anda still akan menjadi kaki botol akibat ketagihan sos cili, at least minuman Lingham's itu halal, tidak memabukkan dan tidak akan menyebabkan kerosakan hati. Kot.

Bagaimana? Sudah menggigil-gigil mengimpikan sos cili Lingham's bukan? Lupakan sos cili jenama lain. Ayuh segera ke Pasar Mini Kayatri untuk mendapatkan bekalan sos cili Lingham's anda!

Oh ada kuiz. Berapa kalikah saya menyebut perkataan Lingham's dalam entri ini? Pesarta dengan jawapan yang paling tepat akan memenangi sebotol sos cili Lingham's yang ditandatangani ijaicool.

Sunday, April 4, 2010

What Would You Do if Someone Stole Your Blog Content?

OK aku tipu. Memang tidak wujud artikel 'Plagiarism in Academics' di surat khabar The Star hari ini dalam entri di bawah. Tak mengapa aku tahu korang tak cari pun sebab hari Ahad korang mesti beli surat khabar Mingguan untuk melihat gambar ghairah Zarina Ann Julie di Pancaindera. Aku saja je tulis entry PLAGIARISM sebagai intro untuk entry ini. Namun begitu, entry ini still akan menjadi awesome sebab orang selalu fitnah aku ni awesome. Macam mana kita nak tahu kita ni awesome? Well anda belum cukup awesome jika anda tiada stalker bersiri. Stalker bersiri yang mungkin kesunyian hanya ada beberapa orang kawan. Stalker bersiri membaca blog anda sambil melakukan masturbasi. Stalker bersiri yang mencuri hasil tulisan di blog anda dan mempublishkannya di blog sendiri dan dengan tidak malu menerima segala pujian yang tidak layak diterimanya. What the what?? Sila klik Read More untuk membincangkan perkara ini dengan serius.

So, sebelum kita ramai-ramai mengeluarkan kata-kata kesat, sila jawab soalan ini dahulu; Apa perasaan anda apabila anda melihat hasil tulisan anda ditiru word by word di blog orang lain, tanpa diberi kredit yang sepatutnya? Bukan satu tetapi 17 entri. Pasti nak mencarut bukan? So when I found out that some dildo stole my blog content, I was kinda excited at first. Yelah, at least kau tahu hasil tulisan kau ni memang awesome sampai orang nak tiru. Aku tiada niat langsung hendak membuat entri ini. Tapi apabila aku melihat dia membalas komen/pujian yang diterimanya tanpa ada sebarang perasaan malu, terus aku menjerit 'CIKAI MAK LAMPIRR!!'. Lepas tu aku check, bukan satu dua entri yang diplagiat, tapi tujuh belas beb mana aku tak hangin. I cannot just ignore it.

So tidak perlu cakap banyak, let me introduce you to him. Mengikut penyiasatan aku, entri pertama yang diplagiatnya ialah entry Azam-Azam Tahun Baru Yang Boleh Dijadikan Tauladan. Hanya satu bahagian yang diubah iaitu kat no 2 dia tukar ijaicool.blogspot.com ke address blog dia. Sila klik untuk besarkan gambar-gambar di bawah.



Orait ini adalah entri Anda Mungkin Bukan Gadis Sejati Jika.... Ubah seciput jugak. Jonas Brothers ganti Super Junior, Sepultura ganti Pantera.



Seterusnya, entri Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan Di Zaman Persekolahan. Wau tak sangka kau pun ada kawan sekolah rendah yang bernama Nadiah Suhaida hee hee.



Okay next! Entri aku yang bertajuk Tanda-Tanda Orang Tiada Idea Untuk Mengupdate Blog Yo dildo maybe you should put 11) Plagiat sahaja blog orang jika tiada idea.



Aduii apa banyak sangat yang kau plagiat ni. Ini entry Geng-Geng Popular di Sekolah Menengah. Bijak kau ni, tukar nama sekolah aku jadi nama sekolah kau, lepas tu tukar nama kawan aku Shuhud jadi nama kawan kau. Nice one ballslicker!



Ok yang ini buat aku membara. Dahla plagiat entry ini lepas tu boleh pulak kau nak jadi Sally. Sally Vague the Vass. Kenapa Vague bukan Vogue ke? Tah aku bukan arbok sejati tak sangat terma-terma bapuk ni mungkin kau lebih arif.



Lepas tu dalam entry sama lihatlah bagaimana dia membalas kmen di atas sajak yang dia 'hasilkan'. 'Saya memang berbakat?' Hee hee tidak syak lagi kau memang berbakat tapi dalam arena penciplakan la.



Okla yang ini entri yang last la aku letak. Ada banyak lagi sebenarnya screenshot yang aku ambil tapi membazir bandwidth sahaja letak banyak-banyak. Oh kau minat Manshitter United ya? Takziah la atas kekalahan anda semalam. Wahhh memang tepatla tindakan kau untuk memplagiat entry Tahniah aku. Nasib baik kau letak nama kawan-kawan kau. Logo Fak Chealse kau pun menarik tapi kenapa eja dia Chealse? Boleh tak jelaskan?



Jadi soalan aku adalah, mengapa kau buat perangai begini? Bosan sangat ke kehidupan kau sampai perlu memplagiat? You didn't expect that you'd get caught, did you? Uh come on you stalk me I'll definitely stalk you back.

I am not being a dick, but do you think it's easy for me to actually come out with something decent that I can post on my blog? I have to take writing enhancement drugs, go to blogging class and even pay some people to read my entries. So yeah, under the Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), I have the right to at least be pissed off with you, if not taking legal action. Of course I am not gonna do the latter because I am not an asshole (and don't have the money). What you did was embarrassing, and I do not expect you to apologize, but I'd appreciate if you could remove all of my entries from your blog or at least, have the balls to admit that it was not your own work. Deleting your blog would be the fastest solution though. Although I did not post your blog URL, I am sure that someone would find it in 5 seconds. Haha I cannot stop my friends from launching verbal abuse at you in the comment section. And don't la copy this entry as well.

So guys, what would you do if someone stole your blog content? This is not new though. My friend Nurul Iza once terkena juga dengan seorang bitch yang phycho. Ahh aku kelaparan. Selamat malam uols.

UPDATE: The blog was deleted at 11.12pm after being raped without mercy by my friends.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...