Monday, May 31, 2010

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Dikeji Jawabnya

Sabtu, 29 Mei.

Setiap malam Sabtu, team Bangi akan berkumpul untuk melakukan dosa dan pahala bersama-sama, mostly dosalah. Dosa daripada mengutuk bekas teman wanita, musuh di sekolah, mahupun struktur fizikal seseorang. Malam Sabtu 29 Mei, kami bercadang untuk membuat dosa di luar rumah aku. Selalunya aktiviti kami ialah bermain Xbox sehingga dimarahi mama, tetapi sebab kami kelaparan kami pun keluarla. Line up pada malam itu adalah aku, Jamil, Fandi dan Shuhud. Kami disertai oleh seorang kawan sekolah kami yang Murtadha Arif bin Sahbudin yang hendak menyebarkan kad kahwin. Dia tunjuk gambar tunang dia tapi ternyata bukan gadis yang sama seperti dulu. Dia kata dia tak curang, so probably kena penangan nasi kangkang. Sumpah aku ni hebat membuat teknik rhyme.

Anyway Bangi sekarang memang bandar super membangun. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang kool yang baru dibuka bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). So aku naik kereta dengan Shuhud (Abe) untuk pergi membaham. Ayuh kita ikuti perbualan separa homoseksual kami ini:

Aku: Gilak ah Tadak dah nak kahwin.

Abe: Tu ah dulu aku ingat dia gay. Lepas tu buka cybercafe tapi lingkup sebab orang macam kau asyik main free.

Aku: Haha monyet. Eh kau tengok Diari Imam Muda tadi tak? Ada ke salah seorang peserta tu Nun mati bertemu Ba pun tak tahu. Baik aku yang masuk. Cahaya keimanan ada, suara untuk azan pun ada.

Abe: Sudahlah kau. Eh Jai kita nak makan kat mana ni?

Aku: Kita pergi kedai kopi yang baru bukak tu nak?

Abe: Ooo aku tau. Papa Roach kan?

Aku:
...........................

Pappa Rich = Kedai Kopi



Papa Roach = Kugiran Kafir



Keluar dari kereta aku masih gelak macam orang kena sawan barbie. Lepas tu terus aku dedahkan kesilapan Abe kepada Fandi dan Jamil. Mereka pun turut sawan barbie sepanjang malam itu. Lepastu aku hari ini aku dedahkan dekat korang pulak.

Sori Shuhud. CUT MY LIFE INTO PIECES, THIS IS MY LAST COFFEEE!!! Hahaahahahahahahaaha adui penatnya aku gelak.

Sunday, May 30, 2010

Diari Seorang Lelaki


Tajuk di atas adalah suatu perkara yang khurafat. Seorang lelaki yang sejati tidak akan memiliki sebuah diari sebagai medium untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Seorang lelaki tidak akan menulis ayat-ayat emosional yang yang berkisar tentang kehidupan seharian di dalam sebuah diari. Pendek kata, jika anda tanya mana-mana lelaki secara rambang di Kompleks Pertama, di pasar tani ataupun di mana-mana sajalah, seseorang lelaki tidak akan mengaku yang dia memiliki sebuah diari. Gila sotong lelaki tulis diari. Akan tetapi, jika seorang lelaki itu memiliki diari, tahukah anda apa yang akan mereka tulis? Di sini saya ingin membuat pendedahan eksklusif tentang perkara-perkara stereotype yang akan ditulis di dalam diari seorang lelaki.

Isnin, 24 Mei

Kapelo telah memanggil Abang Carra untuk kembali ke skuad England sempena Piala Dunia nanti. Gua bersetuju dengan keputusan Kapelo kerana Abang Carra adalah seorang pemain pertahanan yang versatile, di mana selain bermain di bek tengah, dia boleh menjadi backup kepada Glen Johnson. Takkan nak call up Gary Neville si kuda tua pulak tu kan.

Selasa, 25 Mei

Malas aku nak tulis hari ni.

Rabu, 26 Mei

(.)(.)

haha nice.

Khamis, 27 Mei

Malam ini malam Jumaat. Orang kata dapat pahala jika kita melakukan persetubuhan di malam Jumaat. Tapi gua baru lepas berpisah dengan awek gua doo kalau tak mesti gua dah kol dia malam nanti tanya dia pakai baju apa :(

ahh horny doo.


Jumaat, 28 Mei


Tadi gua tak sembahyang Jumaat. Malam tadi gua terlanjur dengan diri sendiri tapi gua tak mandi wajib lagi doo. Dahla last week gua tak pegi, hari ini gua tak pegi lagi, so ada satu lagi talian hayat sebelum terbatal Iman. Next week gua topap ah solat Jumaat gua.

Sabtu, 29 Mei

Dear diary,

I went to KLCC today. I saw my ex girlfriend holding hands with her new boyfriend. I still could not believe that she would hook up with him 3 weeks after we broke up. SO fast eh you can move on? What happened to all of your sweet promises? Who will take care of our imaginary child?

I followed them into the cinema although I did not like movie 'The Bounty Hunter'. They sat at the couple seat. That bitch! Ready to ringan-ringan on their what, 3rd? 4th date? I could not focus on the movie. Jennifer's boob did not interest me at all. I left the cinema with a broken heart.

Begitu adalah contoh diari seorang lelaki. Jika anda tidak percaya, cuba buka laci adik anda, selalunya diorang sorok bawah boxer yang dilipat. Kandungan diari seorang lelaki pasti berkisarkan tentang bolasepak, anatomi badan wanita serta luahan emosi yang tidak akan diceritakan kepada sesiapa. Lain kali kita akan lihat contoh diari diari seorang lelaki berdasarkan watak yang spesifik pula.

Thursday, May 27, 2010

Sesi Penggambaran Majalah Mangga


You should know what to expect when clicking Read More. The choice is yours.

Hari ke-2 di A Famosa Resort. WOOHOOOOO! MANDI KOLAM!! Jakun sikit di situ sebab kat rumah boleh mandi kolah saje. Aku selalu berimajinasi ada kolam renang sendiri di rumah kerana pasti akan memudahkan urusan mandi wajib aku. Niat, lepas tu terus terjun tanpa perlu meratakan air ke seluruh badan. Tapi kat sini aku tidak dapat mempraktikkannya kerana tiada insiden, sama ada insiden tidak sengaja ataupun insiden sengaja yang mewajibkan mandi. Lagipun kita tidak boleh mandi wajib di dalam kolam ini kerana airnya bukan air mutlak, yakni air yang suci lagi menyucikan. Air kolam ini menjadi air mutannajis iaitu air yang jatuh ke dalamnya najis hasil kumbahan Fandi yang malas pergi toilet, sama macam perangai korang yang suka melepas di dalam kolam. Eh korang perasan aku baru je ajar korang ilmu Fekah tanpa disedari. See baca blog aku ini sebenarnya lebih banyak memberi manfaat daripada musibat.

Walaupun penat berjudi dan disyaki berthreesome sehingga pukul 3 pagi, Anas bangun paling awal mengejutkan kami untuk solat subuh walaupun sudah pukul tujuh. Sedikit teknik rhyme di situ. Jamil sekadar hangat-hangat tahi Adam mengajak aku bangun awal untuk berjogging tapi dia orang dah bangun masih membuat gulungan tenggiling di bawah selimut.

Setelah satu malam dipam, air kolam kini sudah nampak bersih. Orang pertama yang terjun kolam ialah Aryan. Yayyy! Aryan dah tak heran dah mandi kolam ni sampai menguap-nguap dia.


Selepas itu giliran bapa Aryan pula nak tunjuk skill. Masa zaman sekolah menengah dahulu, Anas pernah mewakili sekolah dalam acara sepak takraw. Dia jadi apit kiri so sekadar tendangan lipat kuda ni memang tiada masalah untuk dipraktikkan.


Tidak cukup dengan itu, kami meneruskan acara dengan melakukan aksi ngeri ala-ala kumpulan tatu Polis Diraja Malaysia. Sila tutup sebelah mata untuk menambahkan efek suspen dalam aksi di bawah ini.


Aksi ngeri diganti pula dengan aksi berahi macam artis-artis tempatan kita selalu buat ketika bergambar di tepi kolam untuk majalah Mangga. Bezanya, korang tidaklah rasa menyampah melihat gambar kami sebaliknya berasa ghairah dengan ikhlas bukan?


Entri ringkas mencuci mata sahaja pada kali ini. Yelah korang semua cuti esok aku perlu bangun pagi-pagi bekerja mencari rezeki. Cis. Cis. Jangan lupa saksikan kesudahan Episod Percutian ke Melaka ini dalam masa beberapa hari lagi.

Wednesday, May 26, 2010

Top Ten Most Annoying Songs

Kita berehat sebentar daripada segmen percutian di Melaka untuk memberi laluan kepada entri selingan ini. Pernahkah anda mendengar sebuah lagu yang annoying di mana lagu itu terus melekat dan bermain-main tanpa henti di dalam minda anda selama beberapa minggu, menyebabkan anda rasa hendak melakukan dosa besar? Di sini saya ingin membuat kompilasi lagu-lagu yang annoying nak arwah jika anda dengar mesti anda terPMS di tempat kejadian. Lagu-lagu ini selalunya adalah 'One Hit Wonder' di mana penyanyinya terus lenyap dari muka bumi ini, mungkin setelah dipulaukan penduduk kampung akibat membawakan lagu-lagu sebegini. Ayuh klik Read More untuk mula mendengar lagu-lagu yang annoying sepanjang zaman.

10) Barbie Girl - Aqua

Tiada manusia yang normal akan menyukai lagu ini, unless kau ni kaki clubbing ataupun kaki pukul bini. Entah apa kaitannya pun aku tak tahu. Tapi kalau nak pukul bini selalunya lagu rentak sebegini memang sesuai dimainkan di latar belakang.

9) Calcutta - Dr Bombay

Lagu ini memang popular di zaman sekolah menengah. Yang membuat kita lebih hangin, mamat ni bukannya orang India pun. Nama sebenar dia Jonny Jakobsen, orang Sweden. Video klip dia dirakam di Malaysia kan?



8) Tubthumping - Chumbawamba

Lagu ini menjadi siulan aku dan rakan-rakan setelah bermain Fifa World Cup 98. Masa nak pilih team je keluarla lagu tu I GET KNOCKED DOWN BUT I GET UP AGAIN YOU'RE NEVER GONNA KEEP ME DOWN.

7) Closing Time - Semisonic

Dulu masa mula-mula dengar lagu ini di tingkatan satu, aku memang mengaku rock ah main lagu ini kat gitar. Tapi disebabkan lagu ini dimainkan berulang-ulang di radio dan televisyen, lagu ini menjadi overrated, sekaligus menjadikannya annoying apabila mendengar bait 'i know who i want to take me home'.



6) Bleeding Love - Leona Lewis

Aku pun tak tahu mengapa lagu ini boleh masuk dalam list aku. Mungkin kerana intro drum dia yang 'tu ku tuk' 'tu ku tuk'. Ala susah doo nak eksplain cuba kau dengar intro dia.

5) Surfin bird - The Trashmen


Ok mungkin ramai orang tidak tahu akan lagu ini. Aku pun sama, sehinggalah pada satu episod Family Guy Peter menyanyikan lagu yang super infectious ini. Jika anda tidak percaya, sila klik video di bawah dan anda akan secara tidak sengaja menyanyikan lagu ini instead of membaca bacaan duduk di antara dua sujud semasa solat.



4) Semua lagu Nickelback/Maroon 5

Anda akan tahu lagu Nickelback sedang bermain di radio walaupun anda tidak pernah mendengar lagu itu kerana gaya penyampaian dan melodinya semua hampir sama.

Anda juga pasti tahu jika lagu Maroon 5 sedang berkumandang di udara kerana suara dia sengau macam bangau bikin sasau baik pergi surau. Hebat gila teknik rhyme aku.

3) Mambo No 5 - Lou Bega

Mana mamat ini pergi? Mamat Exist aku taula dia masuk penjara curik telefon bimbit.

2) Who Let the Dogs Out? - Baha Men

Self explanatory.

1) The Ketchup Song - Las Ketchup

Daripada lagu, suara sehinggalah gaya tariannya semuanya boleh membuatkan kita mencarut berat. Ini adalah lagu paling dibenci sepanjang zaman bagi aku. Sungguh annoying kalau orang sedang di bawah tekanan mendengar lagu ini mesti rasa terpanggil untuk terjun ke dalam Taman Tasik Cempaka. Mama aku masih menggunakan lagu ini sebagai alarm di waktu pagi. Arghhhhhh.

Adakah lagu-lagu di atas berada di dalam list lagu annoying anda juga? Ataupun anda ada lagu yang lebih annoying daripada lagu-lagu di atas? Selamat malam aku mahu tidoq.

ps3: berdasarkan persembahan malam tadi, Crystal patut menang American Idol. Tetapi kita tidak boleh jangkakan keputusan berpihak padanya kerana kita sudah lihat musim lalu Gaydam Lambert dikatakan akan menjadi juara tetapi orang Amerika lebih sukakan Kris Allen yang humble dan merendah diri. What do you think?

Tuesday, May 25, 2010

Malam Penuh Dosa di Melaka

Assalamualaikum kawan-kawan. Sudah mandi junub dan solat Maghrib? Jika sudah, anda boleh teruskan membaca. Jika belum pun anda masih boleh teruskan membaca kerana ini adalah entri yang berdosa. Ok kita sambung cerita entri di bawah, selepas penat bermandi manda dan pura-pura lemas mengharapkan diri diselamatkan oleh amoi berbikini, kami pun pergi check in ke Villa yang disewa. David Villa D'Faro nama dia. Kool doo ada empat bilik yang luas, kolam renang persendirian, set barbie q haidar, tandas mangkuk U, serta peti Astro yang tiada piring (kena bawa piring sendiri, cis!). Harga sewa satu malam dalam RM500 kot. Jamil keji gila diorang tak bayar sewa lagi.


Ayuh klik Read More untuk mengharungi liku-liku malam yang penuh dosa di Melaka ini.


Setelah penat berehat-rehat dan mengumpat, kami keluar untuk aktiviti yang seterusnya iaitu melawat pekan Koboi. Di waktu ini, Shuduh telah pulang ke Bangi untuk menghadiri majlis kenduri tahlil. Sanggup tu dia pulang ke Bangi walaupun kami sudah menerangkan pro dan kontranya. Anyway kami datang awal dalam pukul 5.30 petang, pelakon koboi semua tak siap lagi. Tiada benda untuk dilihat dan tiada permainan untuk disertai. Hanya kompleks membeli-belah Koboi yang baru buka. Terdapat pelbagai aksesori koboi yang boleh anda beli di sini seperti kasut but yang ada bintang di belakang, beg tangan fringe, lencana Saber Rider and The Star Sheriff, serta spek mata Kanye West. Let's get lost tonight! You can be my black Kate Moss tonite!


Satu-satunya aktiviti yang boleh dilakukan ketika itu ialah menonton wayang 4 dimensi. Wahh 4D? Kagumnya! Harga tiket standalone tanpa pakej ialah RM20. Mahal juga, adakah berbaloi dengan harganya? Antara filem yang ditayangkan secara 4 Dimensi pada hari itu ialah Underwater World, Haunted Office dan Adnan Sempit. Kecuali Anas dan Zack, kami semua menonton Haunted Office. Zack lemah semangat tak boleh nak tengok cerita momok, so mereka tonton Underwater World.


So kami pun masuklah ke panggung. Mereka bagi spek mata 3D tapi kualitinya rendah macam spek mata yang korang selalu dapat masa beli cornflakes tu. Filemnya memang dalam bentuk 3D, tapi takdelah gah sangat pun. "So apa yang 4Dnya?" tanya korang di dalam hati. Efek yang konon-konon 4D dicapai melalui deria bau, warna, dan rasa. Apabila hantu datang, akan keluar bau busuk. Or itu mungkin bau kentut pelancong Timur Tengah yang duduk di sebelah aku. Apabila dikejar hantu kerusi akan bergerak-gerak macam kerusi urut Ogawa. Dan paling annoying apabila kita disembur air dari paip untuk memberi efek hantu air. Rm20 untuk filem yang annoying selama 15 minit, memang tidak berbaloi.

Karnival hanya akan bermula di waktu malam, maka kami semua bersetuju untuk membaham di luar A Famosa. Semasa keluar dari pekan Koboi, satu persembahan boria arbok telah bermula. Ini bukan arbok yang kau rasa nak raba, tetapi arbok yang muka mintak tinju Ip Man.


Dalam formasi ini, mereka yang berbaju koboi merah semuanya arbok. Tapi sebab kami dah janji nak buat bachelor parti untuk Fandi, kami sewa juga seorang untuk menggembirakan hati dan nafsu Fandi. Kau gembira tak dapat berdua-duaan dengan Fatine?


Ada pembaca (Santiago Yusuf Mujahidin) mencadangkan jika pergi Melaka, mesti meratah ikan bakar di Umbai. Berbekalkan Google Maps Jamil, kami pun main belasah sahaja jalan ke Umbai. Abang pondok gad kata terus je dari A Famosa Resort asalkan tak sampai Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Mungkin sebab banyak lampu isyarat, hee hee. Sampai di sana, semua pekedai menggoda kami untuk makan di kedai mereka. Siap dedah payu dara lagi, tetapi lelaki nak buat hapa lainlah kau ada payu dara macam Anas. Kedai hujung sekali paling nampak grand dan ramai orang, so kami singgah di kedai Ikan Bakar Parameswara.


Hidupan laut di sini semuanya segar dari laut ataupun pasar yang berdekatan. Mata kail pun tak cabut lagi dari mulut ikan. Kalau kau nak pancing atau tuba sendiri pun boleh.


Kami memesan ikan Siakap masak 3 rasa, Ikan Pari Bakar Asli dan Ikan Pari Bakar Sambal, Sotong Goreng Tepung, Kepah Masak Apantah, Satu Binatang Yang Aku Tak Pernah Lihat, Udang Goreng Cheese serta Sup Sayur. Jika cek darah ketika itu mesti tahap kolestrol melebihi paras berbahaya. Takpe Zack ada untuk memberi bantuan perubatan jika diserang sawan babi laut. Memang segar dan lazat sekali makhluk tuhan yang kita makan. Lebih-lebih lagi kalau orang yang belanja. Terima kasih Zulkifli Ibrahim! Kami sayang sangat kat kau pada malam itu (sahaja).


Ahh perut kembung suka hati. Kami kembali ke A Famosa untuk menyaksikan karnival. Dah malam meriah sikit. Kami miss persembahan bunga api, tapi terdapat banyak persembahan lain seperti Tarian Kuda Padi, Red Indian Makan Api, Joget Thriller Michael Jackson serta tarian Everybody Backstreet Boys. Semuanya menggunakan watak arbok yang sama.

Gaya Zul memanah. Gaya Robin Hood saja lebih tapi terpanah punggung abang yang jaga kaunter tu.


Cis Evi ada ambil video aku menaiki lembu ini tetapi kena lihat di Fesbuk: http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=396629660893&ref=mf


Setelah penat berparti liar di pekan koboi, kami pun pulang ke Villa. Ingatkan nak terjun kolam terus tetapi air masih kaler kencing kuning. So gadis-gadis disuruh masuk ke bilik masing-masing, dan kami para jejaka berbachelor parti di luar. Oh lupa pulak nak mention yang kitorang tak tinggal solat Asar dan Isyak. Ok parti liar dimulakan dengan permainan video Wii yang dibawa oleh Fandi. Xbox aku tak usik pun sebab tv dia tak cukup gah untuk dibahagi empat untuk bermain Call of Duty.


Di saat ini, Ahmad Shuhud telah kembali menyertai kami dari Bangi. Huii memang tinggi semangat setiakawan kau ini Abe sanggup gerak malam-malam untuk bermaksiat bersama kami. Air sembahyang pun tak batal lagi, baju melayu masih tak komot dan kopiah masih intact di kepala. Tanpa mengambil kira faktor pakaiannya, parti liar kami diteruskan dengan aktiviti perjudian.


Mungkin kerana pengaruh minyak wangi alkohol, mungkin kerana high makan mee segera 2 mangkuk seorang, mungkin sebab kami tidur pukul 3 pagi. Semua itu boleh membuat kita mabuk dan lalai. Dalam keadaan mabuk, apa saja boleh berlaku. Perkara-perkara seperti gambar di bawah harus dielakkan jika anda ingin membentuk keperibadian muslim yang sempurna (sekadar gambar pedoman).


What the what?? Akan ada part 3? Seronoknya korang. Lebih banyak gambar berdosa di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=182059&id=628280825&l=6803067aaa

Monday, May 24, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka

Pada hari Sabtu yang lalu, Team Bangi telah berangkat ke Melaka setelah sekian lama merancang untuk bercuti bersama. Menonton wayang, bermain permainan video dan melepak di Ameerali sudah menjadi rutin, so kami bercadang untuk pergi keluar dari Bangi untuk melihat keindahan dunia ini. Sebagai pekerja kesayangan Zeti di Bank Negara, Jamil memiliki kelebihan untuk mendapat diskaun di pelbagai destinasi percutian seperti snorkeling di Taman Tasik Cempaka, Wall climbing di dinding Warta serta serta pakej istimewa di A Famosa Resort, Melaka. Aku memang sungguh eksaited sehingga mengalir air mazi kerana Team Bangi tidak pernah bercuti bersama-sama. Lagipun, Fandi akan berkahwin tidak lama lagi, maka kami telahpun menyewa pondan di Melaka untuk memenuhkan keinginan syahwatnya.


Ayuh klik Read More untuk menikmati keseronokan percutian ini! (amaran ringan: terdapat banyak gambar separuh bogel yang bisa membuatkan nafsu anda bergelora dalam entri ini)

Akibat terlalu gembira, aku bangun pada pukul 5.30 pagi. Kami berjanji untuk berkumpul di rumah aku pada pukul 7.30 pagi dan mula bergerak tepat pukul 8. Tetapi biasalah janji Melayu (bukan janji Shuhud), cakap 7.30 pukul 9.30 juga kesudahannya. Pelbagai dugaan yang melanda pada pagi itu. Jamil kena bersarapan dengan keluarga dulu. Anas pulak tertinggal dompet di rumah mertuanya di Subang. Ise dan Zul tidak dapat dihubungi. Lepastu dapat pulak mesej dari Fandi pada pukul 8.30 pagi "Basket! aku baru bangun tidur dan aku tak packing lagi!" What the what. Aku dah mula mencarut ringin hampir-hampir nak jadi berat. Aku dan Jamil pergi bersarapan dulu di Kopitiam Bangi, disusuli dengan Anas dan Zack yang tak mandi pagi. Rupa-rupanya Fandi bergurau sahaja dengan aku dia dah siap sebenarnya tunggu Ise dan Zul nak bangun tidur sahaja. Cis. Aryan (anak Anas & Zack) pun turut marah lihat sahajalah wajah monyoknya ketika tidur.


Kami bertolak dari Bangi dengan 3 kereta around 9.30 pagi. Jamil bawak kereta macam Nico Rosberg, sejam lebih sahaja sudah sampai ke A Famosa Resort. Check in pukul 2 petang, so mengikut tentatif program, kami akan bermandi-manda di Water World terlebih dahulu. Harga tiket ialah RM68, untuk pakej Water World dan Carnival di Cowboy Town termasuk makan tengahari. Kami tukar spender mandi di tempat letak kereta sahaja kerana tiada kesabaran.


Zack memang semangat tak mandi pagi dan sudah bersiap-siap dengan pakaian renang sejak semalam lagi.


Alright! Kami semua sudah bersedia untuk menakluki Water World ini dengan perut yang sasa. Sambil membuat gaya larian gerak perlahan Gaywatch, kami pun terjun ke kolam berombak.


Wahh seronotnya Aryan bermain air. Ok mari kita buat satu eksperimen seksual (untuk lelaki normal sahaja). Sila tutup muka Anas dengan tangan dan pandang tepat kepada payu daranya. Adakah berlaku pergerakan di dalam seluar anda? Now sekarang alihkan tangan anda sambil melihat wajah serta payu daranya. Jika anda terus inzal, maka saya telah membuktikan yang anda ini gay.


Gadis-gadis pun mahu mandi juga. Mahal doo beli bikini kat kedai pakaian renang dia.


Setelah puas bermain ombak, kami pergi bermain gelungsur pula. Terdapat pelbagai jenis gelungsur di sini seperti Gelungsur Tubuh (body slide), Gelungsur Keluarga, dan Gelungsur Berani Mati. Dalam gambar di bawah, satu perkara ngeri tetapi lucu telah berlaku di mana Fandi telah menerajang mamat di hadapan itu sehingga pitam.


Uhh seksi sekali gambar Ise ini. Enjoy it girls/old man.


Nampak tak Zul kat atas tu? Walaupun dia nampak sissy dan tak berani nak ajak Ezu keluar, tetapi dia berani naik Gelungsur Berani Mati ini (head first) tak macam Fandi harap teluq ja besaq sebelah.


Haha aku suka gambar ini. Zul terlebih eksaited.


Ahh sudah letih mandi, berposing gaya boyband pula. Korang perasan tak, Shuhud sorang je tak buka baju sebab dia rasa rendah diri dengan tubuhnya yang terkena extreme sunburn, if you catch my racist joke.


Kami membaham di Sidewalk Cafe. Pilihan set hidangan makanan tengahari yang adalah Nasi Ayam, Nasi Kari dan Hot Plate. Takdelah sedap sangat tapi dah lapaq licin jugak. Sambil membaham kami menikmati pemandangan indah leng lui berbikini lalu lalang.


Aryan memang bayi yang paling comel. Tidak mudah meragam, tidak takut dengan wajah Indon Fandi ataupun wajah India muslim Abe.


Water World di A Famosa Resort ini tidaklah sebesar Sunway Lagoon, tetapi itu tidak bermakna anda tidak dapat berseronok. Sebelah Water World ni Safari, tetapi kami tidak pergi kerana mahu check in pada pukul 2. So tak dapatlah nak tengok jika ada harimau yang diseksa dan dipaksa bergambar seperti yang didedahkan di dalam akhbar dan Youtube itu. Tapi ada kuda padi kat luar, dan Fandi terus menyiksanya memang tidak berperikemanusiaan kau ini Fandi meletakkan berat 98kg ke atas badannya.


Alright guys, sampai di sini sahaja entri ini. "Alaaaaa dah habis ke???" keluh korang di dalam hati. Haa haa ini baru sesi pagi. Dalam entri yang seterusnya kita akan melihat aktiviti petang, malam dan keesokan harinya. Untuk lebih banyak gambar separuh bogel, sila layari laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=181762&id=628280825&l=ac6623d220


Saturday, May 22, 2010

Happy Birthday Eleanor Ezura!

Siapa Eleanor Ezura? Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin ataupun nama Asia Tenggaranya Ezu merupakan bff aku di Uniten. Hari ini, 22 Mei merupakan hari jadinya yang ke-32. Nampak dia macam muda bukan dalam gambar di bawah? Maaf Ezu, setiap hari jadi kita kena paparkan gambar yang lebih aib daripada biasa. Hari ini saya hendak pergi Melaka, tetapi saya tidak akan lupa untuk membuat entri khas tentang anda Ezu. Sanggup tu bangun di subuh hari untuk membuat entri ini (ok tipu, sebenarnya dah auto publish, haa haa).


Ayuh kita kenali Ezu dengan lebih lanjut. Perwatakan aku yang gilakan perhatian dan mungkin juga faktor rupa menyebabkan Ezu mengapproach aku di lab multimedia. Well mungkin sebab tak ramai jejaka yang ambil multimedia so pilihan Ezu pun limited. Hubungan kami menjadi semakin rapat sehingga Ezu meluahkan perasaannya kepada aku meminta aku menjadi lebih daripada kawan, so tanpa berfikir panjang aku pun menjadilah partner Ezu. Lab partner. Selepas itu kami sering melakukan aktiviti bersama yang tidak melampaui batas agama seperti menjadi bapuk bersama-sama serta mengumpat ex-gadis dan ex-boyfriend bersama-sama.

Ezu adalah seorang gadis yang independent. Dia boleh membawa kereta manual, membuat side parking dan juga menyanyikan part rapping lagu Ohh La La tanpa sebarang masalah. Namun sebagai wanita tulen dia juga ingin dicintai. Aku berasa hampa dengan Zul kerana tiada tindakan susulan untuk mengajak Ezu keluar walaupun sudah diberi peluang. Kau tidak akan dapat jumpa gadis yang baik hati, bertanggungjawab, happy go lucky tetapi kadang-kadang buat post emo di blog (haa haa!), serta tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Wahh banyaknya puji, ayuh kita 'keji' pula dengan mengklik Read More.

Tipu je. Ayuh kita menyanyikan lagu hari jadi untuk Ezu! Sori Ezu kena guna video lama video baru masih dalam pembikinan (tipu lagi).



hello to eleanor ezura apa khabar kamu
i'm singin this song for ya, i wrote it just for you
because today's your birthday takkan nak buat tak tahu,
i'm gonna sing for ya, that's what i wanna do

oh how did we met, oh how did we know each other
i didnt remember we went to tadika together,
oh yeah i know u and i were lab partner,
you did all the coding i just cucuk tamdraiv saje.

ohh happy birthdayyyy oh eleanor ezura

she is my president, my agent, and my fan,
she never membangkang although i always perasan,
we always mengumpat even though jaspal kat depan,
when it's manic monday we will msg sampai pengsan

this song was meant to be friendly
so i'm sorry if ada yang terguris hati
next year maybe i will sing you this song lagi
and now i nak pergi mandi

Selamat Hari Jadi Ezu. Walaupun kita sudah jarang berjumpa dan berfoya-foya, namun dikau tahu yang diri ini tidak pernah melupakan dirimu, especially hutang RM50 haritu. Hee hee.

Friday, May 21, 2010

Team Bangi Akan Melawat Melaka!

Apa kabau orang Melakau? Ulau melingkau di atas pagau besau? Amacam handal tak aku berdialek Melaka. Merujuk kepada tajuk di atas, Team Bangi akan pergi berfoya-foya di A Famosa Resort di hujung minggu ini. Fandi pun dah nak kahwin, so kira macam hendak menyambut parti bujang liarlah macam dalam filem The Hangover. Tapi takdelah liar sangat sehingga minum minuman keras ataupun berzina. Mungkin sekadar mencuci mata melihat amoi cantik berbikini sedas dua. Eh? Tak mengapa, segala-galanya akan diceritakan dengan teliti apabila kami pulang nanti.


Buat masa ini, anda semua harus membantu saya packing kerana saya memang tidak tahu mahu bawak apa.

Ok ini benda yang aku dah pack mengikut keutamaan:

1) Set Xbox 360 dengan 4 kontroller. Ya, kami pegi Melaka semata-mata nak main Xbox.

2) Boxer mandi. Sheet. Aku tiada seluar mandi yang proper abislah amoi-amoi dan sesetengah apek usha organ bersaiz olimpik aku nanti. Exsqueeze me, kenapa korang pergi bayangkan pulak ini dah kira gangguan seksual ni.

3) Apa lagi haa selain pakaian? Baru tu je yang aku sumbat dalam beg.

Siapa orang Melaka di sini? Ada tempat yang makan/sekodeng yang menarik untuk direkomen tak? Ayuh bawa kami ke rumah anda untuk makan tengahari dan malam bagi menjimatkan kos. Uuuu seronotnya!

Thursday, May 20, 2010

Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook


Ahh Facebook. Jika dibuat bancian di kawasan kejiranan rumah aku, hampir semua orang ada akaun Facebook kecuali mama aku dan Auntie June jiran sebelah rumah aku. Pendek kata Facebook ini merupakan sesuatu yang lazim dalam hidup kita. Kawan-kawan aku yang berlagak kental cakap 'aku tak mungkin ada akaun Facebook!' semuanya menjadi sotong selepas berkahwin dan membuat akaun Facebook bersama isteri. Aku pun takdelah aktif sangat berfacebook. Kalau ada notifikasi emel barulah aku login yang melihat aktiviti-aktiviti orang lain yang aktif bersosial secara maya. Akan tetapi, tanpa kita sedari, terdapat banyak benda yang kita lakukan di Facebook sebenarnya membuat orang lain rasa hangin. Oleh itu, ayuh kita klik Read More untuk mengetahui perkara-perkara yang harus dihindari di Facebook.

1) Jangan tag gambar sesuka hati.

Mengepost gambar kucing tengah mengawan kemudian mengetag gambar aku pada kucing yang ditoron adalah tidak kool sekali. Aku punyalah eksaited ada orang tag gambar aku lepas tu dapat pulak berpuluh-puluh notifikasi di emel dan telefon bimbit, wahhh mak glemer uols! Tapi bila aku bukak terlihat gambar yang tiada kaitan dengan aku, pastilah aku hangin. Lagi satu, aku tidak berminat dengan sindiket perniagaan MLM kau so tak perlu tag aku dalam logo Perniagaan MLM kau.

2) Jangan letak status yang cuba-cuba mencari perhatian

Contoh 1:

Zulkifli Ibrahim is having a fever. lepas tu jatuh tangga. Siku I luka... :(

Kalau anda sakit, pergi jumpa doktor. Respon kata-kata semangat seperti 'alololo cian dia' ataupun 'dah makan ubat?' di Facebook tidak akan memulihkan anda.

Contoh 2:

Shuhud Zakaria thinks his life is dark and gloomy. I hate the humanity! I want to jump off a cliff...

Kau nak aku cakap apa? Jika benar tak ingin hidup lagi, tak perlulah letak status di Facebook. Apabila kita meletak sesuatu di wall kita, secara automatiknya kita akan mengharapkan ada orang memberi respon. Dah tu asyik dok tunggu orang nak bagi respon bila nak terjunnya??

3) Jangan letak status yang samar-samar.

Kalau nak mengeji orang, direct to the point lah. Letak nama terus agar orang lain boleh tahu siapa yang anda umpatkan dan boleh sama-sama mengumpat. Kan sekarang dah boleh tag orang di status? Caranya mudah sahaja anda hanya perlu letak simbol @ disusuli dengan nama orang yang anda benci itu. Contohnya, Muka @Khairul Afandi macam penyanyi Radja. Rasa nak bagi tinju Ip Man.

4) Jangan letak status kejayaan ladang anda

Ikram Rahim found a Lonely Bull on their farm. Oh no! Jika saya tidak terima invitation untuk menyertai ladang anda, saya juga tidak akan menyertai perniagaan restoran, sindiket ahlong, Cafe World, Kuiz Personaliti, Poker Bogel, Pet Society, Bejeweled dan lain-lain malaslah aku nak sebut semua.

5) Jangan letak gambar anda yang gemuk

Well nak letak gambar anda yang gemuk boleh sebenarnya, cuma lepas itu tak usahlah nak mengada-ngada letak caption "Alaaa I dah gemok....:(" sambil mengharapkan orang lain menafikan dakwaan anda. Jika anda nampak caption-caption sebegininya, apa yang anda perlu buat ialah menekan butang 'Like' di gambar itu.

Ok hari ini kita bincang tentang 5 perkara di atas dahulu. Selang beberapa hari nanti aku tulis lagi banyak ni dalam draft aku. Kalau kita sendiri yang buat memang kita tak rasa hangin punya jadi anda harus meletakkan diri anda di situasi pihak yang bertentangan. Assalamualaikum. Add me on Facebook everyone! I'll definitely accept your friend request based on your weight and skin colour.

Wednesday, May 19, 2010

Soalan untuk Jejaka-Jejaka: Episod 4

Kaum lelaki sememangnya dicipta untuk memuaskan hati gadis-gadis. Kami beri anda beg tangan mahal, kasut tumit tinggi 6 inci, missionary position dan juga kata-kata cinta. Hari ini, kami akan terus 'memberi'. Kelmarin kita sudah melihat gadis-gadis memberi jawapan kepada soalan-soalan yang feminin, so seperti biasa ruangan untuk bertanya kepada para jejaka akan dibuka pula bagi menunjukkan yang kami ini adil dan rasional. Segala persoalan tentang lelaki yang anda tidak boleh temui jawapannya di Internet akan dijawab oleh ahli-ahli panel yang memang berpengalaman. Eksaited bukan? Ayuh klik Read More jika salah satu daripada 9 nafsu wanita anda sudah membuak-buak untuk bertanya.

Ini adalah contoh soalan yang masih belum dijawab pada sesi soal jawab yang lepas, dan akan dijawab dalam sesi kali ini. Memang samseng sungguh soalannya, tapi kami akan jawab dengan penuh kejujuran nanti. Kau volunteer nak jawab ke Adam? Haa haa.

1.lelaki semua tgk porn ke kalau tak tgk tuh kategori ape? alim gila, warak, tak normal?

2.kenapa nak tgk actually?suka?so that taw ape nak buat di mlm pertama?

3.berdosakah lelaki tgk porn?dosa jenis ape tuh? sorry kalau tanye tu je.tp saya curious.

cik mek molek.


Jika anda ada soalan yang membunuh seperti di atas, anda pasti tahu yang kami ahli-ahli panel pakar sakit tuan dalam imej di bawah bersedia menjawab sebarang soalan panas anda tanpa sebarang prejudis (ahli panel terbaru akan direkrut bagi memeriahkan suasana). Apa yang perlu anda buat ialah menaip satu soalan di ruangan komen serta menulis nama ataupun sign in agar senang untuk kami membalasnya nanti.


Tapi tak semestinya kena tanya soalan pasal testis sahaja. Anda boleh tanya soalan emosi seperti mengapa lelaki jarang hantar SMS cakap 'saya cintakan awak' selepas beberapa tahun bercinta. Ayuh lontarkan soalan-soalan panas anda!

Tuesday, May 18, 2010

The Biggest Bitch

Dia curang dengan suaminya dengan meniduri lelaki kacak. Dia sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan adik-beradik suaminya kerana tidak rela tinggal sebumbung dengan mereka. Dia sanggup melakukan pelbagai pendustaan dan menabur fitnah bagi memastikan dia hidup dalam kesenangan. Hendak dijadikan rumusan, dia memang layak digelar bitch. So who is the biggest bitch in this whole wide world? Click Read More to find out.

Perempuan jalang itu bukanlah Sofea Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan dot dot dot, tetapi Margarita Alvarez dari telenovela agung Mis Tres Hermanas. Jika anda tidak mengetahui apa itu Mis Tres Hermanas, mungkin anda tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mendapat siaran NTV7. Telenovela ini amat popular semasa aku masih bersekolah menengah. Mengisahkan tentang Abang Augusto yang bekerja keras untuk memberi kebahagiaan untuk adik-adik perempuannya iaitu Silvia, Lisa, dan Beatriz. Seperti yang telah diterangkan di intro entri ini, isteri Augusto, Margarita telah menggoda Santiago, seorang jurutera sivil yang kacak tetapi tipis iman untuk melakukan penzinaan. Santiago yang ketika itu telah bertunang dengan Barbara Solis telah mengeruhkan lagi keadaan apabila telah jatuh cinta dengan Lisa. Hoi takkan aku nak bagi sinopsis penuh pulak korang pergilah tonton sendiri siaran ulangannya di NTV7 pada pukul 11.30 am - 12.30 pm berdasarkan intisari rancangan The Star yang aku baca tadi.

Dulu-dulu masa cinta monyet mesti perasan yang kau ni Santiago dan awek kau tu Lisa Estrada kan?. Tapi Margarita memang bitch gila. Dalam Mis Tres Hermanas dia sering memakai pakaian yang mendedahkan aurat berat. That's okay, sebab tubuh dia memang hangat minta ditinju. Tengok muka dia pun tahu yang dia telah banyak kali melakukan penzinaan. Ya aku tahu menuduh perempuan baik berzina adalah dilaknat dan memerlukan 4 orang saksi. Tetapi semasa mencari gambar Margarita ataupun nama kafirnya Roxana Diaz Burgos, tuduhan aku ternyata berasas setelah mendapat tahu yang Roxana Diaz memiliki sextape yang lebih hebat daripada Kim Kadarshian.


Anyway ada satu peristiwa yang membuat aku semakin benci dengan Margarita. Ini kisah benar yang berlaku beberapa tahun dahulu semasa hari raya. Kawan sekolah aku Hisyam (Ise) telah membuat rumah terbuka dan menjemput rakan-rakannya yang boleh dikategorikan sebagai gadis-gadis hangat. So aku dan Shuhud pun menjamula nafsu makan dan nafsu mata. Sedang asyik kami berbisik-bisik dengan gedik berbincang tentang gadis-gadis, aku terdengar sebuah lagu tema yang cukup aku kenali.



"VIDAAAA KEMBALIKANLAH SEMANGATKU!!!! KEMBALIKANLAH KETENANGANMU....." secara automatik aku mengalih suarakan lagu itu dalam bahasa Malaysia. Aku memang tidak pernah miss satu episod Mis Tres Hermanas ketika itu. Aku lantas bangun dari tempat duduk. Tanpa kesabaran, aku pun berlari ke arah televisyen untuk melihat aksi hangat Margarita....

PRANGGGG!!! Bunyi gelah pecah. Satu rumah terdiam. Hanya bahasa latin yang jelas kedengaran ketika itu. Semua mata tertumpu ke arah aku. Kaki aku terasa sejuk. Aku memandang ke bawah, rupa-rupanya aku telah menendang gelas seorang tetamu. Air oren tumpah, gelas pula obviously pecah. Emak Ise memandang aku sambil mengetap bibir. Sumpah aib aku ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sejak hari itu Ise tak pernah buat rumah terbuka lagi. Ataupun aku seorang sahaja yang mak Ise tak kasi jemput. Semua salah kau Margarita. Bitch.

Monday, May 17, 2010

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 5

Ya sudah lama kita tidak mengadakan sesi soal jawab. Saya mewakili jantan-jantan inosen telah mengumpulkan beberapa set soalan berunsurkan feminism yang hanya boleh dijawab oleh kaum wanita. Soalan-soalan ini sentiasa bermain di minda setiap lelaki tetapi mungkin kami tiada keberanian untuk bertanyakannya secara direct kepada anda. Kami tidak mahu membuat carian di Google kerana lebih thrill mendengar jawapan yang subjektif daripada anda. Diharap gadis-gadis yang membaca entri ini dapat menjawab soalan yang diajukan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Sila klik Read More untuk mula menjawab.

1) Adakah kalian rasakan lelaki berbulu dada itu seksi?


2) Mengapa dalam setiap profile gadis di Facebook mesti ada gambar korang mengambil gambar di tandas? Memang trademark korang ke?

3) Apa benda yang korang tulis dalam diari rahsia korang? Pasal jejaka kacak yang lalu depan korang tadi ke? Eh semua gadis ada diari rahsia kan?

4) Betul ke orang kata kalau pakai Whisper dia cepat bocor? Jenama apakah yang paling baik di pasaran?

5) Define senggugut.

6) Adakah anda masih berhubung dengan bekas teman lelaki anda selepas berpisah? Jika tiada, adakah anda kisah jika kami berhubung dengan ex gadis kami?

7) Adakah anda kisah teman lelaki anda lebih rendah daripada anda? Huraikan jawapan anda.

8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan perkhidmatan enjin carian, sila terangkan bagaimana hendak masak Mee Hailam.

Jika anda membaca entry ini dan anda seorang gadis, anda diwajibkan menjawab soalan-soalan di atas agar kami para jejaka akan menjadi lebih sweet dan lebih kerap mengungkapkan kata-kata cinta kepada anda. Nanti kami buka segmen untuk anda bertanyakan soalan dalam segmen 'Soalan Untuk Jejaka-Jejaka' pula. Assalamualaikum.

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 1
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 2
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 4


Sunday, May 16, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Guru


Hari ini merupakan Hari Guru. Bersempena dengan itu, saya ingin menulis tentang jenis-jenis guru yang wujud berdasarkan pengalaman sendiri ketika zaman persekolahan. Anda pun mungkin ada guru-guru sebegini di sekolah anda ataupun mungkin anda termasuk dalam kategori guru-guru yang saya akan huraikan nanti. Ayuh klik Read More untuk sama-sama menyambut Hari Guru.

1) Guru Disiplin

Semua sekolah ada Guru Disiplin. Guru disiplin selalunya terdiri daripada Ustaz ataupun warden asrama. Guru disiplin mampu menimbulkan rasa gentar di dalam diri apabila kita bertembung dengannya walaupun kita tidak bersalah kerana terdapan rotan yang tersisip macam pedang samurai. Guru disiplin juga merupakan guru yang paling dibenci oleh kebanyakan pelajar. Sekadar kereta dicalarkan dengan melukis organ reproduksi mungkin perkara biasa, tetapi di sekolah aku, ada pelajar pailang yang bertindak dengan lebih ekstrim selamba je terbalikkan van dia. Aku turut hangin dengan guru disiplin aku kerana dia merampas kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku walaupun aku dah sorok dalam stokin.

2) Guru Letih


Semasa mengajar, guru-guru sebegini hanya menggunakan satu nada yang mendatar, muka tidak berekspresi dan berjalan dengan perlahan. Kami mengesyaki guru ini mengalami masalah rumahtangga, ataupun rumahnya tiada tangga kena panjat tiang. Keletihan di rumah dibawa ke sekolah mempengaruhi gaya pengajarannya. Kalau mereka mengajar subjek Bahasa Malaysia ataupun sejarah ahh pasti terlena kita dibuatnya.

3) Guru Predator Seksual

Guru ini kita tengok muka dia sahaja kita boleh syaki yang dia ni pelawat tegar laman web dewasa adultfriendfindermalaysia.com. Dengan perutnya yang boroi serta misainya yang nipis, dia sering membuat gangguan seksual kepada pelajar terutamanya ketika Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gangguan seksual di sini tidaklah bermaksud dia menjadi pervert secara terang-terangan dengan menyeluk payu dara gadis sunti ataupun membuat buttslap bagi memberi semangat kepada pelajar lelaki, tetapi melalui gaya komunikasinya. Contohnya, ketika mengajar murid-murid membuat tekan tubi, selamba sahaja dia membuat reference kepada gaya persetubuhan bersama isterinya. Pasti secara automatik kita akan terbayang wajahnya setiap kali menonton pornografi. Ada khabar angin juga mengatakan guru tersebut telah cuba flirting dengan seorang ustazah yang boleh dikatakan hot dengan membuat ayat begini "I rasa you cantik pakai tudung ini...."

4) Guru Ganti Yang Comel


Setiap semester, pasti ada satu atau dua guru ganti yang mengajar di sekolah aku. Guru ganti ini semuanya masih muda dan segar dari Institut Perguruan melengkapkan praktikal mereka. Guru-guru ini selalunya tidak diambil serius dan segala kerja sekolah pasti tidak akan dihantar terutamanya untuk subjek pendidikan seni. Biasalah mana ada orang yang suka subjek pendidikan seni semasa sekolah. Ada satu guru ganti ni lagi malang, ketika dia mengajar ada pengawas datang buat spot check kepada pelajar. Dipendekkan cerita spot check itu berakhir dengan seorang kawan aku yang bernama Ikmar telah menumbuk pengawas itu (dan dipukul beramai-ramai kemudian). Guru itu terus trauma dan tidak mahu mengajar di kelas kami lagi.

5) Guru Mengandung Setiap Tahun


Haha memang subur mereka ini. Korang ada tak guru begini? Tiap-tiap tahun mesti nak mengandung haha.

6) Guru Bahasa Inggeris Yang Bergaya


'Class' guru bahasa Inggeris ini selalunya tinggi sedikit berbanding guru lain. Mereka pasti tidak sebulu dengan guru agama kerana perbezaan mazhab dan tuhan yang disembah. Gaya pemakaian mereka selalunya lebih banyak mendedahkan aurat. Kalau pakai tudung pun pakai ala-ala Datuk Siti Nurhaliza yang terkeluar rambut di hadapan. Kaler rambut mesti sedikit perang yang aksen orang putihnya mesti bergaya Amerika.

7) Gurubalan Krishna

Gurubalan Krishna adalah bekas rakan sekerja aku yang kini telah berpindah dari Maikrosof ke Dell. Walaupun dia bukan seorang guru, namun kewujudannya dalam senarai ini adalah untuk menambahkan elemen komedi di dalam entri ini.

8) Guru Ip Man

Guru Ip Man ialah guru yang mudah meninju ataupun menampar anak muridnya tanpa banyak bicara menggunakan gaya Wing Chun. Berbeza dengan perwatakan Ip Man yang tenang, guru ini pula memang 'short fuse' murid tersalah langkah sikit sahaja terus ditamparnya. Kadang-kadang mereka akan membaling pemadam papan hitam untuk mengejutkan kita dari tidur.

Walau apa jua yang ditulis di atas, saya tetap berterima kasih dengan guru-guru yang berpenat lelah mendidik saya di sekolah. Tanpa jasa mereka, saya mungkin akan menjadi orang yang membaca Al-Quran tanpa tajwid yang betul ataupun memandu kenderaan tanpa lesen menyebabkan saya ditembak polis. Selamat Hari Guru untuk semua guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi. I lap uols.

Friday, May 14, 2010

Teka-Teki Bersama Ijaicool

Sementara menanti perlawanan badminton antara Malaysia dan China, apa kata kita main teka-teki dahulu. Soalan-soalan ini aku pernah tanya dahulu, tapi korang mesti tak ingat dan tidak tahu menjawabnya. Aku kan raja teka-teki.

1) Dalam banyak-banyak syiling, syiling apa yang gelap?

2) Dunia apa yang ditakuti oleh kebanyakan orang, tapi tak semua la

3) Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang baik?

4) Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang jahat?

5) Bagaimana hendak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

6) Dalam banyak-banyak kari, kari apa yang tak boleh dimakan?

7) Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang sentiasa emo?

8) Apakah perbezaan burung dan kapal terbang?

9) Benda apa yang lebih kecil daripada kuman?

10) Apakah yang akan diungkapkan oleh Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan sebelum perlawanan mereka nanti?

Ok sila catat jawapan anda di atas kertas dahulu sebelum mengklik Read More untuk mengetahui jawapannya. Pembaca yang menjawab dengan tepat dan pantas akan memenangi sebuah hadiah misteri.

1) 50Cent. You can find me in the club, bottle full of bub jeng jeng jeng jeng jeng jeng

2) Meninggal dunia.

3) Burung belatuk. Sebab dia bela atuk dia haa haa kelakarnya aku

4) Burung belatuk tadi. Sebab dia cakap "Bela aa tuk" haa haa kelakarnya aku

5) ikan betina = ikan duyung, ikan jantan = ikan Bakar haa haa kelakarnya Azrel

6) Encik Hamzah bin Mohd Kari (residen cendekiawan Uniten, haa haa kelakarnya aku)

7) Kura-kura. Sebab dia keluar 'head'.

8) Kapal terbang makin naik makin kecil, 'burung' makin naik makin besar haa haa kelakarnya aku

9) Bulu ari-ari kuman haa haa kelakarnya aku

10)
Malaysia Boleh! Tengok badminton jangan tak solat maghrib ok. Kalau korang ada teka-teki yang mencabar tolonglah lemparkan kat aku biar aku jawab dengan mudah.

update: mama tengok cerita Korea pulak. Tak boleh nak menonton badminton secara langsung. Tak mengapa, jiran belakang rumah aku akan mengilai setiap kali Malaysia mendapat mata.

Thursday, May 13, 2010

Happy Birthday Shuhud!


Jika anda merupakan stalker bersiri saya, anda pasti mengenali watak di atas. Dia merupakan watak pelakon pembantu di dalam laman blog keji ini. Sekali tengok anda pasti ingat itu gambar penyanyi kulit hitam Akon ataupun mapley yang bekerja di Ameerali. Nama pemuda itu ialah Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa bin Yajid bin Puteh. Memang jelas aku ni sahabat yang baik kerana tahu salasilah keluarganya. Hari ini, 13 Mei merupakan hari jadinya yang ke-26. Gambar di atas merupakan gambarnya yang paling aib, so aku recycle sahaja. Sila klik Read More untuk mengetahui lebih banyak fakta-fakta aib tentang Shuhud yang anda boleh jadikan modal untuk memeras ugut bagi mendapatkan rawatan gigi percuma.

Kami geng Bangi memang gemar kutuk mengutuk antara satu sama lain dan kami tidak akan terasa hati sebab kami saling menyayangi. Jika Adam kami keji kerana berwajah Cina, Dazu berbangsa makhluk asing (Spock) dan Fandi berwajah Indon. Shuhud ataupun nama manjanya Abe pula sering dikaitkan dengan apa-apa bangsa yang berkulit gelap. Nampak macam celaka bukan kutukan kami? Tetapi among ourselves, kami hanya gelak sahaja tiada apa yang tidak boleh dikutuk.

Shuhud kata dia ada teman wanita (sori Astute), tetapi sehingga kini, tiada siapa pun yang pernah melihat teman wanitanya. Fandi kata Shuhud pernah tunjuk teman wanitanya di stesen komuter dari jauh, tapi aku rasa dia main tunjuk je mana-mana wanita yang nampak molek. So teori aku adalah: Shuhud sebenarnya gay, ada teman lelaki berkulit hitam tetapi dia malu nak perkenalkan kepada kami sebab takut kami kutuk teman lelakinya itu. So dia rekalah teman wanita imajinasinya itu untuk mengaburi mata kami.

Ok setelah mengeji, kita kena memuji barulah wasadtiah. Shuhud memang seorang yang setia kepada rakan, baik hati, menurut kata ibu dan bapa (abah dia cakap Kelantan sikit terus menggigil ketiak dia balik rumah), serta jarang meninggalkan solat Jumaat. Namun di bawah tekanan, sifat sebenarnya terdedah ketika insiden 'Kisah Sedih Initial D' yang jelas menunjukkan sikapnya yang lebih mementingkan kerjaya pergigiannya daripada rakan-rakannya yang lain. Ek terkeji balik pulak.

Sudahlah, ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari jadi buat Shuhud! Ohh buat pelajar-pelajar pergigian yang membaca blog ini dan mengenali 'Doktor' Shuhud, korang tahu tak hari tu dia sanggup bawa kertas peperiksaan korang datang rumah aku sanggup tak main Call of Duty dengan kami demi menanda kertas korang. Kesian dia mengantuk susah payah carikan patient untuk lengkapkan clinical korang. So korang obligated untuk wish selamat hari jadi dia di sini bagi menunjukkan penghargaan terhadapnya.


Happy birthday bro! Weekend ini parti liar kau belanja. Team Bangi sila tambah kutukan tanpa belas kasihan please.

Wednesday, May 12, 2010

Perkara-Perkara Yang Gadis-Gadis Harus Expect Semasa Piala Dunia

Masih belum terlambat untuk kita mengucapkan tahniah kepada Manchester United kerana mendapat tempat ke-2 dalam liga Inggeris. Well done! Fully deserved! Tahniah juga kepada Mohd Dazrul yang menjuarai Liga Super pada musim ini tetapi adakah dia akan terus memberi saingan di musim hadapan ataupun menjadi lalai seperti biasa? Buat Anas, aku akui kau lagi hebat daripada Adam yang siap buat macro dalam excel sheet tetapi masih gagal. Hee hee. Barclays Premier League sudah melabuhkan tirainya musim ini, maka apa yang kita mahu lakukan di hujung minggu? Bagi mereka yang sudah berkahwin ataupun bersekedudukan dengan pasangan walaupun bukan mahram, wahh seronoklah para WAGs (wives and girlfriends) dapat menonton cerita Korea tanpa gangguan. Yaa nikmatilah saat-saat istimewa yang bersifat sementara ini. Detik indah ini akan berakhir menjelang bulan Jun nanti apabila bermulanya Piala Dunia! Di sini saya ingin memberi tips-tips kepada para WAGs agar anda boleh survive selama sebulan tanpa pasangan anda. Sila klik Read More untuk mengetahui rintangan-rintangan yang anda harus jangka agar anda tidak menggelabah terus menuntut fasakh semasa Piala Dunia nanti.

1) Tiada persetubuhan

Nafsu kaum jejaka terhadap gadis akan terbantut ketika di musim Piala Dunia. Kami either akan kehilangan mood untuk berjimak sebab pasukan kami kalah, ataupun terlalu penat untuk beraksi setelah letih bersorak penuh emosi di hadapan televisyen. Sebarang percubaan untuk menggoda kami akan ditepis begitu sahaja. Tunjukkanlah parabola kalian pun, kami lebih berminat dengan bola yang bulat di tv LCD.

2) Tiada saluran televisyen selain siaran langsung Piala Dunia.

Tahukah anda mengapa kami memesan Astro Beyond? Untuk melihat bulu kaki pemain pasukan kegemaran kami, of course. Waktu perlawanan mengikut waktu Malaysia adalah seawal 10 malam sehingga pukul 2 pagi, so di antara waktu tersebut, anda boleh melakukan aktiviti feminin yang lain seperti menjahit langsir, mengumpat dan juga membaca novel Twilight. Jangan cuba-cuba untuk menukar siaran untuk menonton Akademi Fantasia, Adamaya ataupun Keeping Up with Kadarshians.

3) Jangan ungkapkan kata-kata yang tidak bermakna.

Jikalau anda hendak memberi sokongan moral dan ingin menonton Piala Dunia bersama kami, berikut adalah contoh kata-kata yang yang harus dielakkan:

"Alah kenapa tak bagi bola sorang satu je tak payah susah-susah nak berebut..."

"David Beckham main tak?"


"Takpe sayang jangan sedih nanti ada World Cup lagi England menangla..."

Maka menonton perlawanan di televisyen tanpa perlu berbual-bual kosong adalah pilihan yang lebih baik bagi mengelakkan pertelingkahan.

4) Anda harus belajar berdikari selama sebulan

Semasa Piala Dunia berlangsung, kami akan menjadi eshol dan lelaki tak guna. Segala permintaan ataupun kata-kata kami masih akan dengar, cuma kami tidak akan melaksanakannya sahaja. Jika anda hendak membeli belah, kami akan memberi wang. Jika anda teringin makan sedap-sedap di malam hari, kami akan memesan Domino's. Jika ada kenduri kahwin kawan anda, kita pergi belah lelaki punya bulan depan. Kami tidak akan berganjak dari hadapan televisyen apatah lagi hendak keluar dari rumah. Okla kalau keluar pun pergi jadi hooligan dekat maplay Ameerali.

5) Jika anda hendak menyokong satu pasukan, England adalah pasukan yang anda harus sokong.


England pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah! Diharapkan para WAGs sekalian dapat memahami kehendak kami selama 4 tahun sekali ini. Assalamualaikum.

Tuesday, May 11, 2010

Cara-Cara Untuk Bergaya Tanpa Mengeluarkan Wang Yang Banyak

Semasa aku berjalan-jalan di kompleks membeli belah, tak kiralah kompleks picisan seperti Warta mahupun kompleks orang kaya Pavilion, orang ramai terutamanya gadis-gadis selalu senyum dekat aku dan meminta kebenaran untuk bergambar. Bukan sebab aku ni popular, tetapi sebab mereka ingat aku ini penyanyi terkenal Faizal Tahir. Aku tak minta dilahirkan dengan wajah begini, so aku embrace sahaja nikmat yang Tuhan beri. Tetapi anda pun boleh juga jadi seperti saya. Well mungkin tak boleh nak mendapat wajah seperti saya walaupun melakukan pembedahan, tetapi anda boleh menggayakan diri anda agar dari jauh orang ingat anda ini Anuar Zain. Yang bestnya, anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk bergaya dengan barangan popular yang original. WOW FAIZAL CEPATLAH DEDAHKAN DI MANA SAYA BOLEH MEMBELI BELAH DENGAN MURAH!! Ayuh klik Read More untuk mula bergaya.

Memperkenalkan, kedai serbaneka Harmano.com milik John Ho Chee Kiong. Ok jangan pergi Google harmano.com pulak sebab laman web rasmi dia belum siap lagi kalau korang taip nanti sampai ke laman Mis Tres Hermanas. Mari kita berkenalan dahulu dengan John. John merupakan rakan sekerja aku. Dia orang Cina. Muka dia agak hensem macam pelakon Hong Kong Jordan Chan. Pasti korang tertanya-tanya di dalam hati, 'Mengapa aku mahu membeli-belah dengan John?' Ok ini jawapan yang aku reka sendiri berdasarkan rasuah yang diterima:

1) John menjual barangan yang tulen kerana dia seorang lelaki tulen. Jikalau anda mengesyaki John jual barangan tiruan, anda boleh tumbuk perut John dan jaminan wang dikembalikan berserta kadar faedah.

2) John menjual barangan yang kool sahaja. Definisi kool akan dijelaskan pada gambar-gambar di bawah. Itulah sebabnya korang selalu nampak aku ni kool sebab aku membeli belah dengan John.

3) John menjual barangan dengan harga yang melampau murahnya. Jangan risau ini bukan barang curi sebab John pun kenal erti dosa dan pahala. Masih tidak terpengaruh? Ayuh kita lihat iklan di bawah.

-------------------------------------------------------------------

a) Seluar Jeans Levi's

Mahal kan seluar Levi's. Tapi benda yang bergaya memang mahal. Eh tak jugak, belilah Levi's dari kedai John. Lihat sahaja model di bawah, sumpah bergaya.



LEVI'S 527 - LOW BOOT CUT

# Brand new, tags still intact. TULEN!

# low rise | straight fit | boot cut

# Sizes Available: 32, 33, 34

Price: RM 180. Retails @ RM 299 in selected jeans store that carries export model Levi’s range (The Gardens, MV). Aku sudah sambar satu haa haa riaknya riaknya.

-------------------------------------------------------------------

b) KIKS.TYO Japanese tees


John bagi aku tshirt ni percuma. Tapi aku tak pakai kat rumah sebab kalau mama aku jumpa mesti dia sorok. Ini bukan tshirt lucah tapi kalau nak buat modal untuk certain aktiviti boleh sahaja. Antara design-design kool yang lain untuk dibeli:



Saiz: Orang gemuk atau kurus semua boleh bergaya
Price: RM 70! RM 60 each for purchase above 3 pieces.

Sedang aku asyik membuat entri ini tiba-tiba aku ternampak baju yang paling kool di kedai John.....OH EM JI YOU'RE NOT GOING TO BELIEVE WHAT'S ON SALE IN HARMANO.COM!


Esok jugak aku order kat John. Diimport khas dari England. Tiada lagi rasa bersalah untuk mengiklankan arak di dada. Jangan cakap Standard Chartered ada riba, sebab dia ada perbankan Islamik ok. RM250 sahaja.
-------------------------------------------------------------------

c) Kasut Justin Bieber!


Korang jangan ingat gadis-gadis je boleh pakai kasut designer. Bagi mereka yang celik sneakers, anda pasti familiar dengan model-model sneakers di atas bukan? Nike SB Dunk High Premium RESN Gucci dengan harga RM700-RM800? (boleh dirunding) WHAT THE WHAT?? BERPATUTANNYA!!
-------------------------------------------------------------------

d) iPad

Usah betulkan resolusi skrin anda. Apa yang anda baca adalah benar, kedai John turut menjual iPad. iPad belum keluar lagi secara rasmi di Malaysia. Jadilah orang yang pertama yang memilikinya. Pasti kool dan bergaya. Sori aku tak mampu nak hire model yang mahal-mahal, so terpaksa ambil model kurang ternama dan kurang hensem di bawah.



# Description: Brand new sealed in box

# Warranty: 1 year international Apple warranty. Not claimable in Malaysian Apple stores yet until official launch end of this year

16GB = RM 2600

64GB = RM 2900 (wait time – 2 ½ weeks)
-------------------------------------------------------------------

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS:


1) Ahh bernafsunya! Bagaimana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat untuk barang-barang di atas serta barangan kool terbaru?

Layari Facebook Page Harmano.com. Be a fan today!

2) Saya nak tanya. Bagaimana saya boleh menghubungi John untuk membuat temujanji?

Hubungi John di:
Facebook = John Isaac Ho
Telefon = 0166992299
Emel = absoluteauction.store (at) gmail (dot)com

3) Apa yang kau dapat hasil daripada pengiklanan ini Faizal?

Anda yang untung sebenarnya kerana jika anda membeli belah dengan John dan mention nama saya (faizal/ijaicool), anda akan mendapat diskaun istimewa. Tak tipu. Amacam licik tak aku tidak menjawab soalan sebenar.
-------------------------------------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...