Tuesday, June 29, 2010

International Catshow 2010 at Midvalley

Pada hari Ahad yang lalu (27/6), satu Pertandingan Kucing Antarabangsa telah diadakan di Exhibition Hall, Midvalley. Sebagai bekas juara bertahan, aku berasa bersemangat untuk menyertainya bagi mengaibkan peserta-peserta lain yang merasakan kucing mereka handal. Line up pada kali ini ialah Pesona Shareca, Andika serta Baby Blue. Usah ditanya mengapa nama mereka begitu kerana mama aku yang namakan mereka. Buat Andika dan Baby Blue, ini merupakan kali pertama mereka dibawa bertanding. Shareca pula merupakan kucing senior dan memiliki pengalaman luas dalam pertandingan kucing ini. Sebagai persediaan, aku telah memaksa mereka menjalani latihan poco-poco bagi memastikan mereka berstamina tinggi terutamanya buat Shareca kerana dia sudah obese seperti Fandi. Hee hee ayuh teruskan membaca!

Setelah berdoa kepada Tuhan memohon kejayaan kucing-kucing kami, kami pun bertolak ke Midvalley pada pukul 8.30 pagi. Vetting in pukul 9. Sampai di sana, aku memang tidak bertegur sapa dengan peserta lain kerana tidak mahu strategi kejayaan kami dicuri. Namun begitu, bukan calang-calang kucing yang dibawa bertanding pada hari itu. Ramai yang membawa kucing Pedigree (kucing yang ada surat beranak) dan sekadar memandang hina kucing kampung aku ini. Aku mula berasa cemas kerana aku dah berlagak dalam blog haritu dengan mengatakan yang kucing aku akan membawa pulang hadiah.


Satu-satunya orang yang aku tegur ialah kawan Kelab Kucing Malaysia mama aku iaitu Ah Seng. Ah Seng memang jarang miss mana-mana Catshow. Dia breeder yang handal, kucing-kucingnya selalu membawa pulang hadiah utama.


Ah Seng mempertandingkan kucingnya dalam kategori Bantamweight so dia bukan rival aku. Ah Seng ini memang seorang yang lucu. Tapi bukan sebab dia pandai membuat jenaka lucu ataupun lucah. You see, Ah Seng orang Cina yang sudah terlalu mendalami kehidupan orang Melayu (Islam), sehinggakan ekspresi yang dikeluarkannya pun berunsurkan Islamik. Contohnya:

Aku: Yo Ah Seng bawak berapa ekor?

Ah Seng: Haiyaa sekor sajaaa

Aku: Wahh Best in Show la ni?

Ah Seng: Haiyaa Alamlulillah! (dia sebut Alhamdulillah dalam Chinese accent, siap buat gaya tadah tangan ke udara lagi, and he's not a Muslim)

Haha luculah kau Ah Seng. Anyway, selepas memasukkan kucing ke dalam kandang serta membisikkan kata-kata motivasi ke dalam telinga mereka, aku melarikan diri daripada kawasan pertandingan bagi mengelakkan daripada dipaksa melakukan kerja-kerja sekretariat. Aku dan da'killa pergi menonton filem Toy Story 3 dalam 3 Dimensi. Setelah tamat, kami pun kembali ke dewan. Wahh ramai betul manusia ketika itu. Selain pertandingan kucing, terdapat juga pertandingan anjing di dewan sebelah. Ramai orang membawa anjing mereka berjalan-jalan. Oleh sebab aku dapat gred A dalam ilmu Fekah Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) dahulu, aku tahu bila dan di mana aku pun menyamak najis mughallazoh.


By the time aku kembali masuk dewan, kucing-kucing masih lagi diadili oleh hakim antarabangsa dari Czech Republic dan Norway. Antara kriteria yang diadili adalah seperti otot six pack yang dimiliki, set gigi yang lengkap serta bulu yang tidak diwarnakan seperti rambut mat rempit.


Keputusan selalunya kita boleh tahu sejurus selepas kucing kita diadili. Mengikut kritikan membina yang diberikan kepada Shareca dalam bahasa Norway:

'she has a thick, healthy hair, symmetrical face, very friendly her owner must be a very good looking guy as well...however she is slightly overweight..'

Celaka kau hakim. Berani kau tuduh kucing aku gemuk. Disebabkan kegemukannya itu, Shareca hanya mendapat tempat ketiga dalam kategori Local Domestic. At least aku tak menipu korang apabila aku membuat kenyataan yang kucing aku pasti akan mendapat hadiah kan? Lagipun Shareca sudah veteran. Umur dia 11 tahun. Tahukah anda satu tahun kucing bersamaan dengan 7 tahun manusia? So mengikut usia manusia, umur Shareca kini 77 tahun!


Gambar di bawah ini kucing aku yang bernama Baby Blue. Dia menang hadiah juga kategori Kucing Malaysia. Tapi sebab Kucing Malaysia ini rare dan tidak ramai orang ada, maka yang bertanding pada hari itu hanya tiga ekor, so memang confirm la naik podium haa haa. Ahhh tak peduli asalkan dapat riak dapat hadiah. Andika sahaja tak menang walaupun corak Tabby beliau memang flawless, tapi hakim dapat kesan sedikit kekurangan di ekornya.


Ini pula kucing yang mendapat anugerah tertinggi iaitu Best In Show. Mana boleh lawan kucing tiada bulu (Sphynx). Aku syaki tuan dia main cheat code kerana terdapat kesan cukuran Veet di badannya. Usah berasa jijik dengan kucing ini kerana harganya lebih mahal daripada beg tangan Jurulatih kalian.


Ayuh kita lihat koleksi gambar-gambar kucing orang lain yang menarik dimulakan dengan kucing Godzilla (Maine Coon)...


Kucing bulu pengelap kaki (Persian)...


Adakah ini American Curl ataupun sekadar kucing tempatan yang disepit telinganya??


Eh Muaz dan Iza dan Ayra pun datang memberi sokongan. Thanks for coming I lap uols.


Hadiah untuk Best Owner pun ada. Pemenang dipilih berdasarkan wajah. Selalunya diorang ambil orang yang memiliki struktur wajah pelakon Hollywood sahaja.



Anda boleh lihat teruskan mengintip gambar kucing-kucing di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=190248&id=628280825&l=74e42e365f


"Emmm you like that? Come and lick your screen bitch," kata kucing itu di dalam hati.

Shareca demand ucapan tahniah di atas kejayaannya.

Monday, June 28, 2010

Faktor-Faktor Kegagalan England di Piala Dunia 2010


Aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih serta sakmaibols kepada rakan-rakan yang rela bersusah payah menghantar SMS, membuat panggilan bersiri, memberi komen mengguris hati di fesbuk, serta membuat solat sunat kesyukuran akibat kekalahan England. Memang bersemangat korang apabila mendapat peluang untuk mengeji ya? Tidak mengapa, aku bertenang sahaja. Di sini aku ingin membuat pendedahan eksklusif hasil penaakulan aku sendiri tentang faktor-faktor kegagalan England dalam usaha mereka untuk memenangi Piala Dunia. Kali ini para WAGs pemain England tidak boleh dijadikan kambing hitam lagi. Kegagalan ini harus dipikul oleh pemain dan pengurus England sendiri. Ayuh kita kaji apa yang menyebabkan England tersingkir awal di piala dunia ini walaupun tidak seawal US (awal beberapa jam, haa haa).

1) Menang Piala Dunia dengan Rooney

Sebelum bermulanya pusingan akhir Piala Dunia ini, England dikatakan bakal mengulangi kejayaan pada tahun 1966 berdasarkan satu fakta; Wayne Rooney. Wayne Rooney menjadi pilihan setiap pemain fantasy football kerana formnya yang garang. Wayne Rooney dikatakan mampu membawa England ke final Piala Dunia berdasarkan goalscoring prowess serta peribadi yang sudah menjadi matang tidak seperti piala dunia 2006 dahulu. Itulah senjata utama England, Wayne Rooney. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Nama Wayne Rooney langsung tiada signifikasi yang Piala Dunia kali ini. Dia tidak menjaringkan sebarang gol dan dia kelihatan sangat letih dalam setiap perlawanan. Well kalau nak ikutkan Messi pun tidak jaringkan sebarang gol dan dia pun bermain sepanjang musim, tetapi mengapa dia tenang sahaja menggelecek pihak lawan dan lari pecut seratus meter tanpa berasa letih?

2) Kesilapan Robert Green

Aku tak rasa kesilapan pengadil tidak membenarkan gol Lampard dalam perlawanan menentang Jerman semalam menjadi punca mengapa England tersingkir (although pengadil itu bakal menerima ugutan bunuh). Berdasarkan permainan semalam, kalau gol itu dikira sekalipun tetap tidak akan dapat menyelamatkan England. Ini kerana Jerman bermain dengan jauh lebih teratur dan efisyen mengawal bola. Aku tak nafikan yang aku berharap abang Gerrard dapat mencetuskan kebangkitan ala-ala Istanbul tapi rasanya abang Carra sahaja yang bersemangat dari luar padang.

Now, penyingkiran England sebenarnya sudah bermula sejak perlawanan pembukaan menentang Amerika Syarikat. Robert Green yang gemarkan roti canai tidak dapat menahan nafsunya untuk membaham roti canai penuh minyak sebelum sepak mula tanpa membuka glovenya, menyebabkan dia tidak dapat menangkap kemas bola rembatan Clint Dempsey. You see, jika England menang match itu, England akan menjadi juara kumpulan. Menjadi juara kumpulan, tidak akan jumpa Jerman! No disrespect to Ghana, tapi aku rasa peluang untuk ke suku akhir adalah lebih tinggi jika tidak bertemu Jerman.

3) Kelemahan di sesetengah posisi

Joe Cole kata John Terry adalah centre back terbaik di dunia. Well agak ironi di situ memandangkan kita sedang bermain di World Cup tapi tahap permainan macam Norhafiz Zamani Misbah juga (in other word, not yet 'world class'). Posisi sayap kiri pula memang sudah diketahui bermasalah dari dahulu. Nak jugak tu bagi abang Gerrard main kat situ. Turunkan saja Joe Cole ataupun mungkin Adam Johnson patut dibawa ke Afrika Selatan.

Uncle Kapelo nak main formasi 4-4-2 tetapi England tiada penyerang yang 'clinical' untuk digandingkan dengan Rooney. Menyedari kekurangan itu, penyerang seperti Heskey dan Crouch dipanggil agar dapat menjadi 'target man' untuk hold off the ball bagi Rooney/Gerrard roam sesuka hati di belakang. Tapi Crouch lebih layak diturunkan berbanding Heskey kerana ketinggiannya. In fact baik panggil Darren Bent yang terbukti boleh menjaringkan gol. Heskey dahla berat sama je macam Rooney obese. Defoe? Well dia memang pantas tapi mudah sahaja dia ditunjal kerana kerendahannya.

4) Sikap individualistik dan tiada keharmonian di dalam kem


Abang Gerrard dan Rooney tidak membawa WAGs mereka kerana satu sebab; John Terry. Tanpa isteri, mereka akan menjadi lebih tertekan dan seterusnya mengganggu persembahan di padang. Wayne Bridge telah menghasut rakan-rakan Man City seperti Gareth Barry, Shaun Wright-Phillips dan Joe Hart untuk memulaukan Terry dengan tidak menghantar bola kepada Terry semasa latihan dan tidak makan semeja. Rio yang geram dengan status kaptennya dirampas oleh Abang Gerrard telah berpakat dengan Rooney dan Carrick untuk membuat prank call di waktu malam menyebabkan Abang Gerrard tak cukup tidur.

5) Kehadiran David Beckham

Kehadiran David Beckham ternyata sekadar menambah bil penginapan dan makanan England. Konon-konon pengalaman dia dapat memberi inspirasi kepada skuad England. Dalam dead ball situation mulalah dia nak berlagak penting. Dengan suara dia yang kecil itu dia menjerit memberi arahan. Kapelo pulak bagi arahan lain sampai pemain pun naik pening. Besides, penyokong-penyokong gadis bersorak untuk Beckham mestilah pemain yang kurang hensem seperti Matthew Upson naik hangin.

Tempoh berkabung bermula. Tak tahu berakhir bila.

Sunday, June 27, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia di Pameran Kereta

Hari ini aku seharian di Midvalley sempena Pertandingan Kucing Antarabangsa. Oleh kerana aku baru pulang dan tidak bernafsu hendak mengedit gambar kucing, anda semua dipaksa membaca entri selingan aku dahulu. Duduk lepak lama-lama di exhibition hall itu bosan juga, so selepas aku menonton Toy Story 3 tiga dimensi dengan da' killa kami pun duduklah di bangku sambil memerhatikan dan membuat analisis tentang manusia di sekitar kami. Di satu sudut, terdapat pameran kereta berjenama Ford (fiesta) yang dihadiri oleh ramai manusia. Terdapat pelbagai tabiat aneh dan syubhah yang dilakukan oleh mereka tanpa mengetahui rasionalnya. Sedar atau tidak, perkara-perkara yang aku akan senaraikan ini mungkin dilakukan oleh anda juga. Ayuh kita mengkaji tabiat manusia di pameran kereta.


1) Ketuk-ketuk kereta.

Ok aku tak faham mengapa mereka perlu ketuk kereta itu. Mungkin sebagai ujian daya tahan lasak. Yelah jika kita ketuk kereta itu dengan tangan dan kemudiannya kereta itu kemek, kita sudah membuktikan yang kereta itu tidak selamat untuk dipandu. Exsqueeze me, lain kali kau bawa tukul besi ataupun apit G terus dan ketukla sepuas hati bagi mengkaji ketahanan kereta itu sebelum kepala anda diketuk kembali.

2) Naik kereta sekeluarga

Ok aksi aneh ini aku faham rasionalnya. Kalau nak beli kereta, mestilah beli kereta yang boleh sumbat satu keluarga kan? Takkan nak tinggalkan atuk di rumah seorang diri habis diselongkarnya koleksi porn kita nanti. So dalam babak tengahari tadi, bapa dia duduk kat tempat pemandu dan disusuli dengan emak mereka di sebelah. Lepas tu bapa dia boleh pulak jerit kat anak-anak dia suruh cepat masuk ke dalam kereta, seolah-olah macam sudah terlambat hendak pergi keluar makan malam di Wong Solo.

3) Mengukur saiz rim dengan jari

Mula-mula dia tarik rim kereta itu dulu. Nak tengok mudah tercabut ke tak, mana tahu tayar boleh tercabut tiba-tiba ketika memandu. Lepas tu dia kira saiz rim dengan menggunakan teknik jengkal jari. What the what kau tengok jelah katalog kereta itu kan sudah ada spesifikasinya.

4) Hendak tunjuk kita ini celik kereta dengan bertanyakan tentang soalan-soalan teknikal.

Ok dia nak beli memang sumpah takde duit pun. Tapi nak tunjuk juga yang dia itu arif dengan kereta. Dia asyik menghamburkan salesman soalan-soalan yang mencabar yang salesman itu pun tidak boleh jawab. Hui aku pula memang buta kereta dulu-dulu nak servis kereta pun suruh mama inikan pula henda bertanya soalan-soalan berasaskan kereta kepada jurujual.

5) Bergambar dengan booth babe

Ok yang ini aku pasti hampir semua jantan horny buat. Tak minat sangat pun dengan kereta. Datang tengok pun sebab berlaku pergerakan di dalam seluar akibat dilambai dan ditegur manja oleh booth babe ini. Mereka selalunya mengambil wanita yang hangat sahaja untuk menjadi model. Siapa nak tergoda melihat pusat merekah gadis gempal bukan? Sebab itulah auto show yang ada booth babe selalunya meriah dengan jejaka-jejaka gersang. Tapi tadi aku tak tunjuk kegersangan sangat tadi sebab da' killa ada mengekori rapat.

Adakah anda pun akan/telah membuat perkara-perkara di atas jika melawat Auto Show? Sekian sahaja entri selingan daripada aku. Esoklah kita cerita pasal KEJAYAAN kucing aku ok? Aku nak pergi tengok perlawanan England menentang Jerman sebenarnya. By the time anda membaca entri ini ataupun membaca entri ini buat kali kedua esok, mungkin England telahpun layak ke peringkat suku akhir, so senang cerita wish sajalah tahniah sekarang.

Friday, June 25, 2010

Ayuh ke International Catshow di Midvalley!

(sila klik poster untuk melihat masa dan tempat)

Apa yang korang selalu buat di hujung minggu? Suami isteri mungkin melakukan persetubuhan, anak-anak mungkin dibiarkan berkeliaran (rhyme). Apa kata kali ini kita buat sesuatu benda yang unik. Sila kumpulkan adik beradik anda, mak dan abah mertua anda serta bibik anda sekali dan ayuh berlari-lari anak menuju ke pusat membeli belah Midvalley pada hari Ahad ini bagi menghadiri Pertandingan Kucing Antarabangsa 2010. Pertandingan kucing ini dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia. Sejak abah aku pergi meninggalkan dunia yang fana ini, mama aku sudah jarang membabitkan diri dalam hal ehwal kelab. Tetapi kali ini, team ijaicool akan kembali beraksi bagi membolot hadiah-hadiah yang dipertandingkan. Jika anda ingin datang sebagai pelancong tempatan, well anda pasti akan berasa seronok melihat kucing-kucing yang comel nak arwah. Tetapi jika anda datang sebagai peserta, bersediakan kalian untuk diaibkan oleh Pesona Shareca aku. Ayuh teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana konsep pertandingan kucing, konsepnya lebih kurang sama dengan hari sukan sekolah. Kucing-kucing akan dipertandingkan di dalam acara-acara seperti lompat paling jauh, lari paling laju, dan pertandingan look alike dengan tuannya. Ok ok aku berjenaka. Kucing akan diadili mengikut standard yang ditetapkan bagi setiap baka. Selalunya anda boleh tengok hakim itu mengadili kucing sambil dia membebel apa yang bagus tentang kucing itu. Masa inilah anda boleh melihat kucing-kucing berbaka aneh dari seluruh pelusuk dunia seperti kucing jijik tiada bulu (Sphynx), kucing telinga layu (Scottish Fold), kucing raksasa gorgon (Maine Coon) dan of course, our own Kucing Malaysia. Anda juga boleh melihat pertandingan pakaian berhias di mana kucing-kucing akan diubah menjadi kucing arbok setelah disarung dengan baju bayi.

Antara line up yang mungkin aku turunkan pada hari Ahad nanti adalah:

1) Pesona Shareca


Ini memang kucing kesayangan keluarga aku. Shareca memang terlalu manja. Kau buatlah onar macamana pun dia mesti tak marah punya. Lepas tu dia mudah mesra dengan orang. Aku dah latih dia untuk membuat mata kasihan Puss in Boots ketika berhadapan dengan judge nanti. Pasti berjaya merangkul hadiah nanti.

2) Anak kucing itu


Ohh itu gambar lama. Sekarang anak kucing itu sudah membesar menjadi kucing Malaysia yang berpotensi untuk menjadi sang juara. Ikutkan nak bawa mak dia tu tapi mak dia susah untuk dipegang nanti judge membuat muka.

3) Pesona Chevy


Ohh kau sudah obese Chevy kau duduk di rumah sahaja kali ini.

Jika anda ingin menyertai pertandingan kucing ini, anda harus menjadi ahli Kelab Kucing Malaysia. Well nak join sesi kali ini sudah tidak sempatlah kerana tarikh tutup sudah berlalu. Anda boleh mendaftarkan diri di kaunter yang dibuka pada hari pertandingan ataupun layari sahaja ke laman web Kelab Kucing Malaysia di http://malaysiacatclub.com/. Tetapi site itu memang tidak dikemaskini pun. Jika korang klik join, korang boleh nampak nama arwah abah aku lagi. Presiden dia entah sudah berapa kali ganti. Oh buat stalker-stalker, 03-8251259 memang nombor telefon rumah aku tapi maafla itu pun format nombor lama tak dapatlah kalian nak miskol rumah aku.

Alrite, see you guys there! Jangan lupa, hari Ahad 27/6/2010, 10am - 6pm sila bawa kamera dan buku nota kecil untuk sesi autograf. Nak suruh sign kat dada pun boleh sebab kadang-kadang diorang jemput artis tau. Kalau korang nak datang habaq mai la boleh aku beri tiket VIP (tipu). Jika ada sebarang pertanyaan atau kekeliruan silalah tanya nanti aku suruh mama aku jawab.

Thursday, June 24, 2010

Top Ten Most Awesome 'Hikmat'

Aku gemar membaca komik. Tak kiralah komik Jepun, Cina ataupun Indonesia. Dahulu semasa sekolah rendah aku ada mengumpul komik cina yang cover belakang dia ada iklan jauhi dadah tu. Antara koleksi komik Cina yang aku kumpul adalah Alam Perwira, Juara Wira dan Dewata Raya. Ada lagi dalam almari aku sekarang sudah berhabuk. Aku juga turut mengumpul manga yang popular seperti Dragonball, Dragon Quest serta koleksi hentai Stepmother's Sin. Eh? Apabila kita mendalami sesebuah komik itu, kita akan berasa 'immersed' dan mula melakukan aksi-aksi tidak matang seperti cuba melakukan teknik pergaduhan ataupun nama saintifiknya 'hikmat' ketika membuli adik kita. Ayuh kita saksikan sepuluh hikmat yang paling awesome di dalam komik kegemaran. Geek.

10) Hikmat Api Syurga Meragut Lalang

Komik: Alam Perwira
Pengamal: Ji Fat, Duke Ji Chang, Rahib Esa
Penjelasan: Teknik ini merupakan salah satu peringkat dalam Hikmat Alam Semesta. Nama dia pun dah awesome, mestilah masuk top ten aku kan. Aku tak tahulah apa nama sebenarnya dalam bahasa Kantonis/Mandarin, tapi translationnya ke bahasa Malaysia memang tak boleh belah. Hikmat ini mula dipamerkan oleh Duke Ji Chang dalam Alam Perwira episod 4 ketika sedang berlawan dengan rivalnya Marsyal Yau. Tapi dalam gambar di bawah dia tulis 'Api Syurga Membakar Padang' (tapi sudah ditukar kepada 'Meragut Lalang' dalam episod seterusnya). Gila semangat aku korek almari untuk mengambil gambar.


9) Hikmat Ruangan Wujian

Komik: Juara Wira
Pengamal: Tuan Wujian, Sang Helang
Penjelasan: Hikmat ini dicipta oleh Tuan Wujian, dan diturunkan kepada anak muridnya Sang Helang. Hikmat ini memang kool nak arwah. Tuan Wujian boleh 'memecahkan' badannya bagi mengelakkan serangan dan kemudian mencantumkannya kembali untuk membuat serangan balas. Mungkin ada guna teori space/time krisantimum. Eh.


8) Droura

Komik: Dragon Quest
Pengamal: Baran, Dai
Penjelasan: Ini merupakan hikmat terulung pahlawan Naga Baran. Hikmat ini memang dahsyat sekali kerana boleh memusnahkan sebuah negara. Baran hanya boleh mengaplikasikan teknik ini ketika berada di dalam penjelmaan Raksasa Naga. Anaknya Dai pula boleh suka hati keluarkan teknik ini tanpa transform terlebih dahulu. Kematian Baran menyebabkan aku mengalir air mata satu masa dahulu.

7) Sand Burial

Komik: Naruto
Pengamal: Gaara
Penjelasan: Gaara sebelum bertaubat memang samseng sekali. Semua orang dia hendak bunuh. Gara sentiasa dilindungi oleh pasir tapak pembinaan yang disimpan di dalam labu sayongnya. Salah satu hikmat pembunuhan Gaara yang kejam ialah Sand Burial di mana pasirnya menyelubungi mangsa sebelum menghantarnya ke Rahmatullah.



6) Sakanade

Komik: Bleach
Pengamal: Hirako Shinji
Penjelasan: Shinji merupakan salah seorang bekas kapten di Soul Society sebelum disumpah oleh Aizen Celaka menjadi makhluk dua alam yang dinamakan Vizard. Namun begitu Shinji mampu mengawal transformasi Vizardnya dan boleh sesuka hati transform tanpa perlu terjebak ke lembah kegelapan. Pedang atau Zanpakutou Shinji bernama Sakanade. Sakanade boleh memukau pihak lawan di mana segala apa yang dilakukan semuanya dalam keadaan terbalik. Kita nak jalan ke depan, terjalan kebelakang. Nak melompat jadi mencangkung, nak kencing terberak pula.


5) Edo Tensei

Komik: Naruto
Pengamal: Orochimaru, Kabuto
Penjelasan: Edo Tensei adalah satu teknik ninja yang haram. Tapi Orochimaru kan watak jahat dia mana kenal erti dosa dan pahala. Edo Tensei digunakan untuk memanggil manusia dari alam barzakh untuk dijadikan hamba. Orochimaru pernah menggunakan hikmat ini untuk 'menghidupkan' Hokage Satu dan Hokage Dua ketika berlawan dengan Hokage Tiga.


4) Rasen Shuriken

Komik: Naruto
Pengamal: Naruto
Penjelasan: Rasen Shurikan adalah hikmat yang gagah. Hikmat ini menggabungkan teknik Rasengan dengan elemen angin bagi membentuk hikmat kelas tinggi yang senang-senang sahaja boleh menewaskan ahli Akantare. Eh. Tapi hikmat ini memang meletihkan sampai kena bawak berubat kampung Naruto selepas sekali menggunakannya. Tetapi kini Naruto boleh lancarkannya sesuka hati setelah mempelajari ilmu Amfibia. Apa ni uols kenala up to date.


3) Jashin Curse

Komik: Naruto
Pengamal: Hidan
Penjelasan: Hidan adalah ahli Akatsuki yang gila tapi sentiasa ingatkan Tuhan. Hidan sentiasa awet muda dan di atas dasar itulah dia menggunakan hikmat vodoo nya di mana dia boleh mencucuk diri sendiri menyebabkan orang lain sakit. Kalau dia ceploit-ceploit, orang lain boleh inzal.


2) Medoroa

Komik: Dragon Quest
Pengamal: Pop, Matoriv
Penjelasan: Ilmu Serapah ini diajar oleh Matoriv kepada Pop. Ilmu ini dikatakan ilmu serapah yang terhebat sepanjang zaman. Menggabungkan hikmat api tertinggi Merazoma dan hikmat ais tertinggi Mahiado, maka terhasillah satu elemen baru dalam periodic table yang bisa menghakis apa sahaja.

1) Senbonzakura Kageyoshi

Komik: Bleach
Pengamal: Kuchiki Byakuya
Penjelasan: Byakuya adalah kapten yang paling kool sekali dalam Gotei 13. Dahla gagah, hensem pulak tu. Kalau aku ni gadis aku rela je diambil kesempatan olehnya. Tapi Byakuya tak akan buat begitu kerana dia seorang yang honorable. Beranila kau nak lawan dia nanti dia keluarkan dia punya 'Bankai', kau pasti tak boleh lari dan pasti kembali ke Rahmatullah. Yang ini kita kena tengok video sebab dia terlalu kool.



Gila random entri ini. Apa lagi hikmat yang kool?

Wednesday, June 23, 2010

Cara-Cara Alternatif Untuk Menggunakan Vuvuzela

Adakah anda menonton Piala Dunia? Jika anda menontonnya, anda pasti akan mendengar bunyi dengung wajibul ghunnah yang melebihi sepuluh harakat keluar di pembesar suara anda. Anda tidak akan mendengar bunyi sorakan bolasepak hooligans England, sebaliknya anda hanya dapat mengalami suasana seperti berada di dalam sarang lebah yang sangat besar. Bunyi yang anda dengar itu adalah bunyi yang keluar daripada sejenis alat muzik yang popular di Afrika Selatan yang dinamakan Vuvuzela.


'Ngeeeoggennnogggeeeebuuzznnggeee' adalah contoh lagu tradisional yang sering dimainkan di dalam stadium menggunakan Vuvuzela. Penggunaan Vuvuzela ini menjadi subjek kontroversi kerana bunyinya yang kuat menjejaskan kehidupan nelayan berdekatan kerana ikan lari tidak mahu makan umpan. Pendedahan kepada bunyi Vuvuzela dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kerosakan kepada gegendang dan salur separuh bulat telinga. Ada pihak mencadangkan penggunaan Vuvuzela ini diharamkan terus. Namun begitu, Vuvuzela dianggap sebagai tradisi kepada masyarakat tempatan di sana dan keunikan ini harus dikekalkan. Maka ada pihak yang berusaha untuk mengubah persepsi buruk masyarakat dengan menjadikan Vuvuzela sebagai gajet alternatif dalam kehidupan seharian. Ayuh kita lihat cara-cara alternatif untuk menggunakan Vuvuzela

1) Alat Mencari Pasangan

Jika anda selalu menonton Discovery Channel or at least menumpukan perhatian semasa guru anda mengajar subjek Sains, anda pasti tahu yang terdapat haiwan yang memikat pasangannya dengan menggunakan bunyi. Frekuensi tertentu yang keluar daripada Vuvuzela dikatakan dapat membuat kaum wanita berasa tidak tenteram sentiasa terbayangkan senyuman anda umpama terkena minyak dagu. Jika anda tidak mahu menggunakan teknik kotor itu, anda boleh mengambil jurusan Sains Vuvuzela di International College of Music (ICOM) dan belajar untuk mendendangkan lagu-lagu pop masa kini seperti lagu Justin Bieber ataupun Jay Sean menggunakan Vuvuzela. Gadis-gadis sukakan lelaki yang pandai bermain alat muzik tau.

2) Sumpit moden

Ada pihak yang cintakan alam sekitar menentang penggunaan sumpit khususnya di kawasan pedalaman di Sarawak kerana mereka mengganggap pemburuan menggunakan sumpit adalah kejam dan zalim. Bagi menutup mulut mereka ini, anda boleh memburu makanan tengahari anda dengan menggunakan Vuvuzela. Menggunakan fakta no 1 sebagai rujukan, anda tahu yang haiwan mudah tertarik dengan bunyi tertentu. Contohnya, setelah anda berjaya menarik perhatian kijang jantan membuatkan mereka berasa hendak mengawan, anda boleh meniupkan Vuvuzela itu sekuat hati sehingga mereka terkena serangan jantung lalu pengsan. Cepat-cepatlah sembelih haiwan itu kerana jika haiwan itu mati sebelum disembelih, haiwan itu akan menjadi bangkai dan haram dimakan.

3) Alat Perubatan Holistik

Jika anda masih ingat beberapa tahun lalu, TV3 pernah mendedahkan tentang rawatan alternatif Cakra Alam yang dipopularkan oleh Ustaz Arief. Dulu-dulu, kita semua terngaga kekaguman apabila kita melihat kehebatan Ustaz Arief menghidupkan lampu kalimantang dengan 'kuasa dalamannya'. Dia juga dapat menyedut kanser dan dosa daripada tubuh anda menggunakan testis ayam kampung, di mana apabila dipecahkan testis itu, keluarlah darah-darah kotor yang disedut.


Namun begitu, seorang ahli silap mata Eropah telah mendedahkan penipuan Ustaz Arief ini di sebuah rancangan hiburan Korea. Anda boleh lihat video kantoi tersebut di Youtube.

Setelah bergerak secara underground selama beberapa tahun akibat dipulaukan masyarakat setempat, Ustaz Arief kini dikatakan cuba membuat comeback dengan menggunakan Vuvuzela sebagai alat rawatannya. Menurut saksi yang baru lepas berubat dengannya, Ustaz Arief dikatakan mampu membunyikan Vuvuzela itu menggunakan teknik telepati dan tenaga dalamnya. Kemudian, dengan menekapkan Vuvuzela itu di perut pesakit, Ustaz Arief akan menyedut bakteria berbahaya menggunakan kuasa Cakra Putar Alamnya.

4) Alat untuk menghisap dadah

Ramai penagih dadah yang telah menggunakan Vuvuzela sebagai medium untuk mereka melepaskan gian. Struktur Vuvuzela yang unik memudahkan ganja digulung dan dibakar sebelum dihisap beramai-ramai ketika menonton Piala Dunia. Kadar khayalan yang terhasil adalah 30% lebih lama daripada rokok gulung yang biasa. Berikut adalah komen daripada Saiful Apek ketika ditahan reman:

"Haa haa haa harun salim bachikk! Ape kabar sumaaa? Haa haa saya beli Vuvuzela ni dekat Benji yang gitu-gitu tu. Dia siap ada bukak kilang memproses Vuvuzela lagi kat rumah dia. Huiii hisap ganja pakai Vuvuzela ni memang aserehe lah!"

5) Permainan video


Sekarang ni zaman permainan video. Terdapat banyak permainan video berasaskan muzik yang telah dicipta seperti siri Rock Band, Guitar Hero, Dj Hero dan yang terbaru, Vuvuzela Hero.


picture credit: http://blog.gaborit-d.com/vuvuzela-hero-legend-of-africa/

Akhir kata, majulah Vuvuzela untuk penduduk Afrika.

Tuesday, June 22, 2010

Kisah Hidup Kelly

Di rumah aku banyak kucing. Oleh sebab aku kesunyian tiada adik beradik lain, mama dan arwah abah aku membela kucing bagi mengisi slot adik beradik aku. Semasa zaman kegemilangan aku dulu, bilangan kucing yang dibela mencecah 40 ekor. Tapi sekarang hanya tinggal lebih kurang 20 ekor. Mana larat nak jaga banyak-banyak. Jaga kucing lebih lebih sudah daripada menjaga binatang peliharaan lain seperti ular dan tenggiling kerana kucing memerlukan tumpuan tanpa belah bahagi. Kita kena sentiasa membelai kucing (bukan secara seksual), mencari pasangan ketika mengawan serta mengkasikan mereka bagi mengawal populasi. Kucing-kucing aku semuanya Sang Juara yang pasti membawa pulang hadiah setiap kali bertanding. Namun dalam banyak-banyak kucing aku, kasih sayang aku berat sebelah kepada seekor kucing yang bernama Kelly Klarkson. Ayuh kita ikuti kisah hidup Kelly.

Kelly asalnya bukan dilahirkan oleh mana-mana sang juara di cattery kucing aku. Mengikut mama aku, pada kira-kira 9 tahun yang lalu, ada orang telah membuang seekor anak kucing betina di peti surat rumah aku, sama seperti kisah membuang bayi yang kita selalu baca di Harian Metro. Yelah mungkin mereka ingat rumah aku ni rumah kebajikan kucing suka hati je nak buang kucing. Namun begitu kami mengambil anak kucing itu dengan penuh rasa kasih sayang. Kami memberinya nama Kelly Klarkson, sempena nama seorang jaguh pecut wanita Amerika.

Semasa awal perkenalan, aku sangkakan Kelly ini seorang kucing yang ganas. Tapi dia memang ganas pun. Aku nak pegang sikit je dia gigit. Dalam filem Karate Kid lakonan Jackie Chan, ada scene meniru gaya pihak lawan untuk menguasai musuh. So aku pun menggigit kembali Kelly demi menundukkan sifat buasnya. Nampak sangat aku tipu sebab cerita Karate Kid Jackie Chan baru sahaja dirilis. Anyway, Kelly sebenarnya memang suka bergurau kasar. Walaupun dia suka menggigit, gigitannya itu tidaklah berbisa sekadar gigitan yang teman lelaki anda selalu buat terhadap anda ketika tiada orang di sekeliling.

Semakin lama, sifat bias aku terhadap Kelly semakin ketara. Hanya dia seorang sahaja yang tidak dikurung di dalam sangkar dan dibiarkan bebas. Kelly pandai berdikari tahu mencari jalan pulang dan tahu menangkap tupai. Kat Bangi banyak tupai entah berapa banyak yang sudah diburu Kelly. Buru je buat bergurau senda tapi tak makan pun. Kalau aku pergi kerja, Kelly akan melepak di rumah Auntie Jun dan melepaskan najis mutawasitoh di rumahnya. Kelly nampak saja aku balik, terus dia berlari-lari ke arah aku meminta perhatian.


Di waktu malam, aku kan meniduri Kelly. No wait, tidur dengan Kelly. Lihat sajalah aksi mengada-ngadanya yang tidur di atas katil aku. Kawan aku yang manusia macam Fandi pun aku tak kasi naik kat katil aku tau.


Makan pula nak yang mewah sahaja. Kucing lain makan makanan kering, Kelly aku belikan makanan basah (soft food). Kalau makanan manusia tak habis, aku bagi Kelly selesaikan juga seperti ayam yang digoreng aku tetapi mentah.


Tetapi lama kelamaan, Kelly menjadi semakin liar. Dia hanya balik rumah sekali-sekala, mungkin kerana pengaruh kucing sebaya lain. Lepastu asyik berak di halaman dan di rumah jiran sahaja. Oh tahukah korang yang tahi kucing tak sesuai dibuat baja, tetapi jika dikumpul dan dikeringkan selama 24 jam, tahi kering itu boleh dijadikan snek ringan? (fakta khurafat). Oleh sebab keliarannya itulah kami membuat keputusan untuk kembali mengurungnya.


Hari-berganti hari, minggu berganti minggu, aku sudah kurang melawat Kelly dan kucing-kucing lain di dalam kandang kucing kerana kesibukan bekerja. Lagipun di waktu itu aku ada bibik kucing yang menguruskan hal makanan dan tahi kucing aku. So memang lagilah tak melawat kan. Tapi last-last, bibik aku pulak buat perangai asyik tak datang bertugas walaupun kami membayar dengan kadar yang penuh. Mama aku hantar satu SMS menegur manja terus dia taknak datang marajuk macam barbie. Maka dengan tak rela aku kembali bertugas menukar lampin kucing.

Satu perkara yang aku perasan ialah sikap dingin Kelly yang kini membuat acuh tak acuh dengan kehadiran aku. Aku rasuah makan kegemaran dia pun dia taknak. Mungkin dia merajuk sebab dah kembali dikurung. Mungkin dia merajuk sebab tak dapat tidur dengan aku. Semakin lama aku tengok dia semakin lemah dan letih macam Dazu. Jauh di sudut hati aku rasa bersalah sangat kerana mungkin dia jadi begitu sebab aku.

You can always tell when something is going to happen to your cat. We took her inside as she was very weak. She would not eat anything and looked very thin. We could not take her to the vet as the doctor was not available that night. I took a picture of her, it was very.....sad.


She died on my birthday.

Where do cats go when they die?

Monday, June 21, 2010

Testismonial

Seperti yang aku janjikan, selama satu bulan ini aku akan membuat kalian menyampah dengan hasil penulisan aku dengan membuat entri-entri berunsurkan diri sendiri. Eh tunggu, aku memang hari-hari buat entri memuji diri sendiri dan mengeji orang lain pun. Selalu kalau entri hari jadi kawan aku, aku pasti akan mendedahkan sifat mazmumah dan mahmudah mereka. Well selalunya nisbah kutukan akan melebihi pujian. Maka sempena hari jadi aku ini, rakan-rakan aku yang diketuai oleh Ahmad Shuhud telah telah menggembleng tenaga untuk mendedahkan kisah-kisah hitam aku di Fesbuk mahupun laman blog. Ayuh kita saksikan testismonial keji yang diexaggerate dan mungkin ditokok tambah terhadap aku.

(thread ini diambil di Fesbuk tanpa sebarang modifikasi)

Shuhud Zakaria

sebagai hadiah di hari jadi kau yang ke-26,mari kita rakan2 bangi,mendedahkan kisah2 aib jejaka yang bernama mohd faizal bin rosly..haha

kalau makan di mcD,ijai hanya akan beli beefburger yg paling murah 2 ketul,air dia pau je air rakan2 lain..sangat kedekut..haha..

ijai pernah tumpahkan air kat rumah seri mastura time raye..lepas tu suruh aku tutup mulut..aku rase sampai ari ni seri tak tau ijai lap air sirap tu gune kain alas meja..haha


Adam Johari

haha. jom. cis... banyak la plak yang ijai dah pernah dedahkan kat blog die. kene ingat bende yang tak ditulis lagi.

baiklah. dulu ijai pernah trap aku macam sial. time kitorang masih single ijai kononnye nak bertukar rahsia ngan aku. aku akan bagitau die sape yang aku suka dulu... pastu die 'berjanji' nak bagitau aku sape yang die suka balik. ... akibat percaya kat ijai, aku yang begitu tulus bagitau die sape aku suka kat dalam skolah. pastu ade ke die boleh reply die suke geri halliwell. arghhhh. gile bengkek aku time tu. walaupun ijai tak mendedahkan rahsia aku, tapi die slalu akan bagi aku pandangan aneh bile aku tengok pompuan tu.

Khairul Afandi

Slmt hr lahir faizal..baju koyak rabak ko mst ade lagi kan..pakai mlm2 haha..sungguh kdekut jugak ahaks..


Anas Mustafah

ijai hepi besday.. aku pun taktau apa nak keji..

tp dulu2, masa dajah 5, ijai terpengaruh dgn cerita "Kisah Juvana" lalu mengambil nama samaran Panarol/Panadol.. nama tu digunakan dlm penyiaran komik atas buku no.7, pelukisnya adalah Ijai,Zuhri dan Aku..

Dan ijai kerana rakus dan haloba, menyewakan komik lukisan kami kepada rakan sekelas dgn caj 20sen sekali baca..

owh, ijai jugak dulu menjual air ribena dlm botol coca-cola yg dibekukan kepada anak2 org kaya dengan harga seringgit sebotol.. duit tak berkat sbb tu sekarang pakai baju koyak rabak dimamah tikus..

Amir Mizah

Faizal dulu suka berpillow talk psl gadis smpi mnangis teresak2...woo...
Maen FM dgn aku dah la sering kalah, lepas tu mahu berjudi pula sape top goalscorer...dahla naekkan keeper aku waktu aku lalai n alpa...seb baik FM skrg xle naik keeper


Shuhud Zakaria

adegan ni berlaku di kantin smkj3...
ijai seperti biase suke kacau org tengah makan..
dari jauh ijai dah nampak kelibat lelaki tinggi,tegap,bersongkok tengak mkan karipap..ni mesti ayob bisik hati kecil ijai..tetibe idea nak menyergah ayob dari belakang berlegar2 dlm kotak pemikiran ijai...

ijai: warrrgh....ayob...jijik..jijik...kau makan makanan jijik...sos tu mcm darah..jijik.....

sekali berderau darah ijai bile lelaki tersebut berpaling ke arahnya..dan dia bukan ayob..

brader brsongkok: kau apehal??sawan air ke ape kau ni??

ijai: alamak,salah orang la..sori2..aku ingat mmber aku..sori..nah amik la karipap aku sebagai ganti..

nasib baik brader tu tak tomoi ijai di tempat kejadian..haha..sekian..


Amir Mizah

Ijai mase kanak2 dulu slalu smayang terawih. Tp sebelum smayang terawih kene la smayang isya'. Tapi ijai rakaat kedua smayang isya' da bg salam n hasut aku lepak dirumah die. Jawapan die ni solat sunat dowh 2rakaat da cukup. Dah la pantang nmpk pakcik aneh kat surau, ade saja nama timangan yg diberikan...pakcik konan la...pakcik zezeban...pakcik voltron la....n xlupe juga pakcik tebu bisu....ekk..ukkk...ukkk...air tebu 1...

Dulu ijai ade basikal kaler kuning...die claim basikal tuh hebat bole2 lipat2 jadi robot...akhirnya keangkuhannya terlerai bersama basikal td selepas basikal tersebut musnah digilis sebuah kereta yg sedang reverse tanpa melihat rear mirror...


Mohd Dazrul Syariz Sabardin


Selamat Hari Jadi Faizal!

aku xde idea lak utk mengeji ni aduhai...tp kalau memori aku x salah, time form 2 ijai duduk sblh aku. pastu ade 2 gadis kat depan kami (aku x ingat sape). Ade one time faizal cube mengajar aku menyanyi lagu Greenday Good Riddance (Time of your life) dgn cara yg betul dgn harapan gadis2 di hadapan mendengar nyanyiannya lantas memuji2 hahaha


Sekali lagi aku hendak tekankan yang testismonial-testismonial di atas mungkin sekadar fitnah mereka. Jika anda pun mahu memberi testismonial mengeji mahupun memuji, silakan. Tetapi ingat, apabila tiba hari jadi kalian pasti aku akan fitnah kembali dengan imbauan nostalgia yang mengaibkan kalian semua.

Kesempatan ini juga digunakan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan baik yang membuat dedicated entry di laman blog masing-masing sempena hari jadi aku. Uols memang sweet and salty. Sila layari laman blog kool ini:

Adam:
http://bigoobs.blogspot.com/2010/06/selamat-hari-jadi-ijai.html

Eleanor Ezura:
http://pink-peppermint.blogspot.com/2010/06/25th-and-26th.html

Aqilah Hasan:
http://lalamannola.blogspot.com/2010/06/happy-birthday-ijai.html

Aku juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua orang yang telah menyampaikan ucapan hari jadi tak kiralah di blog, Fesbuk, millatfesbuk (ok yang ni tipu), SMS, call, telegram dan tak kiralah apa-apa medium sekalipun. I really do appreciate it. Kita sudahi entri ini dengan bacaan dengan gaya perbincangan ikhlas peminat fanatik. Memang kembang kempis ah pusat aku menahan sifat bongkak pabila menjadi bahan gosip liar (klik untuk tumbesaran):


i lap uols. uols lap me tak?

Sunday, June 20, 2010

Parti Sopan Ijaicool

Mengikut adat istiadat orang Bangi, sambutan hari jadi disambut sebulan seperti Hari Raya. Maka selama satu bulan, anda akan dihidangkan dengan entri-entri berkisarkan tentang diri aku sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum dan perasaan pembaca. Aku mengambil cuti pada hari jadi aku bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap diri dan untuk memastikan orang lain memberi perhatian penuh terhadap aku juga. Apa yang tidak dirancang adalah sebuah parti separa liar yang dianjurkan oleh Team Bangi. Apai yang disyaki tidak solat Jumaat telah menghantar mesej yang dia akan mensponsor ayam goreng berkolestrol untuk parti hari jadi aku. Jamil selaku penganjur parti pula berjanji untuk menyediakan kek istimewa. Semuanya last minit, so maaflah tak dapat nak jemput anda semua (hii hii) dan ramai ahli Team Bangi yang tidak dapat menghadirkan diri juga. Parti ini memang sopan kerana kerana dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, tiada penari bogel berkulit hitam dan tiada minuman keras yang dihidangkan. Ayuh kita lihat gambar-gambar menutup aurat di majlis jamuan ringan saya.

Aku sangkakan mereka ikhlas untuk menyambut hari jadi aku, rupa-rupanya mereka ada agenda tersembunyi. Tanpa mengucapkan selamat hari jadi terhadap aku terlebih dahulu, isteri Anas, Zaahirah atau nama glemernya Zack dengan tenang mengeluarkan katalog kainnya dan membuka gerai kecil di ruang tamu rumah aku. Evi (isteri Jamil) menjadi mangsa pertamanya sebelum menggunakan ayat-ayat berunsur ketuhanan untuk memujuk mama aku membeli kain jualannya. Cis cis.


Akibat gadis-gadis membuat bising menawar harga kain, Aryan (anak Anas) terjaga dari tidur. Tetapi Aryan ialah seorang bayi yang baik dan tidak mudah meragam. Lihat saja kecomelannya itu rasa macam nak kunyah kan? Mungkin dia dapat trait-trait itu daripada pakciknya Faizal.


Ini adalah kek Cis yang dibeli oleh Jamil & Evi. Dia kata abang Resipi Rahsia itu hanya tergelak-gelak dan tidak mengambil serius ketika mereka menyuruhnya menulis nama 'ijaicool'. Apahal kau brader nak bersengketa dengan aku ke hah?


Oleh kerana Shuhud (Abe) ada temujanji dengan adiknya untuk menonton Toy Story 3, ditambah pula dengan perut masing-masing yang sudah berbunyi, kami terus skip ke part tiup lilin tanpa menunggu Apai yang menjanjikan KFC dan Fandi yang tidak menjanjikan apa-apa. Dalam wish hari jadi aku, aku wish korang semua gembira di samping keluarga yang tercinta. Serius tak tipu.


Ketika aku sedang mengambil gambar secara rawak, tiba-tiba Zack ketawa terkekek-kekek dan mulutnya terkumat-kamit seorang diri bagaikan terkena mandrem. Matanya tiba-tiba menjadi seperti The Undertaker ahli gusti WWE mungkin kerana gembira dengan keuntungan yang diperolehi hasil jualan kainnya malam itu. Okla sebab aku dah berjenaka tentang gambar kau, aku nak iklankanlah jugak kain kau. Siapa yang mahu membeli kain 'creed'(aku tatau nama betul dia) yang diimport dari Terengganu, anda boleh menghubungi Zack. Serius murah doo boleh buat baju raya. Hee hee.


Akhirnya Apai tiba bersama Mizah dan anak mereka Akif membawa bantuan kemanusiaan yang dijanjikan. Tetapi sebelum membaham Kelantan Fried Chicken (kitorang boikot Kentucky Fried Chicken), mata kami tertumpu dengan skill kebapaan Apai. Ternyata sikap bapa moden sekarang memang tidak tahu untuk menukar lampin anak. Apai hanya mampu memberi sokongan moral sambil menahan diri dibebel Mizah.


Fandi akhirnya tiba dengan perut yang boroi tetapi kosong serta tidak membawa apa-apa hadiah. Datang terus makan tak baca Bismillah. Nasib baik dia sudah menjanjikan aku khidmat full body massage malam karang. Anda boleh interpret ayat sebelum ini mengikut kehendak anda.


Parti sopan disudahi dengan tangisan kegembiraan daripada aku di atas kesudian rakan-rakan Bangi menganjurkan parti sopan ini walaupun semuanya last minit. I love you guys will all my heart. Seriously, aku rela ditiduri korang di saat-saat darurat. Terima kasih kerana menjadi teman dunia dan akhirat aku walaupun aku sering mengeji korang. Esok aku akan buat entri mengeji diri sendiri sempena hari jadi aku ok?


Anda boleh stalk lebih banyak gambar di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=188089&id=628280825&l=24956467b1


Friday, June 18, 2010

Sila Gunakan Entri Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Hari Jadi

Sudah. Jangan kau orang buat-buat hilang ingatan. Aku tahu korang memang ternanti-nantikan tarikh 18/6 ini sejak tahun lepas lagi. Aku tahu kalian telah sudah set reminder di telefon bimbit, diari, dan yang lebih ekstrim siap buat tatu kat dada lagi bagi memberi peringatan yang hari ini 18/6 merupakan hari jadi ijaicool. Sebagaimana yang korang tahu, aku memang tiada perasaan malu, bersifat narcissist dan cintakan diri sendiri, maka di atas sebab-sebab tersebut aku demand ucapan hari jadi bagi setiap manusia yang membaca entri ini. Jika aku ada 167 peminat fanatik, maka aku expect 167 ucapan hari jadi dengan penuh keikhlasan daripada anda semua. Bagi memastikan tiada yang terlepas daripada memberi ucapan, aku akan listkan nama-nama korang.

Team Bangi:

1) Adam & Shikin
2) Anas & Zaahirah
3) Jamil & Evi
4) Apai & Mizah
5) Ahmad Shuhud & Akak Abe
6) Khairul Afandi
7) Mohd Dazrul
8) Nurhisyam
9) Zul & Ikram
10) zati & ikmar walaupun korang tak duduk bangi tapi sekalilah

Team Uniten:

1) Tengku Eleanor Ezura
2) Zahrul & Awin
3) Tamir & Mohd Nazmin
4) Aqilah Hasan
5) Epul & Dol
6) Fandy & Hasanah
7) Nurul Huda
8) Nazliah Musa
9) Chua Shi Yun
10) Diyana Yunus
11) Dalila Hamdan
12) Lebai
13) Hazezy
14) Arel Nazri Alie Jake alah korang bukan baca blog aku pun

Team mencari rezeki:

1) Syed Muaz dan Nurul Iza
2) Muhammad Faisal Habeeb
3) Nizam dan Liza
4) Prakash Karunamuti
5) Paramjit Singh
6) Adam Phong
7) Jayakumaran Thangaiah
8) Calvin Loi Hui Meng
9) Clifford Sanjeevi
10) Ahmad Hafez
11) Komathi Balasubramaniam
12) Fauzi Rentah
13) Andrew Chan Wai Jien
14) Chin Kah Wei
15) Kunal Kukreja
16) Jabez Jeyaraj
17) Shadatul Shima
18) Cikinto
19) Mohd Fitri Husin
20) Sagunthalai Murugesan
21) Susan Abraham
22) Yew Sook Fun
23) Gabby

Peminat-peminat fanatik aku, stalker-stalker, ex boyfriends, serta rakan-rakan alam maya yang melink aku di blog korang, jangan ingat korang boleh terlepas. Mungkin inilah masanya untuk kita berinteraksi. Terima kasihla kerana membaca blog aku walaupun kita ni tiada pertalian darah, tapi kali ini korang harus meninggalkan ucapan sekali. Sila klik Read More sebab nama korang takkan aku miss. Aku siap apply cuti lagi agar aku dapat menyusahkan korang.

Team ijaicool (mengikut kronologi):

1) Zihan Naszeri - blog sudah ditutup
2) Ajis - http://venixstudio.blogspot.com/
3) Huzaifa Zahri - http://themeaningoflife88.blogspot.com/
4) Naqqib - http://shogunnchronicles.blogspot.com/
5) Hanie Dew - http://haniealie.blogspot.com/
6) Enulwanie - http://enulwanie.blogspot.com/
7) [A.t.i.n] - http://atienexostra.blogspot.com/
8) Farid - http://faridazizann.blogspot.com/
9) Lynda Ezumi - http://ezumidoraemon.blogspot.com/
10) Tedi - http://myqza.blogspot.com/
11) Miss N - http://lifeofthehappyhearts.blogspot.com/
12) Syahida - http://rosebaatique.blogspot.com/
13) Cik Niena - http://kopiiookurangmanis.blogspot.com/
14) akugunakanta -http://akufragile.blogspot.com/
15) non emotional - http://www.warisanwanitaterakhir.blogspot.com/
16) Sya Yusof - http://syayusof.blogspot.com/
17) Kame - http://lekleksudah.blogspot.com/
18) Melyssa Nadea - gagal menemui blog
19) Yani Yusof - http://chillcha.blogspot.com/
20) Mira - http://www.miranew.blogspot.com/
21) Wan Nur Shazwani - http://littlebunnyinthecity.blogspot.com/
22) adriana elisa roslan - gagal menemui blog
23) Mohd Hazri Abu Bakar - http://dragonail.blogspot.com/
24) alyaanajwa - http://alyaanajwa.blogspot.com/
25) .haminun. - http://twenty5seven.blogspot.com/
26) nAz- http://sayapunyeblog.blogspot.com/
27) iffat - http://babelbedal.blogspot.com/
28) ctnsarah - gagal menemui blog
29) Aizat Arief- http://aizatarief.blogspot.com/
30) lia - gagal menemui blog
31) miNt- gagal menemui blog
32) Cik Adik Manis - gagal menemui blog
33) LaLaLOLa - http://adilasrie.blogspot.com/
34) Pakcik Ery Is Me - kau dah tak plagiat blog aku kan? haa haa
35) syafawati - http://syafawatihidayah.blogspot.com/
36) rafiqa - http://rafiqa-rafiqa.blogspot.com/
37) kak jana - http://najidfamily.blogspot.com/
38) [z@ck] - http://zacksygfaiz.blogspot.com/
39) Alia Liverpool - http://alialiverpool.blogspot.com/
40) rezan - http://profwacko.blogspot.com/
41) helena - gagal menemui blog
42) Saya Iszee - http://ceriasangiszee.blogspot.com/
43) Wani Esmail - http://waniesmail.blogspot.com/
44) nurul - http://nurulain8888.blogspot.com/
45) nanafarhanah - http://kataklompattinggi.blogspot.com/
46) Rahim Hashim & Hani Agmi - http://rahim-hashim.blogspot.com/ (hoit sudah melakukan hubungan suami isteri!)
47) HageNana - gagal menemui blog
48) Acute Critique - http://acutecritique.blogspot.com/ (calvin loi's?)
49) ina - http://fsakinah.blogspot.com/
50) atie zul / anis / faramira/ nur soleha ahmad /et / diana misri. Apasal aku dapat rasakan yang korang ni satu geng?
51) Najmuddin Wan - gagal menemui blog
52) wana aizwa - gagal menemui blog
53) Spunky Sally - mama shima kan?
54) azira - gagal menemui blog
55) Abe Watanabe - http://cyanide-abe.blogspot.com/ (kau dan megan musang orang yang sama kah?)
56) Aina Hazuani - http://ainahazuani.blogspot.com/
57) Eyeda - http://eyedalicious.blogspot.com/
58) farah nur ain - http://farahnurain.blogspot.com/
59) Cahaya Hati - gagal menemui blog
60) Razak Aziz - http://tiadabertajuk.blogspot.com/
61) umiazura - http://umiazura.blogspot.com/
62) anakmatnawi - http://anakmatnawi.blogspot.com/
63) nurul syahieza - http://warnahaticeja.blogspot.com/
64) teri - http://terikacak.blogspot.com/
64) Fabulous.Farah - http://maghfarah.blogspot.com/
65) farahdiana - http://farahdianaariffin.blogspot.com/
66) Eleen Rosemary - http://theseisgaysite.blogspot.com/
67) Yusuf Mujahidin - http://kakikubangkumu.blogspot.com/
66) ♥ Saccharomyces Cerevisiae ♥ - http://pineappleplusdethorns.blogspot.com/
67) ~ ( LayDee_N ) ~ http://endless5582.blogspot.com/
68) r.e.e.n - http://reenslittleblackblog.blogspot.com/
69) astute_minx
70) ungu violet
71) Syahirah~ - http://cuppycake90.blogspot.com/
72) norez
73) Beela RC - http://umbrella-ocean.blogspot.com/
74) Cik Faridah Huda - http://hudagurl84.blogspot.com/
75) @rin @hamad - http://arinahamad.blogspot.com/
76) nabil - http://defusalkit.blogspot.com/
77) Clarky Afif - http://ubikentangsofa.blogspot.com/
78) O Ena O - http://enasong7.blogspot.com/
79) suaidah - http://kupasrah.blogspot.com/
80) mimie - http://mimie-omx.blogspot.com/
81) MiErA
82) nurul
83) DingDong - http://finding-sora-kanpeki.blogspot.com/
84) nfk
85) qq.luna - http://wonderluna.blogspot.com/
86) Ikhsan
87) nabilah - http://nabilahhalimi.blogspot.com/
88) Mas Rahman - http://sweetestsalt.blogspot.com/
89) xoul - http://xoulzul.blogspot.com/
90) arch -t - http://arch-t.blogspot.com/
91) +w+i+n+k+ - http://winktowink.blogspot.com/
92) fidahchomell
93) indahnyasangsuria - http://indahnyasangsuria.blogspot.com/
94) cik eika moreleque
95) asmoham - http://lebahputih.blogspot.com/
96) Frodo Baggins - http://breakingtherulez.blogspot.com/
97) Roslan
98) Rizal Jabai - http://ijaicakapdengar.blogspot.com/
99) chikleen
100) khairul_bariyyah - http://diaribudakcomot.blogspot.com/
101) otak ketat - http://kesahati.blogspot.com/
102) nabila - http://www.nhudaizone.blogspot.com/
103) aisya
104) Nudinsenin - http://nudinsenin.blogspot.com/
105) peyrockgirl81
106) lia
107) Asyraf Ridzuan - http://perantauwarrior.blogspot.com/
108) iraa bibeh
109) Dikna - http://ezadikna.blogspot.com/
110) mera
111) Abe Annahl
112) joshee - http://jowshe.blogspot.com/
113) mimiey norman - http://dupdaphati.blogspot.com/
114) lyienda - http://pipikirikumalu.blogspot.com/
115) Pu3seroja - http://pu3seroja.blogspot.com/
116) UnGu ViOLeT - http://ilakamila.blogspot.com/
117) Cik Zoe - http://zoeitukehidupan.blogspot.com/
118) Afiqah Azlee
119) Nona Nadzirah
120) ini-mimie - http://aku-buddies.blogspot.com/
121) amar - http://pageamar.blogspot.com/
122) Fana Flora - http://fanaflora.blogspot.com/
123) shizu - http://cruelgurlz.blogspot.com
124) Ir.Ladybird - http://fightcar.blogspot.com/
125) myieda - http://dyadinda.blogspot.com/
126) sHiDa - http://blogshida.blogspot.com/
127) mijie - http://mijie.blogspot.com/
128) Nadia Zul - http://nadiazul.blogspot.com
129) Cactus Melon - http://cactusmelon.blogspot.com
130) E - http://etheren.blogspot.com
131) Cik Tari - http://ciktari.blogspot.com
132) Adik Naqqib - http://necklace-against-stethoscope.blogspot.com/
133) Nuriman - http://nuriman.wordpress.com/
134) Izzatul Nadhirah Esa - http://thebloodykeyboard.blogspot.com/
135) Haziq Zainal - http://haziqzainal-ajid.blogspot.com/
136) Aishah Fauzi - http://aishahfs46.blogspot.com/
137) farhanasyazwani - http://marimaintengteng.blogspot.com/
138) sesuci@pagi - selokalara.blogspot.com
139) ~LiiNDaa~ http://xpressurmusic-linda.blogspot.com/
140) deeb - http://smile-deeb.blogspot.com/
141) Maz - http://radiosartistic.blogspot.com/
142) Daniel Salehuddin - http://kataotak.blogspot.com/
143) mohammad shafiq bin mansor - http://mohammadshafiqmansor.blogspot.com/
144) Dayangku, Brunei Darussalam.
145) Anonimes yang belajar kat US tu
146) Anon suwit dan kawannya
147) coolness
148) nana
149) Wirda & Arjuna - http://ceriterakasih.blogspot.com/
150) Kucing hitam
151) Finaz
152) Eliza Sherwany Ahmad dan adiknya
153) Kusha
154) Hanis Zalikha

Ada lagi tak yang aku tertinggal? Walaupun nama korang tiada, tetapi jika korang baca entri ini, maka wajiblah ditinggalkan ucapan kerana blog aku ni blog berantai malang nasib korang jika tidak menurut kehendak aku. Silalah ambil inisiatif sendiri memberi ucapan dan nyanyian. Aku mudah lupa sudah tua sudah dua puluh enam.

Thank you in advance. I lap u all.

Parti liar kawan-kawan?

Wednesday, June 16, 2010

My First Job

Bagi mereka yang klik tajuk ini mengharapkan ada cerita tidak senonoh yang dilakonkan oleh aku, maaf aku terpaksa remukkan syahwat kalian. Ini bukan salah satu episod dalam siri Naughty America. Sebaliknya, aku ingin berceramah tentang pekerjaan pertama aku. Aku rasa semua orang ada pengalaman membuat kerja part time semasa cuti sekolah ataupun selepas dibuang sekolah bukan? Tahun 2001, aku baru tamat peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Sewaktu itu aku dan Apai (Amir Rashidi) hari-hari menjadi zombie tidur di waktu siang dan berjaga di waktu malam bermain Championship Manager sehingga azan Subuh tapi tak solat Subuh. Mama aku menjadi runsing dengan perangai kami ini lalu menyuruh kami keluar rumah untuk melihat keindahan duniawi. Aku dan Apai pun tiba-tiba mendapat hidayah untuk menjadi insan yang lebih berguna sementara menanti keputusan SPM. Kita ikuti perbualan aku dan Apai yang mungkin ditokok tambah ini:

Apai: Jai takkan kita hari-hari nak macam ni doo. Bangun pukul 2 lepas tu terus lapar cari nasik. Mandi pun tidak.

Aku: Tu ah aku ingat kita kena cari kerja part time ah. Tapi siapa nak hire kita orang tengok kita macam anak terbiar je.

Apai: Kita jadi pekerja seks nak hak hak hak

Aku: Haa haa siapa nak langgan kau Pai badan kerempeng tiada otot janggut secopot hilang nafsu mak datin.

Apai: Ok ok serius doo. Kita kerja kat kedai makan nak?

Aku: Ok gak. Esok kita start cari. Ayuhhh!!!

Ayuh kita ikuti perjalanan kami mencari kerja bagi mendapatkan rezeki yang halal.

Setelah satu minggu berlalu, barulah kami keluar mencari kerja. Masing-masing tiada lesen dan tiada kenderaan, so kami hanya berjalan kaki dari rumah aku menuju ke Fasa 4 tambahan Bandar Baru Bangi kerana di situ banyak kedai makan. Kami mulakan dengan Restoran Impian Maju, tetapi mereka memang racist kerana hanya mahu hire Abe walaupun Abe tak turut serta. Di belakang Impian Maju, ada Restoran Yus. Eh dah ada ke Restoran Yus masa ini? Apapun diorang tetap menunjal dahi kami menyuruh kami berambus kerana mereka hanya akan hire orang macam Fandi. Aihh. Kami tidak berputus asa. Kami melintas jalan menuju ke seberang untuk menagih simpati di Restoran Hassan. Resume kami dikoyakkan begitu sahaja. Sudah hampir putus asa ni.

Restoran terakhir, Restoran Kelisa. Kami jenguk ke dalam, tiada orang. Hanya ada pakcik yang sedang baring mencuri tulang. Kami tanya kat sorang akak ni tentang jika ada kekosongan untuk jawatan kuli kedai. Akak tu suruh tanya Bos yang baring tadi. Kami pun kejutla pakcik tu sambil menyatakan niat suci kami. Pakcik tu orang Indon, tapi dia tak banyak soal tanya kami sekolah kat mana dan terus suruh kami datang bekerja selang beberapa hari. Tuhan sahaja yang tahu kegembiraan kami lalu kami bertiga berpelukan sambil mengucapkan kalimah kesyukuran. Oh by the way, gambar di bawah bukanlah Restoran Kelisa tempat kami bekerja. Ini cawangan dekat depan Masjid Hasanah Bangi tu. Malasla aku nak keluar ambil gambar lokasi sebenar malam-malam ni kan.



Hari Pertama

Wooohoooo first day on our first real job! Kami dapat syif malam. Kami punch card selepas Maghrib dan tamat bekerja apabila semua orang telah balik. Hari pertama memang kami struggle. Pakcik tu dahla tak bagi training dia hanya bagi buku nota dan sebatang pen sahaja. Kami ditugaskan mengambil pesanan daripada pelanggan. Kali pertama minta berhadapan dengan pelanggan memang darah gumuruh ah. Hari pertama aku dah kena tempik sebab minta pelanggan ulang pesanan sebab aku tak dengar. Apai pula kena tempik dengan tukang masak sebab tulisan dia lawa sangat. Lawa sangat ada bulat-bulat ropol-ropol sampai tukang masak tak faham apa yang dipesan. Hari pertama kami tidak diberi makan. Satu badan sudah letih tiada masa untuk duduk. Pukul 2 pagi barulah restoran tutup. Pakcik Indon panggil kami, "Nah, hasil kerjain...."

RM 15 berada di dalam tangan. Air mata kegembiraan berlinangan....tiada apa yang lebih bermakna daripada mengecapi nikmat hasil daripada titik peluh ketiak kita sendiri...tapi balik jalan kaki malam-malam seram doo.

Hari Kedua


Kami rasa kami pengalaman hari pertama banyak mengajar kami. Semua pesanan pelanggan kini ditulis dalam 'short form' seperti N.G.B untuk Nasi Goreng Babi eh Belacan. Hari ini kami berkenalan dengan abang Tukang Masak. Dia cerita yang dia berasal dari Kelantan dan gaji dia ialah RM60 ringgit sehari. Huii masyuk tuh. Dia memang handal membuat masakan ala-ala Thailand dan kami disaji dengan telur bungkus. Itupun sebab tiada pelanggan claim. Rasa pantas sahaja hari kedua berlalu mungkin sebab kami rajin bekerja. Kali ini kami paksa akak Apai untuk ambil kami.

Hari Ketiga

Kami sudah mula mengenali pelanggan-pelanggan tetap di situ. Ada sorang pakcik regular ni cuba menguji Apai dengan memesan Barlie Ais walaupun tiada di dalam menu. Apai sekadar menulis sahaja pesanannya dan memberi kepada tukang buat air. Kemudian Apai terpaksa memberi berita buruk yang air itu tidak wujud sebelum ditempelak oleh Pakcik tadi. "KAU JANGAN NAK BERLAGAK YE AKU DAH 6 BULAN MINUM KAT SINI OK!" Apahal kau pakcik emo. Hari itu ada perlawanan Champions League so dekat pukul 4 baru kami boleh pulang...ahhhhhh

Hari Keempat

Hari ini memang produktif. Kami kini mengambil pesanan menggunakan kuasa minda Cakra Alam tanpa susah-susah nak tulis atas kertas. Maklumlah waiter senior la katakan. Ramai watak-watak yang dikenali singgah makan di Restoran Kelisa pada hari itu. Rakan sekolah semuanya menggelakkan kami tanpa menyedari yang kami lebih kaya daripada mereka. Acik Peluh pun datang makan kat situ beb dengan famili dia walaupun dia tak bagi anak dia order roti canai lebih. The ultimate celebrity yang dalam membaham pada malam itu ialah abah Adam iaitu Encik Johari. Abah adam datang tanpa emak Adam, sekaligus menyebabkan aku dan Apai menyebarkan spekulasi yang bukan-bukan kepada rakan-rakan lain pada keesokan harinya. Maklumlah masih tak matang.

Hari Kelima

Kami memang tidak sabar-sabar untuk datang kerja hari ini. Setelah solat Maghrib berjemaah di surau Al-Kauthar, kami memulakan kerja dengan senyuman. Setakat nak suruh kira tu, tengok sisa di pinggan pun kami boleh tahu jumpa harga makanan mereka. TIBA-TIBA.....kelihatan beberapa orang yang memakai vest kalis peluru dan membawa fail turun dari sebuah van. Aku dapat dengar bos aku mengeluh waduh waduh. Rupa-rupanya mereka dari jabatan kesihatan membuat spot check. Bos kami cuba menyogok mereka dengan Fresh Orange namun mereka tak usik sedikit pun. Tapi ni aku nak jadi whistleblower, memang restoran itu kurang bersih. Ada sekali tu aku nampak tikus sedang beristirehat di dapur. So seperti yang dijangka, Restoran Kelisa terpaksa dikuarantin until futher notice. Aku dan Apai memang speechless. Setelah mengemas kedai, kami pergi jumpa Bos dan ambil gaji.

Aku dan Apai: So pakcik kami ni macamana?
Pakcik: Waduhh engkau tak sekolah ke? Pergi sekolah la

Luruh hati kami mendengar kenyataannya itu. Kesian aku tengok pakcik tu tampal notis 'KEDAI RIPAIR'. Aku rasa dia cuba eja 'Repair' kot. Pekerjaan kami hanya bertahan selama 5 hari. RM15 x 5 = RM 75. Banyaklah tu boleh beli kasut but Patrick. Kehidupan kami seperti Zombie diteruskan kembali.

Korang pernah ada kerja sambilan tak dahulu? Ayuh kita kongsi dan kemudian gelakkan bersama-sama.

Tuesday, June 15, 2010

Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook #2


Entri ini adalah entri lanjutan daripada episod satu. Semua orang ada akaun Facebook. Siapa yang mengaku tak ada Facebook adalah umpama seorang lelaki Melayu yang mengaku masih tidak bersunat walaupun sudah tingkatan 3. At least korang ada satu akaun Facebook rahsia untuk melihat gambar-gambar yang aku post di sana. Memang stalker bersiri kalian ini. Di sini aku ingin menambah beberapa perkara yang harus dihindari di Facebook demi menjaga kemaslahatan umat. Ayat nak gempak tapi aku tak tahu apa maksud kemaslahatan sebenarnya. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang boleh membuat orang lain hangin di Facebook.

1) Jangan ucapkan Selamat Malam di Facebook

Jika satu malam kau dah buat, maka setiap malam pun kau kena buat kan? When you post 'goodnite' or 'nitey nite' or 'selamat malam' on your status, you expect to get a reply or a comment on your status, don't you? Abis tu bila kau nak tidur? Ke kau set jam loceng untuk bangun setiap 1 jam untuk cek siapa yang dah komen kat status selamat malam kau? Perkara ini boleh diaplikasi untuk ucapan harian lain seperti Selamat Pagi semua, Assalamualaikum semua dan TGIF!

2) Jangan buat Event yang lame dan kemudian pergi ajak semua orang

'Create an Event' ada suatu fungsi yang berguna untuk memberitahu rakan-rakan tentang aktiviti yang bakal berlaku. Kalau nak jimat wang, boleh ajak kawan-kawan ke kenduri kahwin melalui Facebook juga. Akan tetapi, adalah seorang dua yang menyalahgunakan fungsi ini untuk melakukan aksi komedi. Create an Event yang bernama 'ceploit-ceploit' kemudian ajak orang ramai-ramai mungkin agak lucu buat kali pertama, tetapi lepas tu kau buat pulak event-event yang lain seperti tidur, gosok gigi, mandi dan bermacam-macam lagi. Lecehla nak ignore satu-satu. Event 'Solat Berjemaah di Rumah Faizal' kau taknak buat pulak.

3) Jangan add orang yang anda tidak kenal sebagai kawan

Jika Facebook suggest kita berkawan dengan seseorang itu kerana terdapat ramai mutual friends, itu tidak bermakna anda harus menambah mereka sebagai rakan anda. Dalam kehidupan sebenar, anda tidak ada 1000 orang kawan. Kenyataan berkasih biar satu, berkawan biar satu ternyata tidak sesuai untuk diaplikasikan di Facebook. Lagipun kau letak gambar bayi comel yang tiada kaitan dengan kau and guna nama pelakon macam mana aku nak kenal? Lagipun sekarang ni banyak pengganas seksual yang mencari mangsa di Facebook, so kalau orang tak kenal meminta untuk menjadi kawan tanpa memberi mesej perkenalan, klik sahaja butang Ignore. Takpe diorang tak tahu anda Ignore mereka.

4) Jangan menukar status perhubungan anda sesuka hati

Sebenarnya, anda tidak perlu menukarkan status perhubungan anda menjadi 'It's Complicated' jika anda mengalami masalah cinta. Jika pihak lain baca dan lihat, situasi akan menjadi lebih complicated. Sebaliknya, anda boleh berusaha bersungguh-sungguh di luar Facebook untuk menyelamatkan hubungan cinta anda. Tak pun tanya sahaja kepada ahli panel.

5) Jangan mencipta atau menyertai group tertentu tanpa mengetahui agenda dan tuhan yang disembah

Zaman sekarang ini zaman boikot. Huii sibuk boikot sana sini tapi tadi makan McD jugak. Kalau terkena troll sikit je terus nak buat Group Membenci. Lepas baca entri ni je terus korang buat 'KAMI MEMBENCI BLOG YANG PENTING RUPA!'

Ahh mengantuknya. GOODNITE EVERYONE! (wish kat blog takpe)

Monday, June 14, 2010

Jawapan Kepada Persoalan Gadis-Gadis: Episod 4

Hari yang ditunggu sudah tiba. Segala persoalan tentang jejaka yang sering bermain di dada gadis-gadis bakal dijawab dengan penuh kejujuran. Anda tidak perlu susah payah pergi berjumpa bomoh untuk meminta resipi nasi kangkang kerana tidak percaya dengan suami. Sebaliknya, anda boleh tanya kami pakar jurusan jejaka bagi menyelesaikan masalah cinta anda. Ayuh kita berkenalan dengan ahli panel:


Dari kiri:

1) Faizal ‘ijaicool’ Rosly. Mengaku masih teruna tetapi memiliki pengalaman luas berdasarkan apa yang ditonton.

2) Shuhud ‘abe nigga’ Zakaria. Boleh memiliki sebarang gadis yang diinginkan kerana dia sekarang ada teman wanita imajinasi.

3) Khairul ‘Ah Long’ Afandi. Bulan 7 dia nak kahwin dah. Kini gigih berlatih sorang diri untuk menambah stamina agar boleh beraksi lebih daripada 2 minit.

4) Adam Johari . Kini sudah berpindah di UK dapatlah bersama isteri seminggu sekali. The rest, inisiatif tangan sendiri.

5) Amir ‘apai’ Rashidi. Dia direhatkan dalam segmen kali ini kerana dia baru dapat baby. Nanti tertekan nak jawab soalan pergi pukul bini pulak.

6) Anas ‘three pack’ Mustafah. Ahli panel baru. Suami Zack ketika weekdays, teman gay Faizal ketika weekend.

Ayuh kita mulakan sesi menjawab soalan! (amaran: entri ini panjang tetapi berilmiah)

Masalah 1

1) lelaki semua tgk porn ke kalau tak tgk tuh kategori ape? alim gila, warak, tak normal?

2) kenapa nak tgk actually?suka?so that taw ape nak buat di mlm pertama?

3) berdosakah lelaki tgk porn? dosa jenis ape tuh? sorry kalau tanye tu je. tp saya curious.

Cik Mek Molek, Kuala Nerang

Anas menjawab:

1) Pastinya semua penah tengok, at least pun tertengok lalu tutup mata dan intai dicelah2 jari. Ini kerana media massa kita yg open-minded, dunia internet yg serba mencabar dan jari2 yg gatal menaip yg bukan2.

Kalau tak tengok itu, maknanya dia dilindungi oleh Allah S.W.T... Subhanallah..

2) Tengok sebab nak tau.. Dah tau jangan la pulak ketagihan.. Dah tau jangan pulak tengok gay porn. Kenapa tanak tengok? Takut kantoi dgn manusia atau takut azab api neraka? Nauzubillah.

3) Setakat yg diajar oleh para Ustazah&Ustaz dulu2, mmg berdosalah tgk2 aurat ni..Tapi kalau Cik Mek Molek tengok Faizal berbogel, mungkin tidak berdosa, kerana tidak menaikkan syahwat langsung, cheiit! Alhamdulillah..

Masalah 2

1) kenapa lelaki bising kalau perempuan keluar malam dengan kawan2 tp korg boleh pulak

2) macam mana nak pikat mak bf kita tanpa nampak fake?

anon kampung baru

Anas menjawab:

1) Lelaki bising hanyalah demi keselamatan perempuan. Bahaya keluar mlm2 ni sbnrnya. Nanti kena kacaulah atau mengantuk ketika drivinglah. Kalau lelaki lebih pandai sedikit menjaga diri (bukan sexism ya).

Lgpun takut2 perempuan dating dengan lelaki lain malam, kena jauhi tu, tak elok berdosa besar! kalau lelaki takpe, quota belum penuh.. Sunnah!

2) Itu anda tanyalah kepada ayah bf anda, kerana beliau telah berjaya memikat mak bf anda sehingga lahirnya bf anda itu.. saya yakin beliau lebih arif..

Masalah 3

hmmm..subjek yg menarik ditanya:

a) mcm mana nak tahu seseorg lelaki itu sygkan kite?adakah dengan hanya memanggil syg tapi tanpa perbuatan yg menunjuk kearah itu?

b) adakah kita boleh mempercayai perhubungan yg hanya paham2 sendiri tanpa meluahkan? so, adakah saya patut bertanya mengenai status kami? bagaimana kalau sebaliknya?

c) adakah lelaki sering berpura2 dalam misi mengorat?iaitu bersungguh pada awalnya, n then setelah terjalin hubungan..terasa diabaikan?

d) adakah lelaki sering berahsia?apakah yg selalu dirahsiakan daripada teman wanitanya?

-cik ingin tahu-


Adam menjawab:

a) Soalan ni agak susah. Sebab ade banyak jenis orang kat luar sane. Aku rase kata-kata tak mencukupi dalam a relationship. Talk is cheap. perbuatan dan persepsi kena betul gak dalam relationship. kalau kat depan pompuan tu lelaki tu cakap die sayangkan die, tapi kat blakang kutuk ejek pompuan tu gemok gedempol susah gak aaaa. hrmmm... still... susah aaaa nak tau orang tu sayangkan pompuan tu ke tak. banyak orang suka memendam perasaan. akunye advice, good luck!

b) nope. always declare or ask for a declaration when the time is right. kalau tak lelaki tu akan ngorat pompuan lain. he has to know that the relationship is exclusive. tak usahlah nak jadi cool dengan mentaliti "faham-faham" sendiri. tapi at the same time, janganlah mengontrol the other (lelaki atau pompuan). contohnya cam dulu semasa ijai masih kanak-kanak ingusan, gf die tak bagi die amik gambar dengan gadis lain. emo gile. haha.

c) banyak benda camtu rasanya. mula mula hangat-hangat tahi faizal. dalam bidang ngorat, aku rase lelaki kene act like a dick/douchebag baru perempuan tu akan minat kat lelaki tu. jangan layan pompuan tu bile die call. buat-buat sibuk. baru the girl akan tergila-gilakan kita. hebat tak teknik tu?

d) porn. fantasi persetubuhan. gadis-gadis lain yang diidamkan. brape kali "menggilap" dalam seminggu. haha.

Masalah 4

allo encek ijai..i'm ur silent stalker too...1st tym nk drop comment...hihi..

saye stuju ngn -cik ingin tahu- ..laki mmg slalu wat hubungan yg paham2 sendri ek? cane pompuan nak taw ah? kang teperasn sendri lak..pe sign yg pompuan nmpak klo laki suke kat die?salu ajak jnjln ke? salu joging same ke? salu tgok movie same ke?

nak tye malu..so ape perlu pompuan lakukan ar?
(bagi idea2 yg tanpa perlu memalukan pihak laki n pompuan)

hihihi...

_sylenttrigger_


Adam menjawab:

hubungan faham-faham sendiri doesn't work. declare the relationship. make it official. things don't just magically fall into place. the relationship has to have a starting point... and that starting point is when you and your partner knows that you both are exclusively for each other.

kalau lelaki tu minat kat gadis, die akan cakap die minat. kalau die takde telur nak bagitau die suke kat gadis tu, tak payahlah nak tunggu die make the move. tell him to grow a spine and a pair of balls. haha.

omg, as a girl don't ever ever tell a guy that you like him first. the guy will get turned off. play a little hard to get but not too hard to get. unless you are ugly, or fat. then try everything in your arsenal.

Masalah 5

mengapa lelaki kalau main games atau pun tgk siri glee kat tv, telinga mereka seakan hilang terus?

- mak tiri margarita-


Faizal menjawab:


Sori Wirda terlajak perahu boleh diundur terlajak komen saya jawab juga. Kaum lelaki secara fitrahnya memang ada connection 3G iaiu Games, Girls dan Goal! Goal tu boleh ganti dengan Glee bagi mereka yang agak sotong. Jika hendak membuat analogi, bermain game adalah umpama online shopping bagi wanita, di mana kita memerlukan fokus yang tinggi bagi mengklik benda yang betul untuk pergi ke level yang seterusnya.

Masalah 6

aku ada beberapa persoalan di hati..sila jawab ehh wahai ahli panel..

1) btoi ke org laki ni paling kurang seminggu skalik kene kumpol sesama kawan2 laki?

2) kenapa masa kumpol sesama laki2 tuh dorg tanak bawak pasangan memasing?? bukankah lebih elok kalo perkenal2kan pasangan masing2 agar hilang rasa cemburu buta dikalangan mereka..

3) apakah pendapatan ahlil2 panel mengenai gejala wanita merokok yg semakin berleluasa dewasa ini

4) ramai org lelaki mendakwa lelaki zaman ini adalah rajin mengemas, mencuci pinggan dan rajin membuat keje2 rumah mengalahkan anak dara. apa pendapat ahli panel mengenai fenomena ini. jika boleh minta huraikan pro dan cons nya skali

Cik Hajar

Faizal menjawab:

1) Sangat betul. Kami memerlukan sesi boys talk tanpa kehadiran gadis-gadis bagi membincangkan persoalan jantan yang tidak ‘feel’ untuk dibincangkan dengan gadis-gadis seperti keputusan Fantasy Football dan video lucah Ariel Peterporn / Luna Maya.

2) Kami sayangkan anda, maka kami tidak mahu membuat anda bosan dan diganggu secara seksual mendengar lawak Maria Ozawa kami, lawak lelaki kulit hitam tidak berpakaian. Jika anda ikut kami, anda akan berasa lebih cemburu kerana kami sering mencuci mata dengan meneka saiz cup apakah yang dipakai oleh gadis hangat di hadapan.

3) Merokok membahayakan kesihatan, tidak kira lelaki ataupun perempuan. Oh merokok selepas kahwin no komenlah ikut jelah cakap suami.

4) Pro: Anda balik rumah boleh tengok Grey’s Anatomy tanpa sebarang obligasi.

Cons: Kami tidak akan menemani anda membeli karpet, memenuhi kehendak batin ataupun mendengar rungutan anda tentang rakan sepejabat sebab kami dah penat.

Masalah 7

kalau org laki tu admire kat sorg pompuan ni sampai 8tahun..

>harus kah pompuan 2 pcaya?
>nape die x terus terang awal2?
>adakah laki ni tergolong dlm laki yg setia?

Khairul Bariyyah


Shuhud menjawab:

hmm..nak percaye atau tidak depends kat personaliti lelaki tu la..either die tu jenis yg baik dan tawaddu' ataupun jenis yg suke flirt mcm fendi kassim..kalau yg baik2,mungkin boleh dipercayai..korang pun dah kenal selama 8 tahun,mesti tau serba sedikit perangai dia ni..

penantian selama lapan tahun mengadmire seseorang sgt memerlukan komitmen yg tinggi dan kecekalan di hati..haha..kalau betul2 dia ni menunggu anda,jgn dilepaskan jejaka seperti ini..pasti menjadi suami yg taat setia spt ujian pavlov(sila rujuk buku teks biologi tingkatan 5..haha)

kalau nampak sgt jenis suke tukar betina mcm jualan murah di sogo(maksud aku kerap la..haha) jgn dipercaya lelaki ini..one way nak tahu betul ke tak,cube la tanye kawan2 rapat die betul ke dia selama ni admire awak and tak pernah ade gadis lain dlm hidup dia..

kenapa tak bg tau awal2...mungkin sebab malu direject memandangkan rupa paras seperti nelson mandela..ataupun mase dan ketika tu tak sesuai..tgh exam ke..stress abah kawin lain ke..bile die bersedia nak bagitau, tup2 gadis impian telah dikebas org.. so dia pun menanti la dgn penuh kesabaran bile la si gadis nak clash supaya dia boleh masuk jarum..haha..

buatlah pilihan dgn tepat..susah2 solat istikharah je..tapi kalau dlm mimpi kuar muke ijai,jgn salahkan aku..hehe..

Masalah 8


bismilah (^__^)

1) kenapa laki tak boleh kalo pempuan lebih, lebih pandai ke,lebih kaya ke,lebih bekerjaya ke?dah tu nk buat mcmne

2) kenapa boleh tengok bola or main game or tgk F1 smpai mata jdi panda tp kalo ajak teman shopping muka muncung mcm itik? apa yang tak best pegi shopping best apa

3) kenapa semua bnda nk kena ckp berjuta kali, tapi berjuta kali pon, tak msuk kepala jgk? pastu buat mcm xde masalah.takde berslh dan semuanya baik2.so tak pelik la kan klo kn bebel?

4) kenapa beli handbag tu membazir, tapi kalo pegi tukar rim tayar dikategorikan dalam keperluan? handbag tak perlu ke? kang bwk beg plastik tak kelass pulak.

terima kasih ahli panel =p

Wan Nur Syazwani, Rusia


Fandi menjawab:


1) ego laki kan tinggi..mane leh pmpn lebih dari laki..lagipon klo pmpn ni lebih dari laki die mst die senang mngungkit sbb pmpn akal 1 nafsu 9..cakap ikot nafsu lebih hahaha..

2) yg xbestnya sbb klo pegi shoping mst cari barang pmpn yg lebih..barang laki baru dapat boxer selai pmpn da ajak pegi tgk tmpt laen..hairankan asik pmpn je kondem laki x suke follow pmpn shpg..pmpn ade ke nk ikot laki shopping??

3) sbb laki tau pmpn tu berada di sisinya..hatinya tenang lupa segala2nya..laki bergantung pada wanita dari segi dalaman (tolong igtkan mcm2 and keperluan batin) manakala pmpn bergantung pd lelaki dr segi zahir (tempat mengadu domba, mendapat perlindungan fizikal dan nafkah zahir)..baru la seimbang..tetapi lelaki dilahirkan mmg tuk mnjadi pendengar bebelan wanita..ahaks..

4) beli handbag ngn tukar rim laen..beli handbag pmpn je nmpk lawa..tukar rim klo same2 naek kete tu tak ke org ckp cantiknya kereta dorang..kan ke sama2 dpt pujian hahaha..

Masalah 9


one last q ijai plz!
cne nk mintak utang from ex?
hari tu die ckp nk byr everymonth
but habuk pon tade
so aku msg lagi n die x rep langsung.
vavi laa
aku nk utang aku balek laa bodohhhhhhh!
xkn aku nk suro kwn die mintakkan 4 aku plak.
x ke die malu nanti?
or ok je?

pemiutang, balik pulau


Shuhud menjawab:


haha..tu lah..time tgh couple tak ingat dunia..semuanya manis..harta i u punye..harta u i punye..dah clash,lesap mcm tu aje..huhu..

mintak je la..tak direply melalui sms,fesbuk,emel,surat layang,cat merah semua boleh digunakan..tulis je coment kat fesbuk die: walaupun hatiku kini bukan milikmu,tapi duit aku tetap aku punye..sile bayar hutang dgn kadar segera..pasti die malu bile kawan2 die bace kan..haha..nak minak thru member dia pun boleh..nak malu ape..duit kite..malu2 merana la duit tak dapat..

lagi satu cara mase korg couple dulu,kenal tak family die?? mak die ke, kakak, abg etc..call la diorang..tapi cakap baik2 la..contohnye:makcik,anak makcik ade berhutang dgn sy dulu..sy sms dia tak balas..takde kredit kot..sy perlukan duit tu sebab nak bayar hutang ptptn..mahkamah dah nak blacklist nama sy..(selitkan unsur2 sedih agar si ibu akan simpati..haha)

last resort,upah je kaki pukul..lanyak cukup2..satu sebab tak bayar hutang,kedua balas dendam sebab berlaku curang..haha..eh tak lah..cadangan yg last adalah imaginasi penulis..
-------------------------------------------------------------------

Sekian sahaja sesi soal jawab kali ini. Diharapkan gadis-gadis berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ahli panel. Jika memerlukan penjelasan lanjut ataupun terdapat sebarang soalan susulan, usah malu untuk bertanya. Jika malu bertanya jangan salahkan kami jika kami membuat perangai tipikal seorang lelaki. Anda yang tidak faham kami. Huh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...