Thursday, July 29, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Percintaan Yang ke-4!

Saya ingin memulakan entri ini dengan memohon maaf kepada gadis-gadis dan sesetengah jejaka yang menaruh perasaan terhadap aku. Saya tahu saya telah meremukkan hati kalian dengan membuat entri ini dan anda mungkin sedang menangis teresak-esak di sudut-sudut gelap. Saya berharap anda semua masih sudi membaca hasil penulisan saya walaupun saya tidak dapat membalas cinta anda kerana cinta saya pada hari ini, esok dan selama-lamanya adalah untuk Da' Killa. Hey, we can still be friends right?

Selamat menyambut ulangtahun percintaan yang ke-4. Semoga kita akan terus bercinta sehingga ke pintu syurga. Sila teruskan membaca untuk melihat klip video eksklusif yang tidak pernah disiarkan lagi.



(jika ingin menyanyi bersama)

Satu hari ku berjalan seorang diri,
Ingin masuk Idwal System dah lambat ni,
Tiba-tiba ku terpandang seorang gadis,
Di satu sudut hanya tersenyum manis,
Ku terhenti seketika tertanya-tanya,
Siapakah gadis itu siapakan namanya,
Ingin saja ku bertanya tapi tak terdaya,
Kerna En Solleh dah panggil ku punya nama,

Satu minggu berlalu hidupku mesti terus,
Diriku sungguh bosan badanku makin kurus,
Then I saw the girl whom I had a crush,
Dia duduk tingkat satu wah sudah bagus,
Adakah ini kebetulan atau suratan,
Terima kasih ku ucapkan pada-Mu tuhan,
Ku minta liyana tanya sudahkah ada teman,
Si Aishah tanya terus ku sungguh segan.

Ini kisah ku dan dia,
Yang slalu bermain di minda,
I hope it will be (oh) in your heart,
Even though we a far apart.

Hari-hari buat flash aku dah naik bosan,
Tengok pulak muka Dolah makinku tak tahan,
I wish i knew how to do a coding or two,
Bolehlah ku turun bawah untuk membantu,
Aku seorang yang xmalu suma orang pun tahu,
Tapi bila depan dia lidahku membisu,
Especially bila aku duduk tingkat satu,
Mulala Kak Radin dan Anas kenakanku

Yes i do confess i had a crush on her,
Sekali tengok macam Jennifer Garner,
But please dont get me wrong im not a stalker,
Yes i do confess i want her number,
So please give me a chance to prove myself worthy,
Because i know i can make you happy,
Just look directly into my eyes,
There you can see where my true feeling lies...


Alah usahla berniat hendak terjun jambatan setelah membaca entri ini. Bukan selalu aku buat entri jiwang begini aku pun manusia biasa ingin bercinta juga.

terima kasih buat watak yang menjayakan video di atas: Anas, Abe, Fandi, Ikram, Zul, Luqman, Dolah, Ezu, Lala, Tamir, Mohd Nazmin, Huda, Fandy, Sanah, Nana, adik Nana, adik Abe, Muaz, Nurul Iza, Ayra

Wednesday, July 28, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Membeli Kasut

Aku memang langsung tiada kasut sukan. Kasut Konves aku ialah kasut multipurpose aku di mana aku akan gunakannya untuk berjogging, bermain futsal ataupun bergaya di hari raya. Setelah digunakan tanpa belas kasihan, kasut itu kini sudah koyak nampak ibu jari kaki aku. Aiblah kalau gadis-gadis nampak. Maka tempoh hari aku membuat keputusan untuk membeli kasut baru di Al-Ikhsan bagi tujuan berjogging. Sambil memilih kasut yang nampak mahal, aku turut memerhatikan gelagat pelanggan lain ketika shopping kasut. Sedar atau tidak, anda semua termasuk saya kadang-kadang melakukan perkara-perkara yang 'silly' semasa membeli kasut. Ayuh kita kaji tabiat-tabiat stereotype ini.

1) Memasukkan jari di belakang kasut

Masa zaman sekolah rendah nak beli kasut sekolah Pallas Jazz, mama aku selalu buat aksi ini untuk melihat keselesaan kasut. Sehingga kini, aku masih terbawa-bawa dengan tabiat ini. Konsepnya begini, selepas anda memakai kasut itu, sila masukkan jari telunjuk anda di belakang tumit dan cuba masukkan jari anda sedalam yang boleh. Logik di sebalik aksi ini adalah; jika jari anda senang sangat masuk, itu tandanya kasut itu terlalu longgar (duhh?). Jika jari anda muat-muat je masuk tanpa menyentuh tapak, itulah saiz kasut yang paling ideal buat anda.

Ada orang yang menekan-nekan bahagian hadapan kasut menggunakan jari sebagai alternatif kepada memasukkan jari di belakang kasut. Aksi yang ini aku kurang faham sedikit. Adakah anda takut jari kaki anda hilang? Pakai apa-apa kasut pun mesti boleh rasa jari kaki punya unless kau beli kasut Ronald McDonald.



2) Berjalan gaya model kemudian bercekak pinggang

Ini memang tabiat gadis-gadis yang aku pasti nampak di kedai kasut seperti Vincci ataupun Nose. Mula-mula diorang sarung wedges 6 inci mereka. Kat Vincci selalunya diorang letak cermin tinggi atas lantai. Setelah menyarung kasut tersebut gadis itu akan membuat catwalk menuju ke arah cermin sebelum disudahi dengan gaya cekak pinggang menggunakan sebelah tangan. Mengapa perlu beraksi begitu? Tak boleh jalan biasa-biasa je ke? In real life masa pakai kasut tu korang takde pulak berjalan dengan gaya anggun sebegitu.

3) Mengukur saiz kasut menggunakan kaedah jengkal

Come on kan sudah ada saiz bernombor yang kalian boleh rujuk? Lihat sajalah saiz yang ada di kasut sekarang. Takkan nak cakap dekat salesman, "Adik, bagi akak kasut Nine West ni saiz 2 jengkal setengah"

4) Menghentak-hentak kasut ataupun melompat-lompat dengan kasut

Tabiat ini selalunya dilakukan oleh orang lelaki. Kalau aksi ini dilakukan ketika membeli kasut bola ataupun kasut jogging mungkin boleh diterima. Tetapi untuk kasut hitam pergi ke kerja? Mungkin dengan membuat gaya hentakan tapak kasut ke lantai, kita boleh mengetahui komposisi dan daya tahan kasut itu. Mereka yang melompat-lompat menggunakan kasut itu pula dapat mengetahui adakah kasut itu mampu menampung berat badan mereka. Again, ketika memakai kasut itu semasa pergi ke kerja, kita jalan macam biasa je bukan hentak-hentak kaki macam King Kong ataupun Syanie.

5) Bertanyakan pendapat jurujual tentang kesesuaian kasut


Sebagai seorang jurujual, mereka memang sudah dilatih untuk memuji pelanggan tak kira betapa buruknya gaya mereka semasa memakai kasut itu. Pernah ke bila anda tanya mereka "Eh cantik tak I pakai heels ni?" and diorang jawab "Cik nampak macam keldai". Tak pernah bukan? Lagipun kerja kat kedai kasut tidak semestinya mereka memiliki fashion sense yang tinggi. So baik korang buat homework dahulu tengok review kasut dekat blog fashionistas ijaicool ataupun print gambar kasut yang korang suka dan lekatkan di kaki bagi melihat kesesuaiannya. Tak perlu tanya jurujual lagi.

Sila mengaku yang anda ada melakukan at least satu tabiat stereotype di atas. Mungkin dalam segmen yang akan datang kita akan mengkaji tabiat manusia ketika membeli baju dalam. Assalamualaikum.

Tuesday, July 27, 2010

Things That You Should Never Say To a Jejaka

Jejaka adalah makhluk yang paling simple. Anda campaklah kami di mana-mana pun kami pasti boleh survive tanpa dibaja. Namun begitu luaran kami ini nampak sahaja kental, tetapi pilu di hati siapa yang tahu. Even Hulk Hogan pun ada hati dan perasaan. Ya betul, perhubungan harus berasaskan kejujuran dan anda rasa anda perlu luahkan apa yang terbuku di hati. Tetapi gadis-gadis mungkin tidak sedar dengan kata-kata mereka yang bisa membuat hati kecil ini terguris.

Tempoh hari kita sudah melihat ayat-ayat yang harus dihindari ketika berbicara dengan gadis. Demi keadilan sejagat, gadis-gadis wajib membaca entri ini dan kalau boleh cetak terus dan framekan sekali di dinding agar setiap kali anda hendak bersolek, anda akan dapat hafal ayat-ayat yang harus dielakkan ketika sedang membebel terhadap kaum jejaka. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda sedang bertemujanji di Berjaya Times Square dengan teman lelaki anda. Kemudian anda ternampak Daphne Iking ataupun gadis sehangat Daphne Iking lalu di hadapan anda. Kemudian anda tanya teman lelaki anda, "Siapa lagi cantik, I ke perempuan tu?". Now, ini adalah soalan yang tiada jawapannya. At least untuk gadis-gadis. Jawapan yang keluar daripada mulut kami sudah pasti "Awaklah gadis yang paling cantik di Asia Tenggara ini" kerana kami cintakan anda dengan sepenuh hati. Tapi anda akan marah kami dan anda tidak akan percaya. Anda akan kata kami berdusta dan sekadar bermanis mulut. Tapi kalau kami menjawab gadis itu lagi cantik, lagilah kena marah. So apa yang patut kami jawab ni? Jadi anda mungkin harus meminimumkan pertanyaan-pertanyaan sebegini.

2) "Haa haa awak ni macam ex saya lah". Membandingkan kami dengan bekas teman lelaki anda tak kiralah aspek yang baik ataupun buruk boleh menyebabkan kami membuat muncung. Fuii memang pantang kami mendengar jerawat kami ada iras-iras jerawat ex anda. Semua lelaki cemburu buta ok. Dah berpisah tak perlulah nak ungkit lagi.

3) "We need to talk". Ayat seterusnya tidak mungkin akan berakhir dengan ciuman kemesraan. Air mata pasti mengalir. Selalunya gadis-gadis nak minta perpisahan mesti mulakan dengan ayat itu. Kalau tak minta perpisahan pun, mereka pasti akan membuat ayat susulan yang celaka seperti "Saya ada AIDS" ataupun "Saya sebenarnya khunsa tapi saya rela melakukan pembedahan".

4) "I mengandung......" (jika anda dan teman lelaki belum berkahwin).

5) "I mengandung...... dan you bukanlah bapanya" (jika anda sudah berkahwin).

6) "whatever". Walaupun ayat itu ringkas dan padat, kesannya terhadap emosi kami adalah mendalam sekali. Lepas cakap whatever langsung taknak berkata-kata selama sejam. Usah dilayankan sangat PMS anda itu kerana PMS sebenarnya tak wujud. Sebaliknya, jika ada isu ataupun apa-apa perkara yang anda tidak puas hati seperti jika kami terlupa untuk call anda malam tadi, berbincanglah secara matang. Tak pun paksa je kami belikan kasut Nose untuk elakkan berlakunya konflik.



7) "Eeeee saya dah gemuk benci benci benci!" (sambil tumbuk dinding). Begini, jika betul kami rasa anda ni gemuk dan tidak attractive, kami tidak akan berusaha mengurat anda bermati-matian mengarang sajak cinta sambil diiringi petikan gitar dahulu. Gemuk selepas bercinta memang tidak relevan, kerana kami cintakan anda dan kami akan terima anda seadanya. Lagipun kalau dah mengandung nanti semua gadis akan menjadi gemuk kan? Hik hik hik.

8) Jika anda melenting apabila kami cakap "Tak kisah, dua-dua pun cantik" ketika memberi pendapat tentang baju dedah dada anda, kami sebenarnya SESEKALI melenting juga bila anda tanya pendapat kami walaupun pada hakikatnya anda telah membuat keputusan di dalam hati untuk membeli kedua-dua baju tadi. Lagipun kalau kami membuat pilihan anda pasti akan pilih benda yang sebaliknya kerana anda merasakan kaum lelaki tiada 'fashion sense'. Tak kiralah beli baju dalam ke, cerek elektrik mahupun corak wallpaper, anda memang tidak pernah percaya dengan pilihan kami.

9) "What are you wearing?" Ayat itu harus dielakkan kerana anda seolah-olah memberi harapan kepada kami untuk melakukan hubungan seksual di telefon. Usah buat-buat tak tahu, itu merupakan ayat pembukaan universal untuk berjimak di telefon. Niat anda yang sebenarnya adalah untuk menapis pakaian-pakaian yang bakal kami pakai semasa temujanji nanti. Taknak kami pakai seluar jeans lusuh, taknak kami pakai kemeja nampak lengan.

Dengan berpandukan tips-tips di atas, berharap hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih baik. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anda bersama jejaka anda. Jika anda lebian, saya doakan juga kebahagiaan anda kerana saya kadang-kadang layan juga aksi gadis di atas gadis. Hoi hoi aksi gusti WWE lah buat apa nak fikir yang nakal-nakal.

Monday, July 26, 2010

Membeli Karipap Michelle

Ini adalah kisah benar yang ditokok tambah yang berlaku pada minggu lalu. Di pejabat aku memang tiada foodcourt yang menawarkan pilihan makanan daripada pelbagai kaum. Yang ada hanyalah satu kedai picisan yang menjual makanan di tingkat bawah. Kalau hari-hari makan di situ pastilah bosan bukan. Dahla akak yang jaga kaunter tu tak lawa lepas tu nak flirting dengan aku pula. Aku ingin makan roti canai berpeluh mamak, Bak Kut Teh halal, dan nasi kangkang ayam tapi aku malas hendak pergi memandu keluar semasa waktu makan tengahari.

Menyedari hakikat itu, ramai rakan sekerja yang mengeksploitasikan situasi itu untuk membuat side income dengan menjual makanan yang diproses dari rumah. Orang kelaparan tetapi malas nak keluar, so beli saja makanan seperti nasi lemak dan mihun goreng dengan harga yang berpatutan walaupun tak berapa sedap. Aku cuba-cuba juga menceburi bidang perniagaan sambilan ini dengan menjual Cornflakes dalam susu tetapi tidak mendapat sambutan. Maka aku hari-hari akan membeli makanan daripada rakan sekerja di kala kelaparan. Sehinggalah berlaku satu kisah yang agak menyeramkan. Ayuh teruskan membaca kisah benar ini.

Aku selalu datang awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sampai di pejabat perut aku mesti menyalak sebab tak sempat nak bersarapan di rumah. Satu hari rakan sekerja aku Niezam (bukan ejaan sebenar) membawa berita baik kepada aku. Kita ikuti perbualan di bawah:

Niezam: Faizal let's go buy some food at level 2.

Aku: Cakap Melayu woi blog aku tulis dalam BM.

Niezam: Oh Faizal mari membeli makanan di tingkat dua.

Aku: Baiklah.

Ringkas sahaja perbualan kami kerana aku sudah kelaparan. Aku saspek ini merupakan orang terbaru yang membuka perniagaan menjual diri di pejabat. Sampai di tapak perniagaan, aku dapat lihat pubicle dia penuh dengan makanan. Ada nasi lemak, mihun goreng, dan aneka kuih muih.

Aku mengaku pandai mengkaji perwatakan manusia berdasarkan paras rupa. Aku lihat wanita yang menjual makanan itu seorang yang tinggi, berambut panjang yang diikat, memakai tshirt yang agak ketat sehingga menampakkan asetnya yang tidak berapa gagah. Wajah dia pun memang tak menarik minat aku tapi mungkin dapat menarik jejaka lain. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, aku membuat kesimpulan yang dia pandai memasak dan makanannya mungkin sedap. So aku pun belilah sebungkus nasi lemak dan 5 biji karipap sardin. Setelah selesai transaksi, dia cuba bersikap sopan dengan berkata "Saya jual ya" dengan suara yang lembut tetapi tone nya agak keras di situ. Aku pula memang suka membuat jenaka berunsur separa seksual tanpa mempedulikan perasaan orang lain membalas "Spank you very much".

Dia memandang aku tepat ke dalam mata aku sambil mengetap bibir. Aku tak pasti adakah dia terangsang ataupun marah dengan gurauan aku. Aku buat-buat tak tahu dan terus melarikan diri ke tempat isteri Niezam, Haliza Misbun (separa nama sebenar).

Haliza Misbun: Hoi mana Grey's Anatomy aku?

Aku: Ala aku tak bawak external la. Lagipun ada banyak koleksi anatomy bukan perubatan kena sorok dahulu.

Haliza Misbun: Amboiii flirting dengan Michelle nampak...hik hik hik

Aku: Michelle? Muka coklat apasal nama Michelle pulak. Apa nama Melayu dia?

Haliza Misbun: kalau kau nak tahu itulah ***** bin ******* ......

WHAT THE WHAT?? DIA SEORANG ARBOK DAN AKU TIDAK MENYEDARINYA??? Gila kecewa aku tak sedar dia seorang arbok walaupun aku memiliki pengalaman setahun bersama arbok dan pernah mendalami watak arbok dengan mendalam. Kini aku tahu Michelle sebenarnya memberi pandangan bernafsu terhadap aku. Yelah rambut panjang ada buah dada kecil pakai skirt pendek jika korang tengok pun sekali imbas pun korang akan ingat itu gadis.

Tak apa Michelle. Aku akan tetap membeli karipap daripada kau kerana aku tiada diskriminasi terhadap orientasi seksual sesiapa. Jika kau secara tak sengaja terbaca entri ini, aku tak tulis pasal kau sebenarnya mungkin Michelle lain. Alah ini kira aku dah beri kau publisiti agar orang membeli karipap kau. Mungin esok aku akan ambil gambar Michelle secara senyap-senyap untuk menunjukkan kepada kalian yang aku ini bercakap benar.



Sumpah aku masih kecewa sebab tak tahu Michelle seorang arbok.

update: aku baru beli karipap michelle sebentar tadi tapi aku tak berani ambil gambar depan-depan. tapi setelah aku kaji struktur wajah dan badannya yang sekukuh gedung Tesco, aku patut tahu dia sebenarnya seorang jantan. cis.

Sunday, July 25, 2010

Pengembaraan Ajaib Ke Bukit Broga

Di zaman teknologi maklumat ini, mendaki Broga Hill ataupun nama Melayunya Bukit Broga adalah sesuatu yang 'trendy' menurut survey yang dijalankan oleh majalah InTrend. Bagi mengelakkan daripada dilabel kolot berdasarkan keputusan survey yang aku reka sendiri itu, kami ahli Team Bangi pun tiba-tiba bersemangat waja untuk menakluk Bukit Broga. Bukit Broga menjadi tumpuan mereka yang memiliki kamera mahal kerana mereka boleh menyaksikan pemandangan indah matahari terbit dan terbenam dari puncak bukit itu.


Bagaimana hendak ke Bukit Broga? Mudah sahaja, gunakan GPS haa haa kelakarnya aku. Well baca balik tak kelakar sangat pun sebenarnya. Bukit Broga terletak di Semenyih, berdekatan dengan University of Nottingham. Jika anda hendak menyaksikan peristiwa matahari terbit, anda mesti bangun lebih awal daripada ayam. Itulah sebabnya hanya ahli-ahli Team Bangi yang gagah dan selalu solat subuh sahaja yang mampu untuk menyaksikan peristiwa matahari terbit ini. Ada yang sekadar hangat-hangat tahi Abe menyatakan persetujuan untuk mendaki bersama di SMS tetapi seperti yang dijangka gagal untuk memberikan komitmen penuh pada keesokan harinya. Saja je exaggerate letak tajuk Pengembaraan Ajaib. Ayuh teruskan membaca kisah pendakian kami.

Mudah sahaja jika anda hendak tahu adakah anda sudah tiba di Broga. Walaupun baru pukul 6 pagi, anda akan melihat kereta yang banyak nak arwah di kaki bukit. Memang popular tempat ini, terutamanya pada hujung minggu. Walaupun menjadi tumpuan pelancong tempatan, Bukit Broga tidak menyediakan sebarang kemudahan asas. Jadi lebih baik anda berak sampai habis dahulu sebelum bertolak. Mungkin ada orang yang memberi pandangan yang sinis; "kalau gerak sebelum Subuh mesti korang tak semayang Subuh kan?". Kau silap. Ahli Team Bangi jarang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Walaupun tiada surau, itu tidak menghalang kami untuk solat Subuh berjemaah di bawah pokok kelapa sawit.


Setelah membaca doa menaiki bukit, kami pun memulakan perjalanan. Di sana memang gelap gelita tiada lampu so ada baiknya anda membawa lampu kalimantang sendiri. Namun begitu, kebarangkalian untuk anda sesat adalah tipis kerana terdapat 'trail' yang jelas untuk anda daki. Tinggi Bukit Broga adalah lebih kurang 1.7km berdasarkan papan tanda yang aku lihat. Mendengar cerita ahli Team Bangi Hisyam (Ise) yang pernah mendaki bukit ini, dia kata takdelah mencabar sangat pendakiannya. Aku pun begitu over confident memanjat dengan pantas seperti monyet sebelum terdampar di Pancit Point pertama selepas 20 minit pendakian.


Mungkin aku terlupa makan ubat kolestrol malam tadi menyebabkan aku berasa mabuk todi dan perjalanan kami pun terhenti sekali lagi di Pancit Point 2. Ikram dah ambil steroid tu sebab dia tak letih. Jamil dan Evi pula on purpose tidak melakukan hubungan suami isteri malam tadi so diorang pun tak letih sangat. Pendakian dari kaki bukit ke puncak mengambil masa lebih kurang 45 minit, so kami sempatlah melihat peristiwa matahari terbit yang digembar-gemburkan.


Tapi seriously, orang memang ramai nak arwah. Masing-masing bawak kamera ada muncung aku sorang je ambil gambar pakai kamera telefon Nokia 3310. Alah diorang tu bergaya je lebih ambil gambar tak tahu entah-entah itu sekadar botol air berbentuk kamera.


Bukit Broga ini ada beberapa puncak. Oleh sebab Jamil dah tak larat, kami sekadar berlegar-legar di puncak yang pertama sahaja sambil berpiknik menikmati sandwich yang dibawa dari rumah. Jika anda bernasib baik, anda boleh membaham di gerai nasi lemak di puncak bukit itu (tipu).




Setelah penat mengambil gambar dan membuat sesi tandatangan bersama peminat, kami pun turunlah dari Bukit Broga. Perjalanan turun lebih mudah kerana hari sudah terang. Kawasan persekitarannya pun tidaklah banyak sangat hutan maka anda tidak perlu risau kot dibaham harimau ataupun tenggiling. Tetapi kalau anda tergelincir pasti anda akan jatuh berguling-guling sehingga ke kaki bukit.


Sampai sahaja di kaki bukit aku terus menunaikan solat sunat kesyukuran di dalam hati kerana tidak muntah ataupun pengsan di khalayak ramai akibat kepenatan. Kesimpulannya, pendakian Bukit Broga ini sememangnya agak mencabar bagi jejaka separa sotong seperti aku. Menjelang pukul 8 pagi, bukit ini akan menjadi sesak dengan manusia yang membawa pelbagai jenis bau maka lebih baik anda datang awal. Balik Bangi, usaha pembakaran kalori menjadi sia-sia setelah melepaskan nafsu dengan membaham makanan berkolestrol di Restoran Berlauk.



Buat ahli Team Bangi, we should do this kinda activity more often. Maybe kita boleh melawat bukit yang tidak perlu didaki seperti Bukit Belacan ataupun Bukit Bintang.

Frequently asked questions:

1) Di mana dan bagaimanakah kita hendak ke Broga Hill?


Broga Hill terletak di Semenyih tak baca betul-betul ke entri aku ini. Daripada simpang empat utama Bandar Kajang anda jalan terus je langgar lampu merah sehingga anda nampak papan tanda 'Broga' di sebelah kiri. Ambil simpang kiri itu, melepasi University of Nottingham sehingga anda sampai ke sebuah ladang kelapa sawit berhadapan dengan sebuah ladang Arnab. Tuan tanah akan mengambil kesempatan dengan mengecas anda RM2 untuk parking.

2) Gajet apakah yang perlu dibawa bersama?

a. Lampu suluh kalau nak daki di waktu Subuh ataupun Maghrib
b. Bawa air botol sendiri ataupun nyonyot sahaja buah dada isteri anda. Air ada jual di kaki bukit tapi mahal nak arwah.
c. Kamera untuk sesi camwhoring.
d. Minyak cap kapak. Kau jangan cakap besar kang kau pening sapa nak angkut kau turun berat badan melebihi 80kg.
e. Swimming suit untuk mandi di air terjun (tipu)

3) Susah ke Faizal naik bukit tu? Takdelah tinggi sangat aku tengok.

Susah jika kau ni memang jenis yang jarang main bola di padang hanya tahu main bola di kocek. Mampu bersetubuh lima kali bersama isteri tidak bermakna anda mampu mendaki bukit ini.

4) Bagaimana anda dapat mengekalkan seri di wajah anda ketika mendaki bukit itu?

Tak tinggal solat subuh. Lagipun Tuhan memang dah kurniakan aku dengan wajah desirable begini so aku redha sahaja dengan nikmat yang diberi.

Lebih banyak gambar di laman Fesbuk: http://www.facebook.com/album.php?aid=196933&id=628280825&l=8d47ed2c9d

Thursday, July 22, 2010

Things That You Should Never Say To a Gadis

Gadis adalah makhluk yang paling kompleks. Ini adalah statement yang neutral tidak merujuk kepada mana-mana gadis tertentu. Kita harus berhati-hati ketika berbicara dengan gadis kerana jika kita tersalah cakap sikit, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli baju Forever 21 untuk memujuk mereka. Mood gadis-gadis memang sukar diramal. Kadang-kadang, kita tengah cakap pasal Mel Gibson pun kita boleh kena marah. Itu belum lagi kita termention nama Scha Al Yahya dalam perbualan harian. Jadi di sini aku ingin kongsikan beberapa ayat-ayat yang harus dihindari ketika berbicara dengan gadis. Ayat-ayat ini memang menjadi 'taboo' dan boleh membuatkan gadis-gadis datang haid secara tiba-tiba jika mereka mendengarnya. Ayuh kita kaji ayat-ayat ini.

1) Jangan sesekali komen tentang berat badan seorang gadis, secara direct ataupun indirect. Ini perkara yang paling sensitif buat gadis-gadis. Kita lihat contoh di bawah. Ungkapan ini merupakan ungkapan sebenar yang diungkapkan oleh seorang ahli Team Bangi yang terpaksa dirahsiakan namanya bagi melindungi identitinya.

"Weh *****, apasal bentuk badan kau tak kembali ke bentuk asal lagi?" tanya seorang doktor gigi kepada isteri ahli Team Bangi yang baru lepas melahirkan anak.


Memang tiada tapisan mulut dia. Sekeji-keji aku, aku tidak akan membuat komen begitu kepada gadis yang lain. Pakai tshirt offensive seperti di bawah boleh diterima lagi. Tapi mengata berat badan gadis depan-depan memang aku tak berani.



2) Jangan sesekali komen tentang bulu-bulu di badan gadis. Contohnya "Eh awak ada misaila hihi". Lebih-lebih lagi selepas dia minum susu nanti lagi tebal misai.



3) Ketika sedang menemani gadis membeli-belah, jika gadis bertanyakan pendapat anda tentang cerek elektrik mana yang patut dibeli, jangan sesekali menjawab "Ala saya tak kisah, dua-dua pun sama". Gadis-gadis mungkin menganggap yang anda tidak peduli. Walaupun anda memang tak peduli, just one two juz sahaja di dalam minda dan buatlah pilihan anda.

4) Usah tanya "Eh awak ubah fesyen rambut ke?". Walaupun soalan kita itu nampak harmless tetapi gadis-gadis selalu overthink things dan ingat kita tak suka dengan fesyen rambut terbarunya. Walaupun rambut gadis kita macam Abu Bakar Ellah, tipu sunat saja dengan memuji kecantikan mereka tanpa memandang rambut gaya kelapa itu.

5) Jangan membandingkan gadis dengan ibu kita walaupun kita anak mama. Ini adalah kerana boleh jatuhnya hukum zihar. Jika anda tidak bersekolah agama sampin hijau, mungkin anda tidak tahu. Tahfiz sampin ungu pun tak ajar aku rasa. Contohnya: "Engkau adalah seperti belakang ibuku" ataupun nak lebih urban, "your ass is like my mum's ass".

6) Ok yang ini ada kaitan dengan no 1, cuma kita sahaja yang tak sedar. Kita jumpa kawan kita yang baru kahwin, lepas tu tanya "Eh bila due date ni?" Rakan itu memandang tepat ke dalam mata anda, mengetap bibir, berlinangan air mata, dan menjawab dengan suara terketar-ketar, "Saya tak mengandung.....". Tiada ayat susulan yang dapat memadam rasa bersalah anda.

7) "Alah awak ni emosi sangatlah...rilekslah...". Perempuan memang beremosi jadi biarkan sahaja mereka dengan emosi mereka walaupun sekadar beremosi melihat Rain keluar kat TV dalam iklan syampu. Anda beranilah ungkapkan ayat tadi tu pasti bertambah-tambah emosi mereka.

8) Saying vile things are a definite no no. Contohnya bij, kant, fak, dikfes, bolsleeker, koksaker, keldai dan sebagainya. Bak kata Ne-yo dalam iklan kemanusiaan Hitz.fm, "Treat woman like how you want people to treat your mother or your sister or your aunt or someone special in your life"

Dengan berpandukan tips-tips di atas, berharap hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih baik. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anda bersama gadis anda. Jika anda gay, saya doakan juga kebahagiaan anda kerana saya bukan seorang yang homophobic tetapi kebahagiaan di dunia sahajalah dah mati nanti kena cemeti dengan malaikat Mungkar Nakir aku tak boleh nak tolong.

Wednesday, July 21, 2010

Perkara-Perkara Yang Hanya Boleh Dialami Oleh Kaum Jejaka

Tempoh hari kita sudah mengkaji perkara-perkara yang hanya boleh dirasai oleh gadis. Hari ini demi menunjukkan sifat seksis yang sudah sebati di dalam diri, kita akan mengkaji pula perkara-perkara yang hanya boleh dialami oleh seorang insan yang bernama lelaki. Mana ada orang nama dia Lelaki kalau nama Fadhullah adalah. Anyway, perkara yang paling hebat yang gadis-gadis boleh experience adalah mengandung, tetapi kaum jejaka tidak kurang hebatnya dengan kemampuannya untuk membuat gadis-gadis bunting. Well mungkin keunikan tentang lelaki yang akan aku dedahkan ini nampak remeh dan gross, tetapi kami sebagai jantan sejati haruslah embrace nikmat yang dikurniakan kepada kami. Ayuh teruskan membaca hasil kejian aku ini.

1) Kenikmatan berbulu

Kaum jejaka boleh menyimpan bulu dan rerambut kasar di setiap pelusuk tubuh dan tidak perlu risau apa orang kata. Fuii sumpah nikmat menggentel janggut ketika membaca surat khabar Metro. Kenikmatan memternak bulu di badan memang tidak akan dapat dirasai oleh wanita. Kalau perempuan tumbuh janggut mesti dah pergi bawak jumpa Harun Din ataupun pergi berubat kampung. Nampak sedikit misai tumbuh huii terus Veet satu muka. Samalah macam bulu ketiak. Kalau kita tengok di majalah, tiada satu pun model gadis yang memperagakan jenama pakaian dalam Triumph dan terkeluar sedikit bulu ketiak mereka. Orang lelaki? Tenang sahaja menunjukkan six pack walaupun berbulu ketiak di kolam renang.

Hendak membela bulu dada? Bagi orang lelaki memang riada masalah. Sesetengah orang berpendapat bulu dada itu seksi. Cuba kalau gadis ada bulu dada awww tak kuasa uols.

2) Kenikmatan memakai boxer

Mengikut survey yang dilakukan oleh majalah Anjung Seri, 80% lelaki lebih gemar memakai boxer daripada briefs. Ini kerana faktor pengudaraan yang baik dapat mempengaruhi mood dan produktivii harian. Kami lebih gemarkan adik kami bebas menjalar daripada dibiarkan terkurung. Gadis-gadis mana boleh pakai boxer nanti tak stabil pula Laurier anda nanti.

3) Kenikmatan kencing berdiri

Oh yeah. Ini memang nikmat tahap tinggi. Bayangkanlah situasi ketika saat-saat anda hendak terkucil di Alamanda lalu anda pun melawatlah tandas. Tandas berpintu penuh. Ada satu ruang kosong di urinal. Nice. Bergerak ke urinal dengan tenang. Buka zip seluar, keluarkan adik, membuang hadas kecil sambil berbual-bual ringan dengan jiran sebelah, goncang-goncang sikit bagi habis and done, you're finished. Aku tak pernah masuk tandas perempuan so aku tak tahulah tandas perempuan ada urinal atau tidak. Mesti seksa kan kena beratur panjang dan kemudian nak buka tali pinggang, pin tudung, cardigan, and semua aksesori lain sebelum boleh menunaikan hajat.

Cemburu bukan gadis-gadis apabila aku menyebut point ini?

4) Membuka baju pada bila-bila masa

Orang lelaki boleh membuka baju pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat kecuali di masjid. Kalau di pantai ataupun kolam renang, tenang sahaja kami membuka baju menunjukkan one pack kami. Kalau masa main bola pun kami boleh buka baju tapi kena kad kuning la.

Tapi jika anda seorang lelaki yang memiliki payu dara yang mantap seperti kawan aku Anas dan ada kemungkinan boleh mengghairahkan lelaki lain, janganlah buka baju sesuka hati ok? Sori Anas aku guna kau sebagai contoh lagi.



5) Kebolehan mengubahsuai struktur organ reproduksi

Self explanatory. Struktur boleh berubah mengikut rangsangan sekeliling mahupun cuaca.

6) Berasa gundah gulana apabila melihat Daphne Iking

Jika korang gadis-gadis berasa gundah gulana melihat Edward dan Jacob, kami orang lelaki ada fantasi kami juga. Mengikut pengakuan kawan aku Amir Rashidi, setiap kali melihat imej statik ataupun imej bergerak Daphne Iking dia mesti secara tidak sengaja melakukan dosa kemudian menyesal sementara.


Tampak seperti celaka entri aku kali ini tapi kalau nak diikutkan hari-hari pun entri aku celaka. Aku sekadar menyatakan kebenaran agar korang gadis-gadis lebih menghargai kami. Ku ingin kau jadi wanita mulia yang tahu harga budi dan hatiiii seorang lelaki bernama suamiiiii. Tiba-tiba aku menyanyikan lagu Kopratasa di situ sebagai penutup entri ini.

Tuesday, July 20, 2010

Cara-Cara Hendak Menjadi Maher Zain

Apa? Korang tak kenal siapa Maher Zain? Tak mengapa, hanya orang yang rajin berpuasa sunat je kenal Maher Zain ni. Korang yang malas bangun subuh pasti tak kenal dia. Aku pun tak tahu siapa dia ini pada mulanya, tetapi setelah diberi pendedahan bertalu-talu ketika membaham ayam goreng Kentaki di Bangi Utama (Warta), aku pun terus mendapat hidayah untuk membuat entri parodi ini. Seriously, kalau nak kenal dia, sila pergi ke Bangi Utama sekarang dan anda akan mendengar satu suara yang agak pleasant macam Kris Allen menyanyikan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan. Kalau anda terdengar lagu keras sembah syaitan semua, itu maknanya anda berada dekat sangat dengan kedai kaset Aunty Sook Fun Warta. Cuba jalan depan sikit ke arah eskalator. Haa bagaimana?


Setelah aku membuat kajian lanjut, aku mendapati Maher Zain ini amat popular di kalangan gadis-gadis terutamanya gadis yang bertudung. Dahulu aku sudah memberi tips tentang Cara-Cara Untuk Menjadi Justin Bieber bagi memikat gadis-gadis pramatang. Mungkin kali ini fetish anda berubah kepada gadis bertudung litup, tetapi anda rukun iman pun terkapai-kapai lagi. So bagaimana hendak menarik perhatian mereka? Usah risau, kali ini saya akan memberi anda tips-tips yang menjadi Maher Zain agar peluang anda untuk bercinta dengan gadis bertudung lebih tinggi. Ayuh teruskan membaca.

1) Mesti mendapat at least gred A2 dalam subjek Bahasa Inggeris SPM

Setahu aku, mengikut ulangan putaran lagu di Warta, lagu Maher Zain hampir semuanya berbahasa Inggeris. Maybe ada kot satu dua lagu Arab ataupun Kantonis. Kalau korang lemah dalam tatabahasa Inggeris, anda boleh masuk kelas Tusyen Mr Sim ataupun lupakan sahaja niat hendak menjadi Maher Zain. Come on, gadis-gadis sekarang ada 'class' dan expectation sendiri. Selain petah berbahasa Inggeris, anda juga harus mengurangkan accent Melayu anda. Kalau nak sebut 'letter' kena bunyi macam 'ladder'. Kalau dapat melebihkan elemen Arab dalam ayat-ayat tertentu seperti 'nasyid' menjadi 'nasheed' huii memang terus tergoda dan boleh menimbulkan ghairah kepada gadis-gadis tadi.

2) Tidak menyimpan rambut panjang dan memiliki janggut 'cukur nak taknak'


Ini merupakan ciri-ciri fizikal utama Maher Zain. Anda harus pergi ke kedai Gunting Rambut Maniam ataupun salun unisex kegemaran anda dan mencukur rambut anda dengan menggunakan mesin (mesin saiz 1). Lepas tu, anda harus membuat gaya jambang tidak terurus seperti baru ditinggalkan teman wanita selama seminggu (rujuk gambar di perenggan permulaan entri). Kalau nak menjadi lebih urban, anda boleh menggayakan jambang ala-ala Craig David. teketeketeke Monday took her for a drink on Tuesday we were making love by Wednesday...eh ternyanyi lagu Craig David pula. Adalah haram untuk memasukkan elemen-elemen seperti penyalahgunaan alkohol dan perzinaan di dalam nasyid.




3) Bersedia mendapat tentangan kumpulan nasyid ekstrim / ahli usrah orthodoks


Berdasarkan pemerhatian aku di Fesbuk, Maher Zain memang menjadi idola akak-akak usrah moden. Moden di sini bermaksud ahli-ahli usrah itu masih lagi boikot sana sini seperti boikot Israel, boikot barangan dan siri televisyen Amerika tetapi Fesbuk diorang tak boikot. Malah akaun MillatFacebook pun mereka tiada. Ahli kumpulan nasyid ekstrim pula sudah membuat group "Kami Benci Maher Zain" di Fesbuk kerana mereka mengganggap muzik Maher Zain melalaikan kerana menggunakan alat muzik bertali dan alat muzik tiupan.

Bagaimana? Mudah sahaja bukan untuk menjadi Maher Zain? Selepas ini anda pasti anda pasti akan dapat memikat gadis-gadis yang hanya percayakan konsep bercinta selepas kahwin. Inshaallah (lagu Maher Zain).


Monday, July 19, 2010

Kongratulasi Fandi!


Jika anda merupakan peminat fanatik blog ini, anda pasti perasan akan kehadiran salah seorang pengomen yang bernama Fandi yang lancar sahaja mengeluarkan kata-kata kesat tanpa mempedulikan malaikat yang mencatat dosa dan pahala di kiri dan kanannya. Fandi yang merupakan salah seorang ahli Team Bangi telah berjaya menaik taraf lesen ringan-ringannya kepada lesen persetubuhan penuh pada hari Sabtu (10/7) yang lalu . Kalau nak diikutkan Fandi ni makruh sebenarnya berkahwin kerana; walaupun dia mampu menyara isterinya, dia memiliki nafsu yang buas dikhuatiri menyakiti isteri.

Selalunya dalam segmen perkahwinan begini aku akan mengeji pasangan cerpelai, tetapi oleh sebab aku tidak begitu mengenali isteri Fandi, kita keji Fandi sahajalah. Fandi atau nama seberangnya Khairul Afandi bin Kassim, sering disalahanggap sebagai salah seorang buruh kasar Indonesia kerana wajahnya yang 90% mirip salah seorang ahli kumpulan Radja. Dia memiliki 4 telefon bimbit, satu phone Nokia yang diberi oleh syarikat, satu iPhone 3GS untuk beryak (applikasi chat) dengan Team Bangi, satu Blackberry untuk melakukan persetubuhan di telefon dengan isteri, dan satu lagi telefon rumah TMNet entah kenapa dia bawa juga ke hulu ke hilir. Oleh sebab dia banyak telefon bimbit, kami mengejinya Ah Long. Dengan cincin besi pada setiap jari dan rambut siamangnya yang berwarna perang itu memang sesuaila kalau nak bawak dia pergi kutip hutang.

Walaupun struktur fizikal Fandi memang tidak diingini oleh kebanyakan lelaki normal, Fandi tetap disayangi kerana dia merupakan rakan baik kami. Ayuh teruskan membaca untuk melihat gambar-gambar kurang senonoh semasa pernikahan, persandingan dan rakaman 3GP malam kedua Fandi.


Apabila kami tiba di Masjid Midvalley, proses akad baru sahaja berakhir dan Fandi kelihatan sedang berpura-pura solat sunat. Serius dia sekadar miming kerana mengenali sikapnya, niat puasa pun kena refer buku Fekah inikan pula hendak solat sunat. Fandi memberikan 'thumbs up' kerana dia kini tidak perlu mencari tempat untuk ringan-ringan lagi.


Fandi dipaksa memberi 7 dulang harta dibalas dengan 9 dulang. Buah anggur dia buah plastik rupanya cis cis.


SEMUA ORANG SAYANG ARYAN YANG COMEL!! Fandi masih lagi teruna pada hari tersebut kerana terdapat ramai saudara-mara di rumah bininya. Majlis persandingan sebelah perempuan diadakan pada keesokan harinya tapi kami tidak dijemput. Flash forward, kenduri Fandi diadakan di rumahnya semalam (18/7/2010).


Serius gambar Fandi di poster di atas telah diedit dengan menggunakan Microsoft Paint. Fandi yang sebenar tidak seramping itu. Ketika entri ini ditulis kami memang tertekan dan murung kerana Fandi sering menghantui kami imej-imej wajah Fandi ketika mengecapi kemuncak syahwat. Seriously asyik cakap pasal persetubuhan, kekerapan serta posisi kegemaran. What the what man.


Lepastu demand nak hadiah Blu-Ray player pulak tu. Oleh sebab kami sayangkan Fandi, kami pun berkongsilah wang membelikan dia DVD player yang agak berjenama dan dikepilkan dengan ucapan dari Team Bangi termasuk mama aku.


Ini anak Apai & Mizah. Nama dia Akif Haziq. Dia bayi April Fool. Dah besar sikit nanti dia tag team dengan Aryan mengurat gadis-gadis.


Kongratulasi Fandi! Ho! untuk Team Bangi! Kami semua cintakan kau. Selamat berbulan madu di Krabi Khairul. Serius dowh solat pun kenala 5x sehari jugak. Kasihanilah isterimu. Jangan guna pintu terlarang ok. Buat Norzubaidah Mahmod, jadilah isteri yang mendengar cakap suami. Kalau suami cakap nak pergi rumah ijai main game di hujung minggu, sila akur sahaja ok?

Lebih banyak gambar perkahwinan di: http://www.facebook.com/album.php?aid=195559&id=628280825&l=d8ce573e03

Aku memang berperangai eshol sikit so kalau nak add aku di Fesbuk sebab nak stalk aku dengan lebih lanjut berilah salam perkenalan dahulu ok. Aku tak mahulah nanti korang paksa aku join login Fesbuk dapat sratos pulak.

Friday, July 16, 2010

Perkara-Perkara Yang Hanya Boleh Dialami Oleh Kaum Wanita

Waaaaaanita hiasan duuuunia seindah hiasan adalah wanita solehah. Itu merupakan bait daripada lagu nasyid In Team yang langsung tiada kena mengena dengan entri yang aku tulis ini. Merujuk kepada tajuk di atas, kaum wanita sebenarnya bertuah kerana memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak mungkin dapat dikecapi oleh kaum jejaka. Salah satu 'experience' yang paling nyata tidak boleh dialami oleh orang lelaki adalah kehamilan. Anda makanlah pil hormon estrogen ke, buat pembedahan menampal uterus ke, mahupun mengaplikasikan teknik permanian beradas, orang lelaki tidak mungkin akan dapat mengandung. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi perkara-perkara unik yang hanya boleh dinikmati oleh gadis-gadis. Ayuh teruskan membaca hasil kajian aku ini.

1) Kenikmatan Membebel

Membebel merupakan kemahiran asas yang dipelajari secara automatik tanpa memerlukan sebarang latihan khas. Kaum wanita boleh membebel untuk at least 10 minit terhadap perkara-perkara yang remeh seperti apabila kita tidak tutup kipas di dalam bilik ataupun perkara yang lebih berat sedikit seperti apabila kita terlupa tarikh ulangtahun percintaan. Kemuncak bebelan wanita boleh dilihat daripada body language mereka seperti bercekak pinggang dan mengetap bibir. Orang lelaki memang tak mungkin dapat rasa nikmat bebelan ni. Kalau kita nak membebel paling lama pun 5 saat sebelum kembali ditempelak oleh pihak gadis dengan bebelan yang lebih panjang.

2) Kenikmatan membeli-belah

Kaum wanita boleh dibiarkan shopping di dalam kompleks membeli belah selama 3 jam tanpa henti tanpa sebarang pengawasan. Mereka akan berasa sedikit aroused setiap kali melihat iklan potongan sehingga 70% di Parkson Grand. Mengikut kajian saintis barat, terdapat satu hormon keseronokan yang dirembeskan semasa gadis-gadis membeli belah menyebabkan pergerakan mereka menjadi aktif serta nafsu shopping bertindak di luar kawalan dengan membeli benda-benda yang nampak cantik tanpa mengira harganya. Betul atau tidak, korang gadis-gadis ada at least 2 pasang kasut yang tak pernah pakai lagi di dalam almari korang tu? Memiliki tanpa memakai sudah dikira satu nikmat buat gadis-gadis.

Orang lelaki? Well kasut konves aku ni dah 3 tahun pakai itulah kasut raya itulah kasut pergi kerja itulah kasut jogging ketika weekend. Kami memang tidak akan mengecapi kenikmatan membeli seperti korang.

3) Senggugut

Dalam salah satu segmen soal jawab yang aku lemparkan kepada gadis-gadis, aku meminta gadis-gadis untuk define senggugut. Salah seorang pembaca Cik Mimie.Candy.Cane berkata "macam neraka" dan Cik Otak Ketat pula cuba menjelaskan dengan lebih detail lagi seperti "perut mcm kena lenyek dgn kereta kebal. lepastu ada askar yg dengki pergi pijak-pijak plak perut kau lepas dah kena lenyek".

Walaupun dengan penjelasan sedemikian, kami kaum lelaki tidak akan faham perasaan kalian ketika PMS dan kami akan at least berpura-pura untuk faham. Di sebalik kesakitan senggugut, di sinilah kaum wanita akan mengeksploitasikan PMS mereka untuk memarahi suami ataupun teman lelaki mereka tanpa sebarang sebab yang kukuh. See, kenikmatan di sebalik kesakitan.

4) Mengecapi kemuncak syahwat tanpa perlu recharge

Tak kiralah jika kau ni Ariel Peterporn yang gagah di ranjang, orang lelaki perlu recharge dahulu sebelum kembali inzal. Berbeza dengan kaum wanita yang boleh mengalami orgasme berkali-kali. Eh itu pun aku baca dengan majalah online AskMen.com. Aku mana tahu benda-benda ini semua sebab aku masih teruna lainlah macam kawan aku Fandi yang baru berkahwin asyik nak cerita pasal persetubuhan halal sahaja.

5) Menyusukan anak

Satu lagi perkara yang tidak mungkin dialami oleh lelaki, menyusukan anak. Unless kau ada payu yang nampak menggiurkan kalau kau tak tengok muka dia macam kawan aku Anas. But still, sekadar boleh dummy je kat anak kita sebelum anak kita sedari akan kehadiran rambut-rambut kasar di sekeliling. Ewww.



6) Berasa gundah-gulana apabila melihat Edward/Jacob

Filem Twilight sedang hangat di pasaran. Aku tak tengok lagi Eclipse. Tetapi berdasarkan pengalaman aku menonton episod satu dan dua siri Twilight di panggung, aku dapat saksikan dan dengarkan ketaksuban peminat fanatik yang menjerit setiap kalau pontianak jantan ataupun serigala jantan muncul di skrin. Mak budak pun ada cuma diorang tak menjerit je sebab menjaga keterampilan di khalayak umum tetapi jika dilihat betul-betul muka mereka, anda akan nampak efek bling-bling muncul di wajah eksaited mereka (macam scene pontianak kena matahari dalam Twilight tu).


Ada juga lelaki yang gundah-gulana tetapi secara positif, iaitu ingin memperbaiki penampilan diri agar kita boleh nampak presentable seperti pontianak mahupun kukuh tubuh badan seperti serigala. Tetapi jika anda mengalami sindrom gundah gulana yang negatif sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar, tenyatalah anda ini bukan seorang jejaka tulen.

Apa lagi perkara-perkara yang hanya boleh dialami oleh wanita? Secara kesimpulannya, cintailah wanita anda dengan sepenuh hati walaupun kita dibebel tak henti-henti. Assalamualaikum.

Thursday, July 15, 2010

How To Survive in This Mad World

We live in a mad world. Or at least that's what we read in the news. People are starving to death in the third world country while we get sick from eating too much. People fight for their lives everyday using sticks and stones while we fight about why Liverpool is kooler than Manshitter. Today, instead of the usual crappy but awesome rants that I always write, I am going to post something that is actually useful. Something that will help you survive in this mad mad world. Hui gila bergaya introduction aku kali ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Mad asli

Mad Asli ialah mad yang paling asas. Mad asli terjadi apabila:

a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun (mati) yang didahului dengan huruf yang berbaris depan.
c. Huruf Ya sukun (mati) yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Panjang bacaannya adalah 2 harakat.

2) Mad arid lissukun

Ini adalah mad kegemaran aku. Apabila huruf mad bertemu dengan sukun ketika wakaf. Panjang bacaannya adalah dua, empat ataupun enam harakat. Paling afdal baca enam harakat.

3) Mad Jais

Tiada kaitan dengan seniman Ahmad Jais. Tapi Ahmad Jais dikatakan suka menyerapkan elemen mad jais di dalam lagunya iaitu apabila mad asli bertemu dengan huruf hamzah pada ayat yang berikutnya. Itu sebab korang selalu tengok Ahmad Jais selalu memanjangkan chorusnya sehingga 4 atau 5 harakat.

4) Mad wajib

Mad wajib lebih kurang macam mad jais, cuma mad aslinya bertemu dengan huruf hamzah dalam ayat yang sama. Boleh dibaca dalam 4, 5, atau 6 harakat ketika berhenti. Berbeza dengan mandi wajib, anda boleh mandi lama-lama tanpa harakat asalkan anda meratakan air ke seluruh badan. Selalunya ada bahagian yang anda miss di lemak-lemak kalian yang terlipat tu.

5) Mad iwad

Kalau anda nampak tanda tanwin atas (dua baris atas) di penghujung ayat, haa itulah hukum mad iwad. Wajib dibaca dengan dua harakat.

Sebenarnya ada lagi mad-mad lain seperti mad badal ataupun mad lazim apa entah tapi aku dah lupa. Namun begitu kredibiliti aku sebagai pengajar tajwid tidak boleh disangkal lagi setelah mendapat pangkat jaijidan di dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) sampin hijau. Kredit kepada Ustazah Norlela binti Toha yang menjadikan aku insan yang agak berguna walaupun kadang-kadang masih menurut tuntutan nafsu dan syahwat. Semoga anda kini dapat mengaplikasikan ilmu tajwid ini ketika solat ataupun ketika menyanyi lagi Maher Zain.

Ustaz Faizal al Kacaki (Microsoft Certified Tajwid Trainer)



Wednesday, July 14, 2010

Pengaruh Paul Dalam Kehidupan Seharian

Semua orang kenal Paul The Octopus bukan? Sementara fenomena Paul masih hangat dibincangkan di alam maya, aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mendedahkan cara-cara yang paling efektif untuk mengeksploitasikan ilmu ghaib Paul. Kita tahu Paul memiliki rekod 100% di atas ramalannya di Piala Dunia 2010. Oleh sebab ramalannya itu tidak pernah salah, ada pihak yang mementingkan diri sendiri secara senyap-senyap menggunakan kebolehan Paul untuk membantu mereka membuat 'life changing decision' dalam kehidupan mereka. Sihir Paul juga digunakan sebagai 'guidance' bagi membuat perbandingan tentang perkara yang benar mahupun mungkar. Dengan menggunakan contoh dan bukti bergambar, ayuh kita kaji pengaruh Paul Si Sotong Kurita dalam kehidupan manusia.

1) Paul menentukan siapa juara American Idol

Perkara ini mungkin mengejutkan anda. Perisik Amerika Syarikat telah lama menyedari kebolehan Paul ini sejak Euro 2008. Undian yang dihantar kepada Lee Dewyze dan Cristal Bowersox sebenarnya sama banyak. Paul yang ketika itu berada di bawah tahanan Amerika Syarikat di bawah Akta Hasutan 1948 telah dipaksa untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa pemenang American Idol.



2) Digunakan sebagai alat mencari jodoh

Terdapat beberapa orang bomoh dan pawang yang mengaku menggunakan Paul dalam upacara mencari jodoh bagi gadis-gadis terlajak mahupun janda gersang. Mengikut seorang pawang yang tidak mahu namanya dikenali, dia mendapat banyak keuntungan setelah membantu gadis-gadis membuat pilihan tentang jejaka yang mereka idamkan. Kadang-kadang gadis ini tamak mahukan segalanya. Tapi perempuan mana boleh kahwin dua so tak tahu nak pilih yang mana. Di sinilah Paul memainkan peranannya dalam memilih teman hidup yang sesuai buat gadis tadi. Pawang itu menjelaskan, proses mencari jodoh dimulakan dengan upacara 'menurun' sambil memuja nama Paul yang ketika itu duduk di dalam akuarium. Dua keping gambar ditampal dan Paul akan memberitahu gadis itu siapakah yang dia patut pilih dan tiduri. Tetapi upacara ini ternyata ada flawnya kerana Paul dikatakan hanya akan pergi ke gambar yang ternyata kacak tanpa mengetahui keperibadian seseorang itu.



3) Digunakan untuk membuat pilihan yang bijak

Paul seorang sotong yang kool. So dia akan membantu kita untuk membuat pilihan antara benda yang ternyata kool, ataupun benda yang sekadar bajet kool. Pilihan Paul ternyata tepat, jitu dan tidak dapat disangkal lagi seperti pilihan yang dilakukannya dalam contoh di bawah.



4) Menentukan kesejahteraan bangsa dan negara

Self explanatory, tidak perlu penjelasan.


In case kau orang tanya, ya aku memang ada banyak masa.

Peringatan: Penulis tidak akan bertanggungjawab dan berkongsi dosa jika akidah kalian tergelincir daripada landasan akibat terlalu taksub dengan ilmu sihir sotong ini.

Tuesday, July 13, 2010

Happy Birthday Aqilah Hasan!



Hello to Aqilah lala apa khabar kamu
I'm singin this song for ya I wrote it just for you
Because today's your birthday takkan nak buat tak tahu
Gonna sing for ya that's what I wanna do

Oh how did we met oh how did we know each other
I didn't remember we went to tadika together
Oh yeah i know we are teman tapi mesre
We'll always be there for you forever and ever

Happy birthday qi qi qi qi qi qi lala
Happy birthday qi la la la la la lala

We always melalak di dalam kereta
But selalu tak tahu nak menyanyi lagu apa
Asyik-asyik kita nyanyi lagu cinta
Oh tak kisahlah yang penting rupa

We went to mines wonderland to watch MI:3
But then kena tipu dengan Amir Afendi
We made silly faces we took pictures at the dreamworld
Oh aqilah hasan you are the supergirl

This song was meant to be friendly
So i am sorry if ada yang terguris hati
Next year maybe i will sing you this song lagi
And now i nak pergi makan mee

Happy birthday qi qi qi qi qi qi lala
Happy birthday qi la la la la la lala

Eh ada lagi ayuh teruskan membaca untuk mengumpat Aqilah Hasan di hari jadinya.

Video di atas diambil semasa zaman semaja semasa parti liar Aqilah Hasan ataupun nama kampungnya Lala. Lihatlah perutku ketika itu yang masih ramping dan wajahku yang tiada bekas jerawat. Too bad ah kalau ofis kalian menghalang Youtube. Tetapi hari ini 13/7 merupakan hari jadi Lala so kena kurangkan sedikit cerita pasal aku. Aku mengenali Lala sejak di Uniten. Semasa di universiti aku memang hot stuff semua gadis meminta alamat emel dan menambah aku sebagai rakan di Friendster. Aku berasa rimas sebab gadis-gadis tidak ikhlas nak berkawan dengan aku sebab keperibadian aku, tetapi hanya ingin mendekati aku berdasarkan paras rupa.

Tetapi Aqilah Hasan tidak bersikap begitu membuatkan kami menjadi teman tapi mesra tapi takdela mesra sangat sehingga menimbulkan fitnah. Aqilah Hasan ada kereta dan dia tidak pernah merungut walaupun aku tak bayar duit minyak setiap kali kami pergi menonton wayang di Mines Wonderland.

Antara fakta menarik tentang Lala yang perlu anda tahu ialah dia menjadi buruan Saiful Bukhari Azlan semasa di Uniten dulu. (Bekas) teman lelakinya ketika itu iaitu Farique (memang nama sebenar) berasa cemburu lalu memanggil rakan-rakan lain untuk menumbuk Saiful sehingga berdarah. Nasib baik aku ada kelas English for Academic Purposes ketika itu kalau tak mesti aku dah pukul curi Saiful juga. Ini kisah benar ni aku tak ezajerit.

Lala takutkan kucing. Mungkin sebab itulah dia sudah TIGA TAHUN tidak datang ke parti liar hari raya aku. Kita lihat tahun ini adakah dia akan hadir. Apapun Aqilah Hasan, sempena hari jadimu ini, saya ucapkan selamat hari jadi yang ke-19. Kalau ada parti liar saya bersedia melatih Tamir mahupun Khairul Afandy Abu Bakar untuk membuat tarian ghairah dan berdosa.

Happy Birthday Aqilah Hasan!



Lawak Gampang Emmanuel Eboue di Piala Dunia

Aku gelak sehingga keluar air mazi.



Kredit kepada Ezry Yusry Yu yang memberitahu aku tentang video ini. Ayuh kita kenali Ezry dengan lebih lanjut. Ezry adalah seorang jejaka yang berumur 24 tahun, masih bujang dan merupakan adik bongsu kepada adik beradik KRU. Dia merupakan bekas teman lelaki dan bekas rakan sekerja aku semasa di HP dahulu.

HAA HAA HAA celaka kau Eboue. Kalau korang tak gelak maknanya korang ini racist.

Eh tak pernah-pernah aku pergi post entri baru di pejabat.

Monday, July 12, 2010

World Cup 2010 Highlights

Piala Dunia 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya pagi tadi. Aku memang selalu bangun awal untuk mandi wajib kalau tak nanti tak boleh solat subuh. So hari ini aku bangun lebih awal sedikit untuk melihat Abang Torres diserang hamstring di masa tambahan dan seterusnya menjulang Piala Dunia. Sepanjang Piala Dunia ini, terdapat banyak insiden-insiden sama ada yang mazmumah ataupun mahmudah.com.my yang telah menarik perhatian peminat bola sepak seantero dunia. Di sini aku ingin kongsi peristiwa-peristiwa yang menarik yang berlaku di edisi Piala Dunia ini. Ayuh teruskan membaca!

Paul Si Sotong Mistik

Semua orang tahu kisah Paul Si Sotong yang membuat ramalan khurafat tentang perlawanan yang melibatkan Jerman. Sebenarnya Paul sudah mula beroperasi sejak Euro 2008 lagi tetapi ramalannya ketika itu tidak seratus peratus tepat. Paul yang mendapat mendidikan awal di dalam akuarium Mona Fandey memiliki rekod menilik 100% dalam Piala Dunia ini. Habis kecoh dinding Fesbuk semua orang nak masak sotong goreng tepung la, nak menyotong sehingga inzal la dan keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat beberapa ahli kultus yang menjadikan Paul sebagai berhala sembahan mereka. Lepas tu muncul la pulak Mani si burung tiong, Andrew si k dan Megatron si kucing parsi semuanya dieksploitasikan oleh tuan mereka demi mengaut keuntungan yang tidak halal.



'Tangan Tuhan' Luis Suarez

Tangan Tuhan sepatutnya ditukar kepada Tangan Syaitan. Tindakan Luis Suarez menghalang tandukan padu dengan gaya penjaga gol kelas dunia seperti Jerzy Dudek memang seperti kisah dongeng Disney. Perbuatan kejinya itu sebenarnya boleh difahami, kerana tanpa tindakannya itu, Uruguay tidak akan berjaya ke separuh akhir. Dia sedang bermain di Piala Dunia, bukannya sesi pemilihan pemain di peringkat daerah Hulu Langat. Di saat dia menepis bola itu dengan tangan, adakah dia akan dapat tahu yang adik Asamoah akan miss sepakan penalti susulan? Tidak, dia bukan seorang sotong. Tapi muka dia memang macam orang homeless rasa nak tinju je kan?



Jerman si Pero-goal

Bagi aku, perlawanan yang paling ulung di Piala Dunia kali ini ialah ketika Jerman menentang Argentina. Setuju? Kami menontonnya di restoran Tupai-Tupai Ikram belanja makan buffet memang lagi seronot la kan. Tiada siapa yang dapat menyangka skuad bimbingan si penagih Maradona itu akan dirogol tanpa belas kasihan oleh skuad muda bimbingan Joachim Low. Ketiadaan kapten Ballack serta beberapa pemain senior lain ternyata menjadi 'blessing in disguise' di mana pemain-pemain muda dapat menyinar tepat pada masanya seperti Thomas Muller, Mesut Ozil, dan Sami Khedira. Schweinsteiger umur baru 25 tapi dah jadi midfield general ada lebih 80 caps. Sejak dari peringkat kumpulan lagi Jerman sudah menunjukkan corak permainan yang kemas dan teratur dan disusuli dengan counter attack yang membunuh. Mungkin Low menjadi master tactician setelah membaham tahi hidungnya sendiri.



Vuvuzela

Jika anda menonton Piala Dunia, anda pasti akan mendengar bunyi dengung wajibul ghunnah yang melebihi sepuluh harakat keluar di pembesar suara anda. Anda tidak akan mendengar bunyi nyanyian dan sorakan penonton, sebaliknya anda hanya dapat mengalami suasana seperti berada di dalam sarang lebah gergasi. Bunyi yang anda dengar itu adalah bunyi yang keluar daripada sejenis alat muzik yang popular di Afrika Selatan yang dinamakan Vuvuzela. Seriously, walaupun Vuvuzula dianggap sebagai tradisi negara itu, kehadirannya di Piala Dunia ini amatlah annoying. Aku mahu dengar anthem Tuhan Selamatkan Permaisuriku daripada hooligans England. Aku mahu dengar nyanyian Pavarotti daripada penyokong Italy. Aku mahu dengar lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh kalau Malaysia layak ke Piala Dunia.

Penderhakaan Perancis

Kisahnya bermula apabila Abdul Anelka (dia orang Islam), mengeluarkan kata-kata carutan mengejek nama bapak pengurus Perancis, Ray Domenech. Anelka yang memang terkenal dengan sikap bapuknya yang suka merajuk itu mempersoalkan keputusan taktikan serta kredibiliti Domenech sebagai pengurus. Berasa sayu dengan cercaan yang dilemparkan terhadapnya, Uncle Ray telah menghantar Anelka pulang ke tanah air tanpa memberi tambang teksi. Peristiwa hitam itu tidak berakhir di situ. Diketuai oleh kapten Patrice Evra, pemain Perancis telah memboikot sesi latihan menjelang perlawanan menentang Mexico. Ribery boikot barangan Israel sekali sebab dia practicing muslim, tak macam Zidane. Lepas tu main macam najis berat sekaligus melayakkan mereka untuk bertemu dengan Italy dalam perlawanan yang tidak bermakna di lapangan terbang. Bagi aku, memang keji diorang ni dahla masuk World Cup pun guna cara keji. Ini bukannya main FM kau boleh suka-suka nak 'lost confidence at his manager's ability'. Mungkin Perdana Menteri diorang tak serapkan semangat 1Perancis di dalam diri.

Ada banyak lagi sebenarnya peristiwa yang memorable seperti 'jaringan' Lampard dan Tevez, sepakan tonjol Siphiwe Tshabalala dan van Bronckhorst, mahupun Shakira's Waka-Waka. Secara kesimpulannya, Piala Dunia kali ini bagi aku ok ok sahaja. Penyingkiran awal England sedikit sebanyak mempengaruhi keterujaan aku. Barbie ah Runi aku sudah lupakan yang kau ni pemain Manshitter dengan beri kau sokongan padu tapi kau letih sahaja.

So what's your favorite World Cup moment?

Sunday, July 11, 2010

Seram: Episod Enam

Kisah seram ini berlaku pada beberapa malam yang lalu. Aku ingin beri amaran awal-awal, kalau korang ni jenis yang penakut ataupun mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi sehingga boleh menyebabkan serangan kardiovaskular akibat ketakutan yang amat, mungkin anda harus berhenti membaca entri ini dan pergi baca Harakah Online instead. Aku tidak tahu mengapa hati aku berdebar-debar pada malam itu. Jantung aku berdegup kencang. Peluh sejuk membasahi dahi. Aku cuba melelapkan mata tetapi tak berjaya. Jarum jam tangan Fossil baru aku menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Bunyi salakan serigala (or anjing) sayup-sayup kedengaran menyebabkan hati aku menjadi semakin tidak tenteram.

Aku bangun dari katil, masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhu'. Aku cuba hendak membuat solat sunat bagi menenangkan hati aku tetapi tidak jadi sebab aku tak tahu bagaimana niat dan rukunnnya. Aku kembali baring ke atas katil. Mata aku terkebil-kebil dalam kegelapan. Pelbagai posisi yang aku cuba bagi melelapkan mata. Sekejap posisi mengiring, selepas itu posisi missionary, kemudian posisi sayap kanan. Semuanya tidak membuahkan hasil. Mata aku masih lagi segar. Aku cuba sedaya upaya untuk tidur sebelum pukul 3 pagi kerana mengikut filem-filem seram yang aku tonton seperti The Exorcism of Emily Rose dan Paranormal Activity, kejadian seram akan berlaku di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi. Aku ni harap organ reproduksi je besar macam orang kulit hitam, tapi aku sebenarnya seorang yang penakut.

KISHHH! KRISHHH!! KRIKK KRIKKK KRIKK!!! Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti sesuatu mencakar dinding. Terus berderau darah aku. Untuk menyedapkan hati, aku anggap bunyi itu sebenarnya mungkin bunyi kipas angin aku yang dah nazak. Suasana sunyi seketika. KISHHH! KRISHHH!! KRIKK KRIKKK KRIKK!!! Bunyi itu kedengaran sekali lagi. Kali ini aku pasti itu bukan bunyi kipas, tetapi ada sesuatu 'entiti' yang sedang mencakar dinding ataupun lantai di bilik aku. Mulut aku terkumat-kamit membacakan kalimah suci sebagai pendinding. Doa Qunut yang aku tak lancar bahagian Qodoit Afait tu pun aku kini boleh baca dengan bacaan tajwid yang betul. Oh Tuhan lindungilah hamba-Mu ini daripada dipaparkan di majalah Mastika. Ketika itu, satu bau yang amat busuk mula menusuki hidung aku. Baunya banjingan itu meresap jauh ke dalam hidung menyebab aku muntah tetapi tak keluar apa-apa. Sumpah busuk nak arwah bau itu lagi busuk daripada bau ketiak salah seorang ex-classmate aku semasa tingkatan tiga.

Aku berkata di dalam hati untuk memberanikan diri, "KAMON FAIZAL KAU KENA BERANI SEBAB WAJAH KAU MEMANG WAJAH ORANG YANG BERANI". Tangan aku terketar-ketar cuba mencapai suis lampu. Aku menutup mata sambil membuka lampu. Bunyi cakaran sudah berhenti tetapi bau busuk itu masih berlegar-legar di awangan. Aku memguatkan semangat untuk membuka mata. OH MY GOD ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT SUASANA NGERI DI HADAPAN MATA AKU....!!!!

(kena scroll bawah sikit untuk menambah elemen suspen)






























Kurang sopan kau Persona Megatron pergi berak dekat alas kaki aku pulak. Aku dah latih dia agar berak di tempat yang disediakan di bawah. Tapi aku tak marah kat dia sebab dia comel dan mungkin dia nasih tak tahu jalan dari bilik aku ke dapur. Sekian, Assalamualaikum.

Thursday, July 8, 2010

Why Men Don't Watch Twilight


ARGHHHHH R-PATZZZ!! Eclipse premieres today. My officemate Kunal said, 'real men' don't watch Twilight. No Kunal, real men can watch anything that they want. How do you actually measure if someone is a real man or not? Obviously not by what we see on the tv or the movies. It's simple really, if you have a set of hanging testicles, then you're a real man. Unless you let someone who has a moustache gargle your balls.

Aku sengaja tulis intro dalam bahasa Inggeris sebab kawan aku Kunal tidak boleh berbahasa Melayu walaupun dia orang Malaysia. Berbalik kepada tajuk asal, ramai lelaki yang tidak mahu mengaku yang mereka mahu menonton ataupun telah menonton Twilight. Terdapat banyak faktor yang membuatkan kaum lelaki yang menggelarkan diri mereka 'lelaki sejati' untuk membenci Twilight. Sebagai seorang lelaki yang agak sejati juga, aku ingin membuat pendedahan eksklusif mengapa orang lelaki tidak mahu menonton Twilight.

1) Takut dituduh homoseksual oleh rakan-rakan sebaya

Ini adalah faktor utama mengapa kebanyakan lelaki tidak menonton Twilight. Jauh di sudut hati, mereka memang berbunga-bunga untuk menonton tetapi terpaksa menguburkan sahaja niat mereka untuk menonton Twilight. Di dalam benak fikiran mereka sudah ada satu mindset yang mengatakan 'If you watch Twilight, then you're gay'. Yelah badan ada tatu, minum minuman beralkohol, main bola sepak lepas tu pergi tengok Twilight. Macam ada sesuatu yang tak kena di situ bukan? Besides, yang ada dalam panggung wayang nanti adalah 90% gadis-gadis bawah umur yang histeria setiap kali Edward ataupun Jacob muncul. 8% pula terdiri daripada mak budak yang meninggalkan anak mereka di rumah mertua untuk memenuhi fantasi percintaan yang tidak mungkin dikecapi bersama suami. Adakah anda mahu menjadi 2% lelaki yang berada di panggung itu? Jika anda menjawab ya, anda seolah-olah bersetuju dengan tohmahan tentang orientasi seksual yang rakan-rakan anda lemparkan.

2) Baru lepas berpisah dengan teman wanita

Dulu semasa bercinta, hari-hari mengungkapkan kata-kata cinta seperti "Aku cintakan kau buat selama-lamanya, umpama cinta Edward terhadap Bella" ataupun "Apabila kita sudah berkahwin nanti, barulah sayang boleh menghisap dara ku". Tup tup berpisah pula di saat-saat Twilight episod ketiga hendak ditayangkan. Baru last week bercadang hendak tengok Eclipse bersama-sama. Siap dah beli twin seat awal-awal lagi. Mana tak patah hati beb. Pandang muka Bella, teringat kat bekas gadis kita.

Don't talk crap by saying that you want to watch the action scenes like the Vampire vs Werewolves. Twilight is a romantic movies using the whole vampire thing as a cover. Sebab itulah tiada jejaka yang akan menonton Twilight seorang diri, especially jika memang tiada teman wanita ataupun baru berpisah dengan awek mereka.

3) Kurang keyakinan diri

Filem Twilight memaparkan manusia-manusia yang molek rupa paras dan tubuhnya. Mengikut buku Twilight yang aku pura-pura baca, wajah Edward Cullen diterangkan dengan Izhar Halqi, iaitu jelas dan nyata serta penuh detail. Senang cerita Edward tu memang kacak nak arwah la. Samala seperti Jacob yang memiliki 7-pack di badan (lebih 1 pack daripada manusia biasa).

Jejaka yang kurang keyakinan diri sudah pasti akan berasa tergugat melihat objek yang jauh lebih tampan dan gagah daripada mereka. Itu sebab mereka menjauhkan diri daripada menonton Twilight. Emosi mereka akan terganggu dan setiap malam meracau-racau mengapa mereka tidak boleh memiliki physical appearance seperti Edward dan Jacob. Ada yang lebih ekstrim terikut-ikut dengan perangai pelakon Korea terus menggantung diri dengan wayar telefon kerana akibat tidak mampu menahan tekanan kerana muka tak hensem. Rileks la oi

So where do I stand in this 'real men issue'? Let's see,

1) Aku tidak bimbang dituduh gay, kerana aku seorang jejaka metroseksual;

2) Aku ada gadis (sorry girls and some guys), so aku boleh cakap yang gadis aku 'paksa' aku tengok Twilight;

3) Kurang keyakinan? Well nama blog pun Yang Penting Rupa, sudah pastilah paras rupa aku ni melayakkan aku menghiasi muka depan majalah Anjung Seri. Eh? Okla tubuh badan je kurang sikit sebab aku sekadar ada 1 pack;

So berdasarkan sebab-sebab di atas, tiada masalah untuk aku menonton Twilight. Anda bagaimana? Mahu menonton ke? Terpengaruh dengan hype ke? Tak kiralah anda jejaka ataupun gadis. Enjoy the recycled poster!




Wednesday, July 7, 2010

Faktor-Faktor Kegagalan Panggung Wayang di Warta


Ini adalah kesinambungan entri di bawah. Sebagai penduduk Bangi yang sejati, memberi sokongan membabi-buta terhadap apa-apa produk/perkhidmatan/selebriti yang terhasil di Bangi memang sudah termaktub dalam Perlembagaan Bersepadu Bandar Baru Bangi. Ini termasuklah memberi sokongan terhadap panggung wayang yang baru dibuka di Warta. Ketika Shuhud memberitahu aku tentang pembukaan panggung wayang di Warta, aku memang tidak percaya dan terus mencarut ringan. Tetapi apabila aku lihat dengan mata sendiri terus duduk di antara dua sujud aku di hadapan panggung sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat yang Tuhan berikan. Filem pertama yang aku tonton di sana adalah Batman yang first. Sumpah memang penuh satu panggung ketika itu. Ketika itu, panggung wayang itu di bawah pengurusan MBO. Selepas itu, aku turut menonton filem-filem seperti Superman, King Kong dan Chronicles of Narnia. Bilangan penonton semakin kurang dengan purata 8 orang sekali tonton.

Kalau 8 orang sahaja yang tonton dalam setiap tayangan, pastilah akan mengalami kerugian bukan? Di atas faktor itulah MBO gugur di medan wayang. Kecewa sekali aku ketika itu sehinggakan aku mengalami gangguan emosi. Manusia bila dah berduka baru nak ingat kat Tuhan kan? Aku mula pergi ke surau untuk solat Maghrib berjemaah. Sehinggalah pada satu hari aku mendapat telegram yang mengatakan wayang Warta kembali dibuka dengan pengurusan baru, perhiasan baru, serta akak jaga kaunter baru. Terus inzal aku ketika itu dan membuat parti kesyukuran dengan menonton Wolverine. Keghairahan aku hanya bertahan sebentar sahaja. Hatiku sekali lagi diremukkan apabila wayang di Warta ditutup tuk kali kedua. Ayuh kita kaji faktor-faktor kegagalan panggung wayang di Warta.

1) Mentaliti masyarakat sekeliling

Apabila anda mendengar perkataan 'Warta' buat kali pertama, apa benda yang anda terlintas di fikiran anda? Warta...ada orang akan terbayangkan tandas awam, ada orang lain akan terbayangkan keropok losong Terengganu, dan ada juga yang membayangkan jalan tanah merah di kampung. Pendek kata, nama Warta itu tidak cukup 'gah' untuk dilawati dan diliwati. Yelah orang bandar kan, apa kelas pergi Warta. Paling kurang pun nak pergi jalan-jalan kat Pavilion pakai beg tangan Jurulatih ataupun kasut Nike SB Dunk High Thai Temple Eric Koston korang tu. Kawan tanya kat kita, "Eh nak pergi tengok wayang kat mana?" Malulah wei nak jawab pergi tengok kat Warta. Well kadang-kadang mereka ini memang ignorant. Warta ialah pasaraya di dalam Kompleks Bangi Utama. Bangi Utama kan gah sikit nama dia macam One Utama?

Dahulu Warta juga menjadi tempat lepak Samseng Jalanan. Setelah penat merempit di Bulatan Pekeliling, mereka akan mengurat 'Kak Long' duduk di kentaki kongsi coleslaw. Maka sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam, menyebabkan orang tidak mahu untuk berkunjung ke Warta.

2) Tiada publisiti

Secara jujurnya, jika anda pernah melawat Warta ataupun tinggal di sekitar kawasan Warta, adakah anda tahu dengan kewujudan panggung wayang di tingkat atas? Tak boleh juga hendak salahkan pihak umum jika mereka tidak tahu akan kewujudannya, kerana memang tiada publisiti tentang panggung wayang di Warta. Pengiklanan itu penting apa salahnya melabur sikit bagi orang tahu. Kalau nak kata iklan mahal, tak jugak sebab boleh je iklan dekat suratkhabar Harakah ke, Cats Magazine ke takpun tampal je iklan macam iklan Urutan Tradisional Zahir dan Batin macam dekat traffic light tu. I did my part by posting entries about the cinema, tapi yang baca blog aku masa tu cuma kawan-kawan aku saje.

3) Tayangan filem tidak konsisten

Tidak semua filem terbaru ditayangkan di panggung wayang Warta. Kadang-kadang sehari tu ada satu show je. Siapa nak tengok filem Sundel Bolong Returns kan? Pilihan pengunjung menjadi kurang sekaligus membantutkan niat mereka untuk mengajak keluarga menonton bersama. It is understandable yang mereka ni tiada bajet untuk membeli DVD filem terbaru yang mahal, tetapi pihak pengurusan harus mendengar kehendak syahwat para penonton.

4) Filem lambat ditayangkan

Dalam surat khabar kita boleh lihat intisari wayang. Tapi aku cari memang tiada intisari rancangan untuk pawagam di Warta. Laman web pun tiada maka satu-satunya cara untuk mengetahui filem apakah yang akan ditayangkan adalah dengan pergi melawat tempat kejadian. Tapi selalunya apabila kita lawat kita akan berasa hampa dan kecewa kerana filem yang kita mahu tonton akan hanya ditayangkan selepas 8 bulan. Bayangkanlah panggung wayang mainstream lain sudah paparkan filem Evolusi KL Drift kat Warta baru nak tayangkan filem Tragedi Oktober lakonan Awie dan Amy Mastura.

5) Pop corn yang lemau

Barbie bertih jagung dia masuk angin, air berkarbonat tapi tiada gas, kerusi macam kerusi bas kilang, speaker pakai speaker Altec Lansing sahaja, penjaga tiket yang mukanya macam kena parang walaupun selalu mengukir senyuman....ahhh banyak lagi flaw yang aku boleh sebut tentang kemudahan awam di panggung wayang Warta. Anyway aku still pergi juga tapi apakan daya, usaha kami untuk menyelamatkan panggung wayang Warta ternyata tidak mencukupi.

Korang buatlah "Kempen Mengembalikan Panggung Wayang Warta' di Fesbuk aku pasti join nanti.

Tuesday, July 6, 2010

Perkara-Perkara Unik Yang Hanya Boleh Didapati di Warta

Mengikut kajian pola petempatan berpusat di Malaysia, kita boleh mengklasifikasikan kompleks membeli belah kepada tiga kelas iaitu Upper Class, Middle Class, Slightly Lower Class dan paling bawah, pasar malam. Contoh kompleks membeli belah Kelas Atasan ialah Pavilion dan Suria KLCC. Pasaraya Sogo dan Jaya Jusco merupakan jenis kompleks kelas pertengahan dan bagi pasaraya kelas bawahan, contoh yang ketara adalah Pasaraya Warta di rumah aku. Gempak bukan intro aku ini nampak macam entri bertauliah pula.


Di sini aku hendak memberi fokus tentang keunikan Pasaraya Warta di Bandar Baru Bangi. Well sebenarnya nama kompleks ini Bangi Utama, dan Warta telah digantikan dengan Bintang, tapi orang Bangi masih memanggilnya Warta kerana papan tanda 'WARTA' masih tersergam indah. Tak kisahlah orang nak kata Warta ini picisan ke apa, tapi aku suka juga membeli belah di Warta ini. Korang pun mungkin ada pasaraya picisan sebegini di kawasan rumah korang, Ayuh kita lihat perkara-perkara unik yang hanya boleh didapati di Warta. Oh unik tak bermakna sentiasa kool. Menjengkelkan pun ada.

1) Memakai kaftan ataupun boxer ke Warta

Ini memang pemandangan yang semulajadi di Warta. Pandang kiri kanan depan belakang anda pasti akan nampak mak orang yang tidak menjaga badan selepas berkahwin memakai kombinasi kaftan (or baju kelawar) dan tudung senang sarung yang keras di hujung tu. Pakai kaftan kau tahulah kan jarang dan kadang-kadang tersembul juga buah dada kiri. Tapi kau pakailah kaftan ke boxer ke orang memang tidak akan memandang hina kepada anda. Cuba kau pakai baju kelawar pergi Pavilion mau kena cota dengan pengawal keselamatan sambil dihina.

2) Boleh menonton wayang dengan harga RM5

Cuba bagi tahu aku wayang mana kat dunia ni yang menawarkan harga tiket RM5? Tiada, melainkan kau pergi tengok wayang kulit dekat TGV Kota Bharu. Gila kool menonton wayang di Warta. Kalau tak percaya dengan kekoolannya, sila lihat entri klasik ini. Tetapi malangnya, panggung wayang di Warta tidak dapat bertahan lama lalu muflis. Mungkin aku harus membuat dedicated entri tentang faktor-faktor kegagalan panggung wayang di Warta.

3) Boleh membeli kaset XPDC

Di Selangor ini, hanya terdapat 2 kedai yang masih menjual kaset. Satu kat kedai kaset Taa Fook di Kajang dan satu lagi di Warta. Sekarang ini zaman cakera padat ataupun muat turun sahaja lagu dan nada dering di Internet. XPDC tu sekadar contoh sahaja, anda boleh mendapatkan kaset Ramlah Ram, kumpulan A to Z dan juga Rhoma Irama di Kedai Muzik Harmony (aku main belasah je nama dia buat masa ini).

4) Boleh menghafal lagu Maher Zain


Ok yang ini memang menjengkelkan. Kau masuk sahaja parking, kau dah boleh dengar dah suara ala-ala Kris Allen menyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan dalam bahasa Inggeris. Mendengar lagu Maher Zain adalah umpama mendengar lagu kakaknya Ziana Zain; sekali dengar memang wau tetapi jika direpeat 24x7 memang rasa macam nak meninju penjual kaset tuh. Aku yakin akak yang jual samosa dan abang yang jual water filter sebelah kedai jual album nasyid dan ceramah tu lebih merana kerana terpaksa mendengarnya sepanjang masa. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi basah nyanyian Maher Zain. Ok yang ini aku tak ezajerit kalau korang tak percaya, lepas baca entri ni terus cari teksi datang ke Warta Bangi. Kalau korang tak dengar lagu Maher Zain, aku akan belanja korang sepaket Milo Fuze.

Bagaimana? Korang ada benda-benda yang unik tak di pasaraya berhampiran rumah korang? Kalau setakat Pasaraya Hero tak usah banyak bicara la Muaz.

p/s: adakah perkara ini berlaku kat korang? komen baru muncul di emel tetapi tidak muncul di blog. tampak seperti common issues yang baru timbul sehari dua ini. aku tak buat comment moderation pun jangan ingat aku tak terima komen membina korang pula aku kan gila komen. tapi kalau komen secara anon tanpa sign in dia muncul pula. jika mahu boleh laporkan di:
http://www.google.com/support/forum/p/blogger/thread?tid=3dcb02c83302034f&hl=en


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...