Tuesday, August 31, 2010

Tanda-Tanda Anda Belum Cukup 'Merdeka'

Apa sebenarnya definisi merdeka? Jika anda tanya soalan itu kepada orang yang mengalami sendiri zaman kemerdekaan, dan anda tanya soalan yang sama kepada muda-mudi zaman sekarang, anda pasti akan mendapat jawapan yang berbeza. Jika tanya aku pasal kemerdekaan, secara jujurnya aku hanya tahu apa yang diajar dalam subjek sejarah sekolah menengah. Itu pun ingat-ingat lupa. Jadi bagaimanakah kita boleh mengukur tahap kepatriotikan (betul ke ayat ni) seseorang itu? Mengikut kajian sejarah tempatan yang aku buat semasa tingkatan empat, terdapat beberapa tanda-tanda kecil yang menunjukkan anda ini belum cukup merdeka. Sejarah SPM aku dapat B so korang jangan taksub sangat. Ayuh teruskan membaca.

1) Membangga-banggakan lagu dari seberang

Aku meminati kumpulan The Times. BAHAYA! Sedang menunggumuuuuu uuuuu. Dulu-dulu Abang Naza, selaku vokalis kumpulan itu telah menerapkan mentaliti membenci muzik dari seberang dalam setiap persembahan live mereka sehingga aku pun terikut-ikut. Jika anda mengenali saya secara personal, anda pasti tahu yang saya tidak mendengar malah berasa kurang senang mendengar muzik Indonesia. Tapi aksi ghairah 3GP Melayu tapi sebenarnya Indon memang aku mengaku aku tengok kadang-kadang kalau Fandi supply.


Mungkin instead of mendengar Hot.fm yang airplaynya banyak muzik dari seberang, kita boleh berjinak-jinak dengan xfresh.fm. Percayalah kata-kata aku, pemuzik tempatan kita sebenarnya berbakat. Setiap satu pemuzik dari Indonesia yang korang namakan, aku boleh counter dengan satu pemuzik Malaysia yang lebih gagah. Sheila on 7? Kita ada Sheila Majid. Rhoma Irama? Kita ada M Daud Kilau. Aksi ghairah Luna Maya? Kita ada Wan Nur Azlin. Dakwaan yang mengatakan muzik Malaysia nak cuba tiru muzik Indonesia adalah tidak berasas sama sekali.

2) Mengeji bola sepak tempatan

Mengaku sahajalah. Rata-rata kalian yang menonton bola hanya meminati liga-liga yang popular seperti Barclays Premier League dan La Liga. Sebut sahaja nama pemain dari kelab gergasi Manchester United kita dah boleh namakan sekali WAGs serta makanan kegemaran mereka. Arena bola sepak tempatan langsung dianak tirikan. Antara alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang membenci liga tempatan adalah:

a) Tidak boleh ditonton di Astro B.yond. Teknik rakaman juga nampak dull dan suram.

b) Komentator yang membuat kita rasa hendak melakukan dosa besar seperti minum arak dan berzina.

c) Tiada pemain bertahap kelas tinggi. Dulu adalah seorang yang bernama Akmal Rizal Rakhli, tapi dia dah gemuk sekarang.


d) Liga Malaysia tiada Fantasy Football. Ya, ramai orang tengok bola bukan sebab keghairahan menonton bola, tapi sebab nak tengok player dia mendapat point tertinggi pada minggu tersebut.

Memetik bait lagu KRU C'mon Lah:

So which team do you support here?
Melaka, Pahang, Selangor or Johor,
Cause at the mamak stalls they watch the EPL score,
Maybe that's why it's hard for our national team to beat Singapore


Brilliant.

3) Mengeji filem-filem tempatan

Haa haa walaupun aku turut mengeji kualiti filem-filem Melayu, aku masih juga pergi menonton filem-filem tempatan di pawagam untuk at least memberi peluang dan menunjukkan aku tetap menyokong industri perfileman kita. Antara filem-filem Melayu yang aku tonton di pawagam yang mendapat rating najis mughollazoh daripada pengkritik filem adalah Gila Bola dan Zombie Kampung Pisang. Cadangan siapa tah nak pergi menonton wayang di Hari Raya ketiga, pergi tengok Gila Bola pula. Zombie Kampung Pisang aku memang tak ketawa langsung. Aku berasa hairan kenapa makcik di belakang aku ketawa terkekek-kekek sehingga terkencing. Ada juga filem-filem Melayu yang 'promising' tapi masih gagal mendapat tempat di hati penggemar filem yang aku tonton di pawagam seperti Apa Kata Hati, Antoo Fighter (decent special effect), dan almost all KRU Production movies.

Tapi filem-filem arahan Prof A. Razak Mohaideen ataupun filem Senario kau boleh sekadar tengok trailer pun cukup kerana filem-filem bergenre 'komedi situasi' ataupun 'komedi seram' itu terlalu klise dan hanya mengitar semula formula daripada filem-filem sebelumnya dalam sekuelnya nanti.

4) Anda bekerja di Hari Kebangsaan

Ahhh aku taip entri ini di pejabat tadi. Hik hik hik. Tatkala orang sibuk menonton siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan di kaca TV, aku pula sibuk mengajar orang Australia bagaimana hendak melakukan Windows Update menggunakan medium emel.

Tapi hakikatnya semua cuti yang berkaitan dengan Malaysia aku kerja sebenarnya. Maklumlah kompeni orang kafir. Kerja public holiday tak bagi double pay pulak tu. Cis. Tapi raya ini aku dah apply cuti seminggu. Oh yeahhh.

Aku pun buat juga perkara-perkara di atas, ternyatalah aku ini belum cukup Merdeka. Tapi aku hafal lagu Merdeka Butterfingers.



Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa di Concorde Inn

Di satu petang Ramadan yang hening...

Mama: Ijaiiiiiiiii!

Aku: Yes mother.

Mama: Hari ni nak berbuka kat luar tak?

Aku: Ala malasla mama kita buka kat dalam jela. Kat luar panas kat dalam ada aircond. Hik hik.

Mama: Haa haa haa lucunya anak mama ini. Serius memang lucu nak arwah. Mama tak sangka Ijai ada bakat untuk jadi pelakon komedi. Mungkin Ijai patut join Raja Lawak musim depan. Mungkin Ijai patut....

Aku: Ok mother ok I got it. Nak buka kat mana?

Mama: Pak Long ajak berbuka kat Concorde Inn....tak payah bayar satu sen pun. Oh yeahhhh.

Aku: Oh yeahhh. At least ada material nak update blog nanti kan. Ayuh!

Begitulah teks perbualan yang dimodifikasi antara aku dan mama semalam. Makan free siapa taknak bukan? Buffet di hotel pulak tu huiii memang terus hilang keletihan berpuasa. Last year Pak Long aku turut menjemput aku berbuka di Concorde Inn juga. Seingat aku, makanan yang ditawarkan menyelerakan juga. Aku harap korang membaca entri ini sebelum berbuka bagi menguji keimanan. Ayuh teruskan membaca tapi jangan jilat skrin anda.

Kami bertolak dari Bangi dalam pukul 6. Hotel Concorde Inn terletak di Sepang, berhampiran dengan KLIA. Kalau kau bawak kereta laju, dalam 30 minit boleh sampai. Nama restoran dia Melting Pot. Sekarang mereka ada promosi buffet, RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak belum baligh. Kemudahan-kemudahan seperti surau, kerusi kanak-kanak serta tv lcd untuk menonton perlawanan bola sepak. Kalau nak mencuci mata sementara menanti waktu berbuka pun boleh dengan melihat orang putih sekadar berbikini di restoran tersebut. Gambar di bawah merupakan ahli keluarga Pak Long aku.


Setelah mempromote tempat mereka, ayuh kita lihat gambar makanan pula. Bulan puasa ni nafsu makan kita semakin tinggi sebenarnya. Bagi memberi penghormatan kepada Pak Long aku yang membelanja aku tanpa mengharapkan balasan (I think), aku pun mengambil makanan sebanyak yang boleh.


1) Nasi putih berlaukkan Sotong Kalio, Kentang Bakar Cajun, Fish roll in cream sauce, Ayam Masak Apa Ntah dan sayur kobis. Aku makan lauk sahaja, nasi tak habis.

2) Rusa, kambing dan ayam panggang. Rusa beb eksotik gila. Aku tak pernah makan rusa tapi rasa dia lebih kurang macam kambing je kot. Ataupun itu sebenarnya kambing aku je yang buta daging.

3) Spaghetti. Ada stesen pasta kau kena order. Rasa dia biasa sahaja.

4) Pencuci mulut seperti puding roti, kek coklat, tart telur dan ciskek.

5) Eh ini bukan aku punya.

Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dalam kawah seperti ketam masak lomak, daging masak kurma, siput sedut pakai straw. Jika anda tidak mahu makan nasi, anda boleh makan rojak, sate, sushi, pelbagai jenis kuih-muih, ice cream, bubur taraku cha cha. Jika anda tidak makan binatang, anda boleh makan salad.


Ahh gila kekenyangan saiz perut terus menjadi 37". Kalau anda pergi berbuka kat sana dalam waktu terdekat ini, anda akan dihiburkan dengan kugiran zapin. Nak buat permintaan lagu raya pun diorang boleh laksanakan. Kesimpulannya, dapat membaham makanan hotel untuk RM 49, agak berbaloi juga. Lagipun pihak Jakim sudah menyenaraikan Hotel Concorde in dalam senarai hotel yang halal. So walaupun korang puasa tapi tak solat 5 waktu tapi mementingkan kesucian makanan, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi.

Team Bangi, kita berbuka di luar cuti hari Merdeka nanti nak tak? (walaupun aku tak cuti T_T )

Thursday, August 26, 2010

Cara-Cara Hendak Menjadi Popular Di Facebook

Semua orang ada akaun Facebook. Mama aku pun ada akaun Facebook tapi aku tak menambah mama aku sebagai rakan nanti malulah aku kena bebel secara maya akibat perilaku berbaur seksual aku di Facebook. Walaupun kita semua ada akaun Facebook, apakah yang membezakan profile Facebook kita? Populariti. Bagaimanakah kita hendak tahu sesuatu profile ataupun individu itu popular? Tanda yang paling obvious adalah bilangan rakan anda dan bilangan komen di wall anda. Anda mungkin telah lama berdaftar di Facebook, tetapi anda mungkin sekadar memiliki 86 orang rakan kerana anda ini dibenci ramai. Please note that jika rakan anda lebih 1,000 kerana anda main add secara membuta tuli hanya kerana terdapat 'mutual friends' tidak diambil kira.


Dahulu aku pernah membuat entri 'Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook' episod satu dan dua. Well untuk menuju ke puncak kepopularitian tidak susah sebenarnya, anda hanya perlu membuat perkara-perkara yang harus dihindari itu. Hanya kaum minoriti sahaja yang akan membantah perilaku anda. Persetankan apa orang kata, dah popular nanti anda boleh menghina kembali mereka. Ayuh kita kaji tips-tips untuk menjadi popular di Facebook.

1) Bergambar gedik dan ghairah

First impression itu memang penting. Apa yang orang lihat buat kali pertama ialah profile picture anda. Pastikan anda privatekan profile anda untuk menambah elemen misteri, barulah orang berasa resah gelisah melihat profile anda tapi tak boleh lihat semua. Jika anda memiliki paras rupa yang menarik tanpa pembedahan plastik, you're one step ahead already. Anda hanya perlu bermekap tebal dan membuat aksi muncung Megan Musang dan setiap hari pasti ada pengganas seksual ataupun jejaka/gadis horny yang add anda.

Jika muka anda ni jenis yang buat pembedahan plastik pun tak boleh nak diselamatkan lagi macam Fandi, usah gusar. At least anda masih ada payu dara bukan? Kaum jejaka ingin melihat payu dara anda kerana itu memang fitrah kejadian manusia. Kaum gadis pun ingin melihat payu dara anda kerana mereka memiliki daya saing yang tinggi nampak orang lain cantik sikit mereka pun nak juga. Jadi anda hanya perlu membuat sedikit pendedahan menampakkan lurah-lurah dada ataupun punggung sehingga para penonton mencetuskan aksi Right click > Save image as > dadafandi.jpeg untuk dibuat modal aksi berdosa.

"tapi saya pakai tudung, tak boleh nak dedah sana sini"

Tak apa. Jika anda lihat trend sekarang, pakai tudung pun orang boleh ghairah juga sebab pakai baju ketat nak arwah. Nak efek yang mampat dan padu, pakai sahaja baju adik anda biar jadi macam sarung nangka.

"tapi aku lelaki macamana nak bergambar ghairah?"

Siapa kata tak boleh? Ambil sahaja gambar di kolam renang. Masakan majalah Mangga boleh laku kalau tiada aksi tunjuk bulu dada di kolam renang? Untuk membuktikan teori aku ini, kepopularitian Hisyam (Ise) meningkat setelah meletakkan gambar seksinya di Facebook.



2) Memanipulasi tarikh hari jadi

Sebosan manapun profile anda, ada satu hari yang akan membuat kepopularitian anda mencanak-canak; hari jadi anda. Semasa hari jadi, semua rakan anda akan mendapat notifikasi dan mereka pun akan berpusu-pusu meninggalkan ucapan hari jadi yang disertakan dengan hadiah secara maya. Fuii jenuh nak mereply satu-satu. Masa tu mesti anda rasa popular macam Karen Mok bukan? Mengetahui hakikat itu, mengapa tidak memanipulasikan tarikh hari jadi anda? Katalah hari ini merupakan hari jadi sebenar anda, mungkin ada boleh ubah tarikh hari jadi anda selepas 2 minggu. Rakan anda tak perasan punya kerana dah banyak sangat hari jadi rakan di Fesbuk. Pap pap pap wall anda akan penuh lagi dengan testismonial hari jadi. Tapi janganlah tukar tarikh setiap 2 hari nanti kantol anda dicap attention whore pula walaupun itu memang hakikatnya.

3) Memanipulasi status perhubungan

Budak-budak sekolah yang tak matang selalu buat benda ni. Cipta satu akaun palsu letak gambar gadis hangat sikit. Lepas tu buat-buat bercinta dengan dan meletakkan status 'In a relationship with __________'. Jika difikirkan dari sudut kepopularitian, tindakan itu sebenarnya genius. Dah agak-agak sudah bosan, tukarlah status kepada 'Single'. Nescaya orang yang masih single dan tiada teman akan memberi simpati dengan memberi komen-komen seperti "That's okay bro. Menyusahkan je bercinta ni" ataupun "Bersabarlah Limah, setiap perkara itu ada hikmahnya"

See, mudah sahaja untuk menarik perhatian orang. Kalau anda memang betul-betul baru berpisah pun, masa inilah untuk anda 'rebound'. Ramai jejaka desperate di luar sana yang akan mengurat anda kerana di waktu itulah anda memang fragile. Anda pun layankan sahaja mereka-mereka itu kerana anda perlukan sesuatu untuk melupakan bekas teman lelaki anda.

4) Mencuri identiti orang terkenal


Tahukah anda tidak semua selebriti itu memiliki akaun Fesbuk? Ada yang buta IT, ada yang tiada masa, dan ada juga tidak ambil peduli tentang fanpage mereka. Kesempatan ini anda harus gunakan untuk mencuri identiti mereka. Tapi jangan curi identiti artis yang memang aktif berfesbuk, kena serang dengan peminat mereka nanti. Kau carilah artis-artis yang dijamin tiada akaun Fesbuk seperti M Daud Kilau ataupun Ustaz Ismail Kamus. Eh jangan, aku baru cek Ustaz Ismail Kamus ada Fesbukla haa haa ok kau menyamarla jadi Ustaz Syukri yang mengajar kat Sekolah Agama JAIS sampin hijau tu.

Walaupun hakikatnya bukan anda yang popular, at least anda dapat bergaya seperti seorang selebriti.

5) Mengeluarkan status berbaur fitnah / kenegerian / keagamaan

Cuba kau orang buat status;

"Aku tak sangka Bangi nie hina, xde famous amos kt Bangi. yang ada kt Alamanda jer. bandar konon. gerek apenyer. wut a jerk"


2 jam selepas status itu dipaparkan, akan wujud satu group membenci anda yang dicipta oleh rakyat Bangi dan disertai oleh 12,000 orang Melayu yang lain. Orang Melayu tipikal je, kaum lain tak ambil kisah sangat perkara sebegini kerana mereka ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Setiap laman blog akan menulis tentang anda, memaparkan gambar anda dan disertai dengan kata cacian yang meyayat hati. Anda sudah meminta maaf, menghapuskan akaun Fesbuk anda, tetapi dalam hal sebegini, Melayu tidak mudah lupa. Anda pergi ke kedai membeli gula akan dicaci, pergi buat senamrobik di sebelah tasik pun dikeji. Well at least anda kini lebih popular daripada Jimmy Stanley. Itulah tujuan yang sebenar bukan? Barulah boleh jadi popular macam Nor Azita Osman ataupun Sally Gregor Samosa.

Diharapkan dengan panduan-panduan di atas, anda dapat menjadi semakin popular di Fesbuk. Pasti ramai orang yang berpusu-pusu untuk menambah anda sebagai rakan dan meletakkan komen di gambar dedah dada anda. Bila dah popular nanti jangan lupakan ibu bapa di kampung ya. By the way penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelukaan / cacian / tindakan mahkamah yang anda mungkin terima setelah melakukan perkara-perkara di atas. Alah nak popular you have to pay the price la kan.

Tuesday, August 24, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia di Stesen Minyak

Aku kalau isi minyak mesti kena isi minyak Petronas. Aku ada mentaliti aneh di mana kita tidak boleh campurkan minyak pelbagai jenama takut enjin kereta kita keliru nanti. Di rumah aku ada sebuah stesen minyak Petronas. Memang convenientla untuk aku mengisi minyak, mengeluarkan wang dari CIMB mahupun menambah nilai kad Touch n Go. Oleh kerana pergi ke stesen minyak sudah menjadi rutin, maka aku ingin berkongsi tabiat-tabiat stereotype yang boleh kita perhatikan di stesen minyak. Ayuh teruskan membaca.

1) Tak ingat nombor pam

Ini perkara yang semua manusia termasuk aku dan kalian yang sedang membaca entri ini tanpa mengira umur, bangsa mahupun saiz payu dara. Kita keluar sahaja dari kereta, pandang nombor pam, ok nombor tiga. Dalam fikiran kita dah cuba hafal dan siap buat lagu lagi sebagai teknik untuk ingat fakta macam kita selalu nyanyi susunan unsur kimia dalam jadual berkala. TIGAAA TIGAAAAA TIGAAAAAAAAA terkumat kamit mulut kita macam membaca mantera potong 18 kerat Mona Fandey. Dengan penuh keyakinan kita pun pergi ke kaunter untuk membayar. Sebaik sahaja tiba di kaunter, secara automatik anda akan hilang ingatan dan anda pasti akan menoleh ke arah pam untuk melihat nombor pam anda. Berlaku setiap masa, usah nafikan.

2) Menggunakan telefon bimbit tanpa rasa gusar


Ok yang ini aku tak buat tapi aku selalu nampak orang buat. Diorang ni memang tak pernah tengok cerita cina TVB agaknya. Dalam cerita Cina itu, watak lakonan Charlene Choi bercakap di telefon bimbit semasa sedang mengisi minyak lalu stesen minyak itu meletup menjadikan Charlene Choi cacat. Wajahnya yang hodoh itu menyebabkan tiada orang yang ingin mendekatinya. Sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan Louis Koo, seorang doktor pembedahan plastik yang jatuh cinta dengannya.

Ok aku terbawa-bawa pula dengan contoh yang aku berikan. Walaupun aku tidak pernah dengar lagi stesen minyak yang meletup akibat orang bercakap di telefon bimbit, adalah baiknya jika kita ikut sahaja logo 'Dilarang menggunakan telefon bimbit' yang ditampal. Orang kata ini semua Urban Legend. Namun begitu, aku kalau nak isi minyak mesti aku tinggalkan telefon di dalam kereta kerana aku tak mahu jadi macam Charlene Choi. Kalau aku nampak orang bercakap di telefon bimbit, aku tak nafikan yang aku ada sedikit berharap ada berlaku letupan kecil sebagai pengajaran buat mereka.

3) Pekerja asing yang berkeras untuk membantu mengisi minyak

Kat Petronas rumah aku ni, aku rasa ada seorang pekerja Nepal/Bangladesh ataupun India Muslim aku pun tak pasti. Tugas dia adalah untuk membuat aku rasa awkward. Aku baru sahaja lepas membayar, aku dah nampak dia dok tercongok di kereta aku menunggu aku buka tempat isi minyak. Sambil dia mengisi minyak, dia akan cuba berbual-bual kosong dengan aku menggunakan tatabahasa yang terhad. Tanya aku beli kereta dekat mana, berapa ringgit harga kereta dan tanya aku ada Kad Mesra ataupun tidak. Lepas tu dah habis isi minyak dia masih berlegar-legar di kereta aku tanya nak cuci cermin ke tak. Belum sempat aku kata 'no' dia dan cuci dah cermin kereta dan cermin mata aku sambil meneruskan perbualan. Habis mencuci, dia masih tak reti nak beredar seolah-olah mengharapkan tips daripada aku.....sori beb orang Malaysia mana ada bagi tips melainkan tips ketika menjawab peperiksaan ramalan SPM.

4) Meminta sedekah ketika sedang mengisi minyak


Ini memang menjadi trend masa kini. Skarang kat stesen minyak pun dah boleh dijadikan port untuk meminta sedekah. Ada seorang budak perempuan kat Petronas, aku dah naik menyampah dengar rayuan dia. Dia pun pandai, kita tengah isi minyak tak boleh nak melarikan diri. Secara senyap-senyap dia datang dari belakang lepastu memulakan ucapan 'Assalamualaikummmmmmm....' dengan nada yang lembut sekali. Dia tak tunjuk bukti bergambar mahukan ID peminta sedekah yang valid lepas tu terus minta aku beri derma ikhlas untuk rumah anak yatim. Hoi aku anak yatim juga tapi aku bekerja keras mencari rezeki ok.

Mula-mula tu aku kasihan aku berilah seringgit. Tapi hampir setiap minggu dia membuat operasi aku pun menjadi hangin. Aku hangin kerana aku nampak dia beli aiskrim Drumstick menggunakan wang dermanya. Makan harta anak yatim berdosa besar kau tahu. So korang jangan terpedaya dengan dia aku syaki dia ni terlibat dengan sindiket peminta sedekah menggunakan kanak-kanak.

5) Menghidu bau petrol

Tahukah anda bau petrol aku boleh membuat anda ketagihan? Anda pasti tahu kerana saya yakin anda pun bau. Tatkala minyak sedang diisi cuba anda buat gaya The Rock If You Smelllllll......dan anda akan menyerap satu bau yang bisa membuatkan anda lalai dan alpa.

Ok tak elok bau petrol di bulan Ramadan. Makruh. Kalau dah berbuka tak apa kot.

Monday, August 23, 2010

Kejayaan di Bulan Ramadan

Mengikut teks ceramah klise oleh ustaz-ustaz di luar sana, hari Raya merupakan hari kemenangan setelah sebulan bertarung melawan hawa nafsu. Tetapi bagi aku, nikmat kemenangan sudah pun dirasai di bulan Ramadan ini. Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk riak dan takbur semata-mata, tetapi untuk dijadikan sebagai benchmark bagi mengukur tahap pencapaian kita di bulan Ramadan yang mulia ini. Ayuh teruskan membaca.

Kejayaan 1: Menurunkan berat badan

Dalam entri sulung bulan Ramadan tempoh hari, aku telah membuat spekulasi yang berat badan aku akan berjaya diturunkan. So tadi selepas membuat persediaan seperti berkumuh melalui punggung dan menanggalkan baju dan boxer untuk memastikan tiada berat berlebihan, aku pun menimbanglah berat aku. Oh yeahhh kau lihat sajalah gambar di bawah.


Sebelum puasa berat badan aku 71.6kg kini menjadi 70.3 sahaja tanpa memakan shake aneh Herbalife. Cemburu buta bukan? Matlamat aku adalah menjadikan berat badan aku 68kg. Antara teknik mengurangkan berat badan secara drastik yang aku pelajari di Internet adalah memuntahkan kembali makanan sahur sebelum masuk waktu imsak. Jika berat badan berkurangan, ukurlilit perut pasti berkurangan juga. Saiz organ reproduksi maintain negro kot. Kalau korang berani nyatakanlah berat badan korang sekarang. Turun ke naik? Hihi.

Kejayaan 2: Berjaya menahan diri daripada melihat aurat berat wanita

Aku dengan bangganya ingin memaklumkan di sepanjang bulan Ramadan ini, tiada set lengkap payu dara yang ditonton secara rela. Sekadar side boobs dan lurah dendam pelakon orang putih dalam cerita yang ditonton di panggung wayang tu mungkin ada, tapi tidaklah sehingga tahap mengghairahkan. Terdapat juga godaan daripada rakan sebaya yang menawarkan stok-stok terbaru tapi semua aku tepis. Even permintaan Shuhud sejak bulan lepas untuk mendapatkan klip Peterporn pun aku buat tak endah sambil menasihatinya dengan baik.

Kejayaan 3: Berjaya berbuka puasa dengan semua ahli Team Bangi


Oh ini memang kejayaan yang menyeronokkan. Dapat duduk berkumpul berbuka puasa bersama-sama sambil mengumpat tentang bekas teman wanita dan manusia yang hangin di sekolah menengah memang sungguh mengasyikkan. Yelah mostly ahli Team Bangi sudah berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, kadang-kadang tiada masa untuk berfoya-foya seperti dahulu. Secara jujurnya jika korang tiada hidup aku akan dilanda kesunyian dan kebosanan. Aku tiada adik beradik lain selain Megatron dan Chevy. So koranglah abang/kakak/adik aku walaupun asyik nak mempengaruhi aku ke lembah kedurjanaan. Let's do this again sometime soon okay? Oh Shuhud sila datang ambil tempat barbeque kau ada kucing liar sudah menjadikannya sebagai sarang mengawan.

Kejayaan 4: Baju raya sudah siap!


Aku bukan seperti korang gadis-gadis ada at least 3 pasang baju raya. Baju Melayu aku untuk raya kali ini berwarna hijau muda. Dan baju itu sudah siap yay! Kesempatan ini aku ingin gunakan untuk mengeji mereka yang tidak sempat untuk menempah baju raya dan terpaksa memakai baju tahun lepas yang sudah sendat itu. Hik hik hik. Seluar jeans pun aku sudah beli 2 bulan yang lalu dengan harga bundle.

Kita asyik bercerita dengan kejayaan, namun begitu pasti terdapat kegagalan di dalam kehidupan kita yang fana ini. Di sini aku ingin berkongsi kegagalan aku di bulan Ramadan ini agar korang boleh jadikan iktibar.

Kegagalan 1: Solat terawih tidak lengkap


Faktor bekerja berat sepanjang hari, kemalasan dan rabun malam menyebabkan aku jarang keluar bersolat terawih. Aku ingin menyalahkan rakan sebaya sekali lagi kerana orang macam Fandi tu dia selalu tipu mak abah dia cakap nak Terawih kat surau rumah aku. Setelah itu, dia datang rumah aku ajak aku keluar minum kat Restoran Hassan. Aku pulak jenis yang tak boleh nak hampakan kawan. Ahhh...

Kegagalan 2: Langsung tidak bersenam


Walaupun kita sedang berpuasa, tidak semestinya kita harus menghentikan aktiviti senaman kita. Treadmill aku sudah ada sarang labah-labah dan kelawar tergantung akibat sudah 13 hari tidak digunakan. Aku berani jamin kalau kita buat senaman ringan seperti berjalan di atas treadmill selama beberapa puluh minit pasti berat badan akan berkurang dengan lebih agresif. Takdelah penat sangat pun sebenarnya. Tapi itulah, puas aku muhasabah diri untuk bersenam tapi aku tumpas juga dengan godaan katil yang empuk balik kerja terus tidur sehingga waktu berbuka.

Kegagalan 3: Gagal mengecapi malam Lailatulqadar


Harun Din kata malam Lailatulqadar akan hadir pada 10 malam terakhir Ramadan. Walaupun malam itu belum tiba, tapi aku awal-awal lagi memadamkan harapan aku untuk mengecapi nikmat ini. Aku cuma bersikap realistik. Huii sekali dapat betul betul memang tak update dah blog keji ni nanti hik hik hik.

Demikianlah antara kejayaan dan kegagalan saya dalam edisi Ramadan kali ini. Anda bagaimana pula? Diharapkan semangat para pembaca telah tercetus setelah membaca testismonial kejayaan saya ini. Jangan lupa niat puasa esok.

Sunday, August 22, 2010

Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Anak Yatim

Setiap tahun, aktiviti berbuka puasa bersama-sama ahli Team Bangi memang sudah menjadi suatu kewajipan. Sejak dari bermulanya Ramadan kami sudah merancang untuk berbuka bersama-sama, tetapi sudah banyak kali ditangguhkan. Antara faktor-faktor yang menghalang kami daripada berbuka puasa bersama adalah kesibukan bekerja serta kedegilan Fandi untuk berpuasa. Semalam, berbekalkan keazaman yang tinggi, kami berjaya mengatasi segala rintangan untuk berbuka puasa bersama-sama. Sebagai tanda kesyukuran, kami bersetuju untuk berbuka puasa di rumah anak yatim bagi menunjukkan yang kami ini prihatin dan berhati perut. Haa terus terbeliak mata korang membaca ayat sebelum ini. Ayuh teruskan teruskan membaca entri ini dengan penuh kekaguman.

Setelah mengadakan perbincangan lanjut, kami bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa di rumah aku kerana aku ni anak yatim. Mengikut pembahagian tugas berdasarkan warna kulit, Shuhud telah dipertanggungjawabkan untuk membawa set barbiequenya. Tapi tong gas tak mahu bawa sekali, cis. Kami berangan-angan nak masak sendiri walaupun skill masakan kami memang tahap kafir Quraisy. Berbekalkan bekalan daging ayam dan kambing penuh kolestrol yang disalut dengan sos rahsia buatan Jamil, kami mula membakar binatang-binatang yang telah diproses itu di belakang rumah aku dengan harapan jiran sekeliling akan berasa cemburu sebab diorang tak dapat makan ayam.


Lihatlah daging-daging di bawah. Terasa seperti hendak menjilat skrin komputer masing-masing bukan? Takpe jilatlah puasa tak batal makruh je pun.


Fandi membuat kejutan dengan membawa tomyam yang didakwa dimasak sendiri olehnya. Dia juga turut menakutkan kami dengan menawarkan diri untuk membuat cocktail tanpa alkohol. Memang cocklover kau ni Fandi. Tetapi sempena di bulan Ramadan ini aku akuilah cocktail kau memang lazat dan tomyam kau juga awesome walaupun pedas nak arwah.


Kami membiarkan kaum wanita menunjukkan skill masing-masing di dapur dengan memasak nasi, menggoreng telur dan mengumpat dan kami kaum jejaka mengambil kesempatan untuk berehat-rehat di bilik aku yang berhawa dingin bermain permainan video. If tak puasa mungkin mereka akan menonton pornografi ringan yang dibawa dari rumah.


Woohooo masa untuk membaham bebeh! Diketuai dengan bacaan doa makan oleh adik Shuhud yang belum baligh yang tidak puasa, kami pun menikmati juadah yang disediakan. Selain ayam panggang dan tomyam, Zul dan Ikram bawa KFC, Mizah pula berkeras hendak membawa salad buatan sendiri, Anas dan Zack membawa kek dan trifle yang mereka dakwa mereka cipta sendiri, Ise dan TEMAN WANITANYA menyediakan air buah dan air bergas. Memang ada gaya hendak membazir seperti syaitan ni.


Bak kata pepatah, ikut nafsu lesu. Makanan memang banyak lebih, perut kami terutamanya perut Jamil memang tidak mampu untuk menampung kehendak syahwat kami. Masing-masing hanya mampu bersandar sambil memikirkan alasan apakah yang patut direka untuk melarikan diri daripada sesi solat terawih berjemaah nanti.


Ini adalah makanan yang berlebihan. Haha memang sudah diagak bulan puasa ni kita semua benda nak makan. Rambang mata beli itu ini takut tak cukup. Last-last baru minum air secawan dah kenyang dah. Tapi kami bukan syaitan mengamalkan sifat pembaziran so setiap orang diwajibkan membawa balik makanan-makanan ini.


Walaupun kami semua kepenatan dan kekenyangan, kewajipan sebagai seorang muslim tidak akan dilupakan. You see, gambar di bawah sepatutnya dapat menjadi sumber inspirasi kepada para pembaca agar bersolat Isyak dan terawih berjemaah, namun begitu disebabkan oleh lakonan kaku beberapa orang makmum yang jelas tengah tahan gelak dan aksi takbiratulihram yang sesat oleh mualaf kat belakang tu, maka berkuranglah impak gambar ini.


Bukannya selalu kita dapat berkumpul, bergelak tawa, dan mengumpat sebegini. Sesungguhnya aku berasa gembira sekali dapat menganjurkan majlis berbuka puasa ini di mana semua ahli team Bangi (yang berada di Bangi) berjaya memberikan komitmen masing-masing. Terima kasih Da' Killa, Anas & Zack, Apai & Mizah, Jamil & Evi, Fandi & Ida, Ikram & Zul, Shuhud, Ise (dan TEMAN WANITANYA). Bila Adam & Shikin balik nanti, kita anjurkan sesi berbuka dan bersahur sekali lagi. Dazu sempat lagi kau nak beli tiket menyambut Hari Raya bersama.

Majlis disudahi dengan carutan di medan perang bermain Call of Duty sehingga sahur. Err sort of. Untuk melihat lebih banyak gambar berbuka puasa yang tidak mendedahkan aurat berat, sila layari laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=203355&id=628280825&l=aebf81e66e

Dah berbuka baru boleh ringan-ringan.



Thursday, August 19, 2010

Subjek Yang Dibenci Di Sekolah Rendah

Assalamualaikum. Jika korang perasan, aku selalu bangga-banggakan yang aku dulu ada pergi sekolah agama sampin hijau JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Selalunya waktu pagi pergi sekolah rendah kebangsaan, dan petang pergi sekolah rendah agama (vice versa). Walaupun kehadiran aku di sekolah agama berjaya memupuk keperibadian makmum muda di dalam diri, itu tidak bermakna yang aku suka dengan semua subjek yang dipelajari. Subjek yang aku paling gemar di sekolah agama adalah Tajwid, itulah sebabnya aku lancar sahaja apabila orang tanya apa hukum Mim mati bertemu dengen Ba. Tetapi di sini aku ingin bercerita tentang dua subjek yang membuat aku rasa nak ponteng kelas walaupun aku ni seorang ketua kelas semasa di sekolah agama dahulu. Ayuh teruskan membaca.

Subjek pertama: Khat

Apa itu khat? Khat merupakan seni kaligrafi Islam yang tertua sekali. Aku benci subjek khat kerana aku tidak pernah mendapat gred yang baik daripada ustazah aku. Bagi aku, kita memang boleh belajar khat tetapi kita tidak mungkin akan menguasainya jika kita tiada bakat. Kalau subjek lain kita boleh menghafal untuk menghadapi peperiksaan tetapi teknik hafalan tidak boleh diaplikasikan dalam subjek khat. Tak kisahlah kau belajar gaya strok ataupun liuk lentuk dia dengan mendalam, kalau tulisan kau tu memang buruk hasilnya jadi buruk jugak.

Lagipun ustazah tak menyediakan pensel khat untuk kita. Leceh gila kena buat sendiri pensel khat tu. Selalunya, kita akan 'ukir' sendiri pensel kita menggunakan pisau lipat yang boleh dibuat senjata mengugut dan boleh didapati di koperasi dengan harga 20 sen tu (rujuk gambar di bawah). Yang ini pun memerlukan skil juga tak boleh nak main ukir je. Selalunya mengikut pemerhatian aku, khat yang bagus terhasil daripada pensel Staedtler Noris 2B yang kaler hitam kuning tu. Aku ada kawan nama dia Maskawaih dia agak handal lah subjek khat ni dulu. Kalau masa subjek khat je semua orang suruh dia buatkan pensel khat dengan syarat kena belanja dia di kantin semasa rehat. Aku selalu 'curi' je dia punya satu sebab dulu-dulu aku tak kenal erti dosa sangat sebab masa tu belum akil baligh (aku baligh awal darjah 6).



Tapi segagah manapun pensel khat aku, hasilnya tetap buruk juga. Celaka.

Subjek kedua: Imlak

Apa itu Imlak? Imlak ni kira macam ujian mengeja tapi menggunakan tulisan jawi. Ustazah kau akan sebut perkataan tu di hadapan, dan kita perlu mengeja apa yang disebut itu dengan betul menggunakan huruf jawi. Kalau ayat rumi pun sudah membawa malapetaka, inikan pula hendak mengeja perkataan Arab. Membaca tulisan jawi memang tiada masalah, tapi nak mengejanya memang boleh menaikkan tahap tekanan di dalam diri. Struktur pemarkahan imlak ni memang tiada belas kasihan. Kalau tertinggal satu huruf ke terlebih satu huruf ke kau terus dapat pangkah 'X' sebesar-besarnya.

Cara mengeja pula boleh dikategorikan kepada dua iaitu ejaan baru dan ejaan lama. Kalau sekali kau dah mulakan dengan ejaan lama, kau kena stick dengan ejaan lama dan tak boleh tukar-tukar kepada ejaan baru dalam perkataan atau ayat yang seteruskan. Contoh ketara dalam ejaan baru adalah penggunakan huruf alif sebagai pengganti kepada huruf A. Kalau ejaan lama, tak perlu letak huruf Alif. Contohnya nama aku; kalau ikut ejaan lama yang ustazah aku ejakan, Fa Ya Zal Alif Lam. Sekali tengok macam 'Feezal' tapi sebutannya Faizal. Tapi kalau ejaan baru Fa Alif Ya Zal Alif Lam.

Konfius dowh. Lepas tu masa peperiksaan SPRA boleh pulak speaker di belakang dewan peperiksaan tak berfungsi terkial-kial aku nak eja Qalbun. Last-last both Imlak dan Khat aku dapat B.

Tapi bila ingat balik seronok sebenarnya jika dapat kembali membuat tulisan khat ataupun mengeja dalam tulisan jawi. Aku yakin jika aku kembali ke sekolah agama aku sekarang aku pasti dapat menapau budak-budak sekolah tuh kerana mereka tidak kenal erti kesusahan. Huh. Eh sekolah tahfiz sampin kaler ungu ada belajar ke subjek-subjek ni? Periksa SPRA pun tumpang sekolah kitorang hik hik hik.

Wednesday, August 18, 2010

Adakah Puasa Kita Sempurna?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sempena bulan Romadhon yang mulia ini Ustaz Faizal ingin bertanya kepada para pembaca; adakah anda rasa puasa anda diterima Tuhan? Ataupun adakah anda sebenarnya sekadar berlapar dan dahaga tanpa menyedari yang ibadah puasa anda sebenarnya sia-sia? Yalah, kita malam berniat puasa, pagi bangun sahur, lepas tu berlapar sehingga waktu Maghrib sebelum berbuka. Dalam tempoh itu, kita mungkin ada melakukan perkara-perkara yang memyebabkan pahala puasa kita kurang.

Maksud puasa mengikut syara' adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Di sini Ustaz ingin membuat ujian personaliti Romadhon sebagai petunjuk kepada anda semua bagi membuat anda sedar diri sama ada puasa anda itu mencapai tahap optimum. Usah persoalkan kredibiliti Ustaz kerana subjek Fekah Ustaz dapat A dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) 14 tahun yang lalu (darjah 6).

Konsepnya mudah sahaja. Saya akan bertanyakan anda beberapa soalan asas. Anda hanya perlu jawab ya atau tidak dan kemudian anda boleh kira markah yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk menentukan sama ada puasa anda itu sempurna ataupun tidak. Ayuh kita mulakan ujian ini.

1) Adakah anda solat Subuh pagi tadi?

2) Dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun universiti, adakah anda mendengar muzik berat sembah syaitan ataupun lagu orang kulit hitam yang mengeluarkan kata-kata kesat?

3) Adakah anda mengumpat bersama rakan-rakan sepejabat anda?

4) Adakah anda menjeling lurah payu dara rakan sekerja anda sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar? Bagi gadis, adakah anda mendedahkan lurah payu dara dan punggung di pejabat?

5) Adakah anda melayari laman web keji / separa lucah / fitnah Yang Penting Rupa di tempat kerja? (yakni bukan ketika waktu lunch ataupun waktu rehat)

6) Adakah anda menonton klip video Lady Gaga ataupun artis-artis lain yang memaparkan aurat berat di tempat kerja?



7) Dalam perjalanan pulang ke rumah, adakah anda mengeluarkan kata-kata kesat seperti fak, sheet dan koksaker di jalan raya ketika tersekat di dalam kesesakan lalulintas ataupun jika ada pemandu lain yang menukar lane tanpa memberi signal?

8) Setelah pulang ke rumah, adakah anda menelefon teman wanita / lelaki anda dan kemudian memulakan aktiviti ringan-ringan di telefon?

Jika anda menjawab 'YA' untuk soalan pertama dan 'TIDAK' kepada soalan lain, saya ingin ucapkan tahniah kerana anda berjaya menerapkan konsep puasa secara menyeluruh dan puasa anda memang sempurna. Bagi mereka yang merasakan diri mereka gagal dalam ujian di atas, tidak mengapa. At least anda sudah tahu kekurangan anda maka esok boleh cuba lagi. Semoga anda mendapat mesej yang disampaikan.

Ustaz Faizal al Kacaki
Microsoft Certified Tajwid Trainer

Tuesday, August 17, 2010

Things That Guys Do Not Expect Girls To Understand

Sesimple-simple makhluk di muka bumi ini adalah kaum jejaka. Kami hanya perlu bergaya dengan kain pelekat dan tshirt Pagoda untuk pergi mengisi minyak di Petronas. Gadis-gadis? Well nak kena mandi dulu, nak gosok panties, veet bulu kaki, memilih pakaian, bersolek tebal lepastu barulah bersedia untuk pergi keluar rumah. Namun begitu, sesimple-simple perangai kaum jejaka, ada beberapa perkara tentang kami yang anda tidak mungkin faham walaupun kami memberi penjelasan yang mendalam. Malahan, kami akan dibebel selama at least 10 minit jika kami melakukan perkara-perkara yang akan dihuraikan sebentar lagi. That's okay, we do not expect you girls to understand our ways and beliefs. Ayuh teruskan membaca untuk cuba memahami perkara-perkara yang gadis-gadis sukar untuk faham.

1) Obsesi terhadap Nanu Baharudin / Daphne Iking



Tiada lelaki normal yang mampu menahan diri apabila melihat mereka so kami embrace sahaja. Tidak mampu menahan diri bukanlah maksudnya kami akan menyeluk tangan di dalam poket dan melakukan perkara yang berdosa tetapi lebih kepada celebrity crush. Macam korang gadis-gadis yang mencakar-cakar skrin komputer apabila melihat gambar Jacob. Kami memang tak faham perangai aneh anda itu so kami akan expect anda untuk tidak faham dengan perangai kami yang obses terhadap mereka juga.

Jadi apabila jejaka anda menunjukkan minat terhadap mereka, tidak perlulah anda berasa cemburu dan mengeluarkan bebelan yang panjang sambil membuat muncung. Anda tidak mungkin dapat mengerti perasaan kami yang luhur terhadap mereka. Although I have to admit that they're hot MILFs...eh eh puasa Faizal puasa tengok aku letak gambar pakai baju kebaya.

2) Fantasy Football

Haha secara jujurnya aku mendapat idea untuk membuat entri ini setelah tiga orang gadis membuat aduan yang mereka langsung tidak faham maksud tersirat mahupun tersurat dalam entri Liga Super Kembali!. Secara ringkasnya Fantasy Football adalah sejenis permainan secara maya di mana kita akan diberi sejumlah wang untuk dibelanjakan bagi membeli pemain-pemain bolasepak mengikut nafsu kami. Pemain-pemain tersebut akan mendapat markah berdasarkan persembahan mereka dalam perlawanan bola sepak sebenar.

Setiap minggu anda boleh lihat ada perlawanan bolasepak di kaca televisyen, katalah, Barclays Premier League. Ala yang ada Liverpool dengan Manchester United tu. Haa yang itulah. Ok katalah pada minggu itu Man U lawan Liverpool. Katalah Liverpool belasah Man U 3-0 dan semua gol dijaringkan oleh kapten Liverpool, Steven Gerrard. Katalah dalam team fantasi kita, kita ada beli Gerrard, oleh sebab Gerrard jaringkan gol secara realiti maka pasukan pilihan secara fantasi kita akan mendapat markah. The thing is, semua orang tahu yang Steven Gerrard ini handal dan kebarangkalian dia untuk menjaringkan gol memang tinggi so 'harga' dia di Fantasi memang mahal. So tak bolehla kita main ambil semua orang yang handal-handal sahaja sebab kita ada limited budget. Di sinilah keseronokan bermain Fantasy Football itu bermula, di mana kita boleh menunjukkan kemahiran meramal pemain mana yang kita patut pilih pada minggu itu berdasarkan pengetahuan bolasepak kita. Saat yang paling seronok adalah apabila kita mendapat markah yang lebih tinggi daripada kawan kita sekaligus memperoleh bragging rights dan kita dibolehkan untuk mengeji kawan-kawan kita.

Contohnya, setelah tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris pada minggu lepas, berikut adalah kedudukan liga Fantasi yang terbaru.


Kalian nampak kan nama siapa yang berada di tangga teratas itu? Yaa sayalah orangnya. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana saya memang handal berpundit. Oleh sebab saya berada di puncak, saya layak mengeji orang-orang di bawah saya dan mereka hanya boleh redho sahaja dengan kutukan yang diberi:

a. Yo Adam mana spreadsheet yang kau banggakan itu? Memang najis mughollazoh.
b. Begini sahaja persembahan kau Shuhud? Memang najis mughollazoh pasukan kau.
c. Apa ni Dazrul nama sahaja juara bertahan tetapi persembahan seperti najis mughollazoh.


So kalau korang gadis-gadis terdengar perbualan antara jejaka seperti "Eh berapa point kau malam tadi" ataupun "Ahh celaka aku tak letak Drogba jadi kapten" maka anda tahulah mereka sedang berbicara tentang Fantasy Football. Bagaimana, ada sedikit faham?

3) Melepak di mapley

Melepak di mapley adalah salah satu nikmat yang jarang gadis-gadis dapat kecapi. Antara bebelan yang kami selalu terima apabila menyatakan hasrat hendak bermale-bonding bersama jantan-jantan lain adalah:

a. Eiiii kenapa you taknak bawa I sekali??
b. Eiiii kenapa you balik lambat sangat ni you buat apa kat kedai mamak tu??


Bagi menjawab bebelan (a):

Kami tidak bawa anda sekali kerana kami sayangkan anda. Well jika orang lain bawa pasangan masing-masing mungkin kami akan membawa anda sekali. Tapi rakan-rakan kami semuanya berperangai seperti iblis dan pengganas seksual. Apabila kaum jejaka berkumpul, mereka akan membuat penbincangan tanpa tapisan dan no holds barred. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka semuanya boleh menyebabkan mereka ditangkap di atas dakwaan cubaan memperkosa. Sebab itulah kami tidak mahu bawa anda. Lagipun nanti anda bosan dengar penbincangan Fantasy Football (rujuk no 2) kami.

Bagi menjawab bebelan (b):

Antara aktiviti jantan yang kami lakukan di mapley sehingga pukul 3 pagi adalah menonton bola sepak sehingga habis siap tonton dia punya highlights lagi, mengumpat musuh-musuh dan bekas teman wanita yang kami benci sejak zaman sekolah, memesan 2 gelas teh tarik dan 2 pinggan megi goreng, serta mencuci mata dengan melihat gadis-gadis lain. Eh? Itu sebab kami balik lambat.

Bagaimana, gadis-gadis boleh mengambil inisiatif untuk memahami kehendak mapley kami tak?

4) Kentut secara terbuka

Dalam setiap famili, akan terdapat seorang individu lelaki yang lancar sahaja mengeluarkan angin daripada dubur mereka. Betul atau tidak? Tak kiralah jika mereka itu abah anda, abang anda, pak su anda yang belum kahwin mahupun suami anda. Dalam hati anda, dan kemudiannya diluahkan di mulut anda, anda berkata "Ewww that's gross!!". Bunyi sahaja macam gross, tetapi ada hikmah dan pengajaran di sebalik aktiviti kami ini. You see, setiap kali anda mendengar bunyi kentut PROTTT, PFFFTTT ataupun BREEP BREEP, adakah bau busuk akan menyusuli? Tidak sama sekali bukan? Anda hanya dengar bunyi, tapi anda tidak bau pun kentut yang dilepaskan itu.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis di Barat, kentut yang dilepaskan secara lancar dan rela tidak akan berbau. Sebaliknya, jika orang malu-malu takut orang tahu kita kentut dan kita pun mengemut anal kita bagi mengelakkan terkeluarnya angin, maka kentut yang keluar bakal berbau bangkai. Ruang udara yang sempit menyebabkan jisim-jisim kentut menjadi padat menyebabkan baunya melebihi paras yang boleh diterima oleh manusia normal. Besides, there's no way that we can prevent a fart successfully. So why bother? Itulah sebabnya kami lepaskan secara terbuka kerana jika kami tahan pasti anda yang akan mendapat manfaatnya.

Bagaimana? Ada sedikit sebanyak memahami perasaan kami sekarang? That's okay. We do not expect you to understand them :)

Selamat berbuka semua!

Monday, August 16, 2010

Hanya Kau

Definition of coolness:

1) Memakai windbreaker di tengah-tengah kehangatan kotaraya metropolitan tanpa mempedulikan pandangan serong masyarakat.

2) Memaparkan nama kumpulan di badan dengan sebesar-besar tulisan tanpa menghiraukan cercaan dari sekeliling.

3) Menggayakan kaca mata hitam yang 'lame' sekali bentuknya dengan penuh keyakinan.

Adakah anda mengerti dengan apa yang ku katakan ini?

http://www.youtube.com/watch?v=yymbq_YIqqI


Memperkenalkan 'The Real Rap Group' yang tidak perlu diperkenalkan lagi. I never knew the clip above existed until recently. Memang rare gila. Embedding is disabled so korang kena klik link di atas dan pergi tengok dekat Youtube. 'Hanya Kau' merupakan single daripada album pertama KRU, Canggih.

Aku membesar dengan KRU. Sepupu belah abah aku yang rata-ratanya baru mencapai akil baligh ketika itu memperkenalkan aku dengan genre muzik yang asing dan tidak pernah dipopularkan oleh artis lain di Malaysia pada zaman itu. Segala tentang KRU pada waktu itu memang agung; dari segi muzik, pemakaian serta gaya berdansa. Aku ingat lagi kelibat Norman, Yusry dan Edry yang terkinja-kinja menyampai mesej tersurat dan tersirat dalam lagu patriotik wawasan 20/20 mereka.


Sejak dari saat itu aku membuat keputusan untuk menjadi peminat fanatik dengan menulis nama Norman pada setiap pemadam aku. Siap beli windbreaker Adidas ciplak dekat pasar malam agar dapat bergaya. Aku baru darjah 5, aku tidak tahu bagaimana hendak membeli tiket konsert terbesar di Malaysia ketika itu yang dihadiri oleh 10,000 peminat. Tetapi aku dan sepupu aku tetap setia dengan menonton konsert Awas melalui VHS. Gila klasik tengok pakai pita video. Ada sesiapa yang memiliki konsert KRU dalam bentuk VCD tak bagi aku pinjam please?

Walaupun aku telah meningkat dewasa dan sudah ada janggut dan bulu halus di nipple, aku masih lagi menggemari muzik KRU. Tetapi aku harus mengaku yang halatuju muzik sejak album Formula Luar Biasa membuatkan aku tidak lagi membeli kaset mereka. Muzik sentiasa berkembang, memang understandable tetapi citarasa aku sentiasa menjurus kepada album klasik mereka bermula dari reKRUed hingga Ohh La La.

Anyway korang dah tengok belum klip video di atas? Awesome nak arwah bukan? Mungkin akan tergelak jika membayangkan KRU sekarang berperangai sebegitu. Raya pergi rumah KRU nak? Katakan HO! kepada kumpulan 'Rap' terulung di Malaysia.

Sunday, August 15, 2010

Soalan Untuk Gadis-Gadis: Edisi Bulan Puasa

Assalamualaikum gadis-gadis. Sudah lama kita mengadakan sesi soal jawab. Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, saya telah mengumpulkan soalan-soalan hangat yang relevan dengan bulan puasa yang sering bermain di hati jejaka. Jika anda seorang gadis dan memiliki tiub fallopio yang natural (bukan arbok) dan anda terbaca entri ini, maka anda diwajibkan untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Soalan-soalan ini tidak boleh diketahui jawapannya daripada Google. Even if kaum jejaka Google soalan-soalan ini, mereka akan tiba di laman blog dakwah ini juga so ada baiknya kalian gadis-gadis membantu pihak jejaka memahami hati budi seorang wanita. Ayuh teruskan menjawab.

1) Anda sedang didatangi haid. Adakah anda pura-pura berpuasa di khalayak ramai ataupun pergi ke sudut-sudut gelap untuk membaham secara sorok-sorok?

2) Walaupun berada di bulan puasa, bagaimana gadis-gadis boleh berjalan-jalan di pusat membeli belah selama tiga jam tanpa rasa penat dan akhirnya tidak membeli apa-apa?

3) Mengumpat memang sinonim dengan gadis-gadis. Semasa di bulan Ramadan, adakah korang masih mengumpat bersama gadis-gadis lain di universiti / tempat kerja?

4) Apa pandangan anda terhadap jejaka-jejaka yang tidak pergi solat terawih terutamanya di hujung minggu untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Inggeris yang baru kembali ini?

5) Secara jujur, sejujur jujurnya, bagaimanakah jejaka pilihan anda; jejaka yang kaya dan kacak macam Farid Kamil tapi tak puasa ataupun jejaka yang ternyata tidak kacak seperti gambar di bawah tetapi puasa penuh?


6) Anda diberi RM 10. Apakah yang akan anda beli di bazaar Ramadan?

7) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang gadis-gadis menempah / membeli at least 3 pasang baju raya setiap tahun?

8) Ujian masakan. Suami / teman lelaki / keluarga anda ingin berbuka di rumah. Tanpa menggunakan Google atau enjian carian lain, sila nyatakan cara-cara hendak memasak Sayur Kangkung Goreng Belacan.

Terima kasih di atas jawapan anda. Eh ini entri auto publish tu yang dia publish pukul 9.30 malam. Nanti korang tuduh aku tak pergi solat terawih pulak. Kalau tak percaya sila cari aku di surau Al-Kauthar sekarang aku duduk kat belakang imam.

Friday, August 13, 2010

Liga Super Kembali!

Uuuu seronoknya aku Liga Perdana Inggeris kembali esok. Seperti biasa, jika BPL kembali, Liga Super pun akan kembali juga. Sesiapa yang menyertai Liga Super musim lepas boleh menyertai Liga Super kali ini secara automatik jika anda menggunakan login ID yang sama. Sebagai Juara Liga Super tiga kali, aku tersangat faham jika korang tiada testis untuk menyertai liga ini pada musim baru kerana korang bimbang diaibkan oleh aku. Bagaimana provokasi aku ini? Jika korang rasa tercabar, ayuh bina pasukan anda sekarang dan sertai Liga Super. Aku mengharapkan saingan sengit, sehinggakan aku sanggup memberi handicap kepada korang dengan mendedahkan line up aku untuk musim ini. Tirulah aku jika ingin memberi saingan.


Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui pesaing-pesaing Anfield Heroes untuk merangkul kejuaraan kali ke-4 musim ini.

Ok sebelum menjadi pundit, aku ingin paparkan dahulu screenshot senarai peserta dan kedudukan Liga Super sekarang. Ehem, juara Liga Super musim lepas, Mohd Dazrul yang menguruskan pasukan Romper Stopper selamba je mengeluarkan kenyataan akhbar,

"juara bertahan belum main lagi dh kat puncak liga hahaha *riak*"


Aku membalas,

"err maaf ye 'juara bertahan'. kau berada di atas sekarang sebab kau login guna id kau. cuba login guna id aku, aku kat atas sebenarnya. nak capture screenshot ke? sori ye dazu remukkan angan2 kau"

So sila lihat screenshot di bawah ya Dazrul. Cis. Sila berhati-hati bila berkata-kata kalau terguris hati aku nanti ataupun agak-agak kau dah pancung aku, memang akan diabuse kuasa Administrator liga. Hii hii.


Ok moving on, ayuh kita kaji senarai-senarai pesaing musim ini.

Pasukan: Romper Stopper
Pengurus: Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin
Overview: Oklah sebab Dazu juara bertahan aku harus meletakkan dia sebagai saingan utama pada musim ini. Dazu ada kelebihan kerana dia duduk di London dan boleh mendapat berita pasukan dengan lebih mudah. Namun begitu kita hanya perlu bersabar ketika bertarung dengan Dazu kerana di satu saat, dia pasti akan mengabaikan team dia selama 2 atau 3 gameweek sebelum kembali dengan penyesalan dan cuba membuat comeback tetapi sudah terlambat.

Pasukan: Toon Army
Pengurus: Amir Rashidi (Cut Me I'd Bleed Black and White)
Overview: One of the last remaining Geordies, the Toon Army used to be Anfield Heroes biggest rival...well not anymore. Pasukan kegemarannya Newcastle United telah kembali ke Liga Perdana dan pemain-pemain Newcastle yang murah menjadi pilihan untuk para pengurus melengkapkan pasukan mereka. Tapi jangan angkat Sol Campbell badan dia dah macam Syanie dah macamana nak kawal si Chachosburrito tu dalam perlawanan pertama menentang Manchester United nanti. Toon Army tidak dikonsider sebagai pesaing kerana Apai sudah ada bayi kecil untuk dijaga dan di bulan Ramadan ini Mizah mungkin akan menunjukkan sifat Queen Controlnya dengan menentukan siapa pemain mana yang patut dibeli setiap minggu. Hik hik hik.

Pasukan: Bola Pancit
Pengurus: Anas Mohd Mustafah
Overview: Anas memenangi anugerah 'Rookie Manager Of The Year' pada saingan Liga Super musim lepas setelah mengejutkan pelbagai pihak dengan mengekalkan kududukan lima pasukan teratas secara konsisten. Ilmu pundit Anas sememangnya bagus, lebih bagus daripada Shuhud sebagai pengurus yang lebih senior hik hik hik. Anas dijangka memberi saingan sengit pada kali ini kerana dia dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dan dia ni memang kaki main game. Semua game dia nak main. Tapi kita dah lama tak berperang Anas....

Pasukan: Adamonster
Pengurus: Adam Johari
Overview: Walaupun pengalaman Adam sebagai pengurus masih cetek, Adam memiliki keupayaan untuk bersaing kerana dia senjata rahsia. Setiap musim, Adam akan mencipta satu spreadsheet Microsoft Excel yang dilengkapi dengan Macro yang kompleks untuk menentukan pemain manakah yang dia patut turunkan dalam setiap gameweek. Namun begitu, spreadsheetnya sekadar menjadi bahan cercaan pengurus-pengurus lain kerana Adam sering menduduki bottom 5 liga. Haa haa. Lagipun Adam tidak memiliki kesabaran yang tinggi gameweek dua je mesti dah guna Wildcard.

Pasukan: Stobart FC
Pengurus: Shuhud Zakaria
Overview: Abe memang banyak pengalaman dan suka bercakap besar. Abe hanya akan memberi saingan di awal musim sebelum menjadi lalai akibat tekanan pekerjaan semua rakan-rakan dia tau nak cabut gigi free sahaja. Pastu dialog dia "Alaaa aku sibukla lupa nak transfer takpe tahun depan aku kembali....." Itu adalah dialog setiap musimnya.

Other pesaing yang mungkin sekadar bertarung untuk top 10 adalah Merry Men Legends (Hisyam), FC Wilshere (Lebai), dan mungkin FC ImpianMaju (Naqqib). For new players, the code to join this league is 82088-26214. Ayuh Muaz, Kusha, akak abe serta pembaca-pembaca sekalian. Jika korang betul-betul ada testis/breast come on join the fun. See you guys there. You'll never walk alone. Except on the last gameweek when I have won the league then you walk alone la.

Thursday, August 12, 2010

Perkara-Perkara Yang Hanya Ada di Bulan Ramadan

Kita mulakan entri ini dengan Assalamualaikum. Sebagai peringatan sesama umat, saya berpesan kepada diri sendiri dan orang lain agar tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja bagi mengelakkan terbatalnya puasa. Bulan Ramadan ini memang unik kerana terdapat beberapa perkara yang membuat kemunculan hanya di bulan Ramadan. Dulu-dulu masa tunggu nak buka puasa aku selalu tengok Jejak Rasul yang hanya akan disiarkan di bulan puasa. Oh kalau korang perasan, sequence iklan sebelum siaran azan di TV1 mesti sama setiap hari sehinggakan kita boleh hafal dan impress orang-orang yang jahil. Banyak lagi perkara-perkara yang hanya boleh didapati di bulan Ramadan. Ayuh teruskan membaca.

1) Bazar Ramadan


Nama pun bazar Ramadan, pastilah hanya akan membuat kemunculan di bulan Ramadan. Setakat ini bulan lain masih belum ada bazar sendiri seperti Bazar Syaaban, Bazar ZUlkaedah, mahupun Bazar April. Dan di bazar Ramadan pula, akan muncul juadah-juadah yang sukar didapati di pasar malam biasa seperti ayam golek, bubur lambok, Lai Chee Kang, serta kurma Yusuf Taiyoob. Kat Bangi memang ada banyak bazar Ramadan. Yang paling besar dan popular serta banyak gadis-gadis untuk memcuci mata adalah di PKNS.

2) Solat Terawih

Solat terawih hanya ada di bulan Ramadan. Pergi bersolat terawih semasa zaman remaja dahulu memang seronok. Seronok bukan sebab solat, tapi sebab dapat jumpa kawan-kawan. Orang solat kat depan kami mengumpat kat belakang sambil makan pisang. Lepas tu kutuk-kutuk struktur fizikal pakcik-pakcik yang tengah solat. Pantang nampak muka buruk ataupun macam pelakon sikit mulalah mengeji. Contohnya Apai nampak pakcik tough dan ada jambang terrorist sikit dia label Pakcik Conan la, pakcik Zezeban la. Yang bisu yang jual air tebu pun tidak terlepas daripada kejiannya.

Ahli Team Bangi selalu hadir ke surau rumah aku naik basikal walaupun agak jauh dari rumah mereka. Insiden terawih yang paling aku ingat adalah ketika Adam berbasikal ke surau rumah aku kemudian mengalami kemalangan ngeri. Tapi dia masih tabah meneruskan solat terawih walaupun berlumuran darah. Keesokan harinya, Adam tak solat terawih lagi sehinggalah ke hari ini.

Bagaimana dengan prestasi terawih korang setakat ini? Team Bangi kalau berani satu hari kita berkumpulla solat terawih sesama sendiri. Anas paling layak jadi Imam sebab Shuhud tak boleh keluar malam di bulan Ramadan.

3) Van mayat yang tidak membawa mayat

Jika anda tidak berpuasa, usahlah berlagak pergi membaham di khalayak ramai melainkan anda memiliki struktur wajah Cina seperti Adam mahupun wajah Indonesia seperti Fandi. Eh orang Indonesia mostly Islam juga Fandi kau tak bolehlah menyamar. Anyway jika anda dikantolkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing, anda akan dikumpulkan bersama-sama penjenayah agama yang lain dan dibawa ke kamar pengadilan menggunakan van mayat. Logik di sebalik aksi membawa mereka menggunakan van mayat adalah untuk memupuk keinsafan di dalam diri dan ingatkan kematian boleh menjemput kita pada bila-bila masa. Kita tidak mahu mati dalam keadaan hina seperti mati tercekik KFC di bulan Ramadan.

4) Malam Lailatulqadar

Kebarangkalian untuk aku mengecapi nikmat malam Lailatulqadar dalam sesi Ramadan kali ini adalah tipis kerana masih belum pergi solat terawih lagi. Biasalah time berbuka membaham mengikut nafsu dan syahwat memang letihla satu badan. Lepas tu aku SMS kawan-kawan Bangi ajak terawih semua orang buat-buat takde kredit nak balas walaupun pakai line.

5) Artis melakukan umrah di bulan Ramadan

Ini memang menjadi trend masakini. Bulan lain mereka pergi kelab malam. Bulan Ramadan terus bertaubat mahu pergi umrah. Ramai artis yang pakaian harian mereka mendedahkan separuh buah dada tiba-tiba bertudung litup tanpa bom. Mereka dengan bangga mencanang-canangkan kepada majalah Mangga ataupun laman gosip Oh!Bulan yang mereka akan pergi menunaikan umrah di bulan Ramadan yang mulia ini. Taktaula betul ke tak pergi buat umrah entah-entah pergi melancong di Eropah dan buat-buat jadi musafir. Eh kita kena bersangka baik. Takpe aku tak sebut nama so tak kira mengumpat kira entri pengajaran la ni. Lepas tu dah balik dari 'umrah' terus buka tudung dan kembali mendedahkan aurat berat. Ceh.

Sudahlah aku mahu mandi dan berbuka seluar. Mestilah buka seluar nak mandi mana ada orang mandi pakai boxer ataupun berkemban. Zaman sekarang semua orang mandi bogel. Eh apahal pulak tiba-tiba masuk topik ini kurang pahala puasa nanti jika korang bayangkan aku mandi. Selamat berbuka! (makanan, bukan seluar).

Wednesday, August 11, 2010

What Would You Do if Someone Stole Your Blog Content? #2

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.

Mengenali diri aku yang mendapat didikan agama di Sekolah Agama Sampin Hijau, korang pasti menganggap yang aku menghuraikan erti puasa di dalam syarak terus daripada minda Islamik aku ini. Tetapi anda silap, kerana aku sebenarnya plagiat ayat di atas daripada Wikipedia. Tapi teknik copy dan paste aku tidak dikira plagiat kerana aku menyatakan dari mana sumber plagiatan aku dan aku tidak mengaku yang ayat itu dihasilkan oleh aku sendiri. Mengerti? Ayuh teruskan membaca.

Hari ini satu Ramadan. Dengan memahami maksud puasa secara mendalam, kita seharusnya bersabar apabila menghadapi dugaan yang mendatang dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat agar tidak kurang pahala puasa kita. Ini termasuklah apabila ada orang memplagiat isi kandungan blog kita. What the what? Sekali lagi Faizal? Bukankan tempoh hari sudah ada orang memplagiat 17 entri anda tanpa perasaan aib? Terima kasih kepada seorang pembaca budiman iaitu Titanium kerana mendedahkan kekejian ini malam tadi. Aku terus menuju ke laman blog yang dituduh dan serta merta aku terkagum sehingga mengalir air mazi kerana hasil penulisan dia memang terlalu awesome. Rupa-rupanya aku baca hasil tulisan aku sendiri patutlah best.

Aku dengan eksaitednya terus menekan print screen dan menyimpan gambar itu di dalam cakera keras. Mengikut kajian, hanya satu entri yang diplagiatnya iaitu 'Tanda-Tanda Bulan Puasa Akan Tiba'. Baru lagi tu sehari selepas aku publish iaitu pada 5/8. Aku berfikir di dalam hati, mungkin aku patut biarkan dia plagiat banyak-banyak dulu barulah epik nanti bila didedahkan. Tapi bila aku cek yang entri terbaru dia pun banyak sangat perkataan yang sama dengan blog orang lain, adalah baik kita mencegah daripada mengubati.




At least dia ni ada usahala nak mendecoratekan hasil plagiatannya dengan menambah tulisan-tulisan berwarna, meletakkan gambar-gambar yang relevan serta menukar nama watak team Bangi kepada nama kawan-kawannya. Kesian kawan-kawan dia kena tuduh tengok porn. Canggih juga blog dia ada orang menari rap kat sudut. Lepas tu header blog pula tulis ANBU: Special Assasination Tactical Force tapi kenapa tak guna Kage Bunshin no Jutsu untuk mengelakkan diri daripada terkantol ketika memplagiat?

Secara jujurnya, aku tak marah pun. Jauh di sudut hati aku berasa berbesar hati kerana ada orang sudi plagiat blog aku. Aku selalu menuduh diri sendiri awesome dan korang kata aku perasan je lebih, tapi jika kita tidak awesome, masakan ada orang yang akan memplagiat kita bukan? Terima kasih kerana membuktikan yang aku ni awesome.

Jadi Encik Plagiat jika kau membaca entri ini dan tiba-tiba baru sedar diri membuat pemohonan maaf hanya setelah terkantol, hey no worries. Bulan Ramadan ni kita harus saling memaafkan antara satu sama lain. Para pembaca terutamanya ahli Team Bangi diharap dapat mengawal perasaan ketika hendak membuat sesi rogol nanti. Kalau nak mencarut, tunggu lepas berbuka ok? Alah tak perlu mencarut pun kita kena tenang dan kool macam ijaicool. Aku tengok dah ada yang membuat serangan kecil dah di shoutbox dia haa haa korang memang kool.

Oklah, selamat berbuka puasa semua! Korang buka apa kejap lagi?

Tuesday, August 10, 2010

Mengapa Bulan Ramadan Itu Best

Esok puasa woit. Bagaimana? Sudah bersediakah anda menghadapi bulan Ramadan ini? Bagi orang Melayu yang bermata sepet ataupun berkulit gelap bestlah boleh menyamar dan makan nasik beriyani secara terbuka di Restoran Hasan di bulan Ramadan. Bagi kaum jejaka yang ada sedikit Iman, bulan puasa memang best kerana kami boleh berpuasa penuh. Tiada gadis yang normal yang mampu berpuasa penuh melainkan anda sudah menopaus ataupun belum mencapai akil baligh. Namun begitu gadis-gadis tidak perlu berasa murung kerana hari ini kita akan membincangkan tentang perkara-perkara yang mengujakan tentang bulan puasa. Tak perlulah aku mengupas isu ini melalui sudut agama dan sebut pasal fadhilat Ramadan seperti pahala yang berganda ataupun kelebihan solat terawih kerana semua itu ustaz anda sudah ajar di sekolah agama. Ayuh teruskan membaca mengapa bulan Ramadan itu best versi Yang Penting Rupa.

1) Dapat mengurangkan berat badan

Percaya atau tidak, pada bulan puasa tahun lepas, aku berjaya menurunkan berat badan aku daripada 73kg kepada 68kg. Tapi masuk hari raya pertama je terus tambah 2kg akibat makan rendang Pak Su aku. Sekarang berat badan aku 71.6kg (bukti bergambar di bawah), dan aku berazam untuk menjadikan ukurlilit perut aku daripada 34 inci kepada 32 inci. Aku yakin aku akan dapat meningkatkan prestasi penurunan berat badan pada tahun ini kerana tahun ini aku boleh berlari-lari anak di atas treadmill. Tiada sebab untuk berhenti berjogging walaupun di bulan puasa bukan? Lagipun tengah jogging lepas tu berpeluh-peluh mungkin peluh tu akan mengalir ke dalam mulut secara tidak sengaja sehingga hilang dahaga. See, nikmat tu boleh datang dalam pelbagai bentuk.


Kadar kolestrol juga akan turun berkadar terus dengan kadar penurunan berat badan. Bulan puasa kita tak makan sangat benda-benda yang berlemak walaupun di waktu berbuka kerana selalunya kita minum air sebotol je dah kenyang dah. Lainlah kalau kau berbuka dan bersahur di Mekdi. Aku rasa kalau bab menguruskan badan ni gadis-gadislah yang paling seronok. Pagi-pagi sahur minum shake Herbalife berbuka pun makan shake Herbalife lepastu di penghujung Ramadan pinggang dah ramping dah boleh pakai baju sekolah balik dah. Dah ramping barulah boleh pakai kebaya terbelah sehingga ke peha di hari raya nanti bukan?

2) Dapat mengelakkan diri daripada menonton pornografi

Mengikut ilmu Fekah aku yang mendapat gred Jaijidan dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA), puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Dengan menanamkan erti dan konsep puasa di dalam diri, kita secara automatik akan berjaya menahan diri daripada menonton pornografi. Kalau sekadar jeling je aksi dah boleh hilang pahala puasa, kalau kita tonton secara khusyuk pastilah batal terus nanti akibat tindakan susulan yang kita pasti akan lakukan. Ucapkan selamat tinggal kepada koleksi Maria Menado anda...eh macam salah Maria je. Entah aku bukan tengok sangat pun so taktaulah nama-nama ranjang mereka.

3) Dapat berkumpul bersama rakan-rakan berbuka puasa di tempat yang menarik

Kamon guys last year aku rasa dua kali je kita berbuka bersama di luar. Satu kat Kafe Noel Gallagher's Oasis satu lagi....entah aku pun dah lupa. Itu pun sebab Dazu pulang ke Bangi. Aku faham kalian sudah berkahwin ada komitmen terhadap keluarga tapi bukannya tiap-tiap hari yang kupinta. Memang seronok dapat berkumpul dengan Team Bangi kerana dah berbuka kami boleh mengeji orang tanpa mempedulikan warna kulit mahupun saiz buah dada. Bergurau takpe, tak kira mengumpat sebab kita tak sebut nama orang yang dikutuk. Lepas tu buat-buat lalai dan penat tak pergi solat terawih.


Selalunya aku berbuka di rumah sahaja. Tapi ada sekali tu Pak Long aku ajak berbuka dekat Hotel Concorde kat Sepang. Mula-mula aku menolak tapi setelah Pak Long aku bersumpah yang aku tidak perlu mengeluarkan sesen pun, terus aku setuju yang mengalir air mazi kegembiraan. Fuii makan macam-macam uols. Kat Bangi sekarang dah banyak restoran/kafe/kopitiam yang baru dibuka bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat wajib karangan PMR). Contohnya Wong Solo, Restoran Mohd Chan Abdullah, Ice Room, Ayam Percik Yati, Steamboat Antarabangsa, semua jenis kopitiam, fastfood yang popular dan banyak lagilah. Itupun aku tak habis cuba try test lagi membaham di restoran-restoran tersebut.

4) Boleh menikmati perkara-perkara yang hanya akan ada di bulan Ramadan.

Eh sub topik ini boleh buat satu entri baru ni. Esoklah kita tulis pasal perkara ini.

5) Boleh berhenti merokok terus.

Semasa di bulan Ramadan, perokok tegar mendapat impak yang paling ketara. Kita boleh lihat mereka terketar-ketar di awal bulan Ramadan sambil meracau-racau mengungkapkan jenama rokok seorang diri. Aku tak merokok so aku tak mengerti perasaan mereka. Tetapi anda semua boleh menggunakan kesempatan ini untuk berhenti merokok terus. Sikit-sikitlah. Mula-mula tak merokok siang. Lepas tu tahan sikit sampai Isyak. Lepas tu terus tidur jangan fikir pasal rokok esok pagi sedar-sedar dah kembali puasa. Ahah dah sehari suntuk anda tak merokok memang perkembangan baik tu. Kalau jenis yang merokok daging tu no komen. Ok tak Khairul Afandi bin Kassim?

6) Boleh pulang kerja awal


Kawan aku Ikram kerja kat Petronas dia kata boleh balik pukul 4 petang di bulan puasa. Aku taktaulah itu applicable untuk non-Muslim juga. Kerja kerajaan pun balik awal juga kan? Eleh aku tak cemburu. Tak kiralah bulan puasa ke bulan mengambang ke aku hari-hari still balik awal juga buat kompeni tu macam kompeni Pak Ngah aku sebab waktu bekerja aku fleksibel. Tapi bestla boleh balik awal boleh berbuka bersama keluarga. Saat-saat yang sedih adalah jika anda stuck di dalam kesesakan lalu lintas ketika azan Ruffedge eh Maghrib berkumandang dan anda terpaksa korek hidung untuk berbuka puasa seorang diri. Syahdu doo.

7) Boleh bershopping seperti syaitan

Huii dibulan puasa inilah kompleks membeli belah akan membuat anda bershopping seperti syaitan membeli barang mengikut syahwat. Potongan sehingga 70% di Sogo siapa tak ghairah. Dulu-dulu aku memang selalu shopping kat Sogo time nak raya. Sogo sebenarnya adalah tempat shopping yang underrated kerana orang tak tahu mereka boleh dapat pelbagai pakaian dan aksesori berjenama dengan harga yang murah. Lepas tu keluar dari Sogo boleh pergi beli kain songket kat jalan TAR, ataupun membeli baju Melayu di kedai Den Wahab di Wisma Yakin.

8) Bulan Ramadan tiada hantu

Bulan puasa semua jenis hantu seperti Pontianak, Hantu Tetek, Hantu Raya, Toyol, Niyang Rapik, Raksasa Gorgon dan sekutu-sekutu mereka semuanya telah dikurung. So kali ini mungkin anda berani bergayut di pondok telefon untuk ringan-ringan dengan gadis melalui medium suara. Tak perlu berubat dengan Harun Din macam Apai kena dulu. Nak lepak menyanyi main gitar kapok di tembok pun pasti tak diganggu Hantu Maya Karin. Pemandu teksi pun tak perlu risau membuat overtime di larut malam untuk persediaan hari raya. Kau nak pergi bermalam di rumah mayat atau Highland Towers pun tiada masalah. Even hantu-hantu jelmaan manusia seperti Mat Rempit dan Perogol Bersiri pun mengurangkan aktiviti mereka di bulan Ramadan ini.

Diharapkan entri ini dapat mendorong anda untuk berpuasa dengan bergaya pada tahun ini. Sekerat hari pun jadilah. Kesempatan ini ingin saya gunakan untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca-pembaca yang budiman. Baca blog ijaicool tak kurang pahala puasa sebenarnya kerana apa yang ditulis adalah dakwah secara moden. Pandai-pandai je aku.

Sunday, August 8, 2010

Penyalahgunaan Alatan Dapur Dalam Kehidupan Seharian

Entri ini ditulis berdasarkan hasil kajian mendalam sejak tahun 90-an tentang penyalahgunaan alatan dapur dalam kehidupan kita setiap hari. Alat-alat dapur yang akan didedahkan sebentar lagi dicipta bagi tujuan yang suci lagi murni, namun kita manusia yang alpa telah sesuka hati mengubah fitrah kejadian dengan memaksa mereka melakukan aktiviti yang bercanggah dengan protokol mereka. Mengikut bancian yang dijalankan, antara faktor-faktor utama mengapa masyarakat menyalahgunakan alat-alat dapur ini adalah:

1) Ingin mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan sesuatu tugas
2) Kurang kesedaran sivik di dalam diri
3) Mengamalkan sikap "What's the big faking deal?"

Di sini saya akan membuat pendedahan tentang penyalahgunaan alatan dapur ini dan cara-cara yang betul untuk mengatasinya. Ayuh teruskan membaca entri berilmiah ini.

1) Sudu - Disalahgunakan untuk membuka tin biskut

Tujuan sudu dicipta adalah untuk memudahkan urusan memasukkan makanan ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan. Namun begitu, struktur sudu yang melengkung dan bertangkai menjadi faktor utama mengapa sudu dijadikan alat untuk membuka tin biskut. Kegiatan ini telah menjadi aktiviti turun temurun sejak beberapa kurun yang lalu selepas terciptanya tin biskut yang pertama.


Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan pihak masyarakat kerana; sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada lagi pembuka tin biskut khas yang dikeluarkan secara komersial di pasaran antarabangsa. Maka isu ini dianggap tidak selesai sehingga pembuka tin biskut dicipta.

2) Chopstick - Disalahgunakan sebagai alat bantuan untuk memasang plug dua mata

Chopstick dikatakan berasal dari negara China dan merupakan utensil membaham tradisional bagi kaum Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Kebiasaannya, chopstick diperbuat daripada bahan plastik. Bagi mereka yang dapat B dalam kemahiran hidup, plastik pula merupakan alat penebat elektrik yang baik. Di atas sebab itulah kita sering menggunakan chopstick sebagai alat bantuan untuk memasang plug bermata dua bagi mengelakkan diri daripada terkena renjatan elektrik. Kadang-kadang kita akan menggantikan chopstick dengan benda-benda bermuncung tajam yang lain seperti pen dan kasut tumit tinggi.

Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan benda alah yang boleh masuk plug dua mata tu. Apa tah nama nama dia.



3) Peti sejuk - Disalahgunakan untuk mengeringkan kasut

Aktiviti ini selalunya dilakukan oleh kanak-kanak sekolah rendah. Hari ini hari Ahad. Esok hari Isnin ada perhimpunan. Lepas tu baru teringat kasut tak basuh lagi. Kalau kasut kotor nanti kena tahan dengan guru dan digelakkan beramai-ramai di hadapan perhimpunan malula nanti. Maka dalam keadaan terdesak, kita pun basuhlah kasut sambil teresak-esak sebelum waktu imsak. Sedikit teknik rhyme di situ.

Tapi di malam-malam buta ini tiada cahaya matahari, bagaimana mahu keringkan kasut? Usah kaget, kita salah gunakan sahaja peti sejuk. Walaupun nama dia peti sejuk, bahagian bawah peti ais adalah sangat panas. Jika kita meletakkan kasut basah di waktu malam, esok pagi pasti sudah kering siap ada efek kuning-kuning kepanasan lagi.

Cara yang betul bagi mengatasi masalah ini sebenarnya mudah sahaja. Tak perlu basuh kasut, kapur je terus sampai putih. Kalau kau pengawas, kiwi sampai hitam macam....Didier Drogba. Mula-mula nak bagi contoh kawan aku tadi tapi tak jadi sebab dah nak puasa kena kurangkan sikit mengeji orang.

4) Sabun - Disalahgunakan sebagai alat bantuan seksual

Penulis tidak akan menghuraikan sub topik ini bagi mengelakkan para pembaca pergi membuat latihan secara praktikal. Tapi even if aku tak huraikan pun korang still akan buat juga bukan? By the way penulis tulis ini berdasarkan pengalaman orang lain dan bukan pengalaman sendiri, Insyaallah.

Cara yang betul bagi mengatasi masalah ini adalah berkahwin.

Bagaimana? Anda mengaku tak yang anda melakukan perkara-perkara di atas? Usah bohong. Jika anda ada aktiviti penyalahgunaan alatan dapur yang lain serta cara-cara untuk mengatasinya, silalah kongsi bersama.

Thursday, August 5, 2010

Selamat Hari Jadi Y.P.R

Blogging is gay.

...but minum arak is haram and berdosa so please keep on reading this blog so that we will be safe from the wrath of Mungkar and Nangkir, Insyaallah. Feel free to leave your comments, feedback, love letters and money. Peace.


That was my first ever blog post three years ago. I started this blog because I need a medium to unleash my narcissism and to make fun of everyone without regret. At that time I only had 6 visitors per day; Ezu, Lala, Adam, Akak Abe, Hanis Zalikha and myself. After 3 years, now I think I only have 22 visitors per day. which is quite flattering. Ayuh teruskan membaca.

Aku tidak pernah menulis perkara yang serius di dalam blog. Maka hari ini aku akan menulis sesuatu yang serius tahap Eman Manan. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sudi membaca blog ini walaupun terdapat perkataan persetubuhan di dalam setiap perenggan. Aku rasa berbesar hati apabila mengetahui ada orang yang rela membaca hasil penulisan aku walaupun perkara-perkara yang aku tulis semuanya telah diexaggerate dan ditokok tambah. Saat yang paling membanggakan aku sepanjang aku menulis blog adalah apabila ada orang yang sudi memplagiat 17 entri aku tanpa mengubah nama watak di dalam blog ini. Aku selalu perasan yang konon-konon blog aku ni awesome, tapi lepas orang plagiat hasil penulisan aku barulah aku sedar yang aku ini memang benar-benar awesome.

Thank you for laughing at my racist jokes, thank you for commenting on my provocative entries, thank you gadis-gadis for not PMSing when I wrote about PMS, thank you jejaka-jejaka for all of your sexual harassment, thank you for everything. Keep on reading but don't forget to perform your salah (solat la).


Selamat hari jadi Y.P.R. Aku demand testismonial sempena hari jadi. Katakan HO! untuk Yang Penting Rupa!

Wednesday, August 4, 2010

Tanda-Tanda Bulan Puasa Akan Tiba

Kita ada lebih kurang 1,600 lagu raya tetapi kita hanya ada satu lagu puasa daripada Man Bai. Oleh kerana hanya ada satu lagu puasa, ramai orang yang tidak sedar yang bulan Ramadan yang mulia akan bermula beberapa hari lagi. Tau-tau je esok dah nak puasa dan kita serta-merta mencarut kerana terpaksa bayar Fidyah akibat tak ganti puasa. Senang sahaja sebenarnya nak tahu bila bulan puasa akan tiba. Nasib baik ada blog dakwah ijaicool ni dapat juga kalian belajar ilmu Fekah sambil mentertawakan kisah aib orang lain. Ayuh kita baca entri dakwah klasik yang diberi nafas baru ini.

1) Gadis-gadis meletakkan status-status di Fesbuk seperti "Hari ini hendak berbuka apa ya?" ataupun "Celaka punya betina nasib baik aku puasa hari ini" bagi menunjukkan yang mereka tidak lupa untuk melangsaikan hutang mereka kepada Tuhan. Kalau kasut tumit tinggi korang tercalar sikit terus ganti on the spot. Bab ganti puasa saat-saat akhir baru nak laksanakannya. Huh.

2) Penyakit tahunan mula menyerang. Antara penyakit tahunan yang popular adalah gastrik, kanser perut dan kedatangan haid tidak menentu. Tak boleh puasa kena makan ponstan.

3) Suara mengghairahkan yang boleh membuat kita terlanjur di dalam kereta kembali bergema di radio....."Yusuf Taiyoob......" Kali ini anda pasti akan lebih ghairah/tertekan kerana Yusuf Taiyoob telah mengeluarkan produk kurma terbaru iaitu Yusuf Taio Cruz siap ada lagu latar lagi "I'm only gonna break break ya break break ya fast with kurma"



4) Kaum jejaka terutamanya, akan mulakan program mengemaskini cakera keras (hard drive) dengan membuang pornografi yang bersaiz 2 terabyte itu. Di bulan Ramadan menahan diri daripada makan dan minum memang mudah, tetapi menahan diri daripada menonton aksi Sasha Grey memang tugas berat. Jadi elok dibuang sahaja koleksi Blu ray kau tu Adam. 3GP melayu pun buang sekali ok Jamil. Fandi, koleksi kongkek Indonesia pun tak perlulah simpan. Ise pun buang sahajalah arkib orang Jepun 3 bintang kau tu. Shuhud? Eh Shuhud baik dia tiada koleksi pornografi walaupun dia merayu-rayu nak tengok aksi Cut Tari tempohari.

5) Anda tiba-tiba mendapat notifikasi bertalu-talu di dalam emel dan telefon pintar anda. "Wahh fofulernya aku ramai orang komen kat gambar aku!" bisik korang di dalam hati. Hakikat yang sebenarnya adalah korang telah ditag dalam Fesbuk oleh sindiket perniagaan kuih raya yang menjual kuih-muih tradisional seperti kuih Sarang Semut, kuih Oh Bulan, serta kuih Cornflakes. Tidak lupa juga yang tag anda dalam perniagaan menjahit langsir ataupun baju kurung moden mereka.

6) Stok makanan segera seperti Maggi dan karipap beku semakin berkurangan di 7-11 ataupun Pasar Mini Kayatri. Semuanya telah diborong sebagai persiapan menyambut Ramadan oleh pemonteng tegar puasa.

7) Ramai yang terkocoh-kocoh ke Dzull Classique ataupun Man Kajang untuk menempah baju raya. Ramai juga orang kecewa terpaksa pakai baju kemeja dan kain pelekat sahaja pada hari raya nanti kerana tukang jahit sudah tidak mahu menerima tempahan lagi. Haha padan muka korang tak sempat aku awal-awal lagi dah tempah (kena tempah sebab seluar tiada saiz di pasaran).

8) ijaicool akan berhenti menulis blog selama sebulan kerana ingin menyertai geng tabligh. Lagha semua ni. (nada serius).

Sekian. Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. Ku mengharapkan Ramadan kali ini menurunkan berat badanku jua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...