Thursday, September 30, 2010

....tapi Gadis-Gadis Pun Tak Boleh Survive Seperti Jejaka Juga

Ahah! Kehadiran entri ini memang sepatutnya dijangka. Seperti biasa, kalau ada entri pasal gadis, kita susuli dengan entri pasal jejaka pula. Selepas berjaya menembusi benteng kepercayaan gadis-gadis melalui teknik empathy pada entri di bawah, barulah boleh tulis entri membackup kaum sendiri. Gadis-gadis tidak boleh menuduh aku ini seksis kerana aku telah mendapat lesen untuk membuat artikel parodi dengan menulis entri Mengapa Lelaki Tidak Boleh Survive Seperti Seorang Wanita.

Fakta: orang perempuan tidak akan dapat menjadi seorang lelaki. Ayat ini tidak merujuk kepada proses memakai bengkung Premium Beautiful untuk meleperkan payu dara anda dan menukar nama daripada Shuhada menjadi Shuhud. Ok begini, cuba kalian gadis-gadis bayangkan, jika anda menjadi seorang jejaka, adakah anda mampu untuk terus bertahan sebagai seorang jejaka? Gadis-gadis selalu berbicara tentang equality dan keadilan dan kesaksamaan. Gadis-gadis selalu mendakwa apa yang lelaki lalui, mereka boleh melaluinya juga. Benarkah kenyataan itu? Ayuh kita kaji faktor-faktor mengapa wanita tidak boleh survive sebagai seorang lelaki.

1) Gadis-gadis tidak akan dapat hidup dalam keadaan berbulu

Ya orang lelaki berbulu hampir di seluruh badan. Sekiranya kenikmatan berbulu itu dimiliki oleh gadis, adakah korang rasa korang mampu bertahan? Tidak mungkin. Gadis-gadis nampak sahaja seurat bulu halus tumbuh di kaki mereka, pasti akan terus menjerit seperti dirasuk Niyang Rapik. Terus call BFF masing-masing dan mereka pun menjerit juga. Lepas tu terus bergegas ke Guardian untuk membeli Veet. Habis di Veetnya satu kaki padahal bulu halus tadi sebenarnya bulu kucing yang melekat di kaki.

Itu bulu kaki, bagaimana kalau perempuan berbulu dada? Kalau lelaki ada bulu dada orang kata seksi, jika perempuan ada bulu dada orang akan diserang sawan barbie (rhyme). Even if korang shave, dia akan jadi tajam-tajam. Kesian nanti kat anak-anak mahupun suami yang mahu menyusu luka-luka di bibir. By the way aku gunakan gambar kawan aku Hisyam (Ise) sebagai contoh kerana hanya dia yang ada bulu dada dalam geng Bangi.


2) Orang lelaki sentiasa horny

Ini merupakan fakta buat apa aku nak reka cerita. Memang benar tuduhan korang, kami ni gatal, kami ni hamsap, kami ni horny. Tak boleh nak salahkan kami juga. Nafsu korang ada 9 so korang boleh bahagikan kehornyan korang sama rata terhadap beg tangan, kasut tumit tunggi mahupun gelang tangan emas. Kami nafsu ada satu sahaja. Duduk rumah sorang-sorang kat rumah nak-nak pulak time hujan lebat, pasti nafsu akan menguasai diri. Lagipun banyak benda yang boleh membuat kat kami menjadi tak keruan di sekeliling. Contohnya baca blog Daphne Iking, menjeling aksi rakan sepejabat yang daring, mahupun terselak iklan katalog Avon.

So adakah anda gadis-gadis rasa anda mampu membendung kehornyan sepanjang masa ini seperti kami? Tak kot, sebab anda tiada mekanisma mengubah bentuk organ tertentu mahupun keazaman yang tinggi untuk membendung rasa tidak keruan itu.

3) Gadis-gadis tidak boleh memandu seperti lelaki sejati

Eh bagaimana tu memandu seperti lelaki? Memandu seperti lelaki adalah memandu menggunakan kereta manual. Tiada masalah naik bukit Broga maintain clutch tanpa mati enjin. Selain itu, gadis-gadis mengambil masa lebih 5 minit berbanding lelaki ketika membuat reverse parking. Reverse parking ya itu belum masuk side parking lagi. Hik hik hik.

Cukuplah 3 isi penting buat masa ini. Haha obviously apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian stereotype sahaja. Aku tau kawan-kawan gadis aku boleh membawa kereta manual. Boys will always be boys, so kalau kami membuat aktiviti-aktiviti kelelakian seperti berbincang tentang Fantasy Football, keluar sehingga larut pagi bersama BFF mahupun tak ingat tarikh anniversary, usahlah melenting sangat ya gadis-gadis. Korang pun haruslah memahami kami juga. Kalau anda terasa mahu membebel kat teman lelaki atau suami anda hanya kerana mereka berperangai seperti seorang lelaki, just senyum sahaja sambil berkata "I tak peduli if you keluar malam dengan kawan-kawan sampai subuh baru nak balik, asalkan you janji untuk belikan I beg tangan Jurulatih baru...." (jari kita tolak rambut mereka ke belakang telinga untuk menambah efek charming Maggie Q)

Tuesday, September 28, 2010

Mengapa Lelaki Tidak Boleh Survive Seperti Seorang Wanita

Fakta: orang lelaki tidak akan dapat menjadi seorang wanita. Ayat ini tidak merujuk kepada proses pembedahan membuang anak gajah kami dan menukar nama daripada Shuhud menjadi Shuhada. Ok begini, cuba kalian (orang lelaki) bayangkan, jika anda menjadi seorang perempuan, adakah anda mampu untuk terus bertahan sebagai seorang perempuan? Sebagai seorang lelaki, kita sering take things for granted. Contohnya, kita ada kenikmatan kencing berdiri. Masuk tandas di Midvalley, keluarkan anak gajah, tuju sasaran dan goncang-goncang sikit, selesai. Gadis-gadis? Well mereka terpaksa beratur untuk ke tandas kerana mereka tiada urinal. Even if diorang buat perangai tak senonoh mahu juga kencing berdiri, aksi itu sebenarnya mustahil kerana mereka tiada sistem targeting yang baik.

Orang selalu cakap jadi perempuan ni mudah. Benarkah? Demi menghargai kaum wanita, aku telah membuat simulasi di dalam minda membayangkan bagaimana kesudahannya jika orang lelaki diberi peluang untuk mengalami perkara-perkara yang hanya boleh dialami oleh kaum wanita. Keputusannya? Gagal bertahan. walaupun hakikatnya kita memang tidak boleh faham pun perasaan dan kesusahan yang dialami oleh gadis tanpa kita mengalaminya sendiri. Ayuh kita kaji faktor-faktor mengapa lelaki tidak boleh survive sebagai seorang wanita.

1) Orang lelaki tidak boleh menahan kesakitan melahirkan anak

Perkara normal yang paling sakit yang orang lelaki akan alami adalah bersunat. That's it. Itupun kena cucuk 3 kali je dekat skrotum lepas tu tak rasa apa dah rileks je doktor kerat ataupun laser. Orang perempuan terpaksa mengalami kesakitan melahirkan anak. Berdasarkan apa yang aku lihat di kaca televisyen, melahirkan anak ini cukup menderita. Diorang menjerit bagai nak gila dan perempuan-perempuan di televisyen tidak pernah ditawarkan dadah epidural bagi menggambarkan mereka ini seorang superwoman. Walaupun apa yang ditonton di televisyen hanyalah exaggeration dan kita tak pernah dengar pun perempuan terpekik terlolong macam kena rasuk dalam wad bersalin, kita harus akui yang beranak ini sangat sakit. Yelah tiba-tiba mahu keluar kepala manusia pula kan mana tak sakit. Itu pun kawan aku Dr Zaahirah bini Anas cakap mesti kena gunting sikit untuk membuka ruang arghhh aku dengar pun dah rasa sakit di skrotum, apatah lagi kalau mengalaminya sendiri.

Zaman sekarang ni orang lelaki hanya tahu membuntingkan wanita secara tidak sah. Yang struggle nak beranak perempuan jugak. Tapi struggle struggle pun masih lancar je beranak kat tandas. Cuba kalau kita terbalikkan situasi tu, sanggup ke orang lelaki mengandungkan anak selama 9 bulan bagaikan menatang minyak yang penuh? Saja je aku selitkan peribahasa di situ nak tunjuk yang BM aku dapat A dalam SPM.

2) Orang lelaki tidak boleh bertahan jika didatangi haid

Kaum wanita memang istimewa kerana boleh mengalami pendarahan selama 7 hari tanpa perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi. Aku memang tak boleh nak menggambarkan perasaan jika kita orang lelaki didatangi haid. Gila seram dowh darah keluar daripada organ reproduksi. Kau letaklah Yuna di celah kangkang kau pun, kau pasti tidak dapat bertenang punya. Exsqueeze me aku merujuk kepada tuala wanita Libresse ok. Aku dahla kadang-kadang takutkan darah. Mesti aku pengsan setiap kali didatangi haid.

Itu belum fikir kesan sampingan akibat didatangi haid lagi. Senggugut kalau dah tahap kronik kau makan ponstan pun tiada kesan. Kena pergi klinik injek kat punggung baru boleh kurangkan sakit. Lepas tu datang pulak kita punya mood swing. Seorang orang kita rasa nak bagi tinju Ip Man. Masa period kita perlu membebel untuk at least 10 minit dalam tiap-tiap satu sesi bebelan kerana aktiviti bebelan ternyata mampu mengurangkan kesan daripada PMS. Siapa kata PMS tu tak wujud? Ternyatalah mereka memang tidak faham perempuan. Ternyatalah mereka itu memang seorang lelaki. Ternyatalah orang lelaki memang tidak akan dapat bertahan jika didatangi period.

3) Orang lelaki tidak boleh bertahan memiliki 9 nafsu

Orang kata perempuan ada 9 nafsu iaitu nafsu seks, nafsu alat solek, nafsu kasut tumit tinggi, nafsu rantai emas, nafsu beg tangan pereka, nafsu mengumpat, nafsu makan, nafsu terhadap Jonas Brothers dan nafsu mengumpat. Ya aku sedar yang aku sebut nafsu mengumpat dua kali. So banyak bendalah yang kita perlu fikir. Orang lelaki dahla jenis yang tak kisah kalau pergi bershopping. Cuba kalau kita secara tiba-tiba mendapat beberapa nafsu milik wanita ni, memang struggle beb. Selama ni kalau beli kasut cari yang paling murah, ni dah ada nafsu kasut wanita terpaksa pulak fikir adakah kasut itu matching dengan boxer kita? Adakah kasut itu orang lain tak pakai lagi? Adakah kasut itu boleh membuat kita nampak tua? Pelbagai persoalan remeh temeh yang kita harus ambil kira sebelum membuat pembelian.

4) Orang lelaki tidak boleh bertahan memiliki buah dada

Fakta: Apakah perkara yang paling lelaki gemar terhadap seorang wanita? Boobs. Okay maybe someone will say that they like your smiles, but after that, definitely your boobs. Maka di dalam kajian ini, jika seseorang lelaki itu memiliki buah dada, hidup kami akan menjadi gundah gulana. Come on, men wont stop fondling their own breast if they had one(two). Lepas tu nak kena fikir pasal bra pula. Bukan boleh main sebarangan je beli. Berdasarkan katalog Avon milik saudara-mara yang aku selalu curi-curi baca, terdapat pelbagai jenis bra seperti bra cangkuk belakang, bra cangkuk depan, bra untuk menyusu dan pelbagai jenis bra lain.

Besides it must be heavy having something hanging on your chest right? You have to deal with the perverts staring at your boobs as well....and that is why, we men cannot survive if we have boobs. Kawan aku Anas kalau korang tak tengok muka dia terus tengok buah dada dia mesti berlaku pergerakan di dalam seluar. Aku faham penderitaan kau Anas menjadi tumpuan jejaka abnormal. Oh sekali lagi aku menggunakan Anas sebagai gambar hiasan kerana dia memiliki manboobs yang paling besar di antara kami.


Entri ini mungkin nampak mengarut dan keji tapi entri aku memang sentiasa mengarut dan keji pun. Obviously perkara-perkara yang dibincangkan di atas memang tidak mungkin akan berlaku kepada kaum lelaki. Memang tipulah kalau kita dakwa kita boleh faham perkara-perkara yang hanya boleh dialami oleh kaum wanita berdasarkan simulasi di atas. Mungkin bagi kita remeh-temeh sahaja. So the least yang kita boleh lakukan terhadap gadis kita sebagai tanda kita cuba memahami dan menghargai mereka adalah dengan mengacknowledge perkara-perkara yang remeh-temeh itu. Kalau mereka membebel kat anda tak tentu pasal ketika mereka sedang PMS, just terima sahaja sambil berkata "I don't understand what you're saying, but you look beautiful...." (jari kita tolak rambut mereka ke belakang telinga untuk menambah efek charming Andy Lau)

Sunday, September 26, 2010

Fesyen Di Sekolah Menengah

Proses transformasi daripada kanak-kanak sekolah rendah kepada sekolah menengah memang nampak ketara. Ini kerana pelajar sekolah menengah telah mengecap anjakan paradigma hasil daripada pengaruh rakan sebaya, dan faktor mimpi basah yang kebanyakannya baru dialami oleh budak lelaki penyebabkan pengeluaran hormon dan bulu pubis secara mendadak yang jelas mempengaruhi aspek fizikal mereka. Faktor baru lepas bersunat juga memainkan peranannya dalam hal ini kerana selepas bersunat, kita akan berasa terlebih matang dan keyakinan diri akan menjadi lebih tinggi untuk mencuba benda-benda yang baru, termasuklah dari segi fesyen. Berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain, ayuh kita kaji gaya fesyen budak-budak lelaki di sekolah menengah zaman aku.

1) Seluar tempah bawah 20 inci

Semasa aku melangkah ke sekolah menengah memasuki tingkatan satu, aku memang tidak tahu apa yang harus diexpect. Baju sekolah, seluar sekolah semuanya dibeli di Ali Store di Kajang. Sesi perhimpunan kali pertama memang mendebarkan kerana aku dengar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi ni banyak pailang. Masing-masing muka kena parang tak macam wajah aku ketika yang licin tiada jerawat. Tiba-tiba salah seorang pelajar tingkatan 5 datang ke arah aku. Aku dah berkali-kali baca ayat hafazan sekolah rendah bagi mengelak bala. Abang senior itu berkata "Budak, bagi aku pinjam pen kau". Aku taktaula adakah dia maksudkan yang dia mahu pinjam pen aku yang sebenar, ataupun dia seorang pedophilia yang mahukan penis kanak-kanak aku instead.

Sambil menghulurkan pen sebenar dan bukan penis, aku memerhatikan senior itu. Dia merupakan seorang yang popular. Orang panggil dia Hafiz Punk. Muka dia memang macho. Tapi yang paling membuat aku terkagum dengan dia dan hampir-hampir naik ghairah adalah seluarnya. Memang berlainan sekali dengan seluar aku yang tiba-tiba nampak 'lame'. Fabriknya begitu berbeza, lain dengan fabrik seluar aku yang lusuh. Seluarnya tampak sendat di atas dan mengembang di bawah. 'Bellbottom' merupakan istilah yang tepat.

Sejak hari itu, aku terus menjadikan abang Hafiz Punk sebagai idola fesyen aku. Pulang ke rumah aku terus mengadu kepada mama tentang seluar aku yang 'lame'. Mama terpaksa akur dengan kehendak aku sebab aku anak tunggal. Seluar tempah aku yang pertama ditempah di kedai jahit Alisan. Kain dia habis licinla dan ada tanda lipatan yang tajam di sisi kalau kena jari mesti berdarah punya. Selain bellbottom, fesyen seluar sekolah yang popular pada ketika itu adalah 'straight cut'. Saiz kaki seluar yang paling minimum adalah 20 inci dan boleh mengaut sampah-sampah sekali ketika berjalan. Selain itu, poket seluar juga boleh dimodifikasi. Apa kelas poket biasa jika kau boleh buat poket 'kotak', poket 'batman' ataupun poket 'masjid'?


Kawan-kawan aku terus menjadikan aku pula sebagai idola fesyen mereka. Kalau jalan satu sekolah mesti gadis-gadis senior buat bunyi 'cet cet' minta perhatian guna mulut. Antara kedai-kedai tempah seluar lain yang popular adalah Zero One, Agrat One dan Cantona 7.

2) Kasut bertali

Semasa sekolah rendah, aku pakai kasut Bata yang lekat-lekat tu. Tak pasti pula apa nama khas dia. Adalah sekali aku pakai kasut lekat-lekat siap ada lampu masa sekolah rendah tapi mendapat tentangan daripada Cikgu Aloha. Masuk tingkatan satu, aku masih lagi memakai kasut lekat-lekat. Kelas aku ketika itu 1 Amanah, merupakan kelas paling nerd sekali kerana sekolah aku mengamalkan konsep 'class streaming'. Jadi tidak hairanlah rata-rata rakan sekelas aku ketika itu pun sama juga pakai kasut lekat-lekat.

Sekali lagi aku menggunakan abang Hafiz Punk sebagai sumber kekoolan aku di mana aku melihatnya memakai kasut lusuh bertali berjenama Konves. Tingkatan satu je sebenarnya yang pakai kasut lekat-lekat ni. Itu pun lepas cuti pertengahan tahun semua orang mula membeli kasut bertali seperti Pallas Jazz bagi mengelakkan diri daripada dipulaukan majoriti mereka yang memakai kasut bertali.


3) Pakai songkok

Di zaman sekolah menengah, memakai songkok bukanlah simbolik yang menunjukkan yang kau ni seorang yang alim dan tak tinggal solat maghrib. Unless kau ni budak kelas Arab haa memang orang akan expect pakai songkok la kan. Blah la kau budak kelas Arab berlagak seperti Imam Muda sahaja walaupun rancangan Imam Muda tiada lagi ketika itu. (tiba-tiba emo sebab ex gadis aku budak kelas Arab). Bagi pelajar-pelajar kelas biasa, kebanyakan mereka menjadikan songkok sebagai alat untuk menyambunyikan benda terlarang. The most obvious thing that you want to hide is of course your hair. Kata rok n roll mestilah bela rambut panjang kan. Tapi takkan nak berlegar-legar di kawasan sekolah dengan rambut Awie kau nanti Guru Disiplin nampak pasti kena gunting di tempat kejadian. Antara rakan aku yang memakai songkok semasa sekolah menengah bukan sebab dia kuat sembahyang ialah Amir Rashidi @ Apai.

Songkok juga boleh digunakan untuk menyeludup bahan-bahan terlarang seperti rokok dan kaset. Semasa spot check dijalankan, guru disiplin selalunya tidak akan mengesyaki orang yang memakai songkok. Kalaulah aku pakai songkok masa spotcheck dulu pasti kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku masih selamat. Cis aku masih berdendam dengan kau Ustaz Mahir.

4) Rambut belah tengah

Semasa sekolah rendah, aku dengan takbur menggayakan fesyen rambut belah tepi dengan remos yang tinggi dan keras setelah disapu gel. Masuk sekolah menengah, aku berpendapat yang fesyen rambut aku itu masih mampu untuk membuat gadis-gadis merembeskan hormon keseronokan di dalam diri tetapi memang ternyata tanggapan aku itu salah. Minggu pertama persekolahan di sekolah menengah merupakan minggu yang sukar bagi aku kerana gadis-gadis yang matang yang sudah datang haid itu langsung tidak mempedulikan aku malah menuduh aku ini seorang Bookworm Bitch. Memang luntur keyakinan diri aku ketika itu.

Aku mengalami kemurungan selama beberapa minggu sebelum seorang pembimbing rakan sebaya yang pakai baju kaler pink tu membimbing aku ke jalan yang benar. Dia kata aku memang dah cukup hensem, langsung tiada masalah dengan wajah ala Zac Efron aku tu. Cuma fesyen rambut belah tepi sahaja yang menjadi penghalang untuk aku mula bersemenda dengan gadis-gadis. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil sikat dan membuat belahan rambut di tengah instead of tepi. Secara serta merta aku bertukar menjadi chick magnet dan ramai gadis minta alamat emel aku.

Demikianlah antara cara-cara budak sekolah menengah lelaki di zaman aku bergaya. Gadis-gadis aku tak tahu bagaimana sebab gaya mereka sama sahaja di sekolah aku yang orthodoks itu. Sekolah korang pun begini jugakah? Zaman sekarang ni aku tak tahulah bagaimana mereka bergaya sebab mak bapak kaya sehari bagi belanja RM10 boleh tempah seluar tiap-tiap bulan. Aku dah tua takkan pergi kerja pun nak rambut belah tengah lagi kan.

Thursday, September 23, 2010

Gaya Tidur Megatron


Hai. Nama penuh saya Persona Megatron. Orang panggil saya Mega. Umur saya lima nak masuk enam bulan. Saya memang mendapat layanan istimewa kerana saya boleh duduk di dalam rumah. Saya ada kawan nama dia Shuhud tapi dia penakut sikit tak suka bergambar. Hobi saya adalah menggigit jari manusia, membuat mama naik angin dengan mengasah kuku di sofa, serta tidur selama 18 jam sehari. Oleh kerana tuan saya dodgy taknak mengemaskini blog secara normal, maka hari ini saya akan memaparkan aksi-aksi saya ketika tidur. Ayuh teruskan melihat gambar-gambar saya di kamar tidur.

Gaya Tidur 1: Liuk Lentuq di Bilik Ayaq



Gaya Tidur 2: Gaya Enjit-Enjit Semut Siapa Sakit Naik Atas



Gaya Tidur 3: Gaya Tinju Ip Man



Gaya Tidur 4: Gaya Tidur Mata Undertaker



Gaya Tidur 5: Gaya Kuak Lentang Nurul Huda Abdullah


Gaya tidur manakah yang menjadi pilihan anda? Pengundi yang bertuah akan dapat membelai saya di skrin komputer masing-masing.

Tuesday, September 21, 2010

Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram Melayu

Raya kali ini aku habiskan masa di hospital menemani mama aku yang terlantar akibat denggi tahap 1. Dekat hospital, apa sangatlah yang kau boleh buat kan. Kalau kat hospital Seattle Grace bolehlah kau mengintai doktor dengan intern melakukan penzinaan di bilik on call. Tetapi kat hospital di Malaysia? Dahla ini Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Maka satu-satunya aktiviti yang boleh menghiburkan aku ketika itu adalah menonton televisyen. Waktu raya ni biasalah kan, semua channel nak tayangkan filem-filem Melayu tempatan. Tapi sejak aku duduk hospital dari hari raya pertama, aku perasan banyak gila cerita hantu yang ditayangkan seperti Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur termasuklah rancangan hantu bersiri Ular Emas.

Dahulu aku pernah membuat entri Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram versi orang putih. Disebabkan aku telah didedahkan dengan pelbagai filem seram Melayu di Hari Raya kali ini, maka hari ini kita akan mengkaji perkara-perkara klise filem seram versi Melayu pula. Pembikin filem tempatan sering mengitar semula formula-formula yang klise ini kerana orang kita mudah menerimanya. Dah ada market dan target audience untuk filem-filem macam ni. Jadi tak hairanlah jika kita dapat perasan elemen-elemen yang hampir sama dalam setiap filem seram Melayu yang kita tonton. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang klise ini.

1) Orang tak boleh mati sebab bela hantu raya

Kita selalunya akan didedahkan dengan babak tak boleh mati ini di permulaan filem. Atuk tu dah terbaring keras dah. Muka pun dah macam mayat. Kulit semua dah lusuh dan tertanggal. Mata je terkebil-kebil. Tapi masih tak boleh mati lagi. Orang sekeliling suruh mengucap tapi lidah dia kelu. Orang kampung dah mula risau lalu panggilah tok pawang. Tok pawang pun bakarla kemenyan sambil baca mentera semerah padi sambil menyuruh hantu raya atau saka itu keluar dari tubuh. Kalau nak bodek Lembaga Penapisan Filem, maka mentera tu digantikan dengan ayat Al-Quran. Alah time tu je guna ayat suci dalam scene lain kau tunjuk lurah dada. Antara filem yang menggunakan konsep ini adalah Jangan Pandang Belakang, Jangan Pandang Belakang Congkak serta Waris Jari Hantu.

2) Jeritan pelakon yang lebih kuat daripada penonton


Filem seram yang baik adalah filem yang dapat membuat penonton menjerit secara genuine. Ini tidak, pelakon dia pulak yang menjerit melebihi penonton. Konon-konon terlalu menjiwai watak sehinggakan terpekik terlolong macam budak lelaki sunat tak pakai bius (sunat kampung). Antara filem-filem yang paling ketara mengamalkan elemen ini adalah Rasukan Ablasa dan Mistik. Jeritan Rita Rudaini dalam filem Mistik serius membuatkan aku rasa nak bagi dia tinju Ip Man walaupun cerita Ip Man tak keluar lagi pada masa itu. Dari permulaan filem kau nak menjerit sampaikan paras kolestrol aku pun turut naik sama. Dahla filem Mistik tu rupa-rupanya sekadar mimpi. Lepas tu berani pulak kau bawa Aidil Zafuan pergi kahwin lari.

3) Ruminah Sidek


Hoiii nenek ni memang popular. Watak-watak hantu kopek, momok serta bomoh Mona Fandey semua dia boleh lakonkan dengan selamba ya ya. Seriously asal watak hantu je mesti Ruminah Sidek yang berlakon. Tak percaya? Jangan Pandang Belakang. Huii seram gila masa Pierre Andre dukung hantu Ruminah. Filem Congkak pun dia jadi Hantu. Filem Momok dia lagi menyinar dan lagi cantik daripada Hanis Zalikha. Baru-baru ini dalam siri televisyen yang aku tak sengaja tertengok sampai beberapa episod iaitu cerita Ular Emas dia jadi bomoh yang pailang sekali. Memang kool ah kau Ruminah Sidek. Oh satu lagi keluarga Sidek yang berlakon filem seram adalah Rashid Sidek dalam Cinta 100 Ela. Filem tu tak seram tapi lakonan memang kaku macam mayat so kira seramla. Tengok scene dia menangis memang membuatkan kita rasa tertekan sehingga rasa nak pergi minum minuman beralkohol pula.


4) Watak atuk/nenek misteri yang nampak macam watak jahat tetapi sebenarnya baik

Elemen ini tak kiralah filem Melayu ataupun filem barat, memang banyak kali guna taktik ni. Filem lucu kanak-kanak Home Alone pun pakai taktik ni. Selalunya watak ini dimainkan oleh pelakon veteran. Watak ini selalunya bersikap dingin, anti sosial yang suka marah-marah untuk membuat penonton berasa benci dengan mereka walaupun hakikatnya hati mereka suci. Kita boleh lihat watak ini dalam filem straight to VCD Blok 404 lakonan Ahmad B. Oh kawan aku Apai boleh buat mata Ahmad B haha. Filem Congkak pun ada atuk baik lakonan arwah M. Rajoli. Dan ada sorang serta sorang nenek celaka nak arwah keseramannya dalam filem seram Melayu pertama yang aku tonton iaitu Rahsia (ataupun mungkin filem lain, aku pun lupa haha). Korang ingat tak cerita tu? Filem itu ditayangkan masa aku sekolah rendah kot. Noorkumalasari, Shukery Hashim dengan Yusuf Haslam berlakon. Cerita pasal keluarga yang baru pindah ke rumah banglo tapi sering diganggu oleh entiti kanak-kanak. Rupa-rupanya Yusuf Haslam tu telah membunuh orang dan tanam orang dalam dinding banglo. Seram doo.


5) 'Showdown' Imam dan Iblis

Babak ini selalunya dijadikan klimaks syahwat. Eh klimaks filem. Masa tu watak utama sudah dirasuk. Semasa dirasuk, suaranya secara automatik akan bertukar kepada suara penyanyi kumpulan Cromok. Upacara 'exorcism' mula dijalankan. Imam mula-mula rasa cemas, tetapi setelah mengambil wudhu' Imam Muda tadi akan membaca ayat-ayat suci dan kemudiannya membuat gaya 'hadouken' untuk menghalau jembalang tadi dari tubuh mangsa. Mestilah Imam yang menang nak kena panah petir ke apa nak pagi jembalang menang. Contoh filem yang ada scene ini adalah Jangan Tegur dan siri televisyen Ular Emas. Bomoh Ruminah Sidek lawan dengan sapa tah nama Imam tu. Haa haa Ular Emas lagi. Eh masih ada ke cerita tu kat TV?

Baiklah setakat ini sahaja entri kali ini. Apa lagi benda-benda yang klise dalam filem seram Melayu? Mungkin lain kali aku akan buat perkara-perkara yang klise dalam filem seram Cina/Korea/Indonesia pula haa haa. Diharapkan anda tidak leka menonton filem seram di televisyen sehingga lalai dan tak solat maghrib. Assalamualaikum.

Monday, September 20, 2010

Berhari Raya di Markas Tentera

Tajuk entri aku asal boleh nak exaggerate kan? Tapi memang betul aku pergi beraya di kem tentera. Semalam bekas rakan sekerja aku Shadatul Shima binti Ibrahim telah menjemput aku untuk menjadi jejaka pencuci mata ataupun 'eye candy' di majlis rumah terbukanya di Kem Batu Kentonmen di Jalan Ipoh. Untuk tidak mengecewakan gadis-gadis berumur linkungan 25-45 tahun, aku pun memakai baju raya lengkap dengan tanjak dan keris. Abah Shima merupakan seorang tentera kot, itulah sebabnya rumah dia terletak di kawasan kem tentera. Tapi memang jakun gila aku bila nak masuk je kem ada askar pegang sniper rifle anytime je boleh menakutkan pengemis yang cuba mengemis di kem. So kat dalam kem tu memang semuanya berasaskan ketenteraanla. Ada muzium tentera, ada meriam besi dan meriam buluh. Ada sorang pakcik tu rileks je pergi surau naik kereta kebal.

Setelah sesat beberapa kali, aku akhirnya berjaya ke rumah Shima. Ayuh kita berhari raya di rumah Shima.

Ketibaan aku disambut oleh Mama Shima. Berikut adalah teks perbualan yang mungkin telah ditokok tambah antara aku dan Mama Shima:

Mama Shima: Haaa masuk masuk masuk. Eh ini....

Aku: Saya kawan Shima.

Mama Shima: Haaa ini ijai kan? ijaicool? Shima suruh Aunty baca blog ijai. Adik Aunty pun baca tau. Hihi.

Aku: (senyum bongkak sebab Mama Shima baca blog aku). Aunty sihat?

Mama Shima: Sihattt. Ni nak tanya ni bila Shima ni nak bawa jumpa boipren dia? Aunty memang berharap sangat dia dapat cari orang yang segak macam ijai ni. Dahla pandai tajwid, solat maghrib jarang tinggal pula tu berdasarkan apa yang Aunty baca di blog ijai.

Ok ok ayat yang last tu aku tambah sendiri. Anyway makanan yang disediakan memang lazat sekali. Ada soto dengan laksa. Soto dia memang lazat sehingga menjilat dinding. Aku tambah sampai 3 kali. Aku ingat nak tambah lagi tapi aku dapat rasakan mata jiran-jiran yang merenung tajam melihat kebuasan aku.


Seterusnya, ayuh kita lihat gambar-gambar yang disertakan dengan caption yang berbaur fitnah. Kita mulakan dengan gambar di bawah. Gadis dalam gambar di bawah merupakan rakan sekerja aku. Nama dia Noraishikin binti Mohd Salleh. Mungkin niatnya suci untuk cuba membuat wajah comel bermata sepet, ataupun mungkin sebenarnya beliau mengantuk sebab tengok berita lewat malam tadi. Sebelah tu suami dia. Tiada pujian yang akan aku berikan padanya.


Ok gambar di bawah pula memaparkan gambar Shima (kanan) dan adiknya Shalia. Dulu-dulu korang ingat tak, ada seorang penyanyi yang bernama Shima? Ala yang nyanyi lagu Teringin tu. "Sesekaliiii ku rasaa teringinnnnn meliwatiiiii hatimu yang diiinginnnn". Haa yang itulah. Tapi Shima penyanyi tu memang tak ada bau-bau bacang pun dengan Shima kawan aku ni saja je nak panjangkan perenggan ni. Btw adik perempuan Shima tu masih single kalau korang rasa korang memiliki paras rupa dan jenis tak tinggal solat jumaat, itu memang dah berjaya penuhi 2 daripada 18 ciri-ciri jejaka idamannya.


Asyik-asyik gambar gadis sahaja kenala puaskan hati para pembaca wanita pula kan? Tapi taknakla bubuh gambar aku nanti korang print hantar ke bomoh pergi guna-gunakan aku pula. Oleh kerana tiada pilihan lain aku letakla gambar rakan sekerja aku Syafiq Shaarani. Aku tak tahu dia dah ada girlfriend ataupun boyfriend ke belum. Kacak kan?


Kita sudahi entri ini dengan gambar aku yang ala-ala Justin Bieber versi Melayu yang dikerumuni gadis-gadis.


Oh aku rasa lepas baham-baham ada sesi karaoke tapi aku sudah pulang. Kalau tak pasti aku dah gegarkan satu kem tu dengan kelunakan suara dan gaya tarian M Daud Kilau aku. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Shima kerana sudi menjemput saya membaham soto walaupun perangai saya kadang-kadang boleh monconteng arang ke muka. Fuii nak masuk peribahasa jugak. Tapi soto kau memang lazat nak arwah ah Shima. Ada lebih tak malam karang aku nak datang makan.

Sila layari laman Fesbuk saya untuk melihat lebih banyak gambar senonoh: http://www.facebook.com/album.php?aid=236602&id=628280825&l=3c3af734ec

Sunday, September 19, 2010

Happy Birthday Apai!



Hari ini 19 September merupakan hari jadi BFF aku Amir Rashidi bin Aziz ataupun nama kurang Islamiknya Apai. Dalam segmen hari jadi yang biasa, aku selalunya akan mendedahkan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah encik hari jadi. Mostly sifat yang keji la. Tetapi memandangkan sekarang ini ada perlawanan bolasepak di antara Manshitter United menentang Liverpool, maka segmen kejian ini terpaksa ditangguhkan. Ni pun aku tulis masa half time sebab aku memang sayangkan kau Apai (celaka Berbatov). Walaupun entri ini pendek, tapi kami rakan-rakan Bangi tetap mendoakan kebahagiaan kau di samping keluarga tercinta. Kami pun keluarga kau. Obviously kau tak akan curang dengan Ainul Aisyah sebab kami kenal kau, dan obviously Mizah tahu itu gurauan kami dan dia sebenarnya tak kisah.

Ayuh kawan-kawan, ucapkan selamat hari jadi Amir! xoxo

p/s: hormatilah amir. tak perlu keji Liverpool di entri hari jadi amir. nanti aku buat entri khas untuk korang keji aku ok? (tipu)

Saturday, September 18, 2010

Surat Cabaran

Sempena dengan perlawanan Liverpool menentang Manshitter United di Old Trafford pada esok hari, saya secara rasmi ingin memulakan persengketaan dan mencetuskan provokasi dengan menghantar sepucuk surat cabaran penuh kebencian kepada penyokong-penyokong Manshitter United. Ingat, pihak yang kalah esok harus menerima cercaan dengan redha. Surat ini ditujukan khas kepada:

Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Adam Phong Wei Hoong, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Ezry Yusry Yu, Fakri, Santiago Yusuf, Zahrul Idzwan Zainal, Tengku Amir Afendi, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri Nazlan, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Suami Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Salamea Zakaria, Khairul Afandi Kasim, Nur Hisyam Suhaimi, Mohd Imran Suria, Luqman Salehuddin, Zuhri Yusoff, Mohd Naufal, Nurhamizah Rahim serta anda yang membaca entri ini dan anda merupakan penyokong Manshitter United.

Ayuh teruskan membaca surat benci ini.

Penyokong Liverpool,
Surau Al Kauthar Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
18 September 2010.

Menemui penyokong-penyokong kelab Freemason Manshitter United, semoga kalian semua mendapat hidayah dan kembali ke landasan yang benar dengan berhenti menyokong kelab Syaitan dan menyimpan wang di Perbankan Islam Standard Chartered. Semoga kalian cirit birit dan tidak lawas kencingnya selama dua hari juga.

Saudara,

Saudara pasti sedang meminta bantuan bomoh kerana takut kami membelasah anda 4-1 sekali lagi di Old Trafford pada hari Ahad ini. Untuk pengetahuan saudara, kami langsung tidak peduli tentang jurang mata yang membezakan kedudukan kami dengan pasukan saudara di takhta liga. Kami juga tidak takut dengan fakta yang anda kini memiliki 18 kejuaraan liga seperti kami dan berkemungkinan merampas gelaran 'Kelab Bolasepak Terbaik Inggeris' daripada kami. Tapi Champions League kami masih juara 5 kali ok. Malasla nak cakap Europa League menang berapa kali kan. Kami hanya mahu aibkan pasukan saudara di tempat sendiri, sekaligus mendapat 'bragging rights' sehingga musim hadapan.

Kami benci melihat pemain-pemain pasukan saudara. Wayne Rooney merupakan seorang suami yang dayus kerana berzina dengan dua gadis lain secara serentak semasa isterinya mengandung. Dahlah kau ni obese dan bermain seperti keldai semasa di Piala Dunia tempoh hari. Rio Ferdinand pula disyaki hisap dadah dan berwajah seperti unta. Ada hati nak jadi kapten England biar sajalah Abang Gerrard yang jadi. Vidic pula merupakan pembunuh kanak-kanak Bosnia. Masih ingatkah musim lalu Abang Torres memperanjingkan Vidic di Old Trafford? Pork Ji-Sung, well organ reproduksi kau memang saiz orang Asia la kan. Hmm, sape lagi aku nak kutuk? Bebe bebe bebe ooohhhhhh. Entah orang hutan mana tah yang korang beli. Kalau berani turunkan Owenla woi. Bukan Michael Owen tapi Owen Hargreaves kah kah kah.

Saya berharap agar bas yang membawa pemain pasukan saudara ke Old Trafford nanti rosak penghawa dinginnya.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijaicool
(Mohamad Faizal Rosly)

Just in case kalau korang dah lupa:


Buat semua rakan seperjuangan Liverpool yang beragama Islam, diharap anda tidak lupa mendoakan kejayaan pasukan kita selepas solat Maghrib.

Thursday, September 16, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Pengemis

Mama sudah semakin sihat dan telah dibenarkan untuk keluar daripada hospital. Maka tugas aku sebagai anak yang soleh adalah untuk memasak buat mama aku. Tetapi memandangkan skil masakan aku hanya tinggi sedikit sahaja daripada skil memasak gadis-gadis zaman sekarang, maka aku pun membuat keputusan untuk membeli makanan di luar sahaja bagi mengelakkan mama aku kembali sakit setelah membaham air tangan aku. Kedai banyak tutup pada hari ini, so aku pun menuju ke Restoran Yus yang tidak meyambut cuti Hari Malaysia sebab pekerja dia semuanya orang Indonesia.

Sedang aku menanti mihun soto siap, tiba-tiba datang seorang pengemis ke arah aku. Aku segera bertindak mengikut naluri dengan berpura-pura bercakap di telefon dan keluar dari restoran konon-konon tak dapat reception bagi mengelakkan diri aku dipau. Now, di sini aku hendak nyatakan terlebih dahulu, aku bukanlah seorang yang eshol dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi pengemis tadi memang terkenal di kawasan Bangi sekitar beberapa tahun ini. Dia berjalan menggunakan tongkat ketiak, dan sering menunjukkan tag O.K.U nya sambil meminta bantuan kita untuk memberi wang bagi membeli kaki palsu. Itu cerita beberapa tahun dahulu, takkan tak cukup duit lagi nak beli kaki palsu kan? Orang Melayu in general dahla jenis yang pemurah dan mudah mengalir air mata apabila menonton rancangan Bersamamu, so aku yakin dia telah mendapat wang yang secukupnya untuk membeli kaki palsu.

Tidak semua pengemis itu 'genuine'. Kebanyakan daripada mereka adalah sindiket penipuan yang cuba menggelapkan wang dan kulit anda. Jadi di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengenali jenis-jenis pengemis berdasarkan kajian mendalam yang telah dijalankan. Ayuh teruskan membaca.

1) Pengemis buta dan jurupandu mereka

Pengemis jenis ini selalunya beroperasi di kedai makan. Sedang elok kita menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di Ameerali, tiba-tiba mereka datang memberi salam. Si buta je yang beri salam dia punya tour guide memang tak tahu beri salam. Kadang-kadang kalau mereka masih ada sedikit semangat usahawan di dalam diri, mungkin mereka akan menjual tisu ataupun kerepek. Tapi jenis yang terus minta wang ini memang menjengkelkan. Nak bagi wang Rupiah nanti tour guide dia report pulak.

2) Pengemis mengensot


Pengemis ini selalunya tiada kaki dan tangan dan terpaksa mengensot ataupun merangkak untuk bergerak. Memang kasihan jika kita melihatnya. Tetapi jangan terlalu kasihan, kerana mereka selalunya terlibat dengan ahli Kongsi Gelap Mengensot yang berleluasa di Lembah Kelang ini. Mereka selalunya dijumpai di pasar malam. Mari kita fikirkan, jika mereka tiada kaki dan tangan, bagaimanakah mereka boleh datang ke pasar malam itu? Sudah pastilah ada ahli sindiket yang membawa mereka bukan? Lagipun kita kadang-kadang tak perasan mereka terbaring di jalan lalu terpijak mereka pula. Kat pasar malam seksyen 4 Bangi sebelah Petronas tu dahla kawasan berbukit. Ada sekali tu pengemis mengensot orang letak kat atas lepas tu dia terguling-guling sampai ke kaki bukit (ini mungkin fakta yang ditambah oleh aku bagi menambah elemen komedi dalam artikel)

3) Pengemis kanak-kanak asing

Pengemis sebegini selalunya beroperasi dari rumah ke rumah. Muka compang-camping, tapi pakaian menutup aurat. Dia beri salam sambil mengetuk pintu kuat-kuat. Lepas tu aku dah buka pintu dia buat gaya universal meminta wang sambil meneruskan upacara memberi salam. Beri salam berulang-ulang jela yang dia reti cakap Melayu memang tak tahu. Muka pun memang tak Melayu macam Shuhud pakai tudung je. Mungkin orang Nepal ataupun Bangladesh. Aku pun keluarkanla wang RM2 dengan muka yang tak ikhlas langsung. Lepas dah dapat duit, minta air pula. Bagi air kosong taknak. Nak air Milo Ais. Ewah ewah aku bagi betis kau minta peha. Aku bagi peha kau minta organ reproduksi. Aku bagi gaya penyudah Stone Cold Steve Austin baru kau tahu.

4) Pengemis Stevie Wonder


Ok ini satu-satunya pengemis yang aku tak hangin. Pengemis sebegini tidak meminta wang secara direct daripada anda. Mereka akan bermain muzik untuk anda, dan jika anda suka persembahan mereka, anda boleh letak wang di tempat yang disediakan. Kadang-kadang, anda juga boleh membuat lagu permintaan untuk ditujukan kepada ibubapa di kampung ataupun kekasih di perantauan. Vocabulary muzik mereka selalunya terbatas kepada lagu-lagu tradisional Melayu, tapi ada juga yang berbakat memainkan lagu Nirvana ataupun lagu Elyana. Ku tak mungkinnn kalis rinduuu kalis piluuuuuu



5) Pengemis pekak/bisu tetapi berbakat


Pengemis jenis ini membuat modus operandi mereka di pusat membeli belah seperti Sungei Wang. Sedang kita duduk menikmati makanan tidak sihat di McD, tiba-tiba mereka datang duduk di sebelah anda. Dia akan memberi anda sekeping kad yang berbunyi:

"Hai abang. Saya pekak dan bisu. Tapi saya dapat A dalam kemahiran hidup maka saya boleh membuat alat kraftangan yang dijual dengan harga yang mahal nak mampos"

Kalau jual harga singgit dua tak mengapa, ini sepuluh ringgit untuk bekas telur yang aku boleh dapat secara percuma di kenduri kahwin. Itu pun dia buat pakai kad manila nak masuk telur aku pun tak muat. Eh telur ayam maksud aku. By the way diorang bukannya pekak dan bisu betul-betul pun. Aku buat sign language cakap "How are you?" diorang balas dengan jari hantu.

6) Pengemis Cinta

Pengemis Cinta merupakan sebuah lagu nyanyian ratu rock negara Ella. Walaupun dia bukan seorang pengemis, namun kewujudannya dalam senarai ini adalah sekali lagi untuk menambahkan elemen komedi di dalam entri ini.



7) Pengemis CIMB Bank

Pengemis CIMB Bank juga dikenali sebagai pengemis Maybank ataupun Hong Leong Bank kerana membuat operasi di luar bank. Kita masuk dalam bank untuk mengeluarkan wang. Dia kat luar dari jauh sudah melemparkan senyuman penuh harapan. Kita keluar je dia terus menghulurkan katalog bergambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah anak yatim ataupun gambar masjid yang sedang dibina. Dengan menggunakan ayat-ayat mengumpan seperti, "Bang derma ikhlas bina rumah anak yatim bang. Berkat hidup abang dunia akhirat nanti", dia mengharapkan kita agar memberi wang yang kita keluarkan untuk membayar yuran pengajian kita di kolej kepada mereka. Tetapi dah 3 tahun dah kau meminta derma takkan tak siap-siap lagi rumah anak yatim kau?

Adakah anda juga selalu berjumpa dengan pengemis-pengemis sebegini? Ataupun ada lagi jenis-jenis pengemis yang anda ingin kongsi bersama? Bersedekah itu adalah salah satu amalan yang dapat membantu anda di akhirat nanti. So sedekah saja dapat pahala. Tetapi kita ni bukannya bangang sangat sampai tak nampak penipuan di hadapan mata. Kalau nak derma tapi tak mahu ditipu, derma saja di tabung surau masing-masing.

Selamat Hari Malaysia!

Wednesday, September 15, 2010

Nikita

Aku memang gemar menonton siri televisyen dari barat sama ada siri yang baik ataupun siri yang berdosa. Kebanyakan siri televisyen barat akan kembali meneruskan siarannya pada bulan ini setelah 'berehat' beberapa ketika. Sejak siri televisyen paling hebat di alam semesta ini ditamatkan (LOST, OBVIOUSLY), aku sering tak tidur malam memikirkan apa kisah apa yang aku harus tonton selepas pemergian Lost. Di waktu ini, siri televisyen yang terhebat yang aku tonton adalah Fringe. Season ketiga Fringe pasti lebih mantap dengan kehadiran Olivia 'jahat dan hangat' dari alternate universe. Aku sudah tidak bernafsu lagi untuk menonton Grey's walaupun aku dengar season finale tempoh hari ramai orang kena tembak dan meninggal. Flash Forward, Heroes sudah kena cancel. Steve Carrell pula akan pergi meninggalkan The Office. Runsing aku tak tahu nak tengok cerita apa. Yelah kalau dah sorang-sorang kat rumah tak buat apa-apa nanti mesti jadi horny secara tiba-tiba dan kemudiannya pasti kita akan menonton siri berdosa.

Bagi mengelakkan diri daripada terus menjadi horny, aku pun pergilah baca gossip artis barat di perezhilton.com (walaupun hakikatnya itu boleh menjadikan kita lebih horny). Tiba-tiba aku terpandang akan sebuah iklan di background menunjukkan seorang gadis berwajah asia yang hangat berbaju hitam yang ketat yang diberi nama....Nikita. Curious? Ayuh teruskan membaca.


Nikita adalah siri televisyen terbaru yang membuat tayangan sulungnya pada pada 9/10/2010. Baru satu episod, so inilah masa yang paling sesuai untuk kita mulakan upacara menonton siri televisyen terbaru. Kalau korang ingat, dulu-dulu ada cerita Le Femme Nikita dekat stesen TV apa tah yang dah muflis tu. Siri Nikita ini direboot daripada siri televisyen tersebut dan juga satu filem Perancis menggunakan tajuk yang sama. Kisah ini dibintangi oleh MAGGIE Q, OMG SHE'S SO HOT! Ataupun mungkin aku ini memang fetish wajah Asia.


Nikita merupakan seorang perisik/pembunuh yang telah bertaubat dan berikrar untuk menjatuhkan organisasi yang merekrutnya iaitu Division. Kesilapan terbesar seorang perisik adalah memiliki emosi dan jatuh cinta, menyebabkan teman lelakinya dibunuh oleh Division. Macam cerita Alias dan Salt la. Division ini konon-konon berkhidmat untuk kerajaan merekrut orang-orang yang terdesak dan berperangai seperti syaiton seperti pembunuh Sosilawati untuk menjadi perisik/pembunuh yang taat setia kepada Division. Mereka akan memalsukan kematian mereka kepada pihak umum, dan kemudiannya dihantar ke Pusat Latihan Maybank untuk dicuci otaknya serta diberi latihan membunuh dan merisik. Banyak wajah-wajah familiar yang berlakon siri ini seperti:

Shane West sebagai Michael: Setelah lama berkabung di atas kematian Mandy Moore dalam filem cinta official setiap remaja iaitu A Walk To Remember, Michael membuat keputusan untuk menyertai pihak Division. Tugas Michael adalah merekrut dan melatih kanak-kanak menjadi perisik. Dia ni walaupun bekerja dengan pihak yang tidak benar, tapi berdasarkan pengamatan aku dalam satu episod ini dia sebenarnya baik, menaruh perasaan terhadap Nikita dan cuba untuk melindungi ahli-ahli yang direkrutnya.

Lyndsy Fonseca sebagai Alex: Setelah meninggalkan teman lelakinya Kick-Ass dengan alasan menjadi superhero tiada gaji dan tidak masa hadapan, Alex membuat keputusan merompak farmasi sebelum ditangkap polis. Pihak Division yang menyedari bakatnya itu telah merekrut Alex untuk dijadikan sebagai perisik.

Melinda Clarke sebagai Amanda: Ini mak bitch kepada anak bitch daripada the O.C. Memang sesuai dengan wataknya menjadi seorang pensyarah Division yang pandai memanipulasi.

Siri perisik Alias lakonan Jennifer Garner grrrr menduduki tangga ketiga dalam siri televisyen terhebat sepanjang zaman aku, maka tidak hairanlah aku akan terketagih dengan siri ini pula. Elemen-elemen kisah perisikan seperti heroin yang hangat, pakaian yang mendedahkan aurat, aksi tembak menembak serta air mata menjadikan siri Nikita sebagai siri televisyen yang anda perlu cuba tonton. Siri ini memang ada potensi, maka aku harap dia tidak akan ditamatkan selepas satu season. Tengokla woit baru satu episod keluar. Ada twist yang mengejutkan pula tu di penghujung episod.

p/s: currently I'm watching Fringe, The Office, 30 Rock. I'm still downloading Grey's, Desperate, but don't really watch them. Any new or not so new but kool tv shows to recommend? No Vampire Diaries, please. Or maybe I should start watching Glee like everyone else...

Monday, September 13, 2010

Kepulangan Adam

Hai apa khabar semua? Anda semua sudah kembali bekerja kah? Aku cuti seminggu, usah irihati. Sebagai peminat fanatik blog ini, anda seharusnya mengenali sebuah entiti berwajah Cina yang bernama Adam Johari. Adam merupakan seorang BFF yang memiliki semangat setiakawan yang tinggi. Adam memang menjadi igauan buruk kepada para plagiat di luar sana dengan gaya terjahannya yang notorious dan humiliating. Bayangkanlah dalam sesi plagiat yang lalu Adam telah melawat lebih 50 blog secara rawak sambil mencarut-carut ringan dan mendedahkan kegiatan plagiat yang berlaku.

Setelah lebih 2 tahun tidak dapat pulang ke tanah air kerana pihak berkuasa mengesyaki Adam merupakan warganegara China yang cuba memalsukan kerakyatannya kerana matanya sepet, Adam (dan isterinya Shikin) akhirnya berjaya berhari raya di Malaysia pada tahun ini. Ayuh teruskan membaca kejian aku terhadap Adam.

Adam tiba di Malaysia pada 5/9/2010. Perangai Adam yang paling buruk apabila pulang ke Bangi adalah tidak mempedulikan sanak saudara dan terus datang ke rumah aku tanpa menelefon terlebih dahulu. Aku baru je nak solat terawih terus tak jadi padahal malam tu aku macam ada harapan nak dapat Lailatulqadar. Keesokan harinya, aku menemani Adam (dan Shikin) untuk membantunya merenew lesen kereta dan membeli baju raya. Sebab muka Adam macam Cina, aku bawala dia beli Cheongsam kat Zaida's Collection di Bangi Utama. Lepas tu baju raya nak jugak matching kaler hijau dengan aku. Aku pakai capal dia pun nak bergaya jugak dengan capal. Hari itu disudahi dengan sesi berkugiran sementara menanti waktu berbuka puasa. Nasib baik kaedah permarkahan Guitar Hero tidak dipengaruhi oleh kesedapan suara vokalis. Hik hik hik.


Oleh sebab ramai lagi ahli Team Bangi yang tidak berjumpa Adam, aku memaksa Adam untuk belanja kami berbuka puasa. Ala tukar duit pound sterling ke ringgit Malaysia jadi kaya la kan. Kami memberi Adam tanggungjawab untuk menguruskan segala-galanya untuk sesi berbuka tersebut. Nasib baik Shikin ada untuk membimbing Adam kalau ikutkan kata Adam memang sekadar berbuka di 7-11 sahaja. So kami pun berbuka di Village View. Shikin memang pandai memesan lauk pauk seperti Siakap Lima Rasa, Sotong Goreng Tepung Gandum, Kangkang (typo) Goreng Belacan, dan juga testis dadar. Mula-mula pesan untuk 5 orang iaitu aku, Adam, Apai & Mizah, Anas lepas tu boleh pulak ada insan yang tak konfem kehadiran tiba-tiba mencelah iaitu Zul. Rasa mahu bagi tinju Ip Man sebab tak cukup lauk. Terus kami paksa Adam memesan sate hihi.




Lepas tu semalam hanya aku dan Adam sahaja yang available untuk pergi ke rumah terbuka Anas. Ramai saudara-mara aku yang datang beraya di hospital melawat mama, so aku pun pulangla ke rumah sebentar menggosok baju raya. Ala Aryan kenapa tak pakai baju Melayuuuuuuuu.


Kelihatan Anas dan Zack begitu teruja sekali memakai kembali baju pernikahan mereka bagi membuktikan yang badan mereka sudah kurus dan muat untuk pakai baju lama. Hik hik hik. At least lagi baiklah daripada Adam yang menyangka kita sedang menyambut Hari Raya Cina datang pakai seluar pendek sahaja. Hik hik hik.


Okla aku mahu mandi dahulu dan kemudian mahu kembali ke hospital. Orang kata, kat Az Zahrah ramai jururawat comel tapi itu semua dusta belaka. Semua nurse muka macam Fandi cuma pakai tudung sahaja. Ohh Malam ini ada parti Xbox di rumah Anas. Main Halo LAPAN orang beb, seronoknya!

Saturday, September 11, 2010

Berhari Raya di Hospital

Hai apa khabar kalian? Buat para jejaka, seronok tak berhari raya di rumah gadis-gadis berkebaya terbelah sehingga ke peha? Buat gadis-gadis, naik juling tak mata melihat jejaka-jejaka segak berbaju melayu? Memang dasar tiada kampung aku ini mengemaskini blog pada hari raya. Walaupun aku tiada kampung, aku masih ada rumah saudara mara untuk dikunjungi. Aktiviti tipikal aku di setiap kali hari raya adalah:

Raya pertama:

1) Semayang raya
2) Pergi membaham rendang rumah Mak Long kat seksyen 1.
3) Balik rumah berehat
4) Pergi rumah nenek saudara di Kampung Pandan dan Ampang
5) Pulang.

Raya kedua:

1) Pergi rumah atuk sebenar yang hanya jumpa setahun sekali di Klang.
2) Pergi rumah Mak Ngah di Klang, Pak Long dan Pak Su di Shah Alam.
3) Pulang

Begitulah aktiviti rutin raya aku setiap tahun. Namun begitu, raya kali ini memang berbeza kerana aku langsung tidak beraya ke rumah saudara mara kerana mama aku demam. Mama demam sejak hari Rabu lagi. Aku dah bawa pergi Az Zahrah, lepas masuk air semua pulangla ke rumah. Tapi demam still tak berkurang takut kena denggi pula so pada hari raya pertama, mama aku ditahan di wad. Maka dengan berbaju Melayu lengkap aku sekadar beraya di bilik-bilik pesakit lain mengharapkan keluarga mereka ada bawa kuih raya. Ayuh teruskan membaca.

Aku still terbangun pagi pada pukul 5 pagi pada 1 Syawal. Lepas tu tak boleh tidur aku pun bersahurla dengan kuih raya. Mama pening kepala memang tak boleh bangun dari katil so tak boleh pergi semayang raya. Aku dengan tabah menggosok baju dan memberus songkok sendiri dan mekap-mekap ala kadar untuk berhari raya. Tiba-tiba aku mendapat mesej daripada Fandi mengajak aku untuk pergi tengok wayang cerita Madu 4. Setelah menasihatinya dengan lembut, akhirnya dia berubah fikiran untuk pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri instead. Itu pun aku kena paksa dia dengar khutbah sekali. Kami solat di Surau Al-Kauthar dekat rumah aku sahaja.

Habis solat, aku mengajak Fandi berhari raya di rumah aku sebelum dia pulang ke kampung isteri. Tapi aku tak hidangkan dia nasi himpit kuah kacang berserta rendang istimewa masakan Pak Su aku sebab aku nak simpan untuk tetamu yang lebih penting. Haa haa. Kesempatan ini digunakan untuk mengambil gambar-gambar homoseksual setelah sebulan menahan diri daripada melakukan aktiviti begini di siang hari. By the way baju raya korang warna apa?


Selepas Fandi balik, Shuhud (Abe) pula sibuk nak beraya di rumah aku kerana dia pun tak balik kampung. Zaman sekarang ni instead of balik kampung, kita pergi ambil atuk dan nenek kita untuk beraya di sini. Apalagi bergambar gay sekali lagi la.


Dia datang rumah aku bawak Vuvuzela entah fahaman khurafat mana entah yang dia ikut pergi beraya bawa Vuvuzela. Vuvuzela ni akak Abe beli masa dia tengok World Cup di South Africa tempoh hari. Aku pun cuba la tiup. Rupa-rupanya kita tak 'tiup' Vuvuzela ni. Kalau tiup memang tak berbunyi dan kau akan jadi mengah. sebaliknya, kita kena buat bunyi 'brrr' guna bibir macam pelajar-pelajar Akademi Fantasi buat tu, barulah keluar bunyi yang annoying itu.


Petang raya, kakak mama iaitu Mak Long aku dengan keluarganya datang ke rumah aku membawa juadah raya. Oleh sebab kesihatan mama aku masih tidak pulih, kami pun membawa mama ke hospital Az Zahrah pada malam hari raya. Doktor mengesyaki mama diserang demam denggi, so kena tidur wad la malam tu. Aku pun pulang ke rumah untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke hospital seperti Xbox 360 dan kucing aku Megatron yang tak boleh tinggal sorang-sorang di rumah. Syahdu beb tidur hospital di malam raya. Nasib baik malam tadi ada cerita Independence Day. Bilik hospital dia agak luas so muatla aku dan sepupu aku tidur sekali. Malam tadi aku sibuk bertakbir dari bilik ke bilik pesakit lain demi memantapkan ukkhuwwah sesama umat.


Pagi tadi mama aku dah boleh bangun dan membaham sarapan, so kira perkembangan baiklah tu. Aku pun pulangla ke rumah sebentar untuk mengemas kandang kucing, membasuh kain dan pinggan serta menulis entri ini sebelum kembali ke hospital sebentar lagi. Doakan mama aku cepat pulih ya kawan-kawan. Datangla melawat aku dan mama bawak kuih raya sekali.

Wednesday, September 8, 2010

Sila Baca Sebelum Pulang Ke Kampung

Semua orang sudah memberi ucapan hari raya, aku pun tidak mahu ketinggalan. Orang buat kad raya elektronik, aku pun nak buat jugak walaupun aku recycle sahaja kad raya lama. Tapi tak mengapa, niat itu yang penting. Eh tak, yang penting rupa. Walaupun aku tak dapat kad raya sebenar daripada korang, aku tetap akan mendoakan korang berbahagia di samping keluarga tercinta sambil menikmati hidangan lemang dan kuih kaswi. Eh ada ke orang hidangkan kuih kaswi di Aidilfitri. Sebelum anda pulang ke kampung, ayuh kita baca teks ucapan hari raya ringkas aku.

Sesungguhnya aku ini manusia biasa walaupun aku memiliki paras rupa. Sebagai manusia biasa, aku tak bisa lari dari kesilapan (ayat klise). Buat peminat-peminat fanatik, stalker-stalker, serta rakan-rakan alam maya, aku ucapkan terima kasih dan aku minta maaf jika dari hujung rambut sehingga ke hujung lutut jika korang berasa tidak selesa dengan gurauan berbaur seksual dan perkauman yang aku tulis di dalam blog. Tanpa aku, siapalah korang. Eh? Aku pasti akan teruskan menulis perkara-perkara yang keji (tetapi benar), jadi kita harus saling memahami antara satu sama lain agar tidak terasa hati. Nanti kalau jiran aku ada buat rumah terbuka, aku pasti akan menjemput korang sekali.

Jika anda akan pulang ke kampung halaman hari ini atau esok, jangan pandu laju-laju. Memang tak boleh nak pandu laju pun sebab jalan jem. Haa haa. Jangan lupa tutup suis seterika nanti rumah terbakar pula. Kalau was-was tak sure dah tutup suis ke tak, jangan hesitate untuk berpatah balik walaupun korang sudah sampai Tanjung Malim. Best la korang ada kampung. Aku hanya sebatang kara di sini tanpa belaian seorang nenek...

Aku rasa tak perlulah aku nak tulis panjang-panjang, nanti hati korang terasa hiba pula. Akhir kata, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir sahaja buat semua pembaca Y.P.R. HO!



Tuesday, September 7, 2010

Tanda-Tanda Hari Raya Akan Tiba

Hari Raya is just around the corner. Ada sesiapa yang mendapat nikmat Lailatul qadar? Aku ada mendengar khabar angin yang ada kemungkinan yang Hari Raya akan jatuh pada hari Khamis. Jika khabar angin itu menjadi realiti, aku akan menghadapinya dengan tenang kerana baju raya aku sudah siap dan hari Khamis aku sudah mula bercuti. Wahh menarik juga tu jika Hari Raya jatuh pada hari Khamis pasti kucar-kacir hidup korang nanti tak beli capal dan panties raya lagi.Anyway, tempoh hari kita sudah mengetahui Tanda-Tanda Bulan Puasa Akan Tiba, maka hari ini kita akan mengkaji simptom-simptom ketibaan hari raya pula. Ayuh teruskan membaca.

1) Jalan raya menjadi lengang sebab semua orang sudah pulang ke kampung. Jikalau korang terpaksa bekerja di hari raya, korang boleh sedapkan hati kata, "YES! AKU TAK PERLU MENGHADAPI KESESAKAN LALU LINTAS HARI INI!". Sampai di pejabat, anda akan berasa lebih pilu kerana pejabat anda pun lengang juga kerana rakan-rakan anda dapat cuti raya. Non-Malay pulak tu.

2) Anda mula mendapat notifikasi bertalu-talu di emel dan telefon pintar anda. Seperti yang telah dibincangkan dalam entri yang lalu, ini merupakan zaman elektronik. Walaupun tiada masa untuk menghantar kad raya asli, pihak masyarakat masih lagi mengamalkan aktiviti menghantar kad raya bagi mengeratkan siratulrahim sesama umat. Tidak lupa juga dengan SMS pengganti diri yang kebanyakannya direcycle sahaja daripada tahun lepas. Anyway terima kasih kepada semua orang yang menghantar kad elektronik kepada aku. I lap uols.

3) Bilangan makmum muda dan makmum veteran di surau untuk solat terawih semakin berkurangan. Angan-angan untuk memburu Lailatulqadar semakin pupus di penghujung ramadan. Mungkin sebab orang sudah balik kampung. Mungkin sebab banyak cerita Melayu yang gagal di box office seperti Cinta 100 Ela yang ditayangkan di televisyen. Tak pun duduk kat rumah update blog buat entri pasal tanda-tanda hari raya akan tiba. Eh tapi time ni bilangan pengunjung ke laman blog pun semakin berkurangan so aku pun nak bercutilah daripada berblogging. Hee hee.

4) Binatang peliharaan seperti kucing, anjing, tupai terbang (tupai terbang tengah 'up' sekarang) dan landak akan mula dihantar ke Petshop yang berhampiran untuk dipelihara. Yelah kita balik kampung, takkan nak tinggalkan kat rumah siapa nak bagi makan basuh berak depa semua. Tapi kalau boarding kat kedai binatang mahal juga sebenarnya. Sehari dalam RM15. Kalau balik kampung 7 hari darab 15 haa dah berapa tu. Boleh dibuat perniagaan sambilan ni. Hmm aku tak balik kampung kerana tiada kampung. Di rumah aku ada cattery kucing banyak kandang kosong. Maka jika korang nak hantar kucing ke rumah aku, aku cas harga kawan-kawan RM14 sehari. Well kalau korang sendiri nak homestay pun boleh sebab kandang kucing aku besar boleh muat la kalau orang macam Fandi yang tidur.

5) Filem-filem Melayu yang klise arahan Prof Razak Mohaideen ataupun filem terbaru Senario pasti akan membuat kemunculan di pawagam. Siapa tak balik kampung pergilah Alamanda tengok wayang.

6) Surat khabar mula dipenuhi dengan ucapan hari raya daripada pelajar kita yang menuntut di luar negara. Orang kita yang belajar kat Amerika hari-hari pakai baju ketat tersembul payu dara pun pandai mencari baju kurung untuk berposing ayu bagi mengucapkan selamat hari raya kepada keluarga di tanah air. Nak buat ucapan still kena bayar kan? Kalau korang nak murah dan suci, korang boleh beli iklan di akhbar Harakah, tapi kena pastikan korang tutup auratlah.

7) Iklan-iklan berunsurkan hari raya mula ditayangkan. Dulu-dulu ada iklan kreatif arwah Yasmin Ahmad. Sekarang ni nak buat apa-apa memang kena berjaga-jaga. Iklan dodgy sikit macam orang pakai kopiah putih terus kena cap Pope. Orang Melayu pantang dengan benda-benda macam ni kalau benci je terus join hate page walaupun tak tahu apa-apa. Ini kan zaman Illuminati. Semua benda ada unsur Illuminati. Oh ketupat palas tak boleh makan sebab berbentuk segitiga dan ketupat biasa pun boleh membuat akidah terpesong sebab ada corak checkers. Hi hi hi.


Eh semua orang sudah buat entri ucapan Selamat Hari Raya. Esoklah aku ucapkan Selamat Hari Raya untuk korang ok? Hari ini aku nak ucapkan Selamat Malam dahulu kerana aku sudah mengantuk. Jangan lupa niat puasa kawan-kawan.

Monday, September 6, 2010

Top Ten Raya Songs

Mengungkap kembali fakta yang aku reka sendiri, "kita ada satu lagu puasa dan lebih kurang 288 buah lagu raya yang dicipta sejak zaman penjajahan Tanah Melayu lagi". Setiap tahun, ramai artis yang cuba untuk mencipta lagu raya yang baru ataupun konon-konon menyuntik sentuhan moden kepada lagu raya klasik. Namun begitu hasilnya pasti akan membuat kita hendak menutup radio sambil menghamburkan kata-kata kesat. Aku rasa Yuna pun ada membuat lagu raya tapi impaknya memang tidak dapat membuat kita untuk turut menyanyi bersama sambil memakai baju raya. Lagu raya klasik juga yang tersemat di hati. Ayuh kita kaji sepuluh lagu raya kegemaran aku untuk sepanjang zaman di entri tahunan ini.

1. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng

This is probably the syahduest raya song ever made. Gemaaaaaaa damnn meremang bulu ketiak tatkala mendengar verse pertama lagu itu. The cover by Ruhil Amani was okay but nothing beats the original. Eh kalau aku cakap aku jumpa Ruhil Amani dekat petshop seksyen 7 Bangi tempoh hari korang percaya tak? Dia datang dengan dengan suami mat saleh dia, tapi naik kereta lain. Tak tahulah ada keretakan rumah tangga ke sebab naik kereta asing-asing. Nak kata elak paparazi tak juga sebab dia sudah gemuk macam bekas teman wanita aku.


2. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir

Ini memang lagu klasik sepanjang zaman. Aku pasti dalam top ten korang pun ada juga lagu ini. Dengarla patblas kali berturut-turut pun pasti tidak akan rasa bosan.

3. Raya - Jalil Hamid


"Bila sebut pasal raya semua ingat hari raya tapi janganlah pula kita lupaaa. Ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari rayaaaa....." Walaupun Jalil Hamid pernah berlakon dalam filem najis berat Baginda, kebolehannya untuk membuat lagu yang catchy dengan lirik yang agak witty memang tidak boleh dinafikan.

4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir

Tiada pasangan di dunia ini yang dapat mengatasi chemistry antara mereka tak kirala diorang tu Nurul dan Ajai dulu2 ke, Yusry dan Erra dulu2 ke apatah lagi arwah Achik Spin dan Siti Nordiana bola bola api. Eh Nana dah kahwin balik ke masih janda lagi? Semoga tabah berhari raya seorang diri.

5. Malam Kita - KRU


Ok fine ini tak kira lagu raya sebenarnya. Tapi lirik dia begini, "Ohh sepurnama kita tempuh dugaan penuh kesabaran, kini tiba sekali lagi hari yang dinanti tiba pasti...". Bagi mereka yang buta seni dan mendapat gred B dalam matapelajaran muzik di sekolah rendah, bait lirik itu mengisahkan tentang kepayahan seorang jejaka muslim yang berpuasa di bulan Ramadan selama sebulan menahan godaan syahwat sebelum dapat berhari raya bersama keluarga di kampung. Tak kira aku fanatik KRU maka terima sajalah.

6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone

Nama band sudah menakutkan tapi lagu rayanya menjadi instant classic ketika mula2 direlease 14 tahun dahulu (fakta tak benar, men blasah je ni).

7. Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai


Suara Rem meneran sungguh real tatkala rakaman di studio majalah mangga mengatakan Rem tercirit sedikit sehingga mengalir ke lutut.

8. Bergema Takbir di Pagi Raya - 4u2c


Masa ni 4u2c gaduh ngan KRU biasalah tak matang lagi. Siapa kool hari raya nanti pergi beraya rumah saudara mara pakai windreaker dan gantung CD kat leher.

9. Menjelang Hari Raya - Dj Dave


Dj Dave sungguh kacak bergaya dulu dan sekarang menjadi kegilaan ibu bapa kita di zaman2 remaja dulu.

10. Indahnya Beraya di Desa - Azlina Aziz

Tak kenal? Mungkin korang kenal adik dia, Amir Rashidi Aziz. Ala yang lagu dia macam ni, "Wahai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari rayaa
Ayah seeeerta bonda....". Ada tak di antara kalian yang tak dapat cuti hari raya nanti? Kesian korang aku cuti seminggu usah cemburu.

Untuk sesebuah lagu itu menjadi instant classic, lagu-lagu raya harus menerapkan elemen-elemen yang klise seperti kuih sepotong, indah bergembira dan setahun hanya sekali. Mungkin satu hari nanti aku akan cipta lagu raya aku sendiri yang bergenre hip hop dan aku tidak akan lupakan kalian apabila telah popular nanti. Sementara menanti aku mencipta lagu raya sendiri, ada baiknya kalian berkongsi dengan aku lagu-lagu raya kegemaran anda.

Sunday, September 5, 2010

Perkara-Perkara Yang Sudah Jarang Dilakukan Sempena Hari Raya

Hari Raya sudah menjelang tiba. Bagaimana dengan persediaan Hari Raya anda? Baju Melayu korang dah siap ke? Ataupun terpaksa pakai baju Melayu sekolah agama anda dulu sebab kedai sudah tidak mengambil tempahan? Gadis-gadis aku dengar cerita pasti ada 3 pasang baju raya. Satu baju kurung moden, satu baju kebaya terbelah sehingga ke pusat, dan satu lagi baju dalam Lady Gaga. Wahh memang glemer uols! Anyway, berdasarkan pemerhatian aku, terdapat beberapa perkara yang kita selalu buat dahulu time-time dekat nak raya, tapi sekarang kita sudah jarang buat. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak lagi melakukan perkara-perkara tersebut? Ayuh kita kaji fenomena ini.

1) Menghantar kad raya

Kad raya yang dimaksudkan di sini bukanlah kad raya elektronik, tetapi kad raya yang sebenar. Dulu-dulu semasa di sekolah rendah, aktiviti memberi kad raya ini memang merupakan satu kewajipan. Yelah dalam setiap kad raya ada pantun "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca aku expect kau balas" so kita perlulah membalasnya kan. Masa dulu kad raya murah sahaja dan ada budak-budak yang menjualnya semasa waktu rehat. Bergantung kepada saiz dan kualiti, kad raya boleh dibeli dengan harga serendah 30 sen. Aku selalu bagi dekat kawan-kawan lelaki sahaja kerana sebelum aku baligh, aku tiada nafsu terhadap gadis. Ok adala kot sorang dua gadis matang awal yang aku ada crush yang aku bagi kad raya. Lepastu balik rumah kita gantung kad raya tu kad dinding.


Tapi itu semua kisah lama. Sekarang tiada orang yang sudi menghantar kad raya sebenar kepada aku. Orang kata kalau hantar kad raya by hand tu kolot. Sekarang zaman moden, semua benda nak dielektronikkan termasuklah kad raya. Mungkin faktor kesibukan bekerja menyebabkan orang tiada masa untuk menghantar kad raya. Don't get me wrong, memang tiada salahnya menghantar e-card, tetapi nilai sentimental itu kurang sedikit. Benda yang kita tulis sendiri, beli dan lekat setem, hantar ke pejabat pos, ahh orang yang mendapat kad kita itu pasti akan berbesar hati. Samalah seperti menghantar pantun-pantun raya yang direcycle melalui SMS ataupun Fesbuk. Ada kemungkinan anda akan mendapat beberapa buah pantun yang sama daripada orang yang berbeza.

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS pun kira ok what?


ok aku akan jawab pantun kau

Anak Pak Dolah tak puasa ke?
Mana boleh makan lepat,
Pantun kau ni macam keldai je,
Baik aku pergi melempiaskan syahwat


2) Membuat kuih raya

Dulu-dulu masa aku masih ada kampung, Wan aku (mak mama aku) pasti membuat kuih raya sendiri. Please note that kampung aku tak dikira kampung sejati pun sebab terletak di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur. Namun begitu, suasana kekampungan masih terasa di mana aku yang tak puasa akan menjadi subjek eksperimen Wan aku untuk merasa kuih raya yang dibuatnya. Kuih Sarang Semut yang Wan aku buat memang tiada tandingan.


Zaman sekarang, kuih yang orang selalu buat adalah kuih 'Tunjuk-tunjuk' ataupun 'Point & Pay'. Pergi kedai, tunjuk kuih kegemaran, dan bayar. Again, faktor kesibukan bekerja menjadi penghalang untuk kita membuat sendiri kuih raya. Bukan semua orang pun yang pandai buat kuih raya ye tak? Nak buat telur goreng pun kuning tak center inikan pula hendak membuat kuih Londang Almond. Even kat kampung yang memang kampung sejati dan bukan kampung bandar macam aku, orang dah tak ramai menganyam ketupat ataupun mengacau dodol sendiri. Semuanya ready made.

3) Menghias rumah dengan lampu lip lap dan pelita

Jika ada pertandingan Rumah Terglemer di Malam raya, rumah Wan aku pasti menjadi juara. Lampu lip lap di pokok dah jadi macam pokok krismas pula. Lepas tu pelita yang digunakan bukannya pelita 'dodgy' yang pakai bateri ataupun dinamo (eh?), ini pelita pakai minyak tanah punya. Pelita tu menjadi sumber bahan api untuk bermain mercun-mercun yang kini sukar untuk didapati di pasar tani seperti mercun das, mercun padi dan mercun pop pop. Eh? Ada sepupu aku masa tu tengah main mercun das. Memang berdas-das la tembakan yang dilepaskan kepada ayam-ayam jiran. Tiba-tiba mercun das itu berhenti mengeluarkan dasnya. Sepupu aku yang berasa curious pergi tengok pulak muncung mercun itu. DAS! Buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak ada cahaya (nasyid sekolah rendah).

Apa lagi benda yang orang dulu-dulu buat menjelang hari raya tapi sekarang dah tak buat? Setelah membaca entri ini, aku berharap kalian akan berusaha untuk memberi aku kad raya sejati. Nanti aku balasla.

Friday, September 3, 2010

Parappap Parap Pap Parap!

Banyak khabar angin yang mengatakan kugiran-kugiran besar akan turun bermain di Malaysia. Antara yang selalu aku dengar nak rasa makanan tempatan seperti roti canai tetapi masih tidak sampai-sampai adalah kugiran no 1 di muka bumi ini, Foo Fighters. Jadi aku agak skeptikal apabila mendengar gosip-gosip liar yang mengatakan kugiran no 3 kegemaran, PARAMORE akan mengadakan konsert di sini walaupun banyak majalah online yang telah mengesahkan berita tersebut. Walaupun kini Paramore telah mengumumkan sendiri kehadiran mereka di Malaysia pada 19 Oktober nanti di laman web rasmi dan Facebook (dah jadi tempat berperang Melayu dengan Indon pulak kat Facebook Paramore, haha), aku hanya 90% eksaited. Mengapa? Yelah hari tu Rihanna dah konfem nak datang aku siap beli boxer gambar Rihanna lagi lepas tu kena tinju Ip Man pulak dengan Chris Brown. So tidak mustahil Hayley akan bergaduh dengan teman lelaki New Found Glory nya dan membuat keputusan tidak mahu datang sini. So don't get your hopes too high....


OK AKU TIPU. SUMPAH AKU EKSAITED NAK ARWAH! Ayuh teruskan membaca.

Tiket telah mula dijual sejak 1 September lagi. Tiket yang paling kool (Rock Zone) berharga RM358 (RM323 untuk early bird)...wau....agak mahal disitu....BUT THIS IS PARAMORE! And I can afford it, so why not kan? Tapi, Mohamad Faizal yang muda remaja mungkin akan membeli tiket yang paling mahal tanpa berfikir panjang...namun begitu Mohamad Faizal yang sudah dewasa kini memiliki rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi. So aku mungkin akan beli tiket kedua paling kool (RM242, early bird) di atas beberapa faktor:

1) Aku mahu berkahwin


Yes, you read that right. Aku mahu berkahwin secepat yang mungkin, maka aku harus mengumpul wang tak kiralah dalam apa jua aspek.

2) Kita boleh lompat pagar


Dahulu aku pergi konsert Muse. Oleh kerana aku ingin menjadi pelajar yang paling kool di Uniten, aku pun menghabiskan wang PTPTN aku dengan membeli tiket Rock Zone yang paling mahal. Memang riak habisla aku berjalan di Stadium Negara tampal tiket mahal kat dahi bagi membuat peminat Muse lain cemburu. Tetapi apabila aku masuk ke dalam stadium, aku berasa terkejut dan marah. Apa yang memisahkan tiket yang paling mahal dengan tiket kurang kool hanyalah sekeping pita plastik yang polis selalu pakai bila berlaku jenayah tu. Alah macam dalam CSI tu 'CRIME SCENE DO NOT CROSS'. So apabila diorang start je soundcheck habis orang-orang tiket tak kool terus merempuh dan mendengus bagaikan Rosyam Nor dalam filem Lenjan. Kalau begitu baik aku beli tiket yang paling murah. Cis memang marah aku ketika itu.

Apa yang membuat aku lebih tensen adalah, saat-saat sebelum bermulanya konsert itu, perut aku tiba-tiba meragam. Di waktu itu aku sudah berada di posisi yang agak baik di hadapan pentas. Takkan aku nak lepaskan sahaja di situ kasihanlah gadis-gadis di sekeliling aku nanti. Maka terpaksalah aku meninggalkan ruang konsert untuk berak. Hampa. Ini kisah benar ni tak percaya tanya Zahrul Idzwan bin Zainal.

Kesimpulannya tidak rugi pun kalau kita beli tiket kedua paling kool. Nanti lompat jelah pagar bukan ada bouncer pun jaga sekadar pegawai Rela je. This is Paramore, kau duduk dengar mereka bermain di luar stadium pun kau boleh enjoy.

3) Aku kadang-kadang boleh jadi claustraphobic

Benar. Hanya kadang-kadang sahaja dia menyerang. Tidak selalu. Nanti tengah berpogo lepas tu pengsan semasa tengah bodysurf bagaimana? Haha seperti yang kukatakan tadi, aku sudah lanjut usia, tiada stamina lagi untuk bergaya seperti anak muda.

Sebagai persediaan untuk konsert, aku kini dalam proses menghafal setiap lagu Paramore yang wujud walaupun banyak ayat hafazan PAFA yang aku masih tak hafal. Mana tahu nanti diorang tiba-tiba panggil seorang penonton bertuah untuk naik ke pentas dan orang itu adalah aku. Kalau tak boleh menyanyi lagu tak keluar radio seperti 'Feeling Sorry' kan dah malu dan mengecewakan Hayley nanti. Mengikut setlist yang aku kaji dalam Honda Civic Tour 2010 mereka, konsert akan dimulakan dengan lagu Ignorance, dan selalunya akan diakhiri dengan Misery Business semasa encore. Setiap kali pergi dan pulang dari kerja, aku akan memasang cakera padat tulen Brand New Eyes. Di pejabat, aku akan mendengar album Riot di iPod. Balik rumah pulak tengok aksi dalam album live The Final Riot! Eh tapi CD album pertama diorang memang aku tak jumpa di mana-mana kedai muzik. Tahu tak di kedai mana ada jual?


Ahhh tak sabarnya hendak melihat aksi Hayley bersama maikrofon 'lobak'nya di pentas. Tapi tulah orang cakap pasal Paramore tak pernah nak mention ahli kumpulan lain. Itu yang Josh Farro marah tu. Usah risau abang eh adik Josh, aku look forward untuk menyaksikan kau menggoreng gitar, dibackup oleh riff-riff bermelodi Taylor walaupun lagu Paramore tak ada solo hehe. Jeremy dengan running basslinenya, serta ketukan dram padu dari Zac yang kini memiliki misai nipis. Tak hensemlah, hik hik. Aku akan singalong sehingga hilang suara lagu-lagu kegemaran aku seperti Playing God, When It Rains, Careful dan sudah pasti Brick By Boring Brick!

So. siapa di antara kalian yang akan pergi ke konsert ini? Zahrul bila nak beli tiket? Kunal don't be a bitch let's go it's PARAMORE! Or do you actually wanna go to Adam Lambert's concert?

Wednesday, September 1, 2010

What Would You Do if Someone Stole Your Blog Content? #3

Di suatu petang Ramadan yang sepoi-sepoi, aku sedang menelaah hukum tajwid sebab malam karang ada perjumpaan dengan ahli usrah yang lain. Ketua usrah suruh kami buat presentation tidak melebihi 3 slaid tentang apa-apa subjek. Alah tak payahla nak buat-buat kagum korang pun tahu aku exaggerate. Tiba-tiba berbunyi TONG TENG! di Windows Live Messenger menandakan ada emel masuk. Aku pun cek la mana tahu ada orang forward emel-emel lucah eh lucu sementara menanti waktu berbuka puasa ni. Hmm ada seorang gadis yang disyaki merupakan peminat fanatik aku, N**** D***** (identiti dirahsiakan) menghantar mesej di Fesbuk yang berbunyi:

ohh ijai,
thanx approve,
ini bermakna kite ade rupelahh ekk,
ehemm!
saje nak bagitau,
tak tahu lahh kalau ijai dah tahu ke tak,
ade blog ni copy ijaicool,
siap ade gamba shuhud lagi,
tapi dah lame rasenye .


Terima kasih N****. Hampir terbatal puasa aku ketika itu akibat terlalu ghairah. Berbekalkan pengalaman 2 kali diplagiat sebelum ini, aku pun terus menuju ke destinasi sambil mengambil screenshot dengan bersahaja. Tapi sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya nasihatkan agar para pembaca semua terutamanya ahli Team Bangi tidak terlalu emosi mengeluarkan kata-kata kesat. Sebaliknya, cacilah dengan penuh intelek ok? Ayuh teruskan membaca.

Jika aku tak tahu penulis blog ini memplagiat, aku pasti akan berasa kagum dengan hasil penulisannya yang awesome nak arwah. Bukan setakat itu, dia mampu mengeluarkan 10 entri bertaraf world class dalam satu hari! WOW! Kau memang awesome bro! (sarkazem). Dia ni mengamalkan blog kategori 'Sharing is Caring'. So tak hairanlah ada 10 entri yang boleh dihasilkan dalam sehari (termasuk entri lain yang dia tulis sendiri :). WOW! Kau memang awesome bro! (sarkazem). Tetapi kekaguman aku hanya bersifat sementara setelah melihat gambar Justin 'Shuhud' Abeieber terpampang jelas berserta teks entri yang tidak dimodifikasi daripada entri Cara-Cara Hendak Menjadi Justin Bieber aku. Kesian Shuhud. Memang Sharing is Caring bro itu sebab aku share kan kegiatan tidak bermoral ini sebab aku memang caring.


Kesian juga Jamil dan Evi dipaparkan. Kalau orang tak baca betul-betul mesti orang ingan diorang ni pasangan ringan-ringan. Ini adalah entri Mengenali Jenis-Jenis Manusia di Stadium aku. By the way aku turut mahu riak di mana aku ada submit entri ini dan telah terpilih untuk dipaparkan di Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia, Sokernet. WOOHOOO!


But seriously, mana ada orang boleh buat 10 entri awesome sehari bukan? Oleh sebab dia ada terlalu banyak entri, aku pun tiada masa untuk periksa satu-satu. Berikut adalah entri lain yang diplagiat:

Tanda-Tanda Anda Sedang Mabuk Asmara. Dia ubah sikit kat sajak tu tukar jadi nama dia.


Things That You Should Not Say To a Gadis. Heyyy that's my piccccaaa glemer mak uols hik hik hik.



Dan ada banyak lagilah seperti entri Kata Hati Jejaka, Kata Hati Gadis dan Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook tapi aku malas nak edit gambar dah. Tetapi ironinya, ada satu entri yang bukan milik aku berbunyi begini:


"Sudah ada akal, tetapi tidak mampu membuat ayat sendiri untuk entri di dalam blog?"

Membaca ayat itu memang membuat aku mencarut. Tak hilang pahala puasa sebab dah berbuka tapi still berdosa la sebab mencarut. Memang pailang ah plagiat blog orang lepas tu memberi nasihat kepada orang lain agar jangan memplagiat. Mula-mula aku sekadar mahu bertenang sahaja so aku pun buat-buatlah tanya betul ke dia memplagiat. Dia nampak terkejut dengan genuine dan mendakwa yang ini kali pertama dia datang ke blog aku.


Entri-entri yang diplagiat semuanya ada dalam blog lama dia. Nak kata dah lama plagiat takdelah lama sangat, bulan lepas je. Tapi sekarang korang dah tak boleh masuk dah blog lama dia. Sebab selepas aku menegur manja, korang akan didirectkan terus ke blog baru dia. Nasib baik aku pantas menangkap gambar. Semua komen-komen aku yang menunjukkan bukti memplagiat telah dihapuskan dan emel aku tidak dilayan. Baru tadilah aku dapat reply ringkas yang berbunyi:

"assalamualaikum bro.. ok aku mengaku... :)"

THAT'S IT? What the what bitch? Aku ingat nak buat entri pengakuan meminta maaf mengaku kesalahan dan berjanji tidak mahu buat lagi sambil memuji-muji gaya penulisan aku yang terlalu awesome sehinggakan secara tak sengaja terplagiat. Tetapi sekadar ayat sebaris begitu memang langsung tidak nampak tanda penyesalan, langsung tak nampak rasa bersalah di dalam diri, langsung tiada rasa hormat sesama umat. Macam perkara kecil pulak mentang-mentang aku ni tak popular macam The Pink Stilettos. Ahh too late.

Hehe aku saja je buat-buat emo. Aku tak marah pun sebenarnya. Eksaited sebab boleh buat entri sebegini yang dapat membuktikan yang aku menjadi sumber fantasi tidak senonoh jejaka-jejaka di luar sana. Haha aku tidak perlu nak disable right click ataupun text selection ataupun nak letak Javasript macam yang kau cadangkan tu. Nak plagiat tiada masalah sebenarnya cuma jangan kasi kantol je la. Ok kita tamatkan perbincangan kita di sini. Kalau kau baca entri ini, tak perlu minta maaf, tak perlu beri penjelasan, malah tak perlu berinteraksi dalam apa-apa medium sekalipun. Seriously. Benda dah jadi kan. Take it like a bitch la. Lindsay Lohan selamba melanggar perintah mahkamah lepas tu menangis-nangis minta maaf tapi masuk penjara jugak. Tapi sekarang dia dah keluar dan sedang cuba bertaubat. Eh tahpape analogi yang aku gunakan haa haa. Cuma perlu tahan sikitlah jika Adam mengamuk nanti. Hee hee.

Selamat berbuka puasa semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...