Sekarang ni kisah tentang AC Mizal memang panas. Tak kiralah di alam fana mahupun di alam maya, semua pihak sibuk membincangkan tentang tentang perniagaan Gelang Magnet AC Mizal. Berikutan dengan pendedahan daripada blog
Aidid Mu'addib tentang perniagaan AC Mizal, AC Mizal telah melakukan serangan balas dengan membuat laporan polis kerana merasakan dirinya telah difitnah. Dia kan bekas polis so dia tahu apa yang dia buat ok. Saya sebagai salah seorang speaker AC Konsortium ingin memberi jaminan kepada para pengikut semua agar tidak mudah melatah dengan serangan orang-orang Melayu yang tidak mahu berjaya. I hope semua bersabar n teruskan perniagaan. Dugaan hanya untuk orang yang Tuhan sayang (ayat klise).
Bagi mengembalikan keyakinan kepada ahli ACK, saya sekali lagi ingin mengingatkan para ahli tentang kebaikan Gelang Magnet AC Mizal. Semua ini telahpun diberitahu semasa minggu orientasi dahulu, tapi saya sekadar hendak membuat refresher untuk anda semua. MAGNET merupakan bahan yang menghasilkan sejenis tenaga yang dipanggil medan magnet. Aliran medan magnet semula jadi dalam tubuh dihasilkan daripada caj-caj ion di dalam dan di luar sel badan serta pengaliran tenaga impul elektrik melalui membran sel. Oleh kerana darah mengandungi ion, ia berfungsi sebagai konduktor medan magnet bagi menambahkan pengaliran oksigen dan khasiat kepada tisu-tisu badan. Kekurangan medan magnet dipercayai boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti kekejangan bahu dan leher, sakit dada, sakit kepala, insomnia serta tekanan. Teknik terapi magnet merupakan suplemen kesihatan cara non-invasif yang penting. Sila rujuk laman web rasmi untuk keterangan lanjut.
Apa yang anda mungkin tidak tahu adalah fungsi alternatif Gelang Magnet AC Mizal ini. Jika anda ingin terus maju dan mendapat keuntungan hasil daripada jualan gelang, ayuh kita kaji cara-cara alternatif untuk menggunakan Gelang Ajaib ini.
1) Menggantikan barang kemas untuk dibuat hantaran
Ahh bulan depan nak kahwin. Tapi barang hantaran baru beli separuh. Bakal isteri kita dah lama dah bagi hint mahu gelang emas di Habib Jewel. Setiap kali lalu depan kedai emas, mereka selalu memperlahankan rentak sambil membuat muncung menunjukkan gelang mana yang mereka mahu. Oh tuhanku harga RM 2000 beb! Mana nak cari duit? Usah gusar, gelang di kedai emas Poh Kong, Habib mahupun Wah Chan sebenarnya overrated dan terlalu common. Alah semua orang ada gelang emas. Ada ke orang yang pakai gelang tungsten? Masih belum ada lagi. Kalau kita mahu menjadi bualan jiran tetangga, kenalah pakai gelang yang vogue the vass bukan? Anda boleh pilih gelang tungsten ini daripada pelbagai jenis corak dan rekaan.
Oleh itu, saya sarankan anda membeli gelang AC Mizal yang nampak mahal ni. Memang mahal pun RM1000, walaupun harga asal dia USD 25 je. TAPI! Haa ada tapi tu. Walaupun anda bayar RM 1000 untuk gelang ini, anda sebenarnya mendapat keuntungan. Setiap pembelian gelang melayakkan anda untuk mendapat 3 akaun. Daripada tiga akaun itu anda boleh jana RM 1,890 dengan hanya bergoyang kaki! Wau! So anda untung, isteri anda pun tak buat muncung!
2) Aksesori Mat Rempit
Anda boleh mengenali seseorang itu merupakan Mat Rempit daripada gaya fizikalnya. Mat Rempit yang fashionistas pasti akan menggayakan gelang besi berwarna putih yang generic. Semua Mat Rempit ada gelang tersendiri, so di manakah keunikan seseorang Mat Rempit itu? Kita tidak mahulah pihak media sentiasa menggambarkan kita Mat Rempit ni sebagai seorang yang kolot dan membosankan asyik pakai gelang yang sama.
Di sinilah anda boleh membuat kelainan. Dengan lebih 30 rekabentuk Gelang Tungsten AC Mizal, anda kini boleh merempit dengan dengan penuh keyakinan apabila mengetahui rival anda sekadar pakai gelang besi biasa. Dengan bantuan gelombang magnet, perception anda akan menjadi lebih baik sekaligus dapat membantu anda mengesan road block dalam radius tertentu. Bohsia itu pasti akan menjadi milik anda untuk dizina.

3) Dijadikan fridge magnet
Dah nama pun gelang magnet, pastilah boleh melekat di permukaan-permukaan tertentu bukan? Anda boleh menghadiahkan Gelang Magnet AC Mizal kepada ibu anda yang gemar mengumpul fridge magnet. Peti ais mereka pasti lebih ceria dihias dengan gelang berkualiti tinggi ini. Menurut kajian saintis barat, aliran medan magnet dapat menjadikan sayur-sayuran dan telur di dalam peti sejuk anda lebih segar. Bayangkan apa reaksi tetamu yang datang apabila melihat peti ais anda, "WAU ITU GELANG AC MIZAL!". Pasti bangga bukan?
4) Dijadikan kolar kucing
Fakta: tahukah anda kucing sebenarnya tidak suka dipakaikan kolar? Ini kerana mereka akan berasa rimas dan terkongkong apabila diikat dengan kolar. Kadang-kadang kita bukan saja-saja nak pakaikan kolar kepada mereka. Kalau mereka ada kutu, kita boleh pakaikan kolar kutu bagi melawan serangan kutu.

Sebagai alternatif kepada kolar biasa, mengapa tak gunakan Gelang AC Mizal sahaja? Kutu-kutu yang ada zat besi di dalam badan akan segera melekat di gelang magnet yang dipakaikan sebelum mati akibat kekurangan nutrien. That's the most effective way to deal with the fleas. Tak perlu nak syampu ataupun sikat bulu mereka. Lagipun, kucing anda pasti akan menjadi lebih glamor seperti kucing Paris Hilton apabila memakai Gelang AC Mizal ini nanti.
Bagaimana? Berdasarkan contoh-contoh di atas, adakah anda kini berasa teruja untuk menyertai perniagaan AC Konsortium? Sungguh tidak rugi untuk anda menyertainya, kerana anda hanya perlu beli 1 gelang sebagai pelaburan untuk kesihatan dan tunggu giliran anda untuk mendapat bonus. TIDAK PERLU CARI DOWNLINE/AKAUN, AC KONSORTIUM AKAN LAKUKAN UNTUK ANDA. Hidup Dato'!
p/s: parodi sahaja dato' jangan report polis please. and kenapa delete fanpage dato'... :(