Friday, December 31, 2010

This Will Be The Last Post...

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. No worries, I'll be back next year, Inshaallah...Inshaallah (rentak Maher Zain).

Hoi hoi apasal korang nak meraung-raung hentak kaki pulak ni. Aku lempang kang biru. Esok kan dah tahun depan aku kembalilah menulis biasalah aku kan suka mencari publisiti murahan majalah Mangga. Dahla tiap-tiap tahun aku buat entri sebegini memang tak berguna betul. Ayuh kita baca teks ucapan akhir tahun aku (sila baca di bawah cahaya lilin untuk kesan yang lebih mendalam).

Kepada semua para pembaca tegar, stalker bersiri, serta semua gadis tanpa mengira saiz buah dada, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kafir kepada anda semua. Kesempatan ini ingin saya gunakan untuk memohon maaf kepada anda sekiranya hasil penulisan saya sepanjang tahun ini telah mengguris hati kecil anda yang sensitif. Saya sedar, entri saya sentiasa dipenuhi dengan perkataan persetubuhan, gambar organ reproduksi, serta gambar jejaka hangat yang mengghairahkan, dan saya berjanji untuk mengekalkan gambar-gambar yang menaikkan syahwat sesetengah pihak itu dalam entri-entri yang akan datang.

Bagaimanakah anda menyambut tahun baru malam ini? Jika anda mahu melakukan dosa besar seperti berzina kemudian meneguk minuman keras, pastikan anda tidak memandu di dalam keadaan mabuk lalu terlanggar kucing yang melintas. Perasaan yang paling horrible yang anda boleh alami adalah ketika anda menggelek kucing ataupun anjing di jalan raya, kemudian anda tersedar lalu anda berhenti di tepi jalan, kemudian anda melihat kucing dan anjing tadi menggelupur kesakitan sebelum dicabut nyawanya. Mahukah anda mengalami perasaan bersalah nak arwah itu? Jika tidak mahu, don't drink and drive. Choose a designated driver or take a cab.

Harapan saya yang paling utama untuk tahun ini adalah agar pasukan bolasepak paling ulung di muka bumi ini iaitu Liverpool FC akan bangkit daripada lembah kegelapan sekaligus menduduki senarai empat pasukan teratas bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim hadapan. Insyaallah berkat daripada skim Perbankan Islam Standard Chartered. Harapan lain ada juga tapi tiada idea pula nak tulis apa ketika menulis perenggan ini.

Sebelum ceramah saya ini jatuh ke dalam kategori khurafat, adalah eloknya saya berhenti di sini. Again, jika anda membaca entri ini, (yes, I am specifically talking about you, and you, and you, and you, yes you as well, of course you, no no not you, yes you again), saya ucapkan:




Thursday, December 30, 2010

Semua Orang Cerita Pasal Bola, Aku Pun Mahu Juga (UPDATED!)

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, hari ini kita akan berbicara tentang bola. Namun begitu, aku tidak mahu mengulas tentang perlawanan bola Indonesia vs Malaysia di atas padang semalam, sebaliknya tentang bola di kocek ataupun bahasa orang putihya balls. What the what?? Bertenang, ini bukan entry tidak senonoh, tetapi entri emosi macam gadis-gadis selalu buat ketika PMS. Pagi semalam, aku telah dikejutkan dari tidur oleh satu panggilan. Panggilan yang membuatkan diri ini dikuasai amarah syaiton sehinggakan mulut menjadi lancar mengeluarkan kata-kata kesat. Ayuh teruskan membaca.

Minggu ini aku masuk kerja pukul 12 tengahari dan balik pukul 8 malam. Maka tidak hairanlah jika aku bermalas-malasan di waktu pagi lepak chill di atas katil mengharapkan dapat mimpi basah. "PA RAP PAP PARAP PAP PAA RAP" tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Siapa ni mengganggu aku di pagi hari? Aku lihat nombor, BLOCKED. Hmm pejabat aku kah? So dalam keadaan mamai aku pun angkat telefon. For now, let's call her pemanggil misteri (PMS). Mari ikuti dialog perbualan sebenar di bawah:

aku: Hello....

PMS: Hello, hello, baby you called? I cant hear a thing. I have got no service in the club you see you see.

Haa haa amacam lucu tak selitan jenaka Lady Gaga aku? Ok ok fineeee kita start over. Yang atas tu tak kira ayuh kita kembali serius. Mari ikuti dialog perbualan yang benar-benar sebenar di bawah:

aku: Hello....

PMS: Hello Encik. Encik ada kad debit Maybank kan?

Aik terus tanya aku ada kad debit tanpa memberi salam? Memanglah tak beri salam kerana dia seorang perempuan berbangsa India. Ini bukan feminism ataupun racism. Tapi at least berilah ucapan selamat pagi ke kan. Kenalkan diri pun tidak. Dahla kat background dia bunyi bising macam di kawasan pembinaan. Aku pulak baru je bukak akaun Maybank so aku tak tahulah kad ATM aku tu berfungsi sebagai debit card.


aku: Kad debit? Takde....

PMS:
Encik jangan tipu dalam sistem kami ada nama Encik. Encik ada buat kad debit baru-baru ini kan?

aku: Ohh kad debit tu kad ATM la kan. Ada ada kenapa ya?

PMS: Ok kami sedang buat verification. Encik boleh beri tarikh luput kad Encik?

aku: Emmm bulan XXX tahun XXX.....

PMS: Ok di kad Encik ada nombor XXXX kan. Sila beri nombor seterusnya untuk kami semak.

Nombor yang dia baca mula-mula tu dahla nombor generic.Aku yang tengah mamai baru bangun tidur tu pun bagila dia sequence nombor generic 4 digit yang mula-mula tu. Sebelum aku habis beritahu semua nombor, aku tiba-tiba mendapat hidayah yang menjadikan aku was-was dengan situasi ini lalu aku pun soal siasatla dia.

aku: Eh wait-wait. Who are you? Why do you need this information? (tiba-tiba aku cakap Inggeris).

PMS: Encik, sekarang ni ada banyak orang report tentang credit and dedit card fraud. So kami call customer untuk buat verification.

aku: If that's the case, then you should have all my information with you already right? Can you read it to me?

PMS: ENCIK saya yang buat verification ke encik yang buat ni? Macamana kami nak tahu encik ni bercakap benar ke tak kalau Encik tak beritahu maklumat?

What the what??? Masa tu dia sudah tinggikan suara. Ok fine. Katalah panggilan ini bukan scam. Katalah panggilan ini benar. Mungkin dia tak boleh beri maklumat pelanggan di telefon kerana isu privasi. Tapi itu bukanlah caranya untuk bercakap dengan customer bukan? Dahla aku masih tak tahu nama dan dari mana dia call lepas tu berani nak menggunakan tona yang celaka.

aku: HEY listen. You called me, and I dont even know who the hell you are.....(tak habis cakap lagi)

PMS: ENCIK, ENCIK, mungkin Encik ni tipu dan kad tu bukan milik Encik. Takkan kami pula yang nak beri maklumat, itulah sebabnya kami buat verification..........bodoh.

......bodoh. Aku dengar perkataan itu sejelas-jelasnya. Masa tu sumpah aku sudah dikuasai nafsu amarah. Kalau aku ni Dai dalam komik Misteri Naga, memang dah keluar dah Tanda Naga kat dahi aku. Terus aku menjerit....

aku: HEY SUCK MY BALLS YOU BITCH!!! (i really did say that)

PMS: *tutt* *tutt* *tutt* (letak telefon)

Aku cuba call kembali untuk meneruskan carutan tetapi blocked number kan. Sebagai seorang lelaki aku memiliki ego dan organ reproduksi yang besar mana boleh kool kena layan sebegitu. Ahh emosi. Anyway adakah korang ada dapat panggilan sebegitu? I know this is probably a scam but ahhh that's not really the point. Aku masih emosi bila teringat. Bitch.

UPDATE: Officemate aku Nabster baru sahaja memberitahu yang dia pun mendapat panggilan yang sama, orang yang sama, background yang sama, cuma bezanya ada nombor untuk dihubungi hehehehehehe 013-3405337. cuba korang try test buat panggilan hangit ke gangguan seksual ke pastu kongsi bersama hasilnya hee hee.

Tuesday, December 28, 2010

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 6

Hai gadis-gadis. Tahun 2010 sudah hampir melabuhkan tirainya, jadi memang sesuailah kita akhiri tahun ini dengan segmen soal jawab. Saya mewakili jantan-jantan ingin tahu jawapan kepada soalan-soalan panas yang ada unsur feminin yang sudah lama bermain di benak kami. Itu tidak bermakna yang kami ni bengap tidak tahu jawapan kepada soalan-soalan asas tentang gadis, kami hanya mahu melihat bagaimana anda menjawab soalan-soalan tersebut. Soalan-soalan ini berbentuk subjektif, dan jawapannya mungkin berbeza antara satu sama lain. Maka kurang bijaklah jika anda memberi jawapan "alah carilah kat Google". Eh kalau kau cari kat Google soalan-soalan seperti "Apa bezanya Kotex dan Laurier" kau akan sampai di blog ini juga, siap dengan pelbagai jawapan lagi daripada gadis-gadis.

Lagipun soalan-soalan yang ditanyakan ini boleh membantu kami jejaka naif memahami naluri gadis dengan lebih mendalam, sekaligus menjadikan kami lebih sweet, lebih romantik, dan tidak akan lupa tarikh ulangtahun percintaan. Jadi marilah kita menjawab soalan dengan penuh kejujuran dan kasih sayang.

1) Ujian lelaki idaman. Maher Zain dan Anuar Zain melamar anda. Siapakah yang akan anda pilih? Nyatakan sebabnya (kena pilih!).


2) Apa benda yang orang lelaki buat yang menjadi 'turn off' kepada anda? Sila nyatakan satu.

3) Perlu atau tidak perlu memberitahu pasangan anda tentang bekas teman lelaki anda? Huraikan.

4) Adakah korang berasa malu pergi membeli-belah pakaian dalam? Nak test lagi eiiii. Eh boleh test ke??

5) Jika korang sudah berkahwin, bagaimanakah kalian akan menjawab soalan yang ditanyakan oleh anak "Ibu, where do babies come from?"

6) Define 'keputihan'.

7) Kenapa korang masih baca blog ijaicool walaupun dia kerapkali menstereotypekan gadis-gadis? Hehehe.

8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan perkhidmatan enjin carian, sila terangkan bagaimana hendak masak Sotong Goreng Kunyit.

Jika anda manusia yang mengalami pendarahan setiap bulan atau dalam kata lainnya anda gadis sejati, anda diharuskan menjawab soalan-soalan di atas. Kami pasti akan berubah demi kalian. Percayalah kasih ku lama tersulam, di ruang paling dalam, terlalu jauh tak terselam. Tiba-tiba je aku nyanyi lagu Siti.

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 1
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 2
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 4
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 5

Monday, December 27, 2010

Mengapa Aku Suka Pakai Baju Melayu

Dewasa kini, amalan pemakaian baju Melayu sudah semakin dipinggirkan. Baju Melayu hanya dipakai ketika hari raya pertama, waktu nak bernikah dan kadang-kadang ketika solat Jumaat. Itupun kalau korang pergi solat Jumaat. Baju Melayu merupakan baju kebangsaan, menjadi simbol kepada keharmonian di negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Maka di sini aku ingin menyeru kawan-kawan semua tak kiralah bangsa apa, agar kita mengamalkan pemakaian baju Melayu tanpa mengira upacara. Masuk kelab malam pun pakaila baju Melayu. Tak salah. Yang salah ialah meneguk arak memakai baju Melayu. Hee hee.

"Alah Faizal kau cakap je lebih kau tu macam selalu sangat pulak pakai baju Melayu?" bisik salah seorang pembaca di dalam hati. Oh Em Ji come onn setiap kali ada event ataupun majlis perkahwinan, aku pasti akan pakai baju Melayu hoccayy. Jika tak percaya sila lihat gambar kompilasi aku berbaju Melayu di kenduri kahwin dalam entri ini. Ayuh kita lihat kelebihan-kelebihan memakai baju Melayu.

1) Anda lain daripada yang lain

Jika ada majlis makan malam, orang semua sibuk nak sewa kot la tuxedo la cheong sam la tetapi aku tetap yakin dengan penampilan segakku berbaju Melayu. Sudah pastinya tidak sia-sia kerana aku pasti menggondol anugerah Best Dressed pada majlis itu. Yelah semua orang bergaya James Bond lepas tu aku sorang nampak macam Hang Jebat mestilah orang akan lebih tertarik dengan Hang Jebat bukan?


Sama juga kalau pergi ke kenduri kahwin. Mentaliti kolot kita selalu kata "Eii taknaklah pakai baju Melayu, nanti orang kata aku poyo". Poyo atau tidak bukanlah ditentukan oleh orang lain. Last-last pakai kemeja pergi kerja sama macam semua orang. Pakai baju Melayu semasa kenduri adalah awesome. At least itu apa yang aku rasa bila pakai baju Melayu, itu yang korang selalu nampak cahaya kesegakan yang terpancar daripada wajah aku tu. Cuba lihat gadis-gadis yang pergi kenduri kahwin, semuanya dressing vogue the vass mengalahkan isteri Perdana Menteri. Bila lagi nak bergaya kalau tak di kenduri kahwin? Yelah nanti nak jumpa rakan-rakan ataupun rival-rival lama malulah kalau pakai baju kurung lusuh tiada belahan sehingga ke peha. Orang perempuan memang self conciuos tentang imej diri, bimbang dikeji akibat tidak cukup bergaya. So dalam hal ini, kita harus mencontohi kaum wanita dengan bergaya bagai nak rak di kenduri kahwin.


2) Boleh membuat gadis-gadis horny

Ok ok fine 'horny' mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk digunakan di sini. Tetapi ini merupakan fakta, disokong dengan beberapa penjelasan saintifik. Setiap kali gadis-gadis terpandang lelaki segak berbaju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok, sejenis hormon yang menggalakkan aktiviti seksual akan dirembeskan menyebabkan gadis-gadis berasa gundah gulana dan berpeluh sejuk serta nafas turun naik. No wonderlah setiap kali aku pergi mengisi nasi di pinggan ramai gadis-gadis hangat dan makcik-makcik milf yang merenung tajam ke arah aku sambil mengetap bibir.

Bukan orang lelaki sahaja yang suka mencuci mata, orang perempuan pun apa kurangnya. Kalau dah duduk berkumpul dengan kaum sendiri tu pasti mereka akan membuat muncung sambil membunyikan 'cet cet cet' bila nampak jejaka hangat berbaju Melayu macam Mat Rempit selalu buat setiap kali ada gadis hangat lalu. Jokes aside, gadis-gadis sila setuju dengan kenyataan ini; Setiap kali anda melihat jejaka berbaju Melayu lengkap macam gambar di bawah ini, anda pasti akan berasa lebih teruja bukan? HOTNESS!


3) Berkemungkinan dilayan seperti pengantin

Aku perasan (memang perasan gila) kadang-kadang kalau pakai baju Melayu di kenduri kahwin, aku macam lebih bergaya daripada pengantin. Kawan aku Apai cakap, tips memilih pengapit adalah memilih orang yang kurang kacak daripada kita agar kita akan nampak lebih kacak di hari persandingan nanti. Dia sangka memilih aku sebagai pengapit dapat membuat dia rasa lebih kacak, tetapi ternyatalah dia tak tahu menilai erti kekacakan yang sebenar. Kalau ya pun nak guna teori dia tu kenapa tak pilih kawan aku yang ternyata tiada paras rupa seperti Shuhud ataupun Fandi? So sebagai pengapit dulu aku datanglah awal dengan baju Melayu baru beli kat Warta kain berkilat-kilat dengan samping M. Daud Kilau. Sampai je aku kat dewan kahwin, diorang terus main kompang sambil mengipas-ngipas aku. Lepas tu pakcik makcik mana tah pergi bagi angpow kahwin kat aku. Itu semua kerana mereka sangka aku ni pengantin. Letih betul aku kena jelaskan kan diorang yang aku bukan pengantin.

Selalu jugaklah jadi macam ni kat majlis-majlis kahwin lain. Yelah sebab aku sorang je pakai baju Melayu yang lain pakai kemeja pastilah aku mendapat tumpuan lebih. Cameraman suka ambil gambar aku, videographer pun suruh aku beri ucapan perkahwinan, dan aku siap boleh pergi makan best kat meja pengantin lagi semuanya kerana aku berbaju Melayu. Tak percaya sila lihat bukti bergambar di bawah.


Bagaimana? Adakah anda kini sudah teruja untuk menyertai Kempen Memakai Baju Melayu? Kasihan baju Melayu anda sekadar tergantung di dalam almari. Haa tengok tu tengok tu dah ada dah beberapa pembaca gadis yang mula tak keruan setelah melihat gambar-gambar jejaka berbaju Melayu di atas.

Friday, December 24, 2010

Mengkaji Gaya Blogging Gadis-Gadis

Hai apa khabar semua? Dewasa kini, blogging telah menjadi satu gaya hidup dalam rutin harian gadis-gadis. Sebagai seorang stalker blog-blog gadis di alam maya, saya telah berjaya mengenali pattern ataupun gaya blogging yang sering diaplikasikan oleh gadis-gadis. Gadis-gadis mempunyai kuasa telepati dan mindset yang sama, maka tidak hairanlah kita boleh lihat stail dan identiti yang hampir serupa melalui gaya penulisan mereka. Hari ini saya ingin mendedahkan gaya blogging gadis-gadis di alam maya. Ayuh teruskan membaca.

1) Menampal sekeping gambar objek yang diingini sambil disertakan caption 'I WANT!'

Kaum wanita dan membeli-belah memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mana ada gadis yang tak suka shopping bukan? Kalau satu minggu tu tak dapat pergi kompleks membeli-belah, pasti kitar haid mereka jadi tidak menentu seterusnya menjadikan emosi mereka tidak menentu anytime je boleh bertukar menjadi Incredible Hulk versi gadis. Sebelum bershopping, gadis-gadis akan membuat persediaan dengan membuat satu wish list terlebih dahulu. Wish list ini terdiri daripada objek yang mereka telah target sekian lama, dan dikuatkan lagi dengan caption berbaur serius seperti 'I WANT', 'MAHU', ataupun 'NEXT TIME'.


2) Mengemaskini blog gaya Diana Rikasari

Gadis-gadis memang suka camwhoring tak kiralah di dalam tandas mahupun di I-City untuk dipaparkan di dalam blog. Namun begitu, trend terkini yang menjadi ikutan gadis-gadis zaman sekarang adalah menempel gambar sendiri dengan gaya Diana Rikasari. What the whattt korang tak kenal siapa Diana Rikasari?? OH EM JI aku pun kenal hoccayyy. 70% daripada blogger gadis yang ada sifat fashionistas di dalam diri pasti akan menjadikan Diana Rikasari sebagai ikon fesyen mereka. Kalau tak percaya klik sahaja pautan blog gadis di sebelah kiri blog aku ini pasti anda akan nampak link Diana Rikasari di blog mereka. Hihi.

Bagi mereka yang tak kenal Diana Rikasari dan malas untuk membuat kajian siapakah Diana Rikasari itu, aku akan membuat contoh bagaimana untuk mengemaskini blog gaya Diana Rikasari. Anda hanya perlu memilih outfit yang ingin dipaparkan kepada pembaca, kemudian mengambil gambar sambil membuat pis di mata dan bercekak pinggang. Di bahagian caption, anda harus menyatakan jenama pakaian tersebut di dalam italics. Sila rujuk contoh di bawah:


Communist cap, Family Guy t-shirt, Liverpool FC sweater, seluar pendek bundle, Trimph boxer, Thai Temple Al-Ikhsan

Please note that I have nothing against Diana Rikasari, nor her followers. In fact, aku baca blog dia juga kadang-kadang untuk mendapatkan idea fesyen terbaru yang hip dan chic.

3) Membuat update emosional bertaraf Twitter

Sesekali ketika diserang PMS ataupun mengalami rasa tidak puas hati terhadap kehidupan secara general, gadis-gadis akan membuat entri pendek bertaraf Twitter bagi menunjukkan tahap kesihatan emosi mereka. Status-status pendek ini selalunya bersifat 'cryptic', ditulis dalam caps lock bagi menampakkan kegarangan, dan hanya boleh difahami oleh diri sendiri. Contoh update-update emosional pendek adalah:

"AKU TAK HAIRANLAH KAU ADA BEG TANGAN JURULATIH"

"AKU REDHA. TUHAN PASTI AKAN MEMBALAS KEKEJIAN KAU DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT!"

"YOU BITCH!"

Baca pembaca pasti akan tertanya-tanya siapakah orang yang dimaksudkan sambil memberi komen-komen yang menunjukkan mereka ambil berat. Sekadar memberi pendapat, gadis-gadis seharusnya memberi penjelasan lebih lanjut dan tidak membuat kami perasan yang status sebegitu ditujukan kepada kami yang membacanya. Bila dah tahu siapa, barulah boleh mengumpat bersama-sama.

4) Menunjukkan kemahiran memasak

Ini adalah gaya blogging yang paling digemari sekali oleh kami para jejaka. Ini kerana kami memang mudah terpikat dengan gadis yang pandai memasak. Kami mahu makan di rumah tak mahu asyik makan di luar sahaja. Ok ok aku mengakulah kebanyakan gadis-gadis zaman sekarang ni memang tak pandai memasak buat Mee Hailam pun jadi Mee Kicap. Tapi bagi mereka yang ada skil memasak ini, mereka pasti akan berkongsi resipi masakan di blog. Blogger-blogger veteran yelah tunjuk resei masakan Melayu. Namun begitu, bagi ibu-ibu moden masakini, perkara yang sedang 'up' sekarang adalah cupcakes, macaroons, serta kek Red Velvet. Mula-mula blog pasal kek Red Velvet yang dibeli kat kedai lepas tu rasa teruja untuk buat sendiri. Maka menggunakan skil memasak yang ada, kita pun gigih memukul telur dan meletakkan pati Red Velvet (main belasah je ni) sebelum menghangatkannya di dalam oven. Kek itu naik atau tidak bukanlah persoalannya. Yang penting adalah berkongsi pengalaman di dalam komuniti. Eh kejap cooking dan baking perkara yang sama ke? Hihi.

5) Menjawab tag materialistik


Blogger lelaki jarang menjawab tag kerana merasakan mereka terlalu macho untuk membuat tag. Jawab tag pun kalau tiada idea nak update blog je. Lain pula kisahnya dengan blogger gadis. Menjawab tag merupakan nadi kepada blog mereka. Dalam banyak-banyak tag, saya perhatikan gadis-gadis sering memjawab tag berunsurkan shopping, fesyen, mahupun gajet feminin. Maka selalulah kita lihat tag "Apa Yang Ada Dalam Beg Tangan Saya", "Apa Yang Ada Dalam Almari Baju Saya" mahupun "Senarai Kasut Tumit Tinggi 6 Inci Saya.

Haha ok ok fineeee tak semua gadis menggunakan gaya blogging di atas. Apa yang ditulis hanyalah pemerhatian stereotype yang diexaggerate gadis-gadis usahlah terasa hati. Tapi kenyataannya memang begitu bukan? Tak percaya sila kaji blog masing-masing, hee hee hee. Ok selamat menyambut Hari Natal! Cis aku kerja.

Wednesday, December 22, 2010

Ahhh...Saba Bang, Saba!

Jika anda mengklik tajuk di atas mengharapkan anda dapat membaca cerita realiti tidak senonoh seperti yang kerapkali dipaparkan di muka hadapan akhbar Kosmo, maka anda pasti akan hampa. Dalam entri Tempat Makan Menarik di Cyberjaya tempohari, kita telah membincangkan tentang lokasi restoran mahupun tempat makan yang popular di Cyberjaya. Lepas tu semua orang dok habaq yang Restoran Saba yang menghidangkan makanan Arab itu best. Aku sebagai newbie di Cyber ni memang tak tahu tentang kewujudan Saba ini, so apabila rakan aku Hanis Zalikha versi lelaki mengajak aku untuk makan malam di Saba, aku pun melonjak kegembiraan kerana aku nak jugak tahu apa best sangat ke tempat ni macam yang korang gembar-gemburkan. Ayuh teruskan membaca jika anda sudah tidak sabar untuk berSaba. Ok lame.

Restoran Saba terletak di 4800 Suite, 0-2 Ground Floor Block A1, Jalan Perdana CDB Perdana. Nak tunjuk handal lah letak alamat padahal baru lepas Bing. Kalau naik kereta 5 minit boleh sampai dari ofis aku tapi kalau naik skate board lama sikitlah. Aku datang dalam pukul 8 malam dengan Hanis Zalikha. Nama Hanis dalam handphone aku adalah Hanis Penis, saja je nak beritahu. In fact nama semua orang aku akan tukar untuk menampakkan yang mereka ni gay, lesbian ataupun tentang peristiwa-peristiwa yang mengaibkan mereka. Contohnya nama Shuhud (Abe) dalam hp aku adalah Abe Jenap. Abe tu nama panggilan dia, Jenap tu nama guru besar sekolah menengah aku yang Abe ada skandal satu hala dengannya.

Eh ni nak cerita pasal Saba ke pasal nama dalam telefon bimbit? Berbalik kepada tajuk asal, aku lihat kawasan itu memang kawasan Timur Tengah. Restoran di sekeliling pun bertemakan restoran Arab, muka waiter pun macam orang Arab siap letak bonggol unta lagi di belakang nak bagi relevan. Sampai aku pun terus tercakap Arab Wahidun Isnani Salasatun Arbaatun Homsatun sampai Asyaratun. Oleh sebab aku ni newbie, aku suruh Hanis je yang memesan untuk aku. Sebagai pembuka selera, kami memesan Hummus sebab terpengaruh dengan cerita Zohan. Hummus ini adalah kacang botak (tipu) yang diblender dengan bawang putih, tahini dan jus lemon. Harga dia RM6 kot berserta dengan beberapa keping roti pita. Tapi dasar nafsu Iblyss kami pergi pesan roti Arab sekali takut tak cukup. Memang lazat hummus ni lebih sihat dan boleh digunakan sebagai alat bantuan seksual menggantikan madu dan coklat.


Orang kata yang best kat Saba ni adalah nasi Arab dan kebab dia. Aku memesan Hanith Chicken (quarter) sebab nama dia hampir sama dengan Hanis. Hanis pula pilih Hanith Lamb (half) sebab perut dia banyak belaan boleh habis semua. Maaflah tak letak gambar nasi kerana gambar tidak clear ambil pakai Nokia 3310 sahaja. So aku akan describe, korang gunakan imajinasi masing-masing ok? Nasi dia terdiri daripada nasi yang panjang tu, tapi bukan briyani. Rasa seperti ada mentega, disertakan dengan cili blender dengan rempah rahsia, dan ayamnya yang lembut diselaputi oleh gravy yang diimport khas daripada Dubai. Pandai-pandai je aku kan.


Tidak lengkap rasanya jika anda pergi ke Saba tanpa memesan minuman mencurigakan yang halal Barbican. Nak kata rasa macam arak sebenar tak pasti juga sebab aku memang tak pernah meneguk minuman keras. Rasa dia macam sparkling juice tu tapi takdelah manis sangat. Ada pelbagai perisa seperti Raspberry, Epal, Lemon dan Nangka. Harga dia RM4.


Kesimpulannya, jika anda pergi ke Saba, pastikan perut anda kosong kerana portion dia banyak nak arwah. Struggle gila aku mahu habiskan nasi aku walaupun aku order quarter. Buat para pembaca yang merupakan pengunjung veteran Saba, ada menu lain yang menarik tak kat sini? Mungkin next time aku akan cuba kebab dia. Orang kata servis dia lambat, tapi semalam ok je mungkin sebab bukan waktu kemuncak. Lagi satu, makan di Saba memang best kerana dapat mencuci mata dengan makwe-makwe foreigner dari Timur Tengah yang sengaja mendedahkan aurat berat mereka. Kita akhiri entri ini dengan gambar buat-buat mabuk Hanis Penis dan Paan Kuih Tart. Hanis (kiri) single, jika ada gadis-gadis ataupun arbok yang interested.



Tuesday, December 21, 2010

Bakal Pengganti Josh dan Zac Farro dalam Paramore?

Haiiii uolsssss. Sally kembali lagiiiiii. Ewah ewah amboiiii baru je hari tu interframe hari ni kau nak menyundal lagi memang gila glemer noks. Selalu kita layan gosip artis Melayu je harini we olls akan layan gosip artis barat pulak. Asyik tengok telinga capang Nabil bosan jugak kan? Awww laserrrr gitu cili mulut baru kau tau. Bagi mereka yang tak tahu, 2 hari yang lalu Paramore secara rasminya telah mengumumkan pengunduran (bukan teknik pengunduran buku sains tingkatan tiga ya, awww) 2 tunjang utama Paramore iaitu pasangan gitaris dan drummer adik-beradik Josh dan Zac Farro. Kalau kau tanya Sally, ada aku kesah??? Lagipun haku ingat Paramore tu sorang je ahli dia Hayley yang lain tu cuma menempel di dinding rahim je. Hik hik hik.

Tapi, Sally ada scoop eksklusif untuk para peminat Paramore tentang spekulasi siapakah yang bakal menggantikan Josh dan Zac ni. Nak ganti diorang ni bukan boleh sebarangan dek non oiiii. Kena penuhi kriteria dan standard kugiran yang gah macam Paramore juga. Yang paling penting, mereka yang nak ganti ini mesti ada karisma, paras rupa dan sudah pastilah memiliki pertalian darah bagi meneruskan kesinambungan adik-beradik di dalam Paramore. Berdasarkan syarat-syarat tersebut, ayuh kita lihat bakal-bakal pengganti Josh Farro dan Zac Farro dalam Paramore.

Isaac dan Zac (Hanson)


Mengikut sumber rapat Sally iaitu HUZZ dari Majalah Hai, adik-beradik Hanson merupakan frontrunners bagi menggantikan Josh dan Zac di dalam Paramore. Uols yang dah tua ni pasti kenal Hanson yang ada sebuah 'One Hit Wonder' iaitu 'Mmmmbop' yang menjadi siulan remaja satu masa dahulu. Kalau uols sangka Hanson sebenarnya sudah berkubur, ternyatalah uols silap. Hanson sebenarnya masih aktif, aktif di bidang muzik dan aktif di ranjang tiap-tiap tahun bagi bini bunting. Hik hik hik. In fact, mereka ada keluarkan album baru tahun ini dan sedang membuat jelajah untuk mempromosikan album 'Shout It Out'.

Pada mulanya, mereka ingin mengambil Taylor Hanson instead of Isaac bagi menggantikan Josh. Tapi pihak pengurusan Paramore berkata mereka tidak mahukan seorang lagi perempuan dalam ahli Paramore. HIK HIK HIK. So diorang ambil Isaac. Pemilihan Zac Hanson pula memang sesuatu yang 'no brainer' kerana dia memiliki nama yang sama dengan drummer asal serta memiliki misai nipis yang similar so peminat fanatik yang menyembah Paramore tidak akan perasan dengan perubahan ini.

Caroline dan Jim (The Corrs)


Walaupun Paramore tidak mahu seorang perempuan lagi dalam band itu, pasangan Caroline dan Jim Corr masih mempunyai outside chance untuk dipilih menyertai Paramore. Caroline merupakan seorang drummer yang low profile dan tidak gemarkan publisiti, maka dia tidak akan menggugat status Hayley. Josh Farro kalau kita tengok dia main live dia memang duduk diam tak reti hendak menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah, maka role itu memang sesuai untuk dipenuhi oleh Jim kerana dia juga merupakan seorang gitaris yang tenang dan ingatkan tuhan.

Namun begitu, sumber Sally mengatakan mereka tidak cukup karisma untuk menyertai kugiran seperti Paramore. Tapi mereka kan orang Irish mengikut pendapat stereotype yang dipaparkan di dalam filem, orang Irish ni boleh menjadi garang setelah minum minuman keras siang dan malam. Tengok sajalah Roy Keane. Hik hik hik.

Scott dan Bob (The Moffats)


Scott dan Bob merupakan saingan terdekat Isaac dan Zac bagi menggantikan Josh dan Zac dalam Paramore. The Moffats merupakan kugiran yang berbakat dan hebat dari Kanada yang bisa membuatkan budak-budak sekolah terkinja-kinja. Serious uols, budak-budak Moffats semuanya hensemmmmmmmm tergoda mak. Tapi kita boleh pilih dua je so Scott sebagai gitaris dan Bob sebagai pemain dram. Tapi Clint Moffat tetaplah menjadi pojaan hati mak. Dengan highlight warna kuning di hujung rambut pendeknya tu ahhhhhh. I'll be there for youuuu when you need somebody....awwww.

Dave Moffat pula awal-awal sudah direject kerana orientasi seksualnya. Ini bukanlah satu diskriminasi ataupun sifat homophobic daripada pihak pengurusan Paramore, tetapi abang sulung mereka sendiri iaitu Scott yang tak mahu kerana dia bimbang ramai kanak-kanak sekolah yang terpengaruh dengannya.

So antara ketiga-tiga calon di atas, siapakah yang uols rasa paling layak menggantikan Josh dan Zac? Kalau uols rasa ada lagi adik beradik lain yang deserve untuk diberi peluang, silalah kongsi dan nyatakan sebabnya. Ok Sally nak pergi buat Brazilian jumpa lagi dalam ruangan gosip yang akan datang!

Monday, December 20, 2010

Konsert Analoque @ Istana Budaya

Semalam telah berlangsungnya konsert epik gabungan Monoloque dan Ana Raffali di Lambang Sari, Istana Budaya. Secara jujurnya, aku tidak sedar dengan kewujudan konsert Analoque ini sehinggalah diberitahu oleh Da'Killa semalam. Bila tengok tarikh dan masa, OH EM JI macamana mahu pergi aku sudah beli tiket wayang Tron Legacy pada pukul 2 konsert bermula pada pukul 3. So aku tengok Tron pun tak keruan rasa macam nak toron sesuatu secara halal. Lepas tu aku tiba-tiba teringat; kawan aku Zati Hazira berkawan dengan Ana Raffali so aku pun hubungilah dia untuk mengesksploitasikan persahabatan mereka bagi mendapatkan tiket percuma untuk sesi kedua konsert itu pada pukul 8.45 malam.

Sedikit pengenalan terhadap Monoloque dan Ana. Monoloque pada asalnya adalah hasil ciptaan seorang lelaki hensem yang juga merupakan pengasas kepada kugiran lagenda Butterfingers. Ketika Butterfingers sedang berhibernasi, Loque mula bereksperimentasi dengan elemen new wave dan elektronika menggunakan gajet-gajet anehnya. Kini Monoloque bergerak sebagai satu unit bersama ahli-ahli Butters yang lain minus Emmett yang kacak itu. Ana Raffali pula merupakan kawan Zati, so sila hubungi Zati untuk maklumat lanjut. Tapi korang pasti pernah dengar lagu yang sedang hit berunsur 'nasheed pop kontemporari' (haha) yang memberi nasihat agar kita tidak ringan-ringan bersama teman wanita selagi belum bernikah. Sudah, ayuh kita ikuti ulasan konsert Analoque di Istana Budaya semalam.

Aku, Da'Killa dan Zati tiba awal walaupun konsert hanya akan bermula pada pukul 8.45 malam tapi kami tak tinggal solat Maghrib. *cough. Harga tiket adalah RM 59. Nampak macam mahal tapi itu sebenarnya memang standard Istana Budaya yang menawarkan pengalaman akustik hebat berdasarkan pengalaman menonton Konsert Butterfingers Live @ Istana Budaya tempohari, so you will get what you pay for. Masuk je dewan Lambang Sari, akak Istana Budaya yang berprotokol membawa aku ke tempat duduk. OH EM JI tempat duduk kami betul-betul di sebelah pentas. Anytime je aku boleh ganti Loque kalau dia pening tak boleh nak menyanyi. Apa yang membuat aku risau adalah ketika session Ana Raffali nanti kalau dia panggil penonton untuk nyanyi bersama di atas pentas mesti dia panggil orang yang paling dekat dan nampak cute kan. Secara jujurnya aku pergi ke konsert ini semata-mata nak tengok Monoloque, no disrespect to Ana. So aku memang tak familiarlah dengan lagu-lagu beliau melainkan lagu-lagu popularnya di radio. Aib besar aku nanti.

Persembahan dimulakan oleh Monoloque. Di sebalik asap tiruan, kelibat pahlawan-pahlawan Melayu Moden kelihatan mengambil tempat di atas pentas. Loque datang dengan tanjak kenduri kahwin dia tempoh hari (kot) sambil memegang kamera video merakam aksi di dalam dewan. Aku yang gila populariti memang pantang nampak kamera terus aku menyanyi secara spontan mengharapkan apabila Loque balik rumah tengok balik video tu akan berasa impressed lalu memanggil aku untuk menjadi back up vokal kugirannya. Sumpah memang dekat gila dia duduk depan aku kalau aku ni peminat yang super obses yang gay pasti aku akan lunjurkan tangan dan slap punggungnya sedas dua. Persembahan dimulakan dengan lagu Mati Hidup Kembali daripada album Kembali. Intro pianonya membuatkan darah aku berderau. Aku singalong sekuat hati dengan penuh perasaan mengharapkan Loque pandang belakang memberi thumbs up kepada aku.


Aku rasa adalah dalam 12-13 buah lagu yang diorang main. Aku tak berjaya curi setlist untuk membuat ulasan yang lengkap, tapi ada banyak lagu yang memorable yang terngiang-ngiang di dalam minda sehinggakan terlafaz bait-bait lagu Monoloque ketika anda sepatutnya membaca doa Qunut masa solat Subuh. Intro piano dan gitar untuk lagu 'Cinta' memang menusuk kalbu. Macam lagu background ketika pergi merisik Puteri Gunung Ledang. Kalau nak lebih relevan, vibe intro dia macam lagu background kalau kau pergi makan dekat Ole-Ole Bali. Kita dapat dengar variasi vokal Loque dalam lagu ini sekejap falsetto sekejap tenor lepastu growl macam Cromok. Ok ok yang last tu aku tipu.


Some of the songs were rearranged to suit the unplugged settings, but still maintain the original 'electronica' element while adding the trademark traditional sounds. You could feel the keroncong groove from Gagak Hitam's guitar, killer bassline from Kadak, solid but steady drumming from Loco, and of course awesome vocal from Loque (biased ni haha). Persembahan diiringi oleh kumpulan okestra Utusan Seri Paduka Baginda (betul ke ni nama sebenar? haha) serta percussion yang aneh seperti kulit kerang yang digabungkan.

Cover P.Ramlee 'Tiada Kata Secantik Bahasa' memang padu sekali. Buka stesen radio Xfm hari-hari dapat airplay pasti korang akan kagum. Bagi aku, highlight dalam persembahan semalam adalah ketika lagu 'Jika Aku Seorang Robot'. Transition elekronika kepada akustik memang mengena sekali. Masa outro semua orang naik syeh mengeluarkan bunyi-bunyi aneh dari instrumen masing-masing macam nak roboh dewan. Super awesome. Antara lagu-lagu lain yang didendangkan adalah 'Badang Kotaraya' dan 'Tigris Dan Euphrates'.

Loque menjemput Ana untuk berduet dalam lagu Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim, 'Doa Buat Kekasih'. Nampaklah kemistri di antara mereka walaupun ada part kena tengok lirik. Persembahan Monoloque disudahi dengan lagu hit masakini Kekanda Adinda yang selalunya dinyanyikan bersama Atilia.


Konsert berehat selama 15 minit sebelum Ana Raffali dan kugirannya The Marhaens mengambil tempat di pentas. Walaupun aku datang ke konsert ini semata-mata untuk menonton Monoloque, adalah kurang sopan jika aku cabut tak tengok persembahan Ana. Maka aku akan turut membuat ulasan yang adil dan saksama. The truth is, Ana Raffali adalah seorang gadis yang berbakat.


Sori aku tak ingat Ana mulakan dengan lagu apa, tapi lagu kedua dia aku tahu, single 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur'. Lagu-lagu Ana memang easy listening dan catchy, suara dia pun memang unik. Ana turut menyanyikan lagu-lagu cover kegemarannya secara medley seperti Kalis Pilu (Elyana) dan betapaa kucintaaa padamuuuuuuuuuu. Tapi lagu 'Tolong Ingatkan Aku' memang berhantu. Ana menjemput Loque untuk berduet dengannya dalam lagu yang semua kanak-kanak tahu 'Kalau Berpacaran'.

Kesimpulannya, aku rasa persembahan malam tadi memang mantap. Kita berbaloilah bayar RM 59 untuk 2 artis dan almost 30 lagu. The ambiance, the lighting, the sound, the venue, semuanya perfect. Kalau ada persembahan sebegini di masa hadapan, aku pasti akan pergi. Sokonglah industri muzik tempatan! Chewahh. Oh teater di bawah pun jangan lupa pergi tengok juga.


p.s. gambar 1 dan 4 kredit kepada Zati Hazira. Zati dan Da'Killa dengan tenang mengambil gambar di dalam dewan walaupun ada risiko untuk dilaser oleh pekerja Istana budaya.

p.s.2 lebih banyak gambar boleh didapati di laman fesbuk. jangan lupa memberitahu siapa anda jika mahu menambah saya sebagai rakan. tak mahulah nanti kena tag dengan gelang magnet ac mizal :)

Friday, December 17, 2010

Sally Kembali Uols!

Hai hai hai uolssssssssss.Sally vogue de vass kembali lagiiii gelenyahhhh. Awwww lamanya Sally tak menyundal kat sini. Biasalahhh sibuk berlakon filem uols. Filem apa uols tanya? Filem Anu dalam Botol. Sally jadi Anu. Hik hik hik amacam lucu tak jenaka mak? Eh lucu ke lucah macam Anjolie Lavocah? Hik hik hik rhyme gitu. Uols rindu kat Sally tak? Jika rindu katakan awwww. Time-time hujung tahun ni lah baru mak nak interframe. Lagipun rival mak si Azwan bajet diva gebus tu mulut dia dah tak laser sangat inilah masa untuk mak menyerlah. Huii memang banyak gosip dan skandal yang melanda industri hiburan tanah air kita. So marilah kita recap isu-isu hangat dan hanjenggg di sepanjang tahun 2010 ini.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

Roslin Hashim Cerai Lagi

Huiii dulu kecoh pasal Roslin ceraikan isteri pertama dia selepas sebulan berkahwin. Lepas tu dia pecah rekod pulak ceraikan isteri dia lepas 12 hari. Dua belas hariii? Mengapa begitu bang? Isteri mengadu kau tak pandai buat aksi smash di ranjang ke? Awwww laser mulut haku cilikan baru tahu. Huii tapi kisah tu tak berhenti di situ. Mulut-mulut mengumpat cakap Roslin sebenarnya ada skandal dengan Raja Azmi. Isteri Roslin pergi serbu bilik hotel Raja Azmi nak ajak gusti lumpur sebab Roslin mendaftar masuk di hotel yang sama. Huiiii panas uols. Gaduh-gaduh sikit tak banyak cakap terus lafaz, "I cerai you lah". Eiii tak kuasa haku noks!

Saiful Apek Hisap Dadah Lagi

Ada orang minat lagi ke dengan Saiful Apek? Masih menjadi idola kanak-kanakkan Saiful Apek? Lawak-lawak Saiful Apek kini tidak lagi lucu, malahan menyakitkan hati. Mungkin dia dah tak lucu sebab di bawah pengaruh dadah. ZASSSSS. Satu libasan padu di situ. Huii lepas tu dah kena tangkap buat muka bangga uols. Muka macam ahli kumpulan Slank pun ada. Pergilah kau kawan dengan Yassin tu. Tak pun dengan Saleeem. ZASSSS satu libasan padu di punggung lagi.

Kisah Cium Nabil

Dulu kontroversi peluk bekas teman wanita dia Irma di majlis Anugerah Bintang Popular 2008. Lepas tu dah berpisah dapat pulak Qasha (bukan Aqasha) yang lebih muda dan molek, huiiiii tersebar pulak gambar depa bercomolot. Artis kita ni kalau dah diexpose gambar-gambar compromising sebegini pasti akan gunakan alasan super impose. Macam gambar Edry dan Linda Rafar. Macam gambar Anjolie Lavocah. Macam video Wan Nur Azlin. Eh video plok plok plok Wan Nur Azlin 100% tulen uolsss hik hik hik. Tapi ada orang nak percaya ka gambar tu superimpose? They did a really good job if this pic below was a fake. Even with the telinga capang huiii memang perfek la uols. Awww! Hik hik hik lu pikirla sendiri.


Ariel Peterporn

Ok ok ini bukan gosip artis tempatan, tapi memang kecoh satu dunia uols. Berita penyebaran video lucah Ariel menoron Cut Tari dan Luna Maya menyebabkan ramai jejaka dan sesetengah gadis membuat carian di Google bagi menonton aksi berahi itu. Bohongla kalau uols tak pernah tengok. Gagah juga Ariel di ranjang ya tergoda mak awwww. Ariel dah kena penjara pastu sedang dibicara mati-mati menafikan dakwaan yang lelaki dalam video itu dirinya sedangkan Cut Tari dah mengaku. Memang dasar puaka kubor kau ni hanjengggg. Hik hik hik. Luna pula siap buang tatu di punggung bagi mengelirukan pihak berkuasa. Even Maria Ozawa pun mengaku sudah melihat video itu hik hik hik. Memang kelassssssss memandu.

Kontroversi Iklan Hari Raya TV3

Huiiii ini memang kisah panas uols. Sempena hari raya tempoh hari, TV3 tidak mahu ketinggalan dalam menyampaikan mesej '1Malaysia' lalu menggabungkan elemen-elemen daripada budaya lain untuk membuat iklan Hari Raya yang harmoni. Selepas 5 minit iklan itu ditayangkan, huiii biasalah orang Melayu kita mana boleh melihat anjakan paradigma sebegitu terus dibuat Hate Page di Fesbuk, dicaci di blog serta membuat rusuhan di kafeteria TV3. TV3 yang cemas terus meminta maaf di Buletin Utama dan didenda berapa puluh ribu ringgit tah. Kita hanya akan nampak apa yang kita mahu nampak, lalu membuat pelbagai kesimpulan berdasarkan apa yang telah di set di dalam minda kita. Tapi kalau tanya Sally, ada aku kesahhhh? Hik hik hik.

Pendedahan Tentang Gelang Magnet AC Mizal


Hey hey hey Sally join AC Konsortium ok! Sally sebagai salah seorang speaker AC Konsortium ingin memberi jaminan kepada para pengikut semua agar tidak mudah melatah dengan serangan orang-orang Melayu yang tidak mahu berjaya. I hope semua bersabar n teruskan perniagaan. Dugaan hanya untuk orang yang Tuhan sayang. Sungguh tidak rugi untuk uols menyertainya, kerana uols hanya perlu beli 1 gelang sebagai pelaburan untuk kesihatan dan tunggu giliran anda untuk mendapat bonus. TIDAK PERLU CARI DOWNLINE/AKAUN, AC KONSORTIUM AKAN LAKUKAN UNTUK ANDA. Jangan lupa JOINT ok Sally pun nak pakai kereta mewah jugak at least nak pakai Proton Evo. Hik hik hik.

Kontroversi Uncle Seekers

Ok yang ini Sally tak faham sangat. Malasla nak baca panjang-panjang. Siapa ada penjelasan ringkas untuk skandal ini? Sally baca komen-komen negatif yang orang beri kat blog Uncle Seekers tu je. Tapi tengok muka Uncle Seekers pun memang rasa nak bagi tinju Ip Man kan?

Hmmm itulah antara gossip-gossip dan skandal yang malatop mak aihhh buat tahun ini. Apa lagi yek? Ada banyak lagi tapi mak dah nyanyuk uols. Jomla mengumpat dengan Sally. Kita akhiri ruangan gossip ini dengan sebuah lagu gossip recycle yang fofuler dendangan seorang artis yang bajet fofuler.



Buhbye uols. Jumpa tahun depan yaa. Gelenyahhhhhh. Hik hik hik.

Thursday, December 16, 2010

Idea Hantaran?

Kan aku dah kata blog ini bakal menjadi blog persediaan perkahwinan. Maka hari ini aku ingin berbicara dan berkongsi pendapat dengan pasangan yang akan berkahwin mahupun yang sudah berkahwin tentang idea hantaran perkahwinan. Secara spesifiknya, kita akan berbincang tentang apa yang orang lelaki selalu beri kat wanita sebagai hadiah hantaran. Mengikut adat dan trend semasa, barang-barang yang berjiwa feminin sering menghiasi dulang-dulang hantaran, tak kiralah daripada beg tangan berjenama seperti Jurulatih, set mekap Bobbi Brown dan kalau nak nampak Islamik sikit letaklah telekung Yuna.

Sebagaimana yang kita tahu, barang-barang yang disebutkan tadi sememangnya agak mahal; although kami orang lelaki tidak kisah pun nak beri sebab kami cintakan anda dengan sepenuh hati dan perasaan. Sebagai alternatif, saya ingin mencadangkan satu barang hantaran alternatif yang unik, yang pasti akan membuatkan jiran tetangga kekaguman, di samping dapat meringankan beban pihak lelaki. Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan hantaran alternatif ini.

Set Hantaran Binatang Peliharaan


(klik untuk gambar yang lebih jelas dan nyata)

Kelebihan:

1) Ini bukanlah downgrade daripada benda yang mahal seperti beg tangan Jurulatih tadi. Tahukah anda harga pasaran kucing parsi adalah lebih tinggi daripada harga beg tangan Jurulatih? (entry level, bukan model yang high end). Bezanya, kami tak perlu keluarkan extra wang sebab kucing itu memang sudah siap sedia dimiliki, hihi.

2) Kehidupan anda akan sentiasa gembira dan ceria tanpa tekanan. Tahukah anda binatang peliharaan terutamanya kucing boleh membuat hidup anda lebih sihat tanpa penyakit? Kat pejabat kena marah dengan bos, balik jalan jem lepastu muka anda banyak jerawat pulak tu. Lepas tu balik rumah nampak kucing comel seperti di atas nercaya hilanglah segala kekusutan di hati. Kalau dia pecahkan set pinggan Royal Albert kau pun memang kau tak sanggup nak marah dia.

3) Pasti menjadi tumpuan ramai. Yelah zaman teknologi maklumat ni semua benda orang nak blog, orang tweet, aplod ke fesbuk maka dengan hantaran yang unik ini anda pasti akan lebih popular daripada raja sehari yang tipikal. Kalau bernasib baik anda mungkin akan dipaparkan dalam majalah Pengantin (ruangan Hantaran).

Kekurangan:

1) Very high maintenance. Makan nak jenama Science Diet yang mahal nak arwah je. Kalau bekas berak kotor sikit je langsung merajuk mogok berak. Lepas tu badan kau ada kutu dah kena tahap bawak pegi vet suruh mandi bunga ni.

2) Susah nak duduk diam atas dulang hantaran.

3) Nanti dia pecahkan 2 cawan Turin, satu pinggan Royal Albert, satu itik hiasan.......sigh.

Bagaimana gadis-gadis, setuju tak dengan proposal hantaran sebegini? Kalau tak suka kucing, boleh ganti dengan binatang peliharaan lain seperti tupai terbang, ular mahupun ikan emas. Alah hantaran mahal atau tidak bukanlah persoalan utama kan? Yang penting adalah kebahagiaan rumah tangga kan? Hihi.

p.s. tiada kekejaman binatang yang dilakukan pada gambar di atas. Megatron memang tengah lepak chill atas dulang tu aku tambah bunga dan riben sahaja.

p.s.2. siapa pergi catshow kat SACC tempoh hari? mama aku kata ada orang tanya di mana Megatron. Megatron tak join sebab badan ada kutu haha.

p.s.3. saya nak hantaran set Kinect Bundle :)


Wednesday, December 15, 2010

Masalah-Masalah Remeh Yang Menyusahkan Dalam Kehidupan Seharian

Sebagai manusia biasa, kita tidak bisa lari daripada masalah. Di mana-mana pun kita akan dirundung masalah. Kalau bercinta ada masalah dengan bau badan teman lelaki tapi tak boleh nak tegur takut terguris hati. Kalau kat sekolah ada masalah matematik tambahan, dah meningkat dewasa pula kita mungkin ada masalah kencing tak lawas. Pendek kata, mahu ataupun tidak, masalah boleh datang menimpa pada bila-bila masa, tak kiralah masalah yang besar ataupun masalah yang remeh. Di sini aku ingin berkongsi masalah-masalah tipikal yang remeh yang mungkin dialami oleh anda juga. Ayuh teruskan membaca.

1) Masalah berus gigi menjadi hitam

Aku pasti perkara ini terjadi kepada anda juga. Bagi menambahkan elemen hiburan dalam entri ini, ayuh kita nyanyi dulu sebuah lagu kanak-kanak yang relevan;

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SUSU AYAH DAN IBU,


Ok aku dah lupa lirik seterusnya. Jika anda meninggalkan berus gigi anda di dalam tandas, batang berus gigi anda pasti berubah warna menjadi hitam. Bilik air kan kawasan yang lembab, maka hasil daripada proses fotosintesis dan fatamorgana yang berlaku menyebabkan bakteria E-Coli berkumpul di kawasan batang. Maka terhasillah berus gigi berkulat yang menjijikkan. Ok sumpah penjelasan saintifik ni salah saje nak tunjuk aku ni terer biologi dapat B masa kat matrikulasi. Satu-satunya penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menukar kepada berus gigi baru. Tiada masa aku hendak merebus berus gigi itu di dalam air mendidih kemudian meletakkan thinner untuk mengikis kulat-kulat. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati.

Next time, mungkin kena letak berus gigi dalam container khas. Tapi Melayu mudah lupa (dalam hal ini, bangsa lain pun lupa juga). Cakap je nak letak dalam bekas lain tapi last-last kau tinggalkan dalam bilik air juga. Masalah ini memang remeh tetapi jika berlaku memang menjijikkan. Bayangkan kau bangun pagi-pagi tengah mamai lepas tu kau terletak ubat gigi kat batang instead of berus lepas tu kau berus gigi kau menggunakan batang yang hitam tu?? Ewww. Ewww sekali lagi sebab kau orang fikir benda kotor lain sebab dengar perkataan batang.

2) Masalah kehabisan boxer

Aku adalah lelaki boxer dan bukan lelaki spender. Pada pendapat aku, penggunaan boxer adalah lebih sihat kerana tidak menyekat pergerakan anak gajah dan mendapat pengudaraan yang cukup jika dibiarkan menjalar. Lagipun mana ada spender normal yang mampu menampung saiz Olimpik aku ini. So hari-hari aku akan pakai boxer. Masalah akan timbul apabila aku telah kehabisan boxer akibat tidak membasuh baju walaupun telah berkali-kali dibebel oleh mama. Alternatif yang paling mudah adalah dengan menterbalikkan boxer itu, tapi bau dia nanti boleh membuatkan orang menyangka ada kebocoran gas beracun. Mana boleh pergi kerja tak pakai boxer aku bukannya kerja sebagai porn star bukak seluar jeans boleh terus beraksi. Nak tak nak terpaksalah aku pakai spender macam abang Freddie di bawah. Cuma minus six pack je.


Cara untuk menyelesaikan masalah ini mudah sahaja. RAJIN-RAJINLAH BASUH BAJU! Ataupun, beli boxer banyak-banyak macam aku maka anda tidak akan lagi dirundung masalah kehabisan boxer. Huii pelbagai jenama aku beli seperti boxer asas jenama Pagoda, boxer bergaya jenama M & G, mahupun boxer elit (Designer's Boxer) daripada Louis Vuitton.

3) Masalah bertembung di tempat awam

Ini pun merupakan masalah remeh yang kita semua hadapi terutamanya ketika berada di tempat awam seperti kompleks membeli-belah ataupun pasar malam. Kau sedang berjalan segak menuju ke kedai kasut Nose. Individu yang berlainan pula sedang dari arah yang bertentangan ke arah kita. Lepas tu masing-masing bertembung. Lepas tu untuk mengelak daripada berlanggar kita pun mengalah la dengan bergerak ke arah kanan, tapi dia pun bergerak ke arah kanan juga (kiri dia). Fine. Kita mengalah lagi dengan bergerak ke arah kiri, tapi dia pun bergerak ke arah kiri juga (kanan dia). OK. Aku mengalah. Aku duduk diam berhenti nak bagi dia lalu, tapi dia pun berhenti juga. What the what?? Perkara ini berlaku SETIAP MASA.

Paling tak tahan adalah apabila kita dapat melihat watak antagonis membuat muka annoying seolah-olah kita sengaja mempermainkan dia taknak bagi dia lalu. Hey aku pun boleh membuat dakwaan yang sama hoccayyy. Cara nak selesaikan dia mudah sahaja. Masing-masing perlu ada mindset, 'kenderaan berat ikut kiri' ataupun 'utamakan kenderaan dari arah kanan'. So jika anda berbadan gempal nak pergi audition The Biggest Loser, anda terus gerak ke kiri. Jika anda kurus, anda rileks sahaja tak perlu buat apa-apa tapi kalau nak tunjuk semangat perjuangan harmoni, anda pun geraklah ke kiri anda juga. Hmm macam serba tak kena je penyelesaian aku ini........pasti akan berlaku juga masalah bertembung ini di masa hadapan.

Bagaimana? Adakah masalah-masalah remeh di atas kerap berlaku kepada anda? Jika anda ada penyelesaian yang lebih baik, silalah kongsi bersama. Jumpa lagi dalam segmen mencari dan menyelesaikan masalah di masa hadapan.

Tuesday, December 14, 2010

10 Filem Terbaik Tahun 2010

Tahun 2010 masih ada baki beberapa hari lagi. Mungkin ada yang berpendapat entri top ten sebegini harus disimpan sehingga saat-saat akhir bagi memberi peluang kepada filem-filem yang masih belum ditayangkan pada tahun ini. Tapi tak banyak filem menarik pun yang nak keluar selain daripada Tron Legacy, The Tourist dan Little Fockers. Sebagai pengunjung tegar pawagam Alamanda, aku ingin berkongsi sepuluh filem kegemaran di sepanjang tahun ini. Gadis-gadis usah PMS jika aku tidak meletakkan filem Twilight: Eclipse di dalam senarai ini. Filem Iron Man 2 pun aku tak letak kerana tidaklah mengghairahkan sangat pun, overrated maybe? Baiklah adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita kaji senarai filem-filem terbaik untuk tahun 2010 mengikut nafsu aku.

10) Scott Pilgrim vs The World


Ulasan ringkas: Ini merupakan satu-satunya filem yang aku nak sangat tonton tapi tak dapat tonton di pawagam sebab tak keluar di Malaysia. Kan? Maka aku pun muat turunlah filem ini. Mengisahkan tentang Scott Pilgrim yang telah ditinggalkan gadis kemudian bercinta dengan gadis bawah umur sebelum bertemu dengan cinta agungnya yang menukar warna rambut setiap minggu. Namun begitu, demi mendapatkan cinta dari gadis rambut warna warni itu, dia harus menewaskan 7 bekas teman lelaki jahatnya yang terdiri daripada pelbagai karekter menarik seperti Mamat Pelakon Aksi, Mamat Vegan dan Pasangan Kembar Asia. Dapatkaan Scott menewaskan mereka semua?

Filem ini sebenarnya sweet dan 'George Michael' memang orang yang paling sesuai untuk melakonkan watak Scott. Apa yang menarik tentang filem ini adalah gaya visualnya yang selaras dengan kehendak peminat grafik novel asal.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ya (jawapan kepada persoalan di atas)

9) Piranha 3D

Ulasan ringkas: Dalam setiap filem seram ataupun bunuh-bunuh, sesiapa yang muncul semasa permulaan filem memang sudah ditakdirkan untuk meninggal dunia. Begitu juga dengan orang tua yang sedang memancing di tasik. Dengan takdir pengarah, gempa bumi berlaku menyebabkan lantai tasik terbelah lalu membebaskan ikan-ikan jelmaan syaiton membaham orang tua tadi. Ketika itu, musim spring break telah tiba dan Tasik Victoria pula menjadi tumpuan remaja horny untuk berparti. Kalau polis suruh suruh jangan mandi dan jauhkan diri dari tasik, dengar sahajalah cakap mereka. Part serangan piranha ketika remaja sedang berparti adalah highlight di dalam filem ini. Tasik yang berwarna kuning akibat orang kencing dalam tasik menjadi merah setelah dibaham piranha. Sepatutnya kita berasa takut melihat payu dara dipagut ikan tetapi aksi ganasnya pasti akan membuat anda ketawa. Anda mungkin perlu memuat turun versi uncut kerana terlalu banyak scene payu dara yang dipotong menyebabkan filem menjadi pendek.

Ratings: $$$$$ for the violence!
Spoiler: Negro tu mati.

8) Unstoppable

Ulasan ringkas: Ini cerita pasal keretapi. Dari mula sampai habis memang pasal keretapi memang tiada scene persetubuhan halal mahupun haram. Will (Chris Pine), seorang konduktor keretapi telah diberi tugasan bersama pemandu keretapi veteran Frank (Denzel Washington). Kisah ini bermula apabila adik Earl dalam cerita My Name is Earl tak letak gear neutral pada keretapinya menyebabkan keretapi yang berisi dengan bahan kimia merbahaya berjalan dengan sendiri. Hah cemas kau nak kejar balik keretapi tu. Kini terpulang pada Frank dan Will untuk menghentikan keretapi durjana itu.

Huii korang kena pergi tengok filem ini. Seriously memang intense gila. You will be seating on the edge of your seat, literally! Semuanya salah kau Randy.

Ratings: $$$$
Spoiler: Randy dipecat di atas kecuaiannya

7) RED


Ulasan ringkas: Frank merupakan seorang bekas Agent MLM CIA yang telah pencen. Hari-hari dia duduk call pegawai pencen dia Sarah sambil mengharapkan perbualan biasa di telefon menjadi perbualan seksual. Hidup Frank tiba-tiba menjadi gundah-gulana apabila diserang pembunuh upahan. Sebagai watak utama, Frank tidak mungkin mati dan tenang sahaja mengalahkan penyerangnya itu. Dia segera berjumpa Sarah untuk melindunginya. Untuk menyiasat mengapa dia diburu, Frank turut meminta bantuan daripada si tua paranoid yang kool Marvin (JOHN MALKOVICH!), mentornya yang ada kanser testis Joe serta nenek tua Victoria.

Ratings: $$$$
Spoiler: Maksud RED adalah Retired Extremely Dangerous

6) Let Me In


Ulasan ringkas: Aku tak tahu cerita ini masih ada di panggung ataupun tidak, tetapi kalian harus pergi menonton filem ini kerana filem ini surprisingly good walaupun ini merupakan filem remake. Chloe Moretz yang berlakon sebagai Hit Girl di dalam Kick-Ass memang comel, dan kemistrinya dengan Owen memang nampak real walaupun cinta monyet mereka sebenarnya disturbing.

Ratings: $$$$
Spoiler: Kau kena let dia in kalau tidak nanti badan dia berdarah

5) Toy Story 3

Ulasan ringkas: Demmit siapa nangis tengok filem ni sila angkat tangan.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ok fine air mata aku berlinangan sedikit.

4) The Other Guys

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang dua orang detektif, Allen dan Terry yang sentiasa dibayangi oleh polis rokstar The Rock dan Shaft. Allen suka buat kerja pejabat tapi Terry suka berzina dengan tunang kawan sendiri. No wait...itu Terry lain. Satu hari, The Rock dan Shaft telah terkorban ketika menjalankan tugas. Inilah masanya untuk Allen dan Terry untuk step up. Siasatan kecil tentang permit bangunan membawa mereka kepada kes yang lebih besar.

Bagi aku, ini adalah filem komedi yang paling komedi sekali untuk tahun ini. Komedi paling komedi....tatabahasa yang salah tu. Bila anda gelak, anda akan gelak sehingga terkeluar air mazi. Scene kematian The Rock dengan Shaft memang aku tak boleh lupakan sepanjang filem dan menyebabkan aku tergelak secara rambang setiap kali teringatkan scene ini. Gandingan Will Farell dan Mark Wahlberg memang ada chemistry. Te neneneng teneneng tenenenteng (intro lagu The Chemistry Butterfingers)

Ratings: $$$$
Spoiler: Allen hilang teruna kepada Heather Locklear

3) Magika


Ulasan ringkas: Diatas rekomendasi kalian dalam sesi ulasan filem yang lalu, aku pun pergilah menonton filem ini. Lagipun KRU yang buat takkan aku mahu miss. Mengisahkan tentang Diana yang tak sembahyang maghrib pergi mencari adiknya di dalam hutan. Di atas kuasa magik pengarah Edry, dia pun disedut ke dalam dunia Magika dan bertemu dengan pelbagai karekter dongeng Melayu seperti Badang, Pak Pandir, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Putera Bukit Broga, Bawang Putih, Halia dan lain-lain.

Edry walaupun seorang pengarah rookie berjaya menggabungkan sinematografi yang menarik, CGI yang believable dan sudah pastilah lagu-lagu yang catchy. Mawi takdelah kayu sangat dan Diana Danielle tengok dua tiga kali macam hot pulak. Walaupun didominasi dengan nama-nama besar seperti Ziana Zain dan M Nasir, kameo Sabri Yunus juga yang aku suka.

Biased ratings: $$$$$
Spoiler: Air yang tenang jangan disangka tiada naga

2) The Social Network


Ulasan ringkas: Sebagai salah seorang daripada 500 juta kawan maya Mark Zuckerberg, ini merupakan filem yang paling relevan untuk ditonton pada tahun ini. Pihak umum mengatakan filem ini bosan, tetapi itu mungkin mereka ditakutkan dengan ayat-ayat teknologi maklumat yang digunakan dengan teliti terutamanya pada permulaan filem. But for me, that is something that I can actually relate in real life. Jika apa yang digambarkan di dalam filem itu 95% benar, maka kita akan rasa 'simpati' dengan Mark kerana dia tidak mementingkan wang pun sebenarnya, dan segalanya bermula apabila dia ditinggalkan gadis. Lepas tu hilang teman baik lagi. Past last-last tu masa dia refresh browser lepas send friend request terhadap bekas teman wanitanya memang menunjukkan dia seorang manusia biasa. Apa gunanya wang jika tiada kebahagiaan di dalam hidup. Chewahh.

Ratings: $$$$$
Spoiler: Pasangan kembar tu dapat tempat terakhir dalam acara rowing di Sukan Olimpik 2008.

1) Inception

Ulasan ringkas: Huii tak payahla nak ulas nanti korang sekali pening. Tapi bagi aku Inception merupakan filem terbaik untuk tahun 2010. Plotnya yang original tetapi kompleks membuatkan anda tak tidur malam memikirkan adakah apa yang anda lihat itu merupakan mimpi atau realiti sambil mendengar lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi nyanyian Damatsutra. Pelakon dia pun semua hebat-hebat belaka terutamanya Ellen Page yang comel hihi.

Ratings: $$$$$
Spoiler: kena tengok lagi 3 kali baru aku boleh bagi spoiler

Ahhhh penat gila aku taip walaupun 50% daripadanya aku guna ulasan daripada entri-entri lama. Hihi licik bukan. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.

Sunday, December 12, 2010

Tempat Makan Menarik di Cyberjaya?

Minggu depan genaplah sebulan aku bekerja di tempat baru di Cyberjaya ini. Sekarang ni aku dah start kerja syif, masuk petang balik malam. Ok juga balik takdelah perlu hadapi kesesakan lalulintas. Anyway, selama tiga minggu aku bekerja di Cyberjaya ini, aku masih buta jalan dan tak tahu lokasi-lokasi yang menarik di sini. Sepanjang pemerhatian aku selama tiga minggu ini, aku dapati Cyberjaya merupakan bandar yang aman permai, tiada hiruk-pikuk kotaraya, jalan raya semuanya lengang. Nak ringan-ringan dalam kereta waktu siang (bagi yang sudah berkahwin) memang orang takkan perasan. Cuma kalau parking tepi jalan kereta anda PASTI akan 'hilang' dan boleh ditebus semula di Majlis Perbandaran Sepang dengan harga RM 300.

Namun begitu, masih banyak kawasan membaham yang masih belum aku jelajah; mungkin kerana aku tak tahu di mana lokasi tempat makanan menarik. Maka setiap hari aku akan rotate senarai tempat makan yang sama. Ayuh kita ikuti ulasan tempat-tempat membaham yang aku telah lawati setakat ini.


Arena

Ulasan ringkas: Arena merupakan food court yang terletak di belakang pejabat aku. Jalan kaki 5 minit dah sampai kalau naik roller blade mungkin dalam 2 minit boleh sampai. Nama pun arena kalau nak bagi makanan hadam cepat korang boleh bermain futsal ataupun bola keranjang di gelanggang yang boleh disewa dengan harga yang berpatutan. Nak parking pun senang sebab ada banyak kotak parking. Kat sini pun ada ikan bakar juga.

Puji: ada jual ayam penyet.

Keji: Di waktu kemuncak memang susah nak cari seat. Lepas kedai nombor dua dari kiri tu dia ada jual Char Kuey Tiow, tapi bila aku minta kuey tiow goreng basah di tak faham. Apa susah tambah air sikit jela kat char kuey tiow tu itu pun tak reti.

Terminal

Ulasan ringkas: Ini merupakan tempat makanan pertama yang aku kunjungi di Cyber. Hari pertama kan, jalan pun tak tahu. Member aku cakap terus je dari ofis sampai nampak banyak bas kerana ini merupakan terminal bas. Kalau nak balik kampung ke Parit Buntar pun senang habis kerja je terus boleh terus balik kampung. Dalam kawasan terminal itu sendiri ada banyak tempat makan; ada food court, ada Restoran Hassan dan juga galeri makanan D'Ariff. Aku hanya pernah cuba food court dia sahaja sebab orang kata ikan bakar dia best.


Puji: Pelbagai jenis makanan Melayu, murah pulak tu. Paling popular adalah ikan bakar. Ok jenaka ikan sambilan, kalau ikan betina kita panggil ikan duyung, kalau ikan jantan? Ikan Bakar kah kah kah lucunya aku.

Keji: Lebih dahsyat sikit daripada Arena, orang ramai nak arwah semasa waktu kemuncak iaitu pada pukul 12.30 sehingga 1.30 tengahari. Kau pasti tak dapat tempat duduk dan terpaksa duduk di atas bas ataupun bentang tikar di atas lantai.

Khush

Ulasan ringkas: Khush merupakan restoran vegetarian. Pelbagai jenis makanan bukan daging yang disediakan secara buffet seperti ala Tadka, Dhall Tadka, Aloo Paneer sambil dihidangkan dengan filem-filem vegetarian seperti Papadom dan Appalam. Jika berminat, alamat restoran Khush adalah GD Ground Floor. Block 2330. Century Square. Cyberjaya (Tel: 012-213 9317).


Puji: Restoran indoor, ada air cond. Kat sebelah restoran tu ada pub, so kalau korang jenis yang tak amalkan keperibadian muslim yang sempurna bolehlah pesan minuman keras sekali.

Keji: Kata restoran vegetarian tapi ada jual ayam dan daging. tipu oi abis terbatal diet vegetarian aku terorder ayam sebab tak faham apa yang ditulis di menu.

Rim's Bistro


Ulasan ringkas: Rim's Bistro merupakan mapley yang paling popular sekali di kawasan Cyberjaya, terutamanya terhadap pekerja Shell. Masa aku baru mula-mula masuk dulu, teman sekerja baru aku cakap "Eh kau jangan makan kat situ, makanan dia ada ulat". Rupa-rupanya ada seorang pekerja Shell yang pernah menyebarkan emel yang membuat dakwaan ada maggots di ayamnya. Tiada bukti bergambar so aku pun curious lalu pergi order satu mee goreng ayam. Mungkin tokey Rim's tu sendiri dapat emel forward tu maka dia telah meningkatkan kualiti kebersihan makanan yang dijual.

Puji: Kat sini ada Nasi Lemak Goreng. Ya, NASI LEMAK GORENG. Dah lemak boleh digoreng lagi memang pasti menaikkan kadar kolestrol anda.

Keji: Reputasi buruk disebabkan ulat....aku tak pernah nampak restoran ini penuh.

Padi House

Ulasan ringkas: Setakat ini, Padi House merupakan tempat makanan yang paling 'ekslusif' yang pernah aku pergi di Cyber ini. Menunya terdiri daripada makanan barat dan makanan Cina, dan harganya pun mahal banyak daripada restoran yang disebutkan di atas. Di sekelilingnya terdapat restoran lain juga seperti Old Town, tempat mencucuk duit CIMB dan Maybank serta tempat mencuci kereta. Tadi aku saja-saja datang makan petang di sini dia punya Baked Cheese Spaghetti Bolognese (RM 11.90 kot) sedap juga dan tak kedekut cheese.


Puji: Bagus untuk mencuci mata kerana terdapat banyak makwe foreigner yang nampak lurah dada dan punggung.

Keji: TAK CUKUP TEMPAT PARKING PADA WEEKDAYS! Mahal sedikit, and you wont necessarily get what you pay for. Contohnya, Nasi Honey Chicken Apantah portionnya sedikit sahaja, tidak mengenyangkan.

Begitulah antara tempat-tempat makan yang aku pernah cuba di Cyberjaya. Oh ada lagi satu tapi aku dah mengantuk malas nak ulas. Kedai Mak Teh ke Mak Lang tah. Ofismet aku kata kena berhati-hati sebab dia pernah jumpa bulu tapi tak sure bulu apa dalam makanan. Kerinting la juga. Hihi tapi aku makan haritu ok je. So adakah anda merupakan penduduk natif Cyberjaya ataupun pekerja veteran di sana? Jika ada tempat-tempat makan menarik yang lain, silalah kongsi bersama aku nak lawat.

Friday, December 10, 2010

Azam-Azam Tahun Baru Yang Boleh Dijadikan Tauladan

Kita baru sahaja menyambut tahun baru Islam beberapa hari yang lalu dan tahun baru orang putih bakal menjelang tidak lama lagi. Bagaimana dengan azam kalian untuk tahun lepas? Adakah azam anda untuk berhenti merokok tercapai? Jangan patah hati jika anda gagal untuk menyempurnakan azam anda kerana kita boleh buat tahun depan ye tak? Kalau tahun depan tak dapat kita cuba lagi tahun tahun depan. Kalau tahun tahun depan tak dapat kita cuba lagi tahun tahun tahun depan. Kalau tahun tahun tahun depan tak dapat, well you get my point. Saje je aku nak bagi perenggan ni panjang. Ayuh kita contohi azam-azam realistik yang kita mampu untuk lakukan pada tahun hadapan.

1) Saya berazam untuk bangun pagi solat subuh di hujung minggu dan bukan sekadar bangun subuh sebab ada kelas pagi ataupun hendak pergi kerja.

2) Saya berazam untuk mengurangkan waktu melayari laman web sosial Facebook ataupun laman blog berunsur lucah dan fitnah seperti ijaicool.blogspot.com ketika waktu pejabat.

3) Saya berazam untuk mendermakan kasut tumit tinggi 6 inci yang saya beli tapi tak pernah pakai dah naik bersawang dah dalam almari tu.

4) Saya berazam untuk mengurangkan saiz perut saya daripada 34 inci kepada 32 inci dengan mengambil minuman shake protein Herbalife yang berbau aneh.


5) Saya berazam untuk menonton lebih banyak siri masakan Chef Wan ataupun menyertai kelas masakan kerana saya tahu suami saya suka makan di rumah. Sekadar peringatan yang membuat waffle ataupun menghangatkan Pizza Pah bukanlah skil masakan sebenarnya.

6) Saya berazam untuk berhenti menonton rancangan realiti seperti Milfhunter dan Mike's Apartment dan sebaliknya menonton rancangan realiti yang memberi faedah seperti Makmum Muda dan Akademi Tajwid Bersama Ustaz Faizal al Kacaki

7) Saya berazam untuk menulis blog dengan idea dan identiti sendiri bukannya memplagiat seluruh artikel ataupun mencuri idea/jenaka yang dipaparkan di blog orang lain yang kalau tuan punya entri baca dia tahu diambil dari mana walaupun ada effort untuk ubah sikit-sikit konon-konon taknak bagi orang detect. Kalau saya nak buat juga saya akan memberi kredit yang sewajarnya. Jeng jeng jengggggg.

8) Saya berazam untuk kahwin pada tahun 2012.

Diharapkan anda dapat menjadikan azam-azam di atas sebagai tauladan mahupun panduan dalam menjalani hidup di tahun baru. Kalau ada azam yang lebih baik dan menarik silalah kongsi bersama.

Thursday, December 9, 2010

Girls Talk?

Adakah kalian gadis-gadis pernah mendengar sesi boys talk? Korang gadis-gadis jangan ingat korang je ada sesi girls talk bercerita tentang boyfriend, kasut Vincci, beg tangan Jurulatih, Jonas Brothers serta lelaki kiut. Kami sebagai jantan sejati juga ada sesi boys talk. Bezanya dengan gadis-gadis ialah topik perbincangan kami ternyata lebih menarik daripada beg tangan, lelaki kiut ataupun ketidakstabilan emosi ketika period. No offense ya gadis-gadis, hihi.


Namun begitu, assumption aku terhadap girls talk ternyata kurang tepat, kerana kelmarin aku secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi girls talk bersama rakan-rakan sekerja baru aku. Gila apa aku join girls talk? Sebenarnya, rakan-rakan sekerja baru aku semuanya kool, peramah dan open minded. Lagipun diorang kesian tengok aku makan sorang-sorang macam orang sebatang kara tiada orang mahu teman, so diorang pun bawaklah aku pergi makan di Kedai Mak Teh di Cyberjaya. Memang benar gadis-gadis akan bercakap tentang lelaki, tapi bukanlah tentang lelaki hensem sahaja. Perbincangan mereka sebenarnya lebih emosional, dan memerlukan sedikit kuasa pemikiran, dan bukan sekadar friendly banter macam orang lelaki selalu buat. You guys wanna know what they talked about? Ayuh teruskan membaca.

Satu perkara yang aneh adalah mereka semua tahu aku ada blog. Terkejut jugalah apabila aku nampak gambar gadis berotot macam kat header aku di atas tu terpapar di skrin laptop mereka. Aku syaki mereka ni memang peminat fanatik aku sejak dari dulu, hehe. Apapun, aku telah meminta izin kepada mereka untuk menulis tentang perkara ini di dalam blog, dan mereka tak kisah as long as aku tak sebut nama sebenar (for now, heheh). So sebagai seorang newbie, aku pun menawarkanlah diri untuk memandu ke kedai makan. Sambil membaham, aku dapat dengar banyak perkara yang aku tak expect gadis-gadis akan bincang. Berikut adalah antara topik-topik yang dikupas oleh Anjolee, Nabster, dan Lin Dan.

1) Seks

Kita semua sudah mimpi basah dan keluar darah dari faraj, so perbincangan tentang seks bukanlah sesuatu yang taboo. Jika sesama lelaki, perbincangan tentang seks adalah sesuatu yang pasti. Gadis-gadis pun sama je sebenarnya, cuma topik mereka lebih kepada emosi dan bukan sekadar perbincangan yang hamsap semata-mata. Nabster cakap dia baru balik dari Thailand, dan dia pun ceritalah tentang industri persundalan di sana. Kiri kanan jalanraya banyak betul mak nyah, gadis asli mahupun bapa ayam yang menawarkan khidmat seks mereka. Memang syurga membeli-belah batin lah untuk lelaki, khususnya. Kemudian mereka berkata, orang lelaki yang melakukan penzinaan kali pertama dengan pelacur tidak akan dapat merasai kenikmatan seks yang sama dengan pasangan yang mereka cinta.

Ini kerana seks kali pertama akan diingati sehingga bila-bila. Macam first love lah, walaupun kau dah berpisah lama, kau pasti akan teringat saat-saat manis kali pertama memegang buah dada pasangan dengan tangan terketar-ketar. So apabila orang lelaki hilang keterunaan mereka dengan seorang pelacur, mereka akan mengalami pengalaman seks yang out of this world. Yelah tak pernah rasa kan lepas tu dihidangkan pulak dengan aksi-aksi yang kinky dan adventurous daripada pekerja seks yang memang tahu bagaimana hendak memuaskan lelaki. Adakah kita boleh expect pasangan cinta kita untuk terus memakai kostum Xena Warrior Princess sambil menyebat punggung anda di malam pertama? Tidak bukan? So kita pun dah set satu expectation, hasil daripada seks kali pertama dengan prostitute. Secara automatiknya, kita akan membuat perbandingan apabila kita melakukan persetubuhan halal dengan pasangan kita, menjadikan kita tidak puas. "Eh macam ni je?" "Eh apasal macam boring je?" Fikir kita di dalam hati. Dan apabila kita cuba untuk melakukan posisi-posisi yang aneh, pasti akan ditepis oleh pasangan kita mentah-mentah.

The same thing can be said about sex before marriage. Katalah kita dah berzina dengan ramai gadis-gadis, dan salah satu daripadanya memang seks yang awesome. Orang lelaki akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mood ataupun feel yang sama agar mereka dapat rasa apa yang mereka rasa tempoh hari. Maka diorang pun bawalah anda pergi ke tempat dating yang sama, pergi dinner di restoran mahal yang sama, semata-mata untuk mengembalikan 'perasaan' itu. Itu juga merupakan salah satu faktor mengapa pasangan anda curang dengan anda, kerana mereka tidak berasa satisfied dengan apa yang mereka dapat setelah membuat analogi tentang pengalaman seks lampau.

Also, gadis-gadis tak puas hati sebab tak boleh nak detect if seorang lelaki itu masih teruna kerana orang lelaki tiada selaput dara. Eh kat punggung ada apa? Haha.

2) Buah dada

Fakta: Gadis-gadis mementingkan saiz. Kalau diorang kata saiz tak penting, yang penting rupa, mereka sebenarnya sekadar menyedapkan hati anda. Luckily aku ada both saiz dan paras rupa. Oh yeah. Anyway, ketika dalam perjalanan pulang, aku tiba-tiba mendengar soalan, "Eh what are you wearing ah?". Terus berderau darah aku ingatkan dia tanya kat aku, Rupa-rupanya mereka tanya tentang jenama bra yang digunakan. Aku tiba-tiba menyampuk "TRIUMPH!". Lepas tu diorang jelaskan dengan detail yang Triumph tu mungkin nampak seksi tapi mahal nak arwah.

Hakikatnya, gadis-gadis memang self conscious about the size of their boobs. First they discussed about the girls with small boobs like the athletes. Really? Aku rasa payu mereka nampak kecil or tak nampak sebab mereka pakai baju ketat. Or maybe otot-otot mereka menjadi besar menyebabkan aset mereka tenggelam. Anyway saiz buah dada mereka berkadar terus dengan keyakinan diri mereka. Semakin besar, semakin tinggilah keyakinan diri mereka untuk menongkah arus perdana.

Agak thought provoking juga perbincangan mereka. Mungkin sebab aku lelaki tak biasa dengar perkara begini dari mulut wanita sendiri. So, selain daripada perkara-perkara yang stereotype seperti maskara Bobbi Brown dan tuala wanita Librese, apa lagi yang korang bincangkan semasa sesi girls talk kalian?

Tuesday, December 7, 2010

Mengapa Aku Tidak Boleh Sertai The Amazing Race

Dalam banyak-banyak rancangan realiti di televisyen, aku paling suka menonton The Amazing Race and Milfhunter. Aku rasa The Amazing Race memang satu rancangan realiti yang betul-betul realiti (as it is) dan tidak perlu ditokok tambah mahupun digarap skripnya untuk menarik perhatian penonton seperti Keeping Up With The Kardashians. Haha ok ok fine aku tengok juga punggung solid Kim kadang-kadang. Anyway, aku suka tengok The Amazing Race sebab diorang dapat pergi ke tampat-tempat yang menarik di luar negara di samping drama di antara pasangan yang bertanding.


Apabila The Amazing Race Asia ditayangkan, aku terus teruja untuk menyertainya. Kalau nak berjaya dalam audition, kita kena cari pasangan yang bukan normal agar peluang kita untuk menarik perhatian produser. Itulah sebabnya aku pilih Adam untuk menjadi pasangan aku sebab muka dia macam Cina. Selalu kita tengok Amazing Race orang putih dia ada pasangan Ayah dan Anak, at least satu pasangan Blonde Hangat, satu pasangan Negro, satu pasangan gay dan satu pasangan Nerd Asia. Jadi dengan Adam sebagai pasangan aku, peluang kami lebih cerah untuk dipilih sebab kami dapat memenuhi kuota Nerd Asia. Tapi kalau kami berjaya masuk pun, aku rasa kami akan pulang awal. Ayuh kita kaji mengapa aku tidak boleh masuk The Amazing Race.

1) Aku takut ketinggian

Aku memang seorang yang gayat. Limit aku hanya sekadar bangunan setinggi 3 tingkat. Kalau lebih aku memang tidak boleh memandang ke bawah nanti peluh dingin pasti membasahi dahi. Daripada GSC Midvalley tengok bawah pun aku dah booleh dapat parkinson. Kalau orang lain duduk bertenggek atas palang pun aku boleh seram sejuk rasa macam aku pulak yang nak jatuh. Naik kapal lanun dekat Sunway Lagoon yang pusing 360 darjah tu buat aku muntah-muntah di tempat kejadian. So kalau takut ketinggian bagaimana mahu berjaya dalam The Amazing Race? Banyak betul Road Block dia yang melibatkan ketinggian seperti bungee jumping ataupun turun dari menara menggunakan tali. Aku jamin kalau kena challenge macam ni mesti aku ambil penalti beberapa jam instead of melengkapkan cabaran.

2) Malu/ego untuk bertanya

Orang selalu berkata, malu bertanya sesat jalan. Itulah yang akan berlaku kepada aku nanti di mana aku akan berlegar-legar mencari kotak klu tetapi malu dan ego untuk minta direction. Kalau aku pergi membeli-belah, aku pasti akan survey dulu benda yang aku nak beli sebab aku memang takkan bertanya kepada jurujual. Kalau jurujual datang bertanya bagaimana dia boleh bantu, aku hanya akan membuat muka dan beredar walaupun aku berminat untuk tahu adakah boxer yang aku nak beli itu mampu menampung organ reproduksi aku. Dulu masa kat Universiti pun bila pensyarah suruh tanya soalan, anda tidak akan melihat aku mengangkat tangan sebab mentaliti lemah orang Melayu yang takut ditertawakan jika bertanya soalan bodoh. Remember, there's no stupid question, just stupid people.Lagipun aksi kita semuanya dirakam dalam The Amazing Race. Sebagai seorang anak jantan, mana boleh tunjuk kita ni lemah di hadapan penonton. Kalau tak tahu, buat-buat saja tahu. Ego beb ego mana boleh tanya.

3) Tak boleh baca map/klu dalam kenderaan bergerak

Satu aspek yang kritikal yang dapat membantu kita untuk memenangi The Amazing Race adalah untuk membaca klu dan peta dengan baik, tak kiralah dalam apa jua situasi, termasuklah ketika sedang memandu. Selalunya sorang akan memandu, sorang lagi duduk belakang baca map. Aku pula memiliki penyakit mudah pening. Nak tuduh aku mengada-ngada pun boleh. Naik komuter boleh pening, naik bas ekspress pun aku pening, itu belum lagi nak Feri Lada nak pergi Pulau Langkawi. Pening di sini bukan sekadar kepala pusing, malah boleh terkeluar cecair dari perut ke mulut. Pendek kata, selain naik kereta, aku pasti diserang pening berlebihan ketika menaiki kenderaan yang berlaku banyak pergerakan tidak seimbang.

Kalau aku setakat baca sebaris ayat di SMS ketika memandu pun boleh boleh nak muntah-muntah, inikan pula hendak membaca peta. Mau sewel untuk jangka masa panjang aku dibuatnya.

4) Mudah kasihan dengan pasukan lain


Jika kita mahu menyertai The Amazing Race, kita mesti bersikap fierce, kejam, dan tiada belas kasihan. Trust no one. Te nee nee nee ne neeee tenenenet tet tet tet (lagu tema X-Files). Jangan sekali-kali kita memberi muka kepada pasukan lawan kerana mereka pun akan melakukan perkara yang sama kepada kita. Mungkin kita akan lihat pakatan ataupun 'alliance' sementara ditubuhkan, tapi in the end mereka tetap akan jadi lawan kita untuk memenangi wang satu juta itu (ataupun 100 ribu bagi The Amazing Race Asia).

Namun begitu, jauh di sudut hati, sebagai seorang manusia yang telah diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak dari sekolah rendah, aku rasa aku tidak akan sampai hati untuk menggunakan papan 'YIELD!' untuk menangguhkan pesaing. Aku rasa aku tidak akan sanggup untuk melihat muka kasihan peserta lain ketika Allan Wu memberitahu mereka telah terkeluar daripada saingan. Tanpa perasaan bengis ini, kau tidak akan berjaya di dalam The Amazing Race.

5) Gagal di peringkat audition

Walaupun aku telah menyatakan faktor-faktor mengapa aku mungkin gagal di dalam The Amazing Race, tapi aku rasa aku mungkin tak lepas peringkat audition pun. Apa yang dicari oleh pihak produser bukanlah sekadar wajah eye candy mahupun dada yang ketak, tetapi personaliti yang menarik. Sure, aku memiliki paras rupa yang disenangi gadis-gadis, tetapi aku tak boleh kata perkara yang sama terhadap Adam (haha). First impression memang penting. Tak kisahlah kalau kau hire TV3 buat storyboard ala-ala iklan krismas hari raya untuk audition kau pun, kalau lakonan kita kaku pun tak guna jugak. Korang pernah tak tengok audition tape para peserta? Gaya lakonan mereka memang awesome sebenarnya bolehlah kalau nak jadi pelakon utama slot Spektra di TV1.

Ahh sorilah Adam kita join rancangan realiti lain yang lebih realistiklah dengan kebolehan kita seperti Sehati Berdansa ataupun Makmum Muda. Zati Hazira dulu pun dah hampir-hampir nak masuk rancangan realiti Nescafe Kick Start. Hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...