Sunday, January 23, 2011

Mandi-Manda Di Sungai Congkak

Bagi mereka yang mengharapkan aksi-aksi ghairah mendedahkan aurat di dalam entri ini, anda mungkin akan berasa hampa kerana tiada pautan untuk memuat turun aksi-aksi tersebut dalam bentuk 3gp. Namun begitu, saya masih menyediakan gambar-gambar jejaka kacak tidak berbaju yang anda boleh right click dan 'Save image as' untuk dihantar ke bomoh untuk diguna-gunakan. Semalam, saya bersama rakan-rakan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah pergi berkelah di Sungai Congkak. Untuk pengetahuan anda, filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Congkak diorang filemkan kat situla. Sungai Congkak terletak di Hulu Langat dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan pasangan belum berkahwin untuk ringan-ringan.


Di atas semangat cintakan universiti yang masih menebal di dalam diri, kami semua bersetuju untuk berkumpul di hadapan Uniten. Nostalgia suka dan duka kembali menggamit memori...seperti kisah cinta terlarang Hasanah dan Fandy yang kini telah menjadi suami isteri. Mari kita berkenalan dengan watak-watak dalam karangan ini terlebih dahulu agar korang boleh immersed dengan entri ini. Dari kanan, Fandy Bulu, Nazri 'heartbroken but I'm moving on....I think' Nazlan, Ben Affleck, Hanis Penis, Pa'an Kuih Tart ataupun singkatannya Paantart, dan juga Alie (tiada modal nak keji Alie buat masa ini). Tiada dalam gambar, Arel Bukan AF, Lebai Nikotin, Hasanah UPSR dan Mizz Nina. Ayuh mari kita berkelah bersama-sama.


Perjalanan ke Sungai Congkak dari Bangi mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Oleh kerana malas memandu, aku naik dengan Nazri. Aku risau sebenarnya naik dengan dia kerana dia baru balik dari kerja (10pm - 7am) masih belum tidur seperti zombie. Bagi mengelakkan dia tertidur ketika memandu, aku dengan tak rela membiarkan dia bercerita tentang kisah cinta dia yang tragis yang menyebabkan dia deactivate Fesbuk selama 6 bulan. Oh kalau nak pergi ke Sungai Congkak kena isi minyak secukupnya kerana tiada stesen minyak di sepanjang perjalanan. Tapi kalau terdesak mereka ada jual minyak di dalam botol Mirinda 1.5 liter dengan harga riba RM3.50. Oh bayaran parking RM3, dan tiket masuk RM1. Seronotnya sudah sampai! Fandy yang baru berkahwin disyaki telah melakukan hubungan suami isteri pagi tadi tapi tak sempat mandi wajib terus membaca niat dan meratakan air ke seluruh badan dengan menjadi orang pertama yang terjun ke sungai.


Alie selaku organizer merangkap tukang masak telah bangun awal pagi bukan untuk solat subuh, tetapi membeli ayam yang segar dari pasar Seri Kembangan. Dipanggang dengan sos rahsia buatan sendiri Alie, huiii serius sedap sehingga terpaksa membuat wajah kemuncak syahwat. Sorang makan setengah ayam beb, memang naiklah paras kolestrol masing-masing.




Pergi sungai buat apa? Pastilah mandi! Yayyy! Seronotnya! Dulu masa zaman remaja sebelum graduasi kami semua pernah pergi ke tempat ini. Dulu-dulu Sanah dan Fandy sekadar main=main mata, kini sudah boleh main-main yang melibatkan organ lain. Dulu-dulu Azrel masih kurus, kini dia sudah boleh isi borang The Biggest Loser Asia. Ahh usahlah disandarkan kepada kenangan. Antara permainan yang menarik untuk dimain di dalam sungai adalah Pertandingan Menyelam Paling Sekejap dan juga Pose Ghairah Majalah Mangga.




Lama jugalah kami berendam di dalam sungai sehingga kecut organ reproduksi masing-masing (kecuali aku). Lepas berendam membaham pulak untuk pusingan kedua. Sekadar peringatan dalam bentuk nyanyian; di desa atau di bandaraya, kebersihan haruslah dijaga. Oleh itu bawalah plastik sampah sendiri dan jangan kencing di dalam sungai. Aku rasa Sungai Congkak ini memang best kerana banyak lubuk mandi yang jernih dan bersih. Kalau 10 orang kencing pasti air dia jadi kuning.


Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan entri ini. Banyak lagi gambar-gambar yang mendedahkan aurat sebenarnya dan dengan bayaran yang berpatutan, anda semua boleh melihat gambar-gambar itu di laman Fesbuk Paan.


Sesungguhnya program-program sebegini memang patut selalu dianjurkan bagi memastikan hubungan antara rakan-rakan lama terus terjalin agar tidak berlakunya insiden unfriend di Fesbuk. Yelah dah lama sangat tak jumpa tanya khabar pun tidak sampai kita lupa yang kita ni berkawan dengan orang tu lalu kita pun unfriend dia sebab dah lupa itu kawan kita. Lepas ni buatlah aktiviti-aktiviti sebegini lagi nak lagi gempak buat qiamullail terus walaupun aku mungkin tak join. Oh letak gambar kaki tipikal sangat, so kita letak gambar tangan. Ok kita buat kuiz mudah, siapa dapat teka mana satu tangan Fandy akan mendapat hadiah misteri. Klu: Bulu. (graduan Uniten tidak dibenarkan menyertai kuiz ini).





11 comments:

clarky said...

vaas sebuah entry di hari sunday!
entry kena tangkap (gambar sambil) basah pula tuh!
hoh kalau kerja kat ILSAS masih boleh sertai kuiz tu kan? :D

Mimie.Candy Cane said...

nk jawab teka!! nak jawab teka!!!

ada hadiah tak?

kaykaysaja said...

Tangan yang gemok itu tangan Paan...

-bukan budak uniten-

phish said...

sape yg jejariruncing ni...kahkahkahkahkah

Mohamad Faizal said...

clarky: hah anda memang benar2 kerja di ilsas kah

mimie: ada. hadiah misteri

kaykaysaja: tak baik kau tuduh paan gemok...obese sopan sikit

phish: hah?

mangkuk statik said...

Perghh...kene cataract mata aku tengok "Pose Ghairah Majalah Mangga" ngkau.
Mujur aku tak minat nyah2 fletchess cam ngkau, kalau tak gamabr tu dah buat modal dah.

clarky said...

ehem. rahsia, ijai. rahsia (sambil cekak pinggang depan gate uniten).

crazy_labelle said...

haha... gile senang... yang kepit ibu jari tu... utk confirmation, ak compare skin tone rajah 1 dgn tangan2 di rajah akhir...

and why ko asik permainkan org2 yg bernama fandy? ade kisah silam yg xdpat dilupekan ke? haha..

..:: WiRdA ::.. said...

pose last tu anggun..haha mulus jari jemari..kecuali yg bebulus tu..haha

Mohamad Faizal said...

phish: ooo baru aku faham dengan komen anda. jejariruncing blog awek goalkeeper direlate dengan gambar terakhir haha lambat gila aku

mangkuk statik: bohong. sekarang ni setiap kali kau tengok cermin pasti akan cuba membuat pose yang sama

clarky: oooo patutlah saya selalu nampak anda membaham di upten (tipu)

crazy_labelle: haha ada 2 'fendi' yang selalu dipaparkan di blog ini. yang di atas Fandy Uniten. aku tak permainkan mereka lah cuma memberitahu kisah benar yang diezajerit.

wirda: sumpah itu bukan tangan saya haha

yuliang11 said...

memang best lar sg congkak!


sg sungai congkak resort

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...