Tuesday, January 25, 2011

Mengapa Gadis-Gadis Obses Dengan Maher Zain

Ahh Maher Zain. Semua orang kenal Maher Zain. Tahukah anda kepopularitian Maher Zain memang mencanak-canak sekarang sehinggakan telah dilantik menjadi duta kepada kompleks membeli-belah Bangi Utama ataupun lebih dikenali sebagai Warta? Masuk Warta daripada basement dah boleh nampak dah poster Maher Zain. Jalan 5 meter dah boleh dengar lagu Maher Zain berkumandang di udara tanpa henti. Kira macam lagu tema rasmi untuk Warta lah. Tempoh hari Maher Zain telah membuat konsert di Malaysia dan mendapat sambutan yang menggila di kalangan gadis-gadis, terutamanya gadis-gadis yang menutup bahagian dada mereka. Di atas sambutan yang hebat itu, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia bagi memenuhi ugutan gadis-gadis fanatik, siap buat satu lagu dalam bahasa Malaysia lagi untuk mereka. Di manakah letaknya kehebatan Maher Zain sehinggakan gadis-gadis tidak lagi menggilai Anuar Zain? Ayuh kita kaji mengapa gadis-gadis obses dengan Maher Zain.

1) Maher Zain ada aura seperti Mawi

Maher Zain ni kira macam Mawi versi antarabangsa lah. Ingat tak masa zaman kegemilangan Mawi dulu? Masa dia gagal di konsert prelude Akademi Fantasia 3, habis mengamuk orang Melayu mencarut-carut ringan di tempat chatting kat TV guna telefon bimbit tu. Melihat dengan reaksi luar biasa daripada peminat fanatiknya, pihak Astro pun mengambil Mawi untuk melanjutkan pelajaran di dalam akademi. Pap the rest was history. Mawi dikenali dengan Raja SMS dan telegram mana-mana semua anugerah pilihan peminat dia yang bolot. Eh ini nak cerita pasal Mawi ke Maher Zain ni.


So di sini kita boleh menggunakan faktor 'aura' bagi menjelaskan kegilaan gadis-gadis terhadap Maher Zain. Muka pun lebih kurang Mawi. Rambut pun macam Mawi tak pernah lebih daripada setengah inci. Perwatakan pun baik sahaja macam Mawi. Janggut pun cukur nak tak nak macam Mawi ataupun Daughtry. Tapi adakah aura Maher Zain akan menjadi malam seperti Mawi? No, at least tidak untuk tahun ini.

2) Cinta Maher Zain membawa ke syurga

Dalam segmen Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 6, saya ada bertanya adakah gadis-gadis meminati Maher Zain ataupun Anuar Zain. 68% daripada responden memilih Maher Zain, dan memberi alasan-alasan yang hampir serupa.

ainakhani: maher zain sebab dari lagu-lagu dia sume menjurus kebaikan je. hope nak lah laki yang mcm tu. tapi tak tau la life dia sbna mcm mane kan? sume ppuan nak laki yg dpt bimbing die. hihi

mia: Rasanya Maher Zain. Handsome macamana pun akhirnya untuk dijadikan suami mesti yang boleh membimbing. Macam lelaki nak kahwin mesti pilih perempuan baik kan?

Jazica Albek: Maher Zain. Ilmu agama dia lebih baik (hopefully). Tapi kalau kau tak tulis "kena pilih" tu, mmg dua2 aku taknak.


Kita boleh membuat kesimpulan yang gadis-gadis meminati Maher Zain kerana keperibadian muslimnya. Of coursela kita tak tahu perangai dia kat rumah bagaimana. Tinggal solat ke, ponteng puasa ke, tengok porn ke tapi first impression gadis-gadis menganggap Maher Zain memenuhi ciri-ciri jejaka yang layak dijadikan suami. Oh Maher Zain dah kahwin kan? Tak mengapa dia ada kuota lagi 3 so kalian boleh cuba menarik perhatian dia semasa konsert kedua pada bulan Febuari nanti dengan memakai tudung 'fashionistas' yang ada kristal tergantung ataupun gaya lilit-lilit terbelit tu tapi masih menutupi buah dada ranum anda.

3) Suara Maher Zain boleh membuat gadis-gadis 'teruja'

Aku nak tulis horny instead of teruja tapi nanti gadis-gadis PMS pula. Hehe. Sekali dengar, suara Maher Zain sekejap macam Kris Allen, sekejap macam Kris Dayanti. Ok ok tak macam Kris Dayanti sheeshhh memang fanatik betul korang ye nak berjenaka sikit pun tak boleh. Alunan suaranya yang lembut, tonanya yang unik dan pleasant menyebabkan gadis-gadis tidak boleh duduk diam dan ada yang terkinja-kinja buat mosh pit lepas tu body surfing di konsert Maher Zain tempoh hari walaupun mengenakan uniform Puteri Islam.

4) Bagi ahli usrah, mereka hanya boleh dengar lagu Maher Zain

Bagi mereka yang menyertai usrah, anda pasti bosan mendengar nasihat akak-akak senior yang gatal asyik nak cerita pasal kahwin. Bercinta selepas kahwin konon-konon, tapi selalu pula hendak menjodohkan kita dengan ahli usrah jejaka. Nasib baik sekarang ni Maher Zain tengah popular, maka ada rutin baru iaitu segmen menyanyikan lagu-lagu ketuhanan sebagai penutup usrah. Dengar muzik genre lain mana boleh sebab ada unsur-unsur alkohol dan penzinaan. Sambil menyanyi, mereka akan membincangkan tentang mesej-mesej positif yang cuba disampaikan di dalam lagu-lagu Maher Zain yang popular seperti For The Rest of My Life dan Inshaallah.

Kalau dulu-dulu, diorang selalu menyanyi lagi nasheed Melayu seperti kumpulan Mirwana. Tapi lepas insiden Faizal Tahir buka baju, mereka ubah pula dengar lagu nasheed kumpulan Far East. Tapi kumpulan Far East ternyata mudah terpengaruh dengan budaya barat menyebabkan mereka mengubah hala tuju muzik mereka dan menukar nama kumpulan nasheed mereka kepada Far East Movement memainkan lagu-lagu clubbing 'Like a geeesikkk like a geeeseeekk now I’m feelin so fly like a geeesik'.Namun begitu, Maher Zain sebenarnya dibenci oleh ahli usrah ortodoks kerana penggunakan alat muzik bertali dan tiupan yang dikatakan melalaikan.

Begitulah antara faktor-faktor yang menyebabkan gadis-gadis obses dengan Maher Zain. Adakah anda salah seorang daripadanya? Adakah anda akan pergi ke konsert Maher Zain pada bulan dua nanti? Kami sebagai orang lelaki yang memahami pasti akan memberi wang untuk anda membeli tiket, Inshaallah.



17 comments:

Clarky Afif said...

tak minat maher zain walaupun nampak tak pic aku ni berpurdah bagai?

nak pegi konsert deaftones.

Catherine- said...

x tahu apa2.

i suka nama MAHER ZAIN tu aje..

unik kan`? heh!

afrohead said...

pengakuan berani mati aku ialah lagu barakallah maher zain tu memang melekat dalam kepala aku.

catchy gila.

err that doesnt make me a girl right? err am i?

The Sharkox said...

member aku hari2 looping maher zain sampai aku yang tak kenal ngn maher ni terus mahir dengan lagu2 dia...

tapi sekarang tiada lagi kerana beliau sudah tukar department....

s a r said...

hehe..
xbpe nk minat dgn maher zain
but bait2 lagu dia, superb!
"open your eyes"
hee

Mohamad Faizal said...

clarky: pegi konset deftones pakai macam gambarla baru kool haha

catherine: bagaimana dengan nama aryan zuhayr lagi unik kan (tiba2)

afrohead: tak apa. blog ini pro jejaka so tak salah haa haa

sharkox: mungkin ini masanya untuk anda pula yang menyambung tradisi itu?

sar: open your eyes tak apa tapi jangan open your lurah di dada (mesej kemanusiaan)

Achiq said...

3) Suara Maher Zain boleh membuat gadis-gadis 'teruja'
iya ke? sedikit sengau ada ler..
Dgr cite Maher Zain cakap Malaysia lubuk duit dia?

crazy_labelle said...

akak usrah rumate ak dulu dgr lagu linkin park... cool kan?

Anonymous said...

Religion sells.

-Hanis

s a r said...

mesej tersebut amat kemanusiaan.
terima kasih.
insyaAllah..
but, klau dah open tu..
dah tntulah yg guy bru betul "open your eyes" kan..
;p

Clarky Afif said...

yela aku pegi pakai macam ni la baru muslimah rock!teguh pendirian tau aku ni. kohkoh!

Anonymous said...

jeckspeed

pak zain lagi best sebab artis2 tu guna nama dia, sedangkan pak zain tu hanyalah polis pencen yg sekarang ni hanya duk rumah jaga cucu je... hahaha

Wan Perlis said...

harap aura dia x hilg

stiffler said...

maher zain ni digilai wanita malaysia sebab kote dia besar kot.

entah la.

Mohamad Faizal said...

achiq: apalagi ayuh cipta page benci maher zain haha

crazy_labelle: tak koool. akak usrah patutnya dengar in-team

hanis: begitu juga dengan karipap sardin sungai ramai. lazat gila

sar: ya, open our eyes and zip tertentu

clarky: ambil gambar okehh

jeckspeed: pak zain tu siapa pulak abah ziana ke

wan perlis: err ameeen

stiffler: mungkin, mungkin

hakeR said...

saya suka denganr lagu Maher Zain... tapi x minat kat dia pun...

redspana said...

aku ske yg no 4 tuh..memg betol pon..mls ckp lebih2.aku bkn baik sgt pon kan,..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...