Tuesday, January 18, 2011

Mengapa Wanita Menghabiskan Masa Yang Lama di Dalam Tandas

Siapa ada adik-beradik perempuan yang ramai pasti akan setuju dengan kenyataan di atas. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majalah Anjung Seri edisi Kamar Mandi, kaum wanita pasti akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 25 minit di dalam tandas. Hanya 2% peratus daripada keputusan survey yang menyatakan mereka terkunci di dalam tandas menyebabkan mereka terperangkap untuk tempoh yang lama, selebihnya memberi sebab-sebab feminin yang akan saya huraikan nanti. Selain daripada mandi, apa sebenarnya yang gadis-gadis lakukan yang menyebabkan mereka berada di dalam tandas untuk tempoh yang lama?

1) Orang perempuan tidak boleh kencing berdiri

Ini adalah punca utama mengapa orang perempuan menghabiskan masa yang lama di tandas walaupun sekadar untuk membuang air kecil. Orang lelaki, kalau nak pergi kencing mudah sahaja, terutamanya di tandas awam di kompleks membeli-belah. Dengan menggunakan konsep 3T, iaitu Tolak, Tuju, dan Tarik, kami boleh menjimatkan masa dan tidak perlu membuat banyak pergerakan bagi menyelesaikan urusan hadas kecil ini. Tidak faham konsep 3T? Mari saya jelaskan dengan teliti. Mula-mula Tolak zip seluar, keluarkan organ reproduksi, kemudian Tuju ke arah sasaran. Kita boleh berbual-bual dengan jiran di urinal sebelah jika mahu, sesudah tamat Tarik sahaja zip seluar kembali. Selesai.

Mengikut kajian sains yang dijalankan, orang perempuan tidak boleh kencing berdiri kerana mereka tiada sistem pembidikan ataupun 'aiming device' yang praktikal. Even if mereka cuba untuk kencing berdiri, tsunami kecil akan berlaku. Itulah sebabnya orang lelaki harus bersabar ketika teman wanita mereka pergi ke tandas kerana mereka tiada urinal, terpaksa beratur menunggu giliran, kemudian banyak gajet yang perlu ditanggalkan sebelum boleh memulakan urusan mereka.

2) Perlu menggunakan at least 10 bahan pencuci

Ok ok 10 bahan pencuci mengkin exaggerate sangat. 8 bahan bagaimana? Agak normal bukan? Ok mari kita kira. By the way gadis-gadis saya main sebut je jenama ni kalau salah sila beri tunjuk ajar. Mula-mula pakai facial cleaner Safi ataupun Datuk Siti. Lepas tu pakai toner SK-11 Cleansing Emulsion bagi masalah kulit muka berminyak. Untuk rambut anggun dan licin pula pakai syampu Vidal Sassoon sebelum digabungkan dengan perapi Sunsilk lihat rambutku. Ok kemudian guna Goat Milk's bath daripada New & Trendy bagi menjadikan tubuh lebih lembut. Ubat gigi Darlie kira tak? Dah 6 bahan dah tu. Lagi dua.....apa aaa? Ok satu bedak sejuk Nona Roguy satu lagi bahan kimia untuk mengubat keputihan. Ok cukup lapan bahan. Ok kalau nak tambah, mungkin boleh masukkan sekali upacara membersihkan ataupun mengenakan make up. Mahu guna at least 8 bahan lagi tu. Hee hee.


3) Banyak permukaan yang perlu dilicinkan

Fakta, orang lelaki hanya akan bercukur jika dan hanya jika ada temujanji dengan teman wanita. Itu pun sekadar shave misai dan janggut. Bahagian lain kami tak peduli. Bulu dada dan bulu ketiak pada badan kami adalah sesuatu yang gadis-gadis anggap seksi bukan? Even bulu di balls kami pun hanya akan di trim pada malam pertama. Kalau tak, tak usah haraplah kami mahu jaga penampilan diri.

Tetapi lain pula dengan orang perempuan. Setelah membaca entri Turn Offs for Men, ramai gadis-gadis kini mula aware dengan kehadiran bulu-bulu di seluruh badan mereka. Sebagai kaum yang self conscious dengan imej diri, orang perempuan akan menghabiskan masa yang lama untuk memastikan seluruh badan mereka licin dan tidak berbulu lebat seperti kucing parsi. Mereka akan menggunakan Gillette for Women bagi memastikan tiada bulu-bulu halus di atas bibir. Mereka akan menggunakan Veet bagi memastikan kaki mereka tidak seperti kaki penjual karpet daripada Pakistan. Bulu dada di dada? Unacceptable! Banyak permukaan yang harus dilicinkan, dan ini tidak termasuk aktiviti melicinkan muka daripada jerawat, melicinkan kuku dengan membuat manicure padicure, mahupun membuat aktiviti Brazilian Wax At Home.

4) Orang perempuan tak boleh tengok cermin

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Anda sedang duduk di dalam kereta. Kemudian sekumpulan gadis lalu di sebelah kereta anda. Mungkin cermin kereta anda itu sudah ditinted sedikit so gadis-gadis itu tak perasan anda ada dalam kereta. Ataupun diorang buat-buat tak perasan sebab mereka ternampak refleksi mereka di cermin. Setiap kali orang perempuan nampak cermin, mekanisma kawalan kecantikan mereka akan diaktifkan serta merta. Huiii kita yang dalam kereta tu pun terdiam melihat aksi mereka mengenakan gincu dan maskara. Tak pun membetulkan tudung Yuna/Ekin walaupun mereka dah nampak molek dah sebenarnya. Pappp lepas tu boleh pulak keluarkan kamera untuk bercamwhore sedas dua. Tertekan aku diorang buat aksi pouting di hadapan cermin kereta aku.

Itu kalau cermin di kereta ataupun di mana-mana tempat awam, kalau cermin di tandas lagilah mereka galak beraksi. Tandas dan cermin digabungkan dengan teknik pencahayaan yang baik adalah lokasi yang paling afdal sekali untuk bercamwhore. Pergi Fesbuk mana-mana gadis sekarang, layari album Profile Picture mereka, pasti anda akan jumpa at least 3 keping gaya bergambar di tandas. Tapi, kalau mandi sorang-sorang di rumah, mahu bercamwhore jugakah? Pasti, tapi janganlah ambil gambar ataupun aksi 3gp yang compromise diri anda. Bagi mereka yang tak tahu, orang perempuan ada sejenis permainan yang mereka main sorang-sorang dalam tandas di hadapan cermin. Nampak sahaja refleksi mereka di cermin, secara serta merta mereka akan bertanya, "Mirror mirror hanging on the wall, you don't have to tell me who's the biggest fool of all....". Eh kejap. Itu lirik lagu M2M. Sambil menutup mata, gadis-gadis akan membaca mantera ini, "Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?" Lepastu bila diorang buka mata, alangkah bahagianya apabila mereka nampak wajah mereka di cermin ajaib itu. Wahhh. Tak fair betul permainan yang korang mainkan ni.

Oh gadis-gadis juga akan gunakan cermin untuk membuat pemeriksaan barah payu dara. Hee hee.

5) Perempuan dan bath tub


Aku tak pasti sama ada bath tub merupakan sesuatu yang signifikan dalam kehidupan gadis Melayu khususnya. Kalau dalam filem barat, gadis-gadis selalu digambarkan di dalam bath tub dengan timun ataupun terung di mata, sambil ditenggelami buih. Orang lelaki memang tak boleh nak duduk sorang-sorang dalam bath tub sebab mereka akan jadi horny secara tiba-tiba. So jika ada bath tub di rumah anda, pastikan anda mandi dahulu sebelum membiarkan adik perempuan anda menguasai kamar mandi anda.

Fakta-fakta di atas adalah hasil kajian mendalam mengapa gadis-gadis menghabiskan masa yang lama di dalam tandas. Ada sebab lainkah yang ingin dikongsi bersama? Janganlah lama sangat especially pagi-pagi kesian ayah/adik/suami/teman lelaki (jika anda bersekedudukan) anda terpaksa menunggu lama. Kami 5 minit je dah setel semua. Hehe.



23 comments:

MATAHARI said...

mandi setengah punya huraian.haha

Anonymous said...

jeckspeed

(Mula-mula Tolak zip seluar, keluarkan organ reproduksi, kemudian Tuju ke arah sasaran. Kita boleh berbual-bual dengan jiran di urinal sebelah jika mahu, sesudah tamat Tarik sahaja zip seluar kembali. Selesai.)...

kau dah biasa ke lepas kencing tak basuh?... teruknya kau... :(

deeb said...

a'ah la beb....org lelaki kencing tak basuh ke? ngeriss
anyway, pompuan mmg suka mandi lelama & pantang tengok cermin...after mandi pun bleh continue sapu lotion plak....belek muka lagi, belek rambut

Mohamad Faizal said...

matahari: mandi bunga minta dipercepatkan jodohm haha

jeckspeed: itu contoh sahaja. or at least itu aksi yang aku biasa lihat di tandas shopping mall. aku tak kencing di urinal kerana nanti orang usha organ reproduksi aku.

deeb: ya begitulah. banyak benda yang perlu dibelek. hehe

crazy_labelle said...

Utk rambut je...

masa mandi ak pakai syampoo, pastu conditioner, after dat serum / mask... setiap satu proses mengambil masa dalam 2-5 minit...

lepas habis mandi pakai moisturiser and mousse sebelum blow... dalam 10 - 20 minit... ikut kerajinan

penat seyh... tp nak wat cmne, i love my curls...

Catherine- said...

tandas awam ngn tandas rumah x sama lorrr.....

Anoneemus™ said...

In my family, my father, brother and nephews yg mandi lama.

can u explain why?

Mohamad Faizal said...

crazy labelle: fuhhh. respect.

catherine: contoh2 di atas seharusnya diaplikasikan di tandas di rumah...

anoneemus: erk. mungkin kerana....mungkin kerana....hmm....hmmmmmmm.......

Cik Agogo said...

hahaha... anoneemus... sama la kita... sep sikit!!

hahaha...

Mimie.Candy Cane said...

patutlah bapak aku tak segan silu tambah bilik air kt rumah aku..aku ada 7 adik beradik perempuan..

Anonymous said...

walaupun aku laki, tapi aku mngaku la kalau buang air kecik/besar kat tandas awam tu mmg agak lama sket.. mungkin sbb ruang yg terhad sket.. tp klau kat rumah laju la sket haha masuk toilet siap2 pakai tuala trus..

klau mandi plak mmg kejap jee..kcuali sahaja aku mandi hehe


-megan musang

Anonymous said...

yg no 3 pengalaman sendiri ke...hehe

-siti anoni-

Anonymous said...

yg no 3 pengalaman sendiri ke...hehe

-siti anoni-

angkasa arjuna said...

pempuan ni dah dia lambat satu hal, pastuh bila turn laki plak mandi, mmg la speed abes, bleh plak buat2 pelik kenapa mandi cepat sangat..pelbagai soalan aneh di lontarkan beliau.

kalau awal2 kawen takpe, tapi sampai skang pon hari2 buat2 pelik dah kenapa kan...?

ah tertekan aku..tapaham tapaham.

clarky said...

ijai, kalau tak basuh lepas 3T, macam mana nak oral.
eeew geli nyah!

nuttyNAD said...

hahahha

lawaklah bro=)

btw, kalau haku pulak

1)facial foam cleanser
2)facial oil cleanser
3)face scrub..muker jer dh 3 item
4)mandi + plus scrubing
5)kemudian sessi Veet
6)syampu rambut
7)conditioner
7)once a week kena pakai stim rambut which take almost 30mins
8)berus gigi
9)listerine

tue jer baru dlm bilik air.belom masuk makeup+manicure and pelbagai

yerlahh..leceh jadi pompuan..btw, another great entry

Mohamad Faizal said...

cik agogo: seppp (tiba2)

mimie: wahh ramainyaaaa. kalau ada 1 bilik air, 7x25 minit?

megan: bila kau last 'sahaja aku mandi...'

siti: hah?

arjuna: cik isteri diharap dapat membalas komen suami hehe

clarky: bagusla tu mekanisma pencegah maksiat (bagi yang belum berkahwin)

nuttynad: haha terima kasih kerana berkongsi aktiviti

Anonymous said...

i have a question, if lelaki guna urinal, mana tempat basuh dia eh? you know. heheh.

oh no, i rasa bila i dah kahwin nanti mungkin kena bangun awal and allocate 1 jam at least utk siap2 so boleh siap at the same time dgn suami n gi keje sama-sama since he probably will take like, what, 15 mins je? argh.

Miss Sunshine said...

saya ade sorang kawan perempuan yang mandi lame.. sekurang2nya 45 minit kat tandas.
Dan
saya ade sorang abg yang juga mandi lama. Kalau bukan 2 jam tak sah.

Anonymous said...

Tak ada bezakah antara tandas dan bilik air? Bukankah dalam bilik air boleh ada tandas (jamban?) manakala dalam tandas mungkin ada paip air utk tujuan membasuh, yg juga boleh digunakan utk mandi jika terdesak. Yg ada cermin utk berhias tu bukankah dalam bilik air?

Lina Rahim said...

saya memang lama dalam bilik air, sebab suka buat skrub satu badan dan pada muka. gentel semua lipatan siku, belakang lutut, celah2 jari kaki, belakang telinga, etc..kalau ikut rutin yang Ijaicool bagi tu dalam 1 jam la saya buat..tapi camwhoring dlm tandas sekali-kali tidak..

takpa lah mandi lama, sebab bila dah kawen da beranak nak layan suami nak layan anak so mandi sekejap je..me-time tu paling berharga, sbb tu la spa-spa banyak dapat kunjungan pelanggan

redspana said...

aku rase aku mandi kejap je..coz aku memg jenis bangun lambat pastuh tkejar2 nk g kelas..kejap2 aku pon tgk2 jam rupenye da dekat 20min..kalo lame cm ne plak???plg lame penah dok dlm bilik air 2jam lebih r..tapi bukan g camwhoring what so ever tuh..aku g basuh bilik air,tonyoh dinding blik air and ect la..aku x wat la pe yang pompuan2 ske wat..veet,scrub..bla..bla..aku wat yang basic tp TELITI..shampoo 2x,sabun 2x..and so on la..

Jai said...

ingat cina ka kencing x basuh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...