Thursday, January 20, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Orang Yang Bekerja di Hari Cuti

Salam Thaipusam saya ucapkan kepada para pembaca. Apa khabar anda semua? Seronokkah duduk di rumah bermalas-malasan tanpa perlu mandi wajib di awal-awal pagi? Hari ini saya bekerja. Tapi saya masuk kerja pukul 5 petang. Kalau nak ikutkan, sepanjang karier saya di bidang teknologi maklumat ini, saya memang tak pernah pun bercuti di hari cuti umum. Kalau apply cuti di hari cuti tu tak kiralah. Kawan-kawan saya yang pro kerajaan macam Apai selalu memperanjingkan saya cakap orang Nepal pun dapat cuti. Orang-orang seperti saya yang bekerja di hari cuti umum ini, mereka bukanlah racist kerana tidak bercuti di Hari Thaipusam. Tak boleh juga nak cakap mereka ni workaholic kerana mereka sebenarnya tak ikhlas bangun pagi tatkala orang lain sedang enak dibuai mimpi.

Kalau di sektor awam, polis, bomba, askar, doktor pun kena kerja juga. Tapi hari ini kita akan melihat dedikasi serta pengorbanan pekerja-pekerja lain yang tidak bercuti bagi membuat hidup anda menjadi lebih baik. Ayuh teruskan membaca.

1) Pekerja di call center

Bekerja di call center adalah sesuatu yang stressful dan memenatkan. Panggilan masuk sepanjang masa dan anda berkemungkinan untuk dimaki oleh pelanggan. Suasana menjadi bertambah murung apabila anda terpaksa bekerja di Hari Raya Cina contohnya. Mereka tak boleh bercuti kerana mereka bekerja di syarikat global yang tidak percaya dengan konsep angpau dan limau. Sebagai contoh, anda bekerja di call center McDonalds yang buka 24 jam. Perlu ada orang seseorang yang menjawab ngauman kelaparan kita kerana tiada kedai lain yang buka. Sama juga dengan call center syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan pelanggan 24 jam.

2) Jurutol

Saat-saat yang paling sayu adalah apabila anda terpaksa bekerja di malam raya. Tatkala orang lain sedang berkumpul bersama saudara mara mengayam ketupat dan bergelak tawa. Anda hanya memerhatikan kenderaan lalu sambil mengungkapkan ucapan 'Selamat Hari Raya' kepada pelanggan dengan terpaksa ditemani dengan sebuah radio yang memutarkan lagu-lagu raya klasik yang membuat air mata bergenang. Kalau dapat syif pagi raya lagilah syahdu. Bagi mendapatkan mood raya, kita pun semangatlah pakai baju Melayu baju kebaya terbelah sehingga ke pusat. Kita anggap pemandu di jalan raya tu sebagai tetamu, dan kita memberi mereka baki 'duit raya' beserta resit jika diminta. Satu-satunya jurutol yang MUNGKIN bercuti adalah jurutol di LDP. Hari tu ada cuti apa ntah diorang selamba je bukak gate tiada orang jaga. Takpun bagi diskaun kat tambang tol.

3) Pekerja di 7-11

7-11 adalah satu-satunya kedai yang tak pernah tutup kecuali jika berlaku gempa bumi. Malam ni kena rompak pun esok masih buka lagi. Kalau Hari Raya contohnya, tetamu tak henti-henti datang rumah ais di rumah pun sudah habis, di manakah kita mahu membeli ais? Di 7-11 sudah pasti.


4) Pekerja Topshop (dan kedai-kedai yang seangkatan dengannya)

Di hari cuti umumlah kedai-kedai sebegini akan menjadi tumpuan pelanggan, terutamanya gadis-gadis shopaholic. Bila lagi nak pergi kalau bukan hari cuti? Masa inilah kedai akan menjadi sibuk dan kita boleh lihat riak wajah mereka yang kelat kerana terpaksa bekerja namun masih berusaha untuk senyum kepada pelanggan.

5) Penyampai radio / pembaca berita

Trend yang selalu kita lihat adalah pembaca berita akan memakai baju yang relevan dengan perayaan yang disambut. Kalau Hari Raya India mereka akan pakai Sari dan serbuk kari. Kalau cuti Awal Muharam Pang Chin Fei pun pakai tudung labuh boleh isi bahan peletup lagi. Pembaca radio lebih merana kerana mereka terpaksa memainkan lagu-lagu festiviti walaupun tiada siapa yang hendak mendengar celoteh mereka di hari raya.

6) Imam professional

Seruan dari Ilahi mana ada cuti beb.

Aku? Well aku jatuh dalam kategori syarikat teknologi maklumat yang tidak akan mendapat cuti walaupun Perdana Menteri sudah mengumumkan Malaysia cuti sebulan setelah memenangi Piala Dunia. Okla kalau nak sedapkan hari kita boleh kata kerja di cuti umum tiada kesesakan lalu lintas dan dapat bayaran lebih. Sesungguhnya ini adalah salah satu perkara yang kita tak pernah fikirkan pun, yakni pengorbanan sesetengah pihak yang bekerja demi kebahagiaan orang lain. Jadi sempena hari cuti yang kami tidak cuti ini, ayuh kita bertafakur selama seminit bagi menghargai pengorbanan kami................. ok cukup seminit. Ok aku dah nak pergi kerja dah ni. Sigh.



17 comments:

nana said...

pasaraya / hypermarket pun tak tutup. jadi cashier2, promoter pun tak cuti. kedai kat fudkot hypermarket pun buka. makcik jual abc pun kena buka kedai.

p.s: haihhhhh.. lama nya tak masuk blog ni.tunggu lah hari cuti baru leh senang lenang baca blog ijai.

crazy_labelle said...

If a 7-11 is open 24 hours a day, and 365 days a year, then why in the hell do they have locks on the doors?

^Laila^ said...

kesiann~~ =p

Mknace said...

:) :) :)
nak wat camner kan.. lumpuh industri kalau semua pakat nak cuti
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

Mohamad Faizal said...

(ditaip di pejabat)

nana: hai nana apa khabar orang bukit belacan

crazy labelle: bagi menghalang ekstrimis dari surau membuat rusuhan terhadap 7-11 yang menjual minuman keras

laila: terima kasih

mknace: yaa hidup orang yang bekerja di hari cuti! (tanpa intonasi)

niena ; ) said...

perkataan baru 'pembaca radio' .hihi .

no.5 ,baris 4 ngan 5 .

j.u.l.i.e said...

takde rasa nk muntah hijau ke kena keje dihari cuti umum? hikhikhik

Lina Rahim said...

masa lawat nenek sakit kat hospital pada hari raya pertama, most of the nurse kat situ semua menunduk bajet pekerja cemerlang, tapi hidung merah & ada air mata menitik atas kertas

Lina Rahim said...
This comment has been removed by the author.
kundi said...

huhuhu...aku same nasib ngan ko ijal...terbaca plak komen ade kate 'x rase nak muntah hijau ke'.huh.macam ne tau?

pergi keje, jalan raya sunyi sepi dah buat aku muntah.

enuLwanie said...

first2 call center.

yeahh..betul2.dapat plak call yg dispute lagilah menyakitkan esp keje ms deepavali.

byr lambat tp nk reconnection cepat.
aiyoooo...

Anonymous said...

jeckspeed

pengawal keselamatan pun kerja jugak kau tak sebut pun.. kesian dorang, takde dorang sapa nak jaga umah aku..

Mohamad Faizal said...

niena: haha. tak mahu betulkan

julie: saya bersabar sahaja saat indah kan menjelma jua

lina: nak bagi diorang meraung anda ungkapkan bait bait lagu musafir di aidilfitri. gemaaaaaaaaa takbir di subuhhh hariiiiiiii

kundi: bersabarlah kundi semoga dedikasi anda dibayar dengan dua kali ganda

enulwanie: heheh kasteme sentiasa berada di pihak yang benar.....walaupun mereka sebenarnya memang salah

jeckspeed: alah diorang keje tidur sahaja tak kiralah

Mimie.Candy Cane said...

huhuhu....aku ni boleh dikatakan dalam golongan yang nombor satu..aku pun dh lali dengan ayat 'bangla pun cuti..tp demi berkhidmat utk rakyat,pahit tu aku telan jua..



oh,semalam boss aku bayar claim annual leave aku yg tak berusik taun lepas..kaw ada? kaw ada? [tanya kt org yg perli2 tu]

..:: WiRdA ::.. said...

igt tukar keje baru ada cuti...same gak ek.haha

Missy said...

ijai , u tertinggal nurse ! ishh. & orang orang yang kerja kat hospital. uhuk uhuk. tak pernah cuti public hols okay !

Missy said...

ijai , u tertinggal nurse ! ishh. & orang orang yang kerja kat hospital. uhuk uhuk. tak pernah cuti public hols okay !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...