Wednesday, January 12, 2011

Mengkaji Tabiat Memandu Gadis-Gadis

Hai apa khabar semua? Hari Ahad yang lalu aku ada berjanji dengan diri sendiri, kalau Liverpool kalah dengan Manshitter, dan jika Tomok tidak menang Juara Lagu, aku akan pergi membuat kerja amal di rumah anak yatim. Tanpa disangka-sangka, Liverpool dan Tomok dua-dua kalah pula. Mahu tak mahu terpaksalah aku membayar perjanjian yang tidak disangka-sangka tu. Aku pun tolongla sapu sampah, buang sampah serta basuh pinggan selepas makan di rumah anak yatim. Tapi kat rumah aku jela sebab aku kan anak yatim. Amacam menarik tak cerita pembukaan aku? Saja je nak bagi perenggan ni panjang sebelum memulakan entri stereotype.


Kita boleh mengenali jantina seseorang yang sedang memandu berdasarkan gaya pemanduannya. Secara umumnya, pemandu lelaki boleh digambarkan sebagai pemandu yang agresif, memotong secara zig zag dan mulut lancar sahaja melepaskan kata-kata kesat. Pemandu wanita pula lebih terserlah kelembutannya, sesuai dengan bait daripada lagu nasheed In Team 'Waaaaaanita hiasan duniaaaa seindah hiasan adalah wanita solehah'. Namun begitu, wanita memandu dengan trait yang unik, yang mendefinisikan diri mereka sebagai 'Pemandu Wanita'. Ayuh kita kaji gaya memandu gadis-gadis.

1) Gadis-gadis hanya memandu kereta transmisi automatik

Jika mahu menstereotypekan gadis-gadis, ini adalah poin yang paling utama. Fakta, gadis-gadis tidak boleh memandu kereta manual. Or at least itulah yang digambarkan di dalam The Amazing Race. Pasangan blonde hangat mahupun adik beradik Chong yang handal menamatkan Road Block tiba-tiba mengalir air mata ketika memandu kereta manual. Namun mereka dapat masuk the Amazing Race sebab tak boleh bawak kereta manual la. Dalam borang penyertaan The Amazing Race, diorang ada tanya 'Do you drive a stick?'. Peluang kita akan menjadi cerah jika kita jujur letak 'No' kerana produser mahukan drama dan air mata di dalam rancangan mereka.

Hendak dijadikan cerita bagi menguatkan hujah ini, last week dekat flyover tol Kajang tu adalah sebuah kenderaan di hadapan aku semasa lampu isyarat berwarna merah. Kawasan itu kira berbukit jugalah. Aku nampak sticker P (which means, perempuan) di kenderaan itu. Masa lampu sudah hijau, kereta depan aku tu tak gerak-gerak. Habis kereta kat belakang aku hon. Hon diorang dahla jenis yang customised punya keluar bunyi carutan terus. Aku tengok kereta kat depan tersengguk-sengguk. Enjin mati mungkin. Cemas juga apabila kereta itu sedikit demi sedikit meluncur ke belakang. Aku cuba memahami, cuba bersabar sehinggalah lampu hijau bertukar menjadi merah kembali.....

Kat Malaysia ni, aku tak pernah aware dengan kelas memandu yang mengajar pelajarnya dengan kenderaan auto. Jadi jika anda berjaya mendapat lesen walaupun telah 3 kali mencuba, anda seharusnya tidak lupa perbezaan antara brek dan klac.

2) Memotong dengan pailang kemudian kemudian memandu dengan lebih perlahan

Sekecil-kecil organ reproduksi jejaka Asia, ada satu benda yang sentiasa besar sepanjang masa, ego mereka. Tak perlulah kita saja-saja nak cabar ego orang lelaki, especially ketika sedang memandu. Jika orang lelaki sedang memandu, kemudian terdapat satu pancaran cahaya tinggi daripada kenderaan belakang menyuruh kami ke tepi, kemudian kami dengan sopan pergi ke tepi, kemudian kami toleh ke sebelah dan terlihat seorang gadis yang memotong kami, OH EM JI kalau kami ni Naruto dah terkeluar tiga ekor musang dah. Kalau terus memandu laju tak mengapa, ini boleh pula dia secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan lagilah kami hangin. Kadang-kadang road rage boleh berlaku di atas dasar keegoan dicabar, jadi sebagai seorang wanita, memandulah dengan penuh keayuan tanpa mencabar keegoan seorang lelaki.

3) Orang wanita tidak akan membuat side parking

Tidak akan ataupun tidak boleh? Hee hee. Kalau pergi ke kompleks membeli-belah ada satu spot perking sisi yang menarik betul-betul berhampiran dengan pintu masuk, tetapi orang perempuan rela mencari tempat parking lain walaupun terpaksa berjalan sejauh 1 kilometer kelak. Walaupun sudah diajar di kelas memandu, ilmu itu sebenarnya tidak boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebenar kerana teknik side parking di kelas memandu sebenarnya sudah ada 'template'. Contohnya, tayar belakang mesti selari dengan Tiang A, kemudian balas stereng dan berundur sehingga tayar hadapan melepasi Tiang A, sebelum kembali membalas stereng ke arah yang berlawanan. Parking kat Mines mana ada tiang bantuan. Tu yang kereta gadis pasti ada sedikit kesan calar di tepi tu. Hee hee.



4) Bersolek ketika memandu

Satu benda yang orang perempuan tak boleh nampak adalah cermin. Jika ada cermin, orang perempuan akan nampak refleksi diri sendiri. Apabila telah ternampak refleksi diri sendiri, maka mekanisma mengawal kecantikan akan diaktifkan secara automatik. How many times have you seen this situation; anda sedang memandu, kemudian berhenti di lampu isyarat, kemudian anda pandang kiri atau akan, nampak orang perempuan sedang mengenakan gincu Bobbi Brown mereka? Takpun sedang mencabut bulu mata? Pasti semua orang pernah lihat, dan pasti semua perempuan buat.

Kalau bersolek semasa kereta berhenti boleh terima lagi. Ini masa tengah memandu sepantas 70 km/h boleh pulak keluarkan kepala ke arah side mirror untuk memakai celak Adam Lambert ataupun membetulkan tudung Yuna mereka. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh majalah Four Four Two, 60% kemalangan kecil berlaku akibat kelalaian wanita ketika memandu. Tengah mekap la tu.

5) Brek mengejut, tukar lorong sesuka hati, signal di saat akhir

Gabungan 3 dalam 1, hee hee. Satu-satunya kelebihan pemandu sebegini adalah mereka kebal dengan sebarang cacian mahupun jari tengah yang dilontarkan. Buat muka tak bersalah je pandang hadapan. Ala tapi kita gentleman tak perlulah nak marah-marah, tulis dalam blog sudah. Wahh rhyme.

Sudah pasti ada sesetengah pembaca wanita yang tidak mahu mengaku mereka melakukan perkara di atas. Hee hee. Tak mengapa, stereotype sahaja. Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan gadis semata-mata dalam hal ini kerana mentaliti pihak masyarakat sendiri yang mewujudkan golongan 'bad women drivers' ini. Yelah kita asyik duduk menstereotypekan gadis-gadis sehinggakan gadis-gadis yang terdedah dengan corak pemikiran sebegini membentuk low self esteem. Tanpa disedari, mereka 'percaya' yang mereka pemandu yang 'teruk' seterusnya menjadikan mereka betul-betul teruk. Apapun ini entri mengkaji tabiat memandu gadis jika ada tabiat lain yang anda perasan silalah kongsi bersama hee hee.



46 comments:

santiago said...

bila bg signal dorg ingt dh dpt lesen besar nk wt suka suki...

kdg rs nk cubit2 je pipi dorg...eii

ain gojes said...

hahaha...aku tak reti side parking.sentap nyahhhh...tapi aku bole memandu kereta manual dengan jayanya.

Wahida Nasution Thakhrim said...

1- saya suka memandu manual.. lebih thrill

2- tak pasti la..

3- tak suka sangat tapi kalau terdesak tu buat juga la.. setakat ni tak pernah calarkan kereta.. he3

4- suka betulkan tudung aje.. takut senget2 lak.. malu ler kalau org tgk..

5- tak pernah buat.. kalau buat karang kena sekeh dengan co-pilot..

famia said...

ahkahakhks. Prejudis. Bukan semua perempuan macam itula. Ada je yang memandu macam syaitan terbang. Dan ada juga pemandu lelaki ekzos kereta sebesar serombong kapal... mengaum2 di jalan raya... tapi bawak alahai... melenggang.

Mohamad Faizal said...

santiago: saat-saat terakhir pula tu bagi signal kalau nak masuk simpang, lepas tu tersengih riang (rhyme lagi)

ain: takziah untuk side parking, tahniah untuk transmisi manual!

wahida: no 4, kena tinted cermin agar orang tak boleh komen tudung, hihi

famia: heh biasa saya pemandu lembut jugak sebenarnya. awww

Mia said...

Saya adalah salah seorang yang kalau bawak kereta memang tak macam perempuan. Memang betullah tue panggil syaitan terbang. Kalau nak bawak kereta slow-slow [kebanyakannya lelaki sebab mahu control macho mungkin] baik tak payah bawak di bandar sebab masa tue bukan untuk bersiar-siar. Dekat kampung mungkin boleh. Hahaha! Everything is fast paced dekat sini :)

Oh dan kredit sebab memang tinggal di KL so skill memotong memang sangat dikehendaki. Bf I duduk Bangi masa datang KL tengok I bawak kereta dia kecut perut dekat sebelah hahaha. But nasib baik tak pernah accident sampai sekarang sebab rajin pakai signal ececece.

Bad habit: tak suka hon tapi suka flash lampu. Lembab sikit dekat lane kanan terus flash. Mak tak bagi buat selalu takut lelaki egoistic macam you cakap nanti kejar I tanpa henti LOL.

Kan dah kata memang syaitan hahahaha.

liela said...

MAKA DENGAN ITU.. aku SANGAT BANGGA x pandai drive..sekian :)

balkis said...

besa la pompuan kan 1 akal... if sume org drive penuh berhemah x ke bosan dunia ni xde daya penarik... (ayat backing)

Anonymous said...

setuju ngn no 2 je..

aku pki kete manual.. n da terlatih side parking masa belajo kat ukm.. sonok kot kalau dapat masuk parking mcm tu.. satu kejayaan..
mekap dlm kete?? huhuhu kdg je la

lama x stalk blog ni..

sarah

safwan said...

di samping kaji tabiat memandu wanita, aku cadangkan kau kaji tabiat memandu ikut negeri.

sebagai contoh, aku perasan pemandu2 terenganu bila keluar simpang, instead of lagi laju, dia akan lagi slow. buat aku lagi tensen kalo dia dah nampak aku dari jauh dan hanya akan kuar simpang bila aku dah dekat gila. grr.

tak best la kalo hari2 stereotypekan pempuan je. skali skala steretypekan la skali rakyat2 malaysia ni... baru pecah belah. hehehe

Cik Agogo said...

entry ko buat aku pikir 100-200 kali la...

aku ni serumah dengan pompuan(sebab aku memang pompuan) atau selama ni aku bersekedudukan dengan laki yang menyamar jadik pompuan dengan saiz bumper yang menggiurkan?

crazy_labelle said...

ok... ak mungkin lari topik skit... tapi situasi no 1 ko tu, reminds me of an excident berlaku pada ak sndiri...

pada hari ahad yang lalu, ada sorg pailang ni... xreti nak gerak walopon lampu hijau dan kembali merah... bukan sekali tetapi dua kali traffic light... scr kebetulan ak belakang die lg...

kat traffic light pertama ignore je... human makes mistake... tp kat 2nd tu ak da stat naik angin... pastu scr samar2 nmpak la mcm ade masalah kat depan... pastu ak amek spek utk lebih jelas...

sakli nmpak driver dan pessengger sebelah tu rupenye tengah beramas mesra... wtf... get a room!! ke nak cakap syukur alhamdullillah sbb dapat tgk wayang percuma?

erniemusliana said...

tak sume betol haaa~~~ :PPP

The Sharkox said...

aku sebagai seorang yang mempunyai organ reproduksi yang sama dengan ko, setuju dengan semua perkara di atas....

clarky said...

aku setuju tau.
dah banyak kali aku eksiden disebabkan kelalaian lady drivers.
heh!

O Ena O said...

aku drive kete manual..lebih suke drive kete manual dr auto..sbb lebih thrill bwk kete manual walopon aku x hebat drive kete...aku agak annoying dgn ppuan yg gile berlagak bwk kete laju...ngalahkan laki konon tp alih2 rupenyer die bwk kete AUTO! hahahaha...gile poyo minah mcm nie..kalo gitu..aku nk tunjuk hebat kene bwk kete AUTO la kot..wakakaka

Mohamad Faizal said...

mia: bf duduk bangi? ok kalau saya nampak ada pancaran cahaya di belakang itu anda lah tuh

liela: mana boleh tak pandai nanti kalau suami pening macamana nak drive balik kampung

balkis: jika begitu, terima kasih! hehe

sarah: wahh ada jurusan memandu di UKM? (jenaka)

safwan: ok kita stereotypekan satu, gadis-gadis pasti suka memandu di melaka kerana dapat lebih banyak masa untuk mekap di dalam kereta kerana ada banyak lampu isyarat hehe (fakta sebenarnya)

cik agogo: bumper kereta ke bumber punggung ni

crazy_labelle: lain kali rakam pakai henset lepas tu kongsikan trafficlight.3gp

erniemusliana: betullll

sharkox: walaupun kita ada organ reproduksi yang sama, ternyatalah saiz kita berbeza

clarky: hehehehehehehehehehe

ena: apa lagi gadaikan kereta manual anda sekarang dan dapatkan proton inspira auto

eiffel said...

1.aku KENA bwk auto sbb sehari lepas dpt lesen aku TELAH DIPAKSA untuk memandu dr umh ke opiz, cheras-kelana jaya...tahu mcm mana sibuknye federal?sgt lebam klo bwk manual.nak2, aku yg baru berjinak memegang stereng

2.kebykkan laki TAK SUKA bg signal, kendian masuk terhegeh-hegeh, ragu-ragu mungkin.sehingga kening aku terangkat sebelah dan mulut aku laju mncarut!

tahu kenapa laki terhegeh2?sbb sebelah nya ada perempuan!!!!mgkn tengah beramah-mesra gamaknya..

3.pembonceng moto yg majoritinye laki sgt annoy pabila duk ditengah2 lalu mghalang jln..kemudian dgn santai dn rileksnye menikmati pelukan dan dakapan mesra aweknya!
menjengkelkan bukan?

4.lelaki suka mem-folo kereta dengan rapat!ini mgkin tak bg org lain potong line..

dan ianya telah mengakibatkan aku dilanggar..sedangkan pd ketika itu sudah memang jam!

dan bila aku kelaur,aku melihat disebelahnya ada perempuan yg bermuka ketat!bergaduh dengan bini agaknya!!!

haish..keluar jugak satu entry ni karang -.-"

p/s :: klo aku da buat ,t aku gtau

..:: WiRdA ::.. said...

1) keta manual saya tak suka tapi buku manual saya suka saja..:P

2)oh kalo sy high beam, sy mmg tgh pecut..sila ketepi ketepi gergasi sudah kembali! haha

3)i'm hocayyy saja side parking ni..tp slalu jugak jumpa laki2 yg lembab gila nk parking reverse..yewwww apakah???? haha

4)ye itu saya! tp kalo tgk kiri dan kanan nampak laki kerut2 dahi sambil korek idung???? erk

5)ini sama je semua spesis jgn nk ngelak..hahaha

kesimpulannya, ye mmg byk btol nya..tp ramai jugak lelaki berperangai seperti gadis2 memandu jugak dewasa ini. hahaha

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

aku boleh buat side parking dengan cemerlang! in fact aku penah ajar kwn LELAKI aku bt side parking sbb sumpah dia tak reti.

kau patut buat the same entry bout male drivers. sbb byk lelaki yg drive kat lorong kanan buat mcm tak nampak bila driver pompuan nak overtake. pastu bile kte dah bg lampu, jeling2 plak time kte potong.

lelaki selalu mls bg signal. pakai taram ikut suka dia je *emo*

shukrin farahdiba @ ceklala said...

xsume pompuan xbole memandu kete manual dan xbole buat side parking yek...sy bole je buat dua2 mende dengan jayanye!nak ajak race pun bole!hahahah

zeratikah zainal said...

1.gadis2 bukan hanya memandu kereta auto sahaja. saya pon rasa manual lagi thrill dan ade feel lbh sikit:p
2. ini setuju sikit. gadis2 skg berani drive laju2.
3. tak semua tak akan. senget benget pn asalkan masuk kotak sipi2, ok whatt. orang laki mmg akan buat tapi senget benget jugak. abg sy prnah nk buat side parking sampai terlanggar lampu kereta depan lepas tu blah bodoh je. haha. it is a learning process :b
4. kalau lelaki yg bersolek bukankah ganjil pulak? haha
5. lelaki, wanita, tua, muda semua sama yang ini. no exception.

disebabkan mentaliti msyrakatlah jugak wujud not so good men drivers selain wujudnye bad women drivers. huahua

Anonymous said...

saya seorang perempuan dan memandu keta auto..boleh pengsan ow bwk keta manual tukar sana sini tangan kiri kena pegang gear je(eh gear ek nama dia)..dan saya juga mengaku kalau org bwk lambat saya akn pecut bnyk kali tp at the same time bila rasa asyik pecut and bwk laju je saya bertaubat maka bwk slow.akn npk pelik lah sbb bwk laju gila lps tuh slow gila..haha..eh jgnlah buat high beam dkt org.honk is better sbb boleh buta lah driver depan.tak baik taw.

anonimes

Atiqah Ahmad said...

1. tidak setuju - sebab aku boleh jer bawak kereta manual. tapi beli kereta auto sebab kalau jalan jem takde lah kebas kaki. ohhh, dan wanita adalah pencinta teknologi sebab tu kami suka kereta auto dan mesin basuh auto. :D

2 . ni aku tak buat. hahaha

3. terpaksa admit. '-_-

terutama part sanggup parking jauh, kemudian terkedek-kedek jalan dengan kasut tumit tinggi. heheheh.

4. tak sangat. sebab lagi suka makan dari bersolek time dalam kereta.

5. hanya terjadi bila betul-betul salah jalan. hehhe.

Noraishikin Mohd Salleh said...

aku bawak keta manual pleaseeee ;) tapi bukankah tuan blog ini keretanya transisi auto? sallykah dia? hahahahhahaha

weh, rmi je lelaki yg slalu menyakitkan hati kt jalan. signal simpan dalam sluar kot :p

** awat lama x update weh, cemna keja? **

cik aletheea : said...

1. pandu manual lagi besh... tepok* tepok* bleh tinggalkan kete auto dgn jauhnye bile kat highway ~hoyeah~

3. saye!! saye!! x pandai side parking. kegagalan slalu. kalau parking itu boleh muat lori kontena, baru dengan sengih-sengih parking, kalu x de, carik aje parking lain sampai jumpe ;p

~itu aje, tengkiu~

Eliza said...

Saya pemandu kereta manual yang setia sejak tahun 1995 sebab kereta manual murah.

Nazhatul said...

1. tak suka kete auto. manual lagi best. blh race plus cpt sket pick up. xde la tehegeh2.. =)

2. tak suke suluh2 org dpn nk suh cepat.. setakat cucuk kete ade la.. heheh.. dan bile bejaya memotong, tekan minyak sejauh yg boleh.. hahaha

3. ni agak setuju.. tak suke side parking. blh buat tapi lambat la.. mau kene adjust smpi 10kali bru puas hati kot.. heheheh

4. bersolek masa tgh drive?? oww... tidak sama sekali.. sangat malu ok. kalau tak sempat sekali pon, drive dulu ke tmpt yg dituju, da sampai bru la make up dlm kete.

5. kdg2 jek terbuat.. heheh... mmg akan wat muke inesen cam tak besalah pon.. tak pon buat kerut2 muka cam bukan salah sendiri.. hahahah..

Anonymous said...

aku bawa kereta auto sbb tak nak sangkut kat traffic light. then, aku mmg tak reti side parking.

-jaja-

ryann said...

tanpa sedar atau tak, hidup memang tipikal

abdul azim b mohamad isa said...

pompuan kalo drive mulut dia sama laju ngan kelajuan kete.

bole cakap tanpa henti ketika memandu, parking, lagi2 ketika traffic jam. masa ini paling rasional untuk tros bercakap sbb tak payah fokus kat pemanduan.

lagi satu. kalo kat simpang, popmuan akan make sure jalan kosong baru nak gerak. even ada kereta 10m lagi nak sampai simpang tu, dia akan bagi kereta tu lepas. dan seterusnya sampailah aku terlepas match man utd and liverpool.

Mohamad Faizal said...

eiffel: haha keluarkan saja. kopipes je komen ni

wirda: menyerap revolusi tergempar industri dari smilan dua hingga tujuh tiba huk tengok kan dah naik syeh siapa suruh anda mulakan

human: ala gadis2 la buat pasal lelaki saya tak mahula dedahkan tabiat buruk pemanduan sendiri hehe

shukrin: ya ya saya mengerti hehe

zeratikah: oh abang andalah yang langgar kereta kawan saya...! (amacam cemas tak)

anonimes: bagus anda ni jujur hee hee

atiqah: makan pun merbahaya juga apa. unless teman lelaki suapkan. aww

cikinto: haha. kerja ok. kalau tak update tu tandanya ada qiamullail. rindulah tu tiada aku asyik ditemani jejaka P1.

cik aletheea: terima kasih di atas kejujuran anda hee hee

eliza: akak eliza sherwany ahmad! ya akak memang pemandu veteran (umur tak veteran)

nazhatul: eh saya suka je kereta auto kerana lebih praktikal jika bekerja di kota metropolitan

jaja: bagus bagus ramai gadis yang jujur hari ini hee hee

ryann: ya, sekaligus membuatkan aku menulis benda2 tipikal

azim: terlepas match? huii rugi kau tak tengok liverpool ketuk manshitter 4-1 kat old trafford. (ungkit kisah lama)

nobody said...

Salam,

Saya memang peminat kereta manual tegar. Asal dapat chance ja, mesti bawak manual :)

Sebab kereta sendiri mak ayah belikan auto :( terima ja lah kan.

Cuma, nak share perkara best tentang auto ni yg terpaksa saya admit sbg wanita bekerjaya yang bakal jadi suri rumah/ibu satu hari kelak

Antara kelebihan kereta auto:

boleh menyusukan baby sambil drive (kawan I buat)
boleh siapkan beberapa kerja terutama kalu tengah jem (ni I buat)
mengurangkan lenguh kaki(nak nak duk KL yg jemnye 27 jam), maka bila sampai rumah boleh buat housework dengan superb

InsyaAllah bab signal, side parking dan lain2x tu saya ok ja, no prob. Bab laju tu memang selalu buat, bukan untuk mencabar ego lelaki, tapi demi tanggungjawab (yelah, nak kene sampai rumah awal utk bereskan kerja rumah...pi pasar, masak, amik adik kat school ke, mak baru balik dr pejabat ke... takkan nak bawak macam kura-kura kot)

Sebab kalu saya drive balik kampung dgn 1 family dalam kereta, memang bley dapat anugerah pemandu berhemah bro !

My family = my life :)

linn said...

ijai, kenape ur blog kena block kalo guna pc ofis?? blog lain xpn.. heran2.. nk comment jgk.
1) yes, kete auto shja sbbnya mmg time test lesen, kslhn sy adlh: xtau guna gear dgn cekap.. hoho.. moto, pn mmpu bwk ego je, lesen L hinga expired.
2) xreti memotong lg... letey kalo follow moto kt jln pusing2 nk gi ofis tuu.. huu..
3)side parking mmg xreti.. time blaja ade step2 dia.. now, mane ade..
4) btolkn tudung je la.. even tgh jln2 pn blh, girl habit.
5) sy bg signal ok tp selalu teragak2 nk tukar lane.. (*.*)

LaLaLOLa said...

daku cuma mampu menepati kriteria pemandu wanita yang pertama sahaja... kriteria kedua hingga kelima adalah tidak dilahirkan bersama-samaku... perlukah daku menukar ke kategori berikutnya? ngehehehe

acik oren said...

acik tgk sama je skr org laki ke pempuan bawak kete,
dr segi carutan acik pun kuat juga memaki manusia sejagat yang bawak kete tah ape ape,

and

acik rasa bf acik bawak kete lagi nak putus nyawa, baik acik bawak kete sendiri. lagi yakin selamat walaupun selow and auto.

ohohoh

Mohamad Faizal said...

nobody: menyusukan bayi sambil memandu.....oh em ji

linn: blog ini di block di ofis anda? hmm mungkin kerana terdapat banyak perkataan persetubuhan

lalalola: tukarlah, baru boleh jadi gadis sejati. hehe

acik: baguih. biaq lambat asaikan selamat noo

Anonymous said...

hi ijai
ohemji i pernah hampir kena tahan dgn pak polis sbb tgh drive sambil pakai lipstik! i rase takdelah merbahaya sgt time tu sbb bukan jalan besar n tak mengakibatkan trafik pun. tp pak polis lambai2 jugak smbil buat aksi pakai lipstik. sengih je la kat dia hehe nasib baik dia hanya mengusik.

pastu i macam setuju dgn ape encik azim cakap. i mmg boleh bercakap tanpa henti dalam kadar perjalanan dari bangi ke klia contohnya hehe.

sigh nak buat macamane kan? :)

TheBuzzingBee said...

1. admit bawak auto, tp ilmu kete manuel masih terpahat, kekdng bawak kete wira manuel ayah anta adik g tusyen....
2. xslalu suluh2 kete org ni, penah wat skali, tu pon sbb nk kejar curfew.. xbrani nk bwk laju dah sbb dah kene saman...abeh rm300 wey!!
3. side parking ni aku oke je, bengang gak bile ngk org terhegeh2 park kete, padahal kancil je pon, laen la kete ko tu panjang n gedabak cam alphat ke estima ke...
4. Aku mmg suke makeup2 ni, tp mak aku lg handal, masuk kete muke bersih, kuar je trus vogue, full makeup dr bedak ke eyeliner, lipstick... lagi satu berbalik pd no.1, girls pakai auto sbb menyenangkan mereke utk pakai makeup, manuel susah kot, kene jage gear n stering, camne nak pegang n calit lipstick???
5. 3 in 1 ni mmg xsuke, aku pon kekdg bengang ngn kaum aku sendri yg suke wat mcm ni, mcm manela org x carut kat 'lady driver'2...aish..nth la...

Anonymous said...

camne nak share kat fb nih?

nikaviolet said...

1.owh no.....tak suke gile bawak kete auto k....tak pick up langsung....bosan....

2.hurm....tak pernah lansung beam2 lampu kat org...takot...lagi pown kete bukan power sgt pown...

3.no problem at all

4.tu dh semestinye...

5.hurm....main tukar line tu maybe..hahah sbb kete depan lembab nk mampus bawak kete k....yg lain tak buat...

Anonymous said...

ari2 bawak kete manual.okey je. side parking pon no hal.

nisa surihani said...

BAB emergency brek tu sy pena buat, mamat yg langgar kete sy tu suruh sy bayar ganti rugi,em,mmg mcm nak nagis laa time tu,, tp dah setel dah.alhamdulillah,kesudahannya skrg sy memandu lebih berhati3.hihi

Eve said...

Kaum wanita tak pandai pandu kereta gear manual dan tak boleh side parking? Statement awak begitu generalize semua wanita walhal ramai juga yang boleh drive gear manual dan terer side parking di kalangan kaum hawa. Saya boleh katakan dengan yakin bahawa pemanduan gear manual saya dan kebolehan side parking saya lebih baik dari sesetengah kaum lelaki. Saya ambil lesen kenderaan pada umur 21. Waktu tu memang tak pandai langsung drive. Pergi sekolah memandu untuk ambil lesen dgn pengetahuan 0. Tapi semua ujian lulus hanya dengan sekali percubaan sahaja. Tolong jangan terlalu memandang rendah kebolehan wanita memandu kenderaan. Sekurang-kurangnya jangan generalize semua wanita begitu. Thanks in advance.

Anonymous said...

aku x ingat lagi sekolah ajar parking sisi, tngkap muat jer haha....xder susah pun parking sisi contohnya adik perempuan aku bawak kereta, kt tmpat tu ada parking , maka terpaksalah aku yg memakingnya...ceh

Hafeez said...

Sebenarnya ia bukan sebab jantina,tapi sebab sikap pemandu itu sendiri yang buat orang lain rasa susah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...