Thursday, January 27, 2011

Perkara-Perkara 'Sweet' Yang Orang Lelaki Berhenti Buat Setelah Lama Bercinta

Ahh cinta. Cinta boleh membuat kita lalai dan leka. Cinta boleh membuat kita melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Tetapi janganlah pula kita menggunakan alasan cinta untuk menyeluk tangan ke dalam baju pasangan kita. Ketika cinta masih di usia yang muda, masih intact selaput dara, segalanya terasa manis dan magika. Namun begitu, setelah cinta menjadi tua, gadis-gadis mula terasa, di manakah hilangnya 'spark' dan perasaan rama-rama berterbangan di perut? Mengapakah teman lelaki kita tidak lagi menjadi sweet dan romantik setelah berjaya mencuri hati kita? Well jawapan kepada persoalan itu akan dikupas pada entri lain. Hari ini kita akan membincangkan tentang perkara-perkara yang simple tetapi 'sweet' yang orang lelaki berhenti buat setelah berjaya menakluki cinta wanita. By the way istilah 'sweet' di sini boleh didefinisikan sebagai gedik bagi mereka yang tidak mengalaminya. Ayuh teruskan membaca.

1) 'Missed call' tanda rindu

Dulu-dulu masa mula-mula bercinta, sepanjang masa nak teringatkan dekat awek kita. Nampak bucu katil teringatkan bucu siku awek kita. Nampak ropol-ropol di langsir teringatkan ropol-ropol baju awek kita. Nampak buah betik, teringatkan err err ahah teringatkan keychain buah betik yang kita hadiahkan kepada awek kita. Pendek kata, semua bendalah boleh buatkan kita teringat kat awek kita. Tapi untuk menunjukkan perasaan rindu tu, kita tak bolehlah asyik nak call dia kan. So kita create satu istilah, 'missed call' tanda rindu. Setiap kali rindu je kita pun miskol lah awek kita. Lepas tu balas-balas miskol macam orang kurang siuman sambil merengek manja. Ahh penangan cinta.

Tapi itu semua dulu-dulu. Sekarang ni kalau orang gadis kita miskol banyak-banyak kali, kita mungkin akan rasa annoyed. Lupa dengan konsep 'missed call tanda rindu', kita pun ingat gadis kita kedekut kerana tau miskol je nak suruh kita call balik. Hantar mesej-mesej jiwang pun dah kurang. Tiada lagi ungkapan 'sayang i rindu serindu rindunya kat you' mahupun 'kaulah cinta pertama dan terakhir untukku ku berjanjikan menantimu setia menunggu di pintu syurga'. Tak percaya? Sila buka HP anda sekarang, bilakah kali terakhir anda mendapat mesej jiwang daripada teman lelaki anda?

2) Bergayut sehingga habis kredit


Ini selalu berlaku semasa percintaan di kolej. Yelah belum kerja lagi kan so pakai prepaid sahaja. Topap Maxis RM30 satu malam dah boleh habis. Memang banyak benda yang hendak diceritakan. Nak cerita pasal terlupa zip seluar pergi kelas, cerita pasal makan apa kat food court dan kalau tengah horny tu mungkin juga melakukan persetubuhan di telefon. Tapi saat-saat dah nak kemuncak syahwat tu boleh pulak kredit habis hah memang kempunan kau terpaksalah show hidden files dan folders bagi menghabiskan the unfinished business.

Tapi itu semua dulu-dulu. Sekadang ni nak call pun jarang-jarang. Kalau call pun takda benda nak cerita. Tiada lagi gayutan sehingga satu jam sampai merah telinga. Kredit RM30 boleh tahan sampai seminggu pulak tu. But gadis-gadis don't take it as a bad thing. Mungkin siang tadi dah keluar dating dah puas jumpa so malam dah penat tak mengapa kot kalau tak call kan?

3) Keluar tengah malam mencari public phone


Jika kredit di telefon bimbit sudah habis, penyelesaiannya adalah mencari telefon awam. Siang sebelum call tu siap tukar duit syiling dulu di bank. Sanggup tu jalan 2 kilometer di tengah malam nak cari public phone yang berfunsi. Lepas tu kena beratur pula tunggu giliran sebab ramai mat jiwang yang lain. Tak kisah, apa sangatlah dugaan kecil sebegitu berbanding dengan perasaan rindu di dada untuk mendengar suara. Kalau masukkan seringgit dan buat panggilan di telefon rumah, huiii lebih untung dan menjimatkan kerana boleh berbicara untuk tempoh masa yang lebih lama. Kekurangannya adalah kena tunggu mak abah ataupun adik awek kita tidur dulu. Bukan apa, kalau adik kita terangkat telefon di ruang tamu nanti terdengar pulak panggilan berbaur seksual kita.

Tapi itu semua dulu-dulu. Kau berani ke nak bergayut di public phone malam-malam sekarang? No way. Kawan aku Apai jumpa momok terus demam seminggu siap bawak jumpa Harun Din lagi untuk berubat (kisah benar).

4) Menghantar kad cinta buatan sendiri

Kita bukan tak ada duit nak beli hadiah yang mahal-mahal. Tapi memberi gadis kita sesuatu yang dihasilkan sendiri ternyata lebih personal dan romantik. Dan menjimatkan, hehe. So kita pun gigihla gunting majalah dan surat khabar mencari abjad-abjad untuk membentuk kata cinta sebelum ditampal di atas kertas manila berbentuk hati. Persetankan apa yang roomate kita kata diorang tak mengerti penangan cinta. Kalau jenis yang kreatif sikit tu siap buat sajak cinta sendiri. Tak susah pun sebenarnya tulis sajak cinta, tulis apa yang terlintas di hati, asalkan rhyme di penghujungnya. Nak lagi kool cipta lagu sendiri main gitar di telefon. Tiada gadis yang mampu bertahan dengan teknik nguratan sedemikian, percayalah.

Perkara-perkara di atas sebenarnya nampak simple dan remeh sahaja, tetapi perkara-perkara kecil sebegitulah yang menjadikan cinta itu sentiasa hangat. Haha. Yelah orang lelaki ni masa nak mengurat tu mereka memang bersungguh-sungguh kerana perasaan 'thrill' memburu cinta. Dah dapat, kami mungkin rasa tak perlu lagi nak bersusah payah kerana anda sudahpun jatuh cinta. Benar? Ini adalah entri peringatan kepada diri sendiri dan jejaka-jejaka lain di luar sana agar sentiasa menghargai gadis masing-masing.



17 comments:

Anonymous said...

semasa bercinta, akan ku pandu diri mu ke mana jua hendak kau pergi..selepas kawin, sila pandu diriku utk ke mana shaja dikau pergi..i baru balik outstation penat la u plak nak makan kat alamanda jauh tu (alamanda tu kire jauh tau klo dlu pegi the curve pkl 930 mlm pon tarak hal)..hik3..

-fandi-

afrohead said...

belum dapat kena aweet, dah dapat geli la nak sweet. hehe

Eliza said...

Baca dengan nada gedik:
"i dengan hubby i masih bermanja-manjaan walaupun 7 tahun kawin and 14 tahun bercinta... mesej cintun terakhir ialah sejam yang lalu"

dah..pegi muntah jauh2

ain gojes said...

mana kau tau???ko dikalangan mamat2 macam ni jugak kan??baik mengaku =P

Mohamad Faizal said...

fandi: tapi sekarang bini tengah sarat terpaksalah kau kembali menjadi sweet haa haa

afrohead: tulah perempuan kena jual mahal lama-lama sikit heheh

eliza: haha cayalah sis eliza sherwany ahmad!

ain: mungkin, mungkin. especially yang no 4

hanna iymeera :) said...

aku makin fall in love dgn entry2 ko , :D 'sweet tak ?' :P

Catherine- said...

i sedih baca entry ini!
serius sedih!

huhuhuu~

nak nangesss kejap!!

Nisa-K. said...

as for me, dlm bercinta dan berkasih syg, keikhlasan is number one...so bile dah ade pasang target utk kearah yang lebih serius keikhlasan+kepercayaan+n lagi penting TANGGUNGJAWAB... so ko sakan sgt bercinta tp ko malas nak kije apa jadah pulak kan???huhu...so malas mau citer panjang yg penting is TANGGUNGJAWAB...tanggungjwb dlm menjaga hubungan n masa depan bersama pasangan...--> mcm professor pulok!haha;D

Nisa-K. said...

as for me, dlm bercinta dan berkasih syg, keikhlasan is number one...so bile dah ade pasang target utk kearah yang lebih serius keikhlasan+kepercayaan+n lagi penting TANGGUNGJAWAB... so ko sakan sgt bercinta tp ko malas nak kije apa jadah pulak kan???huhu...so malas mau citer panjang yg penting is TANGGUNGJAWAB...tanggungjwb dlm menjaga hubungan n masa depan bersama pasangan...--> mcm professor pulok!haha;D

s a r said...

hahaha
dah tntu2 yg bckp ade pglmn kan.
ngee..

Anonymous said...

hehe.. best2 entry ni.

teringat mase kuar dating nak gi cameron , sanggup dia kuar rumah subuh2, kul 6.30 pagi dah ready kat mak guard Murni - Uniten nak ambik aku.

now dah kawin ni, ajak solat subuh same2 pun susah.. alahai~~

ex-Uniten ;)

clarky said...

sebelum kawen: sayang you nak makan kat mana ni?
selepas kawen: sayang you masak apa harini?
memasak itu penat, faham?!
kohkoh!

^Laila^ said...

eh..eh.. mcm btul la pulak.. tp, skrg dh single.. so, xkesah daa sume ni~~ njoy2 saje.. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

saya pun annoy gak kalau dok missed call.. kadang2 ingat la mesti panggilan tu urgent.. last2 missed call aje.. hampeh..

crazy_labelle said...

tiada pengalaman... ok bye T_T

Mohamad Faizal said...

hanna: biar jatuh cinta dengan entri, usah jatuh cinta dengan empunya diri, kelak nanti terluka hati. wahh rhyme

catherine: haa? part mana pulak yang sedih ni. haha

nisa: dengar tu kawan-kawan. tanggungjawab!

sar: pengalaman rakan2, mostly. heheh

ex uniten: ugutla dia cakap kalau tanak solat subuh bersama nanti tak dapat layanan istimewa seorang isteri pasti dia ikut cakap orang lelaki memang macam tu

clarky: hey hey dah kawen memang kami nak makan di rumah hoccayyy

laila: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

wahida: masa mula2 bercinta tak annoyed, bila sudah lama sahaja. hehe

crazy_labelle: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

cle0patra said...

i'm wondering if im the one who felt this way.. keep aksing myself *eh die da tak syg kat aku ke.. die da tak macam dulu* well, memories are the only thing that dont change when everything else does.. i'm still trying to persuade myself that he still loves me as much as before eventhou he lost his muchhnesss.... huhu.pity me.. (-___-")

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...