Monday, January 3, 2011

Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan di Zaman Persekolahan

Ini adalah entri lama yang diberi nafas baru sempena dengan peristiwa 'Kembali Ke Sekolah' pada hari ini. Semalam aku hantar kucing pergi cucuk vaksin di Klinik Mesra dekat seksyen 7 tu. Kat sebelah klinik tu ada satu kedai buku besar, Pustaka Apantah. Sementara menanti kucing aku dicucuk punggungnya aku pun masuklah kedai tu kejap untuk membeli-belah. Huiiii ramainya makcik-makcik pakai tudung senang sarung tu membawa anak-anak membeli-belah di saat-saat terakhir. Yang anak-anak tu pulak fuii memang eksaited nak beli itu ini maklumlah kali pertama nak menjejakkan kaki ke sekolah kan. Kau tak tahu lagi penderitaan dan kesengsaraan yang kami warga tua ni alami di zaman persekolahan. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang ingin dilupakan di zaman persekolahan.

1) Kena bangun pagi

Rumah aku dengan sekolah taklah jauh sangat sebenarnya. Tapi masih perlu naik kereta kalau tak pasti basah baju sekolah berpeluh. Sekolah start pukul 7.30 pagi tapi still kene bangun pukul 5.30 pagi agar aku sempat berak di rumah tak rela you nak berak di tandas sekolah (point ini akan dihuraikan kemudian). Malam tadi dahla tidur lambat main Championship Manager ahhh tak cukup tidur. By 7 kau mesti sudah gerak kalau tak kau akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kita dah nampak dah pun bangunan sekolah, lepas tu tiba-tiba terdengar bunyi loceng pulak. Pengawas dah tunggu kat depan pintu pagar. Kalau hari tu hari Isnin, secara automatik aku kena berdiri di hadapan perhimpunan untuk dijadikan contoh pelajar yang tidak patut dicontohi. Aib aku di hadapan gadis-gadis walaupun aku tidak ada perasaan terhadap gadis-gadis masa sekolah rendah. Itu tidak bermakna yang aku ni gay.

2) Harus menghadapi budak-budak sekolah anak orang kaya

Semasa di sekolah rendah, satu-satunya perkara yang membuat anda dipandang kool adalah kotak pensel anda. Anda akan menjadi lebih popular dan mendapat ramai kawan jika kotak pensel anda tu ala-ala Transformers, ada banyak butang untuk ditekan bagi mengubah bentuk kotak pensel ada. Tekan satu butang keluar compartment rahsia. Tekan lagi satu butang boleh keluar sharpener. Tekan lagi satu butang siap boleh keluarkan kata-kata semangat mengikut pilihan bahasa lagi. Tapi aku mana mampu nak beli benda pensel box macam tu, mahal. Minta mama pun mama suruh kita dapat no 1 satu dalam periksa dulu baru boleh belikan. Sudahnya sampai ke sekolah menengah pakai kotak pensel feminin yang ada zip tuh.

Kat sekolah menengah lain cerita pula. Peer pressure mula menyerang. Dah besar parents bagi duit suruh beli baju dan seluar sendiri. Siapa tak pakai seluar tempah memang kena pulau. Duit tak cukup nak tempah seluar. Kau tak cukup kool kalau kaki seluar bawah kau kurang daripada 20 inci. Kau tak cukup kool kalau tiada poket 'Batman', 'Marlboro' ataupun 'Masjid'. Kau tak cukup kool kalau tiada jenama Cantona 7, Zero One ataupun Fujitsu di belakang seluar kau. Ahhh tertekan.

3) Kena kapur kasut

Ini benda yang paling membosankan. Setiap minggu kena buat kalau tak mama aku ataupun guru aku bising. Basuh kasut tiada masalah sebab aku selalu je sumbat dalam mesin basuh di rumah. Tetapi mengapur kasut??? What's the point nanti kotor balik lepas main galah panjang. Aku dulu nak senang bancuh je kapur dalam gayung lepas tu rendamkan kasut. Pantas dan efektif. Tapi kesannya, kasut akan menjadi keras, termasuklah tali kasut. Ya dulu-dulu aku pakai kasut Pallas Jazz bertali sebab kasut lekat-lekat yang ada lampu refleksi tu hanya untuk budak-budak kaya.

4) Kena buat ujian PAFA


Kalau hendak lulus UPSR, kena ambil ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Aku agak bernasib baik kerana mama aku hantar aku pergi sekolah agama. Kalau tidak mesti aku jadi Jahilliyah macam kawan-kawan aku yang tak hafal niat berpuasa. Tapi sehandal-handal aku pun, satu benda yang aku gagal masa sekolah dahulu adalah menbaca doa qunut. Masa tu nasib baik baca ramai-ramai aku boleh je miming. Itupun aku pandai pilih group yang mostly tahu baca. Qodoit afait sampai sekarang lagi tunggang langgang. Ala zaman moden ni tok mudim dah tak suruh baca doa qunut lagi kan masa akad nikah nanti? Heheh.

5) Kaset Nirvana dirampas

Masih segar lagi dalam ingatan aku peristiwa rampasan ini. Dulu-dulu kat sekolah menengah irama Grunge sedang naik. Sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku pun memang mengaku Grunge ah ketika itu walaupun hanya tahu satu band iaitu Nirvana. Oleh kerana tiada wang nak beli kaset, aku pun bertukar-tukar kasetlah dengan kawan aku Acap Ciki. Hendak dijadikan cerita aku mahu tukar kaset From 'The Muddy Banks of The Whiskah' dengan kaset 'In Utero' milik Acap Ciki. Time tu lah Ustaz Mahir dan konco-konconya datang membuat spot check. Aku sempat sorok kaset tu dalam stokin. Lepas tu Ustaz Mahir boleh pulak buat pemeriksaan tubuh raba-raba aku masuk tangan dalam poket. Ini bukan fitnah tapi tangan dia ada tersentuh organ reproduksi bersaiz Komanwel aku (masa tu belum saiz Olimpik lagi). Nasib baik tidak sengaja dan tanpa nafsu. Lepas tu pandai pulak dia angkat kaki seluar aku arghhhhhh habis kaset Nirvana aku.

6) Kena menghadiri perhimpunan


Sebelum perhimpunan mesti ada bunyi loceng kan? Haa kat sekolah aku loceng dia bunyi dua kali. Ok aku tidak tahu Guru Besar mana yang mencipta undang-undang bodoh ini; apabila loceng yang pertama berbunyi, semua orang mesti berhenti bergerak. Terpaku la kau seketika macam patung Audrey di pasaraya. Selepas loceng kedua berbunyi barulah boleh bergerak. Tak kiralah kau sedang berjalan ke, makan ke memang tak dibenarkan bergerak langsung. Kalau tengah berak mesti susah nak maintain pengeluaran tahi tanpa memotongnya dengan punggung sebelum loceng berbunyi.

7) Kena join pengakap

Di sekolah rendah, semua budak lelaki kena sertai pengakap. Macho tu join pengakap sebelah lengan kanan ada wisel sebelah kiri ada tali serbaguna. Menyertai pengakap memberi anda imej mental yang menunjukkan anda ini boleh berdikari, pandai memimpin, dan berkebolehan menyanyi. Yelah setiap kali perjumpaan mesti nak menyanyi lagu Kodok Ngorek Kodok Ngorek Pinggir Pinggir Kali takpun Kami Ahli Pengakap Muda Buat Sehabis Baik. Lepas tu belajar simpulan 'kanan tindih kiri. kiri tindih kanan'. Ada jugalah ujian-ujian yang depa suruh ambil macam ujian naik basikal sambil lepas tangan ataupun ujian meniup rekorder lepas tu boleh dapat lencana pencapaian. Padahal semua lencana tu semua boleh beli sendiri dekat Ali Store (kedai tekstil popular di Kajang). Hakikat sebenarnya aku hanya menyertai pengakap kerana pengaruh rakan sebaya, di mana hati aku sebenarnya tertarik dengan Bulan Sabit Merah.

8) Kena periksa gigi


Dulu masa aku darjah satu, aku ada dua batang gigi susu yang dah reput. Dia sudah bergoyang-goyang boleh tolak dengan lidah. Menggeletar mulut aku ketika doktor gigi memeriksa mulut. Dahla aku tak tahu istilah gosok gigi semasa kecil. Mesti bau dia macam celah lemak Kevin Yue Biggest Loser Asia. Lepas tu dia selamba je tak bagi amaran ambil perengkoh paip dia tu menarik gigi aku. Terus aku fobia tak pernah langsung seumur hidup aku pergi periksa gigi di klinik gigi sehingga baru-baru ini aku kembali mengalami fobia setelah dinoda secara seksual oleh doktor gigi ghairah.

9) Kena ambil periksa

Kat kelas aku ada seorang budak perempuan bernama Nadiah Suhaida. Aku panggil dia Meggi sebab rambut dia kerinting. Walaupun dia berambut kerinting, dia merupakan pelajar yang paling pandai di kelas aku. Tiap-tiap tahun dapat nombor satu sehingga mama aku pun kenal dia. Gila tekanan sebelum periksa mama aku mesti paksa aku belajar sambil beri nasihat "Ijai kenalah rajin buat latihan kalau tak macamana nak mengatasi Nadiah Suhaida". Lepas tu nak suruh aku belajar ketika periksa arwah aku pasang kunci mangga kat bilik komputer. Gila nak lari rumah aku ketika musim peperiksaan.

10) Tandas bertaraf iblyss

Budak-budak sekolah rendah memang tak reti nak pam tandas. Pegila tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar seperti tahi lepat pulut, tahi pengebom berani mati mahupun tahi berlingkar. Cara yang terbaik untuk mengelak daripada berjumpa tahi-tahi ini adalah dengan pergi berak di tandas guru. Tapi berhati-hati agar tidak terserempak dengan guru besar yang sedang ringan-ringan dengan guru pelatih.

Hah. Bagaimana pembaca-pembaca yang masih bersekolah? Ada sedikit tekanan tak bila membaca pengalaman di atas? Tapi janganlah ponteng sekolah ya adik-adik, nanti dah habis sekolah giliran adik-adik pulak untuk menakutkan adik-adik lain di generasi yang akan datang. Jika anda ada pengalaman tidak manis di zaman sekolah, ayuh kongsikan bersama.

Pop kuiz: Ini gambar semasa Tingkatan 2. Jika anda berjaya meneka di mana wajah kacak saya anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah hadiah misteri. Kalau dapat cari mana satu Anas, Shuhud, Adam, Apai, Jamil, Fandi, Ikram, Zati lagilah korang hebat. Nampak sangat aku tiada scanner ambil gambar ada kesan flash haa haa.





23 comments:

MATAHARI said...

aku tak tau baca doa qunut.
sampai sekarang. sadis.

khairul_bariyyah said...

what's d point of bubuh kapur kasut? haha.. sb nt kalo kne kotor,tade la susah2 nak tonyoh bg hilang kotoran degil 2.. da biase basuh ngan washing machine,sb 2 x penah ada pngalaman ni eh ijai? hihihihi

khairul_bariyyah said...

eh,nak teka ijai yg bdiri kat blakang, 5 dari kiri!!
dr shuhud plak yg kat tengah, 6 dari kiri? betol x? betol x? hahaha

Puan T said...

muke innocent seseko.

Mohamad Faizal said...

matahari: takpe buat sujud sahwi. subhanamanlayanamuwalayashu

khairul: yang shuhud tu salah sebab itu pelajar luar negara tu.

puan t: termasuklah anda, haa haa

z a t i said...

kenapa kau ada gambar ni (-_-;)

finaz said...

ok.. i sebenarnya suka zaman sek i esp masa sek rendah.. mcm best je. cuma tak best zaman form 4-form 5 sbb i kena masuk sek baru.. tekejut beruk beb.. culture shock. until now i xtaulah camne i leh survive 2 yrs kat situ.
- sek tu selalu takde air. bayangkan sek asrama xde air.. hazab ok !! pastu kena mandi kat kolah... euwww
- prep time.. benci ok time ni. kalau sek kat rumah itu masa utk tido..
- pagi ahad pun ada prep.. haih
- pastu ada gotong royong la apa la..
- outing pun kena 2 minggu sekali sbb gilir2 dgn boys.. (cikgu taknak boys n girls gi dating la..) what the hell..
- kena pakai pakaian seragam
- honestly sek tu mmg tak best.. budak2 dia pun tak best. i sampai xngaku yg i penah sek situ.. hehe
- sorry to say tp sek tu ramai budak2 yg.. camne nak ckp ek? attitude tak berapa nak best.. cikgu2 dia pun xbest ok !! hehee
- cuma dining dia ada lauk sedap.. itu pun on certain days je..

i penah mimpi i kena masuk balik sek tu.. gila horror ok.. !! memang mimpi ngeri la..

Qhamel said...

no 9 paling btol. even smbung blaja pn amik exm, tp xsme an dgn skola.

tp sbb i pmpuan, so no 10 xkne la sgt. hahahah!!

clarky said...

-kena nyanyi lagu sekolah sebelum masuk kelas setiap hari merupakan bahana masuk sekolah asrama penuh.

-kena tahan dengan guru disiplin masa perhimpunan di sekolah harian sebab trim kening tapi kenyataan "kening ori, cikgu!!" disokong oleh budak perempuan yang ditahan sebab warnakan rambut hihi!

-kat asrama student cuma boleh pakai cologne Johnson&Johnson so satu skolah memang bau sama je.

-senior sungguh menjengkelkan di sekolah asrama. aku tersiksa 3 tahun woh sebab diorang dengki aku femes. kihkih!

The Sharkox said...

kompius aku ni, ejap sekolah menengah kejap sekolah rendah...

aku dulu masa sekolah rendah, sikat rambut belah tepi, remos mesti macam ombak tsunami...

masuk sekolah menengah, 1st day buat macam tu kena gelak dengan senior, terus sikat belah tengah macam tomok dan membela segelintir ramos macam C.Ronaldo masa mula2 main dengan MANCHESTER UNITED

Mohamad Faizal said...

zati: nape zati kau tersinggung ke aku dedahkan rupa kau di zaman sekolah hee hee

finaz: mandi kat kolah beramai-ramai bersama gadis lain? eheheheh

qhamel: manaaa dulu masa sekolah saya masuk tandas perempuan sebab tandas lelaki kotoq tapi sama je bau warna dan rasa

clarky: "Semoga menjadi satu kebanggaan SRK BBB tercinta!" (lagu sekolah aku)

sharkox: apa lagi tayangkanlah gambar jambul menawan kau tu untuk dikaji bersama

Mr. DanSa said...

kau sebelah kanan ijai jaapar tu kan jai? hahahaha~

jamil selang dua kanan dari kau

shuhud depan kau


adam satu row ngan kau no 4 dari kanan

pastu sebelah adam tu bukan anaz ke?
fandi ikram ngan zati aku tak familiar. hehhee

awek berdiri no dua dari kanan baru jadi bini orang.

yang no 3 dari kanan berdiri kat bawah tu abang aku eh? orang lain boleh cam, abang sendiri fail.

ahahaha

amar said...

atas sekali, 5 dari kiri. betul tak?

Johan Aiman said...

Tak nampak arh bro.......Muka kau hensem sangat sampai aku tak kenal HAHHAHAH

Anonymous said...

Cerita ni lari topik dari entry kau. Tapi, aku nak gak cerita.

Masa aku Form 4-5, aku kena masuk sek. asrama. Sekolah aku tu dekat kaki bukit & dikelilingi keheningan hutan. Hampir tiap malam - tak anak babi, mak babi / geng babi hutan masuk kawasan asrama aku tu.

Sekali tu, ada classmate aku punya birthday, member2 aku balut dia dgn kain cadar style pocong. Dahla kain cadar kat sekolah asrama standard warna putih. Lps tu, tinggalkan dia dekat asrama perempuan tepat pkl 12 tgh malam. Budak2 perempuan yg konon rajin study, menjerit ingatkan member aku pocong. Elok lepas tu, anak babi hutan enter kawasan asrama perempuan. Tak jejak tanah member2 aku nak selamatkan birthday boy. Kalau tak selamatkan, karang warden suruh kita org pulak samakkan classmate aku tu. Tak sanggup aku nak samak kawasan sulit dia. Bukan sekali, dua nak cuci. 1 kali dgn tanah, 6 kali dgn air (betul ke?).

-Adli-

Catherine- said...

i rs bangga sgt ms sek rendah tahun 6 i ppuan ke-2 (semua thn 6) yg pakai coli pegi skolah!! perrhh jadik perhatian selama sebulan!

pikachu said...

Lama tak komen sini jai.

Aku tak tahu ko yg mana satu, tapi kalau aku tk silap fandi jadi ketua darjah ke? muka dia je obvious aku tengok (ke salah?) haha

Anoneemus™ said...

Benda yang paling aku nak lupa adalah kakitangan sekolah yang pervert (pedofail).

theanswer said...

ijaicool, 5 dri kiri atas sekali sebelah ijai(jaapar) kn. suhud x silap sebelah buya ek tuh? 4 dari kiri atas skali bukan adam ker? yang lain x igt..hahaha..kiri bwh skali yuya. pastu ade fizan..fatanah..wah aku bleh igt lagi woh name tuh.

ザ-sylver-shooter said...

kasut kene kapur sampai drjah 3 je, pastu aku jdk pengawas, pakai kasut hitam..

hahahah

naek tingkt1 , pki putih blik, tp tknah kapur, pakai nila sudah...

Mohamad Faizal said...

mr dansa: bagus ada ciri2 stalker sejati kau ni. tapi kau ni memang tak sayang abang kau kan ada pulak kau tuduh no 3 dari kanan tu abang kau.

amar: tahniah! nanti boleh tuntut hadiah (tipu)

johan: tahniah! jawapan anda pun betul juga

adli: huii aku pun cemas kalau nampak pocong. gilalah kawan2 kau

catherine: kongratulasi! baligh awal ni hehe

pikachu: berani kau pura2 tak tahu di mana satu aku. fandi yang berwajah orang seberang senang pulak kau kenal

anoneemus: cari dia kat fesbuk dan harass dia pula!

the answer: buya??? haha tak tahulah itu pujian atau kejian

sylver: haha pakai nila tak biru ke

Anonymous said...

ak pon ade gmbr ni gak..saiz plg bsr skali plak tu..tgk la ak paling bergaya sekali faizal berbanding kau hahaha..siap pki tie lagi hik3..

-fandi-

LaLaLOLa said...

Pengalaman dajah satu adelah yang paaaaaaaaaaling GAGAH waktu tumbuk Cikgu Ismail Mangkuk Sudu yang suka panggil para anak murid dia dengan panggulan "mangkukk!!" Memberi tumbukan padu akibat perlakuan pilih kasih melampau beliau terhadap aku dan kawan-kawan. Hooo, cikgu ingat cikgu macho sangat ke denda insan x bersalah depan murid paling cun? Hambek sedebik kat pipi. DUUSH! Esoknya beliau tidak datang ke sekolah dan diberitakan mengambil penerbangan malam ke UK akibat merajuk heheh tak lah, dia g UK sambung study. Hebat kan bagi cikgu farewell present sebijik penumbuk sebagai kenang-kenangan di perantauan? *angkat kening tanda bangga*

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...