Monday, January 31, 2011

Seram: Episod Lapan

Hari Ahad, 1.15 am. Malam itu memang gelap. Langsung tiada cahaya bulan. Tapi aku duduk dalam bilik buka lampu so tak relevan la tiada cahaya bulan pun. Entah kenapa, aku rasa gelisah sangat pada malam itu. Hati aku tak tenteram. Peluh dingin membasahi dahi aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Aku mengambil wudhu', aku cuba untuk bertenang namun hatiku masih dag dig dug di dalam dada macam lagu Haiza.

Aku masih terkebil-kebil di dalam bilik tak boleh tidur. Pelbagai posisi aku telah cuba seperti gaya tidur missionary, gaya tidur doggy mahupun gaya tidur all time favourite advanced rear entry namun mata aku masih belum lagi mahu lelap. Salah satu faktor mengapa aku tidak boleh tidur adalah kerana tiada siapa di rumah. Aku tidur berseorangan kerana mama pergi ke Cherating sejak hari Jumaat yang lalu. Walaupun mata aku sebenarnya terasa berat, aku berasa takut untuk tidur seorang diri. Ya seperti yang telah aku katakan, memiliki ogran reproduksi yang bersaiz olimpik tidak bermakna yang anda ini berani. Banyak cara yang boleh membuat kita penat dan tertidur sebenarnya tetapi teknik-teknik sedemikian mostly berdosa. Aku pun berguling-guling sehinggalah aku tertidur jua akhirnya...

Aku terjaga daripada tidur secara mengejut. Aku segera memeriksa telefon bimbit untuk melihat sudah pukul berapa. Shit it's 3 am. Aku tiba-tiba teringat cerita seram Paranormal Activity 1 and 2. Bersasarkan cerita seram tersebut, entiti ghaib akan muncul dan membuat aktiviti paranormalnya pada pukul 3 pagi. Barbie kenapalah sekarang pula aku mahu terjaga. Aku segera membaca ayat-ayat hafazan PAFA sebagai pendinding diri dengan tajwid yang tunggang langgang kerana ketakutan. Tiba-tiba kedengaran bunyi makhluk berkejar-kejaran di bawah. Berderau darah aku. Kalau tengok muka aku ketika itu memang pucatlah......PRANGGGGG!!!!

AHHHH aku menjerit seperti bapuk. Aku dapat mendengar bunyi benda pecah itu dengan jelas. Pelbagai persoalan yang bermain di minda aku. Mengapakan entiti itu mahu mengganggu aku? Aku tidak ada membuat perjanjian syaitan seperti dalam cerita Paranormal Activity ataupun Khurafat. By the way perjanjian syaitan bukan khurafat lagi itu dah syirik aritu aku tengok Al Kuliyyah Hasan Din 'sound' bapak Shamsul, Yusuf Haslam kerana menggunakan terminologi yang salah, haha. Berbalik kepada cerita asal, terdengar seperti bunyi serpihan benda yang pecah itu seolah-olah bergerak dengan sendirinya. Walaupun ketakutan, aku harus pergi menyiasat agar aku dapat menceritakan perkara yang sebenar kepada pembaca blog.

Dengan memakai songkok, aku pun perlahan-lahan turun tangga. OH TUHANKU AKU BOLEH NAMPAK DUA PASANG MATA YANG BERKILAUAN DI DALAM GELAP DISERTAKAN DENGAN BUNYI DENGUSAN BENGIS. Aku memberanikan diri untuk membuka lampu.....ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT MAKHLUK ITU.........


Barbie pasu bunga mama aku yang sudah sepuluh tahun elok disimpan, mama aku pergi kursus sekejap terus pecah. Suspek utama adalah makhluk dua ekor tu. Kisah seram yang sebenar akan berlaku apabila mama pulang melihat pasu kegemarannya pecah berderai. Demmit. Nak marah budak dua ekor tu tak sampai hati sebab comel. Arghhh.





17 comments:

shukrin farahdiba @ ceklala said...

comelnye budak 2 ekor tuh!!!

cik aletheea : said...

cute giler budak duaekor tue..
siap dapat lepak langsi lagi atas katil pas pecahkan pasu...memang besh...

deeb said...

kene marah sket budak 2 ekor tu, nanti dierorg buat lagi....jgn terpedaya ngn muka tak bersalah dieorg tu

Anonymous said...

kalau tak boleh tidur count the sheeps lah takpun tgk cite yg membosankan lama2 tertidow lah...nape nk buat aktiviti berdosa plak.haha..lawak2 encik faizal nh..

kena ajar lah bdk 2 ekor tuh.lama2 nakal and degil sgt tak dgr kata nanti.tgk kucing2 saya bila buat nakal saya marah skarang dh jd kanak2 berguna.alhamdulillah.

anon

Mohamad Faizal said...

shukrin: comel tetapi nakal

cik aletheea: itulah diorang memang tak mengenang budi

deeb: sekarang sudah dikurung di bilik air mama

anon: kira kambing nanti susah kalau terlupa nombor kena start over lagi tertekan tak boleh tidur

Clarky Afif said...

aaumm megatron!!

wath said...

faizal ntah2 kau yang langgar lepas tu kau fitnah budak baik dua ekor tu

-sori, muka diorg innocent. muka kau tak.

finaz said...

comelnyaaaaaaaaaa megatron. geram tgk.. btw i nk tny, selalunya hayat kucing sampai berapa tahun ek? 20 tahun ada tak?

yg hitam tu tak nampak muka la so xdpt nak verify kecomelannya..

..:: WiRdA ::.. said...

igt kau marah lalu menjadikan kucing itu sebagai penyapu serpihan pasu..hahaha

s a r said...

haha. alamak! hensem la plak bdk dua ekor ni.. ;p

nseb tak buat rebonding.. bley ar jd model iklan sympoo.. rambut yg hitam lgi asli.. ngee..

but. cra senang nk tdo, baca la buku yg pling alergik dlm hidup.. hee. insyaAllah mujarab!

Ms J said...

bab mama ijai pulang dari kursus dan tau pasu pecah tu mmg seram. hahaha..

Anonymous said...

hahahahaha... PADAN MUKA KAU..

tu je.. malas da nak tulis pepanjang..


-syarina-

crazy_labelle said...

serpihan pasu tu pecah scr besar2 kan? kalo cantum pkai glue xley ke?

n ak selalu ingat posisi advanced rear entry is woman on top... now not anymore... tq cikgu ijai...

Mohamad Faizal said...

clarky: ngauuu ngauu ooauoo (megatron dah nak mengawan)

wath: what the what?? ataupun nak lagi relevan, wath the wath??

finaz: 20 tahun? lama sangat kot. belas-belas mungkin

wirda: mana boleh. nanti orang cari saya macam orang cari penyiksa anjing

sar: buku yang paling alergik adalah....hmm tiada sebab saya suka baca buku (tipu)

ms j: takpe dah berjaya kaburi mata mama dengan membeli set mandian sempena hari jadi

syarina: sudahlah kau syarina putus talian persaudaraan selama 2 minggu

crazy_labelle: eh kau google ke apa advanced rear entri tu haha

wonderfuLife♥ ♥ said...

haha..dah agak dah..jalan cerita dah boleh tulis kat mastika dah..
tapi yang bagusnya kau siap pakai songkok haaa..

Anonymous said...

ijaicool engko ni memang best tahap membangsat kan le, keep up wehHH ! ! ! ----->papik pumba network student uitm muah2

nems said...

Budak 2 ekor tu memang caught red handed! Tersangatlah muka innocent!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...