Tuesday, January 4, 2011

Seram: Episod Tujuh

Isnin, 3 Januari 2011. Hari ini aku masuk kerja pukul 5 petang, balik pukul 1 pagi. Malam tadi aku tidur lambat, tetapi aku terbangun awal dan tak boleh nak tidur siang untuk sebagai persediaan untuk bekerja sehingga larut malam. Kepala aku terasa berat, otakku sangat bercelaru. Aku rasa keletihan aku turut mempengaruhi deria ke-6 aku kerana aku kadang-kadang terdengar bunyi orang berbisik di telinga aku. Mostly suruh tengok porn. Yelah dah sorang-sorang kat rumah kan. Tapi instead of tengok porn, aku pasang filem seram Melayu yang aku muat turun, Niyang Rapik.

Memang seram nak arwah cerita tu. Aku tengok separuh jalan sahaja sebab jeritannya pelakonnya memang betul-betul real. Aku menyesal. Kenapalah aku pergi menonton filem seram walaupun aku dah tau aku syif malam. Lagipun officemate baru aku banyak bercerita tentang 'kekerasan' pejabat aku tu. Tak tahulah dia bercakap bohong ataupun tidak. Antara cerita yang popular adalah:

1) Budak perempuan masuk tandas, keluar terus histeria. Orang kata mungkin dia nampak lembaga hitam ataupun najis hitam yang terdampar tidak di flush.

2) Semasa syif malam, boleh terdengar suara seakan-akan kanak-kanak menangis berhampiran dengan pantry, tapi bila pergi siasat, tiada orang.

11 pm. Aku seorang sahaja yang berada di pejabat ketika itu. Semua orang mostly dah balik. Rakan yang sama syif dengan aku Lin Dan (bukan nama sebenar) pulak MC. Aku menoleh sekeliling. Kosong. Aku mula berasa cuak. Aku pasang lagu nasheed Maher Zain dalam iPod aku untuk menenangkan fikiran. Ada satu lagu Maher Zain yang memang kena dengan situasi aku ini iaitu 'Don't Be Afraid if You Are Alone In The Office' yang memberi mesej agar kita bertenang dan jangan percaya dengan kisah-kisah seram yang orang ceritakan. Namun begitu, aku tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh Maher Zain kerana jantung aku berdegup kencang. Entah mengapa hati aku berasa tidak tenteram. "Ahh mainan syaitan semua itu," bisik aku di dalam hati.

DUMMM!!! Tiba-tiba bunyi pintu dihempas. Berderau darah aku. Walaupun aku tahu itu bunyi pintu ditiup angin, dahi aku mula dibasahi peluh dingin. Sedikit teknik rhyme di situ. Manusia ni kalau dalam kesusahan, dalam ketakutan, dalam keseraman barulah dia nak ingat kat Tuhan. Samalah macam aku. Aku terus turun ke bawah untuk pergi ke surau. Surau pun kosong tiada orang. Tangan aku terketar-ketar membuka paip untuk mengambil wuduk. Aku terdengar bunyi bisikan lagi. Aku dapat rasakan seolah-olah ada 'benda' yang cuba menghampiri aku. Bunyi deruan angin di luar jelas kedengaran di dalam surau. Aku tidak peduli. Aku teruskan solat walaupun bacaan tajwid tunggang langgang. Hati aku semakin bimbang. Tiba-tiba...

"HAAA CIUUUUU!!!!"

OH TUHANKU AKU TERDENGAR BUNYI BERSIN DI SEBELAH AKU DAN AIR BERSINNYA KENA TEPAT DI PIPI AKU. AWWWHHH!! Aku menjerit macam arbok dan terbatallah solat aku. Aku terduduk. Perasaan takut aku tiada siapa yang tahu. Ahhh kenapalah benda-benda menyeramkan begini selalu berlaku kepada aku. Aku cuba memberanikan diri untuk membuka sebelah mata bagi melihat makhluk yang bersin kat aku tu untuk dijadikan entri di dalam blog. ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT MAKHLUK ITU....................!!


.....celaka. Automatic air freshener dispenser rupanya. Cis. Di sini kita boleh membuat kesimpulan; walaupun kita memiliki organ reproduksi bersaiz olimpik, itu tidak bermakna yang kita ini seorang yang berani. Dalam skala 1-10, berapa tahap keseraman cerita aku ini? Alah korang jangan nak judge aku korang pun sama juga cuak jika berada di dalam situasi aku.



16 comments:

MATAHARI said...

tak seram langsung. LOL.

nabila said...

xpnh dgr pun cte seram kt ofis

ni mesti joanne cte nie

Atiqah Ahmad said...

tak seram tapi memang kelakar.

aku pun pernah melalui situasi yang sama. cisss. air freshener tu mmg membuatkan aku cuak.

Mohamad Faizal said...

matahari: cuba kau mengalami sendiri keseramannya pasti terkancing gigi haha

nabila: eh takpe ke dedahkan nama sebenar ni hee hee

atiqah: bersyukurlah saya tidak keseorangan dalam hal ini haha

^Laila^ said...

kelakar~~ hahaha..

Lala Chan said...

Sakit perot gelak weh!
Penah gak cuak sbb menatang tu, tapi takdakla malam2..siang..so effect dia lain skit..

Anonymous said...

hahahaha.sumpah saya gelak gila!saya penah alami peristiwa nh kat surau juga kalau tk silap.dahlah sorang2 tetiba bunyi mcm tuh..air freshener nih skali aku terajang br tau..mmg boleh buat saya tersujud sebentar.

anonimes

abdul azim b mohamad isa said...

tak khusyuk.

sambung solat balik ke?

oh, solat apa malam tu? sunat tasbih?

Iqa said...

saye mmg tak biasa tdo sorg2.i mean, tdo sorang2 ats katil walaupon katil roomate yg ade roommate ade kt sblh je.disebabkan terlalu takot saye terbangun lebih drp 5 kali pd mlm td.ade satu kali tu terkejut gilos pucat sebab bnde tu bersin. (-_-")

Nurul Huda Rahim said...

betul ke ada tajuk lagu maher zain mcmtu? tipu dosa mati seksa masuk neraka.

Anonymous said...

wisma 1 tu mmg banyak hantu.
paling hardcore kat wisma 4..floor yang connect wisma 2 and wisma 1 tu paling banyak hantu...kosong je..tak taula skrg mungkin hantu dah pindah sbb ko masuk takeover keje diorg.

santiago said...

masa ko tengah takut tu mesti organ reproduksi menyorok ke dalam...

kehkehkeh~

clarky said...

kuat gila air freshner kau bersin. air freshner di opis bukankah berbusyi pissss pissss seperti lelaki membunag hajat kecil? kehkeh!

ezejeret sungguh.

Mohamad Faizal said...

Laila: "jangan ya lailaa jangan terpedayaaaa" (lagu yassin)

lala chan: siang malam depa pancut di sini (ini bukan komen berunsur seksual)

anonimes: tu lah nampak sangat kita ni solat tak kusyuk

abdul azim: solat isyak

iqa: "chi chi chi chi chi" "chi chi chi chi chi" (saja tambah efek seram macam bila hantu nak datang dalam filem)

huda: haa haa hanya peminat fanatik maher zain seperti anda yang tahu saya mereka cipta tajuk lagu itu

anon: aisehhh ku dahla keje malam minggu ini demmit

santiago: tu ah. tapi masih berfungsi dengan baik dah test dah tadi

clarky: haa haa betul la tu kot bunyi piss pisss aku biasalah ezajerit lebih2

makanbola said...

aku pun penakut...tp skang tak lagi..sbb ape?sbb aku dh haramkan mata aku menjamah crita2 hantu yg bodoh....dan niyang rapik mmg overrated...seram masa hantu yg 1st kua je yg atas batu tu...yg lain2 buat aku ngantuk je

Anoneemus™ said...

Dulu pernah gak lepak bilik kwn, malam2 dan bercerita hantu.

sampai bab klimaks "lepas tu kan, tiba tiba.." dan-dan ada bunyi psstt...dan bau semerbak harum. semua terjerit.


bingai punya air freshner berbateri.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...