Wednesday, January 5, 2011

Top Ten Most Anticipated Movies of 2011

Tempoh hari kita sudah melihat 10 filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2010, hari ini kita akan melihat 10 filem menarik yang bakal ditayangkan pada tahun 2011. Sebagai seorang pengunjung tetap pawagam di Alamanda, aku berasa sungguh teruja dengan senarai filem-filem hangat yang akan keluar di panggung, terutamanya line up blockbuster musim panas nanti. Secara umum, kebanyakan filem yang ditayangkan adalah filem sekuel daripada francais yang berjaya dan adaptasi daripada buku komik. Ayuh kita kaji filem-filem yang saya ingin tonton pada tahun ini.

10) X-Men: First Class (Jun)

Ini adalah filem prekuel untuk ketiga-tiga filem X-Men yang telah ditayangkan. Filem ini berkisar tentang kehidupan Professor Emeritus Charles Xavier dan Erik Lensherr semasa muda. Sebelum menjadi musuh ketat, Charles dan Erik merupakan BFF dan sering melakukan segalanya bersama-sama, sehinggalah kita tahu yang Erik bercita-cita untuk membuka perniagaan MLM dengan menjual gelang magnet dan menukar namanya menjadi Magneto. Banyak mutan lama yang akan membuat kemunculan dalam filem ini seperti Beast, Mystique dan mutan baru seperti White Queen dan Havok.

9) Hikayat Merong Mahawangsa (Mac kot)


Ini adalah filem tempatan paling awesome yang akan keluar pada tahun ini, bukan filem Zakar Dalam Botol yang sekadar banyak hype tu. Mestilah awesome KRU yang buat. Tengok trailer dia memang epik, membuatkan kita tertanya-tanya ehh betul ke orang kita yang buat ni? Filem ini bakal ditayangkan ke lebih 20 buah negara, dengan tajuk orang putihnya The Malay Chronicles: Bloodlines. Fuhhh.

8) Captain America: The First Avenger (Julai)

Filem ini adalah salah satu daripada 28 (main belasah je ni) filem adaptasi daripada buku komik yang akan dirilis pada tahun ini. Steve Rogers yang mengalami osteoporosis tidak dapat melepasi audition untuk menjadi tentera, lalu dia menawarkan diri untuk dijadikan bahan eksperimen disuntik botox berlebihan menjadikannya seorang 'Super Soldier' menggunakan nama Kapten Amerika. Kapten U.S bukan Carlos Bocanegra ke? Kah kah amacam lucu tak jenaka bola sambilan aku? Filem ini dan filem Thor akan membawa kita kepada filem superhero paling hebat sepanjang zaman, The Avengers.

7) Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (Julai)

Aku tak baca buku dia so aku memang menanti-nantikanlah apa kesudahan siri ini. Itu tidak bermakna yang aku tidak curi-curi tengok spoiler mendedahkan apa yang bakal berlaku. Ok sila tutup mata selama 5 saat dan scroll down terus sebab aku nak bagitau spoiler dia ni ........................................................................ ....................................................................................... .............................ok tipu saja letak titik-titik banyak kali untuk memanjangkan perenggan ini.

6) Twilight: Breaking Dawn (November)

OMGGGG I WANT TO WATCH ROBBY PATTY'S SEXY ABS AND TAYLOR's 7 PACK! OMGGGGGGG (gaya peminat fanatik). Tapi diorang ni memang pandai cari duit depa jadikan filem ini dua episod jugak macam Heri Poter.


5) Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (May)

Mana ada orang yang tak suka francais Pirates ni kan? Seronoknya aku dapat lihat aksi Kapten Jack sekali lagi. Seronoknya Orlando Bloom dah tiada dalam filem ini. Apasal makin pendek aku tulis ni nampak sangat dah malas nak tulis.

4) Transformers 3: Dark of The Moon (Julai)

Secara jujurnya, aku tidak berapa gemarkan Revenge of The Fallen. Taktaulah, mungkin terlalu banyak hype, terlalu banyak karekter tapi tak develop pun mereka, watak robot apatah lagi....tapi Michael Bay kata dia sudah belajar dari kesilapan dan menjanjikan sesuatu yang menarik ini filem ini. Korang dah tengok belum trailer dia? OH EM JI ITU UNICRON BUKAN? Tapi Unicron dalam animasi asal sebesar planat bagaimana nak bertumbuk nanti. Tak kisahlah tak boleh tengok payu dara Megan Musang pun.



3) Zombieland 2

Ok filem ini mungkin keluar tahun ini ataupun tahun depan. Zombieland menjadi salah satu filem kegemaran aku untuk tahun 2009. Cameo Bill Murray memang awesome sekali. Dengar cerita mereka nak ambil pelakon hebat lagi sebagai cameo dalam filem Zombieland 2?

2) The Hangover 2 (Mei)

Ahhh Hangover asal memang lucu. Aku pasti Hangover 2 akan menjadi lebih lucu. Kali ini mereka akan pergi ke Thailand untuk menghadiri perkahwinan Stu. Tapi aku tak rasa filem ini akan ditayangkan di sini, sama macam Hangover yang asal. Dammit Faizal pemalas gila tulis empat baris je.

1) Super 8 (Jun)

Ini adalah filem yang paling dinanti-nanti untuk tahun 2011 kerana.....kita tidak tahu filem ini berkisar tentang apa. Dahla filem ini diarahkan oleh pengarah hebat J.J Abrams (Lost, Fringe, Star Stek). Kalau kau masih ingin dia buat viral marketing untuk filem Cloverfield, sumpah kita tak dapat agak yang filem itu merupakan filem raksasa. Samalah macam filem Super 8 ni. Trailer dia tunjuk keretapi derailed, lepas tu ada makhluk mahu membebaskan diri dari kurungan. What the what??

Begitulah senarai filem yang aku ingin tonton pada tahun 2011 ini. Adakah anda bersetuju dengan senarai di atas ataupun anda ada filem lain yang anda ingin tonton? Ayuh kongsikan bersama.



15 comments:

Mimie.Candy Cane said...

kemunculan transformers dan pirates of the carriebean sudah cukup membuatkan aku sawan buih.


tp best ke pirate tanpa orlando bloom?sama2 kita nanti kan

The Sharkox said...

Zakar dalam botol.. cameo by azman "saya gay saya ok" ali...

azwan ali pun rasanya buat cameo jugak...silalaserazwanali....

hahaha...

Mohamad Faizal said...

mimie: aku gembira gila orlando tiada kerana dia bergaya arbok bajet kacak

sharkox: sekali sally buat cameo memang voguethevassss

profwacko said...

zombieland 2 ?? really?? gila nice ....

intro credit yang slow motion tu best gila.

jay said...

i'm looking forward for 127 hours tapi macam takda kat malaysia je

Amirul (aremierulez) said...

Hikayat merong mahawangsa tu aku dah lama tunggu. mati2 aku ingatkan keluar tahun lepas. harap cerita ni best sebab filem KRU boleh dikatakan best.

X-Men tu aku download je la. selaku peminat komik x-men, aku memang tak tengok langsung filem x-men kat wayang sebab pengaruh ubah 100% lain dari storyline dalam komik.. sedih siot

crazy_labelle said...

merujuk kepada poster twilight yg di edit muke tu.... apsal ko x jadi yg depan sakli tu? mana letaknya dasar tubuh badan x penting yg ko terapkan dalam blog ini...

Mohamad Faizal said...

profwacko: tu ah tapi tak sure keluar tahun ni ke tahun depan

jay: 127 hours? rating tinggi di rotten tomatoes...

amirul: mereka perlu ubah sebab target audiens bukanlah pembaca komik semata-mata...

crazy_labelle: haha itu saja hendak membuat gadis-gadis fanatik twilight marah.....anda marah tak? hihi

finaz said...

alamak semua yang u listkan.. not my fave type of movies la.. hmmm.. nampaknya 2011 tak tgk wayang la yer

127 hrs tu citer apa? adapted from comic jugak ke? now dh pindah ke workstation baru tidak boleh surfing sesuka hati.. nak gelak2 baca blog pun kena kontrol ok

larilajulaju said...

jai pegi deftones x bulan 2 ni?aku,azam dan subel komfem pegi.

zarul

Mohamad Faizal said...

finaz: 127 hours tu cerita sebenar seorang pendaki yang mengalami kemalangan di awangan

zarul: wahh sudah ada blog! haha aku dah lupalah semua lagu deftones tahu shovitshovit je macamana

Anonymous said...

jeckspeed

filem kongsi(lu langsi lu mati )tak masuk senarai ke?.. aku tgk tailer dia pun best gak..

Clarky Afif said...

aaah aku nampaknye perlu menabung lebih la nk tengok sume2 tu sebab cambest saja.

ok, skarang nak susun nama bofren2, yg mana aku nk bawak pi kat filem mana. hehehehehehehehe

Mohamad Faizal said...

jeckspeed: hah? err tu kalau top 30 masuk kot

clarky: aku rela menyamar jika kau beri wang saku untuk menonton

King Faisal said...

I also looking forward for 127 hours and paranormal activity 2. According to cinema.com.my, the movie will be release on 17th Feb.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...