Friday, January 7, 2011

Turn Offs for Men

Kaum wanita sememangnya dikenali dengan keanggunan dan keayuan mereka. Mereka tak perlu bersusah payah jika mahu menarik perhatian lelaki. Daripada sekecil-kecil perkara seperti senyuman manis yang menawan hati sehinggalah pendedahan aurat berat yang menyebabkan berlakunya pergerakan di dalam seluar kami. Namun begitu, secantik mana pun wajah seseorang wanita itu, masih ada perkara yang gadis-gadis lakukan yang menyebabkan orang lelaki hilang minat.

Dalam segmen Soalan Untuk Gadis-Gadis Episod 6 tempoh hari, saya ada bertanyakan pendapat gadis-gadis tentang perkara-perkara yang orang lelaki lakukan yang menjadi 'turn off' kepada mereka. Ada yang jawab tak suka bau mulut lelaki yang busuk, ada yang jawab tak suka orang lelaki bermegah-megah. Terima kasih kerana memberitahu, tetapi adalah tidak adil jika anda sekadar komplen tentang tabiat buruk orang lelaki tanpa mengetahui perkara-perkara yang kami 'kurang' suka tentang anda. So ladies, do you want to know the things that can turn men off?

1) Membebel terlalu lama

Bak kata pepatah kuno, membazir itu amalan syaitan, membebel itu tabiat perempuan. Ya, wanita dan membebel memang tidak dapat dipisahkan lagi. Ini merupakan fitrah kejadian, tiada wanita yang tidak suka membebel. Wanita boleh membebel selama 10 minit tanpa henti, tanpa penat, tanpa hilang vocabulary, dan paling penting, tanpa arah tujuan. That's fine, kami boleh terima. Tetapi jika bebelan anda itu melebihi tempoh yang sepatutnya, itu sudah masuk ke tahap yang menjengkelkan. Dulu-dulu masa bercinta, segala apa keburukan tentang kita mereka terima. Tapi lepas dah kahwin, ada je benda yang mereka nak kita 'improve', tanpa memikirkan hati dan perasaan kecil kita ini. Terlupa tarikh anniversary couple? Pappp kena bebel. Terlupa zip seluar? Pappp kena bebel lagi.

2) Gadis berbulu

Fakta, bulu di badan wanita adalah ewww. Bukan mengeji, bukan seksis, sebaliknya reaksi spontan daripada lelaki. Jika anda dilahirkan dengan hormon yang menyebabkan anda berbulu banyak, selalulah pergi buat Brazillian Wax mahupun biarkan bulu kaki anda dimakan ikan di Fish Spa. Sepanjang masa aku tengok katalog Avon di segmen baju dalam wanita untuk mencari inspirasi, tiada sehelai bulu pun yang aku lihat di dalam gambar. Ini kerana mereka tahu target audiens mereka yang tidak gemarkan wanita berbulu. Orang lelaki dilahirkan dengan bulu di seluruh badan, jadi tidak hairanlah kami mahu mencari pasangan yang tiada bulu, sebab tak mahu bulu berpintal-pintal ketika bersenggama nanti. Satu-satunya perkara yang gadis-gadis mesti elak seumur hidup mereka adalah memiliki misai. Itu turn off yang paling besar.

3) Make up terlalu tebal

Orang lelaki sukakan wanita yang pandai menjaga penampilan diri. Kalau muka pucat sangat macam hantu Suster Ngesot, at least makanlah asam boi ke nak bagi bibir ada warna ataupun lempang je pipi sedas dua kalau malas nak pakai blusher. Tapi jangan ingat dengan mekap semata-mata dapat menarik perhatian kami pulak. Memanglah menarik perhatian kalau mekap anda tebal macam mendiang Mona Fandey ataupun The Joker, but not in a good way. Satu-satunya waktu yang kalian harus aware dengan mekap yang ditampal adalah ketika waktu bersanding nanti. Seriously, korang tak sedar ke yang korang tu dah macam bomoh hujan dah? Jangan peduli apa yang nyah andam kata, cantik atau tidak adalah ditentukan oleh anda (dan mata orang lelaki, haha).


4) Layanan senyap

Layanan senyap ataupun silent treatment merupakan teknik dalam 'arsenal' orang perempuan yang dilakukan ketika berasa marah ataupun tidak puas hati. Sumpah kami tak tahu dan tak sedar akan kesalahan yang kami lakukan, tapi jika anda membisu seribu bahasa guna bahasa isyarat pun tak mahu, bagaimana kami mahu tahu apa kesalahan kami sekaligus membaiki diri untuk menjadi lebih baik demi anda?

5) Tidak menjaga badan

Sebagaimana yang kita tahu, wanita ni memang malas bersenam. Tapi mereka berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang menarik dengan pergi bershopping selama 3 jam berjalan tanpa henti walaupun tidak membeli apa-apa. At least terbakar juga kalori-kalori degil itu. Namun begitu, memang menjadi lumrah yang berat badan wanita bagaikan dipam pam selepas berkahwin. Adakah itu tandanya anda bahagia? Tengok sajalah gambar Datin Norjuma sekali tengok macam Raksasa Kraken sahaja. Nasib baik dapat kembali ke bentuk asal. Please take note, konsep 'Tubuh Badan Tak Penting, Yang Penting Rupa' hanya boleh diamalkan oleh orang lelaki, hehe. Sureeeeeeee jika kami cintakan anda, kami patut menerima anda seadanya kan? Tapi cuba tengok depan cermin. Dengan lengan yang berbenjol, dengan perut yang merekah, ditambah pulak dengan tempelan bedak sejuk, anda sukakah pemandangan sebegitu? Of course anda tak suka, maka harap anda faham mengapa kami bersikap dingin.


6) Menyalahgunakan PMS

Aku selalu kata, PMS itu sebenarnya hanyalah satu mekanisme yang direka oleh wanita untuk mengambil kesempatan terhadap para jejaka. Ini kerana ketika wanita mengalami PMS, kaum lelaki secara automatik akan menjadi lebih sweet, lebih sensitif dan mudah mengalah. Menyedari hakikat itu, gadis-gadis akan mengekspoitasikan situasi itu untuk membuat perangai seperti marah tidak tentu pasal, menjadikan PMS sebagai alasan tidak mahu masak dan mahu makan luar, serta lain-lain. Sekali-sekala tak mengapa, tapi kalau hari-hari dok buat taktik begitu, kami pun naik lesu.

Agak susah sebenarnya hendak membuat satu senarai 'turn off' yang tepat dan relevan dengan semua pihak, kerana 'turn off' kepada seorang lelaki boleh menjadi 'turn on' kepada lelaki lain. Contohnya, perempuan merokok. Aku rasa kalau perempuan Melayu pakai tudung smoking, terus jadi tak ayu perempuan tu. But then again, ada orang yang rasa gadis yang merokok itu seksi. Maka senarai di atas adalah perkara-perkara tipikal yang kebanyakan orang lelaki tidak suka. Diharapkan gadis-gadis dapat mencetak entri ini untuk ditampal di cermin mekap untuk dibaca setiap hari, sekaligus dapat menjadi lebih ayu dan anggun tanpa sebarang bulu di bibir. Barulah senang sikit nak minta kasut Nose yang baru daripada kami. Ok?



30 comments:

afrohead said...

damn aku dah terbayang kalau ada awek mekap macam joker ni

Anonymous said...

OMG ijai..aku cukup2 terasa..
thanks for remind me :p)
now bdn aku pun dah naik sejak pregnant ni :(

takpe2, aku akan kembali ke klas Yoga ku lps bersalin ni .
wish me luck. hehe


-Syawalliah-

Iqa said...

(^_^)

Nurul Huda Rahim said...

eleh. perempuan taleh gemuk. laki bleh plak! sudah la abg ijai. dasar rasis. agagaga.

ain gojes said...

aah..lelaki perut kedepan 5,6 inci bole pulak. comel katanyeee.... ngahahaha...

liela said...

sbb tuhla..kalo i bebel2 da gemok mesti org nyampahhhh...

pastuh..lelaki plak suka tgk pompuan slim..jadi?mana satu ni!!

liela said...

ahahha
gmbr norjumah and husband tuh mcm lain jek.. i mean husband dia mcm x happy je...hahaha

finaz said...

nombor satu, membebel. ok guilty for this.. i mmg suka membebel.. hihihih.. i rasa perempuan mmg dikurniakan anugerah utk bercakap byk la

nombor dua - tiga = takde yer..

nombor 4 suka buat jugak.. tp i prefer no 1 though.. boleh melepaskan segala tekanan yg terpendam rather than simpan sorang - sorang

nombor 5, tak applicable. i slim nyahh.. hehe

nombor 6, kekadang ada gak, but kalau moody ke apa, i rarely blame it on pms. most of the time because of work stress or disebabkan oleh orang2 yang celaka yang berada di sekeliling i

Anonymous said...

lagi satu..
muke cantik, mekap cantik, baju cantik, kasut sepadan, handbag tiptop..

tapi ketiak hangit,pahit, masam, melekat baunye kat hidung sampai naik kat tekak.

turn off doh..pompuan2,ko g belila ubat ketiak mahal sikit.

crazy_labelle said...

haha... ok pe alasan pms utk berperangai pelik... xkan nak bg alasan mabuk mcm citer ugly betty, sbb kita muslim...

Anonymous said...

amboi2 kena jaga badan apply dkt lelaki juga ye.lps kawin kdg2 lelaki tak jaga badan jugak.perut boroi semua.perempuan at least ada reason sbb lps beranak..bg dia time lah then dia surely akn get back in shape punye.mcm norjuma tuh gila mcm raksasa gak..haha..tp tgk now dah cun so it takes time lah.jgn trs turn off cr perempuan lain..penat dia mengandung anak lelaki tuh jgk(tetiba emo!;p)
silent treatment i have to say i sometimes buat kt my bf tp sbb dia blur tk paham so i opt to marah ckp trs sbb ape i tk puas hati so that sng hidup both pihak.hehe..

nonimes

Mohamad Faizal said...

afrohead: langsung tidak boleh dijadikan modal untuk melakukan perkara yang berdosa

syawalliah: haha gudlak. anak lelaki nama Faizal ok?

iqa: (* x *) this is just a random smiley

huda: yalah konsep yang penting rupa hanya untuk lelaki sahaja hihi

ain: serius comel

liela: husband dia muka tabah tapi hakikatnya dia turned off juga

finaz: ahah! ternyatalah ada kebenarannya tentang apa yang ditulis

anon: pakai ubat ketiak avon, pasti berkesan macam aku pakai

crazy_labelle: sekali sekala tak mengapa ini tak dapat tengok

nonimes: takpe kalau berat badan tak turun selepas kahwin boleh masuk the biggest loser sekarang

Anonymous said...

Aku setuju No. 1 - Membebel terlalu lama.

Yg aku hangin satu badan, aku yg takde kena mengena dalam situasi tu pun terkena gak side-effect bebelan tu. Sbbnya, aku nie duduk epatmen kos sederhana. Jadi jarak one unit to another unit rapat & erat.

Epatmen sebelah aku tu ada 1 family duduk. Yg akak tu a.k.a. the Wife - umang aii....suaranya bukan setakat nyaring, lantang pulak tu. Bebelannya 24/7, 365 days. Bilik aku dah lah mengadap dapur dia. Kat dapur tu lah dia membebel. Aku bangun pagi, dia tgh membebel. Aku balik kerja dia tgh sound baik kat laki dia. Akak, tolong lah.... Saya dah tak tahan Kak. Saya nie dah lah penat baru balik kerja. Jalan jam. Masalah laki akak tak masuk baju dalam bakul kotor pun aku tau Kak ooi....

Tapi, aku mmg respect lah the Husband. Time bini dia membebel, aku tgk relax jer dia tlg basuh beras nak masak nasi. Tabah betul lah hati mu dude! Aku respect giler!

-Adli-

clarky said...

kalau aku tak gemuk, aku takla dapat aset 40E nih!

hemph!

Anonymous said...

hahaha aku nak tergelak baca komen si adli.. ternyata jiran kau mmg seorg lelaki yg penyabar.. agaknya malam2 jumaat akak tu membebel gak tak? hihihihi

and setuju dgn komen anon 2.25 p.m.. kekadang pompuan pun ada BO or bad breath yg agak teruk.. so ladies, pls be more mindful ye.. ada sorg kat ofis aku, dari sebatu dh boleh bau BO dia.. aku pun heran, dia sendiri xleh nak bau ke.. sbb dia mcm selamba badak je. oleh sbb dah tak tahan sgt, aku telah menghadiahkan dia deoderant nivea secara anonymously.. aku rasa dia mcm dpt agak aku yg bg benda tu kat dia, tp luckily dia tak pernah tanya aku face to face..

Anonymous said...

hahaha aku nak tergelak baca komen si adli.. ternyata jiran kau mmg seorg lelaki yg penyabar.. agaknya malam2 jumaat akak tu membebel gak tak? hihihihi

and setuju dgn komen anon 2.25 p.m.. kekadang pompuan pun ada BO or bad breath yg agak teruk.. so ladies, pls be more mindful ye.. ada sorg kat ofis aku, dari sebatu dh boleh bau BO dia.. aku pun heran, dia sendiri xleh nak bau ke.. sbb dia mcm selamba badak je. oleh sbb dah tak tahan sgt, aku telah menghadiahkan dia deoderant nivea secara anonymously.. aku rasa dia mcm dpt agak aku yg bg benda tu kat dia, tp luckily dia tak pernah tanya aku face to face..

no name said...

gadis seksi pakai hot pants seringkali tidak menyedari peha mereka hitam serta terdapat rekahan di belakang peha. uhh terus datang nawaitu utk sunat lagi sekali.

mangkuk statik said...

clarky: MUHAHAHHA....point bernas.Asset 40E takkan berbodi 34B kan? Mana mampu tanggung bebanan!

Tuan blog: Gua fan lu. Respek. Aku harap2 one day aku pon boleh tulis cam kau. Ni hah aku ada ngumpat sepatah dua kata pasal kau. Ampunilah dosa2ku.
http://swingingbowlsatay.blogspot.com/2011/01/blog-mantap-yang-membuatkan-zakar-aku.html

Mohamad Faizal said...

adli: kau memang tabah. begitulah nasib orang lelaki selepas berkahwin haa haa

clarky: haa haa tergelak daku membaca komenmu

anon: masalah BO memang sukar untuk diberitahu kerana takut mengguris hati..tapi tiada BO kerana aku pakai ubat ketiak avon

mangkuk statik: terima kasih. aku harap gambar aku tidak dijadikan modal untuk melakukan aktiviti berdosa

alyaanajwa said...

u gotta luv dis.. leh wat reunion ngn ur megatron!

http://alyaanajwa.blogspot.com/2011/01/koleksi-gambar-panas-si-mata-biru.html

Md.Ariff said...

ijai , rekod terbaik aku kena bebel adalah selama 57minit 16saat. sedih dowh...

Anonymous said...

kesian pada gadis yg b'bulu. sebagai manusia, kita sepatutnye bersyukur.
don't jugde a book by it's cover ^^

Anoneemus™ said...

Bro, nanti aku nak buat entri 'Turn Off For Ladies'

DingDong said...

mana aci ppn je nk kena jaga badan.. yg lelaki siap merokok (bau rokok melekat kat badan) perut boroii.. wahahaha.. pastu tup2.. ppn yg kena jaga badan n lelaki boleh btuka sprt raksasa kraken.. uhh nooOoo.. lelaki mahupun ppn kena jaga gak badan.. sama2 jaga baru bahagia..

Mohamad Faizal said...

alyaa: haha mega saya mata warna kuningla

md ariff: benarkah?? bagaimana kau mampu bertahan...

anon: haha tidak releven ekspresi 'dont judge a book by its cover' di sini kerana tajuk artikel adalah Turn Offs for Men. Turn Offs will always be a turn offs no matter how you look at it. mari buat analogi: seorang gadis berbulu lebat mengajak anda bermesra. menggunakan konsep dont jugde a book by its cover, adakah kita harus fikir, "alahh walaupun badan dia berbulu, dia mungkin gagah di ranjang" Ok mungkin benar. tapi adakah anda rela? no, because it's a turn off. again, we are not judging at all, it's a natural reaction. hehe

anoneemus: kool! jangan lupa kongsi ya

dingdong: okla okla aku start joggingla next week (tiba2 terasa)

liela said...

Eh.. mohamad paisal..
ko pakei AVON ke? khe khe khe

sgt turn me off okeh

cle0patra said...

aku suke no 4 tu ijai.. silence treatment bagai.. hehe.. laki ni mmg tak paham2..haihhh

Chereta Chenta said...

bagi gue, sebelum kamu kaum lelaki nak komen lebih2...pikir2 la apa yg aku listkan ni. kalau nak isteri yg cantik mcm Ziana Zain, slim walaupun dah 40thn:-

1) lelaki tu kene sediakan duit macam ziana zain la, sebab nak pegi sedut lemak, nak pegi facial - nak pegi Slim World. Kalau nak bagi duit belanja bulan-bulan pun kau menggigil, lupakan jer la.

2) lelaki tu kene redha la bini pakai seksa2 mcm Ziana Zain, skirt pendek, bab dosa kau halalkan jer la

3) kalau laki tu sendiri perot buncit sedepa, kau chermin2 la diri tuh. Macam lah kau lepas kawen tak serabai. Duduk umah pakai kain pelekat jugak. Kekadang tak berbaju pun. Pernah ke isteri kau cakap kau makin buruk? Takkan? Makin hari makin sayang. Bukan macam kaum lelaki, komplen jer lebih. Habuk pun tarak!

Anonymous said...

apa pun dua2 kena adil...kalau nak pasangan kita slim, kita pun kena kekalkan bentuk badan...baru fair!

Anonymous said...

"Fakta, bulu di badan wanita adalah ewww. Bukan mengeji, bukan seksis, sebaliknya reaksi spontan daripada lelaki. Jika anda dilahirkan dengan hormon yang menyebabkan anda berbulu banyak, selalulah pergi buat Brazillian Wax mahupun biarkan bulu kaki anda dimakan ikan di Fish Spa. Sepanjang masa aku tengok katalog Avon di segmen baju dalam wanita untuk mencari inspirasi, tiada sehelai bulu pun yang aku lihat di dalam gambar. Ini kerana mereka tahu target audiens mereka yang tidak gemarkan wanita berbulu. Orang lelaki dilahirkan dengan bulu di seluruh badan, jadi tidak hairanlah kami mahu mencari pasangan yang tiada bulu, sebab tak mahu bulu berpintal-pintal ketika bersenggama nanti. Satu-satunya perkara yang gadis-gadis mesti elak seumur hidup mereka adalah memiliki misai. Itu turn off yang paling besar."

Ini adalah benda paling bodoh aku pernah baca. Kau ingat kau hensem laa nak demand perempuan takde bulu. FYI aku ni kerja kat spa and ramai, aku ulang RAMAI perempuan yang ada masalah bulu badan. Benda ni berkait dengan hormon. Bukannya dia suka2 nak ada bulu. Datang spa buat consultation, dengar harga terus give up. KAU INGAT BUANG BULU TU MURAH?? Makan puluh2 ribu lah gila. Aku bersyukur gila takde masalah camni tapi jujur aku cakap aku kesian dengan orang macamni. BULU TU BENDA NORMAL KOT. Apahal pulak bulu kat lelaki normal, bulu kat perempuan jijik??? Apa beza bulu kat lelaki dengan perempuan??? Bodoh kau ni. Sains tak habis belajar. Kau pandai cakap pasal wax lah apa lah. Cuba kalau kau kat tempat perempuan berbulu tu. SANGGUP KE SHAVE/EPILATE/WAX badan tetiap 3 hari sekali or sebulan sekali??? Kau ingat tak sakit ke kalau wax tu? Ingat tak pakai duit? Tak makan masa? Kalau kau jadi perempuan, kau mampu?? Lama2 pun fedup jugak lah wey. Dah memang Allah jadikan dia macamtu. Kau dah apahal nak question???

And lagi satu, sejak bila bahagian bra dalam katalog avon tu target audience dia lelaki?! Lelaki pakai or beli bra ke?! Dari ayat kau ni memang aku rasa kau ni kaki porno. Sebab tu kau cakap bulu ni turn off. Sebab kau dah biasa tengok awek2 porno togel macam belut. Ehhh bodohlah mentaliti kau ni. Memang malang la mana2 perempuan yang kahwin dengan kau ni. Kalau hensem nak gebang sembang demand itu ini takpe jugak. Muka pun level penyangak. Kecoh apa?

Aku doakan kau dapat anak perempuan yang ada hirsutism. Lepastu bila dia kawen, lepas malam pertama laki dia ceraikan dia. Sebab turn off tengok bulu2 dia. Masa tu kau cari la balik post kau ni, kau baca dan telan balik kata2 kau. Masa kau tengok anak perempuan kau menangis, rasa terhina, masa tu kau ingat laa apa yang kau pernah tulis ni.

EHHH SEMPITNYA OTAK KAUUUU. AKU TAK BOLEH TERIMAAAAA.

Another point to note, ramai je lelaki yang aku jumpa suka perempuan berbulu. Siap ada yang cakap dengan bini takde cara ke nak bagi bulu tumbuh kat badan sebab nak buat geli2 masa jimak. Cemana aku tau? Sebab klien spa aku ada yang datang tanya ada treatment nak bagi bulu tumbuh tak. Katanya suami suka. Bukan 1,2 yang kata tapi ramai.

EH BODOH LAH KAU NI.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...