Monday, February 21, 2011

American Idol 10

Siapa ikuti American Idol musim terbaru? Musim ini telah membawa beberapa perubahan dari musim lepas. Perubahan yang paling ketara adalah kehadiran Steven Tyler dan Jennifer Lopez di meja hakim menggantikan Simon Cowell, Ellen, dan Kara Diggitydiggity. Sure kita akan rindukan vocabulary Inggeris Simon seperti 'rubbish' dan 'brilliant', namun begitu pemilihan Steven 'Bigmouth' Tyler sebagai pengganti memang menjadi. Setakat ini perangai rokstar dan mulut tidak bertapisnya memang menjadi hiburan. J-Lo pula boleh dianggap sebagai Paula Abdul versi hangat dan seksi, walaupun dia kadang-kadang berasa sukar untuk berkata 'NO!' kepada para peserta yang ternyata tiada bakat.

Satu lagi perubahan yang ketara adala pengurangan batasan umur peserta kepada 15 tahun. Mesej tersirat yang cuba disampaikan di sini adalah mereka ingin mencari the next Justin Bieber. Maka banyaklah kanak-kanak yang tak habis sekolah lagi pergi menghadiri ujibakat. Dan langkah ini membuahkan hasil kerana terdapat ramai kanak-kanak baru mengecapi akil baligh yang memiliki suara mengalahkan Ziana/Anuar/Maher Zain. Sekarang ni sudah masuk Hollywood week. Setelah ditapis, hanya tinggal 50 (or is it 60?) peserta yang akan berentap minggu ini menyanyikan lagu The Beatles bagi melayakkan diri ke Top 24. Di sini aku ingin menyenaraikan peserta-peserta kegemaran aku yang telah berjaya membuatkan aku sedikit horny setelah mendengar suara mereka , sejak peringkat audition sehinggalah Hollywood week. Kalau boleh vote dari Malaysia nanti, memang pasti akan aku undi bil telefon tinggi sedikit tak mengapa.

1) Lauren Alaina

Taktik yang American Idol selalu guna untuk memanipulasi perasaan penonton adalah, mengambil kisah latar belakang peserta especially kisah pengorbanan menyanyi untuk orang lain dan menjadikannya peserta terakhir dalam siri audition itu. Kisah Lauren adalah, dia diinspirasikan oleh sepupunya Holly yang menghidapi barah otak. Maka dia selalunya menyanyi sebagai charity di hadapan CIMB bank ataupun pasar malam untuk meraih wang bagi sepupunya itu. Namun begitu, tak bolehlah sekadar ada kisah sedih untuk dipaparkan dalam rancangan Bersamamu sahaja, kenalah ada suara yang hebat untuk mengiringi kisah sedih itu, barulah orang Amerika akan undi. It turns out, Lauren has THE NICEST TONE in American Idol Season 10, hands down. Lepas tu boleh pulak dia berduet dengan Steven nyanyi lagu Aerosmith I Dont Want To Miss A Thing. Even Steven (no pun intended) pun kata 'I think we found The One today' although dia tak sebut nama, tapi kita boleh anggap pujian itu ditujukan kepadanya.



2) Casey Abrams

Dia ni ada bau-bau bacang dengan J.J Abrams ke kerana dia ini adalah AWESOME. Masa audition mula-mula, first impression nampak dia seperti seorang Hippie baru lepas melepaskan gian di tangga. Lepas tu pulak dia bermain melodica, mana ada orang main melodica melainkan di hari sukan sekolah nyanyi lagu 'Hidup Berjiran'. Tetapi bila dia buka mulut menyanyi OH EM JI hebat gila dengan gaya vokal bluesy dan jazzynya itu, uhh memang kelas uols. Oh Casey memang peserta yang aku look forward setiap kali persembahannya. Dalam Hollywood week dia buat kezutan lagi buang tebiat main stand up bass. Hasilnya lihatlah di video di bawah sementara belum kena copyright infringement.



Antara peserta lain yang turut menarik perhatian aku adalah mamat Tourette Syndrome James Durbin. Dia ni memang syaiton kalau not tinggi tak perlu main falsetto terus menjerit macam Niyang Rapik. Lagi satu, mamat kulit hitam bergaya arbok tetapi bersuara power yang tiba-tiba menyerlah di Hollywood week Jacob Lusk. Tapi ada juga peserta walaupun suara hebat, tapi tengok muka rasa nak bagi tinju Ip Man. Clint Jun Gamboa.


American Idol merupakan rancangan realiti, jadi memang lumrahlah kalau dipaparkan kisah suka duka manusia. Ini termasuklah kisah tusukan dari belakang (non homosexual) Clint terhadap adik Jacee Badeaux. Semasa Hollywood week, Clint dengan tenangnya membuang Jacee daripada groupnya dengan alasan Jacee tidak cukup serasi untuk menyanyi bersamanya. Sedih tengok adik Jacee teresak-esak mencari ahli kumpulan lain. Tindakan Clint sebenarnya understandable dan berhasil kerana dia berjaya ke peringkat seterusnya dan mungkin dapat masuk top 24, tetapi disaat orang Amerika mengundi nanti sudah pasti kejahatannya akan terbalas nanti.

Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang American Idol setakat ini. Banyak lagi sebenarnya memorable moments untuk dibincangkan tetapi kelaparan di perut tidak mengizinkan. Do you guys watch American Idol? Who is your favorite contestant? Alah baik korang tengok American Idol daripada tengok audition Mentor tu takdelah sakit hati sangat kan?



13 comments:

Anonymous said...

first....=)

-aizat-

Muaz said...

aku baru first time tgk american idol hari tu tersuka lah plak... plus dgn Glee.. ahahahah..

Aku suka Lauren gak! hehe.. pastu ada gak a few yg aku tak tau nama.. hehe..

crazy_labelle said...

yg best
1. lauren alaina & ashton jones
obviously powerful vocal, personality n they look cute ... salah seorg ni mesti top 2... kalo x ak bunuh diri...
2. jacob lusk & jordan dorsey
every performance is memorable... stiap kali diorg nyanyi automatik rasa goosebump n separa orgasme...
3. brett loewenstern
bohemian rhapzody is my fav song... die nyanyi lagu tu masa audition... fak!! trus jd among my fav...
4. casey abrams
die super duper talented... but i don't think he will go far in ai10... tp kalo britain got talent ke ape ke xpe sbb brit suke weird people...
5. scott mcreery
ak suke die tp ak xsuke country music... T_T tp hakikatnye america mmg perlukan more country music... die menang or x, die mesti berjaya in future...
but i don't want history carrie underwood repeated... ckup la grammy lady antebellum bermaharajalela...


yg xbest
1. rachel zevita is in??suara gegar n tah pape cam bangang je bole masuk... and die pasti diingingati sbb merosakkan lagu Hallelujah masa audition...
2. jovany barretois in? j.lo fetish org latin kot... sbb tu die dpat masuk...
3. Chris Medina - why die xmasuk??? dunia ini mmg x adil!!!
4. thia meghia x pasti masuk ke x die adorable, unik, and femes kot kat youtube
5. girls yg cun tp suara-biasa2 n selalu-bole-dengar-kat-karaoke bole masuk?? steven tyler mmg hansap...

crazy_labelle said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad Faizal said...

aizat: kongratulasi

muaz: glee? GLEE? kau bukan cakap kat aku kau suka lelaki2 tough dan macho macam koboi John Wayne tu?

labelle: ahah komen yang menarik. ayuh kita berbincang:

best:

2) jordan dorsey yang guru vokal tu kan? bajet kool nak audition scott mcreery sebelum bole join group dia

5) haha scott, dia hanya tahu satu lagu. siang malam pagi petang nyanyi lagu tu

eh yang senarai xbest tu anda tahu pula siapa top 24 ni mesti dah tengok spoiler ni. btw yang decide orang amerika so pastilah mereka akan melihat personaliti juga, so kalau suara hebat tapi celaka macam clint tu pasti gagal di pusingan awal

crazy_labelle said...
This comment has been removed by the author.
afrohead said...

muka clint ni gay sial!

Anonymous said...

ble ek siaran american idol ni...cam best lak ak tgk!

ypw

Anonymous said...

mamat hitam yg nyanyi utk bar mitzvah tu favorite aku buat masa ni. ramai gak aaa talent tahun ni, tapi sape yg akan ada star power?

adam

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=G6j3MRGfzVk

adam

Nazirul said...

suara macam awie tak de ke bro?haha

Mohamad Faizal said...

labelle: apa ni mana boleh dilit komen

afrohead: high 5!

ypw: hari kamis dan jumaat boleh muat turun atau tengok di star world

adam: jerome bell? mengapa tak perasan dia kat hollywood week

nazirul: tiada. awie tiada tandingannya. hehe

BearBoss said...

vote fot casey... hehe~ cool~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...